You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2013

HBHE 2103
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NO. MATRIKULASI

810930135775001

NO. KAD PENGENALAN

810930135775

NO. TELEFON

0194594515

E-MEL

erfamas@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN SIBU

HBHE2103

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

HBHE2103

1.0

Pengenalan

2.0

Punca Punca Jerebu

2.1

Pembakaran Terbuka

12

2.2

Pembukaan Tanah Baru

2.3

Penggunaan Kenderaan Bermotor

2.4

Pembakaran Bahan Api Industri

2.5

Fenomena El -Nino

3.0

Data Indeks Pencemaran Udara ( IPU )

4.0

Cadangan Mengatasi Masalah Jerebu

47

4.1

Kempen Kesedaran

4.2

Memperkasakan Undang undang

78

4.3

Pendidikan

4.4

Alat Bacaan Indeks Pencemaran Udara

89

4.5

Pembenihan Awan

5.0

Kesan kesan Jerebu

9 11

6.0

Penutup

11 12

7.0

Rujukan

1.0 Pengenalan
Malaysia telah digemparkan dengan fenomena jerebu baru baru ini. Di dapati hampir
semua negeri terlibat dengan masalah jerebu. Jerebu merupakan satu masalah global yang
semakin meruncing pada masa kini. Jerebu boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan partikal
yang terampai di atmosfera seperti gas gas, debu, habuk, asap dan zarah yang terdapat di
2
2

HBHE2103

dalam keadaan udara yang kering. Secara dasarnya, fenomena jerebu boleh terjadi melalui
pencemaran udara. Di dapati bahawa fenomena di Malaysia kebanyakannya berpunca
daripada pembakaran terbuka, pelepasan asap dari kenderaan dan industri, dan kebakaran
tanah gambut.
2.0 Punca Punca Jerebu
Kejadian masalah jerebu yang berlaku sejak akhir akhir ini yang berlaku di negara kita
lebih banyak puncanya dari negara jiran iaitu Indonesia. Kejadian kebakaran tanah dan hutan
berlaku di Sumatera dan Kalimantan yang tidak terkawal menjadikan salah satu sebab
terjadinya jerebu di Malaysia. Kawasan yang teruk dilanda jerebu adalah di kawasan Lembah
Klang. Fenomena jerebu ini boleh berlaku daripada beberapa punca utama. Antara punca
punca berlakunya kejadian jerebu adalah seperti pembakaran terbuka, pembukaan tanah baru,
penggunaan kenderaan bermotor, pembakaran bahan api industri, dan fenomena El Nino
serta peletusan gunung berapi.
2.1 Pembakaran Terbuka
Pembakaran semula kawasan pertanian merupakan salah satu sebab berlakunya masalah
jerebu. Para petani akan membersihkan seluruh kawasan pertanian dengan membakar semua
kayu kayu sehingga licin agar mudah bagi mereka untuk bercucuk tanam dan bertani.
Dengan membakar kawasan pertanian mereka, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos
untuk membersihkan kawasan pertanian mereka. Adakalanya, terdapat segelintir para petani
sanggup membiarkan kawasan mereka terbakar hingga beberapa hari lamanya sehinggakan
seluruh kawasan pertanian mereka tiada satu pun pokok pokok yang besar kelihatan.
Seluruh asap akan ke udara dan ini menyebabkan kadar penglihatan semakin teruk dimana
asap asap ini mengganggu penglihatan manusia. Kepulan kepulan asap akan berkumpul
dan ini akan menyebabkan keadaan berlakunya masalah jerebu yang amat teruk.
Masalah ini boleh kita perhatikan di kawasan Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
Banyak kawasan pertanian dibakar secara terbuka dan tidak terkawal berlaku. Natijahnya
bukan hanya Indonesia sahaja yang berlakunya jerebu, tetapi merebak juga ke negara kita
iaitu Malaysia.
2.2 Pembukaan Tanah Baru
Seterusnya adalah pembakaran tanah yang baru untuk diterokai dan dijadikan sebagai
kawasan pertanian yang baru. Perkara ini boleh dilihat dimana baru baru ini, Indonesia
3
3

HBHE2103

telah digemparkan dengan pembakaran hutan yang melampau yang berlaku di Kalimantan
dan Sumatera. Pembakaran ini mencetuskan masalah jerebu yang amat teruk yang melanda
Malaysia terutama di kawasan yang dekat dengan Indonesia. Tahap indeks pencemaran udara
telah menunjukkan tahap jerebu berada pada tahap yang amat berbahaya sehinggakan negara
telah mengisytiharkan darurat di beberapa negeri. Kepulan kepulan asap hitam yang
terkepul di udara boleh mencacatkan lagi pemandangan terutamanya pada waktu pagi dan
bila asap tersebut ditiup angin.
2.3 Penggunaan Kendaraan Bermotor
Hari demi hari, bilangan kenderaan di jalan raya kian bertambah. Senario ini jelas
memperlihatkan realiti masyarakat di negara kita kurang berminat untuk menggunakan
perkhidmatan awam. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perncemaran udara. Asap
yang dilepaskan dari kenderaan boleh mengundang bahaya. Asap hitam yang dilepaskan oleh
kenderaan bermotor akan membebaskan gaskarbon monoksida. Gas ini memang diketahui
ramai boleh menjejaskan kesihatan orang sekeliling memandangkan ia tidak baik untuk
pernafasan kita. Secara ringkasnya, penggunaan fosil seperti arang batu dan minyak petrol
boleh mengakibatkan pencemaran udara ke tahap yang cukup membimbangkan.

2.4 Pembakaran Bahan Api Industri


Punca yang seterusnya adalah pengeluaran bahan api dari industri. Asap yang
dikeluarkan oleh industri industri berat di Malaysia yang tidak terkawal menambahkan lagi
keadaan jerebu yang semakin meruncing. Selain menggunakan minyak dan arang batu
sebagai bahan api, bahan bahan pencemar yang berbahaya juga turut dilepaskan ke udara
melalui industri petrokimia dan industri kuari sepeti yang terdapat di Seguntor di Sandakan
dan Lembah Klang di Selangor. Bukan setakat industri industri tersebut sahaja, malahan
juga perindustrian yang berasaskan kayu turut menjadi punca berlaku kepada jerebu. Semua
sisa sisa industri ini akan dilupuskan secara pembakaran. Pembakaran ini akan
menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, debu, dan
habuk yang terampai dibebaskan ke udara.
2.5 Fenomena El Nino
4
4

HBHE2103

Punca yang seterusnya adalah dari faktor semulajadi iaitu fenomena El Nino. El Nino
merupakan suatu keadaan dimana cuaca menjadi terlalu panas yang berpanjangan. Akibatnya,
suhu perairan di Lautan Pasifik akan meningkat terlalu tinggi. Perkara ini terjadi kerana
pergerakan angin dari Timur yang perlahan ditengah dan kawasan barat perairan tersebut.
Dalam masa yang serentak juga, keadaan Asia Tenggara turut juga akan mengalami musim
kemarau yang kering. Ini boleh menyebab dan memudahkan kebakaran hutan yang teruk
sepertimana yang telah berlaku di Sumatera dan di Kalimantan, Indonesia. Asap asap yang
terlepas dan akan terkumpul ke ruang udara dan terus terperangkap di ruang angkasa
hinggakan terbentuknya keadaan yang berjerebu.

3.0 Data Indeks Pencemaran Udara


Negeri
Johor
Johor
Johor
Johor
Kedah
Kedah
Kedah
Kelantan
Kelantan
Melaka
Melaka
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Pahang
Pahang
Pahang
Perak

Lokasi
Kota Tinggi
Larkin Lama
Muar
Pasir Gudang
Alor Setar
Bakar Arang, Sg. Petani
Langkawi
SMK Tanjung Chat, Kota Bharu
Tanah Merah
Bandaraya Melaka
Bukit Rambai
Nilai
Port Dickson
Seremban
Balok Baru, Kuantan
Indera Mahkota, Kuantan
Jerantut
Jalan Tasek, Ipoh
5
5

7 pagi
78*
111*
148*
83*
63*
75*
58*
108*
90*
182*
260*
145*
335*
153*
198*
171*
106*
70*

11 pagi
74*
107*
132*
75*
64*
77*
57*
114*
93*
141*
170*
149*
292*
169*
191*
166*
111*
73*

5 petang
68*
108*
125*
74*
64*
98c
55*
114*
98*
128*
150*
150*
193*
171*
147*
138*
123*
87*

HBHE2103

Perak
Perak
Perak
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Sabah
Sabah
Sabah
Sabah
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Selangor
Selangor
Selangor
Selangor
Selangor
Terengganu
Terengganu
Terengganu
Wilayah
Persekutuan
Wilayah
Persekutuan
Wilayah
Persekutuan
Wilayah
Persekutuan

Kg. Air Putih, Taiping


S K Jalan Pegoh, Ipoh
Seri Manjung
Tanjung Malim
Kangar
Perai
Seberang Jaya 2, Perai
USM
Keningau
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Bintulu
ILP Miri
Kapit
Kuching
Limbang
Miri
Samarahan
Sarikei
Sibu
Sri Aman
Banting
Kuala Selangor
Pelabuhan Kelang
Petaling Jaya
Shah Alam
Kemaman
Kuala Terengganu
Paka

63*
79*
141*
128*
62*
72*
79*
70*
78*
76*
50*
39*
75*
75*
63*
70*
72*
81*
74*
85*
85*
64*
178*
117*
296*
198*
157*
249*
95*
159*

66*
82*
148*
137*
63*
72*
79*
71*
77*
75*
50*
41*
77*
76*
66*
72*
73*
82*
75*
88*
102*
67*
180*
128*
288*
193*
162*
253*
98*
158*

76*
100*
171*
152*
63*
83*
88*
81*
74*
73*
51*
41*
73*
80*
71*
75*
69*
84*
78*
92*
106*
70*
209*
157*
319*
196*
171*
197*
100*
151*

Batu Muda,Kuala Lumpur

191*

198*

189*

Cheras,Kuala Lumpur

157*

160*

168*

Labuan

82*

80*

79*

Putrajaya

155*

152*

156*

Bacaan Indeks Pencemaran Udara Pada 24 Jun 2013


WARNA

API

STATUS
6
6

HBHE2103

0 - 50
51-100
101-200
201-300
Lebih 300

Baik
Sederhana
Tidak Sihat
Sangat Tidak Sihat
Berbahaya

Petunjuk Indeks Pencemaran Udara( IPU )


Daripada jadual di atas, kita dapati bahawa beberapa buah negeri telah mengalami
keadaan jerebu yang tidak sihat kepada kesihatan. Melalui petunjuk Indeks Pencemaran
Udara ( IPU ), keadaan yang tidak sihat bermula apabila sesuatu kawasan tersebut mencatat
keputusan IPU di antara 101 hingga 200. Seterusnya, bila IPU dicatatkan antara 201 hingga
300, status keadaan adalah sangat tidak sihat dan membahayakan kepada kesihatan manusia.
Manakala jika IPU melebihi daripada 300 pula adalah keadaannya terlalu berbahaya.
Berdasarkan jadual data indeks di atas, di dapati terdapat dua buah negeri
mencatatkan indeks pencemaran yang berbahaya. Kewasan tersebut adalah Port Dickson,
Negeri Sembilan dan Pelabuhan Kelang, Selangor. Jika diperhatikan, keadaan berbahaya di
Port Dickson yang mencatat 335 IPU telah dicatatkan pada waktu pagi. Manakala pada
sebelah tengah hari pula, keadaan jerebu sedikit menunjukkan penurunan iaitu mencatat
sebanyak 292. Pada sebelah petangnya pula, keadaan jerebu semakin beransur pulih dan
mencatatkan 193. Walau pun masih dikategorikan sebagai tidak sihat, apa yang penting
adalah mencatatkan penurunan demi penurunan IPU.
Seterusnya, di Pelabuhan Kelang pula, keadaannya pula sebaliknya. Pada sebelah pagi,
keadaan jerebu mencatatkan IPU 296. Ini menunjukkan IPU berada dalam keadaan sangat
tidak sihat. Manakala pada sebelah tengah hari pula mencatatkan sedikit penurunan dengan
mencatat indeks sebanyak 288. Tetapi pada sebelah petang pula, keadaan menjadi berbahaya
kepada warga Kelang di mana mencatat indeks sebanyak 319. Ini sekaligus dapat
memudaratkan keadaan kesihatan dan perlu diarahkan untuk mengurangkan akviti di luar
rumah bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini dariapada berlaku.
Seterusnya bagi Negeri Perak pula, terdapat beberapa kawasan yang mencatatkan bacan
IPU sederhana manakala terdapat juga kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana. Kawasan
kawasan bagi Jalan Tasek, Ipoh, Kampung Air Putih, Taiping dan SK Jalam Pegoh, Ipoh
mencatatkan bacaan antara 63 hingga 100. Bagi kawasan Seri Manjung dan Tanjung Malim
pula telah mencatatkan bacaan antara 128 hingga 171 dari awal pagi sehingga ke petang.
Bagi kawasan kawasan ini, rakyat boleh menjalankan aktiviti seperti biasa cuma perlu
berhati hati dan berwaspada kepada keadaan jerebu.
7
7

HBHE2103

Bagi Negeri Sabah dan Sarawak pula, secara keseluruhannya, bacaan indeks bagi
beberapa kawasan adalah dalam keadaan baik dan sederhana sahaja. Beberapa kawasan di
bahagian Sabah mencatatkan indeks yang baik dimana mencatat bacaan kurang daripada 50.
Kawasan tersebut adalah di kawasan Sandakan dan Tawau. Selebihnya, di kawasan Keningau
Dan Kota Kinabalu telah mencatatkan bacaan sederhana iaitu antara 73 hingga 78 sahaja.
Manakala di Sarawak pula, hampir kesemua kawasan mencatatkan bacaan indeks yang
sederhana yang dicatatkan dari sebelah pagi sehingga ke sebelah petang. Hanya kawasan
Sibu sahaja telah menunjukkan peningkatan bacaan dimana bacaan menunjukkan berada
dalam paras tidak sihat. Bermula pada tengah hari sampailah ke petang, bacaannya meningkat
dari 102 hingga ke 106 sahaja. Keadaan ini membolehkan masyarakat digalakkan untuk
mengurangkan sedikit aktiviti aktiviti di luar rumah untuk mengelak timbul sebarang
masalah.
4.0 CadanganMengatasi Masalah Jerebu.
4.1 Kempen Kesedaran.
Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat berhubung dengan pencemaran udara
amnya dan memulihara alam sekitar khususnya haruslah dipergiatkan lagi. Kesemua kempen
kempen yang dirancangkan ini haruslah mendapat kerjasama dan komitmen padu daripada
semua pihak terlibat agar ia akan memberik kesan yang sangat mendalam. Kempen kempen
yang berterusan hendaklah dilakukan sepanjang masa dan bukannya bermusim sahaja.
Selain daripada itu, penggunaan saluran media elektronik mahupun cetak ditambah lagi
dengan kemajuan teknologi maklumat yang ada kini sedikit sebanyak diharap dapat
mempertingkatkan lagi kesedaran di kalangan kita tentang bahayanya jerebu.

Paparan

rencana khas yang berkaitan dengan kesan buruk jerebu hendaklah diterbitkan dan
dipertontonkan kepada umum. Ini secara tidak langsung membolehkan masyarakat
menyaksikan sendiri dalam pelbagai perspektif akan perbuatan mereka yang boleh
mengundang masalah jerebu.
4.2 Memperkasakan Undang undang.
Seterusnya adalah memperketatkan lagi undang undang sedia ada. Undang undang
yang berhubung dengan pencemaran dan aktiviti aktiviti yang menyumbang ke arah jerebu
perlu dipergiatkan lagi supaya segala yang telah dan akan berlaku dapat diatasi dengan
baiknya. Penguatkuasaan undang undang bukanlah untuk memberikan tekanan dan bebanan
8
8

HBHE2103

kepada orang ramai sebaliknya adalah langkah terbaik bagi membendung segala perlakuan
yang tidak sihat.
Mereka yang mencemari alam sekitar yang dalam apa jua keadaan yang menjerumus
kepada berlakunya jerebu harus dikenakan hukuman yang setimpal. Ini secara tidak langsung
akan memberi peringatan kepada orang lain agar sentiasa menjaga persekitaran yang tiada
tukar gantinya.
Bukan setakat itu sahaja, mana mana kilang perindustrian harus juga sentiasa
memantau dan membuat pemeriksaan secara berkala dari semasa ke semasa serta mengikut
syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Sebagai contoh, semua industri besar
dan kecil telah diwajibkan untuk menapiskan asap yang dikeluarkan dari kilang.setiap kilang
perlu menggunakan

Wet scrubber yang mana merupakan penapis asap kilang dengan

menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan
sulfur dioksida sampai 90% di dalam asap yang dibebaskan.
4.3 Pendidikan
Langkah yang seterusnya adalah melalui program pendidikan alam sekitar tidak kira
secara formal atau pun tidak formal. Semua pihak boleh terlibat dalam menjayakan program
ini terutama Jabatan Alam Sekitar dan agensi agensi lain. Program yang dirancang
merangkumi setiap peringkat masyarakat iaitu pihak pentadbir, orang ramai dan turut sama
murid murid sekolah. Melalui program ini, setiap lapisan masyarakat dapat
mempertingkatkan lagi kesedaran dan tanggung jawab bagi memelihara dan memulihara
alam sekitar.
Aktiviti ini merupakan salah satu agenda yang penting bagi memastikan satu strategi
pencegahan dan juga pengurusan alam sekitar berjalan dengan jayanya. Dalam masa yang
sama juga, lapisan masyarakat dapat menambah pengetahuan terhadap implikasi sosial dan
juga ekonomi dalam mempengaruhi soal alam sekitar.
4.4 Alat Bacaan Indeks Pencemaran Udara.
Antara lain langkah untuk mengatasi masalah jerebu dinegara kita adalah dengan
mengunakan alat bacaan Indeks Pencemaran Udara. Alat ini perlu diletakkan di dibeberapa
kawasan yang bermasalah. Ini adalah untuk mengatasi dan mengurangkan masalah jerebu
dengan mengenal pasti keadaan jerebu secara berkala. Sekiranya bacaan indeks menunjukkan
bacaan yang tidak sihat, maka pihak kerajaan perlu mengadakan tindakan susulan bagi
mengatasi masalah jerebu daripada merebak dengan teruknya. Pengambilan bacaan tahap
9
9

HBHE2103

indeks pencemaran secara berkala haruslah sentiasa dilakukan agar dapat mengehadkan
masalah jerebu yang melanda. Bukan setakat itu sahaja, dengan alat bacaan indeks diletakkan
di kawasan perindustrian juga mampu menghadkan pengusaha kilang kilang dari
mengeluarkan asap atau gas yang berlebihan. Sekiranya bacaan indeks menunjukkan bacaan
yang tidak sihat, maka pengusaha kilang tersebut perlu dikenakan sebarang tindakan undang
undang.
4.5 Pembenihan Awan.
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah jerebu yang melanda adalah melalui
pembenihan awan. Pembenihan awan dijalankan bagi menurunkan hujan di tempat tempat
tertentu yang dirasakan mencatatkan indeks pencemaran yang teruk sehingga boleh
menjejaskan tahap kesihatan. Hujan adalah pembersih semulajadi yang terbaik untuk
mengelakkan jerebu daripada terus teruk. Pembenihan awan ini seringkali dilakukan dengan
kerjasama dari pihak Jabatan Alam Sekitar dan Puncak Niaga Sdn. Bhd. Kerjasama ini adalah
untuk melakukan pembenihan awan yang secara khususnya di kawasan kawasan sekitar
Lembah Kelang dan juga beberapa tempat di Negeri Selangor. Langkah ini dapat
mengurangkan masalah jerebu yang teruk. Walau pun cara ini hanya akan berjaya sekiranya
kawasan tumpuan mengandungi awan, tetapi cara ini adalah yang terbaik yang boleh
dilaksanakan.
5.0 Kesan kesan Jerebu
Masalah jerebu yang melanda secara berterusan banyak mendatangkan kesan buruk
terhadap semua terutama yang berisiko tinggi seperti kanak kanak, orang tua, wanita yang
sedang mengandung, pesakit pesakit asma, jantung, perokok dan banyak lagi pesakit yang
mengidap penyakit yang kronik.
Golongan kanak kanak paling mudah terdedah kepada jerebu. Oleh yang demikian,
pelbagai kesan yang dapat diperhatikan apabila mereka terdedah kepada jerebu. Kesan jerebu
kepada tahap kesihatan kanak kanak kebiasaannya adalah ringan dan boleh dirawati oleh
ibu bapa mereka sendiri. namun begitu, ia boleh juga menyebabkan gejala gejala seperti
kerengsaan mata, hidung dan ruam pada kulit seluruh badan. Lantaran daripada itu juga,
jerebu ini akan menimbulkan masalah yang lebih serius sekiranya kanak kanak mengidap
penyakit asma, serta mempunyai sejarah masalah respiratori, sinusitis dan juga alergi kulit.
Seterusnya bagi golongan yang mengidap penyakit asma, mereka akan mengalami
gejala yang lebih teruk. Mereka akan mengalami sesak nafas yang berulang ulang dan
10
10

HBHE2103

seterusnya nafas mengeluarkan bunyi berdehit. Perkara ini adalah disebabkan oleh
kebengkakan pada tiub bronkus yang seterusnya akan menyempitkan lagi saluran pernafasan
dan ini akan mengurangkan aliran udara yang masuk dan keluar dari paru paru.
Selain daripada kedua dua golongan ini, golongan perokok juga turut mendapat
kesan dari masalah jerebu yang melanda. Bagi golongan perokok yang sering merokok di luar
rumah, mereka bukan sahaja menyedut asap rokok malah mereka juga terdedah untuk
menyedut sekali partikel udara PM10 dan PM25. Ini sekali gus masuk bersama ke dalam
saluran kecil dalam paru paru. Mereka akan mendapat kerengsaan, batuk dan juga amat
mudah untuk dijangkiti penyakit yang berkaitan dengan jerebu. Golongan ini lebih berisiko
tinggi untuk mengalami masalah kesihatan.
Jerebu juga boleh memberikan kesan yang amat mendalam terhadap golongan yang
mengidap penyakit paru paru. Mereka lebih terdedah dan cenderung untuk mendapat sakit
jantung, emphysema dan bronkitis yang agak kronik. Mereka perlu sentiasa berwaspada dan
berhati hati kerana jerebu boleh menambahkan lagi tahap keterukan penyakit mereka.
Sekiranya mereka mendapat sebarang gejala yang tidak baik, maka segeralah ke klinik atau
hospital yang berdekatan agar dapat mengelakkan dari menyebabkan keadaan kesihatan dari
bertambah teruk.
Seterusnya, bagi orang tua pula, mereka akan cepat sesak nafas, kulit menjadi gatal,
batuk kering sentiasa berterusan dan sebagaianya. Sekiranya terdapat orang tua yang sering
dan selalu terdedah kepada jerebu, mereka akan mengalami gatal gatal di kawasan
kerongkon dan seterusnya akan batuk secara berterusan. Bukan setakat itu sahaja, mereka
juga akan merasakan sukar untuk bernafas apabila berada dalam jerebu. Oleh yang
sedemikian, orang tua yang mudah mendapat penyakit semasa menghadapi jerebu haruslah
sentiasa berwaspada dan berhati hati dengan tahap kesihatan mereka. Jika menghadapi
sebarang masalah yang memudaratkan, segeralah pergi berjumpa dengan doktor dan
seterusnya mengambil ubat mengikut masa yang telah diperuntukkan.

11
11

HBHE2103

Gejala gejala / kesan jerebu.


6.0 Penutup.
Kerancakan pembangunan dan ekonomi yang pesat membangun tidak harus dijadikan
sebagai alasan untuk kita terus mencemari alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita
sejak dari azali lagi. Kita perlu sedar bahawa setiap kejadian yang dicipta oleh-Nya saling
berkaitan antara satu sama lain dan saling memerlukan. Hutan hutan tidak seharusnya
digondol, bukit bukit diratakan dan pembakaran yang berlaku di sana sini tidak
sepatutnya berlaku. Dalam masalah jerebu, kita hendaklah menghentikan sama sekali
perbuatan pembakaran secara terbuka yang mana merupakan faktor utama yang menyumbang
kepada masalah jerebu. Untuk jangka masa yang panjang, perbuatan tersebut hanya
merugikan dan menimbulkan kesan yang buruk terhadap rakyat.
Jelaslah, alam yang tercemar tidak dapat dibayar dengan wang ringgit kerana alam sekitar
adalah satu anugerah tuhan yang tiada nilainya. Namun begitu, kita masih boleh
menyelamatkannya dengan mengambil langkah langkah untuk memuliharanya. Jika ini
tidak dilaksanakan, kita bakal menyaksikan lebih banyak lagi pencemaran yang akhirnya
memudaratkan kita sendiri. Kesan daripada masalah yang timbul ini sesungguhnya bukanya
sedikit sehinggakan adakalnya ia boleh membawa maut.

( 2865 Patah Perkataan )

12
12

HBHE2103

Rujukan
(n.d.). Retrieved from Program Bersepadu Sekolah Sihat: http://skbhilir.tripod.com/pbss.htm
(n.d.). Retrieved from Isu Alam Sekitar : Jerebu( Punca dan Langkah Mengatasi):
http://pengajianamcgsue.forumotion.com/t1267-isu-alam-sekitar-jerebu-punca-danlangkah-mengatasi
(2013, Jun 24). Retrieved from Catatan Terkini IPU Jerebu di Malaysia yang Terjejas 24 June
2013: http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun2013-seluruh-negeri
(2013, Jun 24). Retrieved from Tips Menghadapi Masalah Kesihatan Ketika Jerebu:
http://www.drhatta.com/2013/JUN13/Jerebu_TipSihat.htm
Abdul Rahman Isa, R. N. (1990). Pertolongan Cemas Prinsip Dan Amalan. Kuala Lumpur:
Cresent News.

13
13

HBHE2103

Bernama. (2013, Jun 20). Retrieved from Pembenihan awan perlu disegerakan atasi jerebu:
http://www.astroawani.com/news/show/pembenihan-awan-perlu-disegerakan-atasijerebu-pakar-16815?cp
Bhd., B. E. (2007). Panduan Keselamatan Menghadapai Bencana Dan Krisis. Selangor :
Pro-Office Shoppe Sdn. Bhd.
Calla, R. (2013, Jun 16). Retrieved from Punca Dan Keadaan Terkini Jerebu Di Semenanjung
Malaysia: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/punca-dan-keadaan-terkini-jerebudi.html#ixzz2gfMw1OZN
Calla, R. (2013, Jun 20). Retrieved from Panduan DanTips Ketika Jerebu:
http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/panduan-dan-tips-kesihatan-ketikajerebu.html#ixzz2gfP4AIkB
Chong, C. H. (2013, Julai 14). Retrieved from STPM:GEOGRAFI:Langkah dalam mengatasi
Udara DAn Jerebu: http://gerbangsejaraham.blogspot.com/2013/07/normal-0-falsefalse-false-en-us-zh-cn.html
Ibrahim, R. (2004). Pencemaran Udara / Ancaman Jerebu. Selangor Darul Ehsan: Pustaka
Cita Tinggi.
KPM, B. S. (2008). Panduan Pengurusan 3K. PERMAI PADUJAYA SDN. BHD.
Lian, T. H. (2013, Jun). Retrieved from Langkah-Langkah Mengatasi Jerebu:
http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-contoh-17-langkah-langkah.html
Malaysia, K. K. (2011). Dasar Program Bersepadu Sekolah Sihat.
Rasli, N. C. (2011, November 20). Retrieved from Langkah dalam mengatasi Pencemaran
Udara dan Jerebu: http://geografifizikalstpm.blogspot.com/2011/11/pencemaranudara-dan-jerebu_20.html
Rasli, N. C. (2011, November 19). Retrieved from Kesan - kesan Pencemaran Udara dan
Jerebu: http://geografifizikalstpm.blogspot.com/2011/11/pencemaran-udara-danjerebu_5713.html
Saad, I. M. (2013, Jun 25). Retrieved from Jerebu:Punca, Kesan, Akibat, Kronologi dan
Penyelesaian: http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibatkronologi-dan.html
Shasha, D. (2013, Jun 26). Retrieved from Jerebu: OPerasi Pembenihan Awan Di Selangor
Dan Perak Berjaya: http://www.feldavoice.com/?p=4131
WMS, C. A. (2009, September 8). Retrieved from Langkah - langkah mengatasi jerebu:
http://anelyza.blogspot.com/2009/09/langkah-langkah-mengatasi-jerebu.html

14
14

You might also like