You are on page 1of 11

DEFINISI MUZIK

Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek
pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada
bayi dan kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen bunyi.

DEFINISI PERGERAKAN.
Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (learning by
doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas
keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi
yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai
respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.
Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara
Automatis
Spontan
Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak
isyarat dan pelbagaipergerakan badan

KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk
penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan
mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal
yang bersifat non verbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap
kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia
kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi
kanak-kanak memang suka bergerak.

KEPENTINGAN AKTIVITI PERMAINAN ALAT MUZIK


Emosi
Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan
perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam
aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak.
Kognitif
- Meningkatkan daya pendengaran
- Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah.
Kegembiraan
Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang
kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian
kanak-kanak.
Fizikal
Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan
secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar.
- Meningkatkan kemahiran motor.
- Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan.
Keyakinan diri.
Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam
kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti
menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri.
Kreativiti
Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai
seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.

5 Jenis pergerakanmengikut perkembangan diri dari mudah ke kompleks.


Gerakan mengikut lirik lagu
Gerakan asas dengan muzik
Interpretasi muzik dengan gerakan
Gerakan bebas dengan muzik
Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema

PENDEKATAN DALCROZE
Irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik
Irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak
Elemen irama dan dinamik-berkait rapat dengan pergerakan
Kesemua degree dalam tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando
dapat dialami, difahami, dan diekspresikan dengan badan

PENGLIBATAN
Eurhythmics memerlukan penglibat individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan
penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu
Mendengar
Merasai (feel)
Berimaginasi kuat( strong imagination)
Menginterpretasi bunyi
Bertindak/respon/bergerak

KECERDASAN MUZIK
Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten,
membezakan antara bunyi dan mencipta muzik .
Sensitif dengan bunyi dipersekitaran.
Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati
melodi, memahami struktur dan rentak muzik.

KECERDASAN KINESTETIK
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan
untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh.
Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan
seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat
mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental.

PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK


Umur
Lahir- 4

Perkembangan
Kesedaran muzik bermula: bayi mungkin menunjukkan

bulan

kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza


terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi

4- 8 bulan

menjadi aktif ketika muzik dimainkan.


Kesedaran muzik menjadi lebih aktif: bayi mula mengamati
semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula
menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan

10-18 bulan

melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah sumber muzik.


Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula
menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini
bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas
menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak
suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan

apabila mendengar muzik yang disukainya.


18 bulan 2 tahun
Eksplorasi bunyi muzik meningkat:
bunyi muzik di persekitaran akan
memikat kanak-kanak yang bertatih.
Kanak-kanak mula mengembangkan
kemahiran bahasa dan meningkatkan
mobility untuk mencari muzik yang
paling disukainya. Mereka mungkin
lebih suka terhadap bunyi terutamanya
muzik di TV atau radio atau iklan dan
mungkin akan tertarik atau terpesona
apabila ahli keluarga memainkan alat
2 - 3 tahun

muzik.
Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk
menari mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar,
berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia
lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanakkanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk
menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan
muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring

atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit


pada sesuatu masa.

3 1/2- 4

Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, perubahan

tahun

yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa


komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya.
Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba
mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang
berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada
irama, walaupun tidak semuanya tepat.

4 5 tahun

Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh


bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan
dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini
adalah tahap pendengaran aktif. Dengan dorongan, keinginan
anak untuk mendengar muzik akan meningkat.

5 6 tahun

Keselarasan gerak tari bermula: meningkatkan kawalan motor dan


kemampuan untuk melakukan pergerakan yang serentak dengan
irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanak-kanak mula
boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan
muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu kaki dan
membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga
mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.

MENYANYI
Peringkat

Perkembangan

umur
Lahir 4

Tangisan pertama bayi adalah muzik: Tangisan bayi pertama

bulan

bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan


perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan
pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan
percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, bubling, jeritan
dan mula bercakap yang bukan-bukan mengulangi suara seperti

6 18 bulan

ba-ba-ba.
Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzikal
lebih jelas: ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen
dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya.
Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara
semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan
hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda
menyanyi dengan not yang sama.

18 bulan 3

Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan

tahun

merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia


mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat,
menggunakan suku kata atau hanya cakap kosong ketika
bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh
anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda
untuk menyanyikan berulang-ulang.

3 - 4 tahun

Ketepatan dalam persamaan ton bermula: sekarang anak mula


menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin
secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang
sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan
lagu-lagu yang dia tahu.

4 5 tahun

Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan


peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan
irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan
boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia
menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan
mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa
bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi
kegemarannya.

5 tahun ke

Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan

atas

penghargaan meningkat: Kebanyakan anak kini menghasilkan


lagu-lagu mudah.

BERMAIN ALAT MUZIK


Peringkat

Perkembangan

umur
6 9 bulan

Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia:


koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika
benda-benda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan
kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia
akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang
berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi.

18 bulan 2

Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi:

tahun

Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan


objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan
lain untuk menghasilka bunyi.

2- 3 tahun

Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini,


ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan
rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi
muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau
marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan,
anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol

4- 5 tahun

(rebana) dan sebagainya.


Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang
sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi
tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama
muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau
mencipta lagu sendiri.

CONTOH PERALATAN MUZIK

marakas

gendang

tambori
n

kerincin
g

tik tok

kastanet

CONTOH ASAS UNTUK PERGERAKAN

REBEN
SELENDANG

BEANBAGS

GELUNG

You might also like