You are on page 1of 14

<KOD KURSUS>

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEPTEMBER / 2019

HDPS4503

MUZIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 930219125432001


NO. KAD PENGENALAN : 930219-12-5432
NO. TELEFON : 0195376967
E-MEL : npieypink@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN

0
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN MUKA SURAT 1-2

JENIS-JENIS ALAT PERKUSI MUKA SURAT 2

CARA MEMPERKENALKAN ALAT MUKA SURAT 2-3


PERKUSI

KEBAIKAN ALAT PERKUSI KEPADA MUKA SURAT 3-4


KANAK-KANAK

PENILAIAN GURU TERHADAP MUKA SURAT 4-5


KEMAHIRAN BERMAIN ALAT
PERKUSI KANAK-KANAK

CABARAN GURU DALAM MUKA SURAT 5-6


MENGAJAR ALAT PERKUSI KEPADA
KANAK-KANAK

RANCANGAN PENGAJARAN MUKA SURAT 6,7&8

DEMONSTRASI PENGAJARAN MUKA SURAT 9

RUJUKAN YOUTUBE

LAMPIRAN KERJA

RUJUKAN
PENDAHULUAN

Sejarah bagi alat-alat muzik perkusi ini telah wujud. Sebagai buktinya semasa manusia-
manusia pada zaman dahulu lagi, mereka telah mengetuk dinding-dinding gua, kayu
berongga serta bongkah-bongkah batu dan secara tidak sengaja telah menghasilkan bunyi-
bunyian daripada ketukan tersebut sehingga mereka menjadikan bunyi-bunyian tersebut
sebagai satu bentuk komunikasi ataupun bahasa isyarat bagi sesuatu maksud-maksud tertentu.
Pola irama atau jenis ketukan yang mereka mainkan juga telah digunakan pakai bagi sesuatu
upacara adat resam bagi sesuatu kelompok kaum yang ada pada masa itu. Lama kelamaan
ianya telah menjadi kebiasaan pada mereka dan akhirnya menjadi tragedi budaya bagi sesuatu
kaum tersebut. Hari ini, kebanyakan pakar kanak-kanak bersetuju bahawa kesesuaian muzik
untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau
menyakiti telinga bayi. Kepelbagaian jenis muzik sangat berguna untuk masa depan bayi
kerana muzik dapat memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila bayi
mula membesar, mereka mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik kerana
semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Dalam usia enam tahun
pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria
dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh cara penyampaian visual muzik tersebut.
Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-
kanak dalam perkembangan bahasa.

Semasa pembesaran janin pada trimester ketiga, otak janin sedang membuat persediaan
untuk operasi yang lengkap dan situasi ini dapat memudahkan penerimaan maklumat untuk
sebarang bentuk informasi. Pada saat ini, telinga fetus telah pun terbentuk sepenuhnya dan
secara perlahan-lahan janin sudah pun mula mengenali suara ibu dan bunyi yang ada di
sekelilingnya. Pada peringkat ini juga, stimulasi prenatal bayi sangat digalakkan kerana ianya
dapat melibatkan pelbagai jenis rangsangan seperti gerakan, tekanan, bunyi dan geteran agar
dapat berkomunikasi dengan bayi sebelum ia dilahirkan. Bayi akan mula belajar dan
bertindak balas terhadap ransangan yang akan membantu kanak-kanak untuk berkembang
dari segi mental, fizikal dan deria kanak-kanak. Latihan seperti ini dilihat dapat membantu
untuk mengukuhkan lagi ikatan perhubungan di antara bayi dan ibu serta berpotensi dapat
membantu dalam perkembangan emosi dan intelektual bayi. Oleh itu, muzik merupakan
sebahagian perkara penting di dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Semenjak dari bayi

1
lagi, kanak-kanak sudah pun didedahkan dengan muzik iaitu contohnya semasa seorang ibu
hendak mendodoikan anaknya, si ibu akan mendendangkan irama lagu yang bersesuaian
dengan umur bayi tersebut. Selain itu, si ibu atau pun penjaga kepada kanak-kanak juga akan
menyanyikan lagu dan nada irama kanak-kanak semasa hendak menyampaikan cerita sejarah
atau pun cerita fiksyen serta aktiviti menyanyi yang kanak-kanak pelajari sama ada di rumah
ataupun di prasekolah. Ada juga diantara ibu yang hamil akan memperdengarkan bayi di
dalam perut mereka dengan muzik semenjak dari awal usia kehamilan lagi. Setiap daripada
ransangan stimulasi ini mampu untuk memberikan perkembangan yang cukup sihat kepada
bayi dan kanak-kanak. Terdapat juga kajian terbaru yang membuktikan bahawa permainan
ataupun aktiviti muzik ini dapat memantapkan lagi perkembangan bahasa kanak-kanak,
keupayaan matematik kanak-kanak, hubungan antara perkataan dan bunyi serta dapat
meningkatkan lagi tahap keupayaan intelektual kanak-kanak.

Permainan alat muzik yang besar seperti persembahan orkestra telah dijadikan asas
kepada permainan alat muzik perkusi. Disiplin yang tinggi sangat diperlukan semasa
membuat latihan atau pun persembahan alat muzik ini. Tanpa disiplin yang tinggi maka
persembahan alat muzik perkusi ini tidak akan dapat dijayakan. Bentuk persembahan alat
muzik perkusi ini juga menyerupai sebuah persembahan orkestra yang sebenar. Para pemain
alat muzik perkusi akan berbaris mengikut kumpulan alat muzik mereka dan akan dikawal
oleh seorang pemain konduktor. Alat-alat muzik perkusi adalah alat muzik yang akan
menghasilkan bunyi yang terbahagi kepada dua jenis iaitu alat muzik berpic dan alat muzik
tidak berpic. Alat-alat muzik berpic ialah alat muzik yang biasanya akan digunakan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah rendah dan alat muzik berpic ini boleh
memainkan sebuah lagu misalnya seperti Xylophone, Melodian, Rekoder, Kibod, Gitar dan
Glokenspial. Manakala alat muzik tidak berpic pula ialah seperti Tik Tok, Drum, Kerincing,
Kastenet, Dram, Tamborin dan Kompang. Alat muzik tidak berpic ini hanya dapat
menghasilkan satu ton atau dua ton sahaja apabila dimainkan dan kebiasaanya sering
digunakan di prasekolah. Alat muzik tidak berpic ini juga biasanya digunakan sebagai muzik
sampingan untuk mengiringi sebuah nyanyian lagu. Alat perkusi pertama yang akan saya
perkenalkan kepada kanak-kanak ialah kayu Tik Tok. Alat perkusi ini lazimnya diperbuat
daripada kayu dan terdapat pemegang serta sebatang pengetuk. Kayu Tik Tok ini tidak
menghasilkan bunyi yang cukup kuat atau lanjut dan bunyi yang dihasilkan daripada
bahagian kanan Tik Tok tidak sama dengan bunyi bahagian kiri Tik Tok. Cara-cara untuk
memainkan dan memegang kayu Tik Tok adalah dengan memegang Tik Tok dengan tangan

2
kiri dan pemegangnya dengan tangan kanan. Ketuk bahagian kanan dan kiri Tik Tok secara
bergilir-gilir. Manakala alat muzik perkusi yang kedua ialah kerincing

Pertama sekali saya akan bertanya kepada kanak-kanak sama ada mereka pernah melihat
atau pernah mendengar alat perkusi yang saya tunjukkan kepada mereka iaitu alat perkusi
Kayu Tik Tok dan Kerincing. Saya juga akan bertanya sama ada mereka pernah
mengunakannya dan mengetahui cara-cara untuk memainkan alat perkusi tersebut. Setelah
kanak-kanak telah mengenal kedua-dua jenis alat perkusi tersebut, maka guru bolehlah
mengajar kepada kanak-kanak mengenai cara-cara untuk memegang dan cara-cara untuk
memainkan alat perkusi dengan betul. Cara-cara untuk memainkan alat muzik perkusi yang
pertama iaitu Kayu Tik Tok adalah dengan memegang Kayu Tik Tok dengan tangan kiri
manakala memegang pemegangnya dengan mengunakan tangan kanan. Selepas itu, kanak-
kanak bolehlah mengetuk bahagian kanan dan kiri Kayu Tik Tok secara bergilir-gilir.
Seterusnya cara-cara untuk memainkan alat muzik perkusi yang kedua iaitu kerincing dengan
memegang tali kerincing pada talinya dengan mengunakan tangan kiri dan pemukulnya pula
ditangan kanan kanak-kanak ataupun memegang mengikut kesuaian tangan kanak-kanak.
Guru mestilah memastikan tangan kanak-kanak yang memegang pada tali kerincing tidak
menyentuh kerincing. Selepas itu, kanak-kanak bolehlah memainkan kerincing dengan
mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Kanak-kanak boleh
mengetuk kerincing sama ada di sebelah dalam atau luar kerincing.

Antara kepentingan dan kebaikan bermain alat perkusi ini kepada kanak-kanak adalah
dapat meningkatkan lagi konsep kendiri dalam diri kanak-kanak, contohnya semasa mereka
sedang berkongsi alat-alat muzik perkusi bersama rakan-rakan yang lain dan seterusnya dapat
membina tahap disiplin kanak-kanak semasa mereka sedang menunggu giliran untuk bermain
alat muzik tersebut. Kemahiran sosial emosi kanak-kanak juga akan berkembang semasa
mendengar lagu-lagu yang dimainkan seperti lagu rancak ataupun lagu pop yang boleh
meningkatkan lagi semangat dalam diri mereka dan menjadikan mereka lebih bertenaga dan
gembira apabila hendak menari dan menyanyi mengikut irama muzik. Manakala, irama
muzik klasik pula dapat membantu mengekalkan lagi tumpuan serta perhatian kanak-kanak
dan menjadikan mereka lebih patuh dan tenang. Kemahiran kanak-kanak dalam berinteraksi
secara sosial juga dapat berkembang semasa mereka bermain dengan aktif di dalam
kumpulan dan seterusnya dapat mengembangkan lagi tahap keyakinan diri kanak-kanak
apabila mereka berjaya menghafal sesebuah lagu. Selain itu, kanak-kanak juga akan mahir
3
dalam membezakan bunyi yang rendah , tinggi ataupun bunyi yang pendek melalui
pengajaran muzik ini. Sebagai contohnya dalam aktiviti untuk memperkenalkan bunyi rendah
dan bunyi yang tidak cukup kuat semasa mengetuk kayu tik tok manakala bunyi yang tinggi
dan agak kuat semasa memalu kompang dan kedua-dua alat muzik perkusi ini menghasilkan
bunyi yang pendek sahaja. Contoh aktiviti untuk memperkenalkan bunyi yang panjang pula
ialah semasa guru memukul kastenet namun tidak terdapat alatan muzik tersebut di sekolah
yang saya jalankan kajian ini. Di samping itu, tahap perbendaharaan kata kanak-kanak juga
akan turut berkembang semasa pengajaran muzik ini apabila guru memperdengarkan sesuatu
lagu dan meminta kanak-kanak untuk mencuba mengingat lirik lagu tersebut. Semasa kanak-
kanak akan mencuba untuk menghafal lirik lagu tersebut justeru secara tidak langsung
mereka akan mendapat dan mempelajari perkataan-perkataan yang baru.

Bermain alat perkusi juga pastinya memberi banyak kelebihan seperti dapat menguji tahap
ketajaman pendengaran sebagai contohnya apabila kanak-kanak dapat mengenalpasti
imbangan bunyi, bentuk irama dan rangkai lagu dan seterusnya menjadi lebih peka kepada
sentuhan bunyi dan bunyi. Selain itu, aktiviti permainan ini juga dapat menguatkan lagi daya
ingatan kanak-kanak di mana mereka dapat menyerap tema dan keseluruhan lagu melalui
pendidikan muzik. Kanak-kanak juga mendapat latihan mata melalui permainan alat perkusi
ini semasa mata mereka dilatih agar dapat membaca dengan lancar dan menjadi lebih pantas
dari sebutan mereka. Daya kreativiti kanak-kanak dapat dibina melalui aktiviti penciptaan
lagu sendiri daripada kanak-kanak. Perkembangan fizikal kanak-kanak juga turut
berkembang contohnya seperti kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, perubahan
fizikal, perawakan manusia dan fungsi anggota badan mereka sendiri. Guru juga boleh
memberikan aktiviti menari secara bebas mengikut alunan muzik agar kanak-kanak dapat
menghasilkan pergerakan yang menyeronokkan dan mengalakkan perkembangan motor kasar
mereka.

Para guru boleh menilai kemahiran kanak-kanak dalam bermain alat muzik dengan
memberikan kanak-kanak peluang belajar membaca skor perkusi yang lebih terancang.
Pertama sekali kanak-kanak akan belajar untuk menunggu giliran mereka mengikut skor.
Selepas itu, kanak-kanak akan menyebut alat perkusi yang mereka mainkan dan mengetuk
bersama-sama. Kemudian kanak-kanak boleh memainkan alat muzik tersebut dan berhenti
apabila mendengar arahan daripada guru. Kanak-kanak boleh memulakan dan berhenti
bersama-sama mengikut skor muzik yang dirancang. Akhir sekali, kanak-kanak akan dapat

4
merasa situasi bermain alat perkusi ini seperti sebuah orkestra yang penuh dengan disiplin
dan peraturan.

Terdapat tiga jenis cabaran yang dapat saya senaraikan didalam memberikan pendidikan
muzik kepada kanak-kanak. Cabaran yang pertama sekali tentunya kepada para guru-guru
seperti saya yang tidak mempunyai asas untuk belajar bidang muzik secara formal. Seperti
yang kita ketahui, seorang pendidik muzik mestilah mempunyai pengetahuan dan
mempelajari tentang semua aspek muzik seperti teori dan analisis, teknik-teknik latihan
muzik, komposisi dan perkembangan kurikulum muzik semasa. Kesemua aspek-aspek
tersebut amat penting untuk menjadikan pendidikan muzik yang diajarkan kepada kanak-
kanak menjadi lebih sempurna dan memberi kebolehan kepada guru semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran pendidikan muzik instrumental di prasekolah. Akibat daripada kekurangan
salah satu daripada aspek-aspek tersebut boleh menyebabkan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan muzik tidak mencapai target dan tidak berjaya di dalam kelas. Selain itu,
kekurangan aspek-aspek tersebut juga boleh menjadi guru muzik tidak berasa lengkap dan
tidak dapat menepati keperluan dalam pendidikan muzik yang dikehendaki. Dalam
menjadikan seorang pendidik muzik agar lebih menghayati sesuatu karya seni dari segi
latarbelakang karya itu dicipta, budaya muzik sesuatu zaman dan stail muzik pada zaman
tersebut, pengetahuan dalam aspek sejarah muzik penting bagi guru muzik. Untuk
mengetahui dan memahami ayat-ayat muzik seperti permulaan, kadens, frasa dan pergerakan
harmoni dalam sesuatu karya seni, seorang guru muzik perlu mengetahui bentuk dan analisis
muzik. Ianya sangat penting semasa mempersembahkan karya yang mengikut ”mood”
tertentu dan dapat membantu dalam membentuk gambaran yang baik untuk sesuatu karya
seni.

Cabaran yang kedua tentunya kepada kanak-kanak, contohnya semasa hendak


menyanyikan lagu terdapat beberapa kekurangan yang dimiliki oleh kanak-kanak seperti
kanak-kanak menyanyi dalam out pic (lari tempo) atau tiada ketepatan not. Selain itu, masih
terdapat kanak-kanak yang tidak minat untuk mempelajari muzik, tidak fokus dalam aktiviti
dan tidak mahu melibatkan diri. Tahap kemahiran menyanyi kanak-kanak juga dilihat tidak
sama rata contohnya seperti masih terdapat kanak-kanak yang tidak mempunyai bakat dalam
menyanyi dan tidak boleh menyanyikan lagu dengan baik. Terdapat juga seorang pelajar
hyperaktif di dalam kelas kajian saya dan ini juga menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang saya lakukan agak susah untuk dikendalikan. Kanak-kanak ini tidak dapat
memberikan kerjasama yang baik namun masih boleh mengikuti sesi pengajaran dan
5
pembelajaran dengan lebih banyak perhatian dan sentiasa diawasi. Dan cabaran yang
seterusnya adalah seperti kekurangan alat muzik seperti di sekolah tempat saya menjalankan
kajian ini hanya terdapat beberapa alat muzik sahaja contohnya seperti kompang, kerincing,
Kayu Tik Tok dan simbal tangan. Kelas kanak-kanak juga tidak begitu menyelesakan
disebabkan ruang kelas yang agak sempit. Terdapat hanya sedikit ruang untuk meja dan
kerusi yang boleh dijadikan tempat untuk melakukan kajian saya ini.

Hari / Tarikh : Isnin / 13 November 2019 Masa : 2.00-2.30 pm

Umur kanak-kanak : 6 Tahun Tempoh Pengajaran : 30 minit

Bahan Bantu Belajar : Kayu Tik Tok dan Kerincing

Pengetahuan sedia ada kanak-kanak :


1) Kanak-kanak pernah melihat alat perkusi seperti kerincing dan tik tok.
2) Kanak-kanak boleh menamakan jenis alat muzik yang dibunyikan dan mengecam bunyi
alat perkusi tersebut.
3) Kanak-kanak boleh memainkan alat perkusi mengikut tempo yang diberikan (laju dan
lambat).
4) Kanak-kanak juga boleh memainkan alat perkusi dengan ekspresi yang bersesuaian
(perlahan dan kuat)

Objektif pembelajaran :
1) Untuk membolehkan seseorang kanak-kanak itu mendapat pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran dalam penggunaan alat perkusi.
2) Dapat membina koordinasi melalui pergerakan anggota badan kanak-kanak.
3) Dapat menguatkan lagi daya ingatan dan tumpuan kanak-kanak.
4) Dapat membina semangat kanak-kanak untuk saling bertolak ansur, berdisiplin terhadap
arahan, bekerjasama dan menepati masa.
5) Agar kanak-kanak dapat bertindak sebagai individu mahupun dalam kumpulan terhadap
pendidikan muzik.

6
6) Dapat melahirkan idea daripada kanak-kanak agar menjadi lebih kreatif semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
7) Kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam aktiviti permainan muzik ini dan berasa gembira
serta berpuas hati dengan penglibatan mereka.

SET INDUKSI

Masa : 5 minit Isi kandungan : Warna ton

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran :

1) Guru beramah mesra dengan kanak-kanak.


2) Guru menunjukkan kepada kanak-kanak alat perkusi yang akan mereka pelajari dan
mainkan.
3) Guru meminta kanak-kanak untuk menamakan alat muzik tersebut.
4) Guru meminta kanak-kanak untuk menutup mata mereka dan mendengar bunyi yang
dimainkan.
5) Guru meminta kanak-kanak untuk membuka mata mereka dan meneka bunyi-bunyi
tersebut.

Langkah 1

Masa : 10 minit Isi kandungan : Bermain alat perkusi

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

1) Guru membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan.


2) Satu kumpulan akan mendapat alat perkusi kerincing manakala satu lagi kumpulan
akan mendapat alat perkusi kayu tik tok.
3) Setiap ahli kumpulan akan diberikan satu alat muzik mengikut kumpulan masing-
masing.
4) Kanak-kanak diminta untuk berdiri dalam satu barisan yang panjang dihadapan guru.
5) Kanak-kanak akan diperdengarkan cara untuk bermain alat muzik masing-masing
dengan mainan bunyi tik tok dan kerincing.
6) Kanak-kanak diminta untuk mengulang semula teknik permainan yang ditunjukkan
oleh guru mengunakan dua alat muzik tersebut mengikut kumpulan yang telah
dipecahkan.

7
Langkah 2

Masa : 5 minit Isi kandungan : Mengajuk bunyi pic alat muzik

Altiviti pengajaran dan pembelajaran :

1) Kanak-kanak diminta untuk berdiri dalam bentuk bulatan.


2) Guru akan bermain alat muzik kerincing dan tik tok dihadapan kanak-kanak.
3) Kanak-kanak diminta untuk mengajuk bunyi :
~ Kerincing = ”cing cing cing cing cing” ~ Tik Tok = ”Tik Tok Tik Tok”

Langkah 3

Masa : 5 minit Isi kandungan : Persembahan muzikal kanak-kanak

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

1) Guru meminta kanak-kanak untuk menyanyi lagu ”Bapaku pulang dari kota”.
2) Kanak-kanak diajarkan cara untuk bermain alat muzik masing-masing mengikut lagu
yang diberikan dan dibincangkan oleh guru dan kanak-kanak dengan pergerakan yang
bebas.
3) Mengikut kumpulan yang telah dibahagikan, setiap ahli kumpulan akan diminta untuk
memainkan alat muzik masing-masing bersama-sama diikuti dengan pergerakan bebas
bersama dengan ahli kumpulan.
4) Kanak-kanak diminta untuk mempersembahkan lagu tersebut berserta dengan iringan
alat muzik masing-masing hasil daripada perbincangan dengan guru.
Penutup

Masa : 5 minit

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

1) Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru mengenai matapelajaran yang mereka telah
pelajari hari ini.
2) Kanak-kanak diminta untuk memberikan nilai-nilai murni yang terdapat sepanjang
sesi pengajaran dan pembelajaran.
3) Kanak-kanak diberikan pujian, galakkan dan dorongan atas kerjasama mereka.
4) Kanak-kanak dimaklumkan oleh guru bahawa alat-alat muzik tradisional merupakan
warisan negara yang sentiasa perlu dihargai dan dijaga dengan sebaik mungkin.

8
Aktiviti Pengukuhan :

1) Kanak-kanak tidak boleh terlalu kuat memukul alat perkusi semasa bermain.
2) Elakkan alat perkusi daripada jatuh ke lantai yang keras.
3) Selepas mengunakan alat perkusi, kanak-kanak mestilah menyimpan alat tersebut di
tempat yang disediakan dan tidak boleh bertindih antara satu sama lain.
4) Alat perkusi tersebut haruslah dibersihkan selalu supaya tidak kotor dan berhabuk.
5) Alat perkusi mestilah disimpan di tempat pengudaraan yang baik.
6) Elakkan disimpan di tempat yang terlalu lembab atau panas.
7) Guru akan memberikan pendedahan kepada kanak-kanak mengenai penjagaan alat muzik
perkusi yang terdapat di sekolah.

Refleksi :

1) Kanak-kanak dapat memberikan kerjasama yang baik kepada guru.


2) Kanak-kanak boleh mengenal pasti alat perkusi yang dimainkan.
3) Kanak-kanak boleh mengecam bunyi alat perkusi yang dimainkan.
4) Kanak-kanak boleh memainkan alat muzik dengan baik
5) Kanak-kanak boleh menyanyi lagu sambil bermain alat perkusi.

( 2512 Patah Perkataan )

DEMONSTRASI PENGAJARAN

Link Youtube :

9
RUJUKAN / REFERENSI

 Noor Izieyana Bt Ibrahim, ( March 30, 2010). Kepentingan muzik kepada pergerakan.

Di ambil daripada http://kumpulan4a.blogspot.com/2010/03/muzik-dapat-membantu-

perkembangan.html

 Qaseh Nurhudamry, (2019 ). Permainan perkusi untuk prasekolah. Di ambil daripada

https://www.scribd.com/doc/183161294/PERMAINAN-PERKUSI-UNTUK-

PRASEKOLAH

 Cikgu Aisyah The Stories, (Oktober, 2011). Alat perkusi. Di ambil daripada

http://cikguaisyahthestory.blogspot.com/p/alat-perkusi.html

 Suraya Kamaruddin, (2013). Asas irama muzik. Di ambil daripada

https://surayakamaruddin.files.wordpress.com/2013/11/nota-pelajar-muzik-f1.pdf

 Suriati Kasim, (May 10, 2013). Bunyi Perkusi. Diambil daripada

http://suriatikasim.blogspot.com/2013/05/bunyi-perkusi.html

 Stephanie Unsil Rakey, (Dec 1, 2013). Seni Dalam Pendidikan - RPH MUZIK. Di

ambil daripada https://www.slideshare.net/missstepheltonz/seni-dalam-pendidikan-

28771598

 Kantharoa A/L Superemany, (October 9, 2012). Cabaran dan isu pendidik muzik

orkestra. Di ambil daripada http://pendidikanmy.blogspot.com/2012/10/cabaran-dan-

isu-pendidik-muzik-orkestra.html

 Syahariman Hamid, (Oktober 01, 2009). Kemahiran dan teknik asas permainan

alat perkusi pendidikan muzik pra sekolah. Di ambil daripada

http://syaharimanhamid.blogspot.com/

10
11
12

You might also like