You are on page 1of 10

Sumbangan muzik dalam perkembangan kanak-kanak

Bagaimana muzik boleh mengalakkan perkembangan kanak-kanak? Saya akan


jelaskan satu-satu persatu kesan muzik kepada perkembangan kanak-kanak dari
segi saintifik dan secara am. Antara mengapa muzik boleh merangsang
perkembangan kanak-kanak ialah:
1. Meningkatkan sistem pertahanan badan
Idea yang mengatakan muzik dapat meningkatkan sistem pertahanan badan
mungkin di anggap tidak logik oleh sesetengah pihak tetapi sains telah
menyokong kenyataan tersebut. Muzik yang tenang di ketahui dapat meredakan
tekanan.

Apabila

ia

berlaku,

ia

juga

mengurangkan

tahap

hormon

cortisol( hormon adranalin cortex yang aktif dalam metabolisma karbohidrat dan
protin). Bukan sahaja muzik yang tenang tetapi muzik yang berentak rancak juga
dapat meningkatkan kadar antibodi di dalam system badan kita. Dr. Ronny Enk
yang mengetuai kajian terhadap kesan muzik kepada system imunisasi barubaru ini mencadangkan Kami fikir muzik boleh memcetuskan keadaan yang
menyenangkan dan ia boleh membawa kepada perubahan fisiologi yang mana
akan mengurangkan tekanan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
Jika sains telah membuktikan ia begitu maka kita perlu ingat, jika merasa
tertekan, dengarkan muzik yang santai. Selain itu, dengar mata kasar kita dapat
melihat sendiri kesan muzik terutamanya kepada bayi atau kanak-kanak. Anakanak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis

bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan mood
mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan
kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai
bentuk muzik yang ada.
Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka
menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk
punggung dan dadanya. Ini kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri
untuk bertindak balas terhadap rangsangan bunyi dan sentuhan.
Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik
atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak
anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang
atau mendodoikan anak dengan irama muzik.
Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang
tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu
menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan
menenangkan terhadap bayi.
Kesimpulannya, melalui muzik kita dapat mengimbau kembali memori yang ada
bersama muzik tersebut. Bagi proses pembelajaran ia dapat menolong
perkembangan kanak-kanak dengan menggunakan muzik untuk mengingati
pembelajaran yang baru. Muzik yang tenang juga akan menghilangkan tekanan
mereka dan mereka dapat belajat dalam suasana yang riang. Muzik juga
membantu kanak-kanak ini agar mereka sentiasa sihat untuk belajar apabila
tahap imunisasi mereka tinggi.

2. Meningkatkan kadar senaman


Seperti yang kita telah ketahui, muzik juga memainkan peranan di dalam
senaman. Dalam satu kajian baru-baru ini, para penkaji telah mendapat
hubungan yang positif di antara muzik rancak dengan senaman. Walaupun ia
tidak memeranjatkan sesiapa pun, muzik berfungsi untuk meningkatkan kekuatan
apabila bersenam. Ia berfungsi apabila muzik mengalihkan perhatian dan
memaksa jantung dan otot untuk bergerak lebih pantas. Ini akan menyebabkan
kita menjadi lebih sihat.
Bagi kanak-kanak yang sihat mereka akan dapat menumpukan lebih perhatian di
dalam kelas bagi proses pembelajaran. Mereka akan lebih merasa cergas dan
dapat menimba ilmu dengan lebih pantas.

3. Sebagai alat komunikasi antara ibu dan anak


Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk
operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika
itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali
suara ibu dan bunyi sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah
digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi,
gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum
bayi dilahirkan.
Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka
dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik

setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan
mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini
amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang
menunjukkan tidak balas.
Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada
rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan
deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan
bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.
Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini
dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi
kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi
bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan
bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.
Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan
memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan
jaga. Ini kerana pada waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi mereka apabila
muzik itu dipasangkan sama ada mereka suka atau tidak terhadap muzik
tersebut.
Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan
mereka sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng
digalakkan

untuk

merangsang

pendengaran

dan

penglihatan

mereka.

Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik


sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut

beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat
muzik yang terdapat di sekitar mereka.

4. Meningkatkan kemahiran bahasa


Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan
bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan
sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.
Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain
mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak dan membaca buku yang
mempunyai gambar menarik dan berbunyi dapat menarik minat anak-anak
terhadap membaca. Irama yang disertai senikata lagu akan membantu anakanak mengembangkan kemahiran bahasa mereka.
Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka
menghafal dan menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul
yang dinyanyikan amat mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya
kita menyuruh mereka menghafal kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik.
Hal ini secara tidak langsung merupakan salah satu teknik kita mendidik anakanak dan membantu mereka dalam proses pembelajaran, terutama yang
melibatkan hafalan.
5. Menambah kemahiran
Muzik juga membantu anak-anak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada
mereka. Ini kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan membelikan satu

jenis alatan atau instrumen muzik untuk mereka berlatih menggunakan


instrument tersebut. Secara tidak langsung mereka bukan sahaja boleh
mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah mereka juga akan mahir
menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota muzik.
Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk
bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu
kuat

atau

menyakiti

telinga

bayi.

Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia
memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan, kata Dr. Lihanna
Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.
Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung
muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu
Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals. Salah satu soalan
yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka
sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik. 91 peratus
ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan
kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumbersumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk
muzik.
Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik
klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas
bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih
muzik pop. Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa
yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh

dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik
sebagai alat pembelajaran.
Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari
mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan
menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman
kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga
dengan bayi anda.
6. Meningkatkan

fungsi

otak

Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan


mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik.
Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan
kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.Dalam usia enam tahun
pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka
cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh
penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi
merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan
bahasa.
Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti
Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi
agresif.
Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat.
Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan;
umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang
betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.

Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai
Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan
pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa.
Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik
dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.
Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang
tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk
rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar
mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan
Broca.
Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting
dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika
diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin
bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.
7. Menolong

kanak-kanak

yang

bermasalah

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil


kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa
muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia. Seperti yang
dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak
untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. John Gabrielli,
bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: Apa yang
ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa...Yang
berubah
Kajian

dalam
dijalankan

minda
turut

dan

otak

manusia

mencadangkan

dengan

bahawa

latihan

memainkan

muzikal.
alat

muzik

mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan. Di

dalam artikel Adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make us
smarter?) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan
awal

otak.

Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang
menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik
menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas
penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam
menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran
muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh
yang

sama.

8. Meningkatkan

kadar

celik

huruf

Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf.
Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan
bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak
dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna
untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah
orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.
Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk
memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik
meningkatkan

keupayaan

mental.

Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri
anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan
pembesaran

kanak-kanak.

Bagaimanapun,

ibu

bapa

dinasihatkan

tidak

menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak

sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat


negatif.

You might also like