You are on page 1of 27

Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan

oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di
tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan
keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari
disebut bergerak dan beredar.

Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan


alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil
atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian
sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan


khasnya menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik , pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman
pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-
konsep pergerakan.

DEFINISI MUZIK

Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada
aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan
kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk


penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan
mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal
yang bersifat nonverbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap
kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam
dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat
semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari,
mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana
kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya
mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya.
Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian
atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik
ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang
mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan
set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat
menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam
keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah
mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta
berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada
lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap
ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua
orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza.
Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan
menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza.
Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi
instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain
muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang
mempunyai kecerdasan muzik ini.

Kecerdasan Kinestetik

Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan


mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka
untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu,
mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan.
Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.

Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat
mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya
menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan
menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki
keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan
ketika bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi
dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan
kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan
fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak,
peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa
kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik
yang tinggi.

Kecerdasan Logik-Matematik

Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor,


menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan
yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara
deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini
menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh
seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya
menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan mudah
sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis,
mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi


memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi.
Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang
berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik
dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda
untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah
menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan
akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang
yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan
dengan Matematik dan Sains.

Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan


kemampuan kita untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin
sementara menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita
untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. Manurut Gardner,
kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat
sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut
atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut Gardner,
cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang berasingan dan
memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting
dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal.

PENDEKATAN DALCROZE

Pengenalan
Kaedah Dalcroze telah diasaskan oleh Emiles Jaques-Dalcroze (1865-1950),
seorang pemuzik dan pendidik muzik berbangsa Swiss. Kaedah ini melatih
kemahiran dalam konsep-konsep muzik yang asas seperti irama, ton, dinamik
dan bentuk.
Terdapat 3 element utama dalam kaedah ini iaitu eurhythmics, kaedah sofla dan
improvisasi. Keupayaan untuk menunjukkan ekspresi terhadap konsep muzik
melalui gerakan merupakan prinsip utama dalam kaedah ini. Dalcroze
berpendapat bahawa badan manusia merupakan alat muzik semulajadi yang
paling sesuai untuk menerapkan konsep-konsep asas muzik. Oleh itu, beliau
telah mehasilkan 3 elemen yang berasaskan pergerakan dan gabungan daripada
3 komponen tersebut telah menghasilkan kaedah pengajaran yang kreatif ini.

Walaupun kaedah ini telah diperkenalkan lebih daripada 100 tahun yang lepas,
namun kaedah ini masih dapat dipraktikkan pada nasa sekarang. Falsafah
pendidikan yang terkandungdalam kaedah ini yang melibatkan satu proses
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid, member peluang kepada
murid-murid untuk memperoleh pengetahuan melalui pengalaman dan
penemuan sejajar dengan teori pendidikan kini.

Falsafah, Konsep dan Teknik

Semasa Dalcroze menjadi professor di Conservatory Of Music di Geneva, beliau


mendapati bahawa ramai pelajar muzik tidak dapat merasai dan melahirkan
emosi terhadap muzik yang dimainkan walaupun mereka telah menguasai
kemahiran dan teknik permainan alat muzik. Malah mereka mempunyai masalah
dalam memainkan irama yang ringkas, mengalami masalah ketepatan pic dan
intonasi. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu pendekatan untuk member
pendidikan muzik yang menyeluruh kepada pelajar-pelajar muzik.

Pendekatan Dalcroze erdasarkan 2 prinsip iaitu kepentingan pendengaran dan


literasi muzik selepas kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal.
Dalcroze tidak setuju dengan cara pengajaran pembelajaran muzik yang hanya
menekankan literasi muzik di mana teori muzik di ajar secara atas kertas. Pada
pendapat beliau muzik berkait rapat dengan muzik dan kanak-kanak tidak dapat
mendengar bunyi muzik dengan cara pembelajaran sebegini. Beliau percaya
bunyi muzik harus diperkenalkan dalam kelas teori supaya kanak-kanak dapat
dikaitkan apa yang dipelajari dengan bunyi. Oleh itu, pendengaran menjadi
elemen penting dalam kaedah Dalcroze.

Seperti Kaedah Kodaly dan Orff, Dalroze juga berpendapat bahawa pengajaran
dan pembelajaran muzik harus bermula dengan pengalaman muzik yang
bermakn. Pembelajara muzik tidak boleh dilakukan dengan pengenalan notasi
formal dan penerangan guru sahaja. Beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu
mempunyai pengalaman muzikal yang mencukupi dan telah menguasai konsep-
konsep muzik dalam aspek pendengaran dan persembahan, barulah guru
mengaitkan pengetahuan dan kefahaman kanak-kanak tehadap konsep muzik
dengan notasi, teori, analisa dan sebagainya. Proses ini dapat menjamin kanak-
kanak dapat memahami konsep muzik secara mendalam dan berkesan. Prosese
pengajaran dan pembelajaran notasi dan teori akan menjadi lebih mudah dan
cepat apabila kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal.

3 aspek utama dalam pendekatan Dalcroze ialah eurhythmics, nyanyian sofla


dan improvisasi. Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan berpusatkan aktiviti
gerakan keran Dalcroze percaya bahawa cara yang paling berkesan untuk
mempelajari konsep asas muzik seperti irama adalah melalui gerakan.

Eurhythmics merupakan aktiviti kinetic yang melatih badan kanak-kanak untuk


bergerak terhadap muzik yang diperdengarkan. Dalam erti kata lain,
eurhythmics adalah respon badan terhadap konsep muzik yang diperkenalkan.
Dalcroze berpendapat bahawa semua elemen dapat dirasai melalui gerakan dan
semua bunyi muzik mempunyai ciri pergerakan. Oleh itu, untuk menguasai
pergerakan dalam bunyi muzik, badan manusia adalah alat muzik yang dapat
dilatih untuk mencapai tujuan tersebut. Selain daripada itu, elemen-elemen
muzik seperti detik, tekanan, frasa, dinamik, tempo dan sebagainya juga dapat
ditunjukkan melalui gerakan badan.

Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan
menggunakan aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk bergeraka
setempat ialah menepuk, mengoyangkan badan atau anggita badan,
membengkokkan lutut, merenjis dan lain-lain. Gerakan yang menggunakan aras
pula merujuk kepada gerakan yang dapat dilakukan pada aras tinggi, tengah dan
pada aras rendah seperti angkat tangan dan hayun, merenjis dan sebagainya.
Gerakan yang menggunakan ruang menggalakkan individu bergerak
menggunakan ruang di sekelilingnya pada semua arah seperti berjalan,
merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi.

Elemen kedua iaitu kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran
pendengaran secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep
harmoni. Dalcroze berpendapat bahawa kaedah nyanyian sofla, kanak-kanak
dapat mempelajari konsep pic dan kaitan antara ton. Dengan cara-cara inin
kanak-kanak akan dapat membezakan kualiti ton yang dihasilkan. Dalcroze
menggunakan system Do Tetap di mana do yang digunakan adalah berasaskan
not C. aktiviti nyanyian sofla juga dikaitkan dengan aktiviti gerakan supaya
kanak-kanak dapat merasai kaitan antara pic.
Elemen ketiga iaitu improvisasi memainkan peranan yang penting dalam
pendekatan Dalcroze. 2 jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini.
Improvisasi oleh guru dengan menggunaka piano dapat member panduan yang
asas kepada kanak-kanak dalam kemahiran pendengaran dan menggerakkan
semangat kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif. Improvisasi yang dilakukan
oleh kanak-kanak memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk
menunjukkan pemahaman terhadap konsep muzik yang telah dipelajari secara
kreatif dan spontan. Kanak-kanak membuat improvisasi dalam gerakan,
nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang sebenar terhadap muzik
dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan konsep muzik.
Melalui improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak, guru-guru juga dapat
menilai sejauh manakah kanak-kanak telah memahami konsep yang
disampaikan dan merancangkan aktiviti susulan yang berkesan.

TAHAP ASAS AWAL MUZIK DAN GERAKAN PERKEMBANGAN PERINGKAT


KEBANGSAAN

Sebelum anda mula memikirkan cara-cara untuk merancang dan melaksanakan


gerakan dan pengalaman muzik bagi anak-anak, penting untuk memahami dasat
atau tahap awal perkembangan muzik peringkat kebangsaan. Mendengarkan
dan bergerak mengikut music, menyanyi dan bermain alat muzik memberikan
gambaran deskriptif perkembangan muzik bermula lahir hingga 5 tahun yang
telah digariskan oleh Music Educators National Conference (MENC) menyatakan
mengenai pembelajaran muzik untuk kanak-kanak.

Peringkat Kebangsaan untuk Pendidikan Muzik

Taman Kanak-kanak (2-4 tahun)

Perkembangan muzik amat penting kepada anak-anak sebelum di hantar ke


taman kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan persekitaran muzik untuk
membesar. Dengan meningkatnya jumlah tempat perjagaan anak, penjagaan
anak sekolah, dan program-program intervensi awal untuk kanak-kanak kurang
upaya dan kanak-kanak berisiko tinggi menunjukkan bahawa maklumat tentang
keperluan muzik bayi dan anak-anak perlu disediakan dan juga peringkat-
peringkat muzik patut ditetapkan untuk pembelajaran muzik anak-anak.

MENC menyatakan:

1.Semua kanak-kanak mempunyai potensi muzik.


2.Anak-anak membawa kepentingan yang unik dan mempunyai kemampuan
dalam mempelajari muzik
3.Anak-anak yang masih kecil mampu mengembangkan kemahiran berfikir
secara kritis melalui idea-idea muzik.
4.Anak-anak yang belajar muzik sejak awal dari pelbagai latar belakang.
5.Anak-anak perlu pengalaman sebagai contoh dari bunyi muzik, aktiviti dan
bahan-bahan.
6.Anak-anak tidak boleh dibebani dengan keperluan untuk memenuhi matlamat
prestasi.
7.Bermain adalah aktiviti anak-anak.
8.Anak-anak belajar dengan baik dalam persekitaran fizikal dan social
9.Persekitaran pembelajaran yang pelbagai amat diperlikan untuk memenuhi
perkembangan anak-anak.
10.Anak-anak memerlukan orang dewasa sebagai model yang berkesan.

BERGERAK MENGIKUT MUZIK

Umur Perkembangan

Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula:


bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas
yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi
menjadi aktif ketika muzik dimainkan.

4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif:


bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula
menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan
pergerakan kepala atau wajah kearah sumber muzik.

10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik:


bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini
bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan
ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan
pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.

18 bulan 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat:


bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Dia mula
mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari
muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi
terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau
terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik.

2 - 3 tahun Mula menari:


kanak-kanak bertatih berupaya untuk menari mengikut muzik dengan menekuk
lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan
kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-
kanak. Dia menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk
mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang dia
boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa
minit pada sesuatu masa.

3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat:


pada tahap ini, berubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah
tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya.
Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik
( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat
apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. (muzik amat
penting baginya untuk mengekspresikan dan mengkomunikasikan idea dan
emosi untuk mengembangkan kemahiran bahasa.

4 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik:


anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya,
dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah
tahap pendengaran aktif. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar
muzik akan meningkat.

5 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula:


meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan melakukan
pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari.
Dia mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik
dan boleh melompat, melompat dengan satu kaki, dan membuat gerakan-
gerakan tari berirama muzik. Dia juga mungkin mula menunjukkan minat untuk
belajar tarian.

MENYANYI

Peringkat umur
Lahir 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah muzik:
Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan
dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola
berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara
yang lain: dia berbisik, kumuran, jeritan dan mula bercakap yang bukan-bukan
mengulangi suara seperti ba-ba-ba.

6 18 bulan Bercakap bukan-bukan makin meningkat, memuat karakteristik


muzikal lebih jelas:
ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya
menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan
nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan
hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan
not yang sama.
18 bulan 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan
merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin
menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunaka suku kata atau
hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang
diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk
menyanyikan berulang-ulang.

3 - 4 tahun Ketepatan dalam persamaan ton bermula:


sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin
secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-
ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.

4 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat:


anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat
nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh
menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih
berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran
menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal
pasti melodi kegemarannya.

5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan


penghargaan meningkat:
Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.

BERMAIN ALAT MUZIK


Peringkat umur

6 9 bulan

Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-
tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk
mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan
bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua
benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi.

18 bulan 2 tahun

Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin


pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan,
mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi.

2- 3 tahun

Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak
menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya
mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum,
paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal.
Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan
sebagainya.

4- 5 tahun

Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap
ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh
memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan
muzik atau mencipta lagu sendiri.

ALAT MUZIK UNTUK ANAK-ANAK


Membuat muzik dengan memainkan alat muzik boleh menjadi salah satu
bahagian yang paling menarik daripada pengalaman muzikal. Anak-anak
bergerak balas terhadap alat muzik, dan mereka suka membuat percubaan
dengan pelbagai nada bunyi daripada kayu, drum, simbal, loceng, dan pelbagai
alat lain. Alat irama, yang nyata adalah alat muzik, banyak memberikan
kesempatan kepada kanak-kanak untuk fokus pada eksplorasi kreatif. Setiap alat
berbeza, mereka mudah digunakan dan mereka boleh dimainkan dengan
pelbagai cara yang menarik.

Alat muzik

Segitiga (tringles)
-Yang bergantung pada seutas tali dengan bebas. Ia mengetuk dengan lembut.
Segitiga ini menghasilkan bunyi yang indah.
Claves

-claves yang tebal dan sempurna diperbuat daripada kayu keras. Letakkan satu
clave di telapak tangan anda dan lagakan dengan clave lain.
Irama kayu(rhythm sticks)

-dimainkan secara berpasangan. Ia boleh menjadi halus atau bergerigi.


Dimainkan dengan memegang satu irama kayu dan memukul dengan yang lain,
atau menggosokan sepanjang kayu tersebut.
Blok kayu ( wood blocks)

-kecil, blok kayu yang berongga menghasilkan bunyi yang bergema. Ketuk blok
kayu ringan dengan kayu atau penukul getah keras.
Maracas

-dicipta daripada labu (atau plastic keras) dan dipenuhi dengan biji atau batu
kerikil. Goyang dengan perlahan, mengikut jeda untuk menghasilkan irama.
Gendang (dram)

-menghasilkan pelbagai jenis bunyi, bergantung pada bagaimana ia dimainkan.


Gendang boleh dimainkan dengan jari, tangan, atau buku jari atau dengan
paluan. Bunyi gendang terbaik ketika dipukul dengan sentuhan melenting cepat
sehingga kulit di atas gendering boleh bergaung.
Jingle bells
-dipasang pada plastik atau kain dan boleh digoncang dengan tangan atau diikat
pada pergelangan kaki atau pergelangan tangan.
Rebana (tambourines)

-kegemaran anak-anak kecil. Dilengkapi dengan bingkai yang diperbuat daripada


kayu atau plastic dengan plastic atau kulit gendering dan set kecil alat bunyian
yang diletakkan disekeliling rebana. Anda boleh mengetok dengan tangan atau
jari, menggoncang rebana atau mengabungkan kedua-dua tindakan tersebut.

BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN

Bahan Cara menggunakan

Syal/ selendang (scarves)

-berikan syal yang ringan kepada kanak-kanak, berwarna warni supaya syal
tersebut dapat bergerak ke atas dan ke bawah dan juga di sekeliling tubuh
badan mereka. Selain itu, juga boleh menggerak-gerakkan selendang bolak-balik
dengan cepat, melambai-lambai berulang-ulang mengikut irama. Kanak-kanak
juga boleh berputar dalam lingkungan syal, mencampakkan syal dan
menagkapnya. Guru perlu membimbing kanak-kanak supaya menggunakan syal
dengan cara pergerakan yang sesuai mengikut muzik. Mereka akan bergerak
bebas di persekitaran untuk melakukan aktiviti ini.
Pita (streamers)

-untuk nampak lebih menarik, kanak-kanak boleh menggunakan pita yang


panjang. Ia akan bergerak dan bergoyang mengikut pergerakan yang dilakukan.
Apabila di letakkan di lantai.
Gelung (hoops)

Beanbags

-Anda boleh menempatkan beberapa bulatan di lantai dan membiarkan anak-


anak mempelajari pelbagai cara untuk bergerak di dalam lingkaran, dalam dan
keluar daripada lingkaran, dan di luar gelung tersebut. Dorong anak anda untuk
bereksperimen dengan memasukkan sebahagian tubuh mereka di dalam
lingkaran dan sebahagian tubuh lain di luar. Misalnya, meminta anak-anak, "anda
boleh meletakkan kedua kaki di dalam lingkaran dan membiarkan tangan anda
berjalan-jalan di luar lingkaran itu?" Mereka juga boleh menggunakan gelung
untuk melompat dengan menggangap gelung tersebut sebagai tali untuk melatih
kemahiran melompat.

Berikan beanbag kepada setiap kanak-kanak(mempunyai pelbagai warna dan


bentuk yang berlainan). Guru atau ibu bapa perlu menunjukkan pergerakan
supaya mereka dapat mengikuti: meletakkan beanbag di kepala anda, dan
berjalan mengelilingi bilik tanpa membiarkannya jatuh. Letakkan beanbag di
bahu, lengan, siku, kaki anda. Letakkan di belakang, dan merangkak di sekitar
bilik. Meletakkannya di lantai, dan melompat di atasnya. Duduk di beanbag
anda. Roll atas bantal. Melemparkannya ke udara, dan menangkapnya dengan
kedua tangannya. Menggabungkan kegiatan beanbag dengan pita.
Posted by psikomotor48 at 10:07 AM No comments:
MUZIK DAN PERGERAKAN BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL
(INFANTS AND TODDLERS)

BAYI(INFANTS)

Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis
bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan mood
mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan
kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai
bentuk muzik yang ada.
Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan
memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar
dan jaga. Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan
anggota badan mereka, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng
digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka.
Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik
sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut
beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat
muzik yang terdapat di sekitar mereka.

Bagi stimulasi pendengaran bayi, Sejak lahir hingga 1 tahun, kebanyakkan bayi
mula memperbaiki kemampuan mereka untuk mendengar suara atau bunyi yang
berbeza di persekitaran mereka. Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar
pelbagai bunyi dan belajar untuk menumpukan perhatian mereka. Muzik
merupakan pengalaman yang tidak ternilai sebagai seorang bayi untuk
meningkatkan kemahiran mendengar. Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu
melakukan pergerakan apabila mendengar muzik.

KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS)
Apabila bayi mula membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh
bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Kanak-kanak ini boleh
bermain dengan alat muzik seperti kastenat, kerincing, tamburin dan
sebagainya. Di taska, guru perlu mengajar kanak-kanak ini memainkan alat-alat
muzik tersebut. Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik
sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu
kanak-kanak. Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan
bagi setiap muzik yang ditunjukkan.

Mula menari kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk menari mengikut
muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan,
dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan
muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya
atau pergerakan bagi setiap muzik yang ditunjukkan. Kanak-kanak menunjukkan
peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan
dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring
atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu
masa. Tahap pengfokusan kanak-kanak ini sudah mula berkembang.

PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK DAN PERGERAKAN

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru bagi aktiviti dalam bilik darjah.
Guru itu haruslah mempunyai daya kreativiti untuk membuat sesuatu aktiviti
kanak-kanak supaya dapat menarik minat kanak-kanak di dalam kelas. Antara
panduan yang boleh dilakukan oleh guru untuk aktiviti muzik dan pergerakan ini
ialah guru perlu memulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar
dilakukan oleh kanak-kanak. Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan
aktiviti. Contohnya tema anggota badan. Sediakan aktiviti yang fleksibel
supaya ia Nampak menarik. Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak
mengikut tahap umur dan tahap kebolehan mereka. Gunakan bahasa yang
mudah difahami. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset
ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat
merangsang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik. Akhir sekali sediakan
ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas terlalu sempit, maka adalah lebih
sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti menepuk tangan,
memetik jari dan menghentak kaki.
Posted by psikomotor48 at 10:06 AM No comments:
Muzik dan Pergerakan Untuk Kanak-Kanak 3 Tahun

Kanak-kanak yang berumur 3 tahun telah mengalami perkembangan dari segi


fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang memberangsangkan. Dari segi fizikal,
kanak-kanak berumur 3 tahun telah mampu menggolek, membaling, dan
menyepak bola yang boleh diaplikasikan bersama-sama dengan muzik. Manakala
dari segi kognitif pula, kanak-kanak seusia ini telah mula memahami konsep
sama dan lain dan konsep ini sesuai digunakan ketika melakukan persembahan
yang mana kanak-kanak memerlukan kepekaan dalam menyamaratakan
pergerakan dengan rakan-rakan yang lain. Perkembangan emosi pula kita dapat
lihat di mana kanak-kanak ketika usia ini suka berlakon, contohnya seperti
bermain pakaian beragam dan melakukan watak orang dewasa seperti
doktor,guru dan sebagainya. Kanak-kanak juga waktu ini sudah mula pandai
bergaul dengan rakan-rakan seusia mereka dan dengan adanya muzik akan
menggalakkan untuk mereka melakukan pergerakan menari bersama-sama
dan ini dikenali sebagai perkembangan sosial.

Muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun mestilah


merangkumi kepelbagaian yang membolehkan mereka meneroka muzik dan
pergerakan melalui nyanyian, tarian, pendengaran, dan bermain alatan muzik.
Bagi kanak-kanak, setiap pergerakan yang mereka buat apabila muzik
kedengaran di telinga mereka merupakan tarian dan dalam erti kata lain,
pergerakan adalah tarian. Para pendidik untuk kanak-kanak berumur 3 tahun
tahu bahawa bermain merupakan perkara utama untuk kanak-kanak
berkembang dan muzik yang sesuai akan menghasilkan pergerakan yang akan
dimulakan oleh kanak-kanak di bawah arahan guru dan guru seharusnya
menyokong permainan seumpama ini. Di sini, peranan guru memainkan peranan
yang penting dalam menyediakan satu suasana persekitan yang akan
meransang dan menarik minat kanak-kanak untuk melibatkan diri dengan
aktiviti-aktiviti muzik dan pergerakan.

Tindak balas kanak-kanak 3 tahun terhadap bunyi dan pergerakan.

Kebanyakkan kanak-kanak apabila mereka mendengar muzik, mereka akan


menggerakkan badan, bertepuk tangan dan membengkokkan lutuk mereka
mengikut iringan muzik yang mereka dengari. Beberapa tingkah laku yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak 3 tahun ialah pertama, kanak-kanak seusia ini
sangat aktif dan menyukai muzik di mana mereka dapat bertindak balas dengan
gembira. Kedua, kanak-kanak suka akan muzik yang mempunyai ritma yang
rancak seperti lagu kanak-kanak atau rancangan tv yang menggalakkan mereka
untuk menggerakkan badan. Seterusnya, kanak-kanak sering menggerakkan
pinggul atau bertepuk tangan apabila mendengar muzik, dan percubaan kanak-
kanak untuk menari mengikut muzik adalah dengan membengkokkan lutut
dalam satu keadaan yang bertenaga, memusing-musingkan lengan dan
mengangguk-anggukkan kepala.

Tingkah laku kanak-kanak yang seterusnya ialah mereka juga sudah mampu
untuk menyanyi beberapa patah perkataan dari lagu yang didengari, menyukai
permainan drama dan khayalan yang mana mereka akan berasa mereka seolah-
olah dewasa seperti ibu bapa mereka. Kanak-kanak pada umur ini juga mula
menunjukkan minat untuk mendengar dan bermain dengan alat muzik seperti
drum, kayu stick dan tamborin. Permainan seperti ini turut menyumbang kepada
perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak ketika mereka
menggunakan alat muzik ini. Mereka juga sudah mampu untuk duduk dan baring
dengan senyap sambil mendengar muzik dalam tempoh yang panjang dan
menikmati dalam membuat bunyi sambil bermain seperti membuat bunyi
dengan kayu stick dan dalam masa yang sama mereka membuat bunyi bersama-
sama dengan kanak-kanak yang lain.
Kanak-kanak yang berumur 3 tahun suka melakukan aktiviti yang membolehkan
mereka menggoncang dan mengetuk dan alat yang sesuai untuk mereka
melakukannya ialah alat muzik tamborin. Tamborin merupakan alat muzik yang
ringan dan mudah dibawa oleh kanak-kanak. Guru boleh menggunakan tamborin
untuk menggalakkan kanak-kanak untuk mengubah daripada pergerakan yang
perlahan kepada pergerakan yang cepat (Strickland, 2001). Ketika bermain
sesuatu alat muzik, penting untuk dipastikan bahawa kanak-kanak diberi
peluang untuk bermain dengan berbagai jenis muzik yang berlainan seperti
muzik jaz, muzik dari negara barat, muzik klasik, muzik bunyi kontemporari,
muzik hip hop, muzik rap dan muzik yang terdiri daripada pelbagai budaya
sesebuah kaum.

Guru perlu membantu kanak-kanak dalam menerima bunyi yang terdapat


dipersekitaran mereka. Contohnya, guru memberi tahu bagaimana menepuk
meja merupakan salah satu cara yang boleh menghasilkan muzik juga. As
Carleton mengingatkan kita bahawa mendengar adalah penting untuk kanak-
kanak membezakan huruf, kata-kata, bunyi persekitaran, dan muzikal. Ini akan
menjadikan kanak-kanak dapat mengenal pasti bunyi-bunyi yang terdapat
dipersekitaran mereka. Apabila kita menggalakkan kanak-kanak dengan
kemahiran mendengar, kesempatan seperti ini akan adalah sesuatu yang lebih
baik kerana ini semua perlu untuk membangunkan perkembangan mereka.
Rancangan Aktiviti Pergerakan dan Muzik Untuk Kanak-Kanak 3 Tahun.
Kanak-kanak merupakan golongan yang suka akan bunyi muzik sama ada muzik
itu genre lama atau genre baru dan mereka tidak mementingkan asal usul
sesuatu muzik itu, yang penting bagi mereka adalah muzik itu membuatkan
mereka gembira. Melalui bunyi muzik ini, mereka akan mempelajari mengenai
lirik dan melodi muzik dan di dalam waktu yang sama ini semua akan
meningkatkan pemahaman kosa kata kemahiran berbahasa mereka. Ketika usia
3 tahun, aktiviti yang sesuai diberikan mestilah mengandungi pergerakan yang
semaksimum yang mungkin. Ini kerana bunyi muzik itu sendiri telah
membuatkan kanak-kanak rasa gembira dan dengan aktivit yang dirancangkan
dapat membantu kanak-kanak membuat pergerakan yang betul.

Andress (1989) ada mengatakan bahawa untuk sesuatu pergerakan yang


dilakukan oleh kanak-kanak, kajian telah menyokong bahawa langkah
pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah adalah lebih cepat
untuk tempo kesuruhannya berbanding dengan orang dewasa dan pengajaran
yang berkesan akan menyelaraskan tempo yang salah yang dilakukan oleh
kanak-kanak itu. Untuk memberi pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak
bagi aktivit muzik dan pergerakan, empat elemen penting mestilah dimasukkan
kedalam pengajaran itu. Empat elemen tersebut ialah nyanyian, dengar, bermain
alat muzik dan pergerakan.

Persidangan Pendidikan Muzik Kebangsaan telah menyatakan bahawa perkara


yang mesti ada di dalam pengajaran berkesan muzik bagi prasekolah mestilah
merangkumi beberapa perkara iaitu pertama, guru mestilah menyokong
sepenuhnya perkembangan kanak-kanak yang merangkumi perkembangan
fizikal, emosi, sosial dan kognitif. Ini kerana guru ibarat ibu bapa kepada kanak-
kanak apabila mereka di sekolah dan perkembangan seorang kanak-kanak dapat
dikenal pasti oleh guru selain daripada ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Kedua,
setiap pengajaran itu sesuai dangan perkembangan kanak-kanak prasekolah. Ini
bermakna pengajaran yang berkesan adalah pengajaran yang tidak
membebankan kanak-kanak itu apabila melakukannya.

Pengajaran berkesan yang ketiga ialah pengajaran itu merupakan pembelajaran


yang aktif dan mudah dan interaksi antara guru dan kanak-kanak berlaku
dengan selesa. Guru boleh menggunakan bahan bantuan mengajar seperti
alatan muzik atau bahan-bahan muzik yang lain. Keempat, bahan bantuan
mangajar yang digunakan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang sebenar,
konkrit, dan berkaitan dengan dunia yang sebenar. Ini bagi memberikan
pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kehidupan di alam nyata.
Seterusnya, sesuatu pengajaran itu mestilah memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk mereka memilih sendiri jenis muzik, aktiviti, dan peralatan yang
ingin mereka gunakan. Perkara yang terakhir bagi pengajaran yang berkesan
ialah membenarkan kanak-kanak untuk menetapkan masa bagi mereka
meneroka muzik menerusi pembabitan aktif.

Panduan Memilih Muzik dan Aktiviti Pergerakan untuk Kanak-Kanak 3 Tahun.

Pemilihan aktivit untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun mestilah bersesuaian


dengan perkembangan mereka dari segi kognitif, fizikal, emosi dan sosial. Disini,
disertakan beberapa panduan umum yang akan membantu guru dalam memilih
muzik dan aktivit pergerakan untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun.
Pengalaman belajar muzik di dalam kumpulan yang besar sepatutnya
dikurangkan. Kanak-kanak sepatutnya belajar muzik di dalam kumpulan yang
kecil di mana mereka berpeluang dan mempunyai banyak masa untuk menyanyi,
membuat langkah, membuat bunyi dan mendengar muzik. Guru juga seharusnya
memperkenalkan sepenuhnya pergerakan badan seperti melompat, berlari dan
meloncat kepada kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak seusia ini akan
memberikan respon yang amat menggalakkan kepada guru yang mengajar
mereka tentang perkara seperti ini.

Ketika guru mengajar kanak-kanak, guru di nasihati supaya pada masa-masa


yang sesuai, hendaklah memperkayakan aktiviti bermain kanak-kanak dengan
pergerakan nyanyian yang spontan sendiri seperti ungkapan-ungkapan muzik
dan lagu-lagu pendek. Ini bagi member mereka semangat dan mengelakkan
mereka dari berasa bosan ketika guru sedang mengajar. Guru atau ibu bapa juga
digalakkan untuk mengingatkan kanak-kanak nada suara mereka ketika
bercakap atau menyanyikan lagu. Ini bagi membiasakan dan membezakan
keperluan nada suara kanak-kanak tersebut mengikut situasi dan aras
perkembangan mereka. Guru juga mestilah memperkenalkan bahan muzik yang
baru dengan berhati-hati dan satu persatu supaya kanak-kanak dapat menerima
dan memahami perkara baru.

Guru perlu ingat bahawa bukan semua kanak-kanak akan menyertai nyanyian
atau aktiviti-aktiviti menari pada masa sama apabila guru menyuruh. Ini kerana
sesetengah kanak-kanak mungkin lebih suka untuk mendengar tanpa sertai.
Kanak-kanak lain mungkin hanya menyanyi atau menari untuk bahagian-
bahagian yang telah mendapat perhatian mereka atau yang telah mereka
dengar berulang-ulang sehingga menyebabkan mereka berasa selesa dalam
kegiatan-kegiatan kumpulan. Ketika mengajar kanak-kanak tentang alat muzik,
guru mestilah memperdengarkan bunyi setiap alat itu supaya kanak-kanak dapat
mengenal pasti bunyi alat muzik dan tersebut. Disamping itu guru juga harus
menerangkan secara ringkas mengenai bentuk dan nama alat muzik itu.
Pada kebiasaanya kanak-kanak yang berusia 3 tahun mampu untuk bernyanyi
dengan lagu yang mereka biasa dengar dan mengikut serta mengekalkan rentak
yang sama. Mereka juga merupakan golongan yang menikmati lagu walaupun
kata-kata dalam lagu itu sering berulang dan mereka akan sering menyanyi
apabila melakukan aktiviti harian mereka. Lagu yang dipilih mestilah
membolehkan kanak-kanak bernyanyi dan dalam masa yang sama mereka dapat
melakukan pergerakan. Mereka juga gemar bermain dengan orang dewasa
kerana dari sini mereka boleh meniru pergerakan itu dan harus diketahui juga
bahawa kanak-kanak juga menyukai aktiviti nyanyian yang disertakan tepukan
tangan.
Posted by psikomotor48 at 10:04 AM No comments:
Muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak berumur 4 8 tahun.

Perkembangan motor merupakan salah satu tahap yang terpenting dalam


perkembangan seseorang kanak-kanak. Kegagalan atau kelewatan
untukmencapai sesuatu tahap pada peringkat ini akan memberikan kesan
kepada perkembangan yang lain. Menurut Piaget, pada tahap perkembangan
motor, kanak-kanak seharusnya boleh menggunakan rangsangan untuk
bertindak balas dan pendapat ini disokong oleh Kail (2002) yang menyatakan
bahawa pergerakan motor kanak-kanak adalah suatu elemen yang menjadi asas
kepada pergerakan-pergerakan lain selain dari dapat memotivasikan kanak-
kanak untuk menggunakan lebih banyak bahagian badan mereka. Aspek
lokomotor merupakan sebahagian daripada elemen yang memerlukan
peneguhan di peringkat awal perkembangan seseorang kanak-kanak.

Pakar Perkembangan Kanak-kanak mengatakan bahawa pergerakan kanak-kanak


mempunyai kaitan dengan pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan
lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor membolehkan kanak-kanak melakukan
pergerakan mengikut kemahuan mereka walaupun mereka berada di sesuatu
tempat yang terhad untuk melakukan gerakan. Antara pergerakan bukan
lokomotor ialah berjalan secara membengkok, melakukan regangan pada otot-
otot badan dan membuat pusingan badan mengikut kemahuan mereka. Hal ini
amat penting bagi kanak-kanak kerana ia akan menyebabkan kanak-kanak
menggunakan minda mereka untuk merangka pergerakan-pergerakan tertentu
mengikut tahap umur kanak-kanak itu sendiri.

Tambahan idea untuk kemahiran pergerakan lokomotor termasuklah melakukan


pergerakan dalam ruang mengikut tahap-tahap tertentu seperti tahap rendah,
tahap sederhana
(tengah) dan tahap tinggi. Terdapat beberapa peringkat kemahiran kanak-kanak
iaitu peringkat rendah, peringkat sederhana dan peringkat tinggi. Seterusnya
antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak mengikut tahap
perkembangan ialah pertamanya tahap rendah. Antara aktiviti yang oleh
dilakukan seperti berguling, meniarap, mengesot, berjalan sambil mengeheret
kaki dan bergerak ke belakang dan ke depan (kanak-kanak berjalan).

Seterusnya ialah tahap perkembangan diperingkat sederhana. Antara aktivit-


aktiviti yang boleh di lakukan oleh kanak-kanak ialah merangkak, duduk secara
mengcangkung, lompat katak dan berjalan dengan menggunakan empat kaki
(seperti merangkak). Pada tahap ini kanak-kanak melakukan aktiviti ini untuk
memahirkan motor kasar mereka. Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini kanak-kanak
dapat menguatkan lagi kemahiran dalam melakukan aktiviti harian mereka.
Contohnya duduk mengcangkung, kanak-kanak dapat meneruskan aktiviti
semasa kanak-kanak membuang air besar di dalam tandas.

Seterusnya ialah tahap perkembangan diperingkat tinggi. Antara aktivit-aktiviti


yang boleh di lakukan di tahap ini seperti kanak-kanak membuat gerak langkah
seperti raksaksa, ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak melangkah dengan
luas dan melatih kanak-kanak untuk berlari dengan laju. Seterusnya ialah dapat
menggunakan tongkat pogo, berjalan sambil memegang bendera. Berjalan
sambil memegang bendera adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak
untuk mengimbangin badan mereka. Seterusnya ialah berjalan menggunakan
rumput, dapat melompat dan berlari dan dapat melakukan pergerakan secara
henti-henti, seperti berlari dan seterusnya berhenti.

Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi

Pergerakan memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan


perkembangan motor kanak-kanak. Pergerakan akan memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk meneroka dunia mereka dan ini juga dapat memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mempelajari banyak perkara berkaitan dengan dunia
mereka sendiri. Melalui pergerakan kanak-kanak dapat menunjukkan idea-idea
mereka dan imiginasi mereka tanpa mengeluarkan dengan perkataan.

Pergerakan dapat menggambarkan perwatakan kanak-kanak melalui permainan.


Kanak-kanak kebiasaannya bermain mengikut imaginasi mereka. Contohnya
kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan sebagai anggota polis, permainan ini
mungkin wujud akibat daripada kanak-kanak itu mempunyai cita-cita untuk
menjadi seorang anggota polis pada suatu hari mendatang. Pergerakan juga
dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak (spt, berfantasi). Kanak-kanak
sememangnya suka berfantasi. Kanak-kanak selalu berfantasi mengikut
kemahuan mereka. Kebiasaannya kanak-kanak berfantasi apabila kanak-kanak
bermain bersendririan ataupun bermain dengan kawan-kawan mereka.

Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka
lakukan. Kanak-kanak dapat melakukan pergerakan seperti berjoget di iringi
muzik. Hasil daripada ini kanak-kanak akan dapat menghilangkan kebosanan
mereka dalam kehidupan mereka seharian. Pergerakan akan mempengaruhi
perkembangan motor kanak-kanak sama ada mot halus mahupun motor kasar.
Apabila kanak-kanak bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan
pergerakan. Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya. Oleh hal yang
demikian kemahiran motor kanak-kanak dapat berkembang dengan baik.

Muzik dan pergerakan sebagai satu permainan

Apabila adanya gabungan antara pergerakan dan muzik maka akan wujudlah
satu suasana permainan yang dikenali sebagai permainan menghiburkan hati.
Sebagaimana yang kita tahu kanak-kanak sememangnya tidak dapat lari dari
bermain. Oleh hal yang demikian permainan di anggap sebagai satu perkara
yang penting dalam perkembangan diri kanak-kanak. Selain itu, hasil gabungan
muzik dan pergerakan juga dapat meningkatkan perkembangan motor kanak-
kanak melalui pergerakan bertempo yang dilakukan oleh kanak-kanak.
Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara spontan.
Muzik dan pergerakan dan bahasa seni

Perkembangan bahasa dalam kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh guru-guru


dan ibu bapa. Hal ini demikian kerana perkembangan bahasa dalam kalangan
kanak-kanak banayak di pengaruhi oleh ruang sekeliling mereka. Muzik nyanyian
sangat baik untuk mengembangkan bahasa kanak-kanak. Hal ini demikian
kerana nyanyian akan dapat membantu kanak-kanak membezakan antara
perkatan, huruf dan suku kata. Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa
dan seni kata dalam lagu, kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa.
Muzik dan pergerakan merupakan satu cara kanak-kanak meningkatkan
penguasaan bahasa mereka.

Muzik dan kemahiran membaca

Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanak-kanak dapat menerokai


perkataan baru dan dapat menambah kosa kata mereka. Contohnya kanak-
kanak menyanyi menggunakan kosa-kosa kata mudah yang terkandung di dalam
sesebuah lagu. Melalui lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak
menggunakan bahasa yang amat mudah di fahami dan mudah untuk kanak-
kanak mengingat apa yang mereka pelajari dalam sesebuah lagu tersebut. Ini
akan dapat memahirkan lagi penguasaan dalam kosa kata kanak-kanak.

Muzik, pergerakan dan matematik

Muzik memainkan peranan dalam mempengaruhi kanak-kanak untuk belajar


matematik. Muzik memainkan peranan melalui aktivit kanak-kanak menghafal
sifir menggunakan melodi-melodi tertentu. Bermain dengan puzzle juga dapat
membantu kanak-kanak mengembangkan kemhiran matematik mereka.
Contohnya, kanak-kanak akan belajar tentang, besar dan kecil, panjang dan
pendek, tinggi dan rendah, awal dan lambat, sikit, banyak, sekali, kumpulan dan
sebagainya. Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan kanak-
kanak dapat menguasai kemahiran membesar dan mengecilkan badan mereka
semasa kanak-kanak melakukan aktiviti dalam kumpulan ataupun semasa
kanak-kanak bermain dengan permainan puzzle.
Posted by psikomotor48 at 10:03 AM No comments:
Rumusan

Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan
program pra sekolah. Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan
nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang
kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar. Melalui
muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan
emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.
Posted by psikomotor48 at 10:02 AM No comments:
BIBLIOGRAFI

David L. Gallahue and Frances Cleland Donnelly (2002). Developmental Physical


Education.
Human Kinestics.
George Graham and Shirley Ann Hale (2004). Children Moving.
Sixth Edition: Higher Education.
Jerry R, Thomas and Amelia M. Lee (1988). Physical Education for Children
Human Kinestics.
Linda Carol Edwards and Kathleen M. Bayless (2009). Music and Movement.
Sixth Edition: Pearson.
Rohani Abdullah dan Nani Menon (2003). Panduan Kurikulum Pra Sekolah.
Posted by psikomotor48 at 10:02 AM No comments:
KAF 2023
PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN

NAMA KUMPULAN

BIL NAMA NO. MATRIK


1 MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAMAT D20082034003
2 NOR FAIZAH BINTI HASBULLAH D20082033994
3 NURLIYANA BINTI AHMAD KHATIB D20082033993
4 NURMAIZATULAILI BIN SAIDI D20082034012
5 NURULHUDA BINTI ABDUL RAHMAN D20082034108

NAMA PENSYARAH : CIK NORLY BINTI JAMIL


Posted by psikomotor48 at 9:33 AM No comments:
Pendahuluan
Defines pergerakan adalah sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan
oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di
tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan
keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari
disebut bergerak dan beredar.

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan


alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil
atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat di aplikasikan sebagai rutin harian
sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kretaiviti murid dalam melakukan pergerakan


khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman
pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-
konsep pergerakan.

Terdapat empat konsep pergerakan iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran


ruang, kesedaran beban dan kesedaran masa. Keempat-empat konsep ini amat
membantu dalam proses pergerakan yang dilakukan oleh setiap manusia.
Kesedaran tubuh badan bermaksud Memberi tumpuan gerakan kepada
pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk
mencetus dan melahirkan idea atau perasaan. Manakala kesedaran ruang pula
ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Kesedaran ruang
pula terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri merupakan
ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh
bahagian tubuh badan. Manakala ruang am pula ialah kawasan yang digunakan
secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Kesedaran beban ialah
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan
tenang. Seterusnya kesedaran masa pula ialah kelajuan sesuatu pergerakan
ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan
ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
Posted by psikomotor48 at 9:32 AM No comments:
Kesedaran Terhadap Badan.

Badan sihat merujuk kepada tindak balas badan itu. Kanak-kanak ketika di alam
prasekolah perlu belajar mengenai nama, tempat, dan fungsi sesuatu bahagian
di badan. Tugas ini bolej dijadikan sebagai satu cabaran untuk kanak-kanak
menerokai pergerakan dengan berlainan bahagian badan setiap kali digunakan.
Konsep menggunakan sisi sebelah menjadi lebih jelas/terbukti dan tugas-tugas
dapat dipersembahkan dengan menggunakan kedua-kedua rusuk badan. Tugas-
tugas pergerakan mesti distrukturkan bagi membangunkan lagi kecekapan
sehala (seorang), dua hala, dan pergerakan crosslateral :-
Sehala : sebuah pergerakan yang menggunakan lengan dan kaki pada sebelah
badan yang sama. Contoh : jalan beruang.
Dua hala sebuah pergerakan yang menggunakan rusuk di kedua-dua belah
badan. Contoh : lompat arnab.
Crosstarel sebuah pergerakan yang menggunakan satu tangan dan kaki yang
bertentangan pada masa yang sama. Contoh : merangkak seperti buaya.

Melalui aktiviti-aktiviti kesedaran aktiviti ini, kanak-kanak juga akan belajar untuk
mengawal tindakbalas badan (memintal, meregangkan, memutar), aktiviti badan
(lokomotor, nonlocomotor, manipulatif), dan membentuk badan (bulat, lurus,
memutar). Kesedaran tubuh badan juga memberi tumpuan gerakan kepada
pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk
mencetus dan melahirkan idea atau perasaan. Idea ini akan menghasilkan
pergerakan yang akan dilakukan oleh badan sehingga boleh terjadi pemindahan
berat antara anggota badan dan keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai
ketika pergerakan dilakukan oleh badan.
Posted by psikomotor48 at 9:32 AM No comments:
KESEDARAN RUANG

Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia


terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang
setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh
bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara
keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi
bahagian kawasan seperti aras. Contohnya tinggi, sederhana dan rendah. Yang
kedua arah. Contohnya hadapan, belakang sisi, atas dan bawah. Yang ketiga
ialah aliran. Contohnya seperti awangan, lantai, lurus, berliku-liku dan zig-zag.
Dan akhir sekali ialah ekstensi. Contohnya mengecil, membesar dan dekat, jauh.

Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan.


Kesedaran ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah dalam
mentontonkansesuatu pergerakan.

Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang
diri dan ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh
badan digunakan untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari
satu tempat ke satu tempat. Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan
pergerakan ini juga melibatkan penggunaan arah. Arah pergerakan iailah
gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan
ke bawah. Contohnya dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat
dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan tersebut.
Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan teratur
boleh dilakukan dengan menggunakan peta.

Posted by psikomotor48 at 9:31 AM No comments:


KESEDARAN BEBAN

Beban adalah sesuatu pergerakan yang dapat di kawal apabila pergerakan itu
mendapat rintangan. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus
ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukannya.

`contohnya, seseorang yang sedang mencangkung akan sukar untuk berdiri jika
pergerakannya adalah berat kuat iaitu seolah-olah sedang memikul benda yang
berat. Namun begitu adalah mudah untuk berdiri jika pergerakan adalah halus
dan ringan, contohnya seperti menyelam.
Posted by psikomotor48 at 9:30 AM No comments:
Rumusan

Secara kesimpulannya pergerakan memainkan peranan penting dalam


membantu pergerakan setiap manusia, tidak kira seseorang itu dewasa, tua
mahupun kanak-kanak. Dengan adanya pergerakan sesorang itu dapat berubah
kedudukannya dari satu tempat ke tempat yang lain. Di samping itu juga,
seseorang itu juga dapat berub ah kedudukannya dari satu arah ke arah yang
lain.

Melalui kanak-kanak pula, pelbagai aktiviti dan permainan boleh dilakukan


dengan adanya pergerakan. Hasil daripada itu, ini dapat mendedahkan kanak-
kanak dengan peluang untuk meneroka ruang sekeliling mereka. Di samping itu,
pergaulan kanak-kanak dengan rakan sebaya mereka dapat membuktikan lagi
bahawa pelbagai jenis pergerakan badan banyak mempengaruhi akitivit seharian
kita.

Pergerakan lokomotor dan memanipulasikan peralatan sangat penting kerana ia


merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk tujuan
permainan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan
kepada pelajar di sekolah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri
dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks.
Posted by psikomotor48 at 9:30 AM No comments:
BIBLIOGRAFI
David L. Gallahue and Frances Cleland Donnelly (2002). Developmental Physical
Education.
Human Kinestics.
George Graham and Shirley Ann Hale (2004). Children Moving.
Sixth Edition: Higher Education.
Jerry R, Thomas and Amelia M. Lee (1988). Physical Education for Children
Human Kinestics.
Linda Carol Edwards and Kathleen M. Bayless (2009). Music and Movement.
Sixth Edition: Pearson.
Rohani Abdullah dan Nani Menon (2003). Panduan Kurikulum Pra Sekolah.
Posted by psikomotor48 at 9:29 AM No comments:
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat
kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita
inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita
tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita
menjadi lebih bahagia.

Followers

Blog Archive
2010 (66)
April (52)
March (14)
KAF 2023 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN NAMA KUMPULAN ...
DEFINISI PERGERAKAN Definisi pergerakan adalah s...
MUZIK DAN PERGERAKAN BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL (I...
Muzik dan Pergerakan Untuk Kanak-Kanak 3 Tahun Ka...
Muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak berumur 4 ...
Rumusan Muzik dan pergerakan adalah elem...
BIBLIOGRAFI David L. Gallahue and Frances Cleland...
KAF 2023 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN NAMA KUMPULAN ...
Pendahuluan Defines pergerakan adalah sebarang ...
Kesedaran Terhadap Badan. Badan sihat merujuk ke...
KESEDARAN RUANG Ruang ialah kawasan yang digunak...
KESEDARAN BEBAN Beban adalah sesuatu pergerakan y...
Rumusan Secara kesimpulannya pergerakan memainka...
<!--[if gte mso 9]> Normal 0 f...
About Me
psikomotor48
View my complete profile

You might also like