You are on page 1of 28

MUZIK DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

TAJUK : DALCROZE
PENSYARAH : PN NUR AKMAR

DISEDIAKAN OLEH : CHEW WEI SUN GOH SIEW SWAN


KEE BEE KAU TAN KONG PING
CHOO WAI LING ONG LI CHIN
• Emile Jaques-Dalcroze (1865-1950)
telah dilahirkan pada 6 Julai 1865 di
Vienna dan membesar di Switzerland.
• Beliau telah terkenal sebagai seorang
ahli muzik yang renaissance.
• Beliau juga merupakan seorang guru
dan ahli teori yang dianggap sebagai
arkitek dalam pembinaan muzik
moden and pendidikan seni.
• Emile Jaques-Dalcroze meninggal dunia
di Geneva pada1 Julai 1950.

Sambung…….
Emile Jaques-Dalcroze merupakan seorang guru dan penggubah lagu yang terkenal di
Switzerland untuk mengembangkan eurhythmics di mana eurhythmics ini merupakan satu
pendekatan berkaitan dengan pendidikan muzik yang melibatkan pergerakan keseluruhan
badan manusia.
• Beliau merupakan satu-satunya anak lelaki kepada sepasangan suami isteri dari Perancis
dan Switzerland yang tinggal di Vienna yang bernama Jules-Louis dan Julie Jaques, di mana
bapanya bekerja sebagai seorang pembina dan pembaiki jam di Switzerland.
• Dalcroze dan adiknya telah melibatkan diri dalam kelas konsert, teater, opera dan piano
sejak kecil lagi.
• Selepas keluarganya pindah ke Geneva, Dalcroze telah belajar di Conservatoire de Musique
(1877-1883) dan seterusnya sambung profesionalnya di Vienna (1884-1891).

Sambung…….
• Beliau bekerja selama satu semester sebagai seorang konduktor di Théatre des
Nouveautés di Algiers, di mana muzik Afrika Utara ini telah meransangkan minat
beliau dalam hubungan di antara pergerakan manusia dengan irama.
• Namanya telah ditukar daripada Emile Jaques kepada Jaques-Dalcroze,
kemungkinannya ialah untuk mengelakkan kekeliruan dengan nama seorang
penggubah lagu dari Perancis yang terkenal.
• Kerjanya sangat luas, iaitu hasil kerjanya terdiri daripada muzik untuk orkestra,
piano, lagu drama, opera, korus,1,700 lagu, dan banyak buku berkaitan dengan
pengajaran.
• Pada tahun 1892, Jaques-Dalcroze dikenali sebagai profesor di Conservatoire de
Musique de Genève sehingga 1910.
1. Dalam pendekatan Dalcroze (1865-1950), pergerakan secara berirama dan tarian telah
diubahsuaikan dan disepadukan dengan aktiviti urismik.
2. Dengan itu, dalam pendidikan muzik, Dalcroze mengutamakan gerakan, improvisasi
dan nyanyian solfa yang harus dihadirkan dalam ajaran muzik.
3. Dalam gerakan, seseorang dapat mengembangkan kemampuannya dengan
menyeimbangkan idea-idea yang ada dalam fikirannya dengan gerak tubuh secara
cepat dan tepat.
4. Dalam latihan gerakan, Dalcroze melibatkan improvisasi muzik dan gerak tubuh.
Teknik Solfa ditujukan untuk mengembangkan kemampuan seseorang agar dapat
menyanyi dengan pitch yang tepat, meningkatkan kepekaan pendengaran dan
melatih konsentrasi dan ingatan seseorang.
5. Menurut Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik di kalangan kanak-kanak boleh
berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada aktiviti-
aktiviti muzik pada peringkat awal kanak-kanak.
6. Baginya, aktiviti-aktiviti formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih
melibatkan intelek sahaja.
Sambung…….

7. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak-geri tubuh badan untuk menanam
kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik
seperti irama, rangkaian lagu, melodi dan bentuk atau struktur muzik di kalangan
pelajarnya.
8. Dalcroze berpendapat bahawa tubuh badan manusia mempunyai hubungan yang rapat
dengan otak melalui sistem urat saraf dan otot-otot yang begitu kompleks.
9. Kajian dan penyelidikan dalam bidang neurologi yang telah dijalankan sejak zaman
Dalcroze sehingga sekarang telah banyak membawa bukti kepada kebenaran pendapat
Dalcroze dalam hal ini selain memberi sokongan kepada kaedah kinestetik beliau yang
dinamakan urismik.
10. Senam aerobik yang begitu popular sekarang ada kaitan dengan konsep urismik Dalcroze.
11. Semasa 1880-an, Dalcroze memajukan gerakan dalam bentuk latihan fizikal untuk
pemuzik dan penari.
P&P muzik di seluruh dunia masa kini boleh dikatakan
banyak dipengaruhi oleh pendekatan yg diasaskan oleh
beberapa pendidik muzik terkenal, antaranya adalah Emile
Jaxques Dalcorze.
Beliau memberi perhatian teliti kpd aplikasi konsep muzik dan
penerapan muzik di peringkat sekolah rendah dan prasekolah.
Pergerakan secara berirama dan tarian telah diubahsuai dan disepadukan dgn
aktiviti urismik dlm pendekatan Dalcorze.
Gerakan, improvisasi dan nyanyian solfa diutamakan dlm pendidikan muzik oleh
Dalcorze.
Dalcorze banyak menggunakan gerak-geri tubuh badan utk menanam kefahaman
dan menimbulkan kepekaan terhadap aspek muzik spt irama, rangkaian lagu,
melodi dan struktur muzik di kalangan pelajar.
Berpendapat tubuh manusia mempunyai hubungan yg rapat dgn otot melalui sistem
saraf dan otot-otot yg kompleks.
Kajian dan penyelidikan yg dijalankan banyak membawa bukti kpd kebenaran
pendapat Dalcorze dlm hal ini selain memberi sokongan kpd kaedah kinestetik
beliau yg dinamakan urismik.
Sambung…….

Senaman aerobik yg popular sekarang banyak berkiat dgn konsep urismik Dalcorze.
Falsafah Dalcorze (eurhythmics) menyeru satu pergerakan dlm memahami teknik
pengajaran tradisional (teknik masteri) kpd merealisasikan prinsip penggunaan
tubuh manusia dlm mempelajari muzik, memahami muzik dan menghayati muzik.
Menurut Juntunen (2001), hubung-kiatkan eurhythmics mesti bermula dgn pelajar
mempersembahkan kebolehan, kemudian meneruskan secara progresif selaras dgn
reaksi yg berikut.
Tambahan lagi,Juntunen (2001), Chosky (1986), Jaques-Dalcroze (1973), menyeru
bhw pelajar tdk boleh diajar konsep dan peraturan sebelum mereka mempunyai
pengalaman.
Sambung…….

Contohnya, pelajar mesti mempunyai pengalaman irama kinestetik yg sempurna


sebelum mereka cuba bermain piano @ menyalin sst manuskrip.
Dalcroze “Tujuan saya ialah pelajar mengatakan pelajaran mereka ‘saya ada
pengalaman’ dan bukannya ‘saya tahu’, dan berupaya mecipta berdasarkan
keinginan utk mereka” (Jaques-Dalcroze, 1973:63).
Pendekatan Dalcorze mengatakan kualiti muzik sebagai daya asas dlm kehidupan manusia ,
dan hubungan muzik dgn seni lain -- tarian, drama, khasnya puisi – dan juga daya aktiviti
manusia melibatkan pergerakan, bahasa dan emosi.
Menurut Dalcroze, perkembangan kaedahnya bermula selepas pelajar yg bermasalah dgn
irama – berupaya berjalan dgn lancar,stabil dlm irama.
Hipotesis Dalcroze menyatakan jika dia dapat menghentak ke dlm pergerakan deria pelajar
maka deria natural irama mereka akan dilepaskan. Ini telah dibuktikan melalui uji kaji oleh
ahli sains.
Dalcroze mula berunding dgn ahli fisiologi, pakar pendidikan, pelakon, penari memajukan
kerjayanya.

Sambung…….
Dalcorze turut memperkembangkan kurikulum tigalipatnya iaitu Eurhythmics, Solfa, and
Improvisasi, beliau juga memperkembangkan bentuk seninya Plastique Animé, iaitu
mengabungkan muzik dan pergerakan dlm persembahan utk kebaikan guru, teori
penyatuan, pendidikan dan pengungkapan manusia.
Semasa mengajar di Geneva Conservatory, pengubah Swiss dan pianist Émile Jacques-
Dalcroze (1865-1950) mula memperkembangkan sistem irama gimnastiknya.
Awal tahun 1900an sebuah institut telah dibina untuk Jacques-Dalcroze berdekatan
Dresden dan pada tahun1915 dia telah mengasaskan l'Institut Jacques-Dalcroze di Geneva.
Selepas itu, sekolah Dalcroze Eurythmics dibuka di London, meluas ke seluruh British,
Paris, Berlin, Stockholm dan New York.
Dia mengubah lebih kurang 1,000 lagu utk kelas Eurhythmic dan juga solfa (ear training
and eye singing) latihan.
Premis – tubuh badan manusia adalah sumber utk semua idea muzikal dan
pergerakan manusia menunjukkan pengertian muzik seseorang individu.
Eurhythmics (bermaksud "irama baik") membolehkan kita mendapat kesedaran
fizikal dan pengalaman dlm muzik. Jadi latihan mesti mengambil kira semua aspek
deria (termasuk kinestetik / pergerakan badan) , tdk memfokus kpd minda shj.
Pendekatan Dalcroze menggalakkan bentuk seni yg merentas nilai (cross-
fertilization).
Struktur 3 bahagian – Berirama (Rhythmics), Solfa (Solfège), dan Improvisasi
(Improvisation) .
Keutamaan dlm perkembangan kepekaan muzik kpd menunjukkan unsur-unsur
muzik -“ rasa dahulu, penghayatan kemudian "
Pengalaman sebelum akaliah, teori mesti diikuti dgn praktikal.
Sambung…….

4 langkah penting
• Tindak balas, perasaan dan pemahaman
• Berimaginasi, taksir semula dan membaiki
• Mengenal-pasti, mengambarkan @ menulis
• Mengubah @ mereka cipta
Latihan keguruan yg lama. Guru mesti membuat keputusan semasa latihan utk
memastikan pelajar sedar akan hubungan antara pendengaran dan pergerakan.
Dlm pendekatan Dalcroze mengenai pendidikan muzik, pengajaran kefahaman
muzik sebagai– daya konsep, menjelaskan maksud, dan berhubungan rapat dgn seni
lain serta dlm aktiviti manusia – melalui satu pendekatan mengabungkan irama
pergerakan, latihan pendengaran, fizikal, vokal dan improvisasi alatan muzik.
1. Eurhythmics, pengajaran mengenai konsep irama, struktur dan
penghayatan muzik menggunakan pergerakan;
2. Solfege, satu reka cipta baru mengenai latihan telinga dan penglihatan
nyanyian yg mengalami perkembangan bersepadu dan menunjukkan
pemahaman pitch, scale, dan tonality melalui aktiviti khasnya
pemahaman pendengaran dan improvasasi vokal;
3. Improvisation, menunjukkan pemahaman tentang konsep muzik,
bentuk dan maksud melalui rekaan muzik menggunakan pergerakan,
suara dan alat muzik secara spontan.

Sambung…….
Sekarang, pendekatan Dalcroze digunakan secara meluas di peringkat
prasekolah dan sebagai asas pendidikan muzik di sekolah.
Banyak reka cipta dan teknik Dalcroze utk pemahaman kanak-kanak
mengenai muzik telah menjadi piawai latihan dan digunakan sebagai
satu kaedah dan pendekatan utk muzik kanak-kanak.
Selain itu, Dalcroze juga merekacipta satu pendekatan utk latihan
pemulihan pelajar dan orang dewasa, dan terus digunakan dlm situasi
khas.
Oleh kerana pendekatan pengajaran Dalcroze lebih menekankan teknik
“muzik dan gerakan”, maka beberapa cara pengajaran boleh direka seperti
yang berikut:

1) Melalui Permainan
 Guru bertepuk tangan mengikut detik dan nilai not sesebuah lagu. Murid berjalan atau berlari
cepat di tempat yang sama dengan mengikut kelajuan tepuk tangan guru.
 Contoh: Sekiranya guru bertepuk dengan detik yang perlahan, maka murid pun berjalan
dengan cara yang perlahan dan sebaliknya dengan detik yang cepat. Manakala jika guru tidak
bertepuk tangan pada tanda nilai rehat, maka murid pun berhenti dan berdiri tanpa bergerak.

Sambungan……..
2) Menunjukkan Solfa Dengan Isyarat Tangan.
 Guru bermain piano dan murid menunjukkan isyarat tangan yang betul mengikut
solfa yang dimainkan.
 Selain itu, guru boleh menyediakan 9 gelas sama dengan aras air yang berlainan yang
boleh menunjukkan solfa yang berlainan. Maka, murid boleh memberi isyarat tangan
dengan mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh gelas tersebut.

3) Mendengar, Menyanyi dan Menari


 Guru merakamkan sebuah lagu beberapa kali bagi murid mendengar dan murid cuba
menyanyi lagu tersebut mengikut cara irama lagu tersebut.
 Selepas murid dapat menguasai lagu tersebut, guru boleh mengajar murid
menggerakkan badan atau menari mengikut irama lagu itu.

Sambungan……..
4) Alat Muzik
 Murid boleh menggunakan alat muzik dengan mengeluarkan detik yang sama dengan
lagu yang dirakamkan.
 Sekiranya lagu adalah kuat dan cepat, maka murid juga perlu bertindak dengan
memainkan alat muzik tersebut dengan cara yang pantas.

Contoh Aktiviti Dalam Mengajar Bahasa Cina


Telinga panggil 耳朵
Hidung panggil 鼻子
Mata panggil 眼睛
Mulut panggil 嘴巴
Ini muka kita 这是我们的脸
Jaga dengan baik 好好照顾它
Kesusasteraan zaman sekarang menunjukan eurhythmics, solfa dan improvisasi adalah
asas kpd falsafah Jaques-Dalcroze.

Pelaksanaan falsafah Dalcorze memerlukan guru memahami kinetesitik sebagai irama


natural dlm pergerakan tubuh badan dan bergabung dgn irama muzik yg natural.

Tambahan pula, pergabungan eurhythmics dan solfa bertujuan menyatakan kefahaman


pelajar secara spontan (suara, rangkai kata, bentuk, melodi, harmoni), kreativiti individu
secara artistik dan improvisasi.

Guru zaman moden mempunyai tanggungjawab yg mencabar dlm mempraktiskan


falsafah Dalcroze.
Rujukan
• http://pustaka.ut.ac.id/learning.php?m=lear
ning2&id=30
• Johami Abdullah (1993), Pendidikan Muzik
Semasa. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, pg 163-165.

You might also like