You are on page 1of 25

Topikȱ6 X Recorder

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan latar belakang keluarga alat rekoder;
2. Mendemonstrasikan cara memegang dan memainkan rekoder
dengan teknik yang betul;
3. Memainkan rekoder soprano dengan penjarian yang betul mengikut
sistem penjarian Jerman; dan
4. Memainkan skel C Major, F Major dan G Major menaik dan menurun
pada rekoder soprano.

X PENGENALAN
Rekoder merupakan alat tiupan utama yang diperkenalkan kepada murid dalam
pelajaran Pendidikan Muzik KBSR. Matlamat utama permainan rekoder
diperkenalkan dalam pelajaran muzik di bilik darjah ialah untuk memberi
pengalaman muzikal kepada murid melalui permainan secara solo dan juga
secara ensembel.

Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada latar belakang rekoder seperti
jenis-jenis rekoder, renj dan sistem penjarian. Di samping itu, anda akan
didedahkan secara terperinci kepada sistem penjarian Jerman yang diguna pakai
dalam pelajaran rekoder sekolah di Malaysia. Permainan rekoder secara
ensembel akan turut didedahkan. Seterusnya, anda akan diberi panduan untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran rekoder di bilik darjah.

6.1 LATAR BELAKANG KELUARGA REKODER


Rekoder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind). Alat
muzik ini mengandungi bahagian peniup atau pemipit (mouthpiece) yang
dipasangkan ke laras selinder yang mengandungi tujuh lubang; enam di
hadapan dan satu di belakang. Selinder yang terakhir mengandungi dua lubang
TOPIK 6 REKODER W 81

berkembar di hadapan. Kadang-kala selinder ketiga ini bercantum bersama


selinder kedua.

Bahagian yang paling penting dari segi penghasilan bunyi ialah bahagian kepala
rekoder yang mengandungi peniup atau pemipit seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.1.
Ć Bahagian A dipanggil fipple
Ć Bahagian B adalah laluan angin
Ć Bahagian C digelar labium atau ramp, iaitu bahagian yang mengeluarkan
bunyi siulan

Rajah 6.1: Bahagian kepala rekoder


Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Recorder

6.1.1 Sejarah
Rekoder merupakan antara alat tiup kayu yang tertua. Ia mula dimainkan
semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat. Pada zaman
Pertengahan di Eropah, rekoder adalah alat muzik yang popular. Namun
demikian, populariti alat muzik ini mula menurun di abad ke 18 disebabkan
terciptanya alat tiupan orkestra seperti klarinet, flut dan oboe yang boleh
memainkan renj yang lebih luas berbanding rekoder.

Di zaman kegemilangannya, rekoder sering diguna pakai dalam persembahan


orkestra, bagi menggambarkan babak-babak bunyian burung, pengembala
kambing, pengkebumian dan perkahwinan. Banyak karya komposer terkenal
seperti Purcell, Bach dan Vivaldi sebagai contoh, menggunakan rekoder sebagai
alat utama.

Di abad ke 20, rekoder digunakan dalam sistem pengajaran muzik di sekolah


kerana ia adalah alat yang mudah untuk dimainkan dan murah harganya
berbanding alat muzik tiupan yang lain. Oleh kerana itu, sekarang ramai yang
beranggapan bahawa rekoder hanyalah sekadar alat permainan kanak-kanak.
Anggapan ini kurang tepat kerana rekoder adalah alat muzik yang
dipersembahkan dalam konsert berprestij oleh pemuzik profesional, sama ada
secara solo atau ensembel, khususnya di negara-negara barat.
82 X TOPIK 6 REKODER

Di zaman Baroque, rekoder hanya diperbuat daripada kayu. Pada hari ini,
kebanyakan rekoder diperbuat daripada kayu yang keras dan bahan campuran
plastik. Bahan campuran plastik digunakan bagi menggantikan kayu kerana
harganya yang jauh lebih murah dan keadaannya tidak berubah mengikut
perubahan cuaca dan suhu yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, rekoder-
rekoder moden pada hari ini masih mengikut ciptaan dan acuan seperti rekoder
di zaman Baroque.

6.1.2 Renj dan Jenis Rekoder


Rekoder diperbuat dalam pelbagai jenis nada. Kebiasaannya rekoder ditiun
dalam nada C dan F, iaitu not yang paling rendah. Rekoder dalam nada D, Eb, G
dan Bb bukanlah menjadi kebiasaan di dalam sejarah rekoder, namun ia boleh
didapati pada hari ini, terutamanya rekoder tenor dalam nada D yang digelar
„voice flute‰.

Terdapat beberapa jenis rekoder. Lima jenis yang biasa dilihat dalam sesebuah
ensembel rekoder ialah rekoder:
Ć Sopranino
Ć Soprano (descant)
Ć Alto
Ć Tenor
Ć Bass

Jenis rekoder yang jarang dilihat di sekolah rendah ialah rekoder:


Ć Contra-bass
Ć Great bass
Ć Sub-contra bass

Rajah 6.2 menunjukkan pelbagai jenis dan saiz rekoder.


TOPIK 6 REKODER W 83

Rajah 6.2: Rekoder diperbuat daripada kayu dan bahan


campuran plastik dalam pelbagai jenis dan saiz

Rekoder yang sering digunakan dalam persembahan solo ialah descant yang
juga dikenali sebagai rekoder soprano. Kebanyakan sekolah menggunakan
rekoder jenis ini memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau
terlalu rendah. Di samping itu, dari segi saiz, rekoder soprano amat sesuai
dengan keadaan fizikal murid sekolah rendah yang mungkin menghadapi
kesukaran untuk mengembangkan kedudukan jari untuk menutup lubang
penjarian pada rekoder yang bersaiz besar.

Setiap jenis rekoder mempunyai batasan dari segi not-not yang boleh dimainkan.
Dalam lain perkataan, setiap jenis rekoder mempunyai renj masing-masing.

Renj bermaksud jarak di antara not yang paling rendah dengan not yang
paling tinggi yang boleh dihasilkan oleh sesuatu jenis rekoder.

Renj untuk setiap jenis rekoder ditunjukkan dalam Jadual 6.1:


84 X TOPIK 6 REKODER

Jadual 6.1: Renj Bagi Setiap Jenis Rekoder

JENIS-JENIS REKODER
Ditiun dalam C Renj Ditiun dalam F Renj
garklein sopranino

Soprano Alto
(descant) (treble)

tenor Bass
(bass dalam F)

great bass contra bass


(bass dalam C)

subcontra bass sub-


subcontrabass
(octocontrabass)

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Recorder

6.1.3 Cara Memainkan dan Meniup Rekoder dengan


Betul
Berikut adalah cara untuk memainkan dan meniup rekoder dengan betul:
x Pemipit atau mouthpiece dimasukkan ke dalam mulut di antara dua bibir,
iaitu bibir atas dan bawah.
x Jangan gunakan gigi untuk menggigit penghujung pemipit tersebut.
x Jari kiri dan kanan berada di atas setiap lubang yang ada.
x Dengan lembut, sebut „tuu...‰ tanpa mengeluarkan suara dan tiup perlahan-
lahan; ini digelar penglidahan (tonguing).
TOPIK 6 REKODER W 85

x Tiup secara perlahan untuk not rendah. Manakala untuk not sederhana dan
tinggi, jangan terlalu kuat.

Rajah 6.3 (a): Pandangan sisi Rajah 6.3 (b): Pandangan


hadapan

6.1.4 Sistem Penjarian


Terdapat dua jenis sistem penjarian iaitu:
Ć Sistem penjarian Baroque
Ć Sistem penjarian Jerman

Sistem penjarian asal yang diguna pakai oleh pemain rekoder ialah sistem
penjarian Baroque. Pada awal abad ke 20, Peter Harlan telah mencipta satu
sistem penjarian yang lebih mudah daripad sistem penjarian zaman Baroque.
Sistem ini dikenali sebagai sistem penjarian Jerman (German Fingering System).

Sistem penjarian Jerman mempunyai lubang yang lebih kecil pada lubang
keempat. Sistem penjarian ini menjadi popular di Eropah pada tahun 1930an dan
berkembang dengan pesatnya sejak tahun 1950an ke seluruh dunia. Inilah sistem
yang diguna pakai dalam pelajaran rekoder di sekolah di Malaysia. Oleh itu,
modul ini hanya akan memperkenalkan penjarian rekoder dalam sistem
penjarian Jerman.

6.2 PENJARIAN REKODER


Bahagian ini memperkenalkan anda kepada penjarian rekoder soprano untuk
semua not dalam nada C Major, F Major dan G Major.
86 X TOPIK 6 REKODER

6.2.1 Pengenalan Penjarian? Not B

Rajah 6.4: Not B

Kita akan memulakan tiupan not pertama iaitu Not B. Rajah 6.4 menunjukkan
ibu jari tangan kiri menutup lubang bahagian belakang badan rekoder, manakala
jari telunjuk menutup lubang pertama dari atas. Ibu jari tangan kanan
menyokong kedudukan rekoder, manakala jari- jari tangan kanan tidak menutup
lubang untuk penjarian tangan kanan.

AKTIVITI 6.1

Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not B,
lakukan latihan berikut:

Latihan Not B
(a)

(b)

(c)

(d)
TOPIK 6 REKODER W 87

6.2.2 Penjarian Not A

Rajah 6.5: Penjarian Not A

Bagi penjarian not A, kedudukan kesemua jari adalah sama seperti penjarian not
B. Ini ditambah dengan jari hantu tangan kanan yang menutup juga lubang
kedua dari atas (lihat Rajah 6.5).

AKTIVITI 6.2

Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not A,
lakukan latihan berikut:

Latihan Not A
(a)

(b)

(c)

(d)
88 X TOPIK 6 REKODER

6.2.3 Penjarian Not G

Rajah 6.6: Penjarian Not G

Rajah 6.6 menunujukkan kedudukan jari untuk memainkan not G. Jari tangan
kiri iaitu jari telunjuk, hantu dan manis menutup tiga lubang di atas secara
berturutan. Ibu jari kiri masih menutup lubang di bahagian bawah rekoder.

AKTIVITI 6.3

Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not G,
lakukan latihan berikut:

Latihan Not G
(a)

(b)

(c)

(d)
TOPIK 6 REKODER W 89

6.2.4 Penjarian Not C’

Rajah 6.7: Penjarian Not CÊ

Rajah 6.7 menunjukkan penjarian not CÊ. Ibu jari tangan kanan menutup lubang
bahagian belakang, manakala hanya jari hantu menutupi lubang kedua dari atas.

AKTIVITI 6.4

Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not CÊ,
lakukan latihan berikut:

Latihan Not CÊ
(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)
90 X TOPIK 6 REKODER

6.2.5 Penjarian Not D’

Rajah 6.8: Penjarian Not DÊ

Rajah 6.8 menunjukkan penjarian not DÊ menggunakan jari hantu menutup


lubang kedua dari atas sahaja. Ibu jari tangan kanan yang menutup lubang
belakang dilepaskan.

AKTIVITI 6.5

Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not DÊ
dan not-not yang telah dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut:

Latihan Not DÊ
(a)

(b)

(c)

(d)
TOPIK 6 REKODER W 91

6.2.6 Penjarian Not F#

Rajah 6.9: Penjarian Not F#

Rajah 6.9 menunjukkan penjarian F# dengan kesemua keempat-empat jari tangan


kiri menutup kesemua lubang bahagian atas dan belakang. Bagi tangan kanan,
jari hantu dan manis menutup lubang kedua dan ketiga di bahagian bawah.

AKTIVITI 6.6

Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not F#
dan not-not yang telah dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut:

Latihan Not F#
(a)

(b)

(c)

(d)
92 X TOPIK 6 REKODER

6.2.7 Penjarian Not E

Rajah 6.10: Penjarian Not E

Kesemua lubang bahagian atas ditutup. Jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan
menutup lubang pertama dan kedua bahagian bawah.

AKTIVITI 6.7

Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not E
dan not-not yang telah dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut:

Latihan Not E
(a)

(b)

(c)

(d)
TOPIK 6 REKODER W 93

6.2.8 Penjarian Not D

Rajah 6.11: Penjarian Not D

Kesemua lubang bahagian atas ditutup. Jari telunjuk, jari hantu dan jari manis
tangan kiri menutupi lubang 1, 2 dan 3 bahagian bawah.

AKTIVITI 6.8
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not D
dan not-not yang telah dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut:

Latihan Not D
(a)

(b)

(c)

(d)
94 X TOPIK 6 REKODER

6.2.9 Penjarian Not F Natural

Rajah 6.12: Penjarian Not F Natural

Lubang bahagian atas ditutup. Jari telunjuk, jari manis dan kelingking tangan
kanan menutupi lubang 1,3 dan 4.

AKTIVITI 6.9
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not F
dan not-not yang telah dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut:

Latihan Not F
(a)

(b)

(c)

(d)
TOPIK 6 REKODER W 95

6.2.10 Penjarian Not C

Rajah 6.13: Penjarian Not C

Kesemua lubang ditutup. Tiup dengan perlahan-lahan.

AKTIVITI 6.10
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not C
dan not-not yang dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut:

Latihan Not C
(a)

(b)

(c)

(d)
96 X TOPIK 6 REKODER

6.2.11 Penjarian Not Bb

Rajah 6.14: Penjarian Not Bb

Tangan kiri - Jari telunjuk dan jari manis menutup lubang 1 dan 3 bahagian atas.
Ibu jari menutup lubang bahagian belakang.
Tangan kanan- Jari telunjuk menutup lubang 1.

AKTIVITI 6.11
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not Bb
dan not-not yang dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut:

Latihan Not Bb
(a)

(b)

(c)

(d)
TOPIK 6 REKODER W 97

6.2.12 Penjarian Not E’

Rajah 6.15: Penjarian Not EÊ

Ibu jari tangan kiri menutup hanya separuh lubang belakang. Jari telunjuk, hantu
dan manis menutup lubang 1, 2 dan 3 bahagian atas. Jari telunjuk dan jari hantu
tangan kiri menutup lubang 1 dan 2 bahagian bawah.

6.2.13 Penjarian Not F’

Rajah 6.16: Penjarian Not FÊ

Ketiga-tiga jari kiri menutup kesemua lubang bahagian atas, ibu jari tangan kiri
menutup separuh lubang belakang. Jari telunjuk dan jari manis tangan kiri
menutup lubang 1 dan 3 bahagian bawah.
98 X TOPIK 6 REKODER

6.2.14 Penjarian Not F#’

Rajah 6.17: Penjarian Not F#Ê

Jari tangan kiri sama seperti kedudukan not FÊ. Jari hantu tangan kanan menutup
lubang kedua bahagian bawah.

6.2.15 Penjarian Not G’

Rajah 6.18: Penjarian Not G

Ketiga- tiga jari tangan kiri menutup lubang 1, 2 dan 3 bahagian atas. Ibu jari
tangan kiri menutup separuh lubang di belakang.
TOPIK 6 REKODER W 99

AKTIVITI 6.12
(a) Berpandukan latihan-latihan sebelum ini, cuba cipta latihan yang
sesuai untuk not EÊ, FÊ, F#Ê, GÊ.
(b) Seterusnya, cuba anda berlatih meniup skel-skel berikut sehingga
lancar:
Latihan Skel C Major

Latihan Skel F Major

Latihan G Major

6.3 PENGENDALIAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN REKODER DI BILIK
DARJAH
Tujuan utama aspek permainan rekoder diperkenalkan dalam pelajaran
pendidikan muzik sekolah rendah ialah untuk memberi pengalaman muzikal
kepada murid-murid. Dalam pelajaran rekoder, murid-murid dibimbing untuk
mendapatkan kemahiran bermain dengan teknik yang betul secara amali
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2002).

Namun demikian, pelajaran rekoder tidak seharusnya hanya bertumpu kepada


aspek kemahiran teknikal bermain alat sahaja. Guru boleh menggunakan
permainan rekoder untuk tujuan mengukuhkan persepsi estetik murid,
memupuk ekspresi kreatif dan meningkatkan penghargaan estetik murid. Oleh
itu, penggabungjalinan aktiviti bermain rekoder dengan kandungan sukatan
pelajaran lain seperti pengajaran aspek bahasa muzik dan kefahaman tentang
konsep-konsep muzik adalah amat digalakkan. Di samping itu
penggabungjalinan permainan rekoder dengan aktiviti permainan perkusi dan
nyanyian akan memberi pengalaman muzik yang lebih menyeluruh dan
bermakna kepada murid.
100 X TOPIK 6 REKODER

6.3.1 Perancangan
Guru yang melangkah ke bilik darjah tanpa mempunyai perancangan yang teliti
tentang pelajaran yang akan diajar adalah ibarat seorang nakhoda kapal
kehilangan kemudi. Arah pelayaran kapal akan menjadi tidak menentu,
akhirnya hanyut dan tidak sampai ke destinasi yang hendak ditujui. Oleh itu
guru perlu mempunyai perancangan yang teliti untuk sesuatu sesi pelajaran
rekoder bagi memastikan pelajaran tidak tersasar dari mencapai objektif
pembelajaran.

Di samping itu, perancangan yang teliti amat perlu bagi memastikan murid
mendapat input dan pengalaman pembelajaran muzik seoptimum mungkin
khususnya dalam keadaan kekangan masa. Peruntukan masa selama 60 minit
seminggu untuk matapelajaran muzik di sekolah sememangnya tidak
mencukupi. Keadaan ini menyebabkan aspek perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang teliti menjadi semakin penting dan kritikal dalam
menentukan kejayaan program muzik di sekolah.

Perancangan yang teliti harus mengambil kira rancangan pelajaran sepenggal,


mingguan dan juga harian bagi memastikan semua kandungan dan kemahiran
yang berkaitan dengan permainan rekoder seperti yang disarankan dalam
sukatan pelajaran dapat disempurnakan sebaik mungkin. Dalam membuat
perancangan, guru perlu mengambil kira kekangan waktu kerana selain
daripada aspek permainan rekoder terdapat pelbagai kandungan sukatan
pelajaran yang lain seperti permainan perkusi dan bahasa muzik yang turut
perlu dilaksanakan. Dalam situasi sebegini, guru harus menggunakan
kebijaksanaan dengan mengapliksikan konsep penggabungjalinan pelbagai
aspek kandungan sukatan pelajaran dan aktiviti pengalaman muzik di dalam
sesuatu pelajaran muzik. Tambahan pula, melalui penggabung jalinan
kefahaman murid tentang sesuatu konsep muzik dan bahasa muzik yang
berkaitan akan dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh, lebih menarik serta
lebih efektif lagi.

Bagi rancangan pelajaran harian, guru perlu mengambil kira semua aspek
bermula dari mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid,
penentuan objektif atau hasil pembelajaran, aktiviti set induksi, langkah-langkah
pelajaran dan seterusnya ke penutup atau kemuncak pelajaran. Justeru itu, guru
perlu mengaplikasikan prinsip-prinsip pedagogi umum yang telah dipelajari
bagi merancang rancangan pelajaran harian supaya pelajaran rekoder dapat
dilaksanakan secara efektif.
TOPIK 6 REKODER W 101

6.3.2 Strategi
Stategi pengajaran adalah pendekatan, kaedah dan teknik yang dirancang dan
diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah untuk tujuan mencapai sesuatu
objektif pelajaran yang telah ditentukan. Tidak ada satu-satunya pendekatan,
kaedah atau teknik khusus yang terbaik untuk mengajar pelajaran rekoder. Guru
boleh memilih mana-mana pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang difikirkan paling sesuai untuk murid-muridnya berpandukan
pengetahuan guru tentang pedagogi umum dan pendekatan khas pendidikan
muzik.

Kaedah demonstrasi contohnya amat sesuai untuk guru gunakan bagi menunjuk
cara teknik tiupan rekoder yang betul. Manakala itu teknik latih tubi mungkin
amat sesuai digunakan misalnya untuk memahirkan murid bertukar penjarian
dari satu not ke satu not lain dalam memainkan sesebuah frasa atau melodi lagu.

Begitu juga, pengetahuan guru tentang prinsip-prinsip serta ciri-ciri pendekatan


Kodaly, Orff, Dalcroze boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
rekoder. Contohnya, pendengaran dalaman, solfa dan penggunaan lagu-lagu
rakyat tempatan seperti yang disarankan dalam kaedah Kodaly turut boleh
diaplikasikan.

Pemilihan strategi pengajaran juga perlu memberi pertimbangan ke atas pelbagai


aspek dan faktor terutamanya latar belakang murid. Dalam memilih kaedah atau
teknik pengajaran, guru harus mengambil kira pengetahuan dan kemahiran
murid serta kecenderungan dan minat mereka.

6.3.3 Penyampaian
Perancangan yang teliti dengan pemilihan strategi yang terbaik harus diikuti
dengan cara dan gaya penyampaian guru yang berkesan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran rekoder di bilik darjah. Seseorang guru yang berkesan adalah
guru yang berkebolehan mempelbagaikan teknik dan stail penyampaian dalam
melaksanakan pelbagai peranan guru yang berbeza semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran rekoder dijalankan.

Adakalanya guru harus bertindak sebagai jurutunjuk, misalnya ketika


mendemonstrasikan teknik permainan rekoder. Ada masanya guru lebih
berperanan sebagai fasilitator, misalnya semasa aktiviti berlatih bermain rekoder
dalam kumpulan. Pada ketika yang lain pula, guru bertindak sebagai konduktor
yang memimpin permainan ensembel rekoder. Semua peranan ini memerlukan
guru bersifat flesibel dari segi gaya dan cara penyampaian. Antara lain intonasi
102 X TOPIK 6 REKODER

suara dan gerak tubuh perlu disesuaikan dengan sesuatu bentuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Dalam apa saja peranan atau keadaan sekalipun, guru harus sentiasa bertindak
aktif dan ceria bagi menghidupkan sesuatu pelajaran rekoder. Sentiasa tanam di
minda slogan „pelajaran muzik harus menyeronokkan‰. Oleh itu, guru boleh
bersifat tegas tetapi bukan garang, serius tetapi bersifat prihatin dan
penyanyang. Dengan kepekaan dan amalan kepelbagaian gaya dan cara
penyampaian, bukan sahaja sesuatu pelajaran rekoder akan lebih menarik
malahan lebih berkesan.

Ć Rekoder merupakan alat tiupan utama yang diperkenalkan kepada murid


dalam pelajaran Pendidikan Muzik KBSR.

Ć Matlamat utama permainan rekoder diperkenalkan dalam pelajaran muzik di


bilik darjah ialah untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid melalui
permainan secara solo dan juga secara ensembel

Ć Rekoder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind).

Ć Bahagian yang paling penting dari segi penghasilan bunyi ialah bahagian
kepala rekoder yang mengandungi peniup atau pemipit.

Ć Rekoder merupakan antara alat tiup kayu yang tertua yang mula dimainkan
semenjak di Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat.

Ć Rekoder adalah alat muzik yang popular pada zaman Pertengahan di


Eropah.

Ć Di zaman kegemilangannya, rekoder sering diguna pakai dalam


persembahan orkestra oleh ramai karya komposer terkenal sebagai alat
utama.

Ć Di zaman Baroque, rekoder hanya diperbuat dari kayu. Pada hari ini,
kebanyakkan rekoder diperbuat dari kayu yang keras dan bahan campuran
plastik.

Ć Lima jenis rekoder yang biasa dilihat dalam sesebuah ensembel rekoder ialah
rekoder sopranino, soprano (descant), alto, tenor dan bass.
TOPIK 6 REKODER W 103

Ć Rekoder yang sering digunakan dalam persembahan solo ialah descant yang
juga dikenali sebagai rekoder soprano.

Ć Kebanyakkan sekolah menggunakan rekoder soprano memandangkan ianya


mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Ć Perancangan pelajaran rekoder yang teliti amat perlu bagi memastikan murid
mendapat input dan pengalaman pembelajaran muzik seoptimum mungkin.

Ć Stategi pengajaran adalah pendekatan, kaedah dan teknik yang dirancang


dan diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah untuk tujuan mencapai
sesuatu objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Ć Perancangan yang teliti dengan pemilihan strategi yang terbaik harus diikuti
dengan cara dan gaya penyampaian guru yang berkesan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran rekoder di bilik darjah.

Rekoder soprano Descant


Rekoder Tenor Rekoder Alto
Rekoder Sopranino Rekoder Bass
Zaman Baroque Zaman Pertengahan
Pemipit Sistem Penjarian Baroque
Strategi Sistem Penjarian Jerman
Perancangan Penyampaian

Ć Baines, Anthony (1991). Woodwind Instruments and Their History. New


York: Dover Publication Inc.

Ć Kamien, R. (1996). Music: An Appreciation. (7th Ed). New York: McGraw-


Hill Companies

Ć Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat
perkembangan Kurikulum.
104 X TOPIK 6 REKODER

Ć Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran


Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.

Ć Priestley, E. & Fowler, F. (1995). The School Recorder Book (Revised Edition).
New York: Music Sales Limited.

You might also like