You are on page 1of 3

Model pengurusan disiplin bilik darjah terdiri daripada lima model.

Model
Disiplin Asertif Canter memperkenalkan konsep hak guru dan murid dan menegaskan
kehendak dan keperluan murid dilunaskan serta guru perlu mendapat sokongan pihak
pentadbir sekolah dan ibu bapa. Beliau menggariskan tiga jenis guru iaitu agresif, tidak
asertif dan asertif. Beliau juga membentuk sebuah hierarki tindakan pembetulan dan
pelan pengurusan disiplin yang mempunyai tujuh langkah iaitu menerangkan peraturan,
cara pelaksanaan peraturan, semak kefahaman murid , maklumkan ganjaran,
menerangkan tindakan pembetulan, mengenakan tindakan pembetulan dan semak
kefahaman murid.

Sebanyak empat motif tingkah laku murid bermasalah berdasarkan Model


Akibat Logikal Dreikurs Iaitu mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas
dendam dan mempamerkan kekurangan. Dreikurs mencadangkan langkah menangani
iaitu mengenal pasti motif murid, menyedarkan murid, membantu mereka menukar
matlamat salah kepada matlamat sebenar, membimbing murid bertanggungjawab ke
atasnya dan membantu murid melihat akibat. Dreikurs juga menyumbangkan konsep
disiplin kendiri dan konsep kepunyaan, guru dan bilik darjah yang demokratik dan
melibatkan murid-murid bekerjasama membentuk rutin dan peraturan serta pemberian
galakan yang sesuai.

Model Pengurusan Kelompok Kounin menyatakan guru perlulah memastikan


murid berminat dengan pengajarannya dengan mengambil kira aspek minat, kebolehan
dan perkembangan murid dan memahami cara menguruskan bilik darjah. Kounin
berpendapat bahawa strategi withitness, pertindanan, momentum dan Kesan
Gelombang yang menggariskan ciri guru iaitu jelas, tegas dan serius dapat membantu
guru mengawasi murid manakala penerangan meleret dan fragmentasi mengganggu
kelancaran PdP.

Disiplin dapat dicapai sekiranya murid memperoleh kawalan kendiri berpandukan


Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon. Gordon memperkenalkan Pelan Disiplin
yang merangkumi enam langkah seperti yang ditunjukkan, menekankan guru
mengelakkan halangan komunikasi dengan murid, melibatkan murid secara aktif serta
berhubung dengan ibu bapa.

Model Beyond Dicipline Alfie Kohn pula menyatakan komuniti bilik darjah
haruslah dibentuk supaya murid mempunyai rasa kepunyaan dengan melaksanakan
beberapa strategi iaitu membina hubungan dengan murid dan meningkatkan hubungan
antara murid, perjumpaan kelas, mengadakan akitiviti melibatkan kelas dan sekolah dan
perbincangan akademik. Selain itu, beliau menggalakkan guru melibatkan murid semasa
membuat keputusan dan membentuk tingkah laku dalam bilik darjah kooperatif. Namun
begitu, beliau mengkritik guru yang berkuasa mutlak dan penggunaan ganjaran dan
hukuman.
Rujukan

Abdul Ghani Abdullah dan Abdul Rahman Abdul Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku
Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah Dan
Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid
dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tee, T. K., Md Yunos, Jailani., Mohamad, B., Othmandan, W. & Yee, M. H. (2009).
Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda Bagi Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s. 114-121. Wong, K. W., Rafidah Ruhani &
Muhamad Isa Azis. (2016). SPG Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zain, Ismail. (2007). Teknik melakar peta minda. Dicapai daripada


www.tutor.com.my/motivasi/petaminda

You might also like