You are on page 1of 2

PENDEKATAN DALCROZE

Pengenalan
Kaedah Dalcroze telah diasaskan oleh Emiles Jaques-Dalcroze (1865-1950), seorang pemuzik dan
pendidik muzik berbangsa Swiss. Kaedah ini melatih kemahiran dalam konsep-konsep muzik yang
asas seperti irama, ton, dinamik dan bentuk.
Terdapat 3 element utama dalam kaedah ini iaitu eurhythmics, kaedah sofla dan improvisasi.
Keupayaan untuk menunjukkan ekspresi terhadap konsep muzik melalui gerakan merupakan prinsip
utama dalam kaedah ini. Dalcroze berpendapat bahawa badan manusia merupakan alat muzik
semulajadi yang paling sesuai untuk menerapkan konsep-konsep asas muzik. Oleh itu, beliau telah
mehasilkan 3 elemen yang berasaskan pergerakan dan gabungan daripada 3 komponen tersebut
telah menghasilkan kaedah pengajaran yang kreatif ini.
Walaupun kaedah ini telah diperkenalkan lebih daripada 100 tahun yang lepas, namun kaedah ini
masih dapat dipraktikkan pada nasa sekarang. Falsafah pendidikan yang terkandungdalam kaedah
ini yang melibatkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid, member
peluang kepada murid-murid untuk memperoleh pengetahuan melalui pengalaman dan penemuan
sejajar dengan teori pendidikan kini.
Falsafah, Konsep dan Teknik
Semasa Dalcroze menjadi professor di Conservatory Of Music di Geneva, beliau mendapati
bahawa ramai pelajar muzik tidak dapat merasai dan melahirkan emosi terhadap muzik yang
dimainkan walaupun mereka telah menguasai kemahiran dan teknik permainan alat muzik. Malah
mereka mempunyai masalah dalam memainkan irama yang ringkas, mengalami masalah ketepatan
pic dan intonasi. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu pendekatan untuk member pendidikan
muzik yang menyeluruh kepada pelajar-pelajar muzik.
Pendekatan Dalcroze erdasarkan 2 prinsip iaitu kepentingan pendengaran dan literasi muzik
selepas kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal. Dalcroze tidak setuju dengan cara
pengajaran pembelajaran muzik yang hanya menekankan literasi muzik di mana teori muzik di ajar
secara atas kertas. Pada pendapat beliau muzik berkait rapat dengan muzik dan kanak-kanak
tidak dapat mendengar bunyi muzik dengan cara pembelajaran sebegini. Beliau percaya bunyi
muzik harus diperkenalkan dalam kelas teori supaya kanak-kanak dapat dikaitkan apa yang
dipelajari dengan bunyi. Oleh itu, pendengaran menjadi elemen penting dalam kaedah Dalcroze.
Seperti Kaedah Kodaly dan Orff, Dalroze juga berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran
muzik harus bermula dengan pengalaman muzik yang bermakn. Pembelajara muzik tidak boleh
dilakukan dengan pengenalan notasi formal dan penerangan guru sahaja. Beliau percaya bahawa
kanak-kanak perlu mempunyai pengalaman muzikal yang mencukupi dan telah menguasai konsepkonsep muzik dalam aspek pendengaran dan persembahan, barulah guru mengaitkan pengetahuan
dan kefahaman kanak-kanak tehadap konsep muzik dengan notasi, teori, analisa dan sebagainya.
Proses ini dapat menjamin kanak-kanak dapat memahami konsep muzik secara mendalam dan
berkesan. Prosese pengajaran dan pembelajaran notasi dan teori akan menjadi lebih mudah dan
cepat apabila kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal.
3 aspek utama dalam pendekatan Dalcroze ialah eurhythmics, nyanyian sofla dan improvisasi.
Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan berpusatkan aktiviti gerakan keran Dalcroze percaya

bahawa cara yang paling berkesan untuk mempelajari konsep asas muzik seperti irama adalah
melalui gerakan.
Eurhythmics merupakan aktiviti kinetic yang melatih badan kanak-kanak untuk bergerak terhadap
muzik yang diperdengarkan. Dalam erti kata lain, eurhythmics adalah respon badan terhadap
konsep muzik yang diperkenalkan. Dalcroze berpendapat bahawa semua elemen dapat dirasai
melalui gerakan dan semua bunyi muzik mempunyai ciri pergerakan. Oleh itu, untuk menguasai
pergerakan dalam bunyi muzik, badan manusia adalah alat muzik yang dapat dilatih untuk mencapai
tujuan tersebut. Selain daripada itu, elemen-elemen muzik seperti detik, tekanan, frasa, dinamik,
tempo dan sebagainya juga dapat ditunjukkan melalui gerakan badan.
Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan menggunakan
aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk bergeraka setempat ialah menepuk,
mengoyangkan badan atau anggita badan, membengkokkan lutut, merenjis dan lain-lain. Gerakan
yang menggunakan aras pula merujuk kepada gerakan yang dapat dilakukan pada aras tinggi,
tengah dan pada aras rendah seperti angkat tangan dan hayun, merenjis dan sebagainya. Gerakan
yang menggunakan ruang menggalakkan individu bergerak menggunakan ruang di sekelilingnya pada
semua arah seperti berjalan, merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi.
Elemen kedua iaitu kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran pendengaran secara
dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep harmoni. Dalcroze berpendapat bahawa
kaedah nyanyian sofla, kanak-kanak dapat mempelajari konsep pic dan kaitan antara ton. Dengan
cara-cara inin kanak-kanak akan dapat membezakan kualiti ton yang dihasilkan. Dalcroze
menggunakan system Do Tetap di mana do yang digunakan adalah berasaskan not C. aktiviti
nyanyian sofla juga dikaitkan dengan aktiviti gerakan supaya kanak-kanak dapat merasai kaitan
antara pic.
Elemen ketiga iaitu improvisasi memainkan peranan yang penting dalam pendekatan Dalcroze. 2
jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini. Improvisasi oleh guru dengan menggunaka piano
dapat member panduan yang asas kepada kanak-kanak dalam kemahiran pendengaran dan
menggerakkan semangat kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif. Improvisasi yang dilakukan
oleh kanak-kanak memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan
pemahaman terhadap konsep muzik yang telah dipelajari secara kreatif dan spontan. Kanak-kanak
membuat improvisasi dalam gerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang sebenar
terhadap muzik dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan konsep muzik.
Melalui improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak, guru-guru juga dapat menilai sejauh manakah
kanak-kanak telah memahami konsep yang disampaikan dan merancangkan aktiviti susulan yang
berkesan.

You might also like