You are on page 1of 11

Penggunaan Teknik SIGAI_PEFIR Dalam Membantu

Meningkatkan Kemahiran Pendaraban Sifir 1-9


Murid Tahun 3
Nama Pelajar
IPG Kampus XXXXXXXXX
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan
kemahiran pendaraban sifir 1-9 menggunakan teknik Sifir Garis
Itamta_Petak Sifir (SIGAI_PEFIR). Teknik SIGAI memerlukan murid
untuk melukis garisan menegak dan melintang. Garisan menegak
mewakili kumpulan, manakala garisan melintang mewakili ahli dan
jumlah hasil pendaraban tersebut diperoleh daripada bilangan titik
persilangan kedua-dua garisan. Kemudian, PEFIR digunakan bagi
mengukuhkan lagi pemahaman dalam pendaraban. Peserta kajian yang
terlibat adalah seramai tiga orang dalam kalangan murid tahun 3.
Mereka merupakan murid yang telah memperoleh markah yang terendah
dalam ujian diagnostik bagi tajuk pendaraban sifir 1-9. Data
dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, temu bual dan
pemerhatian. Hasil analisis data mendapati bahawa ketiga-tiga peserta
kajian telah menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian markah
menerusi ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Temu bual dan
pemerhatian telah menunjukkan peningkatan kemahiran mereka dalam
pendaraban. Mereka menyatakan kegembiraan dalam mempelajari
operasi mendarab menerusi temu bual. Pemerhatian menunjukkan
perubahan tingkah laku dari segi minat untuk mempelajari pendaraban
meningkat. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik ini berkesan
dalam membantu meningkatkan kemahiran pendaraban sifir 1-9.
Kata kunci: Teknik SIGAI_PEFIR; operasi darab; pendaraban sifir 1-9;
Matematik tahun 3
Pengenalan
Sesi praktikum fasa ke-3 telah saya jalani selama 12 minggu di salah sebuah sekolah
kebangsaan yang terletak di daerah Guar Chempedak. Saya telah mengajar murid-murid tahun 3 dan
secara umumnya, murid-murid bagi kelas tersebut tidak mengalami masalah yang serius dalam
pembelajaran. Namun begitu, apabila saya memperkenalkan topik pendaraban kepada mereka, saya
mendapati terdapat segelintir murid yang kurang menguasai konsep dan kemahiran pendaraban sifir 19 dengan baik. Murid-murid menganggap bahawa mereka perlu menghafal sifir bagi menguasai
operasi darab. Memang ada benarnya, namun jika hanya menghafal tanpa memahami konsep
pendaraban tidak ada gunanya. Menurut Muhammad Kamil (2001) yang menyatakan bahawa sesuatu
yang dihafal tanpa memahami maksud dan maknanya, tidak akan mantap di dalam otak pemikiran
sepertimana mantapnya hafalan yang didasari fahaman sebelum menghafal. Hal ini telah melahirkan
kerisauan kepada saya sekiranya permasalahan ini dibiarkan begitu sahaja. Implikasinya akan
memberikan kesukaran kepada murid untuk menguasai Matematik pada peringkat yang lebih tinggi.
Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan sebuah teknik yang dapat membantu meningkatkan
kemahiran pendaraban sifir 1-9 dan seterusnya penguasaan kemahiran ini dalam kalangan murid
Tahun 3.
Isu-isu Kajian
Terdapat tiga permasalahan yang telah dikenal pasti, masalah yang pertama ialah berkaitan
dengan pengiraan penolakan bagi tiga digit nombor sehingga empat digit nombor yang melibatkan
pengumpulan semula secara berturut-turut. Terdapat beberapa bentuk kesalahan yang telah dilakukan
oleh beberapa orang murid dalam menjalankan pengiraan penolakan tersebut. Ada dalam kalangan
mereka yang keliru untuk mengumpul semula dan berasa ragu-ragu untuk menyelesaikan pengiraan
tersebut. Terdapat juga beberapa orang murid yang menjalankan pengiraan dengan betul, tetapi nilai

terakhir yang ditulis adalah salah kerana kecuaian. Masalah ini juga berlaku apabila murid bosan
dengan menjawab soalan Matematik yang banyak.
Seterusnya, permasalahan kedua yang telah saya kenal pasti adalah berkaitan dengan
kemahiran mendarab sifir 1-9. Terdapat beberapa orang murid yang masih lagi tidak dapat menguasai
kemahiran mendarab walaupun hanya melibatkan nilai nombor yang kecil seperti sifir 2. Mereka
beranggapan bahawa untuk menjawab soalan yang melibatkan pendaraban ini, semua sifir mesti
dihafal. Namun begitu konsep sebenar pendaraban ialah melibatkan penambahan nombor secara
berulang-ulang. Penghafalan ini boleh diibaratkan sebagai satu bebanan kepada murid-murid yang
lemah. Apabila keadaan ini berlaku, mereka akan mula berasa bosan. Akhirnya, minat murid-murid
tersebut terhadap topik pendaraban juga kian luntur. Hal ini akan mengakibatkan mereka ketinggalan
berbanding rakan-rakan yang lain.
Masalah yang ketiga ialah kerja sekolah dan lembaran kerja yang tidak disiapkan oleh muridmurid. Setelah membuat pemerhatian dan bertanya kepada murid-murid sebab kejadian ini berlaku,
pelbagai alasan yang diberikan. Antaranya ialah terlupa untuk menyiapkannya, tidak faham untuk
menjawab soalan yang diberikan dan sebagainya. Terdapat juga beberapa orang murid yang meniru
jawapan rakan mereka semata-mata kerana takut dimarahi jika tidak menyiapkannya. Perkara ini
dapat dikenal pasti apabila mereka disuruh untuk menunjukkan jalan pengiraan di hadapan kelas,
murid-murid tidak dapat menerangkan dan melakukan jalan pengiraan tersebut dengan betul.
Tambahan lagi, terdapat juga murid-murid yang mengadu akan hal ini kepada saya. Walaupun
masalah ini tidaklah terlalu serius dalam kalangan murid, namun jika dibiarkan begitu sahaja akan
mendatangkan implikasi negatif.
Fokus Kajian
Setelah mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah
membuat keputusan untuk memilih masalah yang kedua iaitu berkaitan dengan permasalahan muridmurid dalam pengiraan pendaraban sifir 1-9. Saya berasa bahawa masalah kedua ini sangat penting
dan memerlukan cara, kaedah atau teknik yang sesuai bagi membantu murid-murid tersebut. Selain
itu, saya juga merasakan bahawa murid-murid yang tidak menguasai pendaraban akan menghadapi
kesukaran dalam menguasai Matematik apabila berada pada peringkat yang lebih tinggi. Ini turut
disokong oleh Zainuddin dan Mohd Rashidi (2007) yang mengatakan bahawa kepentingan kemahiran
ini sekiranya tidak dikuasi oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan
kemahiran-kemahiran Matematik di peringkat yang lebih tinggi.
Kajian ini dimulakan dengan memberi ujian diagnostik kepada murid-murid dan didapati
terdapat murid yang tidak menjawab kesemua soalan Matematik tersebut kerana tidak tahu dan tidak
yakin untuk memberikan jawapan. Apabila ditanya, Mengapakah kamu tidak menjawab soalansoalan tersebut?, murid itu mengatakan bahawa, Saya tidak tahu untuk menjawabnya.. Saya juga
mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam melakukan pengiraan pendaraban
melalui latihan yang diberikan.
Apabila melihat situasi ini, saya berasa bertanggungjawab untuk membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran dalam pengiraan pendaraban. Selain itu, saya merasakan bahawa masalah
ini boleh menjadi lebih serius jika dibiarkan. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk
mempelajari Matematik, seterusnya tidak dapat menguasai kemahiran mendarab dengan baik.
Tambahan pula, pendaraban merupakan salah satu topik yang sangat penting dan akan digunakan bagi
peringkat yang lebih tinggi. Oleh demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti amalan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk membantu murid-murid ini dalam menguasai kemahiran
pengiraan pendaraban dengan lebih baik.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
(i)
(ii)

Mengkaji sama ada penggunaan teknik SIGAI_PEFIR dapat membantu meningkatkan


kemahiran mendarab sifir 1-9 bagi murid Tahun 3.
Mengenalpasti sama ada teknik SIGAI_PEFIR dapat menarik minat murid-murid tahun
3 untuk mempelajari operasi yang melibatkan pendaraban sifir 1-9.

Soalan Kajian
Kajian ini adalah dijalankan bagi menjawab soalan kajian berikut:
(i)
(ii)

Adakah penggunaan teknik SIGAI_PEFIR dapat membantu meningkatkan kemahiran


mendarab sifir 1-9 bagi murid Tahun 3?
Adakah teknik SIGAI_PEFIR dapat membantu menarik minat murid mempelajari
operasi pendaraban sifir 1-9?
Tinjauan Literatur

Penguasaan pengiraan pendaraban dengan baik bukanlah bergantung kepada kehebatan


seseorang itu menghafal sifir tetapi tidak memahami konsep sifir atau pendaraban itu sendiri. Dalam
Matematik, konsep merupakan bahagian yang terpenting khususnya dalam P&P di dalam bilik darjah.
Smith dan Smith (2006) menyatakan bahawa penghafalan fakta darab akan menghasilkan pemahaman
terhadap konsep pendaraban yang sedikit. Apabila sesuatu konsep itu dapat dikuasai, secara tidak
langsung murid akan dapat menguasai dan mengingati sesuatu fakta dengan mudah. Hal ini selari
dengan Mathmojo (2009) yang menyatakan dalam sebuah artikelnya, apabila melihat sesuatu kaedah
untuk mempelajari fakta darab, perlu diingatkan penekanan perlu difokuskan terhadap kefahaman apa
yang dilakukan, bukan hanya sekadar menghafal fakta tersebut semata-mata. Muhammad Kamil
(2001) menyatakan bahawa sesuatu yang dihafal tanpa memahami maksud dan maknanya, tidak akan
mantap di dalam otak pemikiran sepertimana mantapnya hafalan yang didasari fahaman sebelum
menghafal.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi membantu penguasaan kemahiran
pengiraan pendaraban. Belliveu (2011) menunjukkan bahawa terdapat beberapa kaedah yang dapat
digunakan dalam operasi pendaraban seperti pendaraban menggunakan jari (finger multiplication),
model luas pendaraban (area model multiplication), kotak Lattice (Lattice multiplication),
pendaraban garisan (line multiplication), pendaraban bulatan/radius (circle/radius multiplication),
pendaraban jalur kertas (paper strip multiplication) dan sebagainya. Kaedah yang mempunyai unsur
visual secara tidak langsung dapat membantu murid untuk memahami dengan lebih jelas terhadap
sesuatu konsep dan kemahiran pengiraan pendaraban. Teori Jean Piaget yang mengatakan bahawa
penggunaan gambar rajah atau model boleh diperkenalkan bagi menyampaikan konsep yang
berbentuk abstrak (Mok, 2008). Apabila sesuatu konsep telah difahami, secara tidak langsung murid
akan lebih mudah untuk mengingati sesuatu fakta tersebut dengan baik. Menurut Weinstein dan
Mayer dan Carreker (dlm Rio Sumarni, Abdul Hafidz dan Dayang Hajjah Tiawa, 2007) kanak-kanak
tidak berupaya secara efektif menghasilkan gambaran visual jika tidak dibantu oleh guru menerusi
galakan atau pendedahan menggunakan strategi pembelajaran ini. Selain itu, penggunaan petak sifir
dapat membantu murid setelah memahami konsep pendaraban dengan mengingat sifir secara tidak
langsung dengan lebih mudah. Menurut Zainudin dan Mohd Rashidi (2007) yang menyatakan bahawa
penggunaan petak sifir turut dapat membantu murid untuk meningkatkan lagi kemahiran pendaraban.
Hasil daripada pembacaan dan rujukan, saya telah mengambil inisiatif bagi membantu muridmurid yang mempunyai permasalahan dalam kemahiran pengiraan pendaraban sifir 1-9 menggunakan
teknik SIGAI_PEFIR. Teknik ini dapat membantu mereka memahami konsep pendaraban dan
seterusnya secara tidak langsung membantu mereka mengingat sifir.
Metodologi
Kumpulan Sasaran
Saya telah menjalankan ujian diagostik bagi mengenalpasti murid-murid yang bermasalah
dalam pengiraan yang melibatkan kemahiran mendarab. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, saya
telah memilih tiga orang murid untuk dijadikan peserta kajian. Tiga orang murid yang terlibat ini
terdiri daripada seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Pemilihan murid ini juga
dilakukan berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, latihan serta lembaran kerja yang diberikan dan
skor yang diperolehi dalam ujian diagnostik sepertimana dalam Rajah 1. Mengikut rekod pencapaian
murid-murid sewaktu berada di tahun 2, ketiga-tiganya telah mendapat Band 4 iaitu pada tahap
sederhana. Daripada pemerhatian saya, ketiga-tiga murid ini sangat memerlukan bimbingan dan
perhatian daripada saya. Mereka lebih menunjukkan minat untuk belajar apabila perhatian daripada
guru diberikan.

100

Peratus (%)

80
60
40

Ujian Diagnostik

20
0
Murid A

Murid B

Murid C

Peserta Kajian

Rajah 1. Graf markah ujian diagnostik.


Metodologi Pengumpulan Data
Saya telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pasca,
temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Ujian pra ini telah saya lakukan sebelum memulakan kajian
tindakan saya manakala ujian pasca sebelum mengakhiri kajian ini. Kedua-dua ujian ini terdiri
daripada 10 soalan yang hanya melibatkan pendaraban sifir 1-9 dan dijalankan selama 30 minit.
Kaedah pengumpulan data ini adalah bertujuan untuk membandingkan markah peserta kajian antara
ujian pra dan pasca tersebut.
Temu bual dijalankan sebelum memperkenalkan teknik SIGAI_PEFIR bersama tiga orang
peserta kajian. Temu bual ini dijalankan selama 15 minit sahaja. Kaedah ini juga telah dijalankan
selepas beberapa sesi P&P bagi mengenalpasti sejauh mana penerimaan peserta dalam penggunaan
teknik SIGAI_PEFIR serta kesan penggunaan teknik ini dalam kemahiran mendarab. Bilangan temu
bual yang dijalankan semasa sesi P&P adalah sebanyak dua kali selama 20 minit setiap satu. Selain
itu, saya telah menggunakan kaedah ini pada akhir kajian bagi mendapatkan maklum balas peserta
terhadap teknik SIGAI_PEFIR ini dalam membantu mereka meningkatkan kemahiran mendarab
selama 20 minit. Kesemua temu bual ini dijalankan secara berkumpulan tetapi soalan yang
dikemukakan adalah secara individu. Soalan yang dikemukakan adalah berstruktur.
Pemerhatian tidak berstruktur telah dijalankan sebagai kaedah pengumpulan data dengan
membuat nota lapangan. Pemerhatian tidak berstruktur dijalankan semasa ujian pra. Selain itu,
sebanyak empat nota lapangan selepas sesi P&P yang dijalankan bersama-sama dengan tiga orang
peserta kajian tersebut. Langkah ini bertujuan untuk melihat perkembangan peserta kajian dari segi
tingkah laku, maklum balas dan minat mereka terhadap teknik ini.
Pelaksanaan Tindakan
Saya telah menjalankan tiga fasa tindakan secara ansur maju sepertimana yang telah dirancangkan.
Fasa 1:
Dalam Fasa 1 ini, saya telah memberikan ujian pra kepada tiga orang peserta kajian untuk
merekodkan data dan mengenalpasti tahap penguasaan mereka dalam pendaraban. Kemudian, saya
telah memulakan pengajaran dengan memperkenalkan terlebih dahulu teknik SIGAI_PEFIR yang
ingin saya gunakan ke atas mereka. Pada mulanya, peserta kajian telah diterangkan tentang konsep
GMT (group x member in each group = total) atau KAJ (kumpulan x ahli dalam setiap kumpulan =
jumlah). Penerangan berkaitan konsep GMT ini amat penting sebagai asas bagi proses pendaraban
beserta contoh. Saya menggunakan lukisan atau gambar bagi menunjukkan dengan jelas bilangan
kumpulan dan ahli.
Setelah selesai memperkenalkan konsep GMT, saya memperkenalkan pula teknik SIGAIPEFIR. Teknik SIGAI merupakan satu teknik yang memerlukan murid untuk melukis garisan
menegak dan melintang. Garisan menegak mewakili kumpulan, manakala garisan melintang
mewakili ahli. Kemudiannya, jumlah hasil pendaraban tersebut diperoleh daripada bilangan titik
persilangan kedua-dua garisan tersebut. Penerangan lebih jelas dapat dirujuk berdasarkan Jadual 1.

Jadual 1
Teknik SIGAI
Penerangan
1. Teknik ini menggunakan dua lambang
garisan iaitu garisan menegak dan
garisan melintang.

Cara-cara melukis Teknik SIGAI


Garisan menegak

Garisan melintang

2.

3.

Dalam pengiraan pendaraban, konsep


GMT (group x members = total) atau
KAJ (kumpulan x ahli = jumlah)
ditekankan. Oleh itu, garisan menegak
mewakili kumpulan, manakala
garisan melintang pula mewakili
ahli.

3x2=

kumpulan

ahli
3
2

3x2=

Untuk mengira hasil pendaraban


tersebut. Bulatkan kesemua titik
persilangan bagi kedua-dua garisan
tersebut dan kira jumlahnya.

Terdapat enam titik persilangan bagi dua


garisan tersebut. Oleh itu,
3x2=6

Peserta kajian juga diterangkan tentang PEFIR iaitu petak sifir seperti Rajah 2. Saya telah
menunjukkan kepada mereka contoh petak sifir yang turut sama digunakan dalam teknik ini. Petak
sifir ini merangkumi sifir 1 hingga 9. Saya hanya memperkenalkan terlebih dahulu PEFIR ini dan juga
kegunaannya sebagai salah satu cara bagi mengukuhkan lagi pemahaman dan secara tidak langsung
dapat membantu peserta kajian mengingati sifir. Beberapa soalan pendaraban yang mudah diberikan
pada akhir sesi P&P dan mengira menggunakan teknik ini. Tujuannya untuk melihat sejauh mana
penerimaan dan pemahaman peserta kajian terhadap teknik yang diperkenalkan ini.

Rajah 2. Petak sifir (PEFIR).

Fasa 2:
Peserta kajian telah diajarkan menggunakan teknik SIGAI_PEFIR bagi mendarab nombor
sifir 1-9. Sekali lagi penerangan dan bimbingan diberikan bagi mengukuhkan pemahaman mereka.
Nombor yang terlibat bagi fasa ini adalah dalam lingkungan sifir 1 hingga sifir 5 dan hanya
melibatkan satu digit sahaja. Kemudian, saya telah memberikan latihan dan lembaran kerja dengan
meminta mereka untuk menjalankan pengiraan menggunakan teknik SIGAI. Hasil daripada
pemerhatian saya, peserta kajian dapat menjawab dengan baik namun begitu terdapat kesalahan kecil
seperti kecuaian peserta kajian dalam mengira jumlah titik persilangan. Peserta kajian menunjukkan
minat untuk menyelesaikan soalan pendaraban yang diberikan. Ini dapat dibuktikan apabila mereka
berjaya menyiapkan lembaran kerja dan soalan yang diberikan, malah meminta untuk menambah lagi
soalan latihan.
Seterusnya, peserta kajian telah dibimbing untuk melengkapkan PEFIR bagi bahagian sifir 1
hingga sifir 5. Proses ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mereka untuk mendarab
sifir 1-5 dan secara tidak langsung membantu mereka mengingati sifir 1 hingga sifir 5. Pada peringkat
ini juga, saya telah menjalankan temu bual dan juga pemerhatian. Ini bertujuan bagi membantu
memperoleh maklumat berkenaan kesan teknik SIGAI_PEFIR ini dalam penguasaan kemahiran
mendarab peserta kajian. Setiap data yang diperoleh telah direkodkan dan dianalisis bagi memperolehi
dapatan kajian yang bersesuaian.
Fasa 3:
Peserta kajian didedahkan dan diajarkan pula satu lagi peringkat yang lebih tinggi iaitu
pendaraban nombor bagi sifir 6 hingga sifir 9 menggunakan teknik SIGAI. Pada peringkat ini, peserta
kajian dapat menjalankan pengiraan dengan baik dan bimbingan minimum daripada saya. Setelah itu,
peserta kajian turut diberikan beberapa soalan latihan dan lembaran kerja bagi melihat kefahaman dan
kebolehan mereka untuk menjalankan pengiraan menggunakan teknik ini. Seterusnya, peserta kajian
melengkapkan PEFIR bagi bahagian sifir 6 hingga sifir 9. Apabila melihat kemampuan mereka untuk
menjalankan operasi mendarab dengan betul menggunakan teknik ini, saya memberikan lagi latihan
yang lengkap melibatkan pendaraban bagi sifir 1 hingga sifir 9. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi
kemahiran dalam pendaraban.
Kaedah pengumpulan data seperti fasa 2 turut digunakan pada peringkat ini. Setelah itu, saya
telah menjalankan langkah yang terakhir iaitu ujian pasca. Ujian ini telah dijalankan pada akhir
peringkat kajian bagi melihat kesan penggunaan teknik SIGAI_PEFIR ini ke atas peserta kajian
tersebut.
Dapatan Dan Refleksi
Soalan Kajian 1: Adakah penggunaan teknik SIGAI_PEFIR dapat membantu meningkatkan
kemahiran mendarab sifir 1-9 bagi murid Tahun 3?
Hasil daripada analisis dan juga dapatan maklumat yang telah saya perolehi, saya mendapati
penggunaan teknik SIGAI_PEFIR ini telah dapat membantu meningkatkan kemahiran mendarab. Ini
selaras dengan objektif kajian saya untuk mengkaji kesan penggunaan teknik SIGAI_PEFIR dalam
membantu meningkatkan kemahiran mendarab sifir 1-9 bagi murid Tahun 3. Pernyataan ini dapat
disokong hasil daripada analisis dan dapatan data yang telah saya perolehi daripada tiga kaedah
pengumpulan data yang telah dilaksanakan iaitu ujian pra dan ujian pasca, temu bual dan pemerhatian.
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Merujuk kepada maklumat yang dipaparkan dalam Rajah 3, didapati bahawa terdapat
peningkatan yang ketara bagi ketiga-tiga peserta kajian terhadap penguasaan kemahiran mendarab
sifir 1-9. Murid A telah memperolehi 30% dalam ujian pra, manakala murid B dan murid C masingmasing telah memperolehi 20% dan 0%. Keputusan ujian pasca bagi murid A telah meningkat
sebanyak 40%, murid B sebanyak 60% dan murid C telah menunjukkan peningkatan paling ketara
iaitu sebanyak 80%. Markah tertinggi bagi ujian pra adalah sebanyak 30%, manakala 80% pula
merupakan markah tertinggi yang diperolehi semasa ujian pasca. Jika diperhatikan, setiap peserta
kajian menunjukkan peningkatan yang positif. Min markah yang diperolehi peserta kajian semasa
ujian pra adalah sebanyak 16.67, manakala min bagi ujian pasca pula ialah 76.67.

Peratus (%)

90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Ujian Pra
Ujian Pasca

Murid A

Murid B
Peserta Kajian

Murid C

Rajah 3. Graf perbandingan ujian pra dan ujian pasca.


Kesimpulannya, terdapat peningkatan yang ditunjukkan oleh peserta kajian berdasarkan
perbandingan kedua-dua ujian pra dan pasca ini. Teknik ini telah membantu peserta kajian untuk
menjawab soalan pendaraban sifir 1-9.
Temu Bual
Temu bual yang telah dijalankan sebelum, semasa dan selepas teknik ini diperkenalkan telah
menunjukkan bahawa teknik SIGAI_PEFIR ini telah membantu meningkatkan kemahiran mendarab
sifir 1-9 peserta kajian. Semasa saya menjalankan temu bual bersama tiga orang peserta kajian
sebelum memperkenalkan teknik ini, rata-ratanya menyatakan pendaraban merupakan operasi yang
sukar. Hal ini terbukti daripada respons peserta kajian seperti Emm..ada susah ada senang, dan
Susah..saya tak reti.
Semasa memperkenalkan teknik SIGAI_PEFIR, peserta kajian dapat menerima dan
menggunakan teknik ini dengan baik. Sepertimana dalam temu bual yang telah dijalankan, mereka
menyatakan bahawa teknik ini mudah untuk mereka kuasai. Selain dapat memahami konsep GMT,
mereka juga mula menunjukkan peningkatan kemahiran pendaraban. Ini dapat ditunjukkan apabila
mereka menyatakan bahawa pendaraban ini mudah dengan menggunakan teknik SIGAI_PEFIR.
Dalam temu bual yang dijalankan juga, peserta kajian ada menyatakan bahawa hanya perlu melukis
garisan sahaja dan memudahkan mereka untuk memperoleh jawapan. Oleh itu, teknik ini turut
membantu peserta kajian untuk memahami konsep pendaraban yang berbentuk abstrak dengan
menggunakan lukisan garisan. Ayat seperti Mudah cikgu! Tak perlu nak hafal sifirlukis je, nanti
dapat la jawapan, Senang cikgubuat garis jekira, dapatlah jawapan.. dan Senang cikgu..saya
dapat jawab betul telah diperkatakan oleh peserta kajian. Ini jelas menunjukkan bahawa teknik ini
mudah untuk diaplikasikan seterusnya, dapat membantu meningkatkan kemahiran mendarab.
Kesimpulannya, berdasarkan transkrip temu bual yang telah diperoleh, menunjukkan teknik
SIGAI_PEFIR ini didapati membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran pendaraban sifir
1-9.
Pemerhatian
Hasil daripada analisis nota lapangan, dapat diperhatikan perubahan positif dari segi
pencapaian peserta kajian terhadap pendaraban. Semasa ujian pra dijalankan, peserta kajian
menunjukkan tingkah laku yang kurang menyenangkan seperti kurang yakin untuk memberikan
jawapan dan tidak tahu untuk menjalankan pengiraan pendaraban. Namun begitu, perubahan dapat
diperhatikan apabila teknik SIGAI_PEFIR ini diperkenalkan.
Pengaplikasian teknik ini yang menggunakan unsur visual iaitu memerlukan peserta kajian
untuk melukis gambar rajah garisan dan bulatan telah dapat membantu mereka untuk melihat dan
memahami dengan lebih jelas konsep pendaraban, seterusnya menunjukkan peningkatan dalam
kemahiran mendarab. Sebagai contoh, sebelum memperkenalkan teknik ini kepada peserta kajian,
kebanyakan mereka diajar untuk menguasai darab dengan menghafal sifir semata-mata. Ini telah
memberikan sedikit bebanan kepada murid yang mempunyai kemahiran akademik yang rendah. Oleh

itu, apabila teknik ini diperkenalkan, mereka dapat melihat dengan lebih jelas konsep pendaraban
dengan adanya penerapan unsur visual.
Walaupun pada mulanya mereka tertanya-tanya berkenaan teknik ini, namun setelah
diperkenalkan, reaksi yang positif telah diperhatikan. Mereka mula menguasai kemahiran pendaraban
dengan baik dan pengiraan yang dijalankan juga mengikut konsep pendaraban yang betul. Selain itu,
apabila saya menjalankan satu aktiviti dengan meminta mereka cuba untuk menyiapkan PEFIR dalam
masa 20 minit ternyata mereka dapat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Walaupun terdapat
juga beberapa kesalahan pengiraan, namun begitu, ini merupakan pencapaian yang baik terhadap
penguasaan mereka dalam kemahiran pendaraban. Penggunaan PEFIR ini secara tidak langsung turut
membantu dalam mengingati beberapa sifir dengan baik. Ini telah menujukkan bahawa teknik ini telah
membantu meningkatkan kemahiran pendaraban sifir 1-9.
Secara keseluruhannya, dapatan daripada tiga kaedah pengumpulan data yang dijalankan
telah menjawab persoalan kajian yang pertama. Hal ini menunjukkan teknik SIGAI_PEFIR telah
dapat membantu meningkatkan kemahiran pendaraban sifir 1-9 dalam kalangan peserta kajian.
Soalan Kajian 2: Adakah teknik SIGAI_PEFIR dapat membantu menarik minat murid
mempelajari operasi pendaraban sifir 1-9?
Setelah menjalankan analisis dan interpretasi data, saya mendapati bahawa teknik
SIGAI_PEFIR ini telah dapat membantu menarik minat peserta kajian mempelajari operasi
pendaraban sifir 1-9. Ini bertepatan dengan objektif kajian saya iaitu mengenalpasti sama ada teknik
SIGAI_PEFIR dapat menarik minat murid-murid Tahun 3 untuk mempelajari operasi melibatkan
pendaraban sifir 1-9. Pernyataan ini dapat disokong hasil daripada analisis dan dapatan data yang telah
saya perolehi daripada dua kaedah pengumpulan data yang telah dilaksanakan iaitu temu bual dan
pemerhatian.
Temu Bual
Hasil daripada menjalankan temu bual, saya mendapati perubahan positif yang ditonjolkan
oleh peserta kajian dari segi minat untuk mempelajari operasi pendaraban. Memang tidak dinafikan
bahawa pada mulanya murid kurang menunjukkan minat terhadap pendaraban kerana mereka
berpendapat bahawa pendaraban ini sukar. Mereka berpendapat bahawa perlu menghafal sifir untuk
menguasai kemahiran pendaraban. Peserta kajian ini bukanlah murid yang bijak serta dapat
memahami konsep pendaraban dan menghafal sifir dengan cepat. Oleh yang demikian, mereka akan
mula bosan apabila hanya perlu menghafal sifir sahaja namun masih tidak mengingatinya dan juga
tidak dapat menjawab soalan pendaraban dengan baik.
Apabila teknik SIGAI_PEFIR ini mula diperkenalkan, mereka mula menunjukkan minat. Ini
dapat ditunjukkan apabila mereka mula dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Apabila
mereka dapat mencapai tahap tersebut, mereka menyatakan bahawa operasi mendarab ini mudah
untuk difahami dan diaplikasikan. Ayat seperti Saya boleh dapat jawapan betul.. dan Banyak dah
soalan saya dapat jawab dengan betul cikgu.. merupakan respons yang telah diterima hasil daripada
temu bual yang dijalankan. Ini menambahkan keyakinan mereka untuk menjawab soalan berkaitan
dengan pendaraban. Tambahan lagi, mereka hanya perlu melukis garisan menegak dan melintang,
mengira titik persilangan garisan dan dapat memperolehi jawapan tersebut. Oleh yang demikian,
mereka lebih berasa seronok untuk mempelajari operasi pendaraban kerana dapat menjawab dengan
betul ditambah penerapan unsur gambar rajah.
Bagi menunjukkan minat peserta kajian ini terhadap operasi mendarab menggunakan teknik
SIGAI_PEFIR, satu lagi temu bual selepas kajian turut dijalankan. Peserta kajian menyatakan
perasaan gembira dan seronok kerana dapat mengira dengan mudah dan betul. Boleh dikatakan
bahawa peserta kajian asyik menyatakan keseronokan dan mudahnya teknik ini sehingga dapat
menarik minat mereka untuk mempelajari operasi darab yang dianggap sukar selama ini. Respons
daripada peserta kajian seperti, Saya rasa gembira dapat kira dengan mudah, Seronok sebab faham
dan dapat kira dengan mudahsenang! dan Minat cikgu! Saya dapat jawab soalan dengan
betuldulu selalu salah je.. yelah memberikan maklumat kepada saya bahawa peserta kajian
semakin berminat untuk mempelajari operasi pendaraban.
Kesimpulannya, berdasarkan dapatan temu bual, teknik ini telah dapat membantu menarik
minat murid untuk mempelajari operasi yang melibatkan pendaraban sifir 1-9.

Pemerhatian
Tingkah laku peserta kajian yang menunjukkan minat mereka terhadap operasi darab ini
dapat dikenalpasti melalui kaedah pemerhatian. Saya telah mencatatkan dan merekodkan nota
lapangan bagi melihat perkembangan tingkah laku peserta kajian dari segi minat terhadap operasi
darab apabila teknik ini diperkenalkan. Ternyata, peserta kajian menunjukkan perkembangan minat
yang positif. Ini dapat ditunjukkan apabila, kesungguhan peserta kajian dalam menyiapkan latihan
yang telah diberikan dengan menjawab kesemua soalan dan banyak jawapan yang diberikan betul.
Selain itu, peserta kajian juga menunjukkan minat dan keseronokan mempelajari operasi
darab ini apabila mereka meminta soalan latihan yang lebih untuk mereka siapkan. Ini telah
mengejutkan saya dan telah memberikan saya maklumat bahawa peserta kajian lebih berasa seronok
dan berminat untuk mempelajari operasi yang dikatakan sukar ini. Tambahan lagi, mereka juga
menunjukkan keyakinan dalam memberikan jawapan hasil pengiraan pendaraban. Jika sebelum ini,
tingkah laku yang ditunjukkan seperti ragu-ragu dan takut untuk memberikan jawapan tetapi
perubahan positif telah berjaya ditonjolkan oleh mereka. Kesimpulannya, teknik ini telah membantu
menarik minat peserta kajian untuk mempelajari operasi pendaraban sifir 1-9.
Secara keseluruhannya, berdasarkan daripada dapatan yang diperoleh dan dianalisis telah
menunjukkan bahawa, penggunaan teknik SIGAI_PEFIR ini dapat membantu meningkatkan
kemahiran mendarab. Apabila konsep berjaya dikuasai dan difahami oleh peserta kajian, peserta
kajian akan lebih yakin untuk menjawab soalan pendaraban dengan baik. Ini akan membantu menarik
minat peserta kajian untuk belajar operasi pendaraban. Oleh yang demikian, teknik yang bersesuaian
perlu digunakan bagi membantu mencapai objektif ini. Maka, teknik SIGAI_PEFIR ini telah
diperkenalkan kepada mereka dan ternyata teknik ini dapat membantu menarik peserta kajian untuk
mempelajari operasi darab.
Refleksi Keseluruhan
Refleksi Terhadap Murid
Kajian yang telah dilaksanakan ini telah memberi kesan kepada peserta kajian dalam
membantu mereka meningkatkan kemahiran pendaraban. Setelah memperkenalkan teknik ini,
perubahan positif telah dapat saya perhatikan iaitu peserta kajian berjaya menjawab dengan betul
soalan yang berkaitan dengan pendaraban. Di samping itu, mereka juga telah memahami konsep GMT
dengan baik. Walaupun kajian ini dijalankan dalam masa yang singkat, ia dapat membantu peserta
dalam meningkatkan kemahiran pendaraban.
Penggunaan teknik SIGAI_PEFIR telah membantu peserta kajian menjalankan pengiraan
pendaraban sifir 1-9 dengan lebih mudah dan betul. Pada permulaan kajian, mereka kurang yakin dan
menganggap operasi darab merupakan operasi yang sukar. Namun begitu, setelah memahami konsep
mendarab dengan menggunakan teknik SIGAI_PEFIR, mereka semakin yakin untuk melakukan
operasi darab. Hal ini telah memupuk minat mereka untuk mempelajari operasi darab dan seterusnya
menunjukkan kesungguhan untuk belajar operasi pendaraban sifir 1-9 khususnya.
Minat mereka semakin bertambah apabila mereka mula menguasai kemahiran mendarab
dengan lebih baik. Ini dapat diperhatikan apabila mereka meminta saya untuk memberikan lebih
soalan latihan berkaitan dengan pendaraban. Tahap keyakinan semakin meningkat manakala rasa
rendah diri untuk memberikan jawapan soalan pendaraban juga semakin pudar. Selain itu, walaupun
mereka berada dalam kalangan murid yang dikategorikan lemah, mereka telah berjaya melengkapkan
petak sifir (PEFIR) dalam masa kurang daripada 20 minit. Walaupun terdapat juga kesalahan yang
dilakukan, namun peningkatan dari segi penguasaan mereka dalam kemahiran mendarab dapat
diperhatikan. Kesalahan yang dilakukan juga disebabkan kecuaian sahaja.
Secara keseluruhannya, teknik SIGAI_PEFIR ini telah dapat membantu peserta kajian
meningkatkan kemahiran pendaraban dan menanam minat yang mendalam untuk mempelajari operasi
darab.
Refleksi Pembelajaran Kendiri
Sepanjang menjalankan kajian ini, banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang telah saya
peroleh. Melalui pengalaman ini, saya berasa bahawa seorang guru seharusnya sentiasa peka dengan
permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid dalam pelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini
merupakan salah satu inisiatif yang baik dalam membantu guru untuk menyelesaikan permasalahan
murid dalam pelajaran.

Apabila saya menjalankan kajian, saya telah berpeluang untuk mempelajari cara-cara serta
prosedur untuk membuat kajian. Pelbagai kekangan serta kenangan yang telah saya peroleh. Antara
kekangan yang dihadapi dari segi masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian ini agak
singkat. Oleh itu, proses menjalankan kajian sedikit terganggu. Namun begitu, ini merupakan latihan
permulaan kepada saya sebagai satu panduan apabila ingin menjalankan lebih banyak kajian pada
masa akan datang. Tambahan lagi, kajian adalah penting sebagai penambahbaikan amalan pengajaran
dan pembelajaran bagi meningkatkan lagi nilai profesionalisme sebagai seorang guru.
Selain itu, saya juga telah mendapat kesedaran tentang pentingnya pengaplikasian
kepelbagaian teknik atau kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana kepelbagaian
teknik atau kaedah dapat membantu menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping itu, ia
dapat membantu murid untuk memahami sesuatu konsep dengan lebih baik seperti pengajaran konsep
pendaraban. Seterusnya, sesi pengajaran dan pembelajaran guru juga akan lebih bermutu dan
berkualiti.
Pemahaman konsep dalam Matematik penting dalam membantu murid-murid untuk
menguasai subjek ini dengan baik. Sebagai contoh, jika dibandingkan dengan teknik penghafalan sifir
yang sering digunakan, hanya mementingkan penghafalan abstrak tanpa memahami konsep
pendaraban. Oleh yang demikian, apabila kajian ini dijalankan saya mendapati bahawa murid lebih
berminat untuk mempelajari operasi darab dan kemahiran pendaraban juga meningkat apabila mereka
memahami konsep pendaraban dengan menggunakan teknik SIGAI_PEFIR. Hal ini kerana teknik ini
turut menggabungkan unsur lukisan garisan yang memberikan gambaran yang jelas dalam memahami
konsep GMT dan pengiraan pendaraban. Gambar rajah penting dalam membantu murid memahami
konsep tersebut.
Ini dapat disokong melalui teori Jean Piaget yang mengatakan bahawa penggunaan gambar
rajah atau model boleh diperkenalkan bagi menyampaikan konsep yang berbentuk abstrak (Mok,
2008). Apabila sesuatu konsep telah difahami, secara tidak langsung murid akan lebih mudah untuk
mengingati sesuatu fakta tersebut dengan baik.
Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah banyak membantu saya memperoleh
pelbagai ilmu pengetahuan, input dan pengalaman yang berharga. Saya berharap agar pengalaman ini
merupakan satu langkah permulaan kepada saya untuk sentiasa berusaha meningkatkan kualiti amalan
profesionalisme sebagai seorang guru kelak. Di samping itu, pengalaman ini akan saya jadikan
sebagai panduan untuk menjadi seorang guru permulaan yang cemerlang seterusnya terus cemerlang
dan memperolehi capaian sebagai seorang guru pakar.
Cadangan Kajian Lanjutan
Saya mencadangkan agar teknik ini dijalankan penambahbaikan dengan menggunakan kit
teknik SIGAI_PEFIR. Kit ini akan mengurangkan masa pengiraan murid dalam pengiraan pendaraban
menggunakan teknik ini. Selain itu, teknik ini juga boleh diaplikasikan bagi pengiraan pendaraban
yang melibatkan nombor yang lebih besar iaitu dua digit dengan satu digit.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, teknik SIGAI_PEFIR telah membantu meningkatkan kemahiran
mendarab sifir 1-9 dan menarik minat murid untuk mempelajari operasi pendaraban sifir 1-9. Secara
tidak langsung apabila kemahiran, kefahaman dan minat murid terhadap pendaraban ini meningkat,
maka murid dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Impaknya, mereka akan
lebih memahami keindahan dan kepentingan Matematik dalam kehidupan.
Rujukan
Belliveu, W. L. (2011). An introduction to various multiplication strategies. Diperolehi daripada
http://scimath.unl.edu/MIM/files/MATExamFiles/WestLynn_Final_070411_LA.pdf
Mathmojo. (2009). How to learn the multiplication tables the best strategies. Diperoleh daripada
http://www.edarticle.com
Mayer, R. E., & Massa L.J. (2003). Three facets of visual and verbal learners: Cognitive ability,
cognitive style, and learning preference. Journal of Education Psychology, 95(4), 883-846.

10

Mohd Fauzi Yaacob. (2009). Pengajaran pakar. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara
Malaysia.
Mok, S.S. (2008). Murid dan alam belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Muhamad Kamil Abdul Samad. (2001). Psikologi bermuzakarah: Bagaimana anda belajar dan
cemerlang. Johor: Perniagaan Jahabersa.
Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar & Dayang Hajjah Tiawa Haji Hamid. (2007).
Reka bentuk dan keberkesanan perisian multimedia membaca-faham berasaskan gambaran
visual bagi kanak-kanak prasekolah. 510-515. Diperolehi daripada
http://eprints.utm.my/2344/
Smith, S. Z., & Smith, M. E. (2006). Assessing elementary understanding of multiplication concepts.
Article of School Science and Mathematics, 106(3). Diperolehi daripada
http://ehis.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my
Zainudin Abu Bakar & Mohd Rashidi Mat Jalil. (2007). Kaedah petak sifir: Kajian perbandingan
matematik tahun 4 dalam penguasaan fakta asas darab. Jurnal Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia, 12, 91-98.

11

You might also like