You are on page 1of 3

Pang Huei Ling

Langkah-langkah mengenalpasti murid yang bermasalah


Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku, terdapat kaeadah
yang digunakan iaitu mengumpulkan maklumat berasaskan ujian (diagnostik dan psikologi),
jenis bukan ujian (pemerhatian dan temu bual) serta berasaskan kajian (kajian kes, kajian
dokumen, kajian membujur).
Apabila seseorang murid telah dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku di
sekolah, gurunya mestilah membincangkan masalah tersebut dengan ibu bapa murid tersebut.
Dalam perbincangan ini, guru akan meminta maklumat yang lebih lanjut mengenai
perkembangan murid tersebut. Tambahan lagi, dalam perbincangan ini, guru harus memberikan
murid yang bermasalah satu ujian kecerdasan I.Q untuk menentukan tahap kebolehan
akademiknya secara keseluruhan serta untuk mengenal pasti aspek-aspek kekuatan dan
kelemahannya.
Berdasarkan keperluan setiap murid, guru juga boleh memberikan ujian diagnostik untuk
mendiagnos tingkah laku murid dengan lebih terperinci. Semua keputusan ini perlu
dibincangkan dengan ibu bapa murid tersebut. Selepas itu, guru perlu menasihati ibu bapa
murid tentang tindakan susulan yang mereka perlu ambil untuk mengatasi masalah tingkah laku
anak mereka. Selain itu, ibu bapa perlu diberikan keputusan ujianujian ini oleh guru dalam
satu laporan khas. Laporan ini mesti mengandungi rekomendasi-rekomendasi untuk mengatasi
masalah tingkah laku murid tersebut.
1) Teknik Jenis Ujian ( Ujian Psikologi, Diagnostik)
Guru boleh menggunakan ujian psikologi atau ujian diagnostik untuk menganalisis
semua masalah tingkah laku yang berlaku dalam bilik darjah dengan lebih terperinci. Murid
boleh diuji melalui ujian pencapaian akademik iaitu Ujian Sumatif dan Ujian Formatif. Ujian
Sumatif ialah peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Penilaian Menengah
(STPM). Manakala, Ujian Formatif merujuk ujian bulanan, ujian pertengahan tahun dan
peperiksaan akhir tahun.
Melakukan Ujian Kecerdasan untuk mengukur darjah kecerdasan murid (I.Q) seperti
yang disarankan oleh Terman dan Binet. Seterusnya Ujian Kecenderungan Bakat seperti Ujian
Aptitut Differential (DAT), Ujian Minat untuk menilai minat murid terhadap sesuatu aktiviti atau
kerjaya seperti Career Assessment Inventory (CAI) yang mengandungi tiga bidang, merangkumi
enam tema am, 22 asas minat dan skala 89 kerjaya. Kemudian, melakukan Ujian Personaliti
untuk mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek afektif, motivasi, emosi dan sikap seseorang
murid. Contohnya, The Survey of Personal Values (SPV), dan The Mooney Problem Check
1

Lists (MPCL). Kedua-dua ujian ini digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi serta nilai
sikap murid.
Ujian Saringan digunakan untuk mengasingkan murid-murid yang cerdas dengan murid
yang kurang cerdas. Selain itu, turut menggunakan Ujian Diagnostik untuk mengesan punca
kelemahan atau masalah penguasaan kemahiran pembelajaran murid. Keputusan ujian ini
penting bagi guru untuk merancang aktiviti pemulihan. Akhir sekali, melakukan Ujian Aptitut
Khas seperti Ujian Aptitut Mekanikal, Ujian Aptitut Perkeranian, Ujian Aptitut Seni, dan Ujian
Aptitut Muzik yang mana digunakan untuk mengukur potensi murid dalam bidang tertentu.
Di dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah, maklumat-maklumat
asas dikumpulkan dan yang diperlukan ialah hal peribadi murid, pencapaian akademik, serta
aktiviti kokurikulum yang disertainya.
2) Teknik Jenis Bukan Ujian (Pemerhatian dan Temubual)
Pemerhatian boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah kajian yang boleh digunakan guru
untuk mencari kebaikan dan kelemahan murid dan menentukan faktor-faktor yang
menyebabkan sesuatu masalah tingkah laku berlaku. Guru boleh mengenal pasti ciri-ciri
perkembangan murid daripada bidang afektif dan psikomotor khasnya bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani. Ianya boleh dibuat di dalam bilik
darjah atau luar bilik darjah.
Data yang dikumpul melalui teknik pemerhatian adalah sangat penting kerana guru
dapat merancang tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang berlaku.
Selain itu, pemerhatian ini juga penting kerana ia dapat menolong guru mengawal tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah. Berikut disertakan satu contoh borang pemerhatian untuk
meneliti tingkah laku bermasalah yang digunakan oleh guru.
Nama Murid :

Tarikh Pemerhatian :

Pemerhati :

Masa :

Aktiviti

Mata Pelajaran :

Tingkah Laku :

Peristiwa peristiwa yang


berlaku sebelum tingkah laku

Tingkah Laku Bermasalah

Kesan-kesan daripada tingkah


laku bermasalah

bermasalah

Rajah 1 : Borang Pemerhatian Tingkah Laku Bermasalah

Selain kaedah pemerhatian, guru juga boleh menggunakan kaedah temubual dengan
murid-murid yang mempunyai masalah tingkah laku ini. Temubual ini boleh dijalankan antara
guru bimbingan atau guru biasa dengan murid bermasalah, ibu bapa atau penjaga, rakan
sebaya dan pihak lain untuk mendapatkan maklumat.

3) Kajian Dokumen ( Kajian Rentasan, kajian membujur, kajian kes)


Kajian dokumen ialah analisis yang dibuat oleh guru terhadap sesuatu tingkah laku
masalah murid berdasarkan dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan mengenai murid-murid
yang biasa menunjukkan salah laku di sekolah. Menurut Bailey (1978), dokumen ini terbahagi
kepada dua iaitu,Dokumen Utama dan Dokumen Sekunder. Dokumen Utama merangkumi
autobiografi murid, anekdot dan kad kumulatif. Manakala, Dokumen Sekundermerupakan
laporan ditulis berdasarkan temubual, pemerhatian ataupun rujukan dokumen-dokumen utama.
Contoh Dokumen Sekunder ialah biografi murid, laporan guru dan senarai semak.
REKOD ANEKDOT
Nama Murid : _______________

Tingkatan : _______________

Jantina

: _______________

Umur

Tarikh

Tempat

: _______________

Kejadian / Peristiwa

Komen

_______________________
Nama Guru :

Rajah 2 : Borang Rekod Anekdot


Dalam kajian membujur, murid bermasalah yang dikaji diperhatikan untuk jangka masa
yang panjang oleh guru untuk menilai semua perubahan tingkah lakunya. Kajian ini meliputi
pemerhatian kepada tingkah laku murid bermasalah untuk mendapat maklumat terperinci
mengenai perubahan-perubahan tingkah lakunya. Kajian ini memakan masa yang lama dan
memerlukan belanja yang banyak. Manakala, dalam kajian rentasan pula, guru akan mengkaji
murid-murid bermasalah pada peringkat-peringkat umur tertentu sahaja.
Guru juga boleh membuat kajian kes untuk menganalisa tingkah laku bermasalah
secara terperinci khususnya untuk murid-murid yang mempamerkan salah laku yang serius.
Melalui kajian kes, seseorang yang mempunyai tingkah laku yang bermasalah yang serius akan
diperhatikan untuk satu tempoh masa yang lama supaya guru dapat satu gambaran yang tepat
dan menyeluruh mengenai murid tersebut. Kelemahan kajian kes adalah, ianya mengambil
masa yang lama dan panjang. Justeru itu, pihak kaunselor sekolah perlu menjalankannya.
3

You might also like