You are on page 1of 12

PENDEKATAN CARL ORFF

CARL ORFF ( 1895 1982 ) dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munich Jerman dan berasal dari keluarga Bavarian yang aktif dalam tentera. Beliau mendapat pendidikan di Munich Academy of Music hingga 1914. Bertugas sebagai tentera pada perang dunia pertama. Beliau merupakan seorang composer German yang memperkenalkan satu pendidikan yang unik dalam pendidikan muzik.

Penglibatan beliau dalam pendidikan muzik hanya bermula pada awal tahun 1920an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari. Minat Orff yang mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan sebagai asas kepada pendidikan muzik. Beliau kemudian menjadi Penyelia Muzik di GuntherSchule, sebuah sekolah untuk tarian dan muzik. Antara penerbitan Orff Schulkwerk yang terkenal ialah Musik fur Kinder yang diterjemahkan sebagai Muzik untuki kanak-kanak. Falsafah dan prinsip Orff pernah berkata : Experience first, then intellectualize & quot: yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori. Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu membaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik. Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain. Apabila Orff merujuk kepada elemental music , beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus. Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian

kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak. Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.

Pendekatan Orff Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu Eksplorasi( mencari sendiri ), Imitasi ( mengajuk balik ), Improvisasi dan juga Literasi. Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri. EKSPLORASI melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu Eksplorasi Bunyi, Eksplorasi Ruang dan Eksplorasi Bentuk. a) EKSPLORASI RUANG kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya. Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati. b) EKSPLORASI BUNYI sekeliling bermula dengan penerokaan bunyi- bunyi di Contohnya, bunyi kenderaan. Kemudian kanak-kanak.

explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar. Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya.

c) EKSPLORASI BENTUK - berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi. Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corakcorak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian. Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk. Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi. Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang. d) IMITASI adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Menurut Orff, kanak- kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai Role Model kepada muridmuridnya. Guru harus pastikan bahawa aktiviti- aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama. e) LITERASI adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan notnot muzik. Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan

imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori. f) IMPROVISASI adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanakkanak. Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

APLIKASI PENDEKATAN ORFF DALAM BILIK DARJAH

Sebutan Berirama Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik. Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama. Menurut Orff, sukukata-sukukata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik.

Menurut Orff, alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara. Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka. Alat Perkusi Badan Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone. Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza. Alat Perkusi Orff Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan

(removeable). Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima. Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut. Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah. Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain. Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato Mengiringi Nyanyian Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan. Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4

Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan . menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka. Setelah murid- murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi. Kelebihan Pendekatan Orff Membolehkan kanak-kanak mempelajari muzik sambil berasa seronok melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti- aktiviti muzikal. Penglibatan kanak-kanak mengikut muzik secara semulajadi dan mengikut kemampuan dan citarasa mereka. Pembelajaran secara penemuan dan sampingan. Aktiviti muzik mudah dan mengikut kemampuan kanakkanak. Kanak-kanak tidak dibebankan atau dibelenggu dengan aspek-aspek formal dalam muzik. Kelemahan Pendekatan Orff Hanya sesuai untuk peringkat kanak-kanak sahaja. Pendekatan lebih tertumpu kepada kebudayaan tempatan sahaja. Fokus pendekatan kurang kepada muzik tulen. Penggunaan kos terlalu tinggi tetapi ianya boleh diatasi dengan menggunakan alat rekaan sendiri.

ZOLTAN KODALY
Zoltan Kodaly dilahirkan pada 16 Disember1882 hingga 6 Mac 1967 merupakan seorang komposer daripada Hungary dan juga merupakan seorang pengkaji muzik etnik. Kodaly juga merupakan seorang pengajar, ahli linguistik dan ahli falsafah. . Beliau dilahirkan di Kecskemt, tetapi tinggal di Trnava dan Slovakia, dipengaruhi minatnya terhadap muzik oleh ayahnya seorang pemuzik amatur. Memulakan minatnya dengan mempelajari violin dan pernah menyertai koir gereja. Pada 1900, beliau memasuki Universiti Budapest dan mula mempelajari muzik di Akademi Frantz Lizst di Budapest dan guru yang mengajarnya gubahan muzik ialah Hans Koessler. . Beliau merupakan antara orang pertama yang berminat mempelajari dan mengkaji kisah kisah rakyat ( folk tales ) dan melaluinya, menjadi seorang pengkaji muzik etnik ( ethnomusicology ). Ini membawanya ke kawasan kawasan kampung pedalaman untuk mengumpul muzik muzik daripada kawasan tersebut, sepanjang perang dunia pertama. Pada tahun 1905, sebuah sekolah rendah muzik ditubuhkan di Kesckemet, bersama rakannya, Bela Bartok. Di sekolah tersebut, murid murid mendapat pendidikan muzik dan kejayaan sekolah tersebut menggalakkan penubuhan pelbagai institusi pengajian yang berasaskan kaedah Kodaly. FALSAFAH DAN KONSEP KODALY Muzik kepunyaan manusia; Muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk menghasilkan rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Pendidikan muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak berkembang. Selain itu, aspek pendengaran, intelek, emosi, fizikal, dan kebudayaan turut berkembang. Nyanyian adalah asas kemahiran muzik. Suara adalah alat semula jadi yang berkesan. Oleh itu, manusia yang dikurniakan suara perlu mempunyai pengalaman muzik pertama bermula dengan nyanyian. If I were to try express the essence of this education in one word, that word would he singing Zoltan Kodaly. Muzik rakyat sebagai

bahan P&P Nyanyian merupakan asas kemahiran muzik. Bahan yang penting dan terbaik untuk digunakan dalam P&P ialah muzik/lagu rakyat. Contoh lagu dondang sayang Setelah tumpuan diberi kepada bahan sendiri, barulah bahan dari luar negara diperkenalkan. Kanak-kanak digalakkan menyanyi lagu-lagu dari luar negara dalam bahasa asalnya supaya mereka dapat mempelajari bahasa asing.

Alat muzik tidak perlu digunakan. Alat muzik tidak perlu digunakan. Sesebuah lagu diperkenalkan dengan menyanyikan dahulu. Bagi kanakkanak, mereka belajar mereka belajar perlu peringkat demi peringkat. Mereka hanya perlu nyanyi dengan iringan muzik sahaja. P&P muzik perlu berlaku awal di prasekolah. Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah kepada muzik yang tidak bermutu. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah. Muzik dapat memperkembangkan JERIS. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified School District Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa sedikit untuk mata pelajaran muzik. Kaedah pembelajaran Tonik Solfa Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do Isyarat Tangan Rhythmic duration syllables Kecerdasan Muzik IRAMA Merangkumi faktor detik,meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi. MELODI Adalah turutan pic yang disusun samada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not berubah. Pic terdapat dua jenis a ) pic rendah b) Pic tinggi Contoh: ( terdapat dalam encore )

HARMONI Adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kauter melodi yang terlibat daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan ostinato Bentuk -Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. segmen muzik ini boleh terdir i daripada motif, frasa dan seksyen. Segmensegmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik. Warna ton - Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan. Contoh : i) Dram bes bunyi berat ii) Kastanet bunyi ringan EKSPRESI adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan. a ) Mud Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih., bersemangat dan sebagainya. Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut (> ) dan beransur kuat (< ) Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

REFLEKSI
Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang pendekatan-pendekatan seperti pendekatan Carl Orff dan juga pendekatan Zoltan Kodaly. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai fungsi-fungsi serta kegunaan pendekatan-pendekatan ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini. Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga merujuk kepada beberapa orang rakan yang mahir, berkebolehan serta mengetahui serba sedikit tentang bidang ini. Saya bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami.

Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Azam Dungun untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan. Setelah semua maklumat dan bahan-bahan saya perolehi, saya pecahkan kepada bahagianbahagian tertentu. Kemudian saya teruskan lagi usaha saya untuk menyiapkan satu rancangan aktiviti muzikal yang menggabungkan dua pendekatan yang saya pilih iaitu pendekatan Carl Orff dan pendekatan Zoltan Kodaly selama dua puluh minit dimana akan saya laksanakan di dalam kelas dan akan dibantu oleh rakan untuk sesi rakaman. Saya juga saling merujuk kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya. Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum memuatkan hasil kerja kursus saya ini ke dalam fail. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya.. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan bantuan anda, anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa.

RUJUKAN
http://www.wikipedia.org/ http://home.earthlink.net/~bluesman1/Kodaly.htm http://www.britishkodalyac.demon.co.uk/ http://www.kodaly.org.au/ http://www.kodaly-inst.hu/ http://www.emeory.edu/music/arnold/kodaly_context.html Khalijah Mohamed ( 1995). Pedagogi Muzik

You might also like