You are on page 1of 28

SEMESTER 1 ( 2013/2014 )

KOD & NAMA KURSUS KAE 3013 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


TAJUK

TUGASAN 1 (20 MARKAH) PENULISAN ESEI : SENARAIKAN TIGA (3) AKTIVITI SENI VISUAL DAN DUA (2) AKTIVITI SENI PERSEMBAHAN SERTA HURAIKAN SECARA TERPERINCI BAGAIMANA AKTIVITI SENI DAPAT MENINGKATKAN KREATIVITI, IMAGINASI DAN ESTETIKA KANAK-KANAK KEPELBAGAIAN DI MALAYSIA.

KUMPULAN : EL- A03 ( A131 PJJ )

DISEDIAKAN OLEH

NAMA THIRUNAVUKARASU A/L ANGAPPAN

NO. ID D20121061748

NO. TELEFON 017-5262501

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. LOY CHEE LUEN

TARIKH SERAH : 08 DISEMBER 2013


1

SEKALUNG PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa dan Bagi pihak UPSI, saya ingin menyampaikan penghargaan dan merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Tugasan 1 berbentuk Penulisan Esei (individu) terutamanya Dr. Loy Chee Luen yang telah bertungkus-lumus memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang sangat bermakna kepada kami dalam menjayakan tugasan ini. Juga tidak ketinggalan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perpustakaan Tun Razak Ipoh, Perak di dalam menyediakan sumber-sumber bahan bacaan seperti buku, majalah dan sebagainya. Oleh yang demikian, Budi tuan-tuan dan puan-puan yang telah membantu saya adalah sangat besar dan tetap dihargai dan dikenang.

Sekian terima kasih, Thirunavukarasu a/l Angappan D2012061748 Kohort 4 ( Ambilan September 2012 )

ISI KANDUNGAN

Halaman 1.0 PENDAHULUAN 4

2.0

KONSEP SENI VISUAL

2.1

JENIS-JENIS AKTIVITI SENI VISUAL

6-16

2.2

CARA-CARA BIDANG SENI VISUAL DAPAT MENINGKATKAN KREATIVITI, IMAGINASI DAN ESTETIKA KANAK-KANAK. 2.2.1 - MENGGAMBAR 2.2.2 MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 2.2.3 - MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

17-19

3.0

KONSEP SENI PERSEMBAHAN

20

3.1

JENIS-JENIS AKTIVITI SENI PERSEMBAHAN

21-23

3.2

3.2

CARA-CARA BIDANG SENI PERSEMBAHAN DAPAT MENINGKATKAN KREATIVITI, IMAGINASI DAN ESTETIKA KANAK-KANAK. 3.2.1 TARIAN 3.2.2 DRAMA

24-25

4.0 5.0

PENUTUP RUJUKAN

26 27

1.0

PENDAHULUAN

Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan. Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan penciptaan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu. Jadi, seni adalah ilmu terhasil daripada budaya dan agama dalam menghasilkan sesuatu untuk tujuan pemujaan Tuhan, menyebarkan nilai-nilai budaya seperti pakaian, dan sebagainya. Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik. Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan membolehkan murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran lain.

2.0

KONSEP SENI VISUAL

Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam AlGhazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri self-expression), pengalaman/sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, benda - subjek, objek kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkan secara terperinci aspek-aspek berkenaan. Penyataan Diri (self expression) Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual. Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal. Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock. Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.

Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh) Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.

2.1

JENIS-JENIS AKTIVITI SENI VISUAL

A) MENGGAMBAR

Definisi menggambar ialah membuat atau menghasilkan gambar Salah satu bidang daripada 4 kegiatan yang terdapat dalam sukatan PSV Alat media dan bahan untuk menggambar TEKNIK-TEKNIK MENGGAMBAR 1. LUKISAN Antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, sgrafito, gosokan, campuran dan sebagainya.

2. CATAN Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi Menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain Sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar

3. KOLAJ Menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih Bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

4. CETAKAN Cara menghasilkan karya dengan mencetak. Terdapat pelbagai jenis cara cetakan Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform 5. RESIS Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan Peringkat sek rendah guna krayon Proses batik - teknik resis 6. GOSOKAN Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan

7. STENSILAN Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan

8. PERCIKAN Menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik) percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas. Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakunya apabila warna kedua dipercikkan

9. GURISAN Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang
7

lembut dari sesuatu permukaan. Cara melakukannya permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan

10. CAPAN Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang. jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.

11. MOZEK Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

12. MONTAJ Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita. Bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar.

13. ICT Menggunakan teknik atau kaedah yang menggunakan perisian dan ICT untuk menghasilkan karya.

B) MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN

Definisi Corak -susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau bebas. Dua jenis corak iaitu corak terancang dan corak tidak rerancang. Motif -sama ada rupa/bentuk asas dalam rekaan/gubahan. -Ia daripada motif,flora,fauna,geometrical & organik. Corak Tradisi -corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi. Contoh: Corak bunga buluh , Corak pucuk rebung, Corak bunga kiambang.

1. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

i. Corak tidak terancang : Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik cerminan.
o

Pualaman -

penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit seperti cat minyak.

Tiupan -

menggunakan straw dan warna untuk menghasilkan corak melalui teknik tiupan.
9

Titisan -

menggunakan lilin untuk dititiskan keatas permukaan rata atau kertas untuk kesan titisan.

menghasilkan corak, kemudian dilapis dengan sapuan warna untuk menampakkan

Ikatan dan celupan -

menggunakan teknik ikat dan celup sama ada dengan simpulan ikatan,lipatan atau jahitan. ia juga dikenali sebagai batik pelangi.

Renjisan dan percikan dengan cara renjis dan percik.

sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang

ii. Corak terancang : Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid.
o

Lukisan -

membuat corak menggunakan teknik asas dalam melukis sama ada dengan melorek ton, melakar garisan, titikan dan gosokan.

Catan batu bata.

menggunakan media catan untuk menghasilkan corak terancang. contoh susunan

10

Cetakan -

membuat corak dengan mencetak sama ada cetakan stensil, cetakan litografi, cetakan timbulan dan sebagainya.

Capan -

menggunakan kaedah capan iaitu teknik mengecap menggunakan bahan semulajadi untuk menghasilkan corak.

Lipatan dan guntingan -

menggunakan teknik lipatan dan guntingan untuk menghasilkan corak terancang.

Resis -

Teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.

kolaj -

menggunakan teknik kolaj untuk menghasilkan corak.

Kaligrafi

menggunakan teknik kaligrafi atau peggunaan muka taip sebagai corak.

11

C) MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang

Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti berikut:- ARCA TIMBUL -ARCA MOBAIL -ARCA STABAIL -ASEMBLAJ -MODEL -DIORAMA -BONEKA -TOPENG -ORIGAMI

BENTUK TIGA DIMENSI (3D) DAN RUANG

ARCA TIMBUL DEFINISI ARCA TIMBUL Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

12

ARCA MOBAIL DEFINISI ARCA MOBAIL Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

ARCA STABAIL DEFINISI Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling. Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru,paku atau gam.

ARCA ASEMBLAJ

DEFINISI ARCA ASEMBLAJ Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.
13

MODEL DEFINISI MODEL Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan. Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan dan sebagainya.

DIORAMA DEFINISI Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

BONEKA DEFINISI BONEKA Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerakan,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapatdijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-adamenerusidialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

14

JENIS-JENIS BONEKA BONEKA SARUNG TANGAN Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. BONEKA LIDI Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga bolehdibuat daripada kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal. BONEKA WAYANG KULIT Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lididigoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. BONEKA TONGKAT Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut.Boneka ini menggunakan konsep wayang. BONEKA BERTALI Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yangboleh bergerak.Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota angota badan itu bergerak.

TOPENG DEFINISI TOPENG Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan untuk membuat persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya.

15

JENIS-JENIS TOPENG Topeng mata- Topeng yang menutup seluruh bahagian mata. Topeng muka- topeng yang menutup seluruh permukaan muka. Topeng serkup- Topeng yang menutup seluruh permukaan kepala.

ORIGAMI DEFINISI berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan. ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas.

16

2.2

CARA-CARA SENI VISUAL DAPAT MENINGKATKAN KREATIVITI, IMAGINASI DAN ESTETIKA KANAK-KANAK. 2.2.1 MENGGAMBAR Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian. Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

2.2.2 MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN Membuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu

17

susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

2.2.3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Tingkatkan Daya Kreativiti - Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. 2. Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak? a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto. b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan. c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.
18

d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan. e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan. f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik. g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.

Temanya : (a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran (b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis (c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing dll (d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian peralatan kegunaan harian.

19

3.0

KONSEP SENI PERSEMBAHAN Seni persembahan adalah satu konsep yang dipertandingkan pada asasnya: definisi tunggal membayangkan pengiktirafan menggunakan saingan. Sebagai konsep-konsep seperti "demokrasi" atau "seni", ia menunjukkan perselisihan pendapat yang produktif dengan itu sendiri. Makna istilah ini dalam erti kata yang sempit yang berkaitan dengan tradisi postmodernist dalam budaya Barat. Daripada kira-kira pertengahan tahun 1960-an ke 1970-an, sering diperolehi daripada konsep seni visual, berkenaan dengan Antonin Artaud, Dada, Situationists, Fluxus, seni Pemasangan, dan Seni Konseptual, seni persembahan cenderung untuk ditakrifkan sebagai antitesis kepada teater, artforms ortodoks dan norma-norma budaya yang mencabar. Ideal telah satu pengalaman yang tidak kekal dan sahih untuk pelaku dan penonton dalam satu peristiwa yang tidak dapat diulangi, ditangkap atau dibeli. dalam masa ini perbezaan yang dibincangkan secara meluas, bagaimana konsep seni visual dan konsep seni persembahan digunakan, boleh menentukan makna prestasi persembahan seni (bandingkan Prestasi: Pengenalan Kritikal oleh Marvin Carlson, P. 103,2-105,1).

20

3.1

JENIS-JENIS SENI PERSEMBAHAN

A) TARIAN Definisi Tarian merupakan gerak tubuh manusia. Melalui gerak tubuh, manusia mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain. Menurut C.Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, beliau mendefinisikan seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Seni tari boleh di kategorikan kepada : a) Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang di persembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya, tarian ini termasuklah tarian seperti tarian siti panyung, mak inang, asyik, gamelan dan sebagainya. b) Tarian rakyat seperti dongdang sayang, ronggeng, joget dan sebagainya. c) Tarian yang khusus di tarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang, tarian labi-labi, tarian berdayung dan sebagainya. Tarian kanak-kanak Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.

21

B) DRAMA Definisi drama ialah melakukan pergerakkan dan melakonkan aksi. Drama mampu membantu perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak. Drama juga merupakan aktiviti yang penting sebagai memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau mengekspresi diri mereka. Ekspresi dalam drama Kanak-kanak berkeupayaan untuk membuat pernyataan diri menerusi pelbagai aktiviti. Drama merupakan salah satu bentuk aktiviti yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka secara terkawal dan sistematik. Perasaan ialah melahirkan luahan daripada hati yang merangkumi perasaan sedih, gembira, marah, takut dan benci. Jenis-jenis drama a) Improvisasi merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan berkaitan kejadian, keadaan atau situasi dalam kehidupan harian.pergerakkan yang terlibat termasuklah gerak balas, isyarat tangan, gerakkan badan, mimic muka dan isyarat-isyarat lain. b) Pantomin merupakan lakonan tanpa dialog. Skrip di baca oleh kanak-kanak dan mengiringi lakonan tersebut. Pantomin dapat melatih kanak-kanak berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog. c) Memos memos merupakan lakonan bisu dan hanya menggunakan pergerakkan badan tanpa bahasa atau percakapan. Setiap pelakon menyampaikan mesej melalui mimik muka dan pergerakkan badan. d) Main peranan aktiviti main peranan ini merujuk kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul. atau pelakon perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut kemudian melakonkannya mengikut situasi tersebut.

22

e)

Simulasi melalui simulasi, bakat kanak-kanak dapat di cungkil dan di asuh dengan baik. Kanak-kanak di kehendaki berlakon dengan gaya dan cara yang betul dan berkesan.

f)

Teater membaca melalui aktiviti ini, skrip yang sesuai perlu disediakan dan mempunyai dialog. Terdapat dua cara untuk menjalankan aktiviti ini iaitu : penceritan berada dalam kelompok cerita : - pembaca membaca skrip sambil berjalan-jalan ke arah tempat pelakon yang wataknya dibaca. Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan. pencerita diluar kelompok cerita : - pembaca membacakan cerita di suatu tempat lain yang telah di sediakan dan pelakon akan bertindak balas terhadap cerita itu dengan berdiri dan berlakon apabila skrip mengenai wataknya dibaca oleh pencerita tersebut.

g) Teater boneka Alatan mainan seperti boneka sangat selamat untuk kanak-kanak. Penghasilan boneka begitu serasi dan sesuai terhadap diri kanak-kanak kerana mereka masih lagi berfikiran animism dan sangat suka terhadap boneka. Terater ini juga disesuaikan dengan aspek kemahiran bahasa terhadap kanak-kanak. Melalui teater boneka, pelbagai bentuk dan gaya bahasa dapat diperkenalkan kepada kanak-kanak. Perlaksanaan teater boneka dapat memberi pengalaman belajar yang sangat seronok kepada diri kanak-kanak.

23

3.2

CARA-CARA BIDANG SENI PERSEMBAHAN DAPAT MENINGKATKAN KREATIVITI, IMAGINASI DAN ESTETIKA KANAK-KANAK.

3.2.1 TARIAN A) Ekspresi Seni tarian menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan, emosi, idea dan manifestasikan pemikiran. Aktiviti tarian dapat memberi peluang untuk kanak-kanak membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan nilai estetika. Terdapat enam bentuk ekspresi iaitu bentuk imaginasi, penglibatan diri, emosi, bentuk ruang, muzik, dan kinestetik. Melalui tarian kanak-kanak dapat membina kreativiti tersendiri. Setiap penari mempunyai keistimewaan dan apa yang mereka tonjolkan itu merupakan satu kreativiti.

B) Imaginasi Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan: perasaan dalaman kanak-kanak , imaginasi, dan kreativiti pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah Melalui aktiviti tarian, daya estetika kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Sebagai contoh, kanak-kanak menari tarian kuda kepang. Semasa menari tarian Kuda Kepang kanak-kanak akan bergerak mengikut irama seperti kuda yang sedang berlari atau berjalan. Kemudian kanak-kanak cuba mengayakan seperti kuda berjalan dengan terhenjut-henjut. Kanak-kanak cuba untuk mengimaginasikan pergerakan seekor kuda. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

24

3.2.2 DRAMA

1. Kepentingan pengajaran drama kanak-kanak adalah untuk : a) Kemahiran berfikir : Membina kebolehan kanak-kanak dalam pemikiran dan kefahaman. Kanak-kanak menjelajahi dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Mengambil risiko dan mencuba sesuatu.

b) Mempertingkatkan Kreativiti : Memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif yang memerlukan mereka berfikir dalam menghayati watak, melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan mencari kepuasan.

c) Meningkatkan imaginasi kanak-kanak : Kanak-kanak berimaginasi dalam minda bawah sedar dan sukar dibuktikan secara logik.

25

4.0

PENUTUP

Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Rama-rama. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Semua aktiviti seni dalam pendidikan yang dialami oleh kanak-kanak sangat berkesan dalam mempengaruhi kehidupan mereka kerana melaluinya akan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk.

26

5.0

RUJUKAN

Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 2002 ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Md. Nasir Hj. Ibrahim. ( 2003 ). Pengurusan Seni. Kuala Lumpur : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mazlan Mohamad. ( 1996 ). Pendidikan Seni I, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Kuala Lumpur : Flo Enterprise.

http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

http://artzskill.blogspot.com/p/menggambar.html

27

28

You might also like