You are on page 1of 23

HBML 2203 1

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA


MELAYU

1.0 PENGENALAN

Menurut Alvin Toffer dalam buku The Industrial That Wasnt oleh
Bernard C. Beaudreud (2008), revolusi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) boleh dikaitkan dengan gelombang ketiga dalam
perkembangan tamadun manusia. Gelombang baru ini telah
meninggalkan gelombang pertama iaitu revolusi pertanian dan
gelombang kedua iaitu revolusi perindustrian. Maka dakwaan yang
menyatakan bahawa zaman ini merupakan zaman pasca-perindustrian
adalah benar. Oleh itu, mari kita selidiki terlebih dahulu apa yang
dikatakan dengan teknologi, maklumat serta komunikasi dalam konsep
revolusi baru TMK. Pertama sekali, perkataan teknologi berasal daripada
perkataan dasar Latin iaitu texere yang bermaksud membentuk atau
menubuhkan. Oleh itu, definisi teknologi tidak semestinya terhad kepada
penggunaan mesin sahaja kerana teknologi ialah corak untuk satu-satu
tindakan yang bertujuan untuk mengurangkan ketidakpastian dalam
perhubungan sebab dan akibat dalam usaha mencapai matlamat yang
diingini. Sesuatu teknologi biasanya mempunyai aspek perkakasan yang
mempunyai bahan atau objek fizikal dan aspek perisian yang
mengandungi asas informasi untuk perkakasan itu. (Rodgers, 1993).
Sebuah artikel yang berjudul Gender And Information And
Communication Technology : Toward An Analytical Framework telah
mengemukakan tiga lapisan dalam usaha mendefinisikan teknologi.
Definisi yang pertama adalah teknologi boleh merujuk kepada apa yang
diketahui manusia, termasuk cara menggunakan teknologi, membaiki,
mereka bentuk dan melaksanakannya. Malahan, teknologi juga
bermaksud sebarang aktiviti pelaksanaan manusia terhadap teknologi
seperti pembuatan besi dan juga memprogramkan komputer. Selain itu,
teknologi juga boleh merujuk kepada perkakasan atau satu set benda
yang boleh dilihat secara fizikal seperti komputer dan kereta.
HBML 2203 2
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

Maklumat atau informasi pula boleh didefinisikan sebagai corak tenaga


utama yang mempengaruhi kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk
membolehkan individu membuat keputusan mereka sendiri, ia boleh
dinyatakan dalam bentuk bahan (seperti dakwat pada kertas) atau dalam
satu bentuk tenaga (seperti nadi elektrik). Maklumat juga boleh
digantikan dengan sumber-sumber lain seperti wang atau tenaga. Oleh
itu, maklumat merupakan satu yang abstrak, sukar untuk diungkap
dengan kata-kata. Malah, maklumat yang dicari oleh individu daripada
kebanyakan aktiviti komunikasi ialah apa-apa sahaja kandungan yang
dapat membantu mereka membentuk atau mengatur sebahagian
daripada aspek-aspek persekitaran yang bersesuaian. Mereka akan
mencari maklumat sebanyak mungkin dengan tujuan untuk memudahkan
mereka membuat sebarang keputusan dalam hidup.
Komunikasi atau communication boleh didefinisikan sebagai alat yang
menggerakkan manusia. Oleh itu, komunikasi berkait rapat dengan
komuniti. Tanpa komunikasi, mungkin tidak wujud komuniti seperti mana
tanpa komuniti, tidak akan wujud komunikasi. Ahli sosiologi, Charles
Cooley menyebut komunikasi sebagai mekanisme yang melaluinya
perhubungan manusia wujud dan berkembang semua simbol minda,
berserta cara penyampaiannya menerusi ruang dan lambat laun
mengekalkannya. (Schramm & Porter, 1973).
Setelah ketiga-tiga komponen utama TMK didefinisikan secara
berasingan di atas, kita akan melihat pula definisi tersebut setelah
pembentukan perkataan yang dinamakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK).

ICT is a convergence of technologies. ICT does not include only the


internet but gamut of other tools which could be used individually or in
convergence with each other to check the process of change in a
manner which reduces the skew in knowledge distribution between
rich and poor, educated and uneducated, rural and urban, and men
HBML 2203 3
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

and women. The convergence technologies includes community


radios, internet radio, local area network, tele-centre, information
kiosks, mobile phone, WAP application etc. They often enhance the
reach and penetration of the ICT.

Berdasarkan petikan di atas, TMK ataupun ICT (Information and


Communication Technology) boleh didefinisikan sebagai satu set ilmu
teknologi yang merangkumi alat dan sumber untuk membina, menyebar,
menyimpan, membawa nilai tertentu, dan menguruskan maklumat.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi boleh didefinisikan sebagai teknologi yang berkaitan dengan
pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat
melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi. Manakala,
menurut Senn (1998), teknologi maklumat dan komunikasi terdiri
daripada tiga komponen asas iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna.
Gabungan ketiga-tiga komponen ini telah pun mencipta banyak peluang
kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan
berjaya. Selain itu, Laudon dan Laudon (1997) pula mempunyai pendapat
yang sama dengan Senn iaitu sistem maklumat dan komunikasi adalah
komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan
maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang,
mengawal dan menganalisis. Berbeza pula dengan Stair dan Reynolds
(1999), mereka menyatakan tujuan utama sistem maklumat dan
komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-
matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight
ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola
dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap. Oleh itu, dapatlah
disimpulkan di sini bahawa teknologi maklumat dan komunikasi
merupakan satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan
penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Hal ini
kerana teknologi merupakan satu bentuk pemudah cara yang
HBML 2203 4
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

membolehkan pengaliran maklumat berlaku dengan pantas. Selain itu,


teknologi juga mampu merapatkan jurang penyebaran ilmu antara
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosioekonomi, tahap
pendidikan, penempatan serta jantina.

2.0 KONSEP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang
perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian
Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu
mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai
perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang
lain. Oleh yang demikian, setiap pendidik perlu menpunyai kemahiran
ataupun kecekapan dalam penggunaan pelbagai alat bantu mengajar
sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu
merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan murid
terhadap sesuatu topik pembelajaran. Justeru itu, pihak pengurusan
pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan
sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran
terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan
integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan
HBML 2203 5
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan


sekolah rendah dan menengah.
Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
Pendidikan boleh merujuk kepada penggunaan TMK dalam beberapa
bidang pengkhususan. Antaranya termasuklah TMK dalam pengajaran
dan pembelajaran yang mana penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi
penggunaan perisian-perisian kursus, penggunaan internet untuk
perkongsian maklumat, penggunaan perkakasan TMK untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Malahan, TMK juga
digunapakai dalam pengujian dan penilaian. Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengujian dan penilaian merangkumi
penggunaan perkakasan dan perisian untuk membina soalan-soalan,
pentadbiran ujian, pemprosesan markah serta membuat interpretasi
pencapaian atau prestasi pelajar. Selain itu, TMK berkecimpung dalam
bidang pengurusan yang merangkumi pentadbiran dan pengurusan
maklumat pelajar dan guru serta organisasi sekolah. Seterusnya, TMK
juga menjadi kepentingan dalam penyelidikan dan pembangunan. Hal ini
kerana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
penyelidikan dan pembangunan berfungsi untuk melakukan
penganalisaan data penyelidikan.
Di samping itu, TMK juga terdiri daripada beberapa ciri-cirinya yang
tersendiri. Ciri-ciri TMK yang pertama ialah TMK terdiri daripada bahan
multimedia yang mempunyai paparan grafik yang menarik dapat
memberi kefahaman tentang sesuatu dengan tepat, menarik dan dengan
kadar yang segera. Hal ini berkaitrapat dengan program multimedia
interaktif yang semakin digunakan secara meluas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran formal ataupun tidak formal. Selain itu,
bahan multimedia yang bercorak interaktif juga mampu menarik
perhatian audien terutamanya pelajar. Pelajar akan lebih menumpukan
perhatian terhadap maklumat yang akan disampaikan kerana wujudnya
HBML 2203 6
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

grafik, animasi serta video yang cantik dan menarik. Malahan, latihan
secara interaktif berasaskan komputer lebih berkesan serta lebih
menjimatkan untuk jangkamasa panjang di samping berkemampuan
meningkatkan motivasi audien pelbagai multimedia mampu menyediakan
kemudahan seperti interaktiviti serta kesan audio dan visual yang lebih
menarik. Sebagai contoh, pelajar boleh membuat ulangkaji menggunakan
CD-ROM interaktif secara individu ataupun berkumpulan di luar waktu
persekolahan.
Dalam bidang pendidikan, melalui ciri-ciri TMK yang berasaskan
multimedia, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku ke arah
yang lebih dinamik dan bermutu. Hal ini kerana guru dan pelajar tidak
perlu terikat dengan kaedah pengajaran tradisional mahupun
konvensional. Malahan, pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia
mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik
kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih menarik, dinamik dan
interaktif dengan bantuan media-media tambahan selain dari teks seperti
audio, video, animasi dan grafik. Konsep pembelajaran baru iaitu
edutainment mampu memindahkan isi pelajaran ke bentuk permainan
dan hiburan yang boleh memberikan lebih keseronokan kepada pelajar.
Sebagai contoh ujian, latihan atau penilaian disediakan dalam bentuk
halaman yang lebih menarik dan interaktif. Di samping itu, TMK juga telah
menyediakan pangkalan data dan laluan capaian terus ke halaman-
halaman web yang bersesuaian bagi mendapatkan maklumat-maklumat.
Antara enjin carian yang boleh digunakan dengan mudah dan optimum
ialah Google dan Yahoo. Melalui enjin carian ini, pelajar dapat mencari
serta memperolehi lebih banyak maklumat yang diperlukan bagi
menyelesaikan sesuatu tugasan. Malahan, pelajar juga akan
berkeupayaan untuk memperkembangkan potensi diri dari sudut
kemahiran, kepakaran serta ilmu pengetahuan yang lebih tinggi.
HBML 2203 7
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN MOD PEMBELAJARAN

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran telah


mengkategorikan penggunaan Teknologi Maklumat dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran kepada empat Mod iaitu mod pembelajaran
tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Mod yang pertama iaitu
tutorial boleh merujuk kepada penglibatan komputer dalam
memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran yang disampaikan secara
berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya,
komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Mod
tutorial ini sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru
dan juga untuk mengulangkaji pelajaran yang lepas. Malahan, ianya juga
sesuai digunakan bagi tujuan pemulihan dan penggayaan bagi pelajar
yang berkeperluan. Malah, mod ini juga dapat digunakan untuk
pengukuhan, menyelesaikan masalah (Alessi & Trollip, 1985) dan untuk
mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak. Hal ini boleh dilakukan
HBML 2203 8
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks. Selain itu,


perkembangan teknologi komputer membolehkan video serta audio
digunakan dengan berkesan untuk merangsang minat dan perhatian
pelajar. Malahan, mod ini sesuai diaplikasikan untuk kelas yang terdiri
daripada ramai pelajar dan berbeza tahap keupayaan. Ianya juga boleh
digunakan sebagai pembelajaran kendiri apabila guru bertugas di luar.
Selain itu, mod ini juga kerapkali digunakan bagi tujuan pemulihan untuk
murid yang menghadapi kesukaran belajar dan pengayaan untuk murid
yang cerdik dan pendekatan pembelajaran direktif.
Berbeza pula dengan mod penerokaan, Teknologi Maklumat
digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat
secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CDROM, portal
maklumat dan internet. Dalam hal ini, pelajar akan mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.
Melalui mod penerokaan juga, pelajar dapat menetukan dan mengawal
maklumat yang diterima berbanding mod tutorial iaitu pelajar hanya
menerima bahan pembelajaran yang ditentukan dan dikawal sistem. Mod
penerokaan ini diperkenalkan bertujuan menekankan kepada penglibatan
pelajar dalam membentuk konsep atau kefahaman tentang sesuatu
perkara dan bukannya untuk mencari jawapan yang betul. Contoh
teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuklah
akses kepada sumber yang pelbagai di internet melalui enjin carian,
perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan, penerokaan dan
permainan berbentuk simulasi. Mod ini sesuai digunakan bagi
pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus
kepada penyelesaian masalah, berbentuk simulasi dan strategi
pembelajaran kajian masa depan terutama dalam mata pelajaran
Geografi ataupun Kajian Tempatan.
Dalam mod yang ketiga iaitu aplikasi, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi(TMK) digunakan sebagai medium untuk membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran dan seterusnya dapat menyalurkan
HBML 2203 9
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

maklumat kepada orang lain. Mod ini menggunakan pendekatan yang


berbeza berbanding mod tutorial dan penerokaan yang hanya
menggunakan TMK sebagai mekanisma untuk penyaluran maklumat dari
sumber kepada murid. Antara contoh teknologi yang boleh digunakan
dalam mod ini adalah perisian pemproses kata, hamparan elektronik,
persembahan elektronik dan editor laman web serta perisian mereka.
Kesemua perisian ini mepunyai fungsinya yang tersendiri seperti untuk
menghasilkan karangan, memaparkan carta, editor grafik, editor bunyi,
editor filem, menyampaikan persembahan, dan juga mereka cipta bentuk
bahan. Mod ini sesuai digunakan bagi memproses data kerja lapangan
dengan cepat dan memindahkan dapatan kajian lapangan kepada bentuk
yang lebih mudah diinterpretasi. Sebagai contoh, pelajar boleh membina
graf supaya maklumat yang ingin diberikan tumpuan khas dapat
dikenalpasti dengan lebih mudah. Malahan, perisian tertentu juga boleh
mempercepatkan proses membuat menginterpretasi data dan seterusnya
dapat mempersembahkan dapatan dalam bentuk multimedia yang
menarik.
Mod yang terakhir adalah mod komunikasi di mana Teknologi
Maklumat dan Komunikasi digunakan sebagai medium perhubungan oleh
guru dan murid di lokasi yang berbeza bagi tujuan perkongsian serta
pertukaran maklumat. Perkongsian maklumat ini boleh berlaku melalui
bentuk teks, grafik, audio, video atau pelbagai kombinasi lain. Antara
teknologi yang boleh digunakan dalam mod ini adalah chat, email, audio
conference, video conference, pembinaan laman web untuk akses melalui
internet. Selain itu, mod komunikasi ini sesuai digunakan untuk
pembelajaran berbentuk kolaboratif termasuklah pertukaran maklumat
berhubung budaya, menganalisis dan membuat perbandingan dalam
usaha membuka minda pelajar.
Antara kekuatan yang telah dikenalpasti bagi mod komunikasi ini
ialah perkongsian idea secara meluas, meningkatkan budaya kolaboratif
dalam kalangan pelajar di samping meningkatkan penglibatan pelajar
HBML 2203 10
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

secara aktif dan berkemampuan melibatkan pakar dari dalam dan luar
negara. Melalui mod komunikasi yang mengaplikasikan jaringan sebagai
sumber perhubungan, perkongsian idea mahupun maklumat dapat
berlaku secara meluas dengan pantas. Ianya termasuklah perkongsian
antara murid dan guru, guru dan guru dan juga murid sesama murid.
Dengan adanya tugasan berstruktur, maka segala informasi yang
diperlukan dapat diperolehi melalui mod komunikasi ini. Selain tiu,
penggunaan mod komunikasi dapat memupuk interaksi positif antara
pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Di samping
itu, pemupukan budaya berkerjasama antara pelajar dan pelajar serta
orang luar dapat berlaku dengan lancar dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran.
Kelebihan mod yang seterusnya ialah dapat meningkat penglibatan
murid secara aktif dalam proses pembelajaran melalui peer group yang
bersifat global. Secara asasnya, komunikasi berlaku apabila dua atau
lebih manusia berhubung melalui pelbagai kaedah termasuklah
percakapan, mesej, bahasa tubuh serta bahasa isyarat. Oleh itu, bagi
mengaplikasikan mod ini, guru akan menempatkan pelajar secara
berpasangan mahupun berkumpulan. Justeru itu, kerjasama dapat
dibentuk dan seterusnya mewujudkan persaingan yang sihat dalam
kalangan pelajar semasa proses penguasaan kemahiran da isi
pembelajaran. Malahan, pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh
terbesar dalam kehidupan pelajar peringkat awal remaja ini. Malahan,
melalui mod komunikasi , proses pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan dan memberi lebih manfaat dengan wujudnya jaringan dengan
pihak pakar dari dalam mahupun luar negara. Dewasa ini, golongan cerdik
pandai sudahpun menemui kaedah baru bagi berkongsi idea mahupun
ilmu pengetahuan iaitu melalui laman blog ataupun laman sesawang
seperti wordpress. Selain itu, mereka boleh gemar mengadakan sesi soal
jawab melalui chat dan forum. Oleh itu, mod komunikasi ini mampu
HBML 2203 11
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

menwujudkan komunikasi antara guru bagi menemui lebih banyak kaedah


serta strategi pengajaran yang menarik dan berkesan. Manakala, bagi
pelajar pula, pelbagai formula mahupun kaedah belajar yang lebih
berkesan dapat dipelajari melalui hubungan maya ini.
Namun begitu, mod komukasi ini juga berkemampuan
menghasilkan impak yang negatif dalam kalangan pelajar mahupun guru
itu sendiri. Antaranya termasuklah, pengajaran menggunakan mod ini
memerlukan kepakaran, kemahiran serta kemudahan di samping dapat
meningkatkan masalah sosial dalam kalangan pelajar sekiranya tidak
dipantau secara menyeluruh. Perkara utama yang diperlukan bagi
mengaplikasikan mod komunikasi ini adalah dengan adanya kemudahan
TMK asas iaitu komputer mahupun alat elektronik perhubungan seperti
komputer riba, PDA, telefon bimbit dan tab. Oleh itu, jelaslah di sini tanpa
kemudahan perhubungan ini, maka sebarang jaringan tidak boleh
dilakukan dengan lancar. Hal yang sama juga berlaku apabila seseorang
guru atau pelajar tidak mempunyai kemahiran mahupun kecekapan
dalam mengendalikan kemudahan TMK ini. Kerajaan telah mengambil
pelbagai bagi mempersiapkan kemahiran dalam kalangan guru. Namun,
pelbagai kekangan yang berlaku menyebabkan tidak ramai guru dapat
menguasai kemahiran mengendali dan menguruskan kemudahan TMK
dengan baik. Oleh itu, mereka tidak dapat menyampaikan ilmu berkaitan
kepada anak-anak didik. Hal ini kerana, tanpa kemahiran, mod ini tidak
dapat digunapakai secara optimum. Ianya mungkin tidak menjadi
masalah bagi pelajar yang tinggal di bandar, tetapi bagi pelajar yang
berada di kawasan pedalam, sudah pasti kemudahan dan kemahiran
masih belum mencukupi buat mereka.
Malahan, mod komunikasi ini juga memerlukan hubungan di antara
dua orang atau lebih dalam sesuatu forum mahupun perbincangan. Oleh
itu, hal ini memerlukan kedua-dua pihak mempunyai kemudahan serta
kemahiran dalam mengendalikan alatan elektronik. Sebagai contoh,
murid A dan B ingin membuat perbincangan mengenai tajuk
HBML 2203 12
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

pembelajaran yang akan dipelajari pada esok hari. Kedua-dua murid ini
mempunyai komputer di rumah masing-masing, namun perbincangan
tetap tidak dijalankan kerana komputer murid B tidak ada capaian
internet. Kelemahan terakhir yang dapat dikenalpasti dalam mod
komunikasi ini adalah dapat mewujudkan masalah sosial dalam kalangan
pelajar ekoran perkembangan teknologi yang terlalu luas dan mudah
didapati di mana-mana sahaja. Oleh itu, guru sewajarnya memastikan
objektif pembelajaran disampaikan dengan jelas mewujudkan proses P&P
yang berkesan dan bermanfaat. Selain itu , guru dan ibu bapa memainkan
peranan penting dalam melakukan pemantauan secara berkala bagi
mengelakkan gejala sosial dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh,
medium perhubungan sekarang tidak hanya terhad kepada chat dan
forum, malahan medium sosial lain yang ada seperti Facebook, Twitter,
Thmbler, Instagram dan Keek mempunyai kemungkinan besar dalam
mewujudkan komunikasi luar batasan tahap pembelajaran di sekolah.
HBML 2203 13
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 5 BESTARI

Matapelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5C (Bestari )

Bilangan murid : 38 orang

Hari : Rabu

Masa : 9.10 10.10 pagi ( 60 minit )

Tarikh : 20 November 2013

Tema : Keselamatan Jalan Raya

Tajuk : Kemalangan Jalan Raya yang Pernah Saya Saksikan

Hasil Pembelajaran :

Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima isi penting berdasarkan


tajuk Sebab Berlakunya Kemalangan Jalan Raya.
Menyampaikan cacatan yang telah dihasilkan dengan menggunakan
sebutan dan intonasi yang betul

Fokus Utama :

9.2 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang


dibaca dan

didengar.

Aras 1 (i) Membuat catatan daripada maklumat yang diperolehi.


HBML 2203 14
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

Fokus Sampingan :

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul

dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan


sebutan dan

intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Pengetahuan sedia ada : Murid biasa mendengar atau melihat


tragedi

kemalangan samada melalui media


cetak,

elektronik atau pengalaman sendiri.

Sistem bahasa :

Tatabahasa kata nama, kata hubung,ayat majmuk,ayat


penyata,tanda baca

Kosa kata - dahsyat, mengerikan, menyanyat hati, tragedi, lampu


isyarat, kecuaian,

kesabaran,

Pengisian Kurikulum : Ilmu - PKJR/ Pendidikan Sivk dan


Kewarganegaraan/

Kajian Tempatan/ Pendidikan Moral/

Pendidikan Agama

Nilai : Berhati-hati, mematuhi peraturan,


bertimbang rasa,
HBML 2203 15
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

hormat-menghormati, saling sayang-

menyayangi.

Kemahiran Bernilai Tambah : Kontekstual mengaplikasi dan


menghubungkait

Media Pengajaran : Media (kad situasi), Kad Manila, Pantel


Pen, Video,

Laptop dan LCD.

Langka Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan


Aktiviti Guru Aktiviti Murid
h/
Masa

Set Bacaan doa Murid diminta Murid membaca doa


Induksi bersedia untuk penerang hati secara
5 Minit membaca doa serentak
Mencungkil penerang hati KBT-membuat
pengetahuan Murid dijangka gambaran
sedia ada Guru bersoaljawab menjawab: mental
dengan murid -berjalan kaki
tentang cara mereka -dihantar oleh ibu
datang ke sekolah. bapa/keluarga
-menaiki bas sekolah KBT- Menjana
HBML 2203 16
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

(individu) Idea

Murid bercerita
Guru bertanya tentang kejadian
kepada murid kemalangan yang
tentang pengalaman pernah mereka lihat.
melihat kejadian (individu)
ngeri (kemalangan
jalan raya)

Langkah1. Tayangan klip Guru menayangkan Murid menonton klip KBT


1 video video klip yang video kemalangan -menjana
2. (kemalangan)
(10 Minit) mengesahkan jalan raya. idea
kemalangan jalan
Mempelihatkan
raya. - membuat
beberapa
Guru mengajukan Murid-murid akan kajian dan
paparan/keping
soalan: memberi reaksi perhubungan
gambar
Apa keatas soalan-soalan
kemalangan
sebenarnya yang diajukan. - menganalisa
jalan raya.
yang berlaku
HBML 2203 17
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

dalam Beberapa orang -menyatakan


tayangan klip murid secara individu sebab
video yang diberi peluang untuk
dipertontonkan menyatakan -merumus
sebentar tadi? menjawab atau
Di mana menyatakan
kejadian itu pendapat.
berlaku?
Bila kejadian
itu berlaku?
Siapa yang
terlibat dalam
kemalangan
tersebut?
Bagaimanakah
keadaan
mangsa
kemalangan
tersebut?
Pernahkah
murid-murid
melihat
kejadian ini
ketika murid-
murid sedang
berjalan kaki
atau berada
dalam
kenderaan?

Langkah Gambar Guru Murid memerhati dan KBT:


2 rangsangan memperlihatkan memberi reaksi. Menjana idea
HBML 2203 18
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

(20 (Sebab beberapa keping


Minit) Berlakunya gambar /slide
Kemalangan) kemalangan ngeri. KBT:
Pembelajaran
Guru membahagikan Kontekstuan
Pencarian murid kepada 8
maklumat kumpulan. Murid bersedia Kemahiran
mengenai tajuk menurut arahan. belajar cara
yang diberikan. Kad Manila dan belajar
pantel pen diberi
kepada setiap Setiap kumpulan Pembelajaran
kumpulan. bersedia dan Konstruktivis
memulakan me
Aktiviti 1: perbincangan dan
Murid diarah menyiapkan tugasan Perbincangan
menyenaraikan dalam tempoh masa
punca berlakunya yang dinyatakan Mod TMK:
kemalangan dengan Penerokaan
menggunakan enjin
pencarian di
komputer.

Aktiviti 2:
Murid juga
dikehendaki mencari
bahan bukti yang
menyokong
kenyataan mereka
seperti pendapat
tokoh mahupun
HBML 2203 19
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

keratin akhbar.

Langkah Melapor hasil Seorang wakil Wakil kumpulan KBT;


4 kerja kumpulan kumpulan yang dengan diiringi oleh -mengenal
(15 dilantik dalam ahlinya melaporkan pasti idea
Minit) kumpulan akan hasil kerja masing- utama
melaporkan hasil masing.
kerja mereka. -mencirikan
Rakan-rakan sekelas
Guru memberikan akan memberi -mengumpul
bimbingan dan komen dan tepukan maklumat
pujian. atas usaha
kerjasama dari -membuat
kumpulan kerana analogi
berjaya menyiapkan
tugasan yang
diberikan dengan
baik.

Penutup Menyanyi lagu Murid di Murid menyanyi Peneguhan


(10 Kesalamatan di minta berdiri dan dengan penuh
Minit) Jalan Raya menyanyi lagu bersemangat.
Keselamatan di Jalan
Merumus isi raya
pelajaran
Guru merumus isi Murid
pelajaran sebagai memberi perhatian
penutup. semasa guru
membuat
HBML 2203 20
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

kesimpulan.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulan yang terhasil ekoran pelaksaan tugasan bagi subjek


Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu ialah
teknologi maklumat merupakan satu kaedah memperoleh, memproses,
menyimpan dan menyebar maklumat berbentuk, lisan, gambar, teks dan
nombor melalui alat elektromikro asas yang bergabung dengan komputer,
elektro optik (CD-ROM), mikrografik dan reprografik, teknologi
telekomunikasi dan penggunaan bersepadu. Pada asalnya, teknologi ini
wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis
maklumat untuk tujuan yang berlainan. Sebagai contoh dalam sektor
ketenteraan, perbankan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi
dan sebagainya. Namun, lama kelamaan aplikasinya telah berkembang
dan digunakan secara menyeluruh dalam semua sektor yang melibatkan
urusan harian kita. Malahan, peranannya sebagai agen perubahan tidak
pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan
kewujudan komputer. Teknologi maklumat yang berkembang juga akan
membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang
membangun. Hal ini kerana kecanggihan teknologi maklumat dan
komunikasi mampu memberikan seribu manfaat daripada pelbagai aspek
termasuklah perkembangan ilmu pengetahuan, kemudahan dalam sektor
pekerjaan dan perkembangan pelaburan. Selain itu, penggunaan
rangkaian internet juga berupaya menyebabkan perubahan yang besar
ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial negara melalui globalisasi.
HBML 2203 21
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

Malahan dalam bidang pendidikan, pelajar sekarang terlalu


dibebankan dengan buku dan proses pengajaran berorientasikan
pendidikan. Kaedah pembelajaran sebegini sangat memerlukan pelajar
mengingat dan menghafal. Dalam dunia ledakan maklumat, pelajar
memerlukan kaedah pembelajaran secara aktif di mana, minda pelajar
lebih bebas berfikir dan aktif dalam menjana maklumat. Untuk
melaksanakan konsep pembelajaran aktif, teknologi maklumat perlulah
dijadikan alat utama di samping penyediaan infrastruktur asas bagi
membolehkan pengetahuan didapati bila- bila masa pada hujung jari.
Antaranya termasuklah rangkaian laman sesawang sebagai laman
pencarian idea serta ilmu pengetahuan.

Satu kajian telah dijalankan oleh ahli sains sosial dan ahli psikologi
di Amerika Syarikat berkenaan dengan pendedahan awal komputer
kepada kanak- kanak. Menurut kumpulan yang dinamakan NAEYC
( National Association for the Education of Young Children ), kanak- kanak
yang mendapat pemdedahan komputer semasa peringkat prasekolah,
menunjukkan prestasi yang lebih baik. Laporan ini menyimpulkan bahawa
kanak- kanak yang mengenali dunia komputer sebelum memasuki alam
persekolahan sebenarnya merupakan satu kelebihan. Akhir kata,
perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi memberikan
impak positif terhadap semua sektor termasuklah dalam bidang
pendidikan. Oleh itu, sebagai seorang guru dan ibu bapa kepada pelajar
dunia teknologi, peranan yang dipertanggungjawab mestilah dipikul dan
dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Malahan, berfikiran terbuka,
memberi peluang yang maksima serta membimbing mereka merupakan
langkah utama dalam membantu menjayakan usaha murni kerajaan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu
memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
HBML 2203 22
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

6.0 RUJUKAN

Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd
Zamri Murah.
2000. Teknologi Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd

Adi Afzal Ahmad. 1996. On tour : the multimedia courseware for students
of KBSM
English.Unpublished Undergraduate Thesis, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT)(1995). A Report on 10 Years Of


ACOT
Research. Cupertino, CA: Apple Computers Inc.

Bernard C. Beaudreud. (2008). The Industrial That Wasnt.

Fox, G. 1998. The Internet: making it work in the ESL classroom.The


Internet TESL
Journal, 4/9.

Pusat perkembangan Kurikulum (2001). Pemggunaan Teknologi Maklumat


dan
HBML 2203 23
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

Komunikasi (ICT) dalam pengajaran Dan pembelajaran. Malaysia: Pusat


Perkembangan Kurikulum.

Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda alias.1996. Pengajaran


berbantukan
Komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Schramm, W., W.E.Porter.(1973). Men, Women , Message and Media :


Understanding
Human Communication. 2nd ed. New York: Harper and Row Publication.

Senn, J.A. (1998). Information technology in business. Eaglewood Cliffs, NJ:


Prentice
Hall Inc.

Stephen M. Alessi, Stanley R. Trollip.(1991). Computer-based Instruction.


2nd ed.
Eaglewood Cliffs :Prentice Hall Inc.

You might also like