You are on page 1of 17

Apa Itu Teknologi Maklumat

February 23, 2010 at 8:29 am (Uncategorized)


Kepada : En. Suhaimi Salleh
AK20103 Teknologi Maklumat
Nama Pelajar PLUMS
DIANA @SITI KHADIZAH MOHD. DERIN YA2008-1128
IMELDA MANUEL YA 2008-1284
AMISAH MAHMUD YA2008-1123
Teknologi Maklumat (Information Technology-IT) sering digambarkan sebagai
istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan
rangkaian data. Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan
komputer, perisian komputer dan komunikasi data. Teknologi maklumat terhasil
daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer
yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti
perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara elektronik.
Perkakasan komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang melakukan fungsifungsi asas kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian ataupun di dalam
talian. Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan kemasukan data,
pemprosesan, storan, input dan output.
Perisian pula merupakan jujukan arahan yang terperinci atau aturcara yang
direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi tertentu.
Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.
Komunikasi data ditakrif sebagai pemindahan data dari satu tempat ke tempat
yang lain secara elektronik dalam bentuk digital. Bagaimanapun, data digital
perlu ditukar kedalam bentuk analog oleh modem sebelum komunikasi
dijalankan. Contoh perkakasan komunikasi lain ialah Pemultipleks, Pemproses
Hujung Hadapan dan Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card).
Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan


untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau
ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah,
melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan
perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan
sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat
menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda
internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon
mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan
untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan
komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana
teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan
maklumat daripada sumber kepada penerima.
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Perkembangan IT bermula apabila Generasi Komputer Digital wujud. Generasi
pertama wujud pada tahun 1951-1958. Pada ketika itu tiub vakum telah
digunakan sebagai elemen logik utama. Input terhadap komputer menggunakan
kad tebuk dan data disimpan dengan menggunakan storan luaran. Storan
dalamannya pula menggunakan drum magnetik. Aturcara ditulis dalam bahasa
mesin dan bahasa himpunan.

Generasi Kedua (1959-1963) menggantikan tiub vakum dengan transistor


sebagai elemen logik utama. Pita magnetik dan cakera pula telah menggantikan
kat tebuk dan bertindak sebagai peralatan storan luaran. Bahasa pengaturcaraan
aras tinggi digunakan untuk membuat aturcara seperti FORTRAN dan COBOL.
Transistor pula telah digantikan dengan litar bersepadu pada era Generasi Ketiga
(1964-1979). Pita magnetik dan cakera menggantikan kad tebuk sepenuhnya
dan ingatan metal oksida semikonduktur (MOS) diperkenalkan. Bahasa lebih
tinggi telah dibangunkan seperti BASIC.
Komputer Generasi Keempat seperti hari ini menggunakan litar bersepadu
berskala (LSI dan VLSI). Mikroprosessor mengandungi litar ingatan, logik dan
kawalan direka dalam satu cip sahaja. Komputer pribadi mula diperkenalkan oleh
Apple (1984) dan IBM (1981) untuk kegunaan di rumah. Sistem pengoperasian
MS-DOS digunakan secara meluas. Bahasa pengaturcaraan generasi keempat
yang dibangunkan adalah seperti Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri
pengguna antaramuka bergrafik.
Pengaruh Teknologi Maklumat Ke Atas Kehidupan Di Bandar
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan
untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh
wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku,
bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan
teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan
pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar.
Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan
pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi
pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya.
Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin
bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. Dewasa ini, ia telah
berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam
ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian internet telah
dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal,
ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal
antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara
maju dengan sebuah negara sedang membangun(Arun, 1999).

Aspek fizikal yang dimaksudkan di atas termasuklah corak penggunaan ruang


bandar, rangkaian lalulintas dan pengangkutan, ruang virtual dan sebagainya.
Di samping itu, aspek sosial pula meliputi cara dan corak berinteraksi,
pergerakan manusia, aktiviti manusia, cara hidup manusia, kualiti hidup
manusia, taraf kesihatan manusia dan lain-lain. Selain itu, rangkaian internet
juga membolehkan pelbagai urusan perniagaan dijalankan secara digital dan ini
mempunyai implikasi yang besar terhadap proses pembandaran pada masa akan
datang.
Salah satu kesan yang ketara adalah pergantungan kepada bekalan elektrik. Ini
adalah kerana tanpanya segala peralatan teknologi maklumat tidak dapat
berfungsi, kecuali jenis yang menggunakan tenaga alternatif misalnya tenaga
solar, angin, ombak, biojisim dan sebagainya. Namun pergantungan yang lebih
membimbangkan adalah dari segi kuasa ekonomi melalui pemindahan modal
antarabangsa dalam jumlah yang besar. Ini seterusnya akan mempengaruhi
corak gunatanah sesebuah bandar.
Gunatanah kawasan bandar dipercayai akan mengalami perubahan yang ketara.
Misalnya lebih banyak kawasan hijau dapat dikekalkan atau dibekalkan
berbanding dengan tempat letak kereta. Maknanya isipadu perjalanan boleh
digantikan dengan aliran elektrik atau cahaya. Ini dapat mengurangkan tahap
pencemaran bandar. Namun begitu, secara sosial manusia masih perlu
menjalankan aktiviti tertentu yang tidak mungkin dapat digantikan oleh
teknologi maklumat misalnya makan, rehat, berekreasi, bersukan dan
sebagainya. Perubahannya cumalah dari segi cara aktiviti tersebut dijalankan
dan apakah batasan serta halangan yang wujud akibat gelombang maklumat
yang mempengaruhinya.
Justeru itu, memandangkan terdapat pelbagai perubahan besar yang akan
berlaku hasil perkembangan teknologi maklumat maka kertas kerja ini akan cuba
membincangkan perubahan semasa serta isu utama yang berkaitan dengannya.
Pengaruh Teknologi Maklumat
Pendidikan
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran
Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu
dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan

Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima
oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa.
Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa
mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat
mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi
peluang terutamanya kepada golongan pelajar lemah untuk membaiki
kelemahan dia.
Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu
dalam pembelajaran dia, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat
memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan
tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan
ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan
tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang
terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya
akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.
Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian
pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan
pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan
konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu
dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang
tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan
menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita
tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan
yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada
awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang
sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk
menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan
keadaan tertentu.
Reformasi Sistem Persekolahan
Cara pengajaran konvensional di Amerika Syarikat misalnya memberi kuliah
didapati tidak mendatangkan keputusan yang baik. Ini adalah kerana pelajar
hanya duduk dan mendengar kuliah tersebut tanpa penyertaan yang
menggalakkan. Ini merupakan senario yang kerap di dalam USM sendiri

terutamanya dalam kuliah sarjana muda. Walaupun terdapatnya usaha


pensyarah untuk menggalakkan penyertaan pelajar namun penyertaan yang
diharapkan adalah amat kurang.
Namun dengan wujudnya rangkaian maklumat yang membolehkan
pelajarmemberi pandangan dan maklum balas secara rawak dan dengan
cepat maka penyertaan tersebut akan mempunyai kadar yang lebih tinggi.
Alasan seperti tidak dapat berjumpa dengan pensyarah akan dihapuskan sama
sekali memandangkan faktor masa dalam rangkaian maklumat tidak sama
dengan masa sebenar. Menurut teori pergerakan ruang, ruang aliran akan
menentukan masyarakat rangkaian maklumat. Segala maklumat yang disalurkan
merupakan penyebab yang secara kumulatif menjanakan ruang tersebut. Aktiviti
menghantar dan menerima maklumat tersebut merupakan tindakan sosial yang
dibawa dalam ruang aliran. Asalkan seseorang peka terhadap rangkaian
tersebut, segala maklumat dan maklum balas akan dapat disampaikan mahupun
diterima.
Perubatan
Membantu Golongan Yang Memerlukan Bantuan Khas
10 daripada 100 orang adalah cacat. Di Amerika Syarikat, 20 juta orang cacat
mengalami halangan dalam kehidupan harian mereka(Meyer, 1999). Bagi
golongan ini, teknologi maklumat terutamanya komputer memainkan peranan
yang penting dalam memberi kebebasan kepada mereka. Contohnya
kewujudan program yang berupaya membaca teks dapat membantu orang buta
berkomunikasi tanpa bantuan keluarga, rakan-rakan dan pekerja lain atau mesin
rekod suara.
Selain itu, komputer juga memberi peluang sosial baru kepada orang cacat
melalui penggunaan internet, irc serta icq dan lain-lain program. Mereka tidak
perlu pergi ke kawasan bandar untuk bertemu atau berkenalan. Mereka juga
tidak perlu melalui pengalaman pahit di dalam bandar yang tidak direka untuk
mereka. Di samping itu, terdapat rangkaian yang dikhaskan untuk mereka
berkenalan dan bergaul dengan golongan yang sama di mana sebelum ini tiada
seluran yang begini mudah. Mesyuarat boleh dijalankan bila-bila masa asalkan
seseorang mempunyai talian telefon, komputer serta modem.
Tele-Perubatan

Dalam keadaan tertentu, pesakit sebenarnya tidak perlu berjumpa dengan


doktor. Ini adalah kerana dalam kebanyakan kes, doktor cuma memeriksa
pesakit melalui sintom yang diberitahu oleh pesakit sendiri. Justeru itu, suatu
program yang menyeluruh dan sentiasa diperbaiki adalah memadai untuk
menggantikan tugas sedemikian. Britain telah menggunakan sistem sedemikian
untuk mengurangkan beban doktor(Laver, 1989). Doktor seharusnya
menumpukan perhatian dalam kes yang serius yang mana pesakit tidak dapat
memeriksa sebarang sintom.
Namun kesahihan sistem sedemikian akan sentiasa dipertikaikan akibat faktorfaktor keselamatan, kepercayaan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, kos
pelaksanaan sistem sedemikian juga amat tinggi kerana ia perlu sentiasa dinaik
taraf dan dinilai bagi memberikan tahap ketepatan dan kepercayaan yang tinggi.
Di samping itu, pelaksanaan sistem sedemikian akan menggugat kesenangan
golongan buta huruf untuk mendapatkan rawatan biasa memandangkan sistem
tersebut cenderung mengurangkan atau menggantikan peranan klinik. Justeru
itu, timbul pendapat bahawa ia hanya sesuai untuk tujuan farmasi sahaja di
mana pesakit telah diberikan diskripsi ubat; dan menggunakan tele-perubatan
cuma untuk mendapatkan ubat tersebut.
Walau bagaimanapun, penggunaan Smart Card akan melengkapkan lagi sistem
tersebut memandangkan kesemua maklumat peribadi pesakit termasuk sejarah
perubatan telah dikodkan. Namun kita tidak harus melihat bidang perubatan
ditukarkan kepada sejenis industri. Perubatan sebagai perindustrian akan
mencetuskan kesan mental yang buruk terhadap pesakit. Pesakit sebenarnya
telah dibebankan dengan persekitaran hospital yang dipenuhi dengan pesakitpesakit lain. Justeru itu, penggunaan teknologi yang keterlaluan akan
menyebabkan hubungan doktor-pesakit hilang, ini akan menjanakan keadaan
yang tidak menggalakkan dalam kes kesihatan yang serius.
Seni dan Hiburan
Digital
Dewasa ini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam
komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam
penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di
sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang
sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan

dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan
untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
Penduduk bandar juga tidak semestinya pergi ke panggung wayang atau muzium
untuk melihat filem atau khazanah negara. Kesemua ini memberi impak
terhadap perancangan guna tanah kawasan bandar. Kesan langsung
daripadanya adalah pengurangan dalam isipadu lalulintas yang disebabkan oleh
aktiviti tersebut. Ini akan mengagihkan tanah bagi tujuan yang lain misalnya
kawasan hijau atau taman-taman yang tidak dapat digantikan oleh teknologi
maklumat.
Namun harus diingati bahawa dengan menukarkan bahan-bahan kepada bit-bit.
Masalah cetak rompak akan lagi berleluasa. Bahan-bahan yang didigitkan
kemungkinan besar akan menjadi tidak berharga. Ini adalah kerana ia boleh
disalin dan dikeluarkan semula berkali-kali, berbeza dengan bahan-bahan
sebenar yang akan berkurangan kuantitinya apabila digunakan.
Dunia Maya
Ia adalah satu sistem yang mensimulasikan alam nyata(reality). Alam nyata
ditayangkan dalam bentuk imej, dalam dunia yang kelihatan seperti dunia nyata.
Pengalaman dalam dunia maya bukan hanya menerusi skrin imej tetapi ia sendiri
menjadi pengalaman kepada mereka yang berada di dalamnya(Castells, 1999).
Kewujudan dunia maya akan membawa perubahan tertentu dalam cara hidup di
bandar. Memandangkan ia begitu benar dan kadangkala dapat memuatkan ciriciri idealisme yang tidak terdapat dalam dunit nyata. ia merupakan satu ruang
yang membolehkan penduduk membuat pilihan samada hendak memilih dunia
maya atau dunia nyata untuk menjalankan aktiviti tertentu.
Contohnya seseorang yang ingin keluar bersiar-siar di bandar boleh memilih
bandar nyata atau bandar maya. Bagi mereka yang ingin melihat bandar sebagai
utopia maka dunia maya mampu memberi satu bandar sedemikian. Namun
penggunaan dunia maya bukan hanya terhad kepada hiburan sahaja. Ia menjadi
medan ujian bagi percubaan pengalaman yang seakan-akan benar. Misalnya
ujian memandu kenderaan boleh dijalankan di dalam sebuah bilik tanpa
menggunakan jalanraya sebenar. Dari segi perancangan pula, model-model
boleh dihasilkan untuk menguji kesan perancangan terhadap sesebuah bandar.
Seseorang boleh mencuba pengalaman di dalam bandar tersebut sebelum pelan
susun atur diluluskan. Ini akan menambahkan lagi penilaian pelan tersebut.

Rekreasi
Dengan wujudnya teknologi maklumat yang membolehkan pemindahan
maklumat dengan cepat dan tepat, kebanyakan pekerjaan boleh dijalankan di
rumah. Ini bermakna waktu kerja yang lebih bebas serta pendek. Ini adalah
kerana seseorang tidak perlu meluangkan masa untuk pergi ke pejabat, tersesak
atas jalanraya, makan di luar dan sebagainya. Kesannya masa rekreasi
penduduk akan bertambah dan ini akan mempengaruhi penawaran jenis
perkhidmatan pada masa depan.
Perdagangan dan Perindustrian
Perdagangan Elektronik
Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau
rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan.
Menjelang tahun 2001, gedung membeli-belah berangkai(online shopping)
dijangka akan menarik antara $3.5 hingga $6 juta di Amerika Syarikat(Meyer,
1999). Di Malaysia, gedung-gedung seperti Parkson, Sapura, 3Comm
dan Biz.st telah menawarkan khidmat beli-belah berangkai. Rasionalnya adalah
kadar penggunaan internet yang tinggi akan menggalakkan penawaran
sedemikian. Pada tahun 1994, terdapat lebih kurang 500,000 pengguna yang
berdaftar dengan Jaring dan TmNet(Star, 31-7-1999).
Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna
tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu,
mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan,
cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi
masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian
tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos
penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
Selain daripada aktiviti membeli-belah, rangkaian teknologi maklumat juga
membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi
pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Dewasa
ini, aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank
atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang
membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk

bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan


cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.
Di samping itu, surat elektronik yang semakin tinggi kadar penggunaannya akan
memberi pengaruh terhadap perkhidmatan pos serta sistem pengangkutan yang
bersabit dengannya. Ia juga mengurangkan penggunaan kertas dan sampul
surat. Ini merupakan satu langkah baik ke arah kemampanan hutan di dunia.
Isu-isu
Kolonialisme Elektronik
Kolonialisme elektronik merupakan pergantungan hubungan yang
dibentukkan melalui import peralatan komunikasi, perisian asing, bersama-sama
dengan jurutera, juruteknik dan protokol yang berkenaan. Kesemua ini secara
tidak langsung membentuk satu siri norma asing, nilai dan jangkaan, dalam
tahap yang berlainan, yang akan mengubah budaya serta proses sosialisasi
tempatan. Kehilangan, penyesaran, anjakan dan pelupaan nilai-nilai tempatan
menjadi sesuatu yang membimbangkan di negara dunia ketiga. Kolonialisme
elektronik pada abad ke-20 dilihat sama dengan kolonialisme perdagangan pada
abad ke-18 dan ke-19.
Kolonialisme perdagangan mengambil kesempatan ke atas buruh yang murah; ia
melibatkan tenaga buruh secara fizikal untuk mengeksplotasikan sumber
tempatan. Namun kolonialisme elektronik mengambil kesempatan ke atas
minda manusia; tujuannya adalah untuk mempengaruhi perangai, tingkah laku,
keinginan, kepercayaan, cara hidup, pandangan pengguna atau corak pembelian
pengguna(McPhail, 1987).
Justeru itu, pengaruhnya amat kuat dan berupaya meninggalkan kesan yang
mendalam untuk jangka masa yang panjang. Ini merupakan suatu ancaman
sekiranya masyarakat kurang peka terhadap pergantungan tersebut malah
mengagung-agungkan perkara yang tidak harus diagungkan.
Negara sedang membangun yang ingin bersaing pada masa depan perlu
menceburi bidang teknologi maklumat. Dalam hal ini, Malaysia tidak
dikecualikan. Malaysia ingin menjadi sebahagian daripada arena antarabangsa
dan memainkan peranan yang lebih penting dalam mempengaruhi keputusan
antarabangsa. Ini memaksa Malaysia mengambil bahagian dalam hubungan
antarabangsa. Pada masa yang sama, Malaysia cuba menghindarkan kuasa

antarabangsa di samping menjadi sebahagian daripada dunia, yang melibatkan


interaksi yang amat dengan negara Barat. Negara Barat cenderung
menyebarkan nilai budaya, politik dan kewangannya.
Inilah dilemma yang dihadapi Malaysia dalam pembangunan masa depan dan
pemimpin negara sedar bahawa ini merupakan satu ancaman. Justeru itu,
banyak pembangunan yang dijalankan dewasa ini lebih bercorakkan acuan
pembangunan tempatan. Cabaran utama kerajaan dalam era teknologi
maklumat adalah cara mengawal dan mengurus rangkaian teknologi maklumat
supaya memanfaatkan penduduk serta negara dan bukan sebaliknya.
Cadangan
Cara pentadbiran yang lebih telus diperlukan bagi mendapatkan pandangan
masyarakat melalui debat terbuka yang bebas. Dalam era teknologi maklumat,
membuat keputusan dengan cepat merupakan salah satu faktor penting yang
menjamin kejayaan sesebuah negara. Melalui saluran maklumat yang terbuka
dan cepat, rakyat mampu menilai sebarang isu secara bersama dan ini adalah
penting untuk menjanakan kuasa rakyat dalam menghadapi serta mengelakkan
kolonialisme elektronik.
Pengetahuan dan Tanpa Pengetahuan
Terdapat ramalan yang mengatakan bahawa perkembangan teknologi maklumat
akan membolehkan maklumat dan kemudahan komputer yang bernilai
diwujudkan secara global. Ini dikatakan akan memanfaatkan kepentingan
masyarakat kerana ia akan meningkatkan keupayaan penduduk dalam
memahami, pengaruhi dan mencabar tindakan & dasar kerajaan serta koperasi
besar yang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka(Laver, 1989).
Tidak dapat dinafikan bahawa rangkaian teknologi maklumat akan mengukuhkan
hubungan yang mengikat individu kepada masyarakat. Namun ia juga boleh
dilihat sebagai pemisah di antara golongan celik maklumat serta golongan tidak
celik maklumat. Jurang tersebut boleh digiatkan dengan suntikan teknologi
maklumat secara mendadak. Malangnya, mereka yang tidak celik maklumat
biasanya adalah golongan miskin dan kurang pendidikan, merekalah yang
sebenarnya memerlukan faedah yang boleh dibawa oleh maklumat.
Cadangan

Program-program perlu dijalankan untuk membantu golongan tidak celik


maklumat supaya mereka diberi peluang yang sama untuk mengikut
perkembangan semasa. Walaupun ini akan membebankan pembayar cukai
namun dalam jangka panjang ia akan menjanakan faedah untuk seluruh negara.
Kesan Teknologi Maklumat Terhadap Pekerjaan : Kepada Masyarakat
Tanpa Kerja?
Penggunaan teknologi maklumat dalam kilang, pejabat dan sektor perkhidmatan
telah mencetuskan kebimbangan pekerja bahawa mereka akan digantikan oleh
peralatan. Namun berdasarkan pencapaian negara-negara seperti Amerika
Syarikat dan Jepun, kebimbangan tersebut nampaknya tidak berasas. Merujuk
kepada 1994 White Paper of the European Commision on Growth,
Competitiveness, and Empoyment antara 1970 dan 1992, ekonomi Amerika
Syarikat bertumbuh 70% sementara pekerjaan bertumbuh 49%. Ekonomi Jepun
bertumbuh sebanyak 173%, dengan pertumbuhan pekerjaan 25%. Di samping
itu, antara 1993 dan 1996, apabila kebanyakan negara Eropah mempunyai kadar
pengangguran yang tinggi, Amerika Syarikat yang menggunakan teknologi
maklumat dalam pejabat dan kilang, telah menghasilkan lebih lapan juta
pekerjaan baru(Castells, 1996).
Ahli teori perdagangan(Trade theorists) berhujah bahawa potensi pengurangan
pekerjaan sebagai kesan penggunaan teknologi maklumat akan wujud
sekiranya ;

Pengembangan dalam permintaan tidak diseimbangi peningkatan


dalam produktiviti buruh; dan
Tiada tindakbalas institusi untuk mengurangkan masa pekerjaan dan
bukannya pekerjaan sendiri.
Menurut Castells, tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan
teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara
keseluruhannya. Sesetengah pekerjaan semakin tidak penting tetapi terdapatnya
pekerjaan baru yang kian meningkat. Namun kuantiti hubungan di antara
kerugian dan keuntungan tersebut berbeza di antara firma, industri, sektor,
wilayah dan negara. Ia bergantung kepada keupayaan saing, strategi firma,
dasar kerajaan, persekitaran institusi dan kedudukan relatif dalam ekonomi
global.

Menurut Organization for Economic Cooperation and Development(OECD), pada


awal abad ke-21, dijangkakan akan terdapat peningkatan pekerjaan bagi negaranegara tersebut : Amerika Syarikat, 1992-2005, akan mengalami peningkatan
pekerjaan bersih 24 juta(peningkatan 19% sepanjang tempoh), Jepun, 4
juta(peningkatan 6%); dan Kesatuan Eropah lebih kurang 10 juta(peningkatan 67%). Namun unjuran ini adalah amat sensitif kepada kepelbagaian dalam
andaian yang digunakan. Pertama sekali, evolusi tahap pekerjaan tidak diberi. Ia
amat bergantung kepada tahap penggunaan teknologi tersebut oleh masyarakat,
atas dasar penghijrahan, evolusi keluarga, pengagihan tempoh pekerjaan dalam
hidup dan sistem baru dalam perhubungan industri.
Justeru itu, teknologi maklumat tidak akan menyebabkan
pengangguranwalapun ia secara nyatanya mengurangkan tempoh kerja per
unit pengeluaran. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ia akan
membawa kepada pengasingan jenis pekerjaan yang lebih nyata terutamanya
pekerjaan yang bersabit dengan maklumat dan pekerjaan yang tidak.
Cadangan
Sekiranya wujud tren pengangguran yang disebabkan oleh peningkatan
teknologi maklumat maka campurtangan kerajaan adalah perlu untuk
mengenakan dasar serta garispanduan bagi mewujudkan peluang pekerjaan di
dalam sektor yang akan menguntungkan keseluruhan sistem ekonomi negara
misalnya sektor sokongan perkhidmatan.
Keperluan Untuk Celik Maklumat
Dalam era maklumat, celik maklumat adalah amat penting untuk membolehkan
seseorang bersaing dalam dunia perdagangan dan pasaran pekerjaan. Kecelikan
maklumat amat penting tidak kira seseorang itu bekerja di rumah atau di
pejabat. Orang dengan kemahiran internet mendapat maklumat yang lebih,
mengetahui lebih banyak isu semasa, dan dapat mencari maklumat dengan
lebih cepat berbanding dengan orang berpendidikan tinggi yang kurang
kemahiran tersebut. Namun kecelikan maklumat juga memerlukan
pemikiran kritikal. Tanpanya seseorang tidak dapat menilai kualiti maklumat
yang diperolehi daripada rangkaian maklumat.
Selain itu, untuk hidup dalam zaman teknologi maklumat, jika seseorang tidak
ingin dilihat sebagai seorang yang ketinggalan zaman maka seseorang perlu

celik maklumat dan mempunyai kemahiran asas sekurang-kurangnya untuk


mengikuti perkembangan semasa. Bayangkanlah betapa tidak sesuai sekiranya
seseorang cuba bersaing dalam dunia perdagangan pada tahun 2020 dengan
menggunakan komputer Pentium 3(diubah daripada Robins, 1987).
Cadangan
Media-media tempatan harus memberi tumpuan kepada penjanaan pemikiran
penduduk. Program yang disalurkan sebaik-baiknya jenis yang menggalakkan
penilaian serta pemikiran masyarakat. Masyarakat maklumat adalah masyarakat
yang boleh berfikir; bukan semata-mata pengguna sahaja. Begitu juga halnya
dengan institusi pengajian tinggi tempatan harus memberi perhatian yang lebih
dalam melahirkan graduan yang boleh berfikir daripada melahirkan juruteknik
yang menjadi hamba kepada kolonialisme elektronik.
Cetak Rompak
Dengan kebebasan aliran maklumat dalam rangkaian maklumat, aktiviti cetak
rompak atau salin tanpa kebenaran akan berleluasa. Contohnya yang nyata
adalah pelajar universiti atau kolej yang mempunyai akses kepada internet.
Bayangkan satu senario yang melibatkan seorang pelajar yang terpaksa
menghantar tugasan pada keesokan harinya. Pada pukul 4.00 pagi, pelajar
tersebut mendapati dia tidak sempat menghabiskan tugasan tersebut. Namun
begitu, secara kebetulan pelajar tersebut terjumpa satu esei yang sesuai dengan
tema tugasannya melalui internet, tiada cetakan hakcipta dalam esei tersebut.
Nampaknya pengarang sengaja menggalakkan percetakan. Ini akan mendorong
pelajar tersebut menyimpan esei tersebut dan kemudian membuat
pengubahsuaian tertentu untuk mengubah wajahnya, kemudian dia menghantar
tugasan tersebut dan menganggap itu adalah hasilnya(Meyer, 1999).
Cadangan
Perundangan maklumat dan sistem pengawalan yang canggih perlu digunakan
untuk mengatasi masalah cetak rompak. Contohnya virus dimasukkan bersama
fail yang mempunyai hakcipta, apabila pengguna menghasilkan semula fail
tersebut tanpa kod hakcipta maka virus tersebut akan berfungsi dan
memusnahkan fail tersebut.
Penggunaan Surat Elektronik

Walaupun pengguna surat elektronik mempunyai kebebasan teks dalam surat


tersebut, sebenarnya pembekal perkhidmatan Internet mempunyai akses ke atas
setiap surat tersebut. Mereka akan menyimpan salinan surat tersebut sekurangkurangnya enam bulan, walaupun surat tersebut dibuang daripada fail atau
komputer(Meyer, 1999). Ini mengurangkan privacy berbanding dengan cara
konvensional. Justeru itu, segala maklumat sulit seperti kata rahsia atau kod
yang penting tidak sesuai dimasukkan ke dalam surat elektronik.
Di samping itu, penggunaan pelbagai surat elektronik dewasa ini tidak
mengenakan sebarang bayaran. Contohnya yahoo mail, mail excite, American
express, mail city, alta vista mail, hotmail dan sebagainya telah menarik
pengguna yang ramai. Namun begitu, pergantungan kepada surat elektronik
akan mengurangkan kepentingan persuratan konvensional kecuali melibatkan
persuratan rasmi atau penghantaran barang-barang.
Apabila pihak yang menguruskan surat elektronik mengenakan bayaran pada
suatu hari nanti(apabila pergantungan kepadanya tinggi) maka wujudlah isu di
kalangan penggunanya. Namun surat elektronik menjamin penghantaran yang
jauh lebih cepat dan jimat kos serta tenaga. Kelemahannya adalah kadar
privacy yang tidak begitu tinggi namun seseorang boleh berhujah bahawa
persuratan konvesional mengalami risiko kehilangan surat serta pecah amanah
yang sama tinggi. Justeru itu, masyarakatlah yang perlu menilai cara mana yang
lebih menyenangkan.
Cadangan
Perlu adanya kontrak sosial berhubung dengan isu privacy yang telah
ditimbulkan tadi. Masyarakat harus menentukan sendiri saluran mana yang
boleh atau tidak boleh diperiksa kandungannya. Namun kesan daripada setiap
tindakan juga perlu dinilai contohnya pengiriman bahan-bahan yang
memudaratkan masyarakat mesti dihalang. Sekiranya tiada pemeriksaan pada
tahap-tahap tertentu, kebebasan itu boleh membawa kesan yang buruk.
Internet : Tempat Penjanaan Kebencian dan Jenayah?
Dengan wujudnya rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh
memaparkan sebarang maklumat dengan senang. Namun sekiranya ini
digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka ia akan membawa pengaruh yang

negatif terhadap kehidupan bandar. Contohnya, pengeboman di bandar


Oklahoma dipercayai hasil sebaran maklumat melalui internet(Meyer, 1999).
Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat banyak maklumat berasaskan
kebencian berterbangan dalam rangkaian Internet. Kesemuanya ditujukan
kepada sesetengah pemimpin negara. Gejala sedemikian berupaya menjanakan
kebencian dan kekeliruan di kalangan pengguna internet yang mempercayai
terus maklumat yan diperolehi. Ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam
bandar dan mengancam keselamatan serta ketenteraman bandar. Rusuhanrusuhan telah berlaku beberapa bulan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan ini
berpotensi dicetuskan selagi masyarakat tidak mempunyai pemikiran kritikal
untuk menilai kesahihan maklumat tersebut.
Selain itu, Internet juga membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh
menjanakan masalah sosial terutamanya jenayah. Rangkaian internet boleh juga
menjadi saluran tidak sihat untuk melakukan jenayah. Merujuk kepada
pengalaman Singapura, tahun ini, lima gadis dan seorang wanita telah dirogol
oleh kawan yang mereka kenali melalui internet atau telefon(Star, 1999).
Singapura merupakan satu negara pengguna Internet yang tinggi disebabkan
dasar kerajaannya untuk menggalakkan kecelikan komputer bagi menghadapi
kemajuan abad ke-21.
Justeru itu, dalam ucapan Perdana Menterinya pada 3-7-1998 di dalam
Mesyuarat Menteri APEC yang Ketiga untuk telekomunikasi dan industri
maklumat, beliau telah menyarankan ancaman pengaruh Barat melalui teknologi
maklumat(Arun, 1999).
Cadangan
Pihak kerajaan perlu peka terhadap isi kandungan internet supaya dapat
mengambil tindakan segera bagi memaklumkan kesahihan maklumat tersebut
kepada rakyat. Namun ini tidak bermakna makluman kerajaan merupakan kata
putus. Rakyat harus diberi peluang untuk memberi maklum balas berkenaan isu
tersebut melalui saluran yang telah dikhaskan untuk tujuan tersebut oleh
kerajaan.
Keselamatan
Dengan pergantungan kepada teknologi maklumat, adalah sukar untuk suatu
masyarakat berpatah balik. Ini adalah kerana teknologi maklumat akan

menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek sosial, ekonomi, fizikal dan
juga politik(diubah daripada Star, 1-7-1999). Namun masalah boleh timbul
daripada teknologi maklumat sendiri. Kegagalan sistem boleh berlaku melalui
kerosakan fizikal peralatan, ralat data atau bugs perisian misalnya Y2K.
Kegagalan tersebut boleh membawa kerugian yang besar kepada masyarakat
terutamanya apabila pemindahan modal yang besar sedang berlangsung.
Justeru itu, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun mempunyai
stesen janakuasa yang pelbagai sebagai salah satu langkah untuk
mengurangkan ancaman tersebut(Laver, 1989). Namun begitu, keadaan di
Malaysia adalah jauh berbeza, kita terlalu bergantung kepada beberapa stesen
janakuasa utama tanpa memikirkan kepentingan kepelbagaiannya. Dengan itu,
kerugian yang besar dijangkakan akan berlaku sekiranya timbul sebarang
masalah ke atas stesen janakuasa yang akan menjejaskan pembekalan elektrik
yang diperlukan untuk perjalanan teknologi maklumat.
Usaha negara dalam memperkenalkan tenaga alternatif juga kurang nyata.
Dengan itu, ia menambahkan lagi risiko kerugian apabila Koridor Raya
Multimedia(KRM) dilancarkan.
Cadangan
Pelaksanaan KRM perlu diimbangi dengan pembinaan infrastruktur sokongan
yang lebih mampan serta berkesan mengambil kira semua keadaan yang boleh
diramalkan. Peluang-peluang pemindahan teknologi perlu diambil oleh kerajaan
sekiranya ia tidak melibatkan sebarang pergantungan yang boleh menggugat
kebebasan negara.
Kesimpulan
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, asas teoritikal tentangnya
harus diperkembangkan. Bidang-bidang teknologi maklumat dan sains
komputer dalam universiti dan politeknik nampaknya lebih kepada kaedah
teknikal di sebalik proses intelektual(Laver, 1989). Kita masih agak kabur
tentang konsep maklumat. Kekurangan asas teoritikal yang kukuh akan
menyukarkan lagi penjelasan fenomena berhubung dengan teknologi maklumat.

You might also like