You are on page 1of 5

KEBAIKAN INTERNET

Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah
lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi.
Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam
konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi
berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir
semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang
mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim,
Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai
dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan
seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan,
berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan
inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari
yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (
Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-
luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian
dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas
dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang
pendidikan.

Peranan komputer dan internet dalam pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan
memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of
Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang
ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik
malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.
Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di
sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.
Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan
proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus
diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan
seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah
tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah
pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992;
Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

 Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks.
 Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar
memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
 Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
 Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat
dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti
spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat
membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses
pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik,
pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di
kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara
kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa
berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat
baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa
pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak
perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara
kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira
semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).
Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap
internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang
dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga
amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh
difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa,
khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat
menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses
perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).
Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun
diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000.
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah
melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan
telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di
samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang
berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar
tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru,
Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus
Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa
buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan
melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan
dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan
menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan
berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan
berkesan.

Integrasi internet dalam pendidikan

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat
antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain (
Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih
daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara
(Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan
sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian
komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam
Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada
beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama,
termasuklah matematik. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik
berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pertama

Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran
hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa
berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT.
Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di
samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi
cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan
kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat,
khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:

 E – mail (Mel Eletronik)

 Laman Web (WWW)

 Internet Relay Chat (IRC)

 Telnet

 Kumpulan Diskusi dan Berita

 File Transfer Protocal (FTP)

Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru
harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan
teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan
optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun
sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui
kemudahan e-mail.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):

 Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan
serta kementerian.
 Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
 Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ;
teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar
dan sebagainya.
 Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program
dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

 Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.


 Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai
berbagai isu semasa.
 Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan
pena di luar negara.
 Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-
line".

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):

 Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia


 Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
 Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan

Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi

Kebaikan

Sebelum memulakan perbincangan, kita lihat dahulu apa yang menjadi kelebihan internet?
Pertanyaan seperti ini pasti muncul bagi setiap orang yang ingin lebih jauh melayari dunia internet.

1. Kemampuan grafik internet memungkinkan kita untuk memperlihatkan jenis produk yang
ada dan mendeskripsikan pelayan yang anda berikan secara dinamik dan dalam format yang
interaktif. Anda juga dapat membuat brosur berwarna dan menyebarkannya tanpa dibebani
kos cetakan.
2. Halaman Web akan membantu dalam bidang perusahaan. Hanya dengan pelaburan yang
relatif kecil, produk anda mampu tersebar luas di dalam pasaran global. Walaupun usaha
anda hanya sebuah bisnes berskala lokal atau kecil, pelaburan anda mampu bersaing di
peringkat antarabangsa.

3. Terdapat banyak perusahaan yang menggunakan internet untuk berhubung dengan


pelanggan dan berkomunikasi tentang perusahaan. Ketika anda berhubung melalui internet
dengan ISP (Internet Service Provider) anda boleh menggunakan internet selama beberapa
jam dan mengirimkan seluruh e-mail tanpa kos tambahan.

4. Pelanggan selalu ingin tahu apakah mereka dapat memperoleh jawapan mengenai pertanyaan
dan keluhan-keluhan mereka tanpa kehilangan banyak waktu dengan menggunakan telefon.
Internet adalah pilihan tepat. Mengapa? Kerana internet merupakan suatu pilihan yang
memudahkan, bagi mereka yang tidak suka dengan sistem voice-mail, untuk menggunakan
format online dan atau e-mail.

5. Tidak pernah sebelumnya seluruh masyarakat dunia dapat berhubungan dengan mudah
antara satu dengan yang lain dalam mencari dan bertukar informasi mahupun idea sebelum
wujudnya internet. Melalui newsgroups, mailing list dan e-mail, ianya dapat menghubungkan
anda dengan laman-laman web yang anda inginkan dengan cepat dan mudah.

6. Internet merupakan sumber yang luas (vast resources) yang memungkinkan untuk
menemukan vendor atau layanan peribadi untuk memenuhi keperluan perniagaan. Anda tidak
perlu ke perpustakaan untuk mencari sumber-sumber rujukan. tTerdapat banyak industri
kini telah memiliki halaman web sendiri tempat anda untuk mencari informasi. Anda dengan
mudah dapat mencapai informasi yang anda perolehi tanpa harus menggunakan
perkhidmatan telefon.

7. Internet merupakan jaringan raksasa yang melintasi batas negara dan politik. Hanya
melalui internet, tak peduli anda berada di mana, anda dapat berhubung ke seluruh dunia.

You might also like