You are on page 1of 20

BPME3033 E-DAGANG

1) Bincangkan kepentingan E-Dagang dalam urusan perniagaan masakini

Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat terutama dalam perkembangan
internet telah membawa kepada penggunaan menyeluruh etronik(e) dalam bidang urusan harian
saperti e-niaga, e-kerajaan dan termasuk juga e-dagang.Komponen penting dalam perniagaan
secara e-dagang ialah e-mail dan dalam internet laman web. Perkembangan dan sambutan
kepada bentuk perniagaan ini dijangka meningkat dan mendapat sambutan menggalakan. Ini
dapat dilihat melalui kajian yang dibuat dianggarkan urusniaga melalui e-dagang meningkat dari
tahun ke tahun iaitu $2 billion dalam tahun 1990 meningkat kepada $46 billion pada tahun 1995
dan pada tahun (2000) meningkat ke $73 billion ( Mondahl,1995 ). Sementara mengikut kajian
oleh Visa International, perniagaan yang dijalankan secara e-dagang di seluruh dunia
dianggarkan mencapai $1 trillion menjelang tahun 2003 , di mana sebanyak 20% adalah
urusniaga yang dijalankan di Asia ( Berita Harian,23 Mac,1999). Dengan perkembangan yang
menggalakkan berdasarkan sambutan perniagaan eletronik ini (berdasarkan kajian) akan
mengubah trend urusniaga.

E-dagang adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui
eletronik. Proses yang terlibat saperti pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran dan juga
khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga barangan. Menurut Lee Foong Yeaw (1998)
e-dagang adalah: E-commerce includes any form of computerised commercial transactions.
These transactions may mean buying and selling of products and services on networked
computers over the Internet either by consumers or between company and company.E-
commerce also includes handling purchasing transactions,electronic fund transfers (EFT),
buying and selling of new "commodities" such as electronic information concerning stock prices
and classified advertisements.

Perkembangan E-dagang di dunia bermula sejak kemunculan internet dan seterusnya


berkembang dan timbulah E-dagang ( E-commerce ). Internet lahir pada tahun 1969 di Amerika
iaitu kelompok peneliti berhubungan dengan empat komputer di UCLA, Stanford Research
Intitut, Universitas Utah dan Universitas California di Santa Barbara. Mereka telah mencipta
sebuah jaringan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain yang di kenali istilah ARPAnet (

224682 1
BPME3033 E-DAGANG

Advanced Research Project Agency ) yang mana merupakan salah satu bahagian keamanan
Negara Amerika Syarikat. Selepas tiga tahun, lebih dari lima puluh universiti telah terhubung
bersama-sama dalam jaringan (network), dan jaringan komputer yang lain mulai muncul di
sekitar negara dan dunia. Seiring dengan perkembangan ARPAnet, yang diikuti pula dengan
kerjasama jaringan antara kaum pendidik, dan eksperimen NASA mengenai jaringan komputer,
jaringan ini mulai terhubung satu dengan yang lain, inilah awal mula dipakai istilah “Internet”
Perkembangan Teknologi Informasi telah berhasil menciptakan infrastruktur informasi baru.
Internet memiliki beberapa daya tarik dan keunggulan bagi para konsumen mahupun organisasi,
misalnya dalam hal kesamaan kecepatan data, akses 24 jam sehari, efisiensi, alternatif ruang dan
pilihan yang tanpa batas, personalisasi, sumber informasi dan teknologi yang berpotensi dan lain
- lainnya.

Dalam konteks perniagaan, internet membawa impak transformasi yang menciptakan


paradigma baru dalam dunia perniagaan yang di sebut “ Digital Marketing” Awal tahun 1990-an
perniagaan di internet mulai berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan, maka muncullah
istilah baru Electronic Commerce atau lebih dikenali E-commerce. Perdagangan Elektronik juga
dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce). Ia adalah sebuah sistem perniagaan yang
menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih. E-dagang
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan dan
e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang di antara perniagaan dengan
perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih syarikat di mana satu pihak merupakan
syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna
pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan pengguna. E-dagang
menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual
dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu
persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak.

Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual
beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara
barat malah diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan
dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan. Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi
perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara

224682 2
BPME3033 E-DAGANG

iaitu yang pertama, memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima
pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian
yang dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna memberi barangan di rumah atau tempat
perniagaan.

Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan
dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang
merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada
pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat
pelangan secara online. Terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium
internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan.

Teknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia digunakan untuk merujuk
kepada beberapa cabang sains dan kajian. Antara contoh teknologi adalah teknologi maklumat,
teknologi perubatan, bioteknologi dan sebagainya. Teknologi juga merupakan pembangunan dan
penggunaan alat, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi
dalam kehidupan seharian. Ia juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam
menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi.
Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini
teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam
proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media
yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain menjadi komponen yang
penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus
diwujudkan.

Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada
di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan
bukan sebaliknya. Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak
meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat
telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari
pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal
fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju
ini.

224682 3
BPME3033 E-DAGANG

Kelebihan-kelebihan teknologi kepada usahawan:

a) Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan
mahu sentiasa membangun.
b) Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
c) Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden
seperti internet dan e-dagang.
d) Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan
tepat, melalui pelbagai bentuk media.
e) Meningkatkan produktiviti usahawan. Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan
maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai
medium lain.
f) Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat. Pembentangan produk boleh dilakukan
pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam
komputer atau tablet PC. Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah
disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkini untuk memastikan
perniagaan berjalan dengan lancar. Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian
mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas
jualan yang pro-aktif dan pantas.
g) Bersedia utntuk pembangunan masa depan. Teknologi dapat memastikan statistik dan
maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia
juga berkembang dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan.
h) Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.
i) Memperbaiki mobiliti pernigaan. Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dngan
membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan
jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat. Alat-
alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat untuk
menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan
kelebihan berdaya saing dalam industri.
j) Komunikasi Dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah,
cepat dan efisien.

224682 4
BPME3033 E-DAGANG

k) Keberkesanan kos. Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan diaman


perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna peralatan mesin
yang berteknologi.
l) Globalisasi. Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga
membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung.

E-dagang telah digunakan secara global di serata dunia bagi mengembangkan perniagaan
masing-masing. Dalam memasarkan barangan dalam dan luar negara e- dagang memainkan
peranan yang amat penting dan sangat efesien sekali. Sebenarnya e-dagang penting dalam
pasaran global adalah kerana ianya :-

 Menggantikan konsep manual. Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke


kedai dan mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya
sekali klik di internet tanpa membuang masa dan tenaga.
 Pemasaran yang luas. Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya
untuk mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya
dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di
dunia perniagaan tanpa sempadan.
 Mengikut peredaran teknologi semasa. Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu
yang cepat walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan
mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.
 Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari. Kemungkinan sesuatu
barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar negara sukar diperoleh didalam
negeri. Tetapi, sekiranya menggunakan khidmat e-dagang segala-galanya boleh didapati
dengan begitu senang.
 Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi). Kemunculan pihak-pihak
ketiga didalam e-dagang seperti syarikat-syarikat kewangan iPay88, Paypal dan
sebagainya, membantu mereka menjana pendapatan dengan memberikan khidmat
transaksi terbaik kepada pelanggan.

224682 5
BPME3033 E-DAGANG

 Cepat dan mudah. Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan
menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang
dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.
 Mengurangkan kos. Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli
daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen.
Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan
barangan tersebut.
 Keuntungan yang optimum. Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh
menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan
sebagainya.
 Modal yang rendah. Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan
offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang
diperlukan juga adalah rendah.
 Waktu bekerja yang flaksibel. Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan,
maka perniagaan e-dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan
secara online peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat
kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.
 Bekerja dimana-mana. Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama
ada di rumah atau di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran makanan dan
sebagainya, asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara
tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2jam setiap hari, iaitu masa yang diambil
untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan minyak kereta
juga dapat dijimatkan.
 Perniagaan Automatik. Tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan
internet boleh di automasikan.
 Menceburi lebih dari satu perniagaan. Memandangkan modal untuk memulakan
perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka, ini
membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih
dari satu jenis.

224682 6
BPME3033 E-DAGANG

Pengguna Internet Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada


25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012, demikian menurut Laporan
Ekonomi 2013/3014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini hari ini. Menurut laporan
itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun
2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat
42.6 juta langganan. Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia
adalah pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia
dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010. Menurut
laporan itu, Malaysia adalah antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam
talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket
penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam
talian.

Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran
elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit. Menurut laporan berkenaan,
peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi
pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian. Syarikat yang tidak mempunyai laman web
atau menawarkan pembelian dalam talian perlu mengubah perniagaan tradisional mereka kepada
perniagaan dalam talian supaya tidak kehilangan pengguna yang semakin meningkat. Tambahan
pula, adalah penting untuk perniagaan menumpukan perhatian kepada pelanggan telefon mudah
alih kerana bilangan mereka jauh melebihi pengguna Internet. Laporan itu menyebut rakyat
Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti
televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian
sosial. "Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit
yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. 11.8 juta rakyat dianggarkan
mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses
Facebook," kata laporan itu. Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama
perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta
kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi.

224682 7
BPME3033 E-DAGANG

Jelas laporan itu, capaian Internet adalah rendah bagi PKS dan usahawan disebabkan kos
jalur lebar dan pendaftaran domain yang tinggi. "Sebagai contoh, pada 2010, kos sebanyak
AS$143 dikenakan untuk mendaftar domain di Malaysia berbanding AS$64 di Taiwan dan
US$24 di Amerika Syarikat," kata laporan itu. PKS meliputi 97.3 peratus atau 645,136 daripada
semua pertubuhan perniagaan di Malaysia tetapi hanya 100,000 perniagaan yang mempunyai
laman web dengan hanya 20 peratus daripada PKS menggunakan ICT secara meluas dalam
operasi harian mereka, kata laporan itu. Laporan itu menambah pada 2010, penembusan jalur
lebar dalam kalangan perniagaan adalah rendah pada kadar 33 peratus manakala perbelanjaan
pengiklanan dalam talian juga rendah, hanya satu peratus daripada bajet perniagaan di negara ini.
Ia turut menarik perhatian bahawa terdapat juga isu seperti keselamatan dan rangkaian yang
mana menurut Paypal, lebih banyak pengguna akan menambah pembelian dalam talian sekiranya
aspek keselamatan dipertingkatkan. Kesimpulannya, menurut laporan itu, adalah penting untuk
PKS dan usahawan serta pengguna menggunakan ICT serta menerima teknologi digital secara
menyeluruh selari dengan transformasi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.

Sememangnya e-dagang ada kebaikan dan keuntungan menggunakan kaedah e- dagang


ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik dengan
pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan berkenaan. ia memudahkan pertukaran
maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dengan sekelip mata serta tidak dibelenggu
dengan kerenah pengisian borang-borang dan birokrasi (majalah pc, mei 2006). Kebaikan e-
dagang yang ketara ialah dari sudut memberi keselesaan membeli- belah dalam ketenteraman
rumah. Keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang bersama ahli keluarga
sebelum membuat pembelian. Belian yang menepati keperluan seisi keluarga adalah
menjimatkan. Selain itu e-dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan
terkini. Kemesraan ini terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari serta mempunyai
penerangan untuk setiap barangan dalam laman web. maklumat yang diberi bertujuan untuk
membolehkan pengguna membuatpilihan dengan betul. Kelebihan atau kebaikan perniagaan
perlu dilihat dari dua sudut iaitu sudut peniaga dan pengguna.

224682 8
BPME3033 E-DAGANG

Kebaikan Dari Sudut Peniaga

 Kos Rendah Dengan menggunakan e-dagang, dapat menghapuskan atau mengurangkan


kos sewaan gudang, insuran, sewaan, kawalan serta lain- lain kos yang berkait dengan
kos penyimpanan dalam transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan berlaku.
 Hubungan Terus Dengan Pelanggan Peniaga dapat berhubung terus dengan pelanggan
bukan sekadar mendapat maklumat balas secara terus tanpa melibatkan pihak ketiga
tetapi juga cepat dan secara talian terus(on-line). Dengan itu dapat membaiki segala
kelemahan dengan segera. Ini mempercepatkan dalam melakukan perubahan terhadap
polisi dan strategi.
 Memudahkan Melakukan Perubahan Perubahan dari segi bentuk pengiklanan, harga serta
lain-lain perkara yang bagi menyesuaikan dengan keluaran baru yang bersesuaian dengan
keadaan semasa dapat serta memenuhi kehendak pelanggan, mudah dan cepat sampai ke
sasaran
 Kawasan Pemasaran Yang Luas Melalui e-dagang yang menggunakan internet, peluang
untuk mengiklan dan memasarkan barangan atau perkhidmatan tanpa sempadan dapat
dilakukan.

Kebaikan Dari Sudut Pengguna

 Banyak Pilihan Pengguna mempunyai banyak pilihan dan dapat membuat perbandingan
daripada segi harga, kualiti dan juga perkhidmatan. Dengan itu pelanggan dapat membuat
pilihan yang tepat dan dapat memenuhi kehendak mereka pada kadar yang lebih tinggi.
 Menjimatkan Masa Pembelian melalui e-dagang dapat menjimatkan masa, perjalanan
serta dapat menganalisis barangan atau perkhidmatan dengan tidak perlu membuat pergi
ke kedai atau kilang berkenaan, Cuma sekadar membuat rayauan di internet dan
seterusnya membuat pesanan jika perlu.
 Tiada Kos Tambahan Pembeli dapat terus membeli dengan pembekal dan tiada atau
mengurangkan melibatkan orang tengah. Ketiadaan penglibatan orang tengah pastinya
tidak akan menyebabkan tambah kos atau komisen serta upah tambah yang terlibat.

224682 9
BPME3033 E-DAGANG

 Membuat Perbandingan Lebih Tepat Pembeli dapat membuat perbandingan harga atau
perubahan spesifikasi dengan cepat dan ddaripada dieksplotasikan oleh penjual berkait
dengan “permainan” harga murah dengan mengurangkan item pada tawaran terdahulu.
Ini dapat dibuat perbandingan jika tawaran terdahulu telah di simpan (save) terlebih
dahulu.

224682 10
BPME3033 E-DAGANG

2) Terangkan proses membangun dan mengurus laman web E-Dagang

Proses membangunkan Laman Web E-Dagang

World wide web (WWW) atau dikenali sebagai sebagai laman sesawang dapat ditakrifkan
sebagai dokumen elektronik pada paparan skrin komputer yang biasanya mengandungi
teks, grafik, imej, bunyi tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang
dapat dicapai melalui Internet (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2008) . World wide web
dibangunkan di CERN (European Laboratory for Particle Physics) oleh Tim Berners Lee
dengan tujuan untuk menyediakan protokol yang sepunya ataupun sama ada mudah untuk
mendapatkan maklumat yang boleh dibaca yang disimpan pada sistem berjarak jauh
menggunakan rangkaian. World wide web juga merupakan perisian yang paling popular
yang berkebolehan untuk memberi khidmat e-mel, FTP, Gopher, WAIS ( Wide Area
Information Servers ) dan lain-lain( Saliyati, 2010).

Internet pula merupakan rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan


pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai
maklumat pangkalan data dari seluruh dunia (Kamus Dewan Edisi Empat, 2010). Tanpa
internet, sesebuah laman web tidak akan boleh dicapai. Dua elemen ini memainkan
peranan penting dalam perdagangan elektronik kerana tanpa dua elemen ini, sesebuah
laman web e-dagang tidak mungkin wujud kerana tiadanya platform dan juga rangkaian untuk
satu komputer berinteraksi dengan komputer yang lain. Dengan menggunakan
World Wide Web (WWW) sebagai medium untuk mempromosikan barang dan membina
laman yang boleh diakses oleh jutaan orang di seluruh dunia, ianya memberikan kos yang
lebih sedikit berbanding jika menggunkan kaedah traditional (Watson , 1994).

Dalam era teknologi ini, banyak laman web yang yang boleh dicapai yang mempunyai
fungsinya yang tersendiri. Terdapat laman web yang menyediakan informasi buat
pengunjungnya, ada jua yang memberikan perkhidmatan muat turun perisian secara
percuma malah ada jua laman yang berkonsepkan bisnes seperti bidaan mahupun jualan
(e-dagang). Setiap laman web tersebut memainkan peranannya yang tersendiri dan
mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Laman web e-dagang atau dikenali sebagai

224682 11
BPME3033 E-DAGANG

perdagangan elektronik (e-commerce) adalah sebuah sistem perniagaan jual beli secara
maya (virtual) yang menggunakan teknologi maklumat sebagai medium perantaraan
antara pembeli dan perniagaan.

Dengan kecanggihan dunia di hujung jari, segala-galanya mungkin untuk


dilakukan termasuk melakukan transaksi jual beli secara atas talian. Jika suatu ketika
dahulu, jual beli hendaklah dilakukan secara manual, iaitu pembeli dan penjual berada
pada tempat yang sama dan urusan pembayaran juga dilakukan pada masa yang sama,
kini tidak lagi. Dengan bermulanya era pembelian secara atas talian dan juga kewujudan
laman e-dagang, membeli secara maya bukan lagi suatu perkara yang baru mahupun
janggal untuk dilakukan pada era ini.

Perdagangan elektronik adalah sebuah sistem perniagaan jual beli secara maya
yang menggunakan teknologi maklumat sebagai medium perantaraan antara pembeli dan
perniagaan (Muhamad Ridzuan Amin, Lina Ahmad, 2009). Menurut Saliyati (2010) pula,
perdagangan elektronik yang juga dipanggil e-dagang atau dalam bahasa inggerisnya
electronic commerce (e-commerce) ialah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang
banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi
canggih hingga dapat melindungi dan memuaskan penguna-penggunanya yang terdiri
daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan,
syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.

Ini bermaksud, segala urusan jual beli yang berlaku adalah secara atas talian sama
ada dari segi promosi, diskaun mahupun pemasaran produk. Proses yang berlaku dalam
sesebuah transaksi sebagai contoh seperti tempahan baju, pembeli akan memilih baju
yang ingin dibeli menerusi album mahupun imej yang dipaparkan oleh sesebuah laman e-
dagang.
Kemudian pembeli akan mengisi butiran diri dan maklumat yang berkaitan untuk
urusan seterusnya seperti butiran alamat bagi memudahkan proses penghantaran
tempahan dilakukan. Bagi urusan pembayaran pula bergantung kepada laman e-dagang
tersebut sama ada menyediakan perkhidmatan pembayaran secara paypal, perbankan
internet, deposit tunai atau sebagainya. Setelah semua urusan ini selesai, penjual akan
membuat penghantaran barang yang telah ditempah. Bagi memastikan bahawa barang

224682 12
BPME3033 E-DAGANG

selamat sampai dan diketahui statusnya, kebiasaannya penjual akan memberikan pembeli
nombor pengesan pos untuk maklumat barang tempahan mereka.

Sebuah laman web e-dagang bukan sahaja melibatkan pihak penjual dan pembeli,
tetapi juga melibatkan pihak ketiga bagi urusan pembayaran seperti pihak bank dan juga
bagi urusan penghantaran seperti POS Malaysia. Untuk urusan pembayaran, pihak yang
terlibat kebiasaanya adalah pihak bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, dan
pengeluar sijil pengesahan digital. Operasi sistem pembayaran yang efisien dan lancar
merupakan faktor penting dalam proses pertumbuhan ekonomi sesebuah negara (Saliyati,
2010). Sistem pembayaran secara atas talian memerlukan ciri-ciri keselamatan yang
tinggi bagi mengelakkan kecurian maklumat atau data pelanggan. Antara contoh pembayaran
yang sering digunakan laman e-dagang adalah Paypal. Paypal adalah sistem
yang membolehkan peniaga menerima bayaran daripada pembeli secara elektronik
(Saliyati , 2010) dan sistem ini hanya diterima untuk diguna pakai di Malaysia bermula
tahun 2007.

Kajian mengenai ciri-ciri laman E-Dagang

Satu kajian telah dijalankan oleh Musfiq Mannan Choudhury dan Abdul Mannan
Choudhury di University of Dhaka Ramna, Dhaka, Bangladesh. Kajian yang dilakukan
pada tahun 2009 ini mengkaji mengenai ciri-ciri yang perlu ada dalam sesebuah laman
web e-dagang. Satu kumpulan sasaran telah dipilih untuk dijadikan responden untuk
kajian ini yang menjelaskan pandangan masing-masing dan tidak mengawal mereka
dengan mengehadkan soalan yang telah dipilih-pilih. Responden dipilih berdasarkan ciriciri
yang sama antara mereka dan pada masa yang sama mereka juga mempunyai
pengetahuan mengenai topik yang dibincangkan.

224682 13
BPME3033 E-DAGANG

Ciri – Ciri Laman Web

I. Keselamatan
II. Antaramuka
III. Maklumat yang mencukupi mengenai produk dan
juga servis
IV. Kelajuan dalam memuat turun laman
V. Navigasi yang mesra pengguna
VI. Kebolehan enjin carian / carian
VII. Pautan kepada maklumat lain
VIII. Maklumat mengenai kemudahan ahli yang
Mendaftar
IX. Sejarah dan profil syarikat
X. Keupayaan untuk mendapatkan maklumat dalam bilangan halaman yang sedikit
bukannya melayari beberapa halaman
XI. Menyediakan respons maklum balas pelanggan
XII. Jumlah statistik pengunjung
XIII. Keinteraktifan dalam laman

Jika dilihat daripada jadual hasil kajian berikut, elemen yang penting dan dititik
beratkan adalah isu keselamatan. Keselamatan mempunyai dua dimensi, perlindungan
terperinci transaksi pelanggan dan privasi maklumat peribadi responden (Choudhury,
2008). Isu keselamatan yang dinyatakan adalah daripada segi maklumat penting pembeli
seperti butiran peribadi dan lebih penting lagi maklumat mengenai kad kredit mereka
seperti nombor pin. Maklumat ini sangat penting kerana jika ianya tidak selamat,
maklumat ini boleh digodam dan pembeli akan berasa ragu-ragu untuk membeli barang
dilaman tersebut.

224682 14
BPME3033 E-DAGANG

Elemen yang memainkan peranan penting selain keselamatan adalah kelajuan


dalam memuat turun laman, maklumat mengenai kemudahan ahli yang mendaftar dan
fungsi untuk maklum balas pelanggan. Memandangkan kajian ini melibatkan kumpulan
fokus di Bangladesh yang mempunyai gangguan internet dan akses internet yang terhad,
majoriti responden berpendapat bahawa elemen ini merupakan salah satu isu yang
penting yang perlu ada bagi sesebuah laman e-dagang. Respon pelanggan merupakan
suatu yang penting bagi membantu pemilik laman (penjual ) bagaimana untuk
memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi mengelakkan masalah yang sama berlaku
kepada pelanggan lain. Respon daripada pelanggan merupakan komponen orientasi
pasaran (Slater & Narver, 1994) yang merupakan keupayaan kedai-kedai dalam talian
untuk menggunakan dan menyebarkan maklumat unggul tentang pelanggan dan pesaing
untuk mencapai kelebihan daya saing (Choudhury, 2008).

Elemen seterusnya yang diambil kira adalah kebolehan enjin carian, pautan
kepada maklumat serta antaramuka laman yang boleh menarik minat pembeli untuk terus
membeli dan melawati laman. Kebolehan enjin carian akan membolehkan pengunjung
laman untuk mencari maklumat lebih lanjut mengenai barang yang dipaparkan. Begitu jua
dengan pautan kepada maklumat, iaitu pautan kepada maklumat daripada laman web
yang lain yang berkaitan dengan kata kunci carian pengunjung. Antaramuka juga
merupakan salah satu elemen yang perlu dititikberatkan bagi memastikan pengunjung
laman tertarik dan rasa seronok untuk membeli di halaman e-dagang tersebut.

Sejarah dan profil syarikat juga turut memainkan peranan yang penting bagi
memberikan pengenalan serta serba sedikit latar belakang mengenai perniagaan yang
diusahakan. Maklumat syarikat yang dipaparkan di laman tersebut boleh mencipta nama
baik bagi perniagaan tersebut (Yoon, 2002). Hal ini kerana ia bukan sahaja memaparkan
maklumat syarikat tetapi pada yang sama, ia juga akan turut dapat mempromosikan laman
tersebut dan syarikatnya. Statistik bilangan pengunjung laman juga antara ciri-ciri yang
dinyatakan yang perlu ada dalam sebuah laman e-dagang. Antara elemen lain yang perlu
diberikan perhatian apabila membangunkan sebuah laman e-dagang adalah interaktiviti.
Dengan ini laman akan lebih gemar untuk dilawati dan lebih mesra pengguna.

224682 15
BPME3033 E-DAGANG

Setiap pekara yang dilakukan, pasti mempunyai rencana atau rancangan awal bagi memulakan
sesuatu pekara. Begitu juga sekiranya jika anda ingin melibatkan diri dalam e-dagang. Langkah
permulaan yang baik dan sempurna akan memacu perkembangan yang lebih berkembang pada
masa akan datang. Jesteru itu sebagai seorang peniaga yang baru bertapak atau berjinak-jinak di
dalam bidang ini, haruslah belajar dan memperkemaskan diri dengan mengetahui langkah-
langkah yang tepat dan betul bagi memulakan perniagaan e-dagang.

Antara cara-cara untuk menguruskan perniagaan e-dagang adalah:-

a) Menentukan hala tujuan dan matlamat sama ada ingin melakukan pemasaran produk
melalui internet, perkhidmatan secara online, membina komuniti atau hanya ingin
berkongsi ilmu atau info-info semasa sambil memperolehi keuntungan.
b) Mengenalpasti jenis produk yang ingin dijual. Produk tersebut mestilah mempunyai
sasaran pengguna dan pembeli.
c) Menentukan sasaran jualan produk. Sejauh mana produk tersebut diterima oleh pengguna
dan kumpulan sasaran yang menggunakan produk tersebut.
d) Mengenali siapakah pesaing pada produk anda. Anda mestilah mempunyai ilmu untuk
memahami pasaran perniagaan dari segi permintaan dan kuantiti produk yang boleh
diberikan dalam sesuatu masa.
e) Membuat kajian bagi memasarkan produk di internet. Perancangan yang rapi mesti
dilakukan untuk bersaing di dunia maya. Anda seharusnya mempunyai strategi
pemasaran yang baik disamping mempunyai produk yang berkualiti.
f) Sebagai langkah penjenamaan, anda hendaklah mencipta sign board atau papan tanda
kepada pengguna, tujuan papan tanda ini diwujudkan adalah memudahkan pengguna
untuk mengingati jenis produk yang sedang anda pasarkan.

Setelah anda mengenal pasti jenis produk yang ingin anda pasarkan, anda bolehlah
memikirkan bagaimana langkah seterusnya untuk membina kedai maya anda. Paling utama
didalam perniagaan maya ialah memiliki domain dan hosting. Domain merupakan nama website
atau nama kedai maya anda di internet manakala hosting pula ialah ruang server untuk
menyimpan segala jenis data seperti gambar-gambar produk untuk diletakkan di internet.

224682 16
BPME3033 E-DAGANG

Setelah anda memiliki kedai online, barulah anda boleh menjalankan aktiviti mempromosi
barangan. Antara tapak-tapak yang terkenal untuk mempromosikan barangan adalah seperti di
forum-forum, laman social contohnya di facebook, twitter, instagram dan juga di blog-blog
sahabat handai dan banyak lagi.
Bagaimanapun, pekara yang paling penting bagi melariskan perniagaan di dalam e-dagang
adalah membina tembok kepercayaan pelanggan terhadap sesuatu produk. Ini juga merupakan
langkah awal yang harus diambil berat bagi memulakan perniagaan secara online.

Cara termudah untuk memulakan perniagaan e-dagang anda adalah dengan menggunakan
system kedai online eCatalog Plus.

Sebelum kita hendak menjalankan atau menguruskan sesuatu perniagaan kita seharusnya
menjalankan kajian dan analisis tentang perniagaan yang hendak dijalankan. Ia melibatkan kajian
pasaran, harga dan lain-lain lagi. Saya tidak ingin mengulas panjang tentang perkara ini.
Walaupun begitu saya ingin tekankan tentang kaitan produk dengan “market target” kerana
persembahan laman web adalah berbeza. Sudah tentu persembahan laman web bagi
mempromosikan satu produk berbeza dengan mempromosikan banyak produk. Bagi kes di atas,
En Shah mempunyai banyak barangan kesihatan yang ingin dijual. Jadi saranan saya adalah
membina laman web berasaskan e-commerce. Berbeza dengan menjual satu barang, kita hanya
perlukan satu landing page sahaja.

Dengan laman web berasakan e-dagang yang dilengkapi dengan ‘shoping cart dan billing
function’, produk anda akan dipaparkan dengan lebih professional dan proses tempahan dapat
dijalankan dengan mudah. Anda akan menerima tempahan di emel anda dan memprosesnya.
Banyak CMS yang dapat membantu anda antaranya seperti ‘vitualmart, oscommerce’ dan lain-
lain. Kini masyarakat gemarkan gabungan antara ‘wordpress dan plugin shopping cart’. Di sini
ada beberapa tips berkaitan.

1. Pastikan setiap produk disertakan gambar yang terang dan jelas. Jangan sesekali
menggunakan gambar yang kabur dan tidak menarik.

2. Pastikan setiap produk dilengkapi penerangan yang jelas, padat dan ringkas. Jika
melibatkan saiz yang berbeza sila nyatakan.

224682 17
BPME3033 E-DAGANG

3. Meletakkan diskaun harga. Tapi mestilah selepas diskaun anda masih untung.

4. Design web yang kemas dan simple. Jangan penuhkan laman web anda dengan grafik
yang merapu-rapu.

5. Optimize url laman web anda supaya lebih mudah dijumpai di enjin carian.

6. Jika ada fungsi taging sila masukkan tags yang berkaitan dengan produk anda.

7. Testimonial sangat penting untuk dimasukkan. Masukkan testimonial daripada pembeli


yang lalu. Kalau boleh masukkan sekali muka mereka dalam testimonial tersebut supaya
bakal pembeli lebih yakin dengan produk anda.

8. Lengkapkan laman web anda dengan contact form. Dengan contact form pembeli boleh
menghantar pertanyaan dan komen dengan pantas tanpa perlu membuka emel mereka.
Jika anda menerima emel dari pelanggan jangan lupa membalasnya dengan kadar segera.

9. Tonjolkan siapa anda. Pastikan laman web anda mempunyai satu halaman seperti “Siapa
kami” yang menceritakan perihal anda dan perniagaan anda. Masukkan sekali wajah anda
dan no rujukan pendaftaran perniagaan jika ada.

10. Jangan masukkan widget atau aplikasi yang tidak berkaitan dengan laman web anda.
Saya sarankan anda memasukkan widget seperti latest product, hot product dan juga
butang sosial media seperti facebook dan twitter. Letakkan juga widget bantuan
pelanggan di sidebar web anda. Anda boleh menggunakan plugin Yahoo Messanger.
Setaip kali anda login ke YM anda, pelanggan yang melayari laman web anda boleh
bertanyakan secara langsung melalui YM.

11. Jika anda serius dalam perniagaan ini, pastikan anda membina jenama anda sendiri.
Walaupun anda cuma pihak ketiga yang mengambil barang daripada pengeluar jadikan
produk anda sinonim dengan nama anda. Walaupun orang lain menjual produk yang
sama, penjenamaan akan membuatkan ianya berbeza.

12. Pastikan juga anda menyatakan no telefon, emel dan alamat supaya orang ramai boleh
menghubungi anda.

224682 18
BPME3033 E-DAGANG

13. Pastikan anda menjalankan promosi yang hebat dan gila-gila tapi penuh berhikmah.
Jangan lakukan spam dan jangan buat orang tidak suka dengan cara anda promosikan
produk dan laman web anda. Facebook, twitter dan blogwalking merupakan kaedah yang
baik untuk menjalankan promosi. Selain itu boleh juga iklankan di direktori iklan
percuma dan berbayar.

14. Melalui blogging, anda boleh berkongsikan tips-tips tertentu berkaitan produk anda.
Contohnya jika anda menjual jamu pelangsing, anda boleh kongsikan tips-tips berkaitan
seperti pemakanan dan senaman yang boleh membantu mempercepatkan proses
pelangsingan.

Malaysia tidak terkecuali dari dunia digital dan perkembangan E-dagang di Malaysia
sememangnya berada pada tahap yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Dalam
pembangunan ini, usaha dan inisiatif daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kerajaan dapat
memastikan sistem E-dagang ini dapat diimpimentasikan sepenuhnya oleh masyarkat
di Malaysia. Oleh yang demikian, sejajar dengan perkembangan pesat sistem E-dagang telah
banyak diterapkan oleh beberapa negara maju dan sedang membangun bagi memacu ekonomi
masiing-masing.

Kejayaan dalam penggunaan e-dagang memerlukan gabungan perkongsian di antara


sektor swasta dan sektor awam. Sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakan
kekeliruan di antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul
pertelingahan daripada sudut kewibaan (authority). Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia
kini sudah pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Oleh yang demikian
adalah diharapkan urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang
menggalakan dalam masa yang terdekat. Perdagangan ini mempunyai peluang yang sangat besar
di dalam kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Melalui e-dagang ini juga akan
memperkenalkan cara dan gaya baru dalam urusniaga.

224682 19
BPME3033 E-DAGANG

Rujukan

Ahmad Syahrul Haniff Mohd Rawi, Siti Zobaidah Omar & Muhamad Sham Shahkat Ali. Jurnal
Pengajian Media Malaysia. (2011). Tahap Hubungan Antara Pelbagai Faktor Terpilih Dengan
Keinginan Menggunakan E-Dagang Dalam Kalangan Pengguna Internet. Vol 13, No.2: 11-28

Ang Chiew Seng.( 2012). E- Dagang kuasa penggerak perniagaan baru.Majalah Ekonomi,
September : 28-32.

Berita Harian, (1 Ogos 2000), Asean belum sedia laksanakan e-dagang.Berita Harian, 21
Julai,2000 ,Manfaat Sepenuhnya E-Dagang.

Berita Harian,23 Mac,1999

Edward John. (2013). Management Information Systems. Managing the Digital Firm. 8th
Edition. London : Prentice Hall

E-Dagang: Satu konsep perniagaan baru. (2013). Berita Harian, 23 Mac : 10

E-Dagang dan perniagaan melalui internet. (2006). Majalah PC, 1 Ogos : 8 – 10

ELLIS BOOKER :Survey: 65% Of Companies Don't Have E-Comm Strategy,INTERNET


WEEK ONLINE SEPT 6TH 1999

http//:www.microtimes.com

Lee Foong Yeuw , What is Electronic What is Electronic, Jaring Internet Magazine/July
1998,Vol 1, No 2; p.16-17

Mondahl. M., Forecast of the Core Economy. Forrester Research Report (September 1995)

Pankaj Kamthan,(1999). E-commerce on the WWW: A Matter of Trust , e-commerce on


trust.htm, published 25 April,1999

Pengguna Internet Malaysia cecah 25 juta Orang pada 2015 (2013). Berita Harian, 25 Okt

224682 20

You might also like