You are on page 1of 1

STPM 1999 8. a) Huraikan dengan ringkas teknik kemahiran pengurusan yang berikut i. ii. iii. iv.

Kemahiran teknik Kemahiran manusia Kemahiran masa Kemahiran membuat keputusan [8] b) Bincangkan kepentingan setiap kemahiran pada (a) dalam peringkat pengurusan bawahan, pertengahan, dan atasan. [ 12 ]

STPM 2002 8. b) Bincangkan kepentingan setiap jenis kemahiran kepada seseorang pengurus dalam hierarki organisasi. [ 15 ]

1. 1. Jelaskan tiga sebab mengapa pengurus peringkat pertengahan memerlukan kemahiran teknik. [3]

STPM 2007 7. Ahmad aialah penyelia pengeluaran di Syarikat Gantikom Sendirian Berhad, iaitu sebuah syarikat pengeluaran alat ganti komputer. Dalam menjalankan tugasnya, beliau menghadapi pelbagai masalah yang perlu diselesaikan. Setiap hari beliau datang awal ke pejabat untuk menyediakan tugasan bagi pekerjanya. Beliau sering menghadapi masalah dengan pekerja yang tidak datang bekerja dan juga yang datang lewat. Beliau sendiri kerap membaiki mesin yang rosak. Pembelian peralatan pejabat dan bahan untuk pengeluaran memang menjadi tugas rutin beliau. Sekali-sekala beliau terpaksa menyelesaikan masalah kemalangan yang berlaku di kilang semasa proses pengeluaran. Encik Basir pula merupakan pemilik dan pengarah urusan syarikat Gantikom Sendirian Berhad. Beliau sentiasa berbincang dengan Ahmad apabila syarikat terpaksa menambah pengeluaran untuk memenuhi kehendak pelanggan. Kadangkala pelanggan ingin mengubah spesifikasi produk yang ditempah. Pesaing juga sekali-sekala memaksa Encik Basir mengubah strategi perniagaan. Fungsi pengurusan sumber manusia adalah di bawah tanggungjawab pengarah urusan. Oleh itu, masalah pekerja yang berhenti kerja dan yang mengalami kemalangan ditangani oleh Encik Basir. Beliau terpaksa berhubung dengan Jabatan Buruh jika keadaan ini berlaku. Kebanyakan tragedi berlaku di luar jangkaan Encik Basir dan ini menyulitkan beliau untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jelaskan dua jenis keputusan yang perlu dibuat oleh pihak pengurusan atasan dalam menyelesaikan masalah syarikat di atas. [7] b) Bincangkan lima langkah dalam proses membuat keputusan yang perlu dilakukan oleh Encik Basir jika terdapat permintaan pelanggan untuk menambah pengeluaran syarikat tersebut. [ 18 ]

a)

You might also like