You are on page 1of 10

BAHAGIAN A

[50 markah]
Jawab semua soalan.
1 (a) Jelaskan empat peranan perniagaan kepada pengguna.

[4]

(b) Nyatakan enam peranan sektor awam yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan
sesebuah organisasi perniagaan.

[6]

(c) Jelaskan pendekatan kawalan kualiti sepanjang sistem pengeluaran.

[6]

(d) Nyatakan empat prinsip dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

[4]

(e) Jelaskan empat sebab sesebuah organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan
pemasaran.

[4]

(f) Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan keputusan
pembelian sesuatu produk.
(g) Analisis SWOT dilakukan bagi memahami situasi sesebuah organisasi. Jelaskan.

[4]
[4]

(h) Jelaskan masalah yang sering dikaitkan dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas
pekerja dalam sesebuah organisasi.
(i)

[6]

Nyatakan masalah dari aspek penilaian individu semasa membuat penilaian prestasi
pekerja.

(j) Jelaskan tiga ciri penilaian prestasi yang berkesan.

[6]
[6]

Bahagian B [50 markah]


Jawab Semua soalan.
2
a)
Dengan merujuk perniagaan di Malaysia, jelaskan kepentingan perniagaan kepada
pihak yang berkepentingan. [12]
b)
Syarikat Mercu Jaya Berhad mengunjurkan untuk meraih keuntungan sebanyak
RM10 juta setahun menerusi pengenalan beberapa pengenalan produk makanan segera terbaharu di
pasaran tempatan dan luar negara beberapa tahun akan datang. Ketua Eksekutif syarikat tersebut
iaitu, Tan Sri Mokhtar berkeyakinan bahawa makanan segera, iaitu mi goring dan kuih muih yang
dihasilkan khusus untuk memenuhi keperluan pengembara dan individu yang sentiasa sibuk tetapi
mahu menikmati makanan segar, akan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Produk baharu makanan segera yang dihasilkan merupakan produk pertama yang
dikeluarkan di pasaran hasil penyelidikan oleh unit penyelidikan Syarikat Mercu Jaya Berhad bagi
memenuhi permintaan pasaran dan perubahan gaya hidup masyarakat pada masa kini. Selain
pasaran tempatan, produk tersebut akan dipasarkan di Negara Indonesia secepat mungkin. Kajian
yang dijalankan mendapati permintaan produk makanan segera adalah tinggi di negara tersebut
terutama dalam kalangan masyarakat bandar.
Untuk mendapat liputan meluas, Tan Sri Mokhtar telah melancarkan produk tersebut
sempena ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia.di Kuala Lumpur yang berlangsung selama
seminggu. Produk makanan segera tersebut akan dijual di semua pasar raya besar dan rantaian
jualan runcit di seluruh negara. Pada peringkat awal, sukar untuk menganggarkan keseluruhan
rantaian runcit yang akan mengedarkan produk tersebut, tetapi sebanyak 100 cawangan telah
menyatakan persetujuan untuk menjualnya di seluruh negara.
Produk makanan segera boleh terus dimakan dan untuk menikmatinya dengan cara yang
lebih menyelerakan, pengguna dicadangkan untuk memanaskan makanan tersebut dengan
merendamnya di dalam air suam atau digoreng. Proses ini akan mengambil masa selama lima
minit. Penghasilan makanan segera dengan menggunakan bahan makanan yang berkualiti
termasuklah tepungdan rempah yang ditempah khas bagi tujuan menghasilkan makanan segera
yang terbaik. Produk ini mempunyai tempoh ketahanan sehingga 1 tahun, namun jika bungkusan
makanan ini telah dibuka ia perlu dimakan dengan segera.
Tan Sri Mokhtar memberi jaminan bahawa produk tersebut halal dimakan oleh penganut
agama Islam. Selain itu, produktersebut juga dijamin selamat untuk dimakan dan tidak akan
menjejaskan kesihatan pengguna kerana ia dihasilkan tanpa menggunakan sebarang bahan
pengawet dan bahan tiruan. Setiap bungkusan dijual pada harga yang berdaya saing dengan produk
makanan segera yang yang telah ada dalam pasaran.
Untuk memastikan kejayaan dalam perniagaan ini, Syarikat Mercu Jaya Berhad telah
melantik anda sebagai pengurus operasi. Antara tugas anda ialah untuk memastikan produk baharu
yang dihasilkan mencapai kejayaan sebagaimana yang dirancang.
i)

Jelaskan aktiviti perniagaan yang berkaitan yang perlu dipertimbangkan oleh


Syarikat Mercu Jaya Berhad bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan makanan
segera yang diceburi syarikat ini. [18]

ii)

Kenalpasti dan huraikan tahap perniagaan yang terlibat dalam menjalankan


perniagaan tersebut. [20]

SKEMA CADANGAN:
1 (a) Jelaskan empat peranan perniagaan kepada pengguna.

[4]

Empat peranan perniagaan kepada pengguna ialah;

Menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak


pengguna
Mengagih dan mengedarkan barang dan perkhidmatan supaya sampai kepada
pengguna pada harga berpatutan, dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna
dan pada masa yang tepat
Menyediakan barangan yang berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan oleh
pengguna
Memastikan barang dan perkhidmatan yang disediakan sentiasa mencukupi bagi
menampung keperluan pengguna
Memastikan harga yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan adalah
berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna
Menyediakan barang dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna dapat membuat
pilihan yang bijak
[pilih mana-mana empat 4 x 1= 4m]

(b) Nyatakan enam peranan sektor awam yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan
sesebuah organisasi perniagaan.

[6]

Enam peranan sektor awam yang dapat menjana perkembangan dan kejayaan sesebuah
organisasi perniagaan ialah;
Menggubal dasar dan peraturan serta undang-undang yang dapat menggalakkan
pembangunan sektor swasta.
Memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh organisasi perniagaaan.
Mengeluarkan lesen dan permit kepada organisasi perniagaan supaya mereka dapat
beroperasi secara sah.
Menyediakan kemudahan awam untuk organisasi perniagaan dan masyarakat
tempatan.
Menyediakan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang basgi membangunkan
aktiviti perniagaan.
Menggalakkan pertumbuhan sektor ekonomi penting di dalam negara melalui
pemberian insentif tertentu.
Menjadi penyokong dan pendorong kepada sektor swasta.

Menyediakan khidmat nasihat dan rundingan untuk organisasi perniagaan yang


memerlukan.
[pilih mana-mana enam; 6 x 1m= 6m]

(c) Jelaskan pendekatan kawalan kualiti sepanjang sistem pengeluaran.

[6]

Pendekatan Kawalan Kualiti meliputi;


Kawalan input (1m) kawalan pada peringkat awal sistem pengeluaran yang
melibatkan input seperti bahan mentah, tenaga kerja, komponen dan bekalan
daripada pembekal perlu mencapai standard kualiti tertentu sebelum proses
transformasi.
- Input perlu diperiksa untuk memastikan spesifikasi dipatuhi
sebelum ke peringkat seterusnya. (1m)
Kawalan proses transformasi/kawalan semasa (1m) berlaku semasa proses
transformasi, di mana kualiti input yang mengalami transformasi atau barang separuh
siap perlu dinilai untuk menentukan sama ada proses transformasi beroperasi seperti
yang diharapkan.
- Usaha pemantauan dibuat agar tindakan pembetulan
dapat diambil sekiranya perlu sebelum terlambat. (1m)
Kawalan output (1m) produk akhir dinilai dan ditentukan sama ada ia memenuhi
jangkaan atau kehendak pelanggan. (1m)
[F = 1, H = 1; 2 x 3 = 6m]

(d) Nyatakan empat prinsip dalam Pengurusan Kuasliti Menyeluruh (TQM)

[4]

Empat prinsip dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) ialah;


Penumpuan pada aspek produk, proses dan manusia
Satu proses yang berterusan
Penglibatan seluruh organisasi
Penekanan pada pelanggan
Pendekatan kerja berpasukan
Pencegahan dan penambahbaikan secara berterusan
[pilih mana-mana empat ; 4 x 1= 4m]

(e) Jelaskan empat sebab sesebuah organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan
pemasaran.

[4]

Empat sebab sesebuah organisasi perniagaan perlu melaksanakan penyelidikan pemasaran;


Tekanan persaingan perlu membentuk dan memasarkan produk baru
Meluaskan pasaran memerlukan maklumat tentang amalan dan budaya pengguna
di negara lain.
Kos pemasaran yang tinggi perlu membuat analisis tentang skop persaingan
pasaran dan kehendak bakal pengguna bagi
mengelakkan kegagalan.
Mendapatkan maklum balas daripada pengguna mengetahui tahap kepuasan
pengguna terhadap produk sedia ada dan jangkaan
penerimaan terhadap produk baru.
Meningkatkan keuntungan syarikat - mengeluarkan produk yang dapat memberikan
nilai jualan yang tinggi.
Meningkatkan daya saing dalam pasaran - maklumat tentang cadangan
penambahbaikan pada produk sedia ada membolehkan
produk yang lebih berdaya saing dikeluarkan.
[pilih mana-mana empat; 4 x 1 = 4m]

(f) Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan keputusan
pembelian sesuatu produk.

[4]

Empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembuatan keputusan


pembelian sesuatu produk ;
Faktor demografi umur, pendidikan, bangsa, jantina
Faktor psikografi kebudayaan, kelas sosial, kumpulan rujukan, gaya hidup
Faktor psikologi motivasi, pengalaman, personaliti, sikap
Faktor situasi masa pembelian, perasaan semasa membeli, tujuan pembelian dan
cara pembelian
Faktor campuran pemasaran produk, harga, pengedaran, promosi
[pilih mana-mana empat;
[4 x 1 = 4m]

(g) Analisis SWOT dilakukan bagi memahami situasi sesebuah organisasi. Jelaskan.

[4]

Analisis SWOT ;
Strengths (Kekuatan) Faktor dalaman yang membantu pencapaian objektif
organisasi.
Weaknesses (Kelemahan) Faktor dalaman yang membawa kemudaratan atau
kekangan pada pencapaian objektif organisasi.
Opportunities (Peluang) Faktor luaran yang membantu dan memberi kesan
positif pada pencapaian objektif organisasi.
Threats (Ancaman) Faktor luaran organisasi yang membantutkan dan memberi
kesan negatif pada pencapaian objektif organisasi.
[4 x 1 = 4m]
(h) Jelaskan masalah yang sering dikaitkan dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas
pekerja dalam sesebuah organisasi.

[6]

Masalah yang sering dikaitkan dengan pelaksanaan tindakan disiplin ke atas pekerja dalam
sesebuah organisasi;
Kekurangan maklumat / pengetahuan / kemahiran - pengurus tidak mengetahui
prosedur yang betul untuk melaksanakan tindakan disiplin / kekurangan pengetahuan
dan kemahiran untuk menangani isu disiplin
Sukar mengumpul bukti mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kes
disiplin
Perasaan bersalah pengurus merasakan kesilapan pekerjanya berpunca daripada
kelemahan gaya pengurusannya
Tindakan mahkamah menghadapi risiko didakwa oleh pekerja jika tindakan
disiplin gagal dilaksanakan mengikut peraturan
Ketiadaan dokumentasi pengurus tidak menyimpan rekod yang sistematik tentang
masalah prestasi / kesilapan pekerja yang lalu
Hubungan interpersonal bimbang pelaksanaan tindakan disiplin akan menjejaskan
hubungan baik dengan pekerjanya
Ancaman terhadap diri dan keluarganya takut terhadap kemungkinan pekerja akan
membalas dendam dengan mengancam keselamatan diri dan keluarga

Unsur bias / berat sebelah tindakan pengurus mungkin dipengaruhi oleh unsur
prejudis atau bersifat melindungi pekerja lain.
[pilih mana-mana enam; 6 x 1 = 6m]

(i) Nyatakan masalah dari aspek penilaian individu semasa membuat penilaian prestasi
pekerja.

[6]

Masalah dari aspek penilaian individu semasa membuat penilaian prestasi pekerja;
Penilaian bersifat subjektif
Kecenderungan membuat penilaian dari perspektif yang berlainan kesan perbezaan
jantina, budaya dan lain-lain
Hasil pemerhatian yang kurang tepat
Kegagalan membuat penilaian secara berterusan dan konsisten
Penilaian bersifat berat sebelah akibat unsur prejudis atau salah faham
Kecenderungan menyembunyikan perkara perkara tertentu semasa penilaian untuk
menjaga hati pekerja
Daya ingatan yang kurang baik menyebabkan penilai hanya mengingati perkara /
kejadian yang baru berlaku.
[pilih mana-mana enam; 6 x 1 = 6m]

(j) Jelaskan tiga ciri penilaian prestasi yang berkesan.

[6]

Tiga ciri penilaian prestasi yang berkesan;


Dilakukan secara berterusan dijalankan sepanjang masa dan bukan hanya pada
akhir tahun.
- dapat mempertingkatkan ketepatan dan
kebolehpercayaan.
Dilakukan berdasarkan spesifikasi dalam huraian kerja berpandukan kepada bidang
tugas yang telah diamanahkan supaya adil dan berkesan
Adil dan saksama proses penilaian tidak dipertikaikan oleh pekerja dan
menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan pekerja.
Menggunakan kaedah yang sistematik penilai mesti mengetahui aspek yang dinilai
dan menggunakan teknik penilaiana yang betul
Menghasilkan perbandingan yang tepat perbandingan dapat dibuat dengan mudah
dan konsisten antara seorang pekerja dengan pekerja
yang lain dalam jabatan yang sama
- Perbandingan juga dapat dibuat antara
pekerja dalam satu jabatan dengan pekerja dalam
jabatan lain
[pilih mana-mana tiga; 3 x 2 = 6m]
Bahagian B
2

a) Kepentingan perniagaan kepada pihak berkepentingan ;


- Pelanggan [1]

Ialah Individu yg membeli produk yg dikeluarkan [1] dan kepentingan perniagaan kepada
pelanggan ialah memperoleh pelbagai pilihan produk yg dikeluarkan di samping harga yg
berpatutan dan kualiti yg tinggi.[1]
- Pembekal [1]
Ialah pihak yg membekalkan input pengeluaran kepada peniaga[1] dan kepentingan
perniagaan kepada pembekal ialah dapat membekalkan input kepada peniaga dan
memperoleh keuntungan melalui aktiviti perbekalan tersebut.[1]

b)

Pembiaya [1]
Ialah pihak yg meminjamkan modal modal kewangan kepada perniagaan [1] dan
kepentingan perniagaan kepada pembiaya ialah membolehkan pembiaya membiayai
perniagaan dan memperoleh pendapatan dalam bentuk keuntungan dan faedah
berdasarkan modal yg dipinjamkan. [1]

Pekerja [1]
Ialah yg menyumbangkan tenaga fizikal atau mental kpd perniagaan [1]. Kepentingan
perniagaan kepada pekerja ialah memperoleh pendapatan (gaji @ upah) dan dapat
meningkatkan taraf hidup pekerja. [1]

Pesaing [1]
Ialah syarikat atau perniagaan lain yang mengeluarkan produk yang sama dengan
perniagaan yang dijalankan. [1] Kepentingan perniagaan kepada pesaing ialah dapat
organisasi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan
@ menggalakkan inovasi.[1]
[mana-mana 4 x 3 = 12m]

i.

Jenis aktiviti perniagaan yang berkaitan ialah :


Ekstraktif[1]
melibatkan pengeluaran bahan mentah dari perut bumi.
bahan
mentah
yang diperlukan ialah gandum, keledek, kentang dan jagung untuk menghasilkan
pelbagai jenis kuih muih dan mi.[1]
Barangan pengguna (konsumer)[1]
Merujuk kepada perniagaan yg terlibat dalam pengeluaran barang kegunaan isi rumah.
Mi goreng dan kuih boleh dimakan terus oleh pengguna isi rumah.[1]
Peruncitan[1]
Perniagaan yg terlibat dalam aktiviti runcit lazimnya mendapatkan bekalan barangan
daripada pemborong utk dijual kpd pengguna.[1]
Sykt Mercu Jaya Berhad memasarkan mi goreng dan kuih muih segera di rantaian kedai
runcit dalam negara dan di Indonesia[1].
Pemborongan
Perniagaan borong membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan mengagihkan
barang dalam kuantiti lebih kecilkepada peruncit atau pelanggan.[1]

ii.

Sykt Mercu jaya Berhad mengedarkan dan memasarkan mi goreng dan kuih muih
kepada pemborong yg dilantik di dalam negara dan di Indonesia.[1]
Kewangan[1]
Perniagaan yg terlibat dalam aktiviti kewangan menawarkan perkhidmatan kewangan
kepada pengguna.[1]
Sykt Mercu Jaya memerlukan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan yang
boleh diperolehi daripada pemegang saham sebagai pemodal dan pihak bank.[1]
Profesional[1]
Perniagaan yg terlibat dalam aktiviti professional menawarkan perkhdmatan yang
khusus.[1]
Sykt Mercu Jaya memerlukan tenaga pakar dalam bidang pemakanan bagi menjalankan
kajian untuk menghasilkan makanan segera yang memenuhi citarasa pengguna.[1]
[6 x 3 = 18m]

Tahap perniagaan yang terlibat ialah :


Tahap primer[1]
- melibatkan pengekstrakan sumber semulajadi dan bahan mentah dari perut bumi tanpa
mengubah bentuk asal.[1]
Aktiviti memperoleh gandum daripada pokok gandum, ubi dan kentang daripada
akativiti menggali ubi dan kentang di ladang adalah aktiviti di tahap primer.[1]
Tahap sekunder[1]
- Melibatkan pemprosesan bahan mentah untukmenghasilkan barang siap atau separuh
siap.[1]
- Cth aktiviti memotong, mengisar gandum dan kentang sebagai barang separuh siap
untuk menghasilkan mi goreng[1]
Tahap tertier[1]
- Merujuk kepada perniagaan produk tidak ketara @ perkhidmatan yg tidak perlu diproses
lagi.[1]
- Cth : Sykt Mercu Jaya Berhad memasarkan makanan segera di dalam negara dan di
Indonesia.[1]
Tahap huluan [1]
- Perniagaan barangan asas yang diperlukan untuk menghasilkan produk siap atau separa
siap.[1]
- Cth: Industri perladangan gandum, ubi dan kentang membekalkan bahan asas yg
diusahakan oleh Sykt Mercu Jaya Berhad[1]
Tahap Hiliran[1]
- Merupakan perniagaan yg wujud disebabkan aktiviti yg dijalankan oleh perniagaan
huluan[1]
- Aktiviti perniagaan huluan iaitu perladangan telah mewujudkan Sykt Mercu Jaya
menghasilkan makanan segera.[1]
Tahap Domestik[1]
- Merupakan perniagaan yang menjalankan aktiviti di peringkat tempatan.[1]

Sykt Mercu Jaya Berhad memasarkan produk makanan segera di 100 buah kedai dalam
negara.[1]
Tahap Antarabangsa[1]
Merupakan perniagaan yg menjalanka aktiviti perdagangan dengan negara lain.[1]
Syarikat Mercu Jaya Berhad bercadang mengeksport produk makanan segera di
Indonesia terutama di kawasan bBandar.[1]
[7 x 3 = 21m, maksima = 20]

You might also like