You are on page 1of 11

PENDAHULUAN

Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ialah satu inovasi dalam kehidupan


masyarakat Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara yang baru
diperkenalkan dalam kehidupan sesuatu masyarakat ianya tentu
menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian dari
budaya hidup. Penerimaan ICT ini banyak bergantung kepada factor-faktor
seperti mudah mendapatkannya, kecanggihannya manfaat yang boleh
diperoleh darinya dan sebagainya. Justeru penerimaan ahli-ahli
masyarakat terhadap ICT juga sama dengan penerimaan mereka terhadap
lain-lain inovasi, ianya dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap
teknologi baru tersebut. Lebih jelas lagi, persepsi masyrakat terhadap ICT
merupakan faktor penentu yang penting kepada keputusan mereka untuk
menerima atau menolak teknologi ini. Kajian ini cuba menyingkap persepsi
masyarakat Malaysia terhadap ICT berdasarkan pendapat mereka
mengenai kesan dan impak daripada penerimagunaan ICT dalam
masyarakat. Penggunaan ICT dalam kehidupan member impak yang positif
kepada kita terutamanya memudahkan kita melakukan kerja harian.
Contohnya, memudahkan kita mencari maklumat semasa dengan hanya
melayari internet. Sudah jelas, pengunaan ICT pada masa sekarang
sangat penting dari kanak-kanak hingga dewasa.

1
DEFINISI

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan “Information


and Communication Technology” yang bermaksud Teknologi Komunikasi
Maklumat Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah
yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Information and CommunicationTechnology)
atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses data.
Ruang tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan
komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi,
memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses


pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat
menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad
kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,telefon,
telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima.

ICT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Membantu pengurusan pendidikan

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus


pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan
perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam
organisasi. ICT memang membantu dan menolong mereka (pengurus
sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat.

Memperoleh pelbagai sumber maklumat

Guru-guru boleh memperolehi maklumat dari pelbagai sumber melalui ICT


untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan
teknologi komunikasi. Tujuan utama ICT adalah membantu sesuatu
organisasi mencapai matlamat dengan membekalkan pengurus-pengurus
dengan “insight” ke atas operasi organisasi.

Dapat dijadikan pendidikan dari jarak jauh

Pendidikan jarak jauh dapat diwujudkan dengan adanya rangkaian


pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan
pembelajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan
konvensional perlu dihapuskan. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan
bagi membolehkan pelajar mempelajari kemahiran tertentu.

Perdagangan elektronik
Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai telekomunikasi atau rangkaian
yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan
berkembangnya perkhidmatan sedemikian, pengguna tidak perlu keluar
rumah untuk melakukan pemindahan kewangan.

Memudahkan aktiviti perbankan

Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat, aktiviti perbankan dan


pasaran dapat dijalankan. Ini akan member pengaruh besar ke atas guna
tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait
dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun
dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut
dijalankan dengan selamat.

KESAN PENGGUNAAN ICT


KEBAIKAN

1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran


dan pembelajaran.
 Guru boleh mendapatkan maklumat dengan lebih cepat melalui
internet serta menyampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik apabila guru
menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar seperti penggunaan
powerpoint, flash, video. Melalui cara ini proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan
padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan
persembahan menarik serta mudah untuk difahami. Justeru itu
pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

2. Mewujudkan suasana yang menyeronokkan.


 Guru dapat mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan ICT
serta memperoleh maklumat dengan cepat dan berkesan.Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan
maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat
digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Guru dapat melakukan
pelbagai aktiviti dengan menggunakan ICT yang akan menarik minat
pelajar untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Penglibatan aktif daripada pelajar akan
mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan pelajar akan lebih
minat untuk belajar.
5
3. Dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.
 Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan
bahan mengenai ICT seperti
komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan
sebagainya. Proses pengajaran yang melibatkan ICT secara tidak
langsung akan melibatkan guru dan pelajar menggunakan ICT. Oleh
itu, pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kemahiran
guru dan pelajar dalam penggunaan teknologi.

4. Dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua


pelajar
 Guru boleh menggunakan ICT untuk menghasilkan bahan
pengajaran yang menarik mengikut minat pelajar. Jadi, guru dapat
menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dengan
bantuan ICT. Contohnya, guru boleh menggunakan video untuk
pelajar yang lebih suka kepada gambaran. Oleh itu, guru dapat
menarik minat pelajar dan pelajar akan lebih fokus kepada
pengajaran guru kerana minat. Jadi, guru akan memberi peluang
yang sama kepada semua murid dengan menggunakan ICT dan
diaplikasikan mengikut kehendak murid atau kebohupayaan
seseorang murid itu.

KEBURUKAN
1. Fitnah mudah disebar
 Fitnah dapat disebar dengan mudah , ia memang sukar untuk
dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan
maklumat, maklumat yang disiarkan sukar untuk menentukan
kesahihannya.

2. Menjadikan seseorang leka


 ICT boleh menjadikan pelajar leka pada saat mereka menggunakan
ICT, ia kerana mereka telah salahgunanya dengan bermain game
dan bersosial dengan masyarakat luar.

3. Terdedah kepada perkara tidak baik


 Pengguna akan terdedah kepada perkara baik seperti cerita, gambar
dan pembicaraan yang berunsur lucah, ia akan mempengaruhi
pengguna untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.

4. Peningkatan pengangguran
 Penggunaan bahasa inggeris dalam komunikasi perniagaan telah
menyebabkan masyarakat kurang mahir dalam penggunaan bahasa
inggeris menganggur.

PENUTUP
Penggunaan ICT dalam kehidupan seharian bukanlah sesuatu yang baru,
malah telah lama diperkenalkan di Negara-negara maju seperti Amerika
dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam
menikmati arus pembanggunan bersasakan komputer ini. Dalam konteks
pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan
dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi
persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata
pelajaran. Konsep pembelajaran berasaskan peralatan Tekonologi
Komunikasi (ICT) khusunya Internet dianggap semakin popular dan
penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di
dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar
banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti
Internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar
bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa
dan ahli masyrakat yang prihatin. Penggunaan Internet dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan
dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat
dan bahan asal, memudahkan kolaboratif dan perbandingan global, dan
membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan
mudah. Akhir sekali, terdapat pelbagai kebaikan dalam menggunakan ICT
dalam kehidupan seharian atau kegunaan lain dengan secara berhemah,

RUJUKAN
 http://prosonict.blogspot.com/2015/09/kepentingan-ict-dalam-
kehidupan.html
 http://then-sin.blogspot.com/2011/10/apa-itu-teknologi-maklumat.html
 https://www.academia.edu/6523443/DIPLOMA_TEKNOLOGI_PEMBI
NAAN

9
BIL MUKA
ISI KANDUNGAN
SURAT

1 Pendahuluan 1

2 Definisi 2

Isi Kandungan

 Kegunaan ICT dalam


3 3,4,5,6,7
kehidupan
 Kesan penggunaan ICT

4 Penutup 8

5 Rujukan 9

6 Lampiran 10
LAMPIRAN

10

You might also like