You are on page 1of 28

( PTD 2043 )

1.0 PENGENALAN

Perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) sedang merubah era komunikasi

marcapada ini. Penciptaan dan rekaan dalam bidang sains dan teknologi pada masa kini ibarat

cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kemajuan teknologi maklumat tidak boleh menyekat

atau menghalang sesiapa di dunia untuk berkomunikasi yang berpotensi untuk mempengaruhi

kegiatan sosial, ekonomi, agama dan politik.

Secara tidak langsung, kemunculan teknologi komunikasi maklumat ternyata membawa

cabaran yang lebih besar kepada umat Islam kerana bersamanya mengalir berbagai bentuk

maklumat yang tidak lagi dapat disekat dan ianya amat sukar ditapis. Oleh kerana teknologi

komunikasi maklumat dipelopori oleh Barat, maka tidak hairanlah sebahagian besar

kandungannya mengikut acuan Barat.

Sebelum wujudnya alat-alat sebaran am seperti radio dan televisyen, umat Islam

bergantung kepada surat khabar dan majalah di samping tempat-tempat perhimpunan awam

seperti masjid, balai raya, dan juga kedai kopi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kemunculan radio dan televisyen di pertengahan abad ke-19 telah membawa perubahan yang

mendadak kepada cara penyampaian maklumat serta penyebaran ilmu.

Keberkesanan dan kepentingan teknologi komunikasi maklumat bergantung kepada

penggunaannya. Selain ianya banyak memberi kebaikan, ianya juga boleh mendatangkan

kemudaratan dan keburukan sekiranya tidak dikawal dengan menggunakan modus operandi

yang berkesan. Teknologi komunikasi maklumat merupakan alat yang terbaik digunakan untuk

mengadakan propaganda dan membuat fitnah yang akhirnya boleh merosak dan meruntuhkan

nilai kemanusiaan.

1
( PTD 2043 )

Malah, teknologi komunikasi maklumat ini merupakan alat yang boleh merubah persepsi

minda, sikap, pandangan dan budaya seseorang. Lebih jauh lagi, ia juga boleh digunakan

sebagai alat untuk menyalurkan maklumat yang salah mengenai sesuatu perkara dan digunakan

juga dalam menyalurkan gambar-gambar lucah dan kotor sebagaimana yang sering dilaporkan

oleh media massa tempatan mahupun antarabangsa.

Kebimbangan mengenai penyalahgunaan teknologi komunikasi maklumat ini

sememangnya wujud di kalangan setiap orang. Beberapa langkah awal mungkin boleh diambil

untuk membendung gejala negatif ini daripada merebak dengan meluas, tetapi kecanggihan

teknologi komunikasi maklumat ini juga memungkinkan mereka yang tidak bertanggungjawab

mencanggihkan lagi teknologi mereka, sehingga perkara-perkara yang tidak terduga selama ini

disampaikan melalui teknologi tersebut.

Jelaslah bahawa perkembangan teknologi komunikasi maklumat mempunyai pelbagai

cabaran-cabaran tanpa mengira agama, budaya mahupun kaum dalam sesebuah masyarakat.

Oleh itu, sebagai penyambung legasi negara akan datang, kita haruslah menggunakan teknologi

komunikasi maklumat dengan sebaik mungkin agar tidak merosakkan negara pada masa

hadapan. Kita juga sewajarnya peka dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang seterusnya

dengan jati diri dan minda yang mapan.

2
( PTD 2043 )

2.0 TAKRIF

Komunikasi berasal dari perkataan Yunani, iaitu communicare yang bermaksud

menjadikan sesuatu itu milik bersama di mana penyampai menyampaikan sesuatu mesej

kepada pendengar, pendengar pula bertindak dengan memberi maklumbalas yang bersesuaian.

Bercakap, mendengar, menonton, membaca, menulis, berdoa, menilai diri dan sebagainya juga

adalah aktiviti komunikasi.

Perkataan komunikasi juga mempunyai persamaan maksud dengan perkataan bahasa arab.

Dalam Islam, perkataan dakwah, ittisal (menyampaikan) dan wasa’ili’lam (kaedah

penyampaian) digunakan bagi menggambarkan maksud komunikasi dalam Islam. Terdapat

banyak perkataan-perkataan lain dalam Al-Qur’an yang menerangkan aktiviti komunikasi,

antaranya ialah Qara’a (membaca) , Baligh (menyampaikan), Bashir (mengkhabarkan) , Qul

(mengatakan) , Dia’a (menyeru) , Tawassa (berpesan-pesan) , Sa’ala atau Sama’a (bertanya-

tanya). Oleh itu, definisi komunikasi Islam ialah proses bagaimana seseorang pendakwah

berfungsi sebagai komunikator, berkongsi pengalaman dan maklumat dengan pendengar.

Berhubung dengan teknologi komunikasi maklumat (ICT) merupakan teknologi yang

diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan

dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan

mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,

melindungi, memproses, memindah, dan melihat maklumat tanpa mengira tempat dan masa.

Definisi teknologi komunikasi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses

pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan

teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah

cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.

3
( PTD 2043 )

Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi

ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit

dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Teknologi ini wujud sebagai satu

perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan.

Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya

untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat,

memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.

Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Antaranya asas

pentingnya ialah yang pertama, untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan

dengan menggunakan tekonologi. Contohnya, dengan menggunakan computer ia boleh

merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan. Seterusnya ialah untuk memanipulasikan

maklumat dan proses semula imej. Yang ketiga pula ialah digunakan untuk berkomunikasi iaitu

ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi

mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.Teknologi ini wujud sebagai satu

perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan.

Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya

untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat,

memproses maklumat dan menyebarkan maklumat. Laudon dan Laudon ( 1997 ) menyatakan

sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang

mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan,

merancang, mengawal dan menganalis.

4
( PTD 2043 )

3.0 SEJARAH KOMUNIKASI DAN PERKEMBANGAN

Sejak manusia pertama (Adam dan Hawa) mendiami bumi ini, komunikasi menyertai

kehidupan dan perkembangan kedua mahkluk Tuhan tersebut. Pada awalnya, komunikasi

berada di dalam lingkup yang sederhana dan tidak meluas. Perkembangan umat manusia

terus meningkat berdasarkan meningkatnya usia planet bumi ini, sehingga manusia tidak

lagi berada di dalam dimensi yang sama. Di setiap zaman, manusia mempunyai model

komunikasi yang berbeza seiring dengan perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan.

Untuk mempelajari sejarah perkembangan komunikasi, kita perlu tahu apa yang sudah

dihasilkan manusia pada waktu itu. Sejarah perkembangan komunikasi sangat dipengaruhi

oleh peradaban ilmu pengetahuan. Kemajuan teknologi maklumat ataupun media-media

komunikasi yang diciptakan manusia menjadikan komunikasi mempunyai pola yang

berbeza.

Kita semua tahu bahawa konsep komunikasi itu selalu berjalan seiring dengan waktu

sehingga saat ini, dengan demikian jika kita terus mengetahui maklumat dari segala aliran

komunikasi kita akan tahu betapa majunya akan penglihatan secara meluas. Aspek

komunikasi tidak boleh berdasarkan oleh satu aspek sahaja. Oleh itu, komunikasi

mempunyai banyak pengertian bergantung kepada cara mereka mengamalkanya dan meng

aplikasikanya. Semua itu bergantung bagaimana kita memerlukannya.

Menurut Everett M. Rogers, komunikasi adalah proses di mana suatu idea dialihkan

dari sumber kepada suatu penerima atau lebih, dengan maksud untuk mengubah tingkah

laku mereka.Menurut beliau juga, sejarah perkembangan komunikasi dibahagi kepada

empat era perubahan, iaitu era komunikasi tulisan, era komunikasi cetak, era

telekomunikasi dan era komunikasi interaktif.

Kelemahan dari pendapat beliau adalah beliau tidak melihat bahasa lisan sebagai era

komunikasi yang pertama kali. Ada kemungkinan Everette melihat bahawa bahasa tulisan

5
( PTD 2043 )

merupakan wujud dari upaya manusia untuk melestarikan pengetahuan dan mengatasi

batasan-batasan komunikasi lisan pada awal waktu itu, iaitu hanya dengan suara dengusan

dan isyarat tangan saja

Era komunikasi pada waktu itu berfungsi sebagai sistem untuk pengenalan bentuk-

bentuk yang mereka kenal, mereka menggambarkan informasi yang mereka dapatkan pada

dinding-dinding gua, tentang berburu dan binatang buruannya. Pada masa ini mereka mula

mengenali benda-benda yang ada disekitar lingkungan mereka tinggal dan mewakilinya

dengan bentuk-bentuk yang kemudian mereka lukis pada dinding gua tempat mereka

tinggal. Ianya kerana kemampuan mereka dalam berbahasa hanya berkisar pada bentuk

suara dengusan dan isyarat tangan sebagai bentuk awal komunikasi mereka pada masa ini.

Perkembangan selanjutnya adalah diciptakan dan digunakannya alat-alat yang

menghasilkan bunyi dan isyarat, seperti gendang, trompet yang diperbuat daripada tanduk

binatang, isyarat asap sebagai alat pemberi peringatan terhadap bahaya.

Manusia menemukan medium media untuk menulis segala kontrak, undang-undang

serta catatan keagamaan. Mereka memilih memakai media yang praktikal, tahan lama,

mudah dibawa, dan murah. Orang-orang Cina pada zaman purba mula membuat ku-wan

atau dikenali sebagai isyarat gambar bergerak sebelum munculnya piktograf, gambar

simbol-simbol tersebut muncul pertama kali di Asia bahagian barat. Walaupun media

tersebut mudah dibawa, namun penggunaannya sangat terbatas dan hanya digunakan pada

kalangan bangsawan, cendekiawan, dan rohaniwan.

Sebenarnya, tulisan sudah mula muncul pada tahun 8000 SM. The Fertile Crescent,

terutama Mesopotamia, mempunyai perjalanan yang lama dalam menghasilkan dan

menggambarkan bahasa lisan. Bentuk komunikasi dalam bentuk simbol yang ada pada

tanah liat muncul sekitar pada tahun 8000 SM di Sumeria. Tanah liat yang berukuran kecil

dan ditulis dengan simbol segitiga, bulat, kon, dan tanda-tanda lainnya dicetak untuk

6
( PTD 2043 )

mewakili sukatan untuk biji-bijian atau padi, sebotol minyak, dan barang-barang lainnya

yang masih berhubungan dengan perdagangan. Tanda-tanda tersebut membantu

masyarakat untuk menjaga barang-barang untuk menyatukan dan pengagihan semula

sumber-sumber masyarakat. Sebagai simbol status untuk kaum elit dari sebuah komuniti,

acuan tanah liat tersebut diletakkan di tempat pengebumian. Tanda-tanda yang bergambar

itu juga menggambarkan hadiah-hadiah yang akan dibawa ke kuil untuk Tuhan, atau yang

akan dibawa untuk raja atau pemerintah sebagai persembahan .Penulisan pada tanah liat

berlangsung kira-kira selama 5000 tahun.

Sekitar tahun 3000 SM, orang-orang Sumeria memasukkan angka-angka, selain

gambar sehingga, beberapa penyelidik atau pengkaji percaya bahawa antara tulisan dan

angka saling berhubungan. Tulisan pertama yang dipakai oleh masyarakat Sumeria adalah

piktograf, iaitu gambar suatu objek yang sederhana. Sebenarnya, piktograf itu sendiri

merupakan gambar atau simbol yang ditulis pada tanah liat yang telah muncul pada tahun

8000 SM. Namun, istilah piktograf baru muncul sekitar pada tahun 3000 SM.

Penggunaan huruf hieroglif pada bangsa Mesir Kuno merupakan bahasa simbol dimana

setiap ungkapan diwakili oleh simbol yang berbeza, yang apabila digabungkan menjadi

satu akan mempunyai cara pengucapan dan maksud yang berbeza. Bentuk tulisan dan

bahasa hieroglif ini lebih maju dibandingkan dengan tulisan bangsa Sumeria. Serat

papyrus digunakan sebagai kertas. Kertas yang diperbuat daripada serat pohon papyrus

yang tumbuh di sekitar Sungai Nil ini menjadi media menulis atau media informasi yang

lebih kuat dan fleksibel berbanding dengan tanah liat yang sebelumnya digunakan sebagai

media informasi.

Pada tahun 1455 mesin cetak yang menggunakan plat huruf yang diperbuat daripada

besi yang boleh diganti-ganti dalam bingkai yang diperbuat daripada kayu dikembangkan

untuk yang pertama kalinya oleh Johann Gutenberg. Mesin cetak ini digunakan untuk

7
( PTD 2043 )

mencetak Kitab Injil kerana pada saat itu belum banyak orang boleh membacanya. Hanya

kalangan bangsawan dan golongan gereja sahaja yang boleh membacanya. Akan tetapi

lama-kelamaan mesin cetak itu dipakai oleh majoriti masyarakat. Pada tahun 1833, ketika

Bunyamin Day melancarkan surat khabar New York Sun, yang digunakan secara besar-

besaran. Pada tahun 1839, Daguerre menyertai beliau sebagai fotografi untuk surat khabar

New York Sun.

Pada tahun 1837, Samuel Morse mengembangkan telegraf dan bahasa kod Morse

bersama Sir William Cook dan Sir Charles Wheatstone yang dihantar secara elektronik

antara 2 tempat yang berjauhan melalui kabel yang menghubungkan kedua tempat

tersebut. Penghantaran dan penerimaan informasi ini mampu dihantar dan diterima pada

saat yang hampir bersamaan waktunya. Penemuan ini memungkinkan informasi dapat

diterima dan dipergunakan secara luas oleh masyarakat tanpa dirintangi oleh jarak dan

waktu.

Pada tahun 1877, Alexander Graham Bell menciptakan dan mengembangkan telefon

yang pertama kali digunakan secara umum. Fotografi dengan kecepatan tinggi pula

ditemukan oleh Edweard Maybridge. Antara tahun 1886 dan 1888, Heinrich Rudolf Hertz

yang pertama kali membuktikan teori Maxwell melalui eksperimen, memperagakan

bahawa radiasi radio memiliki seluruh gelombang (gelombang Hertzian), dan menemukan

bahawa persamaan elektromagnetik dapat diformulasikan ke persamaan turunan partial,

yang disebut persamaan gelombang.

Dalam penggunaannya, radio pada awalnya digunakan untuk keperluan maritim, iaitu

untuk mengirimkan pesan telegraf dengan kod morse. Kemudian, salah satu penggunaan

yang paling dikenang adalah pada saat tenggelamnya RMS Titanic pada 1912, termasuk

komunikasi antara operator di kapal yang tenggelam dan kapal terdekat,serta komunikasi

ke stesen darat mendaftar penumpang yang terselamat.

8
( PTD 2043 )

Pada sekitar tahun itu juga, mula adanya perkembangan televisyen. Dalam penemuan

televisyen, terdapat banyak pihak, pengkaji mahupun inovasi yang terlibat, baik

perseorangan mahupun badan perusahaan. Televisyen adalah media massa yang

diperkembangkan dari tahun ke tahun. Sejak awal lagi televisyen tidak boleh dipisahkan

daripada penemuan dasarnya iaitu hukum gelombang elektromagnetik yang ditemui

oleh Joseph Henry dan Michael Faraday (1831) yang merupakan penemu awal komunikasi

elektronik.

Para penyelidik iaitu Bruce, Cunard, Dysin, dan Hills mempunyai pendapat yang sama,

iaitu perubahan teknologi yang terpenting di dunia telekomunikasi adalah menyatukan

dunia komputer dan telekomunikasi menjadi satu sistem tunggal. Ketika microchip yang

tersedia di mana-mana itu menjadi bahagian penting di dalam sistem telekomunikasi,

pengiriman hubungan telefon dan pemprosesan data serta peralatan dan pelayanan

telekomunikasi berkembang dengan pesat. Penggunaan komputer, internet, serta satelit

yang membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih mudah dan percakapan antara

manusia tidak lagi harus bersemuka.

Sejarah perkembangan komunikasi di atas sudah cukup membuktikan bahawa

sebenarnya komunikasi tidak pernah terputus. Ianya kerana pada asasnya hubungan antara

komunikasi merupakan sebahagian dari perkembangan peradaban manusia.Dengan

mempelajari sejarah perkembangan komunikasi, kita juga boleh mengetahui bahawa

sebenarnya peradaban yang sangat maju telah bermula lebih awal di Cina dan Timur

Tengah. Hal tersebut jelas dilihat dari sudut era komunikasi tulisan. Mereka lebih

cenderung memikirkan manfaat hasil temuannya itu daripada orang Amerika dan Eropah

yang lebih cenderung untuk menghasilkan suatu ciptaan.

9
( PTD 2043 )

4.0 KONSEP

Konsep komunikasi boleh terbahagi kepada dua bahagian, iaitu konsep dari sudut Islam

dan konsep dari sudut Barat. Komunikasi Islam berasaskan nilai-nilai keagamaan yang

bersumberkan Al-Qur’an dan Hadis. Ini kerana segala sesuatu yang berhubung dengan proses

komunikasi, sama ada secara prinsip, kaedah, mesej, matlamat dan media hendaklah

berasaskan panduan wahyu dan sunnah Rasulullah S.A.W. Amalan komunikasi ini dikira

ibadat dalam kehidupan umat Islam.

Terdapat 12 prinsip yang perlu ada dalam komunikasi individu berdasarkan Al-Qur’an

iaitu memulakan percakapan dengan ucapan “Assalamualaikum”, bercakap dengan lemah

lembut , menggunakan perkataan yang baik, menyebut perkara yang baik-baik tentang diri

rakan-rakan, menggunakan hikmah dan nasihat yang baik , bercakap benar, menyesuaikan

bahasa dan isi percakapan dengan tingkat kecerdasan pendengar, berdialog dengan cara yang

lebih baik, menyebut perkara yang penting berulang kali, mengotakan apa yang dikata,

mengambil kira pandangan dan fikiran orang lain dan berdoa kepada Allah S.W.T jika memikul

tanggungjawab komunikasi yang besar. Komunikasi yang berkesan dapat mempengaruhi orang

lain di samping mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Konsep komunikasi dari sudut Barat pula hanya menitikberatkan soal-soal etika dalam

penyiaran dan komunikasi sahaja. Hukuman kepada pelanggaran etika bagi komunikasi

konvensional berlaku di dunia sahaja, sedangkan hukuman bagi pelanggaran terhadap etika

komunikasi secara Islam berlaku hingga akhirat selagi ia tidak mendapat keampunan daripada

Allah S.W.T. Teori komunikasi yang dikembangkan Barat lebih menekankan pada aspek

empirical (pemerhatian) serta mengabaikan aspek normatif dan historikal. Pendekatan seperti

ini tentu sangat bersifat pra-matang.

10
( PTD 2043 )

5.0 TOKOH-TOKOH ILMU KOMUNIKASI DUNIA

David K. Berlo

Berlo lahir tahun 1929. Beliau merupakan salah satu mahasiswa generasi

pertama di Program Doktor Komunikasi di bawah kepimpinan Wilbur Schramm di

Illinois. Berlo dikenali juga sebagai pencipta program komuniaksi di Universiti

Michigan yang banyak melahirkan doktor komunikasi. Beliau merupakan penulis buku

teks komunikasi yang terkenal iaitu The Process of Communication (1960). Buku ini

mengajarkan model komunikasi SMCR; Source-Message-Channel-Receiver. Berlo

mengasaskan rumusannya pada model komuniaksi yang dirumuskan Shannon, iaitu

teori maklumat dengan model matematikanya. Berlo menjadi mahasiswa program

doktor yang dipimpin Wilbur Schramm di Illinois tahun 1953. Sebelum itu, beliau

adalah mahasiswa Jurusan Matematik di Universiti Missouri. Berlo kemudiannya

menjadi pimpinan di fakulti komunikasi yang dibuka di Universiti Michigan.

Merton

Merton lahir sebagai anak pendatang dari sebuah kawasan setinggan di

Philadelphia Utara. Selama 3 tahun Merton mengajar dan menjadi professor, serta

pimpinan kepada Jabatan Sosiologi di Tulane University hingga dipanggil Universiti

Colombia pada tahun 1941. Melalui tulisannya di tahun 1938 yang berjudul Social

Structure and Anomie, menjadikan Merton menjadi ahli teori sosial yang

termuda. Merton dikenali sebagai intelektual bandar yang sangat dihargai kerana

pilihan kata-katanya, baik dalam penulisannya mahupun pembicaraanya. Lazarsfeld

sangat menghargainya dan menyebutnya sebagai "tuan sosiologi negeri ini

(Amerika)". Merton juga seorang sarjana komunikasi massa. Merton mengkaji

bersama-sama dengan Fiske dan Curtis tentang jarinagn radio CBS. Merton merupakan

pengajar di Universiti Columbia dalam kurun waktu 35 tahun bersama dengan

11
( PTD 2043 )

Lazarsfeld. Merton dikenali sebagai ahli ilmu sosial, sedangkan Lazarsfeld sebagai ahli

kaedah penyelidikan kuantitatif yang mempelajari kesan komunikasi. Kewujudan dua

tokoh ini di tahun 1941 ikut menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi keutuhan

Chicago School.

Lazarsfeld

Lazarsfeld lahir dan menghabiskan tiga puluh tahun pertama hidupnya di

Vienna. Beliau melihat ayahnya sebagai seorang peguam yang sangat miskin dan tidak

berjaya. Ibunya tidak mempunyai pendidikan formal, tetapi dikenali sebagai penulis

buku How the woman Experiences the Male yang terbit di Eropah tahun 1931.

Lazarsfeld memperoleh pendidikan yang mencukupi sebagaimana kanak-kanak di

kalangan menengah di Vienna. Pada tahun 1925, dalam usia 24 tahun, beliau

memperoleh ijazah doktor falsafah dalam matematik gunaan dari Universiti

Vienna. Lazarsfeld merupakan salah seorang pemikir dan ahli ilmu sosial Eropah yang

muncul pada awal Perang Dunia II. Beliau dikenali dengan The Bureau of Applied

Social Research yang banyak melakukan kajian tentang radio dan surat khabar.

Rogers

Rogers mempunyai konsep yang dikenali sebagai Rogers-Farace Coding

System (one up, one down, dan one across) yang boleh digunakan untuk mengira

pertukaran mesej komunikasi. Sistem koding ini telah digunakan pada pelbagai bidang

mulai dari interaksi polis dengan rundingan buruh, anak-anak yang tidak boleh belajar,

wawancara pekerjaan, interaksi di kelas, mesyuarat kakitangan dengan pengurus

hingga konteks perkahwinan dan sistem keluarga. Rogers dikenali dengan tulisan-

tulisannya tentang inovasi dan rangkaian komunikasi. Terdapat beberapa buku karya

Rogers yang terkenal diantaranya Communication Network, Communication

12
( PTD 2043 )

Technology New Media in Society, History of Communication Study a Biographical

Approach dan Organization Communication. Rogers termasuk saintis yang merasakan

terdapatnya aspek lain selain pendekatan scientific yang cenderung memandang

komunikasi sebagai proses yang linear.Seperti Schramm, Rogers juga datang dari

disiplin lain, kemudian tertarik mempelajari komunikasi dan dalam perkembangannya

menetap menekuni ilmu komunikasi. Rogers meraih gelar master dari Iowa State

University. Rogers meraih gelaran doktor tahun 1957 dengan disertasi bertema tentang

difusi inovasi pertanian di antara para petani di sebuah masyarakat luar bandar di

Iowa. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, Rogers pindah ke Ohio State University

sebagai pembantu profesor dalam sosilogi luar bandar dengan pakar difusi inovasi. Di

tempat ini Rogers aktif melakukan berkongsi kajian komuniaksi yang banyak dilakuakn

secara lintas jabatan. Pada tahun 1964 Rogers berpindah ke Michigan State University

dan bersama-sama dengan David K. berlo membina jurusan ilmu komunikasi. Rogers

berkhidmat di Michigan State University sehingga tahun 1972 kemudian pindah ke

Stanford University. Secara formal Rogers mendalami sosiologi, tetapi perhatiannya

lebih banyak pada komunikasi.

Raymond Williams

Minat khusus Williams adalah pada isu yang mencabar fikiran dan selalu

mengisi masa kerja para sarjana ilmu komunikasi, iaitu tentang isu kesan media, agenda

politik dan analisis kandungan. Karya-karya Williams menjadi salah satu sumber yang

paling kaya dari kritisme budaya dalam tradisi. Marxism juga memberi sumbangan

pada kritik budaya dan sastera, teori politik dan komunikasi massa. Williams juga salah

satu tokoh yang terkenal dalam pengajian budaya. Karya Raymond Williams, The Long

Revolution merupakan titik permulaan untuk menjelaskan bagaimana proses budaya

hegemoni (kepimpinan) berlangsung dalam media.

13
( PTD 2043 )

6.0 ISU-ISU SEMASA

6.1 Cabaran Dan Ledakan Teknologi Komunikasi Maklumat

Sememangnya era kini adalah era kekuasaan media. Berhadapan dengan media

bererti berhadapan dengan manfaat dan mudarat.Manfaatnya banyak, namun kita harus

berwaspada akan mudaratnya yang juga tidak sedikit.Komunikasi dan media tidak

selalunya setia kepada etika.

Walaupun teknologi komunikasi maklumat banyak mebantu dalam urusan

kehidupan kita seharian, namun kemunculan teknologi-teknologi canggih ini banyak

memberi implikasi kepada budaya, cita rasa, jati diri bangsa dan agama. Cabaran utama

dalam teknologi komunikasi maklumat adalah tentang maklumat itu sendiri.

Hari ini apa sahaja yang berlaku dan di mana sahaja peristiwa tersebut berlaku, kita

boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui televisyen, radio atau system internet

melalui teknologi maklumat yang sedia ada. Misalnya seseorang yang bertugas di

pejabat atau berada di kedai kopi boleh mengikuti pasaran saham secara terus.

Dalam kajian yang dilakukan oleh majalah antarabangsa Newsweek pada tahun

1999, terdapat 80% daripada bahasa yang digunakan dalam internet adalah bahasa

Inggeris. Malah sebahagian besar media antarabangsa, televisyen dan radio, adalah

dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris ini bukanlah bahasa Inggeris yang datangnya

dari England, tetapi adalah bahasa Inggeris Amerika. Sebahagian besar maklumat yang

datang adalah melalui perantaraan ‘American English’ ini. Pastinya berita yang

disampaikan juga adalah dalam acuan Amerika sepertimana yang disebut oleh

Benjamin Barber (1996) dalam bukunya ‘Jihad Vs Mc World’.

14
( PTD 2043 )

Sememangnya, maklumat tidak salah dan amat penting, tetapi maklumat yang telah

“diamerikakan” dan diacukan dalam acuan dan perspektif Amerika akan menjadikan

kita berada dalam acuan tersebut. Dalam ruangan ‘Editorials’ majalah antarabangsa

Asiaweek keluaran 7 April 2000 yang bertajuk ‘English Imperialism’ melaporkan,

seminggu sebelum Perdana Menteri Jepun, Keizo Obuci koma, beliau telah

menubuhkan sebuah panel untuk mengkaji sama ada bahasa Inggeris akan dijadikan

bahasa kedua Jepun. Tetapi,

“Cadangan tesebut telah mencetuskan debat yang senyap tetapi tegang dalam sebuah

negara yang bangga dengan keunikannya. Mereka yang menyokongnya mengatakan

Jepun mestilah mengetengahkan ‘literasi globalnya’, yang bermaksud kemampuannya

untuk berkongsi maklumat dan idea dengan dunia. Ini bererti menguasai teknologi

maklumat dan komunikasi serta bahasa Inggeris sebagai lingua franca antarabangsa.

Tetapi yang menentangnya berhujah bahawa orang Jepun biasa tidak perlu untuk

memahami bahasa Inggeris, dan menjadikannya sebagai bahasa rasmi akan

menjadikannya suatu bebanan yang merugikan. Dengan menjadikan bahasa Inggeris

sebagai bahasa kedua negara akan mempercepatkan proses penghakisan bahasa

Jepun dan membukakan pintu kepada imperialisme bahasa”

Ini adalah pandangan masyarakat yang menguasai sains dan teknologi kini,

tetapi bukan pengasas kepada sains dan teknologi moden, yang bimbang jati diri mereka

diubah oleh ledakan teknologi maklumat akibat imperialisme bahasa.

Cabaran lain adalah bagaimana mengisi teknologi komunikasi dan maklumat

tersebut dalam acuan dan jati diri kita. Sememangnya teknologi komunikasi dan

maklumat yang canggih dapat digunakan untuk menyalurkan maklumat dan

mendapatkan maklumat sebanyak mungkin dan dalam jangka waktu yang singkat dan

15
( PTD 2043 )

segera. Tetapi maklumat tersebut tidak akan memberi erti kepada pemiliknya sekiranya

maklumat tersebut tidak mempunyai makna kepada mereka dan pemiliknya tidak

berpegang kepada suatu nilai murni dan falsafah tertentu.

Mendapatkan maklumat bererti mendedahkan diri kita kepada sasaran

penyampai maklaumat tersebut. Pengguna yang naif mungkin menerima apa sahaja

yang disampaikan oleh pembawa maklumat tanpa saringan terlebih dahulu. Ada yang

menerima maklumat dari teknologi komunikasi dan maklumat sebagai maklumat yang

bersifat mutlak kebenarannya. Sekiranya maklumat ini salah, mungkin ianya akan

mendatangkan musibah kepada mereka yang menerima maklumat tersebut.

Gambaran umum menggambarkan bahawa kedatangan teknologi komunikasi

dan maklumat memudahkan kerja-kerja seharian kita, tetapi realitinya dengan

kehadiran teknologi ini makin banyak kerja yang perlu dilakukan. Ini disebabkan oleh

fitrah manusia itu sendiri yang senantiasa berusaha untuk terus meningkatkan kualiti

hidup mereka. Dengan demikian, kedatangan teknologi komunikasi maklumat tidak

menjanjikan kerja-kerja yang perlu dilakukan, malah dalam hal-hal yang tertentu kerja

tersebut mungkin bertambah.

Ada kalangan yang berpendapat, akan tiba masanya nanti computer akan

menggantikan peranan seorang pekerja dengan mutlak. Perlu diingat sepanjang sejarah

manusia, pekerja memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan

manusia dan tamadun. Komputer sebagai alat hanya boleh menganalis, memapar dan

membawa maklumat tetapi tidak mampu untuk memberikan makna yang sewajarnya

kepada maklumat tersebut, apatah lagi mentafsir nilainya. Komputer juga tidak

mempunyai emosi yang boleh membangunkan emosi kemanusiaan seseorang. Malah,

komputer tidak mampu untuk membina sahsiah dan jati diri seseorang. Dengan

16
( PTD 2043 )

demikian, peranan pekerja dan majikan menjadi lebih penting lagi kerana disamping

menyampaikan maklumat, meningkatkan ketrampilan dan pengalaman diri, seseorang

pekerja juga berperanan membina wawasan dan misi hidupnya.

6.2 Cabaran Peradaban Islam Dalam Ledakan Teknologi Komunikasi Maklumat.

Asas peradaban Islam adalah nilai keagamaannya. Tiada tamadun lain dalam

sejarah ketamadunan manusia yang menamakannya dirinya dengan nama agama lain

kecuali Islam. Maka itu asas keIslaman tidak boleh ditinggalkan daripada tamadun

Islam. Berasaskan premis yang sama maka musuh utama peradaban Islam ialah proses

meluntur dan meninggalkan ruh Islam daripada peradaban.

Seperti yang hangat diperkatakan era kemajuan maklumat dan komunikasi telah

memberikan suatu dimensi baru kepada agama dakwah seperti Islam. Ini kerana

dakwah asasnya adalah komunikasi. Lebih berkesan komunikasi maka lebih baik dan

berkesanlah proses dakwah. Proses Islamisasi berlaku merlalui proses dakwah dalam

pelbagai bentuk. Namun dalam hubungan dengan ledakan dan kemajuan teknologi

komunikasi dan maklumat ini, semacam adanya persaingan yang nyata antara proses

dakwah dan Islamisasi di satu pihak dengan penyebaran propaganda yang boleh

memesong, meluntur malah menggugat nilai dan roh keIslaman di pihak lain.

Sejauh mana teknologi komunikasi dan maklumat dapat dimanfaatkan sebagai

media dalam proses Islamisasi masih lagi menjadi persoalan. Kenyataan ini tidak

bertujuan menafikan kebergunaan teknologi informasi khususnya melalui laman-laman

sesawang dari segi menyampaikan maklumat tentang keIslaman, jauh sekali untuk

memomokkan usaha para ulama dan teknologis Muslim dalam memanfaatkan

teknologi ini untuk tujuan dakwah. Cuma apa yang ingin ditekankan di sini ialah

ketidakseimbangan yang wujud bersama dengan kebanjiran maklumat. Realiti yang ada

17
( PTD 2043 )

di hadapan kita kini ialah kebanjiran maklumat yang tidak membantu kepada usaha-

usaha peningkatan martabat manusia malah dalam banyak hal meruntuhkan.

Laman-laman sesawang kini dibanjiri dengan maklumat-maklumat interaktif

berasaskan multimedia yang songsang, termasuk pornografi dan laman-laman

sesawang anti Islam serta penyebaran ideology yang tidak serasi dengan Islam.

Kebanjiran maklumat-maklumat songsang seumpama inilah yang menjadi saingan

kepada maklumat-maklumat yang bermanfaat itu. Oleh itu, dalam era ledakan teknologi

komunikasi dan maklumat ini, kita bukan lagi berdepan dengan ancaman deIslamisasi

dalam bentuk tradisional tetapi ancaman dalam bentuk baru yang lebih hebat dan

mencabar. Maklumat-maklumat yang berupaya menghakis dan meruntuhkan roh

peradaban Islam kini merayap masuk ke dalam rumah-rumah orang Islam tanpa

dikawal.

Kegusaran kita terhadap perkembangan baru ini tidak dapat disembunyikan.

Jelas di hadapan kita pelbagai cabaran yang perlu didepani malah ditangani. Antara

cabaran yang ketara yang merupakan perkara paling asas dalam proses pembinaan

peradaban ialah dimensi keinsanan. Ternyata teknologi komuniasi maklumat dengan

segala cirinya tidak meraikan dimensi keinsanan ini. Maka itu, antara cabaran

peradaban dalam era ini ialah mengimbangkan antara keperluan roh dan jasad

Teknologi komunikasi maklumat amat tandus dalam memenuhi keperluan-keperluan

ini.

Dalam bidang pendidikan, pedagogi tradisional Islam menekankan persoalan-

persoalan seperti tarbiyyah, ta’dib dan barakah, bagaimana mahu diimbangkan dengan

penyampaian maklumat secara maya. Apakah masih relevan misalnya persoalan adab

menuntut ilmu seperti yang dibahaskan oleh al-Ghazzali dalam bahagian awal Kitab

Ihya’ yang masyur itu?

18
( PTD 2043 )

Demikian juga apakah masih relevan persoalan talaqqi dalam pengajaran dan

pembelajaran, sedangkan ianya boleh dilakukan melalui kaedah interaktif multimedia

yang mungkin lebih menarik?

Bagaimana kedudukan kaedah pembelajaran tanpa guru? Al-Quran misalnya,

boleh dipelajari dengan menggunakan CD al-Quran. Siapakah yang akan memastikan

sebutan makhrajnya tepat seperti yang dikehendaki, idgham, idzhar dan sebagainya?

Adakah CD mampu berfungsi sebagai guru dalam proses talaqqi untuk mempelajari al-

Quran?

Bagaimana menentukan bahan yang diperolehi itu sahih dan benar, contohnya

ayat-ayat al-Quran yang terdapat dalam CD atau laman sesawang? Siapakah yang perlu

dipertanggungjawabkan untuk memastikan kesahihannya kerana ia terlalu mudah untuk

diubah dan dipinda, sedangkan mashaf yang dicetak juga boleh diselewengkan?

Dewasa ini banyak kitab-kitab rujukan penting seperti kitab-kitab Hadith yang

muktabar telah dipindahkan dari bentuknya yang bercetak kepada bentuk digital. Benar,

sememangnya ia mudah untuk disemak kerana tidak perlu memikul berjilid-jilid dan

kerja menyemak menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa, tetapi adakah di sana

terdapat orang atau institusi yang bertanggungjawab memastikan dalam proses

pemindahan maklumat tersebut, tidak berlaku sebarang penyelewengan?

Kesemua perkara yang disebutkan di atas adalah merupakan sebahagian dari isu

dan cabaran yang perlu ditangani dengan segera oleh para cendiakawan Islam. Ini

adalah kerana ia melibatkan kesahihan ilmu dan maklumat yang disebarkan kepada

umum. Kesahihan ilmu dan maklumat adalah merupakan perkara yang amat dititik

beratkan dalam kaedah tradisi penyampaian ilmu dan maklumat dalam masyarakat

Islam setiap zaman. Kepentingan memastikan kesahihan ilmu dan maklumat dalam

19
( PTD 2043 )

tradisi keilmuan Islam dapat dilihat dengan lahirnya ilmu-ilmu seperti Ulum al-Hadith

dengan pelbagai cabang ilmunya termasuk ilmu sanad dan matan, jarah dan ta’dil, ilmu

rijal dan sebagainya.

Pada peringkat ini mungkin tidak wajar untuk meletakkan semua jenis ilmu

dalam satu ‘bakul’ yang sama kerana tabiat dan keperluan, serta tahapnya yang

berlainan. Dalam Islam ada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Namun ini tidak dapat

menutup kekhuatiran kita kerana dalam suasana yang penuh kecelaruan dan kekaburan

begini sukar bagi kita memastikan apakah dan berapa lamakah tradisi yang sebegini

dapat dipertahankan.

6.3Bahasa Melayu Dalam Teknologi Komunikasi Maklumat

Teknologi komunikasi maklumat wujud berdasarka perkembangan dan

kemajuan pesat dalam bidang mikroelektronik yang menghasilkan kemudahan

teknologi seperti komputer meja dan komputer riba, jaringan internet, emel, laman

sesawang dan sebagainya. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan dalam

teknologi komunikasi maklumat pada peringkat antarabangsa. Namun demikian,

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga mampu menggalas tanggungjawab penting

untuk menyebarkan ilmu dalam bidang teknologi komunikasi maklumat kepada

masyarakat di Malaysia.

Apakah pula hubungan bahasa dengan teknologi komunikasi maklumat?

Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat. Komunikasi ini

dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi. Masyarakat pada hari ini

perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi komunikasi maklumat

berkait secara langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi

memantapkan penggunaan bahasa Melayu.

20
( PTD 2043 )

Strategi yang perlu dirancang ialah memperkukuhkan kekuatan bahasa secara

dalaman yang telah terbina sekian lama. Masyarakat pengguna bahasa Melayu perlu

bersikap terbuka dan bersedia menerima cabaran perkembangan dunia teknologi

komunikasi maklumat yang dipengaruhi oleh bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris. Usaha

untuk membentuk peristilahan bahasa Melayu dalam bidang ini perlu lebih progresif

dan terbuka dengan menerima penyerapan masuk kata-kata asing bagi pengayaan

perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menempuh beberapa

zaman yang mencabar dengan kedatangan unsur asing ke alam Melayu misalnya

kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris. Evolusi bahasa Melayu turut berlaku secara

perlahan-lahan. Perkembangan pesat dalam teknologi komunikasi maklumat telah

mencorakkan bentuk masyarakat, struktur ekonominya dan persaingan sengit dalam

pasaran antarabangsa. Kewujudan bahasa amat penting dalam konteks ini kerana

bahasa merupakan sumber komunikasi yang penting. Bahasa Melayu perlu kukuh dan

mantap untuk membolehkannya memperkatakan apa sahaja bidang yang begitu cepat

muncul dan berkembang dalam kehidupan manusia.

Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari kaedah untuk membolehkan

bahasa Melayu mempunyai nilai tambah dalam masyarakat yang kelihatannya jelas

sekali mementingkan bahasa Inggeris. Perkembangan era globalisasi memberikan

cabaran baru kepada bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi komunikasi

maklumat melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai bahasa rojak. Bahasa rojak

semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna bahasa. Ini dicirikan dengan

penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris.

21
( PTD 2043 )

Menurut Kamus Dewan “rojak” bermaksud sejenis makanan daripada buah-

buahan mentah dan sayur-sayuran campur yang berkuah atau berupa sesuatu yang

bercampur aduk. Apabila membicarakan “bahasa rojak”, kita tentulah merujuk bahasa

bercampur aduk yang digunakan dalam tulisan dan juga lisan. Dalam majlis perasmian

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012 pada 11 Oktober 2012, Timbalan Perdana

Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia berkata, penggunaan bahasa rojak akan

beransur-ansur menghakis kekuatan sesuatu bahasa. Kenyataan pemimpin nombor dua

negara itu tidak harus dipandang remeh. Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati

dan menjadi barah bahkan bagai api di dalam sekam yang membakar senyap sehingga

merosakkan kekuatan bahasa Melayu.

Meninjau dari perspektif sejarah, kita tidak dapat mengelak daripada

penggunaan bahasa rojak seawal penjajahan ekonomi ketika kedaulatan Melaka

sebagai sebuah empayar entrepot suatu ketika dahulu. Sebagai negeri pelabuhan,

Melaka menarik ramai pedagang yang keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa

daripada pelbagai bangsa dan budaya. Hal ini merupakan sebahagian daripada bahasa

penghubung yang dikenali sebagai “bahasa rojak”. Semasa pemerintahan Parameswara,

dua kumpulan pedagang akan mencuba untuk bertutur dalam apa-apa jua bahasa bagi

mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya

ialah bahasa pijin atau bahasa rojak. Menjelang tahun 1511, Melaka mempunyai jumlah

penduduk sebanyak 50 ribu orang termasuk komuniti pedagang yang bertutur dalam 84

bahasa.

Penjajahan Portugis, British, Jepun terus menyuburkan bahasa rojak di negara

kita. Portugis mengekalkan bahasa dan budayanya di negeri Melaka sehingga ke hari

ini, British datang dengan pengaruh bahasa Inggerisnya dan Jepun pula terkenal

22
( PTD 2043 )

memaksa sekolah Jepun dan tulisan kanji kepada penduduk Tanah Melayu ketika itu.

Dengan hal yang demikian, bahasa rojak tidak dapat dielakkan.

Isu bahasa rojak berlanjutan apabila pihak media turut menyumbang kepada

percambahannya. Penggunaan Sure Heboh dalam media pernah menjadi polemik yang

berpanjangan sehinggalah pihak kabinet masuk campur bagi meredakan keadaan.

Zaman milenium turut menyaksikan banyak media terutama komik yang meremehkan

penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Kelahiran K-Ekonomi pula telah membawa perubahan besar kepada semua

bentuk perlakuan dan pemikiran manusia. Penggunaan bahasa Melayu dalam internet

juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain

di dunia. Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya

perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan unsur

bahasa yang unik dan tersendiri yakni bahasa Melayu internet.

Muncul perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), tipon

(telefon), persal(mengapa), nko(engkau) dan lain-lain. Fenomena ini merupakan unsur

perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu.

Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa Melayu dan

kelihatan janggal. Inilah yang perlu disedari oleh pengguna internet yang menggunakan

bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar tidak menggunakan bahasa Melayu

sesuka hati tanpa mengambil kira soal peraturan yang sedia ada.

Keupayaan bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak bergantung kepada

keupayaan masyarakat penutur bahasa Melayu itu sendiri menyesuaikan diri dengan

perubahan yang berlaku. Sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu telah menyebabkan

kesukaran untuk meletakkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

23
( PTD 2043 )

Ketidak yakinan terhadap bahasa ibunda berkembang menjadi bahasa ilmu dan

bahasa antarabangsa dalam kalangan penutur bahasa Melayu mengakibatkan bahasa

Melayu terus tercicir dalam persaingan dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Penutur

bahasa Melayu lebih senang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak yang kini

semakin menjadi ancaman terhadap kemurnian bahasa Melayu. Mereka menganggap

bahasa Melayu tidak setanding dengan bahasa Inggeris dan akhirnya mula

meminggirkan bahasa Melayu secara perlahanlahan.

Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti

penggunaan bahasa Melayu pasar. Justeru, penekanan terhadap penggunaan bahasa

Melayu yang betul harus diutamakan khususnya dalam laman sesewang yang

dikendalikan oleh anak Malaysia, walaupun menggunakan dwibahasa. Amalan

berbahasa yang baik dan betul perlu dipupuk dan dibajai daripada peringkat sekolah

lagi dan secara menyeluruh mencapai segenap anggota masyarakat. Hanya dengan cara

ini sahajalah, bahasa Melayu akan mendapat tempat yang sewajarnya dalam dunia

teknologi komunikasi maklumat.

Kita menerima hakikat bahawa bidang teknologi maklumat dan komunikasi

merupakan ilmu yang datang dari luar. Konsep yang didukung oleh bidang ini tidak

ditemui dalam dunia Melayu. Namun begitu, ini tidak bermakna kita harus berkiblatkan

Barat dalam menghasilkan istilah bidang ini. Bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya

bahasa bagi dunia siber, malah kini kita dapati bahasa Arab dan bahasa Mandarin mulai

mendapat tempat dalam kalangan pengguna internet. Bahasa Melayu mempunyai

jumlah penutur yang cukup besar di dunia. Bak kata perumpamaan Melayu, ‘hendak

seribu daya, tidak hendak seribu helah’. Laman sesawang yang dibina oleh badan

kerajaan dan badan bukan kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu atau

dwibahasa agar maklumat tersebar dalam bahasa Melayu selain daripada bahasa

24
( PTD 2043 )

Inggeris. Sokongan yang berterusan daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi

memastikan penggunaan bahasa Melayu berterusan, di samping pembinaan pangkalan

data yang bersesuaian bagi pengembangan bahasa Melayu. Dengan cara ini, bahasa ini

mudah dicapai oleh pusat-pusat Pengajian Melayu di luar negara yang menggunakan

bahasa Melayu.

6.4 Kekhuatiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar

Banyak kajian kekhuatiran komunikasi telah dilakuan di Amerika Syarikat

namun masih kurang kajian yang dilakukan dalam kalangan pelajar di Malaysia

terutamanya yang melibatkan pelajar IPTA dan IPTS. Kekhuatiran berkomunikasi

boleh dikaji dari empat konteks iaitu kumpulan, mesyuarat, interpersonal dan

pengucapan awam.Program dan latar belakang pelajar yang berbeza menjadi antara

faktor utama tahap kekhuatiran komunikasi yang tinggi.

Kemahiran berkomunikasi turut menjadi salah satu aspek utama yang boleh

mempengaruhi pencapaian pelajar dan kebersediaan pelajar menempuh alam

pekerjaan. Proses pembelajaran yang berkesan melibatkan proses interaksi yang

memberi ruang kepada pelajar untuk berkomunikasi, saling membantu, menjalankan

tanggungjawab, membina keyakinan diri dan seumpamanya. Ia dijalankan dalam

suasana yang menarik dan menyeronokkan supaya dapat menjadi pendorong kepada

pelajar bagi menyalurkan pendapat dan fikiran secara berkesan. Selain itu, komunikasi

berkesan turut mempengaruhi aspek kemahiran sosial untuk mengharungi persekitaran

dan mengawal diri dalam menghadapi cabaran bagi mencapai dan meningkatkan

kecemerlangan diri untuk masa hadapan (Nurul Salmi, 2014).

Komunikasi begitu penting kerana menurut McCroskey & Richmond (1992),

apa yang dilahirkan di dalam komunikasi akan mempengaruhi betapa aktifnya

25
( PTD 2043 )

seseorang di dalam komunikasi berkumpulan. Pelajar yang mempunyai tahap

kekhuatiran berkomunikasi yang tinggi biasanya lemah dalam pelajaran berbanding

dengan pelajar yang mempunyai kekhuatiran berkomunikasi yang rendah. Kekhuatiran

berkomunikasi yang tinggi adalah agen penyebab kepada kejayaan pelajar di peringkat

universiti samaada kejayaan akademik atau kejayaan pada masa hadapan.

Faktor utama kegagalan mahasiswa mendapatkan pekerjaan adalah akibat dari

institusi yang hanya memandang pada pencapaian pelajar bukan kemahiran komunikasi

sebagai satu elemen penting sewaktu pelajar ditemuduga untuk mendapatkan

pekerjaan. Hanya pelajar yang memperoleh banyak gred A dikatakan sebagai pelajar

pintar. Namun, kenyataan yang sebenarnya ialah system pengajian yang sebegini telah

mengabaikan peluang untuk mempelajari segala kemahiran yang boleh meningkatkan

kemahirankebolehdapatan kerja. Aplikasinya, pelajar menjadi mesin yang hanyatahu

mengejar gred A sahaja, mereka hilang kemahiran asas dalamkomunikasi, berfikir

secara kreatif dan kemahiran softskills untukmenyelesaikan masalah.Sekiranya pelajar-

pelajar yang tidak produktif ini tidak dididik semula diperingkat universiti, keadaan

pengangguran siswazah akan menjadi lebih teruk (Chan Lee Yee & Norehan Abdullah,

2007).

Menurut McCroskey (1982), wanita mempunyai tahap kekhuatiran

berkomunikasi yang lebih tinggi dalam tiga konteks iaitu kumpulan, mesyuarat dan

pengucapan awam berbanding komunikasi interperonal. Kajian mendapati wujud

hubungan yang signifikan antara gender dalam konteks pengucapan awam dan

interpersonal. Perempuan lebih tinggi tahap kekhuatiran berkomunikasi dalam konteks

pengucapan awam berbanding lelaki. Individu yang mempunyai tahap kekhuatiran

berkomunkasi yang rendah akan mengambil kira pendapat dan padangan orang lain

terhadap apa yang disampaikan sewaktu berkomunikasi dengan individu lain. Berbeza

26
( PTD 2043 )

dengan individu yang mempunyai tahap kekhuatiran berkomunikasi yang tinggi

individu ini akan mengelak untuk berkomunikasi secara lisan dan lebih gemar memilih

untuk berdiam diri sewaktu perbincangan. Selain itu individu yang mempunyai tahap

kekhuatiran berkomunikasi yang tinggi sentiasa memilih untuk mengasingkan diri agar

mereka tidak akan menonjol dari individu lain berbanding individu yang mempunyai

tahap kekhuatiran berkomunikasi yang rendah dan sederhana (McCroskey, 1976).

Kajian oleh Raeder (2004) mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan

antara tahap kekhuatiran berkomunikasi dan pencapaian oleh pelajar yang mempunyai

kekhuatiran berkomunikasi yang rendah berbanding pelajar yang mempunyai tahap

kekhuatiran berkomunikasi yang tinggi. Kajian turut mendapati pelajar yang

mempunyai kekhuatiran berkomunikasi yang tinggi mempunyai kesukaran untuk

berkomunikasi secara online berbanding pelajar yang mempunyai tahap kekhuatiran

berkomunikasi yang rendah.

McCroskey (2009) menyatakan kajian kekhuatiran berkomunikasi merupakan

satu elemen negatif yang sering wujud dalam setiap individu di Amerika Syarikat dan

budaya yang lain. Kekhuatiran berkomunikasi memberikan impak yang negatif kepada

rakan terdekat, keluarga, diri sendiri, kerjaya dan amsa hadapan. McCroskey

merumuskan kekhuatiran berkomunikasi adalah satu gangguan komunikasi yang masih

tidak dapat diselesaikan sehingga kini dan kajian yang lebih banyak dan terperinci perlu

dilakukan bagi mengenalpasti punca dan cara untuk mengurangkan kekhuatiran

berkomunikasi terutama dalam kalangan pelajar.

27
( PTD 2043 )

7.0 KESIMPULAN

Teknologi komunikasi maklumat merupakan teknologi yang dicipta oleh manusia

untuk kemudahan hidup mereka. Sebagai alat, ia tidak boleh mengambil alih peranan seorang

pekerja, seorang majikan, seorang pemimpin dan sebagainya. Ini adalah kerana manusia

mempunyai juzuk-juzuk lain dalam dirinya yang juga perlu dibangunkan. Juzuk-juzuk ini

termasuklah roh, qulb, nafs, akal dan juga jasad yang fizikal. Memang kita memerlukan

teknologi untuk menjana pembangunan diri, negara dan tamadun kita. Tetapi pembangunan

teknologi ini pastinya mempunyai mempunyai matlamat tersendiri dalam mencipta teknologi

ini.

Matlamat yang disampaikan oleh orang lain, terutamanya yang datang dari Barat tidak

terlepas daripada nilai, falsafah, dan versi Barat yang disampaikan melalui semua media yang

ada termasuk terknologi komunikasi maklumat. Pengguna teknologi komunikasi maklumat

perlulah membekalkan dirinya dengan nilai, falsafah, dan versi yang betul terhadap maklumat

yang ingin diperolehi itu. Ini tidak bererti kita perlu menolak segala-galanya dari Barat, kerana

menurut prespektif Islam, Rasullullah S.A.W mengajar kepada kita agar mempelajari ilmu dari

segala sumber termasuk sumber yang didatangkan daripada orang China sendiri yang pada

waktu itu mempunyai nilai, falsafah dan versi yang tersendiri terhadap alam. Kesediaan dan

kemampuan umat Islam untuk berinteraksi dan kritikal,di samping mempunyai nilai murni

yang tinggi memungkinkan teknologi dimanfaatkan sepenuhnya.

Sewajarnya kita sebagai pengguna yang bijak perlu bersikap proaktif apabila

berhadapan dengan teknologi ini dan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran teknologi ini untuk

mengetengahkan permikiran dan risalah yang dapat kita gunakan untuk membangunkan umat

ini.

28

You might also like