You are on page 1of 13

DIPLOMA IN MANAGEMENT (DIM)

SEMESTER SEPTEMBER/ 2021

CDCT2203

INFORMATION TECHNOLOGY AND


ENVIRONMENT
KANDUNGAN

1. PENGENALAN 2

1.1 KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 2-6

1.2 JENIS-JENIS APLIKASI SISTEM IT 6-11

2. PAUTAN GOOGLE SLIDE 11

3. RUMUSAN 11

4. RUJUKAN 12

1
1. PENGENALAN

Definisi informasi teknologi boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,


penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat berperantaraan teknologi.
Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah
cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya
informasi teknologi tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia
melibatkan televisyen, telefon mudah alih, faks, telegram, pda, MSC dan sistem
satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Percetakan, telefon dan televisyen memainkan peranan penting dalam media untuk
menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat. Namun, penyebaran
maklumat bahan-bahan media ini adalah satu hala dan tidak interaktif seperti
internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah,
kebanyakan negara mempunyai peraturan undang-undang yang mengawal
percetakan dan kandungan televisyen. Contohnya di Malaysia, sebarang percetakan
yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Kemunculan
internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat amat penting. Teknologi ini
sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang
menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh
menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Penggunaan
teknologi yang canggih pada masa ini membolehkan penerima mendapatkan
maklumat dari pelbagai laman web untuk mendapatkan pengetahuan, hiburan dan
berita daripada seluruh dunia. Hal ini kerana, teknologi maklumat banyak memberi
kebaikan kepada masyarakat.

1.2 KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Melalui Teknologi maklumat, ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang


berguna kepada masyarakat. Hal ini kerana, ia menyediakan saluran yang luas
kepada masyarakat untuk mencari maklumat dengan mudah dan efektif. Dengan
adanya peranti elektronik dan capaian Internet yang mantap, maklumat dapat dicari
hanya d hujung jari dengan mengakses kepada laman pencarian maklumat seperti
Google, Yahoo, Safari dan Firefox. Sebagai tamsilan, masyarakat dapat mengetahui
tentang wabak penyakit berjangkit dan isu semasa tentang penularan virus Covid-19
di negara kita. Perkara ini akan menjadikan seseorang itu ambil peduli akan wabak
tersebut sekali gus mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang jangkitan
penyakit ini. Seterusnya, berteraskan Dunia Tanpa Sempadan.

Disamping itu juga, teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam


mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai
contoh, pelajar yang tinggal di asrama dan berjauhan daripada hali keluarga dapat
berhubung dengan ahli keluarga melalui atas talian. Memetik laporan daripada
akhbar arus perdana, pelajar yang mempunyai masalah stres di Sekolah Berasrama

2
Penuh majoritinya adalah kerana rindu akan keluarga masing-masing. Oleh itu, bagi
mengekang permasalahan ini, pihak sekolah telah membenarkan para pelajar untuk
membawa telefon pintar ke sekolah dan diserahkan kepada guru yang bertugas bagi
menyimpannya. Pada waktu tertentu seperti hujung minggu, guru terbabit akan
memulangkan semula telefon tersebut kepada mereka. Tambahan pula, pelajar
dapat menjalinkan silaturahim dengan masyarakat daripada luar negara dengan
adanya medium Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dengan tersedianya platform
seperti Whatsapp, Instagram, Facebook, Twitter dan Snapchat, mereka berpeluang
untuk berhubung dan berkenalan dengan masyarakat dari luar negara agar dapat
mengetahui serba sedikit tentang cara persekolahan mereka dan budaya yang
menarik di tempat tinggal mereka. Hal ini akan membolehkan para pelajar untuk
mengembangkan horizon pemikiran mereka dan menjadikan mereka sebagai
individu yang berfikiran terbuka dan kritis serta mampu menyumbang idea yang
bernas dalam usaha memajukan negara kita.

Teknologi maklumat juga dapat mepercepatkan hubungan antarabangsa. Ketika kini,


dunia seolah-olah menjadi semakin kecil dengan wujudnya teknologi maklumat.
Melalui teknologi maklumat, kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh
dunia. Perkara ini ternyata sekali dapat mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa
Sempadan. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja melalui laman sembangan,
E-Mail, Sistem Pesanan Ringkas (Sms), Whatsapp, Facebook, Skype dan sebagainya.

Disamping itu, Teknologi Maklumat juga berperanan sebagai bahan bantu dalam
pembelajaran. Lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan berikutan penularan wabak Covid-19 pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru dan pelajar turut menerima kesannya.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk
menggunakan medium Teknologi Maklumat sebagain salah satu cara bagi
berhadapan dengan norma baharu ini. Dalam merealisasikan usaha ini, guru-guru
telah menjalani kursus untuk mempelajari teknik menggunakan aplikasi Google
Classroom yang akan diaplikasikan bersama dengan pelajar. Selain daripada itu,
guru-guru juga melangsungkan PdPc secara dalam talian dengan menggunakan
aplikasi seperti Zoom, Webex, Telegram, whatsap dan Youtube untuk membolehkan
mereka berinteraksi dengan para pelajar. Selain itu, Teknologi Maklumat juga
menyediakan para pelajar dengan koleksi soalan peperiksaan untuk membantu
mereka menguasai tajuk yang dipelajari. Sebagai contoh, para pelajar dapat mencari
koleksi soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), percubaan SPM negeri-
negeri dan kuiz secara dalam talian. Natijahnya, murid dapat menggunakan
Teknologi Maklumat untuk membantu mereka dalam pembelajaran.

Ketika dunia dilanda krisis pandemik COVID-19 masyarakat berasa gusar kerana
pelbagai aktiviti seperti sebelum ini tidak dapat dilaksanakan terutamanya sewaktu
KPK dilaksanakan. Situasi malapetaka COVID-19 telah memberi kesan ke seluruh
dunia termasuklah Malaysia. Sebagai contohnya tempoh KPK telah dillanjutkan
sehingga 14 April 2020. Walau bagaimanapun aktiviti rakyat boleh ditingkatkan
menerusi penjanaan aktiviti di dalam rumah sewaktu krisis dengan menggunakan
perkakasan mudah alih mereka dan juga kemudahan jalinan rangkaian tanpa wayar.

3
Ini kerana hampir setiap orang rakyat Malaysia mempunyai telefon pintar mereka
sendiri tanpa memerlukan pembelian perkakasan tambahan. Untuk pembelajaran
secara formal, rakyat dapat mengambil peluang menggunakan platform media social
menggunakan perkakasan mudah alih mereka seperti menggunakan telefon pintar,
mahupun Tablet. Manakala para remaja atau orang dewasa yang masih belajar di
institusi Pendidikan tinggi dapat menggunakan perkakasan mudah alih untuk
pembelajaran berterusan untuk tugasan kerja mereka. Sebagai contoh mereka dapat
menggunakan perkakasan tersebut untuk berkomunikasi menerusi media sosial
seperti aplikasi WhatsApp, Telegram untuk berhubung bersama rakan dan juga
pensyarah. Para pelajar dapat berkongsi maklumat menerusi media sosial untuk
menghantar kerja terutama menggunakan platform awam seperti penggunaan
aplikasi Padlet atau Google Drive. Seterusnya pelajar dapat membangunkan
kandungan tugasan berbentuk video dengan menggunakan aplikasi seperti
PowToon, Filmora atau Movie Maker. Manakala para pensyarah dapat
mempergunakan platform di atas talian untuk melaksanakan mesyuarat mahupun
perbincangan bersama pelajar dengan keberadaan rangkaian tanpa wayar untuk
aplikasi seperti Zoom atau Skype daripada rumah mereka. Manakala majikan dan
pekerja boleh berinteraksi dengan menggunakan perkhidmatan teknologi mudah
alih, mengemaskini dokumen dan berkongsi maklumat berserta status kerja mereka
yang terkini.

Rakyat boleh mengambil manfaat dengan menggunakan platform sumber terbuka


menerusi perkakasan mudah alih untuk membaca dan mendapat pengetahuan baru
sewaktu musim wabak COVID-19 dengan mengurangkan pergerakan diluar rumah
dan meluangkan masa dengan lebih efektif. Sebagai contoh mereka boleh mendaftar
dengan percuma kepada platform e-learning melalui perkakasan mudah alih. Antara
platform yang boleh didapati daripada Udemy dan Coursera ada menyediakan
kursus percuma untuk pelajar belajar dan mengulangkaji subjek berkaitan mata
pelajaran atau kemahiran hidup yang lain daripada pelbagai subjek menggunakan
video. Manakala untuk kursus yang tidak formal khususnya boleh diaplikasikan
menerusi pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih menerusi pelbagai
saluran media sosial.

Pihak keluarga seperti ibu dan ayah di rumah boleh belajar ilmu baru seperti
memasak, berkebun, pengurusan kewangan, maklumat kesihatan, cara pemakanan
dan kaedah senaman dengan menggunakan media sosial seperti YouTube. Manakala
datuk dan nenek berserta anak dan cucu, adik-beradik, saudara-mara dan rakan-
rakan mereka dapat berkomunikasi menerusi media social Skype atau Zoom dan
berkomunikasi secara digital menggunakan teknologi mudah alih. Banyak tutorial
penggunaan aplikasi media sosial ini boleh dicapai daripada YouTube. Kepada
mereka yang memerlukan bahan berbentuk keagamaan ianya boleh di capai dengan
mudah dan pantas daripada telefon pintar mereka. Seperti kitab kitab suci mengikut
agama masing-masing sebagai contohnya untuk mengakses Al Quran dan Hadis.

4
Terdapat juga buku-buku dan novel yang boleh dibaca menggunakan teknologi
mudah alih. Syarikat pengeluaran akhbar sebagai contohnya daripada akhbar digital
NSTP diberi secara percuma kepada para pembaca akhbar harian untuk mengetahui
isu-isu semasa. Bagi kanak-kanak awal usia dini selain melihat filem dan membuka
aplikasi berunsurkan permainan mereka juga boleh mengambil peluang belajar
menerusi aplikasi mudah alih dan media sosial seperti belajar Bahasa, Mengira,
Belajar Pengkodan dengan bantuan ibu dan bapa mereka.

Keadaan kritikal ini menjadikan rakyat sukar bergerak untuk mendapatkan barangan
keperluan seperti makanan. Maka perkhidmatan menerusi e-dagang boleh
dimanfaatkan untuk untuk membeli makanan di atas talian tanpa perlu pergi ke
pasar raya dan dapat mengelakkan diri daripada kesesakan orang ramai. Perkara
berkaitan kewangan seperti pembayaran bil dan pemindahan wang boleh
dilaksanakan menerusi penggunaan servis Bank diatas talian tanpa perlu ke tempat
dan lokasi terbabit.

Rakyat juga dapat menggunakan media social seperti Telegram, Instagram,


Facebook, yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menyediakan maklumat yang sahih serta data-
data terkini berkenaan status COVID-19. Begitu juga rakyat harus menyedari akan
pentingnya memeriksa kesahihan maklumat yang diterima atau disebarkan mengikut
Akta Kandungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di
bawah Seksyen 211 Akta Multimedia dan Komunikasi. Akses maklumat seperti
dibincangkan di atas memerlukan sejumlah data yang banyak.

Walaubagaimanapun kerajaan bersama pihak Telco perlu melihat akan perlaksanaan


kadar rata untuk telefon mudah alih yang sudah lama dilaksanakan oleh negara maju
seperti Australia. Dimana terdapat akses data adalah tanpa had untuk pelan pasca
bayar terutamanya untuk pelajar-pelajar IPT dan orang awam di Malaysia. Jika ia
dilaksana ini akan dapat membantu rakyat dengan mengurangkan kos perbelanjaan
rakyat untuk membayar harga langganan data akses yang tinggi setiap bulan dan ia
mampu memudahkan akses data tanpa had. Terdapat juga kawasan luar bandar
yang tidak mempunyai akses internet yang seragam dan baik. Justeru jaringan
internet perlu diperbaiki mutu hubungan untuk memudahkan rakyat mengakses
data dengan lebih efektif dan pantas.

Manakala penggunaan aplikasi-aplikasi menerusi teknologi mudah alih dapat


digunakanmenerusi mereka yang telah berkemahiran dan dikongsikan pengetahuan
bersama mereka yang memerlukan pengetahuan untuk menggunakannya sebagai
contoh penggunaan aplikasi bercorak e-dagang, penggunaan bahan-b ahan
multimedia untuk mengambil, mengedit foto, audio dan video. Justeru itu adalah
amat penting menerusi penjanaan aktiviti rakyat menerusi penggunaan teknologi
mudah alih mereka sendiri dapat dimanfaatkan sepenuhnya sewaktu PKP sebagai
cara pengisian masa yang lebih efektif dan berkualiti.

5
Gambar 1 : Artikel mengenai impak teknologi komunikasi maklumat sepanjang PKP

1.2 JENIS-JENIS APLIKASI ATAU SISTEM IT

i. Whatsapp
Messenger adalah Perkhidmatan Mesej perisian percuma dan platform terus
dan suara IP (VoIP) yang dimiliki oleh Facebook.
Aplikasi ini membolehkan penghantaran mesej teks dan panggilan suara,
serta panggilan video, imej dan media lain, dokumen, dan lokasi pengguna.
Aplikasi berjalan dari peranti mudah alih tetapi juga boleh diakses dari
komputer atas meja; perkhidmatan memerlukan pengguna untuk
menyediakan nombor mudah alih selular standard. Pada asalnya, pengguna
hanya boleh berkomunikasi dengan orang lain secara individu atau dalam
kumpulan pengguna individu, tetapi pada September 2017, WhatsApp
mengumumkan platform perniagaan yang akan membolehkan syarikat
menyediakan khidmat pelanggan kepada pengguna pada skala.
Pautan WhatsApp yang menghubungkan pelanggan kepada syarikat dapat
dibuat dengan pautan https://wa.me/ diikuti dengan kod negara dan nombor
telefon khidmat pelanggan syarikat.

6
WhatsApp Inc., yang berpangkalan di Mountain View, California, yang telah
diperoleh oleh Facebook pada bulan Februari 2014 untuk kira-kira AS $ 19.3
bilion. Menjelang Februari 2018, WhatsApp mempunyai pangkalan pengguna
lebih dari satu setengah bilion, menjadikannya aplikasi pemesejan yang
paling popular pada masa itu. WhatsApp telah berkembang di beberapa
negara, termasuk Brazil, India, dan sebahagian besar Eropah,
termasuk United Kingdom dan Perancis.

Seiring dengan kemajuan teknologi digital, saya juga tidak mahu ketinggalan
dalam menaiktarafkan sistem interaksi saya kepada rakan-rakan. Saya
mendapati aplikasi whatsApp adalah satu aplikasi yang sangat mudah
digunakan dan ia memberi saya banyak manfaat dalam menggunakan aplikasi
ini. Saya dapat berhubung dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga bukan
sahaja melalui sistem chatting tetapi saya juga dapat membuat panggilan
suara dan video call melalui aplikasi ini.

Image 2 whatsApp simbol

Melalui pengalaman saya sendiri sebagai pengguna whatsapp, aplikasi ini


banyak memberi kebaikan kepada penggunanya. Antara kebaikan aplikasi ini
adalah seperti :
 Berbeza dengan aplikasi Short Message Service (SMS) sebelum ini,
aplikasi whatsApp dapat menjimatkan kos penggunaan kredit telefon
bimbit. Pengguna boleh menghantar sebanyak mungkin pesanan tanpa
penolakan kredit kerana aplikasi ini menggunakan rangkaian internet.
 Aplikasi whatsApp juga memudahkan saya sebagai pengguna untuk
berkongsi gambar, video, musik dan juga dokumen kepada pengguna
whatsapp yang lain.
 Disamping itu juga, melalui aplikasi ini pengguna dapat menjadikan ia
sebagai platform komunikasi secara berkumpulan. Aplikasi whatsApp
juga telah memwujudkan platform berkumpulan dimana, pengguna
dapat berkomunikasi bukan sahaja secara individu malah secara
berkumpulan juga boleh. Justeru itu, pengguna whatsapp dapat
melakukan perbincangan hanya dihujung jari dengan melalui aplikasi
ini.

7
ii. E-mail
E-mail direka terlebih dahulu sebelum kewujudan Internet, dan sebenarnya
merupakan alat yang penting dalam penciptaan Internet. Pada tahun
1961, MIT mula-mula mendemonstrasi Sistem Pengongsian Masa
Serasi (Compatible Time-Sharing System, CTSS) yang membolehkan ramai
pengguna melog masuk ke dalam IBM 7094 dari terminal dailan jarak jauh,
serta menyimpan fail-fail atas talian ke dalam cakera. Kebolehan baru ini
menggalakkan para pengguna berkongsi maklumat dengan cara-cara baru. E-
mel dimulakan pada tahun 1965 sebagai satu kaedah untuk ramai
pengguna komputer kerangka utama berkongsi masa untuk berkomunikasi
sesama sendiri. Sungguhpun sejarah tepatnya tidak jelas, namun antara
sistem-sistem terawal yang memiliki kemudahan sebegini ialah Q32 oleh SDC
dan CTSS oleh MIT.
E-mel dengan begitu pantas berkembang menjadi e-mel rangkaian yang
membolehkan pengguna mengirim mesej di antara komputer-komputer
berlainan seawal-awalnya pada tahun 1966 (ada kemungkinan bahawa
sistem SAGE agak serupa dengan ini berapa ketika sebelumnya).
Rangkaian komputer ARPANET memberi sumbangan besar kepada
perkembangan e-mel. Terdapat satu laporan yang menandakan pemindahan
e-mel antara sistem percubaan padanya tidak lama selepas penciptaanya
pada tahun 1969. Ray Tomlinson memulakan penggunaan lambang @ untuk
memisahkan nama pengguna dan nama mesin pada tahun
1971. ARPANET banyak meningkatkan populariti e-mel, maka e-mel
menjadi aplikasi pembubuh bagi ARPANET.

Aplikasi E-mail banyak memberi manfaat kepada saya. Melalui E-mail, ia


membantu saya dalam mencari pekerjaan. Hal ini kerana, sistem
permohonan pekerjaan pada masa kini ada melalui E-mail. Sebagai pencari
kerja, E-mail adalah diwajibkan bagi memudahkan pencari kerja dan majikan
berhubung.
Disamping itu, sebagai seorang pelajar juga, ia memudahkan saya dan rakan-
rakan untuk berkongsi sebarang tugasan yang berbentuk file, lebih-lebih lagi
ketika pendemik ini. Dimana semua sistem pembelajaran adalah melalui
online.
Melalui E-mail juga, aktiviti chatting juga diwujudkan. Ia juga memudahkan
pengguna untuk berhubung dengan rakan-rakan yang lain dari seluruh
pelusuk dunia.

Saya menggunakan aplikasi E-mail ini kerana sistem pencari pekerjaan telah
dinaiktarafkan seiring dengan kepesatan kemajuan teknologi dinegara kita.
Hal ini kerana, sistem panggilan temuduga dari mana-mana badan kerajaan
dan bukan kerajaan adalah melalui E-mail tidak lagi melalui surat.

8
Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa jenis E-mail yang diwujudkan.
Berikut adalah contoh E-mail yang boleh dibuat oleh pengguna.
 Yahoo

Image 3 : Yahoo

 Gmail

Image 4 : Gmail

 Hotmail

Image 5 : Hotmail

iii. Facebook
Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki
secara persendirian oleh Facebook, Inc. (kini Meta Platforms). Sejak 2006,
sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah
boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan
belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling

9
menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai
makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai
rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama
Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang
diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada
permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling
mengenali.
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya
dan rakan-rakan sekursus sains komputer Andrew McCollum, Eduardo
Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak
web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur
diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan
Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk
merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi,
dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini
dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Image 6 : Facebook Simbol

Melalui aplikasi facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin


luas. Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat
termasuklah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia. Saya
sebagai pengguna Facebook juga tidak menafikan bahawa aplikasi ini banyak
manfaat kepada saya. Pada awalnya, tujuan saya menggunakan aplikasi ini
adalah untuk memudahkan saya berinteraksi dengan rakan-rakan, ingin
menambah kenalan dan untuk memudahkan saya berkongsi maklumat
seperti gambar, video dan lain-lain. Namun, saya menyedari aplikasi ini
sememangnya banyak memberi manfaat kepada pengguna. Antara kelebihan
facebook kepada penggunanya adalah :
 Facebook berfungsi sebagai medium untuk menambah ilmu
pengetahuan. Pengguna Facebook boleh saling bertukar-tukar
pandangan dan idea di samping menambah ilmu pengetahuan, suasana
pembelajaran secara maya boleh diwujudkan melalui aplikasi ini dengan
melakukan perbincangan, forum atau isi yang menarik yang boleh
dibincangkan bersama rakan-rakan.

 Menjadikan kita sebagai seorang yang peka terhadap isu-isu yang


berlaku disekitar dan seluruh dunia. Medan aplikasi Facebook banyak

10
digunakan untuk menyebarkan sebarang aktiviti atau berita mengenai
isu-isu yang berlaku bukan sahaja didalam negara malah diseluruh
pelusuk dunia. Sebagai contoh, kita dapat mengikuti siaran langsung
daripada Kementerian Kesihatan mengenai isu covid-19 yang berlaku
pada masakini. Siaran-siaran langsung daripada parlimen, berita Awani
dan lain-lain juga dapat diikuti melalui Facebook.

 Aplikasi Facebook juga menyediakan platform untuk penggunanya


berinteraksi antara satu sama lain. Melalui aplikasi ini, pengguna dapat
memuatnaik komen diruangan komen yang telah di kemaskini oleh
pengguna yang lain. Disamping itu juga, pengguna juga dapat
berinteraksi secara peribadi melalui platform messenger yang terdapat
dalam aplikasi Facebook ini.

2 PAUTAN GOOGLE SLIDE

https://www.slideshare.net/FredericcaMosikun/information-technology-dan-
environment

KESIMPULAN

Tanpa teknologi, sudah pasti negara kita tidak dapat berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah setanding dengan negara-negara maju di seluruh dunia. Bagi
mengimplementasikan perkara, sinergi daripada pelbagai pihak amatlah
diperlukan. Justeru itu, subjek Information, Technology and Communication
disekolah haruslah diwajibkan. Ini bagi melahirkan generasi yang tidak buta
teknologi. Kerajaan melalui KPM haruslah memberikan tunjuk ajar kepada para
pelajar tentang algoritma dan pengaturcaraan bagi memperkenalkan mereka
pada alam maya yang serba luas dan canggih ini. Hal ini adalah bagi
menyediakan mereka sebagi individu yang dapat memacu pembangunan negara
selari dalam usaha mewujudkan Malaysia sebagai negara industri.

RUJUKAN

11
http://canselorkomunikasi.blogspot.com/2010/10/definisi-teknologi-maklumat.html

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/manfaatkan-teknologi-mudah-alih-
sewaktu-krisis-covid19-235798

https://ms.wikipedia.org/wiki/WhatsApp

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mel_elektronik

https://ms.wikipedia.org/wiki/FacebooK

12

You might also like