You are on page 1of 2

Pada tahun 2019, telah bermulanya penularan wabak Covid-19 yang telah

merebak ke seluruh dunia. Wabak ini telah memberi banyak kesan kepada setiap
individu tidak kira dari segi positif dan negatif. Perintah kawalan dan pergerakan juga
telah diarahkan oleh kerajaan kepada setiap rakyat yang menyebabkan berlaku
kesukaran kepada pelajar untuk pergi ke sekolah. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi telah menjadi keutamaan penting kepada pelajar pada masa ini bagi
membantu mereka menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah sepanjang
tempoh perintah kawalan pergerakan berlangsung. Oleh itu, terdapat manfaat
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR). ( 95 pp )
Antara manfaat penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah dapat memudahkan pencarian
maklumat. Hal ini dikatakan demikian kerana kita boleh mencari maklumat di laman
sesawang yang disediakan di Internet bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai
contoh platform yang sering digunakan untuk mencari maklumat ialah “Google
Chrome”. Melalui “Google Chrome”, pelbagai maklumat disediakan dari seluruh dunia
untuk membantu para pengguna dalam kehidupan seharian. Oleh itu, sumber rujukan
bukan sahaja boleh diperoleh dari buku, tetapi juga melalui Google Chrome kerana kita
boleh mendapat banyak maklumat yang dapat memberi manfaat. ( 90 pp )
Selain itu, manfaat yang boleh diperoleh daripada penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi adalah mudah diakses dengan pelbagai peranti. Hal ini
dikatakan demikian kerana terdapat pelbagai alat telekomunikasi yang boleh digunakan
bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Contohnya,
menjadi pilihan bagi setiap individu untuk menggunakan sama ada telefon pintar
ataupun komputer riba untuk menyertai aktiviti pembelajaran tersebut mengikut
keselesaan masing - masing. Dengan cara ini, aktiviti pembelajaran yang sama dapat
diakses walaupun melalui dua peranti yang berbeza. ( 74 pp )
Seterusnya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat
menimbulkan suasana keseronokan dalam aktiviti belajar secara dalam talian. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kita dapat berinteraksi secara langsung dengan orang
ramai. Pelbagai jenis permainan yang boleh diterapkan dalam aktiviti pembelajaran.
Sebagai contoh, permainan kuiz boleh dilakukan oleh guru dengan menggunakan
aplikasi yang disediakan seperti “Kahoot!” dan “Quizizz” untuk menyeronokkan lagi
sesi pembelajaran. Cara ini juga mampu menarik perhatian pelajar dengan bahan
pembelajaran menarik yang disediakan oleh guru melalui grafik dan audio yang
terdapat dalam permainan tersebut. ( 86 pp )
Akhir sekali, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat
menjimatkan wang perbelanjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat
mengurangkan kos perbelanjaan seharian yang ditanggung oleh ibu bapa. Duit
pembayaran tambang minyak kereta dan perbelanjaan persekolahan anak dapat
dikurangkan dan digunakan untuk perkara lain. Bagi pelajar kolej pula, kos penginapan
mereka dapat dijimatkan kerana mereka tidak perlu pergi ke kolej untuk menjalankan
pembelajaran. Oleh itu, perbelanjaan harian dapat dijimatkan dan lebihan dapat
digunakan untuk pembayaran dari segi yuran pembelajaran dan keperluan asas
kehidupan. ( 80 pp )
Sebagai konklusinya, kita perlulah memanfaatkan kemudahan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) agar tidak tertinggal dalam pelajaran sepanjang berada
di rumah.

You might also like