You are on page 1of 3

Kesan penggunaan telefon bimbit di

kalangan remaja





Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia
juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan
kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.Sebagai contoh, komunikasi
antara guru dengan pelajarnya. Guru sebagai komunikator yang harus memiliki pesanan yang
jelas untuk disampaikan kepada pelajarnya atau komunikan. Setelah itu, guru harus
menyesuaikan diri atau tema yang sesuai dengan umur pelajarnya dan menentukan tujuan agar
mendapat kesan pada diri pelajar sesuai dengan yang diinginkan.


Manakala, teknologi pula adalah merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih
daripada satu takrifan. Takrifan pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan mesin,
bahan dan proses bagi menyelesaikan masalah manusia. Perkataan teknologi berasal dari
perkataan Greek(technologi) yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan dan pembelajaran
kajian". Istilah ini boleh diguna pakai samaada secara umum atau dalam bidang tertentu.
Sebagai contoh, teknologi pembinaan, teknologi perubatan dan teknologi maklumat.

Maksud kedua digunakan dalam bidang ekonomi yang mana teknologi dilihat sebagai tahap
pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang
dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Dengan itu, takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-institusi
pengajaian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta
menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Antara contoh
teknologi yang biasa diguna sekarang ialah telefon, komputer, radio, televisyen dan lain-lain.


Dalam era yang serba canggih dengan kemajuan sains dan teknologi, telefon bimbit adalah satu
kemestian untuk semua orang terutamanya remaja zaman sekarang. Telefon bimbit merupakan
satu lat komunikasi yang sangat popular dan semakin meluas dengan kecanggihannya tanpa
mengira harganya. Hal ini kerena remaja zaman sekrang mampu milik untuk mendapatkan atau
memiliki telefon bimbit yang canggih dengan teknologi sekarang. Terdapat pelbagai jenama
telefon bimbit seperti telefon bimbit jenama nokia, samsung, iphone, blackberry dan lain-lain.




Telefon bimbit ada faedah atau kebaikannya. Antara kebaikannya ialah telefon bimbit dapat
menjadikan penghubung yang efektif. Selain itu, pelajar boleh menghubungi keluarga jika perlu
dan menjadikan media untuk berkomunikasi dengan rakan pelajar. Sebagai contoh, jika berlaku
tak diingini kepada pelajar seperti diculik selepas pulang sekolah, kemalangan dan lain-laian.
Pelajar boleh menghubungi ibu bapa merka untuk mendapatkan bantuan. Kemudian, kebaikan
telefon bimbit ialah dapat megeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Remaja dapat
menghubungi tak berjumpa bersemuka kerana telefon adanya fungsi untuk melihat wajah
seseorang, bersembang dan sebagainya. Malah, remaja dapat erkongsi ilmu dan maklumat
dengan berkesan. Disamping itu, remaja dapat menghilangkan kebosanan dengan mendengar
muzik dan menonton video.


Seterusnya, kesan buruk telefon bimbit adalah pembaziran wang akan berlaku kerana remaja
terpaksa menjelaskan bil. Bil akan melambung tinggi jika tahap penggunaan terlampau banyak.
Dengan wang yang sepatutnya di simpan remaja untuk keperluan yang lebih berfaedah tiada lagi
dalam simpanan. Remaja akan menjadi berhutang dan akan menyebabkan leka. Selain itu,
remaja boleh terjebak dalam pelbagai perkara yang tidak baik termasuklah mencuri,
merompak,rogol, berzina, terbabit dengan kegiatan samseng dan ponteng sekolah. Remaja juga
akan leka sehinggakan tidak tahu bil telefon bimbit berlipat ganda. Kemudian, remaja akan kerap
terleka dengan keasyikan duniawi seperti hiburan yang tersedia, permainan dan lain-lain. Malah
menyebabkan remaja mengabaikan tanggunjawab sebagai pelajar sehingga tercicir dalam kelas
dan dibuang sekolah serta mengabaikan tenggunjawab terhadap keluarga dan diri sendiri.


Dalam hal ini, telefon bimbit memberi kesan kepada masa depan teknologi dan negara. Kesannya
adalah jika tiadanya kawalan terhadap remaja menyebabkan mereka bebas menggunakan telefon
bimbit. Maka, akan merugikan negara iaitu dari segi pencapaian akademik sekolah merosot,
tiadanya generasi cemerlang akan datang, meningkatnya jenayah, tiadanya nilai murni dalam
masyarakat dan sebagainya. Dengan ini, negara akan mengalami kemerosotan dalam segi kualiti
hidup, pendapatan ekonomi negara dan lain-lain.

Seterusnya, tahap kematian akan meningkat kerana gelombang akan dikeluarkan semasa
menjawab telefon dan akan menganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau
kanser.Dalam hal ini juga, pelbagai lagi penyakit yang timbul hasil penggunaan telefon bimbit
seperti membakar otak dan kulit, kerosakan DNA dan sistem imum remaja.Selain itu, penyakit
lain yang timbul adalah kenaikan tekanan darah, penyakit jantung dan batu karang serta sakit
kepala, pening, dan hilang tumpuan semasa belajar. Dengan itu, kematian akan meningkat dan
akan merugikan negara. Malah, negara tidak dapat bersaing dengan negara yang maju seiring
penduduk yang ramai.

Oleh itu, telefon bimbit dalam kalangan remaja amat dititikberat setiap lapisan masyarakat dan
pihak kerajaan. Malah pengguaannya seharusnya digunakan secara bijak oleh gologan remaja
kini. Kemudian, ibu bapa juga harus waspada dan mengikuti perkembangan anak-anak supaya
penyalahgunaan telefon bimbit tidak berlaku. Dengan ini, negara Malaysia dapat melahirkan
generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan kemahuan kerajaan yang
inginkan negara yang berwawasan 2020.

You might also like