You are on page 1of 31

Kebaikan

  Telefon bimbit juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular atau telefon tanpa
wayar. Ia merupakan peranti elektronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai
alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesen pangkalan yang dikenali sebagai
tapak sel.

      Pada tahun 1876, kejayaan Alexander Graham Bell mencipta telefon telah
membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubung antara satu sama lain walaupun
berjauhan. Dengan mengalami perubahan mendadak dan berkembang dengan pesat
dalam bidang teknologi telekomunikasi, manusia dapat berhubung dengan manusia lain
tanpa bantuan kabel melalui telefon bimbit.

      Kini, telefon bimbit merupakan barangan keperluan seharian yang akan dibawa ke
mana-mana sahaja supaya mudah dihubungi. Dengan ini, banyak syarikat telah
ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan talian di Malaysia. Antaranya ialah MAXIS,
DIGI, CELCOM dan TM (dulu dikenali sebagai TELEKOM). Selain itu, jenama telefon bimbit
yang terdapat di pasaran adalah seperti Nokia, Samsung, Motorola, Sony Ericson, LG, dan
banyak lagi.

      Fungsi asas telefon bimbit adalah seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi
perutusan teks dan membuat panggilan. Selain itu, telefon bimbit juga mempunyai
pelbagai fungsi tambahan untuk menarik minat pengguna seperti mempunyai kamera
dengan perakam video, perkhidmatan internet, permainan, radio dan khidmat pesanan
multimedia (MMS) bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Ini menyebabkan
telefon bimbit menjadi salah satu keperluan manusia yang penting pada masa kini.
Namun, di sebalik kecanggihan telefon bimbit ia juga mendorong kepada berlakunya
peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat ini.

      Penggunaan SMS amat popular dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana
mereka mudah berkongsi maklumat tentang sesuatu hal. Namun penggunaan bahasa
singkatan semasa SMS memberi kesan buruk terhadap pembelajaran remaja di sekolah
mahupun institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana mereka menggunakan bahasa singkatan
semasa menjawab soalan peperiksaan dan ini boleh menyebabkan mereka mendapat
keputusan yang rendah contohnya dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Selain itu,
penggunaan bahasa singkatan secara meluas boleh menyebabkan sesuatu bahasa itu
hilang identitinya.

      Selain itu, terdapat juga pengguna yang menyalahgunakan fungsi kamera dengan
perakam video untuk tujuan yang tidak senonoh. Fungsi kamera dengan perakam video
yang bertujuan menangkap gambar atau merakam peristiwa untuk meninggalkan
kenangan telah disalahgunakan. Dewasa ini, kita sering didedahkan dengan berita-berita
mengenai penyebaran gambar-gambar atau video-video lucah remaja khususnya remaja
perempuan dalam akhbar-akhbar tempatan. Remaja-remaja ini menjadi mangsa individu
yang tidak bertanggungjawab seperti teman lelaki mereka yang telah memuat turunkan
gambar atau video lucah mereka di internet apabila berlakunya perpisahan.

      Fungsi permainan dalam telefon bimbit pula adalah


bertujuan untuk hiburan pada masa lapang tetapi juga disalahgunakan olah pelajar.
Mereka lebih gemar bermain permainan aplikasi daripada menghabiskan masa untuk
mengulang kaji pelajaran. Terdapat juga sesetengah pelajar yang suka mendengar radio
melalui telefon bimbit dan memakai alat pendengaran semasa mengulang kaji pelajaran.
Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian semasa belajar dan
akan menyebabkan mereka mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan.

      Tambahan pula, ada sesetengah pelajar yang bersikap materialistik dan suka
menonjolkan telefon bimbit yang dimilikinya. Perbuatan tersebut boleh menimbulkan
persaingan yang tidak sihat dalam kalangan pelajar dan juga membazirkan wang ibu bapa.
Hal ini juga boleh menimbulkan kecemburuan pelajar lain yang tidak mampu memilikinya
dan mendorong kepada berlakunya masalah kecurian telefon bimbit di sekolah.

      Dalam kehidupan seharian kita, kita juga boleh menerima pesanan mesej yang
mengatakan kita adalah pemenang kepada sesuatu cabutan bertuah yang hadiahnya
bernilai beribu-ribu ringgit. Walaupun jenis pesanan mesej ini telah diberitahu oleh pihak
berkuasa bahawa ia merupakan sejenis penipuan melalui berita atau surat khabar, namun
masih banyak lagi orang yang terjerat dalamnya terutamanya warga tua dan wanita. Sekali
lagi, kita boleh melihat telefon bimbit telah disalahgunakan.

      Kesimpulannya, tujuan asal penggunaan telefon bimbit adalah memudahkan kita
berhubung tanpa mengira jaraknya dan kita juga tidak dapat menafikan kepentingannya
dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, untuk mengelakkan telefon bimbit
disalahgunakan oleh remaja yang naif, ibu bapa harus tidak menggalakkan anak-anak
mereka menggunakan telefon bimbit semasa kecil, atau sentiasa memantau dan
menasihati mereka tentang penggunaan telefon bimbit supaya mereka menggunakan ia
untuk tujuan yang baik.

Faedah-faedah Telifon Bimbit

FAEDAH-FAEDAH TELIFON BIMBITDewasa ini telefon bimbit sudah menjadi sejenis alat
komunikasi yang digunakan oleh orang ramai. Harga seunit telefon bimbit di pasaran dan
kos penggunaan bulanannya tidaklah begitu mahal. Akibatnya, banyak orang yang dapat
menggunakan kemudahan alat komunikasi yang unik ini. Jika diteliti, telefon bimbit
memang membawa banyak manfaat kepada kehidupan masyarakat mas a kini. Dari segi
perhubungan, seseorang pemilik telefon bimbit dapat menghubungi seseorang walau di
mana dia berada. Sebelum terciptanya telefon bimbit, mereka yang keluar dari rumah
terpaksa mencari telefon awam jika perlu menghubungi seseorang. Ada kalanya telefon
awam didapati rosak. Dengan adanya telefon bimbit, si pemilik tidak perlu berbuat
demikian lagi. Sebaliknya, orang lain juga dapat menghubungi si pemilik telefon bimbit
walaupun di mana sahaja dia berada. Dengan kata lain, apabila berlakunya sebarang kes
kecemasan, peluang untuk seseorang menghubungi si pemilik telefon bimbit adalah tinggi.
Seseorang pemandu yang keretanya rosak umpamanya dapat menghubungi rakannya di
tengah-tengah jalan untuk mendapatkan bantuan. Hal yang sedemikian tidak berlaku
sebelum terciptanya telefon bimbit. Dalam bidang perniagaan, telefon bimbit memainkan
peranan yang sangat penting. Peniaga dapat menghubungi pelanggannya dengan pantas
dan mudah. Begitu juga apabila pelanggan ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu
barangan dengan pantas. Cara komunikasi dua hala yang berkesan ini menyebabkan
bidang pemiagaan seperti insurans, penjualan terus, perkhidmatan pengangkutan, dan
bidang-bidang perniagaan lain berkembang maju. Secara keseluruhannya, penggunaan
telefon bimbit telah menukarkan cara komunikasi manusia masa kini yang sibuk. Dalam
apa jua keadaan sekalipun, telefon bmbit telah memudahkan corak komunikasi di
kalangan semua lapisan masyaakat, tidak kira untuk tujuan apa sekalipun.Cheap Offers:
http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

TELEFON BIMBIT CADANGAN KEBENARAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT DAN GAJET KE


SEKOLAH Oleh: Mohd Nasir Yaacob “Majoriti guru tak setuju”, “NUTP bantah bawa
telefon”, “Teliti kesan pelaksanaan”.. Itu antara beberapa reaksi daripada pelbagai pihak
apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong mengumumkan Kementerian
Pelajaran akan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah mulai
tahun 2013 dengan beberapa syarat bagi memastikan ia tidak mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia, penggunaan telefon bimbit kian meningkat
dan mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda terutamanya kepada golongan
remaja. Statistik menunjukkan bahawa 20.5 peratus daripada 92.5peratus adalah para
remaja yang menggunakan perkhidmatan telefon bimbit (Suruhanjaya Komunikasidan
Multimedia, 2006: 11). Sebenarnya isu ini bukanlah baharu kerana pihak Kementerian
Pelajaran sendiri pernah membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah
sebelum ini namun ianya telah ditarik balik pada tahun 2009 atas beberapa sebab. Jika
dilihat secara keseluruhan kebenaran untuk pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah
pada tahun 2013 ini akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan walaupun
kebenaran bersyarat akan diberikan untuk menggelakkan kemudahan teknologi itu
mengganggu proses pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Datuk Dr Wee Ka Siong.
Malah hasil kaji selidik oleh pihak Kementerian Pelajaran pada tahun 2011 membabitkan
kira-kira 2000 responden di seluruh Negara mendapati 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus
pelajar sendiri menolak cadangan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit
ke sekolah. Ini dinyatakan oleh Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM)
Muhammad Khailani Abdul Jalil yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Induk Menangani
Gejala Disiplin Murid. Menurut beliau lagi berdasarkan pengalaman pihak sekolah, 60
peratus pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan ketika ini.
Yang menjadi persoalan sekarang adakah wajar kebenaran membawa telefon bimbit ini
diberikan semula kepada pelajar pada tahun 2013? Mari kita lihat apakah kebaikan dan
keburukan jika kebenaran membawa telefon bimbit dan gajet ini ke sekolah diteruskan.
Kebaikan: · Memudahkan pemantauan. Melalui penggunaan telefon bimbit dan gajet Ibu
bapa dapat memantau pergerakan dan berhubung dengan anak-anak dengan lebih muda.
Ini terutamanya apabila berlaku kes-kes kecemasan yang memerlukan tindakan segera.
Kecanggihan aplikasi yang terdapat dalam telefon bimbit dan gajet seperti telefon yang
dilengkapi dengan GPS akan memudahkan ibu bapa menjejaki anak-anak jika berlaku
penculikan, ponteng sekolah dan lain-lain lagi. Menurut Nabil Johari (2007), penggunaan
telefon bimbit memudahkan remaja untuk menghubungi keluarga di mana sahaja mereka
berada. · Pembelajaran Interaktif melalui internet. Penggunaan gajet seperti iPad akan
membolehkan guru menjalankan pembelajaran interaktif melalui internet. Kebenaran
membawa gajet seperti iPad akan membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada
internet untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara tidak langsung akan
menggalakan pembelajaran kendiri dalam diri pelajar. Keburukan: · Mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pasti
akan terganggu jika kebenaran membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah diteruskan.
Jika pelajar menggunakan telefon bimbit sudah pasti tumpuan tidak dapat diberikan
semasa belajar kerana asyik dan leka dengan telefon bimbit dan juga gajet yang dibawa.
Peranan sekolah adalah untuk memberi input dalam bentuk akademik semaksima
mungkin mengikut sukatan yang telah ditetapkan di samping penerapan nilai-nilai murni
kepada pelajar. Pada masa sekarang, setiap matapelajaran hanya diperuntukkan selama
30 minit untuk satu masa. Sekiranya masa yang sedia singkat itu digunakan lagi untuk
memastikan pelajar tidak bersms dan leka dengan gajet mereka, berapa minit lagi yang
tinggal untuk proses pengajaran dan pembelajaran? Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP), Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata pelajar tidak
sepatutnya dibenarkan peralatan komunikasi telefon bimbit ke sekolah kerana ia bukan
sahaja menggangu tumpuan mereka kepada pelajaran, malah akan mewujudkan budaya
tunjuk menunjuk dalam kalangan mereka. Menambah beban tugas guru Di kebanyakan
sekolah, jumlah pelajar di dalam kelas seramai 35 hingga 40 orang. Jika kita andaikan
sahaja separuh daripada jumlah pelajar dalam kelas ini membawa telefon bimbit ke
sekolah dan 25% daripadanya leka dengan gajet mereka.Cuba bayangkan beban tugas
tambahan bagi guru-guru memantau pelajar selain daripada tugas hakiki yang
diamanahkan kepada mereka? Jika berlaku kes kecurian telefon bimbit dan gajet tersebut
guru juga yang terpaksa melakukan pemeriksaan yang secara tidak langsung
menambahkan lagi tugas guru yang sedia ada. Penyalahgunaan telefon bimbit dan gajet
Naluri kanak-kanak dan remaja yang sentiasa ingin tahu boleh menyumbang kepada
penyalahgunaan telefon bimbit di sekolah. Ini termasuklah membuat rakaman dan
memuat turun video serta gambar yang tidak sepatutnya. Menurut Presiden Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat, terdapat pandangan
mengatakan bahawa pelajar lebih suka menghabiskan masa dengan permainan dalam
telefon bimbit serta melanggar disiplin seperti mengambil gambar tidak sopan (Azran
Jaffar,Berita Minggu: 22Januari 2006). · Menambah beban ibu bapa Jika cadangan ini
dilaksanakan ramai pelajar kurang mampu pasti akan terasa hati melihat rakan yang lebih
bernasib baik membawa telefon bimbit dan gajet canggih. Ia boleh menyebabkan pelajar
terbabit merajuk atau ‘mengugut’ ibu bapa supaya membelikan telefon bimbit jika mahu
mereka ke sekolah. Bagi yang memiliki telefon bimbit sudah pasti memerlukan belanja
yang lebih untuk menambah nilai telefon bimbit mereka. Selain daripada itu, ia juga boleh
mewujudkan kepada jurang sosial antara pelajar yang berkemampuan dengan pelajar
yang kurang berkemampuan untuk memiliki peralatan komunikasi tersebut. Tuntasnya,
kita dapat melihat lebih banyak kesan negatif jika cadangan memberi kebenaran
membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah pada tahun 2013 diteruskan oleh pihak
Kementerian Pelajaran. Kesannya bukan hanya akan dirasai oleh pelajar dan ibu bapa
sebaliknya tempias yang lebih besar pasti akan dirasai oleh guru-guru dan pihak sekolah
sendiri. Seharusnya kajian yang menyeluruh perlu dilakukan sebelum cadangan ini
dilaksanakan. Link-link berkaitan: http://asrafzamani.com/pelajar-dibenarkan-untuk-
membawa-telefon-bimbit-dan-gajet-it-ke-sekolah-mulai-2013/
http://www.budakbotak.com/2012/07/pelajar-dibenar-bawa-telefon-bimbit-
ke.html#axzz24pSbFM7F http://www.mazidulakmal.com/2012/07/kebenaran-pelajar-
membawa-telefon.html Rujukan: Ahmad Puhad Bin Alim & Nazatul Akma Binti Zakaria,
(2008) Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap Penggunaan Telefon Bimbit
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia Haspaizi Mohd Zain, Berita Harian, 17 Julai 2012 Syuhada Choo Abdulah , Berita
Harian, 18 Julai 2012

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Keburukan
【bahasa melayu】Kesan penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar

    Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon
bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu,
hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan
yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan
dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan
telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa
menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian,
implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan
dengan terperinci demi kebaikan bersama.
    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak
dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim
dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat
penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar
juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat
Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan
pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia dengan
menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai
telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk
menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana
telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.

    Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar
perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit
merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti
saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin
mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga
memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon
yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun
mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di
badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah
melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar harus
mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran

    Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan


pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa
kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong.
Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di
bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan
menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa
telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar
tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko
kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran
seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.
    Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon
bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon
bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat
pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia
(Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan
sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon
bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka.
Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab
telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau
kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata
pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”

    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan


lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan
kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara
api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik
dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan
sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul
ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang
berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Marcapada ini, telefon bimbit menjadi satu daripada alat komunikasi yang menguasai dunia
tanpa memilih usia, status dan kedudukan ekonomi seseorang. Tidak hairanlah telefon
bimbit menjadi medium penting untuk masyarakat berinteraksi dalam dan luar negara.
Namun begitu, penggunaan telefon bimbit mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap
pengguna, khususnya pelajar sekolah. Dalam kalangan pelajar sekolah hari ini, telefon bimbit
sinonim dengan mereka. Malah, ada ibu bapa yang berkemampuan menyediakan telefon
bimbit untuk kegunaan anak-anak.

Malangnya, ada pelajar yang menyalahgunakan teknologi ini demi keseronokan dan
kepuasan jiwa. Mereka gemar berbual dengan rakan sebaya sehingga lewat malam. Ini
menyebabkan masa untuk mengulangkaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Apabila lewat
tidur, tentulah masa tidur tidak mencukupi. Ini pasti menjejaskan prestasi mereka semasa di
dalam kelas. Akibatnya, mereka tidak mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya
semasa guru sedang mengajar.

Lebih membimbangkan, telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah. Dengan
kemampuan telefon bimbit menghantar dan menerima mesej SMS dan MMS, segelintir
pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video, menyimpan dan mengedarkan foto
lucah dan seumpamanya. Menurut statistik PDRM, jenayah rogol dan cabul meningkat akibat
salah guna telefon bimbit. Lebih buruk lagi, remaja sekolah mudah terdorong dengan ‘cinta
monyet’ yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka, terutama bagi remaja
perempuan. Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga
diri seseorang remaja. Ia juga menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti hubungan
seks bebas dan perzinaan. Inilah punca yang mengakibatkan kes pembuangan bayi persis
zaman Jahiliah di Tanah Arab dahulu.

Selain itu, telefon bimbit turut mendatangkan masalah terhadap keputusan akademik
pelajar kerana mereka teruja untuk menggunakan perkakasan tersebut berbanding
mentelaah buku pelajaran. Sikap suka bertangguh akan mula bertapak di dalam jiwa kerana
terlalu obses dengan telefon bimbit. Ini sekaligus menyebabkan prestasi mereka merudum,
apatah lagi jika mereka diberi ruang menggunakannya pada usia yang masih belasan tahun.

Penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan. Ada pelajar sekolah yang
sanggup mengikat perut semata-mata untuk memastikan telefon mereka mempunyai baki
kredit prabayar. Selain itu, ada pelajar yang sanggup berbohong terhadap ibu bapa semata-
mata untuk mendapatkan duit poket yang lebih. Secara purata, seorang pelajar sekolah
memerlukan antara RM20 hingga RM30 sebulan untuk membiayai nilai tambah kad prabayar
mereka. Ini tentulah dianggap suatu pembaziran kerana pesanan SMS dan perbualan
berkenaan tidak penting dan hanya celoteh kosong sahaja.

Ada segelintir pelajar menganggap telefon bimbit lambang kekayaan. Bagi sesetengah ibu
bapa yang berkemampuan, mereka membeli telefon bimbit yang canggih kepada anak-anak.
Sikap suka menunjuk-nunjuk dan menayangkan kepada rakan-rakan sebaya membuka ruang
kepada persaingan yang tidak sihat. Alangkah baiknya jika wang menukar beli telefon
tersebut digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Telefon bimbit juga menyebabkan segelintir pelajar menipu dengan membuat panggilan
palsu kepada agensi tertentu. Antaranya, nombor talian 999 untuk kecemasan sering
disalahgunakan demi keseronokan yang menyusahkan pihak lain. Mereka harus sedar
bahawa penggunaan telefon bimbit yang berterusan dalam tempoh yang lama juga, boleh
mendatangkan kesan kepada otak seperti peningkatan sel-sel barah.
Konklusinya, teknologi komunikasi seperti telefon bimbit bergantung kepada niat
penggunanya. Sebagai pelajar, kita harus bijak menggunakan peranti teknologi maklumat ini
dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan yang sia-sia.

Kewajaran Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan
menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat
membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia.
Sehubungan dengan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan
sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita selari dengan era
moden yang penuh kecanggihan ini.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa
digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di
mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon
bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS). Selain itu,
kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga
semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan
3G.
Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah
dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit
termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat
membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan
kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya,
banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh mendatangkan


kemudaratan. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan
mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang
dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang
masih setahun jagung itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa
tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. 

Oleh hal yang demikian, mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka
mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa
menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pemelajaran terganggu. Soalnya,
adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai
penyiasat kecurian telefon bimbit? Sudah tentu perkara sebegini ingin dijauhi lebih-lebih lagi
banyak masalah lain yang ditimbulkan oleh para pelajar.

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana
mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon
bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan berhadapan dengan gangguan. Semasa
ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk
jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil
terhadap pelajar lain. 
Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar
lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain
itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-
gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip
video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak
sihat yang mungkin boleh merosakkan masa depan mereka.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan
menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran.
Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan
menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak.
Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain
pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan
gelombang telefon itu.

Izharnya, melalui perbincangan yang disampaikan di atas, kita


dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar.
Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar
menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos
penggunaan yang tinggi. Namun demikian, semua hal ini tertakluk kepada diri individu itu
sendiri bak peribahasa tepuk dada tanyalah selera.

Friday, April 18, 2014

Implikasi penggunaan telefon pintar terhadap pembelajaran dalam kalangan


pelajar UTeM
1.0 Pengenalan

Penggunaan telefon pintar (smartphone) semakin popular dalam kalangan


masyarakat Malaysia. Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang
mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding
dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya
memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti
Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Selain itu, telefon pintar juga
menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk
pembinaan aplikasi.

Pada masa dahulu, telefon pintar ini hanya mampu digunakan oleh warga
korporat dan ahli perniagaan yang berjaya,tetapi kini telefon pintar juga
mampu dimiliki oleh pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Melalui telefon
pintar, pelajar boleh menghubungi ibu bapa, rakan-rakan dan pensyarah di
samping mendengar suara, melihat wajah dan akses kepada pelbagai
maklumat yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan.

1.1 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengetahui penggunaan telefon


pintar terhadap pelajar UTeM, mengetahui kekerapan penggunaan telefon
pintar dalam pengajian dan meneroka tahap kepentingan telefon pintar
terhadap pelajar.

2.0 Sorotan Kajian

Telefon pintar merupakan salah satu gajet telefon yang terkenal di seluruh
dunia. Majoriti masyarakat dunia khususnya di negara maju dan membangun
sudah mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar kerana
harganya semakin murah. Terdapat empat jenama atau aplikasi telefon
pintar yang ada di pasaran iaitu Android, iPhone, Blackberry dan Windows.
Setiap jenama utama telefon pintar ini, menawarkan aplikasi yang berbeza
dalam pelbagai bentuk, jenis dan citarasa.

Jenama "telefon pintar" ini mempunyai bermacam jenis fungsi dan


kemudahan yang dicipta untuk penggunanya di mana keupayaan telefon
pintar ini bukan sahaja terletak pada fungsi tradisional iaitu membuat dan
menerima panggilan sebaliknya telah dipelbagaikan sesuai dengan selera
pengguna. Antara fungsinya ialah akses kepada maklumat yang pantas
seluruh dunia, pembaikan atau peningkatan telefon secara automatik,
penghantaran data, penerimaan data, inframerah telefon ke telefon,
keupayaan input abjad, terbina dalam permainan dan utiliti. Justeru, set
telefon yang lebih canggih yang dijangka berfungsi untuk telefon pintar yang
sebenar adalah lebih besar daripada telefon mudah alih yang lama yang
sudah menjadi kebiasaan kita.

Bagi memahami asal-usul telefon pintar moden, kita mesti memahami evolusi
bahasa-bahasa yang telah dicipta. Pada mulanya, satu-satunya bahasa untuk
telefon bimbit dikenali sebagai “peranti thehandhled bahasa tambahan
(HDML)”. Kini, peningkatan telah mengubah bahasa ini ke dalam “WML-the
Markup Language Wireless”. Selain itu, di Jepun, NTT DoCoMo telah
menawarkan perkhidmatan yang sangat berjaya dikenali sebagai “i-mode”
berdasarkan “bahasa chtml (padat HTML)”.

2.1 Latar belakang aplikasi telefon pintar utama

Aplikasi dan sistem yang digunakan dalam telefon pintar didominasi oleh
empat syarikat teknologi maklumat utama dunia. Sistem ini ialah Android,
iPhone, Blackberry dan Windows.

Sejarah Android

Android adalah sistem operasi dan fungsi penggunaannya adalah jauh lebih
hebat dan canggih. Ia adalah timbunan teknologi yang dibina khusus untuk
peranti mudah alih yang termasuk sistem operasi, middleware dan aplikasi
utama. Timbunan perisian ini adalah daripada rangka kerja untuk keping
khusus perisian seperti mesin maya yang memudahkan pengoptimuman
sumber ingatan dan perkakasan untuk teknologi sambungan seperti
Bluetooth dan Wi-Fi. Ia sangat membantu dalam memudahkan segala aktiviti
dan pekerjaan manusia.

Android bermula dari seorang yang bernama Rubin yang percaya bahawa
pengguna telefon bimbit hari ini mempunyai keperluan yang berbeza. Beliau
membuat platform mudah alih yang membolehkan mana-mana pengaturcara
untuk menulis sebarang permohonan bagi platform telefon mudah alih bagi
memenuhi permintaan pengguna telefon bimbit. Pada tahun 2005, beliau
menemui Google untuk mencari sokongan.

Rubin tidak mencari pembiayaan sebaliknya mencari suatu jaminan


kelulusan. Beliau telah mengetahui bahawa Google mempunyai “coattais”
lama untuk sebuah syarikat mudah alih. Apabila Rubin pergi mencari
kelulusan Google, beliau mendapat tawaran yang tidak mampu untuk
menolaknya. Google menawarkan untuk membayar Rubin sekitar AS $50 juta
bagi Android dan bersetuju untuk memasukkannya ke dalam projek Android
sebagai pengendali projek.

Sejarah iPhone

iPhone bermula dengan Steve Jobs yang merupakan jurutera syarikat Apple
yang memperkenal teknologi sentuhan jari dan komputer tablet. Beliau tidak
percaya bahawa telefon bimbit akan menjadi antara salah satu alat penting
untuk mengakses maklumat secara mudah alih dan mempunyai perisian
penyegerakan yang sangat baik. Pada masa itu, dengan memberikan
tumpuan terhadap susulan kepada Newton PDA mereka, Steve Jobs
mempunyai model Apple yang telah meletakkan tenaga ke dalam ipod dan
perisian iTunes.

Pada Januarai 2007, Steve Jobs mengumumkan iPhone akan dikeluarkan


akhir tahun itu. Pada 29 Jun 2007, iPhone yang pertama telah dikeluarkan.
Sejarah Blackberry

Blackberry merupakan telefon pintar yang semakin canggih dan mencipta


nama. Keluaran model telefon pintar pertama jenis Blackberry dilakukan
pada tahun 2003. Blackberry adalah peranti selaras yang menggunakan
perkhidmatan talian tanpa wayar iaitu secara pegang tangan telah direka dan
dipasarkan oleh Research In Motion Limited (RIM) yang beroperasi sebagai
Blackberry. Peranti Blackberry pertama ialah e-mel yang telah dikeluarkan
pada tahun 1999.

Sejarah telefon Windows

Telefon pintar yang menggunakan aplikasi Windows adalah satu siri sistem
operasi mudah alih hak milik Microsoft. Ia telah dibangunkan oleh Microsoft
yang menjadi pengganti kepada Windows Mobile. Berbeza dengan
sebelumnya, tujuan utamanya adalah untuk pasaran pengguna dan bukannya
pasaran perusahaan. Telefon pintar yang menggunakan aplikasi Windows ini
telah dilancarkan pada pertama kalinya pada Oktober 2010.

2.2 Kebaikan dan keburukan telefon pintar

Pada hari ini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para
remaja sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak
dinafikan bahawa gajet telefon pintar ini telah banyak mempengaruhi cara
masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka.

Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat
perhubungan. Misalnya, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang
berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita
dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat
diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, telefon pintar merupakan salah satu
aset yang penting kepada pemandu kenderaan sekiranya berlaku sebarang
masalah atau kecemasan. Jika berlaku sebarang kerosakan kenderaan,
pemandu boleh menghubungi bengkel membaiki kenderaan atau juruteknik
untuk membaiki kenderaan tersebut.

Selain itu, telefon pintar juga boleh dijadikan sebgai alat untuk melayari
internet. Pada masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para
pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah atau guru. Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon
pintar ini, para pelajar boleh melayari internet dengan menggunakan gajet ini
di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa malah dapat memperolehi
sesuatu maklumat yang diperlukan dengan cepat.

Di samping itu, penggunaan telefon pintar di universiti adalah untuk


mengesan kehadiran pelajar ke dewan kuliah. Contohanya di Universiti
Tokyo, Jepun, pihak universiti memberi beratus-ratus iPhone kepada 550
orang pelajar Fakulti Sosial Informatik yang mengkaji penggunaan internet
dan teknologi komputer dalam masyarakat. Alat berkenaan boleh digunakan
dalam kajian mereka tetapi ia juga turut dilengkapi GPS untuk menentukan
kedudukan setiap pelajar.

Telefon pintar pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk
merehatkan minda. Dengan memiliki telefon pintar, kita dapat mendengar
lagu dan menonton video kegemaran bila-bila masa dengan cara memuat
turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas. Gajet ini juga
mempunyai pelbagai aplikasi permainann yang mengikut gaya masa kini.
Aplikasi permainan ini amat disukai oleh golongan para pelajar bagi mengisi
masa lapang mereka atau selepas menyiapkan tugasan mereka.

Telefon pintar bukan sahaja memberi kebaikan kepada penggunanya, malah


keburukan apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Antara keburukan
telefon pintar ialah gajet telefon pintar ini menyebabkan kadar statistik
jenayah di bawah umur meningkat kerana apabila keinginan para remaja
yang ingin memiliki telefon pintar ini tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa,
sudah tentu mereka akan menggunakan cara yang lain untuk
mendapatkannya. Hal ini sering berlaku kepada para pelajar yang mempunyai
latar belakang ahli keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, telefon pintar bukan sahaja akan mengganggu pelajaran malah
akan memberi peluang kepada untuk mengakses laman pornografi di sekolah
dan menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan
pelajar serta membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat
sekeliling. Tambahan pula penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar
akan mendatangkan pembaziran wang kerana terpaksa untuk menambah
nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan yang sepatutnya boleh
digunakan dengan lebih bermanfaat.

Dalam pada itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar
ini boleh mendatangkan impak yang negatif sekiranya para pelajar terlalu
taksub. Hal ini boleh dilihat apabila ramai pelajar sering mengabaikan
pelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus
kepada alat teknologi ini. Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk
melayari laman sesawang pada setiap masa seperti facebook, twitter,
instagram dan keek daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah.

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menajdikan soal selidik


sebagai instrumen. Pembinaan soalan adalah berdasarkan kepada objektif
kajian yang telah dipersetujui. Borang soal selidik diedarkan di kawasan
kampus melibatkan 50 responden pelajar yang terdiri daripada Fakulti
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan,
Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti
Kejuruteraan Eletronik dan Kejuruteraan Komputer. Data yang diperolehi
telah dianalisis menggunakan SPSS dan ditunjukkand alam bentuk statistik.
Semua responden memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar
peribadi. Antara jenama yang digunakan oleh responden kami ialah
Motorola, Apple, Samsung dan Sony.
4.0 Dapatan Kajian

Sembilan soalan telah ditanya kepada responden meliputi penggunaan


telefon pintar mereka. Hasil dapatan dijelaskan dalam pernyataan-
pernyataan berikut.

Hasil dapatan daripada soalan “Setiap pelajar di UTeM mempunyai telefon


pintar mereka sendiri” menunjukkan 60 peratus menyatakan sangat
bersetuju setiap pelajar di UTeM mempunyai telefon pintar mereka sendiri.

Hasil dapatan daripada soalan “Saya mengetahui cara yang betul dalam
menggunakan telefon pintar” menunjukkan semua responden bersetuju
bahawa mereka mengetahui cara yang betul dalam menggunakan telefon
pintar.

Hasil dapatan daripada soalan “Telefon pintar adalah satu keperluan asas
bagi seseorang pelajar UTeM” menunjukkan 80 peratus responden bersetuju
bahawa telefon pintar sudah menjadi satu keperluan kepada pelajar
berbanding hanya sepuluh peratus yang tidak bersetuju.

Tiga per empat daripada responden bersetuju bahawa telefon pintar telah
membantu pengajian akademik mereka.

Hasil dapatan daripada soalan “Saya sentiasa menggunakan telefon pintar


saya dalam pengajian akademik saya” juga mencatatkan hanya sepuluh
peratus daripada responden sangat tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Bagi soalan “Telefon pintar banyak membantu saya dalam menyelesaikan


kerja kursus”, rata-rata (90 peratus) daripada responden menzahirkan
persetujuan mereka.

Bagi soalan “Telefon pintar saya sentiasa ada di tangan saya walau di mana
sahaja saya berada”, dapatan menunjukkan responden sentiasa membawa
telefon pintar mereka. Sebanyak 60 peratus sangat bersetuju diikuti 30
peratus sekadar bersetuju manakala hanya sepuluh peratus yang tidak pasti.
Dari segi “Adakah anda bersetuju telefon pintar ini banyak mendatangkan
keburukan”, dapatan menunjukkan hampir separuh (40 peratus) yang tidak
bersetuju. Selebihnya iaitu 60 peratus menyatakan telefon pintar ada
membawa keburukan.

Bagi kenyataan “Setujukah anda sekiranya telefon pintar ini merupakan


faktor kepada perubahan sosial seseorang pelajar universiti itu?” dapatan
menunjukkan dua per tiga (70 peratus) responden mengakui terdapat
perubahan sosial pelajar selepas menggunakan telefon pintar. Bagaimanapun
sepuluh peratus lagi tidak bersetuju dan selebihnya tidak pasti.

Dapatan daripada soalan “Adakah anda bersetuju pelajar universiti tidak


mampu hidup tanpa telefon pintar ini?” menunjukkan separuh (50 peratus)
responden tidak pasti bagaimana keadaannya jika hidup tanpa telefon pintar
di kampus. Bagaimanapun 30 peratus bersetuju dengan kenyataan tersebut.

5.0 Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan bahawa telefon pintar memberikan pengaruh yang


besar kepada setiap pelajar yang menggunakannya, sama ada dalam aspek
yang positif mahupun negatif. Dalam kalangan pelajar, penggunaan telefon
pintar yang ada capaian internet dapat membantu proses pengajian mereka
khususnya ketika mencari bahan rujukan.

Penggunaan telefon pintar wajar dilihat dari perspektif positif supaya pelajar
mendapat lebih banyak manfaat untuk kejayaan dalam akademik. Pelajar
juga patut sentiasa diingatkan supaya menggunakan sambungan tanpa wayar
di kampus sebagai instrumen menjulang kejayaan akademik bukannya
mensia-siakannya.

Rujukan
Derek Ferguson. (2002). History of internet phones.
Jerri Ledford. (2010). The history of iPhones.
Utusan Malaysia. (2009). iPhone kesan pelajar ponteng, 30 Mei.
Utusan Malaysia. (2012). Kesan baik dan buruk penggunaan telefon pintar
kepada pelajar, 28 Ogos.http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar
http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_iPhone
https://en.wikipedia.org/wiki/BlackBerry
http://en.wikipedia.org/wiki/Windows_Phone

MZ Zainudin, Muhammad Hafizuddin Sharul Lazi, Mohammad Muzzaqir Affan


Mohd Zulkifli, Muhammad Hasif Hamdan, Umi Nabila Shukor, Lim Kai Li,
Farah Izza Azman

Pembelajaran abad 21
KEMAHIRAN ABAD KE-21

Salah satu perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang
ialah kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang
diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21
dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini.

Salah satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa sekarang. Kebanyakan
kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu,
literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21
melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar
untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan
mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada
era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan
projek (project-based learning) adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah
dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan
maklumat daripada pelbagai sumber seperti google.

Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi


interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan
guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel,
Facebook atau blog. Contohnya, kebanyakan pelajar pada zaman sekarang mempunyai
akaun laman sosial seperti facebook, melalui laman ini guru boleh memuat turun nota atau
latihan kepada pelajar. Pendekatan ini lebih menarik minat pelajar untuk belajar.  Sumber
terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan
peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era
digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti
WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo,
dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

Kemahiran teknologi maklumat dan inovasi turut melahirkan pelajar kreatif dan inovatif yang
dapat mengembangkan pemikiran mereka dan amat berguna apabila berada di dunia
pekerjaan. Dengan adanya aspek ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menarik dan berkesan kerana berjaya menarik tumpuan pelajar. Misalnya, dengan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar dapat mengakses maklumat
tanpa had dengan hanya menggunakan enjin carian seperti google atau yahoo mereka dapat
memperoleh banyak maklumat dengan hanya menggunakan hujung jari. 

Antara elemen-elemen yang turut terkandung dalam kemahiran teknologi maklumat dan
inovasi adalah kreativiti dan inovasi (creativity and innovation), pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah (critical thinking and problem solving), komunikasi dan kolaborasi
(communication and collaboration),  literasi maklumat (information literacy), literasi media
(media literacy), literasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy), fleksibiliti dan mempunyai keupayaan
menyesuaikan diri (flexibility and adaptability), berinisiatif dan mempunyai haluan diri
(initiative and self-direction) serta  kemahiran sosial dan antara-budaya (Social and Cross-
Cultural Skills).

Sebelum kemahiran yang melibatkan ICT dikuasai, pelajar abad ke-21 perlu menguasai
kemahiran 3M yang meliputi Membaca, Mengira dan Menulis. Penguasaan kepada 3M ini
adalah asas kepada perkembangan pendidikan abad ke-21 dan bilangan masyarakat
Malaysia yang buta huruf dapat dikurangkan sekiranya penguasaan terhadap 3M dapat
ditingkatkan dan seterusnya kemahiran yang melibatkan ICT turut dapat ditingkatkan. Oleh
itu, pelbagai langkah perlu dilakukan agar tidak wujud lagi masalah penguasaan 3M. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza perlu untuk meningkatkan penguasaan 3M di
kalangan murid. Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak
istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan penempatan
kaunselor di setiap sekolah.

Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi


perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid
terbabit. Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara
penyebab pendidikan murid tergolong dalam kategori yang gagal mencapai matlamatnya.
Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti pendidikan seperti rakan lain hanya akan
menyulitkan langkah mengatasi masalah mereka kemudian hari. Dalam usaha menangani
masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir
mengenainya.

Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan
penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa. Apa yang penting,
pelaksanaan tindakan progresif menangani masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini
sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah terlalu jauh tercicir.

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu
mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai
daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang
kepada tamadun sains dan teknologi masa depan dan merupakan salah satu kemahiran abad
ke-21. Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kreatif dan
berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti


bersemangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat
keputusan berdasarkan fakta yang nyata dan tepat serta menghargai sumbangan sains dan
teknologi. Warganegara sedemikian dapat dibentuk sekiranya pendedahan awal kepada
sains dan teknologi diberikan. Sains secara amnya dilihat sebagai satu bidang ilmu
pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah. Sebagai satu
bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan
kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka.

Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka dibantu
menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran
baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan
maklumat baru. Sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah, sains dapat
memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping
mendapatkan ilmu pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan
murid memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran sains dapat menggalakkan
semangat ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketabahan, ikram terhadap hidupan dan
menghargai alam sekitar. Sains di peringkat sekolah rendah membolehkan murid
mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka melalui pengalaman dan juga
penyiasatan.

            Di samping itu, kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga termasuk dalam
kemahiran abad ke 21. Kemahiran interpersonal merujuk kepada kebolehan seseorang itu
untuk berkomunikasi dengan orang lain yang melibatkan penyelesaian masalah. Manakala
kemahiran intrapersonal pula ialah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang.
Komunikasi ini dibentuk dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat.
Menurut Capstone (2001) maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi
intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan dan
maklumat yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi secara tidak lisan ialah
keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Kedua-dua kemahiran ini penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam menuju pendidikan abad ke 21.
Walaupun terdapat perbezaan karakter bagi kedua-dua kemahiran ini. Namun, kemahiran
yang mereka gunakan berkesan untuk diri mereka dalam proses pembelajaran.

           Kemahiran komunikasi juga merupakan perkara penting dalam kemahiran abad ke 21.
Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen iaitu:

·        kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam Bahasa Melayu


dan Bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang
berlainan, kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh
keyakinan, secara lisan dan bertulis.

·         Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum
balas.
·     Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan
bersesuaian dengan tahap pendengar.

·        Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.

·        Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.

·        Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya


berlainan.

·        Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.

·        Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

Kemahiran-kemahiran ini penting bagi membentuk perhubungan di kalangan pelajar.


Melalui kemahiran komunikasi ini, pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan
akan berlaku sebelum perkongsian idea berlaku untuk kepentingan bersama.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran
abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :

·         Menguasai pelbagai bidang

Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan
diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang
mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang
cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam,
seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan
pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi
memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka
(guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti
perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai
cabaran.

·         Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.

Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku
khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang
akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu
diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada
melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.
·         Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran & Pembelajaran).

Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran


abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan
pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau
pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada
guru (teachers-centered). Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21
ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mengadaptasikan pedagogi inovasi teknologi
di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan
kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif
kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

·         Menggunakan Teknologi Terkini.

Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk
melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada
penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan
teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan
pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.

·         Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).

Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat
yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping pendedahan
kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban
dan tatasusila di dalam hubungannya sesama rakan sekerja.

Kemahiran  yang diwujudkan dalam kemahiran abad ke-21 ini sejajar dengan perkembangan
yang dialami oleh negara dalam bidang pendidikan. kemahiran ini penting dalam menuntut
kemajuan yang dapat mencapai matlamat pendidikan pada alaf 21 yang merangkumi
pelbagai aspek.

WAJARKAH MURID BAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH?


Macam-macam reaksi daripada pelbagai pihak apabila Kementerian Pelajaran mengambil
langkah merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang membolehkan
pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Bagi pelajar-pelajar , tentunya menganggap langkah ini sebagai suatu kemudahan yang
‘menyeronokkan’ dan ditunggu-tunggu manakala golongan ibu bapa ada yang merasa lega
kerana boleh mengikuti perkembangan anak mereka di sekolah dan pada masa sama tidak
kurang ramai juga bimbang dengan kesannya kepada anak-anak apabila membawa alat
komunikasi itu ke sekolah.

Pertama, bimbang disalah guna kemudahan tersebut. Yang keduanya, apabila berlakunya
kecurian atau kehilangan gajet berharga itu.

Draf peraturan membenarkan penggunaan telefon bimbit ini dirangka selari dengan
perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar, tambahan sebelum
ini, pihak ibu bapa sudah beberapa kali meminta kementerian agar membenarkan telefon
bimbit dibawa ke sekolah bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka.

Sememangnya ada baik dan tidak baiknya membawa telefon bimbit ke sekolah. Dari segi
baiknya, tentu ia memudahkan ibu bapa untuk mengesan anak mereka terutamanya selepas
waktu sekolah. Ada ketikanya anak-anak terlepas bas sekolah mungkin kerana lambat keluar
kelas dan tidak memaklumkan kepada pemandu bas terlebih dahulu. Tidak kurang juga yang
nakal dan suka berpeleseran selepas waktu sekolah.

Saya pernah diminta oleh anak saya yang bersekolah rendah menghantar kawannya pulang
ke rumah kerana kawannya itu terlepas bas. Ini disebabkan semua murid di dalam kelasnya
dihukum balik lewat sedikit setelah gagal menyiapkan kerja rumah yang diberi. Mujur saya
tidak bekerja ketika itu.

Kediaman saya yang amat dekat dengan sekolah tidak memerlukan anak saya untuk menaiki
bas. Sampai di rumah saya, kawannya itu yang menangis kerana panik meminjam telefon
bimbit saya memberitahu ibunya di tempat kerja yang dia terlepas bas dan saya akan
menghantarnya.

Saya merasa gusar, rasa marah pun ada. Kenapalah cikgu boleh membuat hukuman sebegitu
tanpa memikirkan pelajar-pelajar yang menaiki bas sekolah. Siapa yang akan menghantar
mereka sekiranya terlepas bas? Jika dibiar pelajar ini ‘bersidai’ menunggu penjaganya
mengambilnya pulang di depan sekolah dalam suasana yang agak sunyi, semua pelajar telah
pulang, kita bimbang ada pihak lain yang tidak bertanggungjawab pula menawarkan khidmat
untuk menghantar pelajar ini pulang ke rumah.

Dalam situasi seperti ini telefon bimbit amat diperlukan. Memang ada telefon awam
disediakan di sekolah tetapi tidak semua diselenggara dengan baik, lama dibiarkan rosak dan
tidak banyak pula kemudahan itu. Dalam pada itu, jangan terkejut ramai juga pelajar sekolah
terutamanya di peringkat rendah yang tidak tahu menggunakan telefon awam.

Tetapi dari sudut tidak baiknya, kita juga bimbang telefon tersebut akan disalahguna pelajar.
Kemudahan ini digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sesama kawan
di dalam kelas atau luar kelas, melayari Internet pada waktu sekolah, mengemas kini status
di Facebook, twitter, merakamkan perbuatan kawan-kawan dan guru-guru dan sebagainya.

Pada masa sama, para guru bukan sahaja berhadapan dengan cabaran mengawal pelajar
sekolah ini daripada menyalahguna telefon bimbit di sekolah tetapi terpaksa melayani
masalah kehilangan telefon bimbit itu.

Kehilangan gajet ini juga mungkin membuatkan pelajar-pelajar terbabit menuduh antara
satu dengan lain sehingga berlakunya pergaduhan dan bermacam-macam lagi kesan
daripada kehilangannya.
Pada masa sama, pelajar-pelajar yang tidak ada telefon bimbit dan iPad, mula merengek
meminta ibu bapa membelikan telefon bimbit kerana melihat kawan-kawan memilikinya dan
membawa ke sekolah. Yang lagi haru, mereka mahu yang lebih canggih daripada kawan-
kawan dengan niat berlawan-lawan, telefon siapa yang lebih up to date.

Saya tidak pasti apakah peraturan-peraturan ketat yang akan digunakan kementerian dalam
mengawal penggunaan telefon bimbit ini. Tetapi sudah pastinya draf yang sedang dirangka
itu perlu mengambil kira kesan-kesan yang tidak baik ini.

Kita mahu tahu hadnya, bila waktu telefon bimbit ini boleh digunakan dan bagaimana pihak
sekolah dapat mengawal penggunaannya. Pelaksanaan peraturan-peraturan berkaitannya
pun perlu tegas dan perlu dipatuhi. Sedangkan peraturan sedia ada yang melarang pelajar
sekolah membawa telefon bimbit, ramai juga yang melanggarnya dengan membawanya
secara sorok-sorok. 

Kita bimbang peraturan yang ada jika tidak dilaksanakan secara tegas, tidak memberi apa-
apa makna, sedangkan orang dewasa pun sukar untuk mematuhi peraturan.

Tetapi sudahkah perkiraan dan kajian baik buruknya diambil kira? Hanya pihak berwajib
mampu menjawab persoalan ini. Sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai statistik baik
buruknya membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah mungkin boleh untuk saya
kongsikan bersama isu yang pada hemat saya mungkin timbul apabila pelajar bersama
telefon di sekolah:

Tumpuan pelajar terganggu

Bolehkah seorang guru mengawal pelajarnya agar tidak melayan SMS yang masuk keluar
pada setiap detik dan ketika? Mungkin juga pelajar sibuk melihat kecanggihan gajet yang
dimiliki oleh rakan dan membandingkan dengan gajet miliknya. Bukankah ini semua akan
mengganggu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 

Jurang stratifikasi sosial di sekolah

Sekolah diprogramkan dengan keseragaman dan kesamarataan. Baju tidak berbeza pada
warna mahupun gayanya. Tetapi jika gajet yang dibawa iPhone, Samsung, BlackBerry sudah
tentu tidak sama dengan gajet tidak berjenama. Apakah kita inginkan jurang stratifikasi
sosial berlaku di dalam persekitaran sekolah. Sombong, memperlekehkan yang lain mungkin
akan menjadi budaya sekolah. Adakah matlamat ke sekolah akan tercapai kiranya begini
keadaan persekitarannya?

Jenayah kecil-kecilan

Gajet yang dibawa ke sekolah seperti telefon bimbit mungkin terdedah kepada kecurian.
Disebabkan godaan yang tinggi gajet yang dicuri boleh membawa kepada masalah lain
seperti bergaduh sesama pelajar dan tidak kurang menyusahkan para guru yang terpaksa
membuat siasatan bagi kecurian tersebut.

Isu sosial

Anak remaja sedang dalam proses mengenali diri dan membentuk peribadi. Banyak kes pada
hari ini telefon bimbit berkamera digunakan sebagai bahan untuk bereksperimen dalam
melihat tubuh badan sendiri, mengendap, merekodkan aksi buli dan aksi terlarang lain atas
dasar ingin tahu yang kuat dalam diri remaja. Bukan itu sahaja, gajet canggih yang dilengkapi
akses kepada internet juga memungkinkan pelajar leka bermain permainan dalam talian dan
lain-lain lagi. Sanggupkah para guru warga pendidik dan ibu bapa melayani serta berhadapan
dengan semua isu ini yang mana kadar penyalahgunaannya begitu tinggi?

Akademik tidak bebas lagi

Guru-guru mungkin mengalami kesukaran untuk berkongsi contoh dan bercakap mengenai
perkara yang sensitif kerana khuatir gajet canggih yang dimiliki pelajar merekodkan perkara
itu serta mentafsirnya secara salah. Guru juga mungkin tidak akan menggayakan atau
berdemonstrasi dalam membentuk kefahaman pelajar bagi mengelakkan ia direkodkan,
disunting dan dimuatkan di internet yang akan menjadikan guru terbabit bahan lawak
jenaka. Lebih malang ia mungkin jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab dan secara
tidak langsung mengekang kebebasan akademik di sekolah.

Mungkin bagi membendung kebimbangan ibu bapa akan ancaman bahaya yang ada pada
hari ini, pihak berwajib perlu memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan perlu apabila berlaku
kecemasan. Butiran untuk dihubungi ketika kecemasan sama ada oleh pelajar, ibu bapa dan
pihak sekolah perlulah jelas. 
Pemantauan dari semua pihak memungkinkan persekitaran yang lebih baik kepada semua.

Pelajar perlu dididik agar lebih bertanggungjawab dengan tidak melencong ke tempat lain
selepas meninggalkan sekolah. Sentiasa memaklumkan ibu bapa dan guru kiranya
mempunyai aktiviti. 

Tetapi keadaan dan suasana semasa mungkin mendesak agar pelajar dibenarkan membawa
telefon bimbit ke sekolah. Biarlah keputusan yang dibuat kelak merupakan risiko yang paling
minimum untuk ditanggung oleh ibu bapa, pelajar, sekolah dan juga masyarakat.

Sumber:  Utusan Malaysia

You might also like