You are on page 1of 2

Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Kewajaran Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan
menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat
membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia.
Sehubungan dengan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan
sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita selari dengan era moden
yang penuh kecanggihan ini.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa
digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di
mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit
juga memperkenalkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS). Selain itu, kamera serta
pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih
hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi.
Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-
murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja
serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja
hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit
ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh mendatangkan kemudaratan.


Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak
masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa
mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih setahun jagung itu.
Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman
berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit.

You might also like