You are on page 1of 2

Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumat dan komunikasi amat

mustahak dalam kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam


teknologi maklumat dan komunikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon
bimbit yang amat nipis dan banyak kegunaan , daripada mencari maklumat di
perpustakaan kepada mendapatkan maklumat daripada Internet. Maklumat kini
semuanya berada di hujung jari sahaja . Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa
terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada manusia.
Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada
ini mampu mempercepat kerja kita.Hal ini terbukti apabila majoriti populasi
masyarakat di Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya
daripada Internet.Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di
perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku-buku yang
mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang disusuni dengan
ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka. Sebaliknya,
masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan komputer mereka
dan menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh
mereka. Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa
di samping dapat mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka.
Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini
dapat membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada
jauh daripada kita. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah
universiti yang jauh daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan
terhadap ibu bapa mereka dengan hanya menelefon mereka. Bagi mereka yang
melanjutkan pelajaran di luar negara pula, mungkin caj panggilan telefon amat
mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah itu. Caranya adalah dengan
menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul belakangan
ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial dapat membuatkan
mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. Jika rindu untuk berbual-bual
sambil menatap muka mereka, pelajar itu sendiri boleh menggunakan aplikasi
panggilan video. Aplikasi ini boleh didapati dalam laman sosial seperti Skype.
Dengan adanya kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun
tinggal berjauhan.
Dalam konteks ini, para murid dapat menggunakan Internet untuk membantu
pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi maklumat kepada
manusia. Senario ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak laman blog yang
berkaitan dengan sesuatu subjek mengikut sukatan pembelajaran di sekolah yang
memenuhi Internet. Dalam blog tersebut, terdapat banyak cara menjawab soalan
peperiksaan dan tips yang diberikan untuk menghafal sesuatu sukatan
pembelajaran. Kebiasaannya, tips-tips ini diberikan sendiri oleh guru-guru
cemerlang yang ada di seantero Malaysia. Rentetan itu, hal ini akan sedikit
sebanyak membantu para murid dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka
terhadap sesuatu subjek yang mereka lemah. Hal ini juga akan dapat membuatkan
seseorang murid itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik lantas
membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerelang.

Konklusinya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan


yang amat mustahak kepada manusia pada hari ini. Teknologi ini akan terus
ditambahbaikkan dari semasa ke semasa supaya kerja harian manusia akan
menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita tidak boleh ketinggalan dalam kemajuan
teknologi maklumat. Kita hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa
agar negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara
maju lain.

You might also like