You are on page 1of 2

6.

0 RUMUSAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
kesetiaan terhadap jenama telefon bimbit dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang, Terengganu. Kaedah utama yang digunakan dalam
kajian ini ialah soal selidik dan temu bual sebagai instrumen kajian ini. Skop kajian ini adalah
meliputi persoalan kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan terhadap
jenama telefon bimbit dalam kalangan pelajar dan mengenal pasti jenama telefon bimbit yang
digunakan oleh para pelajar tingkatan 5 dan tingkatann 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Durian Guling, Marang, Terengganu. Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas 50
orang responden yang berbeza jantina, tingkatan pelajar, aliran yang diambil, pendapatan
ibubapa dan tempoh penggunaan jenama telefon bimbit. Data mentah yang diperoleh daripada
kajian ini dianalisa oleh pengkaji sendiri. Analisa kajian ini dilakukan secara deskriptif dengan
mengambil kira kekerapan dan peratusan serta min.

6.1 Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama telefon bimbit
dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang,
Terengganu

Bagi faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama telefon bimbit dalam
kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling antaranya ialah
pelajar memerlukan jenama telefon yang menyediakan spesifikasi terbaik setiap masa. Dalam
pada itu, storan telefon juga memainkan peranan penting untuk pelajar memuat naik pelbagai
fail informasi yang dihantar oleh guru-guru di sekolah. Hal ini membuktikan bahawa kesetiaan
terhadap sesuatu jenama telefon bimbit itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor utama. Bagi tujuan
pembelajaran terutama dalam keadaan negara dilanda Covid-19, peranti elektronik seperti
telefon bimbit amat penting untuk keperluan pembelajaran secara atas talian. Objektif kajian
kali ini telah Berjaya dicapai dengan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan
terhadap jenama telefon bimbit. Oleh itu, pemilihan peranti dengan jenama yang sesuai amat
perlu dititikberatkan semasa pemilihan dibuat.
6.2 Mengenal pasti jenama telefon bimbit yang digunakan oleh para pelajar tingkatan 5 dan
tingkatann 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang, Terengganu.

Menelusuri kajian yang dijalankan, dapat dibuktikan terdapat pelbagai jenama telefon
bimbit yang digunakan olehj para responden dan dapat dikenal pasti. Objektif kajian yang keuda
telah Berjaya dicapai iaitu untuk mengenal pasti jenama telefon yang digunakan oleh responden.
Telefon bimbit wujud hasil perkembangan industri telekomunikasi yang bergerak pantas. Di
Malaysia, bilangan murid yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat, iaitu kira-kira
20 peratus daripada keseluruhan pengguna. Ramai murid berhasrat untuk memiliki telefon
bimbit berjenama kerana mereka terpengaruh dengan perubahan yang berlaku di sekeliling
mereka. Mereka juga turut dipengaruhi oleh rakan sebaya terutamanya yang telah memiliki
telefon.

Kewujudan telefon bimbit yang lengkap dengan kemudahan multimedia pelbagai guna
menyebabkan murid sangat teruja untuk memiliki alat komunikasi mudah alih yang canggih ini.
Dapat disimpulkan disini bahawa semakin hari semakin banyak jenama telfon bimbit yang
canggih. Oleh itu, ia haruslah dipilih dan digunakan dengan bijak sana oleh para pelajar
terutama dalam pembelajaran abad ke-21 yang semakin hari semakin mencabar.

You might also like