You are on page 1of 2

1.7.

Ulasan Kepustakaan

Bagi menyiapkan kajian ini, penulis ada membuat bebrapa rujukan terhadap buku-

buku yang berkaitan dan juga ada merujuk kepada bahan-bahan ilmiah yang lain seperti

jurnal dan lain-lain yang juga berkaitan dengan skop perbincangan mengenai tajuk kajian

ini.

Dengan meningkatnya jumlah pemilikan telefon pintar ke atas golongan awal

dewasa iaitu pada usia pertengahan remaja yang merupakan penuntut universiti,

kebanyakkan dari mereka mudah terdedah dengan pelbagai kesan negatif dalam

penggunaan telefon pintar. Jadi kajian ini perlu dilakukan bagi membuat penelitian kembali

serta sebagai ingatan dan nasihat supaya tidak terleka dek arus teknologi yang tidak pernah

surut.

Penulisan mengenai implikasi penggunaan telefon dalam kuliah bukanlah kajian

yang baru malahan ia merupakan kajian yang mula dikaji setelah bermulanya sejarah

penciptaan telefon pintar ini. Menurut kajiian yang lepas antaranya ialah ‘’Telefon Pintar

Pengaruh Terhadap Remaja oleh Sulaiman Salleh’’ mereka hanya mengkaji kesan

penggunaan telefon pintar terhadap golongan remaja sahaja. Sebagai contohnya, pada kajian

yang lepas mereka hanya melihat pengaruh telefon pintar terhadap remaja, mengesan

strategi, kaedah, teknik, dan cara yang digunakan untuk mempengaruhi remaja melalui

telefon pintar serta cadangan kaedah yang sesuai mengurangkan pengaruh telefon pintar

terhadap remaja. Dalam kajian yang lepas juga mereka mengkaji kesan-kesan negatif

penggunaan telefon pintar tanpa mengfokuskan terhadap kesan penggunaan telefon pintar

dalam bilik kuliah di IPT.


Walaupun telah banyak kajian penggunaan telefon pintar ini dibincangkan di

Malaysia, kajian ini masih merasakan kekurangan kepada pelajar Akademi Pengajian

Islam Universiti Malaya yang menggunakan telefon pintar dalam bilik kuliah. Sebagai

pelajar peringkat tinggi, menyedari hakikat pengunaan telefon pintar di dalam bilik kuliah

boleh membawa dampak negatif, jadi kenapa masih tanpa segan silu menggunakannya

secara berleluasa di dalam bilik kuliah?

Penggunaan telefon pintar oleh pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,

semasa di dalam kuliah, majoriti daripada pelajar menggunakan alat ini untuk menghantar

mesej, lebih separuh daripada mereka menggunakannya untuk menghantar E-mel, dan

untuk rangkaian sosial. Selain itu, kajian itu juga mendapati bahawa pelajar menggunakan

telefon pintar di dalam kelas mempunyai sebab yang berbeza, termasuklah untuk

mengelakan kebosanan dan mencari hiburan. Apa yang membimbangkan, pelajar mengakui

bahawa apabila mereka menggunakan telefon pintar ini mereka tidak memberi perhatian di

dalam kelas sepenuhnya dan ketinggalan arahan daripada guru.

Umum mengerti bahawa komunikasi susah untuk ditafsirkan dan memiliki

konsep yang cukup abstrak. Begitu juga dengan teknologi canggih dan sebagainya, yang

mampu memberikan wadah baru terhadap persekitaran pembelajaran. Keupayaan manusia

yang terhad pula, menjadikan manusia berhajat kepada teknologi bagi membantu dalam

kehidupan di zaman moden ini.

You might also like