You are on page 1of 14

TAJUK 8

INTERPRETASIKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT :

Taburan
Graf Normal
Pencong Positif

Taburan
Sisihan Piawai
Pencong Negatif
GRAF NORMAL
Lengkung taburan normal berbentuk loceng jika skor-skornya bertaburan normal

Kawasan dibawah lengkung mewakili semua skor (100%) dimana 50% daripada skor
berada di atas min dan 50% daripaa skor berada dibawah min.

Manakala, min, median dan mod adalah sama.

Kebanyakkan skor berhampiran dengan min dan semakin jauh sesuatu skor
daripada min bermaksud kurangnya bilangan calon yang memperoleh skor
tersebut.
CONTOH LENGKUNG TABURAN NORMAL
Min, µ = 0
TABURAN PENCONG POSITIF
• Dalam konteks pengujian dan penilaian bilik darjah kemungkinan kita
akan dapat satu lengkung taburan normal.
• Jika skor median dan mod adalah lebih kurang daripada min, taburan
skor akan terpesong ke sebelah kiri (pencongan positif).
• Ia bermaksud bahawa lebih ramai pelajar mendapat markah rendah
dalam sesuatu ujian yang menunjukkan bahawa ujian tersebut terlalu
susah.
• Selain itu, kemungkinan soalan ujian tidak jelas ataupun kaedah
mengajar dan bahan gagal menghasilkan hasil pembelajaran yang
diinginkan.
CONTOH:
TABURAN PENCONG NEGATIF
• Jika skor median dan mod lebih besar daripada min, taburan skor itu akan
terpesong ke sebelah kanan (pencongan negatif)
• Bagi taburan pencong negatif pula, susunan ketiga-tiga ukuran
kecenderungan memusat dari kiri ke kanan adalah:
i. Min iaitu nilai terendah
ii. Median iaitu nilai tengah
iii. Mod iaitu bilai tertinggi
• Ia bermaksud bahawa lebih ramai pelajar mendapat markah yang tinggi
dalam ujian tersebut yang juga menunjukkan bahawa sama ada ujian
tersebut terlalu senang ataupun kaedah mengajar dan bahan yang
digunakan berjaya menghasilkan hasil pembelajaran yang diinginkan.
Contoh:
PENTAFSIRAN NILAI SISIHAN PIAWAI
• Sisihan piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor.
• Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling min.
• Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam
taburan.
• Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu
sama lain (homogen).
• Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran
skor dalam taburan.
• Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain
(heterogen).
KELUK A
• Taburan normal memuncak (homogen)
• Sisihan piawai lebih dekat dengan min ( taburan data tidak
terserak)
• data berhampiran antara satu sama lain

KELUK C
• Taburan normal landau (heterogen)
• Sisihan piawai agak jauh daripada min (taburan data
berselerak)
• Data tersebar luas antara satu sama lain
Sekian, Terima
Kasih

You might also like