You are on page 1of 10

PENGGUNAAN STATISTIK DALAM ANALISIS & INTERPRETASI SKOR UJIAN

oleh
Dr. GAN WE LING
Pensyarah Kursus
EDUP2122 Pentaksiran Dalam Bilik Darjah
gan.weling@ipgmktar.edu.my

Data Tidak Terkumpul


Rajah 1 memaparkan skor-skor ujian bulanan yang diperoleh daripada 20 orang murid.

45 76 81 92 37 25 68 53 89 93
84 73 56 66 47 78 62 81 86 37
Rajah 1

Data di atas merupakan data tidak terkumpul kerana ia belum dikelaskan mengikut julat skor
(markah) ujian. Daripada data tidak terkumpul, kita boleh menentukan mod dan median serta
mengira min.

Mod merupakan data yang paling kerap muncul dalam satu set data. Berdasarkan Rajah
1, didapati skor 37 dan 81 paling kerap muncul, iaitu sama-sama muncul sebanyak dua kali,
berbanding skor-skor lain yang hanya muncul sekali. Oleh itu, Mod = 37 dan 81. Situasi ini
juga dikenali sebagai dwimod kerana terdapat dua nilai mod dalam satu set data.

Uji Anda!
Sekiranya data terakhir dalam Rajah 1, iaitu 37 diganti oleh skor 90, apakah nilai mod yang
baharu? Mengapa?

Median merupakan nilai tengah dalam satu set data. Untuk mendapatkan nilai median, data
perlu disusun dari nilai yang paling kecil hinggalah ke nilai yang paling besar, seperti berikut:

25 37 37 45 47 53 56 62 66 68
73 76 78 81 81 84 86 89 92 93

Median adalah nilai skor yang terletak di tengah-tengah 20 data tersebut, iaitu di antara skor
yang ke-10 dan ke-11.
Skor yang ke-10 = 68
Skor yang ke-11 = 73
68+73 141
Maka nilai median = = = 70.5
2 2
Uji Anda!
Sekiranya cuma terdapat 19 skor dalam set data tersebut, skor yang mana satu akan menjadi
median bagi set data tersebut?

Min merupakan satu nilai yang memberi gambaran keseluruhan tentang satu set data. Nilai
min dikira dengan menjumlahkan semua nilai skor ujian dan kemudiannya dibahagikan oleh
jumlah data dalam set tersebut.

Min bagi set data dalam Rajah 1 boleh dikira dengan cara berikut:
45+76+81+92+37+25+68+53+89+93+84+73+56+66+47+78+62+81+86+37
Min =
20
= 66.45

Uji Anda!
Katakan min skor ujian bagi mata pelajaran Bahasa Arab ialah 75, manakala min skor ujian
bagi mata pelajaran Pendidikan Islam ialah 84.
Apakah kesimpulan yang boleh anda buat berdasarkan pernyataan tersebut?

Mod, median dan min juga dikenali sebagai ukuran kecenderungan memusat kerana
ketiga-tiga nilai tersebut memberikan gambaran umum tentang satu set data dalam aspek-
aspek tertentu.

Data Terkumpul
20 data dalam Rajah 1 boleh dikumpul semula mengikut kelas-kelas seperti berikut:

Kelas Kekerapan
20 – 29 1
30 – 39 2
40 – 49 2
50 – 59 2
60 – 69 3
70 – 79 3
80 – 89 5
90 – 99 2
Rajah 2
Data dalam Rajah 2 merupakan data yang terkumpul dalam satu jadual yang dikenali jadual
kekerapan. Jadual kekerapan dalam Rajah 2 mempunyai 8 kelas, iaitu 20 – 29, 30 – 39,
sehinggalah 90 – 100. Dalam satu kelas, terdapat had bawah dan had atas. Misalnya,
dalam kelas 40 – 49, 40 merupakan had bawah manakala 49 merupakan had atas.

Berdasarkan data terkumpul, kita boleh menghasilkan histogram, poligon kekerapan dan ogif.

Histogram
Untuk menghasilkan histogram, kita perlu gunakan sempadan bawah dan sempadan atas
bagi setiap kelas. Nilai sempadan merupakan nilai tengah antara had atas dan had bawah
bagi kelas setrusnya, dan ditunjukkan dalam Rajah 3.

Kelas Kekerapan Sempadan Sempadan


Bawah Atas
20 – 29 1 19.5 29.5
30 – 39 2 29.5 39.5
40 – 49 2 39.5 49.5
50 – 59 2 49.5 59.5
60 – 69 3 59.5 69.5
70 – 79 3 69.5 79.5
80 – 89 5 79.5 89.5
90 – 99 2 89.5 99.5
Rajah 3

Uji Anda!
Perhatikan Rajah 3 dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah yang boleh anda katakan tentang “had bawah” dan “sempadan bawah”?

2. Apakah yang boleh anda katakan tentang “had atas” dan “sempadan atas”?

3. Apakah yang boleh anda katakan tentang “sempadan atas” bagi kelas 20 – 29 dan
“sempadan bawah” bagi kelas 30 – 39 ?

4. Apakah yang boleh anda simpulkan tentang nilai sempadan berbanding nilai had
dalam suatu kelas?
5. Pada pandangan anda, mengapa histogram dilukis dengan menggunakan nilai
sempadan kelas, dan bukannya nilai had kelas?

Rajah yang dilukis dengan menggunakan nilai-nilai had sebenarnya adalah carta palang dan
bukannya histogram.

Rajah 4 – Carta Palang Rajah 5 – Histogram

Uji Anda!
Cuba bandingkan Rajah 4 (Carta Palang) dan Rajah 5 (Histogram). Apakah perbezaan ketara
antara Rajah 4 dan Rajah 5?

Poligon Kekerapan
Poligon kekerapan boleh dibina atas sebuah histogram dengan menyambungkan kesemua
titik tengah palang-palang tersebut, seperti dalam Rajah 6.

Rajah 6 – Poligon kekerapan


Uji Anda!
1. Pada pandangan anda, adakah histogram dan poligon kekerapan mewakili maklumat
yang sama?
2. Apakah maklumat yang boleh anda peroleh daripada histogram dan poligon
kekerapan?

Rajah 7 menunjukkan poligon kekerapan yang dilukis tanpa menggunakan histogram.

Rajah 7 – Poligon kekerapan

Ogif dan Persentil


Untuk melukis ogif, kita gunakan hanya sempadan atas. Selain itu, kita juga gunakan
kekerapan longgokan, seperti dalam Rajah 8.

Kelas Kekerapan Kekerapan Sempadan


Longgokan Atas
20 – 29 1 1 29.5
30 – 39 2 3 39.5
40 – 49 2 5 49.5
50 – 59 2 7 59.5
60 – 69 3 10 69.5
70 – 79 3 13 79.5
80 – 89 5 18 89.5
90 – 99 2 20 99.5
Rajah 8
Ogif merupakan satu lengkung yang dihasilkan dengan memplot nilai kekerapan longgokan
pada paksi mencancang dan nilai sempadan atas pada paksi mengufuk, seperti dalam Rajah
9. Perhatikan ogif bermula dengan nilai kekerapan longgokan 0 dan pada nilai sempadan
atas kelas yang sebelum kelas pertama.

Rajah 9 – Ogif

Daripada ogif, kita boleh tentukan berapa peratus pelajar mendapat skor (markah) yang
melebihi sesuatu nilai. Contoh, daripada ogif dalam Rajah 9, kita boleh katakan bahawa 50%
daripada pelajar mendapat skor sekurang-kurangnya 69.5 markah dalam ujian tersebut.
Dalam erti kata yang lain, skor ujian atau markah untuk persentil ke-50 ialah 69.5 markah.

Uji Anda!
Daripada ogif dalam Rajah 9,
1. tentukan markah untuk persentil ke-80 dalam ujian tersebut.
2. tentukan peratusan pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 60 markah.
Sisihan Piawai
Sisihan piawai merupakan sejenis ukuran serakan dalam statistik. Ia mengukur sejauh
manakah skor-skor ujian dalam satu set data tersebar daripada nilai min. Sisihan piawai boleh
dikira melalui pembinaan jadual seperti berikut:

Kelas Kekerapan Nilai Tengah Nilai Min Beza Kuasa ̅ )2


f x (xi - 𝒙
Kelas dua beza
(f) ̅ = 66.45
𝒙 (d)
(xi) ̅ )2
(x - 𝒙
20 – 29 1 24.5 66.5 - 42 1764 1764
30 – 39 2 34.5 66.5 - 32 1024 2048
40 – 49 2 44.5 66.5 - 22 484 968
50 – 59 2 55.5 66.5 - 11 121 242
60 – 69 3 65.5 66.5 1 1 3
70 – 79 3 75.5 66.5 9 81 243
80 – 89 5 85.5 66.5 19 361 1805
90 – 99 2 95.5 66.5 29 841 1682
Jumlah 20 8755

Catatan: Nilai tengah kelas adalah purata antara had bawah dan had atas.

8755
Sisihan piawai = √ = 20.922... = 20.9 (satu tempat perpuluhan)
20

Dengan nilai sisihan piawai 15.7 ini, maka didapati


66.5 – 20.9 = 45.6
66.5 + 20.9 = 87.4

Dengan ini, boleh disimpulkan bahawa kebanyakan (iaitu 68% atau kira-kira dua pertiga)
pelajar mendapat skor dalam lingkungan 45.6 markah hingga 87.4 markah, atau pun antara
46 markah hingga 87 markah. Pada pandangan anda, adakah julat markah ini besar?
Apakah interpretasi anda tentang pencapaian 20 orang pelajar tersebut dalam ujian tersebut?
Uji Anda!
Anda diberi keputusan ujian Bahasa Melayu bagi dua buah kelas seperti berikut:

Kelas Min Sisihan Piawai


5 Merah 85 10
5 Biru 80 5

Berdasarkan maklumat tersebut, berikan pandangan anda tentang pencapaian murid dalam
kelas 5 Merah dan 5 Biru.

You might also like