You are on page 1of 13

PENTAKSIRAN DATA

1.0 PENGENALAN

Dalam tugasan ini, selain membuat soalan berdasarkan jadual Spesifikasi Ujian,
kami juga perlu untuk menaksir data selepas kertas ujian selesai disemak. Hal yang
demikian adalah untuk melihat bagaimanakah prestasi murid terhadap kertas ujian ini, sama
ada baik ataupun sebaliknya.

2.0 GRED PEPERIKSAAN

GRED SKOR TAFSIRAN


80-100 A Cemerlang

65-79 B Baik

50-64 C Memuaskan

40-49 D Mencapai tahap maksimum

0-39 E Belum mencapai tahap


maksimum
Jadual 1.0: Gred murid dalam ujian Pendidikan Islam

3.0 PENCAPAIAN PRESTASI MURID DALAM UJIAN TAHUN 3 URANUS SEKOLAH


KEBANGSAAN PADANG KEMUNTING

3.1 Skor Mentah

32 68 80 84 80
92 96 84 44 96
80 96 96 92 58
96 56 96 80 76
JADUAL 2.0: Skor Mentah bagi 20 orang murid Tahun 3 Uranus bagi ujian Pendidikan
Islam

3.2 Susunan Markah


Skor ujian Pendidikan Islam itu boleh disusun mengikut urutan menaik atau menurun. Bagi
skor di atas, susunan menaik iaitu daripada skor paling kecil kepada skor paling tinggi
adalah seperti berikut:

32, 44, 56, 58, 68, 76, 80, 80, 80, 80,84, 84, 92, 92, 96, 96, 96, 96, 96, 96

3.3 Jadual Kekerapan

Jadual di bawah menunjukkan satu cara skor ujian bagi Pendidikan Islam dikumpulkan ke
dalam selang kelas. Cara menggunakan selang kelas ialah dengan menolak sempadan
bawah daripada sempadan atas. Saiz selang kelas yang digunakan ialah 10.

Selang Kelas Sempadan Sempadan Atas Gundalan Kekerapan


Bawah
30 - 39 29.5 39.5 I 1
40 - 49 39.5 49.5 I 1
50 - 59 49.5 59.5 II 2
60 - 69 59.5 69.5 I 1
70 - 79 69.5 79.5 I 1
80 - 89 79.5 89.5 IIII I 6
90 - 99 89.5 99.5 IIII III 8

Jadual 3.0: Jadual kekerapan taburan skor terkumpul

3.4 Min, Mod dan Median

Min, mod, median dikira untuk mengetahui sama ada taburan itu adalah taburan normal,
pencong ke kiri atau pencong ke kanan. Formula pengiraan min bagi skor terkumpul adalah
seperti berikut:

Min, x=¿
∑ fx yang mana
∑x

Jadual 4.0 menunjukkan x=¿


cara Tidak
mengira min
tengah bagikelas
selang skor terkumpul ujian Pendidikan Islam.
Selang kelas yang digunakan
f =¿ialah 30-39, 40-49, 50-59, 60-69, 70-79, 80-89, 90-99.
Kekerapan

Selang Kelas Titik Tengah ( x ) Kekerapan ( f ) fx Kekerapan


Longgokan
30 - 39 34.5 1 34.5 1
40 - 49 44.5 1 44.5 2
50 - 59 54.5 2 109.0 4
60 - 69 64.5 1 64.5 5
70 - 79 74.5 1 74.5 6
80 - 89 84.5 6 507.0 12
90 - 99 94.5 8 756.0 20
JUMLAH - 20 1590
Jadual 4.0: Item yang diperlukan bagi mengira min

1590
Oleh itu, Min, x́ =
20

= 79.5

= 80

Bagi median pula, boleh diaplikasikan dengan menggunakan formula berikut:

n
−F
Median, M = M + ( 2
L )c
fM

L M = Sempadan bawah kelas median

n = Jumlah kekerapan
F = Kekerapan loggokan sebelum kelas median
f M = Kekerapan kelas median

c = Saiz kelas median

Langkah 1:

Kelas median diberi oleh T n = T 20 = T 10 iaitu kelas (80 – 89).


2 2

Selang Kelas Sempadan Kekerapan ( f ) fx Kekerapan


bawah longgokan
30 – 39 29.5 1 34.5 1
40 – 49 39.5 1 44.5 2
50 – 59 49.5 2 109.0 4
60 – 69 59.5 1 64.5 5
70 – 79 69.5 1 74.5 6
80 – 89 79.5 6 507.0 12
90 – 99 89.5 8 756.0 20
JUMLAH - n = 20 1590
Jadual 5.0: Nilai kekerapan longgokan

Langkah 2:

Gunakan formula

n
−F
M =L M + ( 2 )c
fM

20
−6
= 79.5 + ( 2 ) 10
6

2
= 79.5 + ( ) 10
3

20
= 79.5 +
3

= 86.2

Oleh itu, nilai median ialah 86.

Kelas mod merupakan kelas yang mempunyai kekerapan tertinggi. Daripada jadual di
bawah, kelas mod ialah sempadan kelas 89.5 – 99.5 kerana ia mempunyai kekerapan
tertinggi iaitu 8. Nilai mod dikira dengan menggunakan formula berikut:

Mod, mo = L+¿) C

L=¿ Sempadan kelas bawah dalam kelas mod


∆ 1 = Kekerapan kelas mod – kekerapan kelas sebelumnya
∆ 2 = Kekerapan kelas mod – kekerapan kelas selepasnya
C = Saiz sempadan kelas
Skor ( x ) sempadan kelas Kekerapan ( f )
29.5 - 39.5 1
39.5 - 49.5 1
49.5 - 59.5 2
59.5 - 69.5 1
69.5 - 79.5 1
79.5 - 89.5 6
89.5 - 99.5 8
Jadual 6.0: Nilai sempadan kelas dan kekerapan

8−6
Oleh itu, Mod, mo = 89.5 + ( ) 10
( 8−6 ) +(8−0)

1
= 89.5 + ( ) 10
5

= 89.5 + 2

= 91.5

= 92

3.5 Sisihan Piawai

Sisihan piawai ialah ukuran yang berkaitan dengan sebaran satu set skor. Walaupun julat
skor iaitu skor tertinggi tolak skor terendah dapat memberikan gambaran kasar tentang
sebaran skor murid, namun sisihan piawai dapat menunjukkan gambaran yang lebih tepat
berkaitan dengan sebaran tersebut. Hal ini kerana sisihan piawai mengambil kira skor
semua murid. Formula bagi sisihan piawai skor terkumpul adalah seperti berikut :

σ=
√ ∑ f ( x− x́ )
N
yang mana :

x ialah titik tengah bagi setiap selang kelas


Langkah pertama: Bina jadual

Selang Kelas Titik Tengah ( x ¿ Kekerapan ( f ) ¿ f¿


x−x́
30 – 39 34.5 1 -45.5 2070.25 2070.25
40 – 49 44.5 1 -35.5 1260.25 1260.25
50 – 59 54.5 2 -25.5 650.25 1300.5
60 – 69 64.5 1 -15.5 240.25 240.25
70 – 79 74.5 1 -5.5 30.25 30.25
80 – 89 84.5 6 5.5 30.25 181.5
90 - 99 94.5 8 15.5 240.25 1922
JUMLAH 20 7005
Jadual 7.0: Nilai titik tengah

Langkah kedua pula masukkan formula:

2
Sisihan piawai, σ =
√ ∑ f ( x− x́ )
N

7005
=
√ 20

= √ 350.25

= 18.7
Oleh itu, sisihan piawai ialah 18.7.

4.0 LAPORAN

LAPORAN PRESTASI MURID TAHUN 3 URANUS SK PADANG KAMUNTING

Pada 10 Mac 2019, saya telah melaksanakan pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Islam
untuk murid 3 Uranus di SK Padang Kamunting, Kuala Nerus, Terengganu. Seramai 20
orang murid telah menduduki ujian Pendidikan Islam ini. Dalam ujian ini, murid hanya dinilai
dari aspek Ibadah sahaja, tidak menyentuh topik-topik yang lain. Hal ini kerana syarat
tugasan yang diberikan adalah setiap siswa mestilah memilih satu aspek sahaja untuk
menyediakan soalan tanpa menyeluruh.
Kertas Ujian ini mempunyai 2 bahagian iaitu, Bahagian A: Soalan Objektif dan
Soalan B: Soalan Subjektif. Kami ditugaskan untuk menyediakan 10 soalan objektif dan 3
soalan subjektif dalam masa yang diperuntukkan. Ujian ini dijalankan selama sejam kerana
sesuai dengan bilangan soalan yang perlu dijawab, serta sesuai dengan kognitif murid-
murid.

4.1 Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Dan Jadual Spesifikasi Ujian

Sebelum menyediakan soalan, saya merujuk dahulu Dokumen Standard Kurikulum


dan Pentaksiran Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tahun Tiga. Disamping itu, saya juga
telah meneliti Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) tahun 2019 bagi melihat topik yang
bersesuaian untuk ujian yang akan diadakan.

Seperti yang disyaratkan, tugasan ini dikehendaki menilai pelajar secara langsung di
sekolah. Oleh itu, saya telah berhubung dengan pihak sekolah pada awalnya agar
mendapat kebenaran untuk melakukan penilaian tersebut. Guru besar mengalu-alukan
kedatangan saya dengan terus menunjukkan guru panitia Agama Islam untuk berunding
dengan lebih lanjut. Oleh itu, secara tidak langsung amat memudahkan kerja saya kerana
dapat terus mengetahui keadaan murid kelas serta dapat mengetahui tentang topik apa
yang baru selesai dipelajari serta dapat memudahkan guru kelas itu untuk memaklumkan
kepada kelas tentang topik apa yang hendak diuji sebagai persediaan.

Seterusnya, setelah dapat mengetahui keadaan murid serta topik-topik yang


disarankan oleh guru tersebut, saya juga telah membina Jadual Spesifikasi Ujian yang
sesuai kerana bagi soalan Bahagian A dan Bahagian B, saya telah membahagikan nisbah
sebanyak 3:5:2 kepada soalan aras rendah: sederhana: tinggi. Pembahagian nisbah ini
sangat penting bagi memastikan bahawa tahap aras soalan itu relevan dan sesuai dengan
tahap pemikiran umur murid-murid. Hal ini menunjukkan bahawa dalam penyediaan soalan
ini, saya lebih mengutamakan kepada soalan aras sederhana agar semua peringkat murid
dapat menjawabnya dengan tenang dan senang.

4.2 Pencapaian Prestasi Murid

Setelah ujian telah dijalankan selama satu jam. Maka mula lah tugas saya sebagai
guru untuk menyemak satu persatu kertas ujian tersebut. Penyemakan ini berlaku dalam
jangka masa yang agak lama iaitu lebih kurang dalam 2-3 jam.
Setelah dianalisis, hanya seorang murid sahaja yang mendapat markah dalam
lingkungan 0-39, iaitu masih belum mencapai tahap maksimum. Oleh itu, hanya seorang
murid sahaja yang tidak menguasai sepenuhnya pembelajaran yang berlaku.

Manakala 19 murid yang lain semuanya lulus iaitu dengan pencapaian seorang
telah berjaya mendapat antara markah 40-49, seterusnya dua orang berjaya mendapatkan
pencapaian antara 50-59. Selain itu dalam pencapaian 60-69 adalah seorang, dan begitu
juga dalam selang kelas 70-79. Seterusnya bagi skor 80-89 terdapat 6 orang murid berjaya
mendapat markah tersebut. Akhir sekali adalah skor antara 90-99 adalah merupakan jumlah
terbanyak iaitu seramai 8 orang.

Hal ini menunjukkan bahawa murid telah membuat sedikit persediaan sebelum ujian
dan murid juga menunjukkan bahawa keseluruhan mereka menguasai topik-topik berikut.
Maka secara tidak langsung pengajaran yang dilaksanakan oleh guru mereka amat
berkesan.

4.3 Pengumpulan Min, Median, Median dan Sisihan Piawai

Dalam proses sebelum menyedikan laporan ini, saya telah mengenal pasti dulu
ukuran kecenderungan memusat iaitu min, mod dan median. Setelah dianalisis jumlah min
adalah 80. Manakala jumlah kiraan mod pula adalah 92. Kelas mod merupakan kelas yang
mempunyai kekerapan tertinggi. Maka skor 92 merupakan skor yang kerap murid 3 Uranus
dalam set skor prestasi ujian Pendidikan Islam ini. Manakala jumlah median pula ialah 86.
Akhir sekali adalah saya berjaya mendapatkan sisihan piawai. Nilai sisihan piawai bagi
prestasi murid ini adalah 18.7. Skor ini merupakan skor terkecil kerana tiada jauh beza
antara satu markah dengan markah yang lain.

4.5 Taburan Normal Pencapaian Murid


Ujian Pendidikan Islam
9

6
Kekerapan

5
Kekerapan
4

0
30-39 40-49 50-59 60-69 70-79 80-89 90-99

Skor

Rajah 1.0: Histogram bagi taburan skor dalam Jadual 3.0

Taburan kekerapan skor secara terkumpul dalam bentuk jadual akan memudahkan
guru untuk mengetahui serta memahami pencapaian muridnya. Walaupun begitu, terdapat
satu cara yang mana akan lebih memudahkan guru iaitu dengan menggunakan graf
mewakili taburan kekerapan skor kerana ia lebih jelas dan mudah baca. Bagi taburan skor
ujian Pendidikan Islam, graf histogram dan poligon kekerapan telah digunakan.

Berdasarkan graf histogram ini, kita dapat melihat bahawa skor yang tertinggi adalah
dalam prestasi murid yang mendapat 80-100, iaitu seramai 14 orang mendapat A. Malah
hanya sedikit yang mendapat bawah prestasi 50, iaitu C, D dan E. Maka secara
keseluruhannya berdasarkan histogram ini menunjukkan bahawa murid amat menguasai
topik-topik ibadah ini walaupun hanya beberapa murid perlu untuk diberi perhatian tentang
pencapaian mereka terutamanya yang mendapat markah 30-39.

4.6 Graf Taburan Tidak Normal


GRAF TIDAK BERTABURAN NORMAL
9

0
0 20 40 60 80 100 120

Rajah 2.0: Graf tidak normal berdasarkan taburan skor dalam Jadual 3.0

Dalam graf taburan tidak normal ini pula, saya telah membina graf yang mana paksi-
x nya adalah sebagai titik tengah, dan paksi-y pula adalah kekerapan murid. Graf yang telah
didapati adalah graf berbentuk lengkung negatif. Hal ini menunjukkan bahawa skor murid
bertaburan tidak normal di mana, jumlah murid yang mendapat cemerlang lebih tinggi
berbanding murid yang rendah dan sederhana. Sebahagian besar murid adalah berada di
tahap tinggi seperti graf di atas.

Secara mudahnya, nilai ukuran kecenderungan memusat tersebut menjelaskan


bahawa taburan data adalah terpecong ke kiri. Ini menyokong pemerhatian graf histogram
yang kelihatan terpencong ke kiri. Graf tersebut juga disebut sebagai taburan berpencongan
negatif. Oleh itu, taburan data adalah bukan taburan normal.

Antara faktor-faktor graf bertaburan tidak normal, antaranya adalah soalan yang
disediakan terlalu mudah. Hal yang demikian kerana, tajuk-tajuk itu baru sahaja murid
selesai mempelajarinya dalam masa seminggu atau dua minggu lepas. Selain itu, besar
kemungkinan juga terdapat ramai murid yang bijak di dalam kelas tersebut, hal ini seiring
dengan kajian yang dilakukan kerana kelas 3 Uranus ini merupakan kelas pertama dalam
tahun itu.

Justeru, sebelum saya hendak melakukan ujian, saya telah berjumpa dengan guru
besar sekolah dan meminta izin daripada beliau untuk hadir pada masa yang ditentukannya.
Malah, guru besar amat memberikan kerjasama dengan menyuruh saya bertoleransi
dengan guru subjek tersebut agar memudahkan penilaian berlaku. Oleh itu, saya telah
memberi pesanan awal tentang topik yang akan diuji bagi memastikan murid melakukan
persediaan secukupnya.

Secara kesimpulannya, prestasi murid adalah baik kerana min markah mereka ialah
80, yang mana merupakan tahap gred A. Nilai sisihan piawai adalah agak besar (>10: 18.7)
yang mana menunjukkan skor mempunyai perbezaan yang ketara antara satu sama lain,
iaitu taburan skor adalah lebih luas (heterogen). Min bagi data tersebut ialah 80, median
ialah 86, dan mod ialah 92. Ini menunjukkan min<median<mod.
Rujukan

Abdullah, A. H. (2014). Statistik Mod Median. Universiti Malaya, 33-65.

Abdullah, P. D. (2019, Februari). Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia.

Retrieved from My Jurnal: myjurnal.com.my

Afgani, J. (2014). Analisis Kurikulum Matematika. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr.Pumadewi. (2016). Success Mathematik. Selangor: Oxford Fajar.

Hassan, M. H. (2016). Matematik Pendidikan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku

Malaysia Sdn Bhd.

Hendryadi dan Suryani. (2014). Structural Equation Modeling . Yogyakarta: Kaukaba

Dipantara.

Idrus, A. (2016). Statistik Terapan. Selangor: Pustaka Pelangi Sdn Bhd.

M.Idrus. (2009). Statistik Deskriftif. Selangor: Pustaka Nur.

You might also like