You are on page 1of 14

1.

0 PENDAHULUAN

Statistik adalah satu bidang imu yang amat berguna dalam kehidupan seharian setiap
individu. Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita. Webster’s Third
New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprenhensif sebagai “sains
yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan datanumerik”. Statistik
adalah suatu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun, meringkas, mempersembah, dan
menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan berdasarkan hasil
penganalisan data tersebut.

Manusia kerapkali menggunakan perkataan statistik dengan merujuk kepada kumpulan


data. Sebagai contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut statistik dari operasi
perniagaan mereka. Apa yang mereka rujukkan adalah mengukur kenyataan dan angka. Pilihan
model kereta dan lain-lain juga menggunakan perkataan statistik untukmerujuk kepada
kematian. Statistik merupakan suatu kaedah Matematik yang boleh membantu menyelesaikan
masalah-masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran, pemasaran,
perubatan, kejuruteraan, sains sosial, pendidikan atau bidang-bidang lain.

Dalam bidang pendidikan, statistik digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam


pelbagai situasi. Bagi seorang guru, pengetahuan statistik ini juga dapat membantu mereka
dalam memahami kajian-kajian yang melibatkan bentuk emperikal. Statistik deskriptif adalah
digunakan bagi memberi penjelasan tentang tentang ukuran (min dan sisihan piawai) manakala
statistik inferensi digunakan bagi menguji statistik. Kedua-dua jenis statistik ini biasanya
digunakan dalam bidang pendidikan.

Kebiasaanya juga, data yang diperoleh tidak disusun mengikut aturan yang betul. Justeru,
bagi memudahkan kita merujuk data sewajarnya data tersebut mestilah direkodkan secara
teratur dan bersistematik. Contoh skor yang disusun secara rawak ialah seperti 54, 15, 55, 51,
60,24, 33, 31, 14, 68, 19,40, 30,18,13, 21,31,24 atau skor-skor ini juga telah dikenali sebagai
skor mentah

Berdasarkan kerja kursus ini yang ditugaskan kepada saya, saya telah memilih untuk
merekod data jumlah perbelanjaan wang guru-guru pelatih IPGKTAA dalam sebulan bagi
empat buah unit PPISMP bagi melihat pengaliran keluar masuk wang untuk guru-guru pelatih di
ipg.

1
2.1 DATA MENTAH

Jadual 1 menunjukkan data jumlah perbelanjaan wang dalam sebulan bagi 60 orang guru
pelatih IPGKTAA yang telah saya perolehi hasil daripada soal selidik.

Jumlah perbelanjaan wang dalam sebulan bagi 60 orang pelajar guru pelatih IPGKTAA.

250 350 365 330 295 298 240 170 210 500
280 490 380 385 368 360 250 280 237 420
510 270 250 375 270 215 260 262 215 390
360 200 470 430 320 490 350 290 262 250
150 460 230 251 415 390 450 299 315 240
180 590 220 520 285 330 284 365 222 260

Jadual 1

Data di atas diperoleh secara soal selidik saya terhadap guru pelatih PPISMP
IPGKTAA. Statistik ini diambil terhadap empat buah unit PPISMP iaitu BM(SJKT),
Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pemulihan dan Pendidikan Agama Islam. Soal selidik yang
saya jalankan ini terdapat di bahagian lampiran sebagai mengukuhkan lagi data yang saya
perolehi.

Saya meminati data ini kerana data tersebut amat berkait rapat dengan kehidupan guru
pelatih di IPGKTAA. Melalui data tersebut, saya boleh melihat dan membuat pemerhatian
mengenai jumlah wang yang telah guru pelatih peruntukkan dalam sebulan melalui elaun
yang telah diterima. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu saya untuk mengkaji
adakah elaun yang diperoleh itu mencukupi atau tidak mencukupi dalam sebulan untuk
kehidupan guru pelatih sebagai seorang siswa guru di Institut Pendidikan Guru.

2
3.0 ANALISIS DATA

Data mentah di atas boleh dikumpulkan kepada beberapa kelas. Untuk mencari saiz selang
kelas,beza antara sempadan atas kelas dan sempadan bawah kelas perlu dicari.

Saiz selang kelas = Sempadan atas kelas – Sempadan bawah kelas

= 149.5 − 49.5

= 100

Jadi, saiz selang kelas yang sesuai untuk data yang saya peroleh ini ialah RM 100.
Untuk membina jadual kekerapan, gunakan saiz selang kelas yang diperolehi iaitu RM 100.
Saya telah mencari beza antara nilai tertinggi dengan nilai terendah data seperti di bawah:

Beza = Nilai tertinggi – nilai rendah

= 550 – 100

= 450

Bilangan kelas yang boleh dibentukkan juga boleh ditentukan seperti di bawah:

𝐵𝑒𝑧𝑎
Bilangan kelas = 𝑆𝑎𝑖𝑧 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑠

450
=
100

= 4.5

≈5

3
Jadual kekerapan jumlah perbelanjaan wang dalam sebulan bagi 60 orang guru pelatih
PPISMP IPGKTAA.

Jumlah Kekerapan Kekerapan Nilai tengah Fx


perbelanjaan (f) longgokan (x)
wang sebulan
100 - 199 3 3 149.5 448.5
200 - 299 30 33 249.5 7485
300 - 399 15 48 349.5 5242.5
400 - 499 8 56 449.5 3596
500 - 599 4 60 549.5 2198
∑f = 60 ∑fx = 18970
Jadual 2

Min (purata)

∑ 𝒇𝒙
𝑥=
∑𝒇

18970
=
60

= 316.17

Purata jumlah perbelanjaan wang dalam sebulan bagi guru pelatih PPISMP IPGKTAA
ialah RM 316.17

Mod = 200 – 299

4
Median

1
2
𝑁−𝐹
𝑚 =𝐿+( )C
𝑓𝑚

L = Sempadan bawah kelas median

N = Jumlah kekerapan

F = Kekerapan longgokan sebelum kelas median

𝑓𝑚=𝐾𝑒𝑘𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑠 𝑚𝑒𝑑𝑖𝑎𝑛

C = Saiz kelas median

1
(60)−3
𝑚 = 199.5 + (2 )100
30

= 289.5

Jumlah wang
perbelanjaan Kekerapan (f) Nilai tengah (𝑥 − 𝑥̅ ) (𝑥 − 𝑥̅ )2 𝑓(𝑥 − 𝑥̅ )2
sebulan (x)
100 – 199 3 149.5 -166.67 27778.89 83336.67
200 – 299 30 249.5 -66.67 4444.89 133346.7
300 – 399 15 349.5 33.33 1110.89 16663.35
400 – 499 8 449.5 133.33 17776.89 142215.12
500 – 599 4 549.5 233.33 54442.89 217771.56
∑𝑓(𝑥 − 𝑥̅ )2
= 593333.4
Jadual 3

5
Varians

∑𝑓 (𝑥 − 𝑥̅ )2
𝜎2 = [ ]
∑𝑓

(593333.4)
=[ ]
60

= 9888.89

Sisihan piawai

∑𝑓 (𝑥 − 𝑥̅ )2
𝜎 = √[ ]
∑𝑓

= √9888.89

= 99.443

6
3.1 PERBANDINGAN DATA SECARA MANUAL DAN MENGGUNAKAN MICROSOFT
EXCEL

Microsoft excel Manual Beza

min 317.55 316.17 1.38


median 292.5 289.5 3
varians 8953.845 9888.89 935.045
sisihan piawai 94.62476 99.443 4.81824

Berdasarkan jadual di atas, satu perbandingan nilai data telah saya perolehi melalui
penganalisisan secara manual dan Microsoft excel. Perbandingan itu telah meliputi min,
median, varians dan sisihan piawai.

Terdapat perbezaan nilai pada min, median, varians dan sisihan piawai apabila mengira
secara manual berbanding Microsoft excel. Namun, saya mendapati bahawa nilai yang
diperolehi hasil penggunaan Microsoft excel jauh lebih tepat dan lebih spesifik berbanding hasil
nilai daripada pengiraan manual. Hal ini disebabkan kadangkala pengiraan saya secara manual
adalah salah dan cuai disebabkan kelemahan diri seorang manusia.

Pada pendapat saya, graf dan carta yang saya bina secara Microsoft excel lebih tepat
dan kemas serta lancar kerana kemudahan teknologi lebih moden dan canggih daripada graf
dan carta yang saya bina secara manual. Oleh itu, menjadi rasional untuk saya memilih nilai
data dan graf serta carta yang dibina dari Microsoft excel untuk saya mengkaji data saya ini.

7
3.2 GRAF DAN CARTA BERDASARKAN DATA MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

Jumlah Perbelanjaan Wang dalam Sebulan oleh 60 guru


pelatih PPISMP IPGKTAA

500 - 599

400 - 499

300 - 399
Kekerapan
200 - 299

100 - 199

0 5 10 15 20 25 30 35
Kekerapan

Rajah 1 : Carta palang

8
Jumlah Perbelanjaan Wang dalam Sebulan oleh 60
guru pelatih PPISMP IPGKTAA

4% 3%

8%
100 - 199
200 - 299
300 - 399
400 - 499
30%
15% 500 - 599

Rajah 2 : Carta pie

Jumlah Perbelanjaan Wang dalam Sebulan oleh 60 guru


pelatih PPISMP IPGKTAA
35

30

25

20

15 kekerapan

10

0
100 - 199 200 - 299 300 - 399 400 - 499 500 - 599

Rajah 3 : Plot garisan

9
35 Jumlah Perbelanjaan wang Dalam Sebulan oleh 60 Guru
Pelatih PPISMP IPGKTAA
30

25

500 - 599
Kekerapan

20
400 - 499
15 300 - 399
200 - 299
10
100 - 199

0
100 - 199 200 - 299 300 - 399 400 - 499 500 - 599
Jumlah Wang Perbelanjaan
Rajah
4: Histogram

Jumlah Perbelanjaan Wang dalam Sebulan oleh 60 guru


pelatih PPISMP IPGKTAA
35

30

25
Kekerapan

20

kekerapan
15

10

0
0 100 - 199 200 - 299 300 - 399 400 - 499 500 - 599 0

Rajah 5 :Poligon kekerapan

10
Jumlah Perbelanjaan Wang dalam Sebulan oleh 60 guru
pelatih PPISMP IPGKTAA
70
60
Kekerapan Longgpoka

50
40
30
Kekerapan longgokan
20
10
0
0 100 200 300 400 500 600
Jumlah Perbelanjaan Wang

Rajah 6: Ogif

11
4.0 RUMUSAN

Daripada analisis yang telah saya kumpul, saya dapat simpulkan bahawa statistik
membantu untuk memberikan maklumat yang lebih mudah dan jelas kepada manusia. Sesuatu
pengiraan data akan menjadi lebih sistematik dengan mengumpulkan data dan membina jadual
kekerapan sebelum mengira nilai data.

Penganalisisan dan perbandingan data telah saya laksanakan secara manual dan
menggunakan teknologi iaitu Microsoft Excel untuk mendapatkan nilai min, mod, median,
varians dan sisihan piawai dengan betul dan tepat. Namun, dapat kita akui bahawa pengiraan
menggunakan Microsoft excel jauh lebih tepat dan betul berbanding pengiraan secara manual
yang kadang-kala kita melakukan silap tanpa sedar.

Dengan adanya nilai-nilai tersebut, jadual kekerapan, graf dan carta boleh dibina untuk
melengkapkan kerja kursus ini. Graf-graf dan carta yang telah saya bina dengan menggunakan
Microsoft Excel ialah carta palang, carta pie, poligon kekerapan, ogif dan histogram. Graf dan
carta memudahkan lagi masyarakat untuk mengetahui data dengan lebih jelas.

Melalui penghasilan kajian ini juga, dapatlah dirumuskan bahawa graf-graf dan carta yang
dibuat mempunyai kelebihan serta kekurangannya tersendiri. Graf adalah suatu kaedah atau
cara perwakilan bergambar atau berajah yang mempunyai tujuan untuk menyampaikan
maklumat yang diperolehi serta memberikan gambaran secara menyeluruh mengenai
maklumat-maklumat data mentah. Oleh yang demikian, melalui graf-graf dan carta ini, kita
dapat mempelajari sesuatu yang baru untuk kegunaan pada masa akan datang. Pembelajaran
ini tidak seharusnya di sia-siakan kerana ianya amat berguna kepada kita pada masa akan
datang.

12
5.0 REFLEKSI

Syukur alhamdulilah segala pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, akhirnya dengan izin
Yang Maha Esa saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Statistik Asas (GSA1072) yang
diberi dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sepanjang proses melaksanakan tugasan ini
terdapat kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.

Semasa saya mula mendapat tugasan, saya agak beryakin untuk menyiapkannya. Hal ini
demikian walaupun masih banyak ilmu yang belum saya ketahui dalam menyiapkan tugasan ini
tetapi saya cuba untuk menyiapkannya dalam masa yang telah ditetapkan. Tambahan, dengan
bantuan Puan Hafaza selaku pensyarah pembimbing saya, segala kekusutan yang memberi
tekanan kepada saya dapat dirungkaikan satu persatu.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak pengalaman yang saya peroleh.Bukan


sahaja mengajar saya erti kesabaran, bahkan saya juga dapat mengetahui dengan lebih
terperinci mengenai kaedah-kaedah penulisan mengenai statistik, bagaimana cara untuk
mengaplikasikannya dalam penggunaan seharian serta dapat mempelajari pelbagai jenis graf
yang dapat menarik minat saya. Contoh saya dapat mengetahui bagaimana cara untuk
melaksanakan kajian dan memungut data untuk diterjemahkan dalam bentuk graf serta dapat
menyediakan laporan hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan. Walaupun saya sudah
mengetahui apa itu yang dimaksudkan dengan statistik sebelum ini, namun saya memerlukan
masa yang panjang untuk menyiapkannya.

Dalam pelaksanaan tugasan ini, jelas bahawa pembelajaran statistik ini sememangnya
cukup berfaedah dan manfaat. Dengan adanya kerja kursus sebegini ianya dapat melatih para
guru pelatih dalam menyediakan pelbagai jenis graf menggunakan Microsoft Excel. Tambahan,
saya yang kurang mahir dan arif dalam menggunakan teknologi komputer ini dapat
menambahkan pengetahuan di samping boleh turut menyebarkan imu teknologi ini kepada
orang lain.

Kesimpulannya,banyak ilmu yang saya peroleh sepanjang proses tugasan ini disiapkan.
Saya berharap agar apa yang telah saya pelajari daripada kerja kursus ini dapat saya
dimanfaatkan untuk masa hadapan saya sebagai seorang pendidik. Semoga ilmu yang saya
dapat boleh dikongsikan bersama orang sekeliling dan bukan hanya disebabkan membuat
tugasan kerja kursus semata-mata. Segala kesilapan dan kesulitan amatlah dikesali dan mohon
diampunkan segala silap.

13
6.0 RUJUKAN

Agrestic.A. & Finlay.B. (2009). Statistical Methods for the social Sciences. New Jersey :

Pearson Education.

Muhammad Rozi Mallim & Faridah Abdul Halim (2011). Bussiness Statistics. Shah Alam:

Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Sanders, D.H., Smith R.K., AminmohamedAdatia, & Larson. G.A. (2005) Statistics:

A First Course. Canada The McGraw-Hill Companies.

https://www.academia.edu/4295472/Pengenalan_Statistik diakses pada 17 Mac 2016.

http://my.static.z-dn.net/files/dc8/ee4c6b1123d4d87add8de2d71be469a1.pdf diakses pada 17 Mac


2016

https://www.youtube.com/watch?v=4AZ8G_MqyiM diakses pada 16 Mac 2016.

14

You might also like