You are on page 1of 12

1.

0 PENDAHULUAN

Statistik adalah satu bidang ilmu yang amat berguna dalam kehidupan
seharian.Perkataan statistik berasal daripada perkataan Latin status yang memberi maksud
“state”,negeri atau negara. Statistik merupakan salah satu bidang ilmu yang merujuk kepada
kaedah atau cara untuk mengumpul,menyusun,mempersembah dan mentafsir data bagi
mendapatkan keputusan yang lebih efektif.

Kita perlu untuk mempelajari statistik untuk menilai fakta-fakta yang bersifat angka yang
begitu banyak dan kerap diterbitkan pada dunia masa kini sama ada berkaitan
ekonomi,politik atau kajian sosial.Kita juga boleh menggunakan statistik bagi melaksanakan
tugas kita suatu masa nanti untuk membuat keputusan berdasarkan kajian yang
dibuat.Contohnya,statistik boleh digunakan untuk membuat penilaian terhadap murid-murid
sekolah rendah berdasarkan markah ujuian yang diperolehi.

Menurut buku Pengantar Statisik oleh Izham Shafie (2008),seorang ahli statistik dari
England,Captain John Graunt telah telah menerbitkan semula data kelahiran dan kematian
yang disimpan untuk jangkamasa 30 tahun dan membuat ramalan tentang bilangan
kematian yang disebabkan oleh penyakit tertentu.Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya
statistik dalam kehidupan manusia seharian.

Dalam bidang pendidikan, statistik digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam


pelbagai situasi. Bagi seorang guru, pengetahuan statistik ini juga dapat membantu mereka
dalam memahami kajian-kajian yang melibatkan bentuk emperikal. Statistik deskriptif adalah
digunakan bagi memberi penjelasan tentang tentang ukuran (min dan sisihan piawai)
manakala statistik inferensi digunakan bagi menguji statistik. Kedua-dua jenis statistik ini
biasanya digunakan dalam bidang pendidikan.

Kebiasaanya juga, data yang diperoleh tidak disusun mengikut aturan yang betul.
Justeru, bagi memudahkan kita merujuk data sewajarnya data tersebut mestilah direkodkan
secara teratur dan bersistematik. Contoh skor yang disusun secara rawak ialah seperti 54,
15, 55, 51, 60,24, 33, 31, 14, 68, 19,40, 30,18,13, 21,31,24 atau skor-skor ini juga telah
dikenali sebagai skor mentah.

Berdasarkan kerja kursus yang ditugaskan kepada saya,saya telah memilih untuk
merekodkan data markah peperiksaan akhir tahun bagi 100 orang pelajar Tingkatan 3 bagi
subjek Sejarah bagi menganalisis markah untuk melaksanakan satu jangkaan mengenai
pencapaian pelajar.

1
2.0 DATA MENTAH

Jadual I menunjukkan data markah peperiksaan akhir tahun bagi 100 orang pelajar bagi
subjek Sejarah yang telah saya perolehi.

Markah peperiksaan akhir tahun 100 orang pelajar bagi subjek Sejarah

60 57 50 40 46 67 48 48 71 66
57 66 65 57 67 58 65 47 59 39
41 90 49 55 43 85 68 77 82 51
73 41 69 75 25 47 48 40 78 74
81 53 76 88 80 46 72 64 65 58
39 79 40 81 48 80 83 41 61 73
68 50 58 61 61 83 77 74 46 88
84 33 38 75 58 54 78 79 71 68
72 47 67 77 52 56 64 54 52 44
42 73 55 63 57 66 56 78 35 82

Jadual 1

Data di atas diperolehi secara sahih berdasarkan rujukan saya pada buku Pengantar
Statistik yang ditulis oleh Izham Shafie pada tahun 2000. Buku yang menjadi sumber
rujukan saya ini diterbitkan dan dicetak oleh Penerbit Universiti Utara Malaysia. Buku ini
ditulis dan disusun berdasarkan koleksi nota oleh penulis sepanjang pembelajaran beliau.
Data yang saya perolehi terletak pada halaman 46 yang berada di bawah tajuk Penyajian
Data.

Saya meminati data ini kerana data tersebut amat berkait rapat dengan mata
pelajaran statistik yang sedang saya pelajari serta memenuhi kehendak tugasan iaitu
memperolehi 50 data dan ke atas. Data yang saya perolehi ini mengkaji tentang markah
peperiksaan akhir tahun 100 orang pelajar bagi subjek Sejarah.

2
3.0 ANALISIS DATA

Data mentah di atas boleh dikumpulkan kepada beberapa kelas. Untuk mencari saiz
selang kelas,beza antara sempadan atas kelas dan sempadan kelas bawah perlu dicari.

Saiz selang kelas = Sempadan atas kelas – sempadan bawah kelas

= 29.5 – 19.5

= 10

Jadi, saiz selang kelas yang sesuai untuk data ini ialah 10 markah. Untuk membina
jadual kekerapan, gunakan saiz selang kelas yang diperolehi iaitu 10 markah. Saya telah
mencari beza antara nilai tertinggi dengan nilai terendah data seperti di bawah:

Beza = Nilai tertinggi – nilai terendah

= 90 – 25

= 65

Bilangan kelas yang boleh dibentukkan juga boleh ditentukan seperti di bawah:

𝐵𝑒𝑧𝑎
Bilangan kelas =
𝑆𝑎𝑖𝑧 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑠

65
=
10

= 6.5

≈ 7

3
Jadual kekerapan data markah peperiksaan akhir tahun bagi 100 orang pelajar bagi subjek
Sejarah.

Markah Kekerapan Kekerapan Nilai tengah Fx


(f) longgokan (x)
25 - 34 3 3 29.5 88 .5
35 - 44 12 15 39.5 474
45 - 54 20 35 49.5 990
55 - 64 19 54 59.5 1130.5
65 -74 22 76 69.5 1529
75 - 84 20 96 79.5 1590
85 - 94 4 100 89.5 358
∑f = 100 ∑fx = 6160
Jadual 2

Min (purata)

∑ 𝒇𝒙
𝑥=
∑𝒇

6160
=
100

= 61.6

Purata markah peperiksaan akhir tahun 100 orang pelajar bagi subjek Sejarah ialah 61.6%.

Mod = 65 - 74

Median

1
𝑁−𝐹
𝑚 = 𝐿 + (2 )C ,
𝑓𝑚

L = Sempadan bawah kelas median

N = Jumlah kekerapan

F = Kekerapan longgokan sebelum kelas median

𝑓𝑚=𝐾𝑒𝑘𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑠 𝑚𝑒𝑑𝑖𝑎𝑛


4
C = Saiz kelas median

1
(100)−35
𝑚 = 54.5 + (2 )10
19

= 62.39

Nilai tengah
Markah Kekerapan (f) (x) (𝑥 − 𝑥̅ ) (𝑥 − 𝑥̅ )2 𝑓(𝑥 − 𝑥̅ )2
25 - 34 3 29.5 -32.1 1030.41 3091.23
35 - 44 12 39.5 -22.1 488.41 5860.92
45 - 54 20 49.5 -12.1 146.41 2928.2
55 - 64 19 59.5 -2.1 4.41 83.79
65 - 74 22 69.5 7.9 62.41 1373.02
75 - 84 20 79.5 17.9 320.41 6408.2
85 - 94 4 89.5 27.9 778.41 3113.64
∑𝑓(𝑥 − 𝑥̅ )2
= 22859

Jadual 3

Varians

∑𝑓 (𝑥 − 𝑥̅ )2
𝜎2 = [ ]
∑𝑓

(22859)
= [ ]
100

= 228.59

Sisihan piawai

∑𝑓 (𝑥 − 𝑥̅ )2
𝜎 = √[ ]
∑𝑓

= √228.59

= 15.119

5
3.1 PERBANDINGAN DATA SECARA MANUAL DAN MENGGUNAKAN MICROSOFT
EXCEL

Microsoft excel Manual

min 61.6 61.6


median 62.1052632 62.39
varians 228.59 228.59
sisihan piawai 15.119 15.119
Jadual 4

Berdasarkan jadual di atas,satu perbandingan dapatan data telah diperolehi dengan


menganalisis secara manual dan menggunakan Microsoft Excel. Perbandingan yang
dianalisis ialah nilai min,median,varians dan sisihan piawai.

Nilai min,median dan sisihan piawai adalah sama walaupun menggunakan cara
manual dan Microsoft Excel iaitu 61.6, 228.59 dan 15.119 masing-masing.Hal ini
menunjukkan bahawa nilai yang perolehi adalah nilai yang tepat.

Terdapat sedikit perbezaan pada nilai median apabila kira secara manual dan
menggunakan Microsoft Excel. Saya mendapati bahawa nilai yang diperoleh melalui
Microsoft Excel iaitu 62.1052632 lebih spesifik berbanding nilai yang diperoleh secara
manual yang bernilai 62.39 .

Pada pendapat saya, histogram yang saya bina secara manual lebih tepat
berbanding menggunakan Microsoft Excel. Kelemahan saya dalam menngunakan teknologi
ini menyebabkan histogram yang saya perolehi tidak tepat. Rajah ogif dan poligon
kekerapan juga mengalami perkara yang sama. Rajah histogram,ogif dan poligon kekerapan
ada disertakan di dalam lampiran.

6
4.0 GRAF DAN CARTA BERDASARKAN DATA

Markah Kekerapan Min Max Titik tengah fx fx² Kekerapan longgokan


25 - 34 3 25 34 29.5 88.5 2610.75 3
35 - 44 12 35 44 39.5 474 18723 15
45 - 54 20 45 54 49.5 990 49005 35
55 - 64 19 55 64 59.5 1130.5 67264.75 54
65 - 74 22 65 74 69.5 1529 106265.5 76
75 - 84 20 75 84 79.5 1590 126405 96
85 - 94 4 85 94 89.5 358 32041 100
100 6160 402315

Jadual kekerapan berdasarkan Microsoft Excel


Markah peperiksaan akhir tahun 100 orang oelajar bagi

85 - 94

75 - 84

65 - 74
subjek Sejarah

55 - 64
Kekerapan
45 - 54

35 - 44

25 - 34

0 5 10 15 20 25
Kekerapan

7
Rajah 1: Carta palang

Data untuk markah peperiksaan akhir tahun


100 orang pelajar bagi subjek Sejarah

4% 3%
12%
25 - 34
20%
35 - 44
45 - 54
20% 55 - 64
65 - 74
75 - 84
22%
85 - 94

19%

Rajah 2 : Carta pie

8
25

20

15
Kekerapan

Kekerapan
10

0
25 - 34 35 - 44 45 - 54 55 - 64 65 - 74 75 - 84 85 - 94
Markah peperiksaan akhir tahun 100 orang pelajar bagi subjek Sejarah

Rajah 3 : Poligon kekerapan

Markah peperiksaan akhir tahun 100 orang pelajar bagi subjek Sejarah
120

100
Kekerapan longgokan

80

60

40

20

0
24.5 34.5 44.5 54.5 64.5 74.5 84.5
Markah

Rajah 4 : Ogif

9
Markah peperiksaan akhir tahun 100 orang pelajar bagi subjek Sejarah
25

20
25 - 34
35 - 44
Kekerapan

15
45 - 54
10 55 - 64
65 - 74
5 75 - 84
85 - 94
0
25 - 34 35 - 44 45 - 54 55 - 64 65 - 74 75 - 84 85 - 94
Markah

Rajah 5 : Histogram

5.0 RUMUSAN

Daripada analisis yang telah saya perolehi di atas,saya dapat merumuskan bahawa
statistik membantu untuk memberikan maklumat yang lebih mudah dan jelas kepada
manusia. Saya telah berjaya mendapatkan 100 data pelajar iaitu markah peperiksaan
akhir tahun 100 orang pelajar bagi subjek Sejarah untuk dianalisis dalam kerja kursus
ini.

Sesuatu pengiraan data akan menjadi lebih sistematik dengan mengumpulkan data
dan membina jadual kekerapan sebelum mengira nilai data. Penganalisisan dan
perbandingan data telah saya laksanakan secara manual dan menggunakan teknologi
iaitu Microsoft Excel untuk mendapatkan nilai min, mod, median, varians dan sisihan
piawai dengan betul dan tepat.

Dengan adanya nilai-nilai tersebut, jadual kekerapan, graf dan carta boleh dibina
untuk melengkapkan kerja kursus ini. Graf-graf dan carta yang telah saya bina dengan
menggunakan Microsoft Excel ialah carta palang, carta pie, poligon kekerapan, ogif dan
histogram. Graf dan carta memudahkan lagi masyarakat untuk mengetahui data dengan
lebih jelas.

10
Berdasarkan data yang saya perolehi ini, histogram membolehkan saya untuk
mengesan kelas mod dengan lebih mudah yang merupakan kelas yang paling tinggi.
Nilai median pula lebih senang untuk ditentukan melalui jadual kekerapan longgokan
dan ogif. Graf dan carta ini berperanan menterjemahkan data secara lebih menarik dan
jelas.

11
6.0 REFLEKSI

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya telah dapat menyiapkan kerja kursus bagi
kursus Statistik Asas (GSA 1072) untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PPISMP).

Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini,saya menghadapi sedikit kesukaran untuk
mencari maklumat dan idea. Namun dengan bantuan rakan-rakan dalam
menyumbangkan idea masing-masing,saya dapat mengatasi masalah ini.Bantuan dan
bimbingan sepenuhnya daripada pensyarah iaitu Tuan Hj Zulkifli juga turut membantu
saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Selain itu,saya juga mempunyai masalah untuk membuat graf menggunakan


Microsoft Excel kerana saya kurang berkemahiran dalam menggunakan teknologi
komputer. Kesulitan untuk membina graf dan carta ini membelengu fikiran saya dan
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Untuk meningkatkan
kemahiran saya dalam penguasaan teknologi kini,saya perlu meneroka dengan lebih
dalam akan sesuatu perisian komputer.

Daripada tugasan ini,saya dapat mengaplikasikan statistik dalam kehidupan


seharian. Data markah peperiksaan murid-murid lebih senang untuk dianalisis dengan
adanya statistik. Saya juga mendapat ilmu baru iaitu bagaimanakah cara untuk
menggunakan Microsoft Excel. Pembinaan graf dan carta memaksa saya untuk
mengulanginya lebih daripada dua kali kerana penghasilan graf dan carta yang tidak
betul dan lengkap.

Kesimpulannya,banyak ilmu yang saya peroleh sepanjang proses tugasan ini


disiapkan. Saya berharap agar apa yang telah saya pelajari daripada kerja kursus ini
dapat saya manfaatkan untuk masa hadapan saya sebagai seorang pendidik. Semoga
ilmu yang saya dapat boleh dikongsikan bersama orang sekeliling dan bukan hanya
disebabkan membuat tugasan kerja kursus semata-mata. Segala kesilapan dan
kesulitan amatlah dikesali dan mohon diampunkan segala silap salah.

12

You might also like