You are on page 1of 8

Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari

segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk
menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. Berbagai-bagai kempen
dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat.
Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha
dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat
mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.

Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai


sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan
dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini
tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat
pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan
perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia.
Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam
sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di
Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat
mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.

Selain itu, teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara


kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang
menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana kelak,
sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap
sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan
oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar
perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan
meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Malah seseorang pelajar
boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media
komputer. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah
ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan
penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah
kemajuan.
Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita setanding dengan
negara-negara maju. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan
pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara yang
ingin mencapai status negara maju, Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan
menjadikan kitaduduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju.
Oleh sebab itulah negara kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk meningkatkan
segenap aspek yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Contohnya negara kita telah
melancarkan satelit telekomunikasi kita sendiri yang dikenali dengan nama MEASAT 1
dan MEASAT 11. Baru-baru ini pula saintis Malaysia berjaya menghasilkan satelit
ringan yang dikenali sebagai Tiongsat-1. Dengan pelancaran satelit-satelit ini, kita
mampu menempatkan diri setanding dengan negara-negara maju dalam bidang
telekomunikasi. Jadi, jelaslah teknologi maklumat menjadikan negara kita setanding
dengan negara maju.

Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan


teknologi secara langsung dan tidak langsung. Pembinaan Koridor Raya Multimedia
telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa untuk
beroperasi di sini. Dengan ini mereka akan memindahkan teknologi canggih ini untuk
dipelajari oleh rakyat negara kita. Kerajaan tidak perlu membelanjakan wang yang
banyak untuk menghantar pegawai untuk berkursus di luar negara. Selain itu, dengan
pemindahan teknologi ke negara kita lebih banyak pihak yang mendapat manfaat. Selain
kerajaan mendapat hasil cukai, peluang pekerjaan telah disediakan untuk dimanfaatkan
oleh penduduk tempatan. Oleh yang demikian, kemajuan teknologi dapat menggalakkan
pemindahan teknologi ke negara kita.

Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi


negara. Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan
elektronik. Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang
besar dan memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana pasaran dapat diperluas melalui
internet. Pembeli dari dalam dan luar negara dapat melihat produk dengan hanya
menekan tetikus, di samping membuat pesanan. Perdagangan cara ini ternyata lebih
berkesan kerana menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Peniaga pula hanya perlu
meneliti skrin komputer untuk menjual barangan mereka. Contohnya Amazon.com
merupakan sebuah syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal dan telah
membuktikan kejayaan dalam e-dagang ini. Natijahnya, teknologi maklumat dapat
meningkatkan ekonomi negara.

Kesimpulannya, kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran


teknologi maklumat kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa.
Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang
ini. Malah pada masa ini pun, pergantungan manusia terhadap teknologi maklumat
sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, untuk memastikan wawasan negara untuk
menjadi sebuah negara maju boleh direalisasikan dengan penguasaan dalam bidang
teknologi maklumat. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong usaha ini di
samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baru berkaitan teknologi
maklumat agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung。

Pada masa ini, teknologi maklumat memberikan banyak kebaikan dalam


kehidupan seharian. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada masyarakat dan negara.

Zaman beralih musim berubah, fasa demi fasa perubahan dunia


telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar
pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini
yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap
zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran
dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai input baharu. Daripada
pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya
menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif.
Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan
lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang
paling canggih. Di Malaysia, teknologi maklumat dan komunikasi
merupakan agenda baharu yang begitu diberikan perhatian. Kerajaan
telah mengambil pelbagai langkah yang serius untuk menerapkan
budaya ICT kepada masyarakat. Berbagai-bagai kempen dijalankan
untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi
maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk
tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu,
ternyatalah bahawa bidang ICT mempunyai manfaat yang sangat
besar kepada masyarakat dan negara ini.

Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan


masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka
dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam
bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak
ketinggalan untuk mengikuti perkembangan di dalam dan di luar
negara. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan
memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan
perkhidmatan Internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari
seluruh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk
mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya
masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur
Tengah melalui skrin komputer mereka. Dengan ini, masyarakat
Malaysia tidak akan keciciran maklumat dalam menelusuri arus
perdana yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini. Gelaran
katak di bawah tempurung tidak akan dilabel pada setiap rakyat
Malaysia. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi
masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.

Selain itu, dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi


maklumat dan komunikasi dapat mengeratkan hubungan antara
rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam
negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau
perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat
handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar
dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan
pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan
yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel
elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada
panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat.
Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan
tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat
persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat
pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu
anugerah yang tiada tolok bandingnya? Jelaslah bahawa kemajuan ICT
dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
walaupun berada di benua yang berbeza. Kejauhan tidak lagi menjadi
penghalang untuk menjadikan hubungan semakin akrab bagai isi
dengan kuku.
Jika kita tinjau kebaikan ICT kepada negara pula, kehadiran
teknologi maklumat dan telekomunikasi merupakan anugerah
istimewa kepada dunia pendidikan. Kewujudan ICT dapat membantu
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan
di sekolah dapat dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah
bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui
Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar
akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi
yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih
bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih
luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat
oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan.
Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia
setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik
jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi
pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran
sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang
disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang
telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Izharlah
bahawa kemajuan ICT mampu menjadi pemudah cara dan menjadi
tarikan dalam memajukan sistem pendidikan di negara kita.
Selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi
penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan
negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia
dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen atau kamera litar
tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-
kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang,
dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video
untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang
dihantarnya tidak dihantar secara terbuka. Hal ini berbeza sekali
dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan
sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan
jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas
penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan CCTV, akhirnya kanak-
kanak yang bernama Nurin Jazlin berjaya ditemui. Kes penculikan
kanak-kanak yang penuh tragis tersebut pernah menggegarkan
seluruh masyarakat Malaysia. Kejadian ini tentu sekali kes jenayah
yang sangat kejam. Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui
dalam keadaan yang menyayatkan hati namun dengan adanya kamera
video dapat merakamkan lokasi beg yang mengandungi mayat kanak-
kanak tersebut. Dengan kemajuan bidang ICT, keselamatan negara
dapat dipelihara dan secara implisitnya, kehidupan rakyat juga tidak
akan terancam. Tugas anggota keselamatan negara juga akan menjadi
lebih mudah. Pendek kata, keamanan dan keselamatan dapat dijaga
melalui kemajuan bidang ICT di negara kita.
Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi
juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita.
Perkembangan bidang ICT secara langsung atau tidak membantu
meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan
dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum.
Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar
dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang.
Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran
antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman.
Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan
kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan
ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya
Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC)
di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City
Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling
serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu,
terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan
Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-
negara maju yang lain.
(Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa ICT memainkan
peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Kita tidak harus
ketinggalan untuk menguasai kemahiran ICT kerana bidang ini akan
terus berkembang dari semasa ke semasa dengan pantas. Sistem
hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan
dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun, kebergantungan manusia
terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong usaha ini di
samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baharu
berkaitan ICT agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah
tempurung. Namun begitu, sebagai pengguna yang bijak kita tidak
harus menyalahgunakan kemudahan ICT. Semua pihak harus
bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap
untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan
ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi
mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga
impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan
berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi
kudsi Wawasan 2020.)
ICT Sebagai Teknologi Pendidikan

Penggunaan teknologi dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di negara - negara maju
seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. bagi mencapai wawasan dan inspirasi
negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam menghadapi arus pembangunan berasaskan teknologi.
Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan menjadikan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaraan.Dasar ini kesinambungan daripada inisiatif Sekolah Bestari yang menekankan
penggunaan teknologi sebagai wahana mengalakkan perkembangan daya kreativiti,
pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Contoh inisatif
yang dijalankan oleh kerajaan untuk menjadikan ICT sebagai teknologi pendidikan ialah
penggunaan SchoolNet, Makmal komputer Eduweb TV, Pusat Akses dan sebagainya.

Di samping itu, tugas mendidik menjadi lebih efektif dan berkesan dengan adanya teknologi multi
media. Seluruh dunia menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi.
Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluaskan. Ilmu
tidak lagi melalui perantaraan guru dan pelajar sahaja, malah boleh dilakukan dengan
menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya
alam maya. Para pelajar boleh mengakses maklumat berkaitan mata pelajaran yang diingini
dengan hanya mengakses di internet dan mereka akan mendapat banyak maklumat. Namun ini
tidak bermakna pengajaran guru di sekolah tidak penting.
Secara umumnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan mempunyai pelbagai kebaikan iaitu:

1. Memotivasikan pelajar.
2. Mengaitkan dengan kehidupan
3. Alat sokongan dan perkongsian
4. Memartabatkan profesion
5. Mengurangkan kos

Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) secara yang bijaksana dapat menjamin matlamat
tercapai. Oleh itu, para guru dan pendidik mestilah mempunyai pemikiran yang kritis, inovatif dan
kreatif dalam menyediakan ABM yang bersesuaian dan menarik.

FAEDAH- FAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI


Kesan dan faedah adalah seperti berikut:

1. Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif


2. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersifat 'indivudual'
3. Menjadikan pengajaran lebih berasaskan kepada hasil- hasil kajian yang lebih saintifik
4. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersemangat dan bertenaga
5. Boleh menjadikan pembelajaran pelajar itu lebih hampir dengan keadaan sebenar
6. Boleh berkomunikasi di mana - mana sahaja selagi terdapat kemudahan internet
7. Boleh menjadikan pendidikan itu lebih seimbang
8. Pelajar yang sukar bercakap dan memberi idea dalam kelas lebih teransang atau teruja untuk
memberi komen mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan oleh guru
PERANAN TEKNOLOGI DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini memberikan peluang dan cabaran seluas-
luasnya kepada pelajar meneroka ilmu mengikut kehendaknya dan memberikan peluang yang
seluasnya kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan kreativiti.
Guru perlu tahu bagaimana hendak menggunakan audio- visual dengan betul supaya semua
kemudahan yang ditawarkan oleh bahan audio- visual tersebut dapat dipergunakan sepenuhnya.
Dalam memilih bahan- bahan tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran, guru perlu
menyematkan dalam fikiran tentang perkara- perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah:

1. Sesuai dengan taraf pendidikan pelajar dan pengetahuan am pelajar


2. Dapat memperolehi maklumat dengan tepat
3. Kecemerlangan dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan lain- lain

Kombinasi pemilihan media yang hendak digunakan dalam pemgajaraan hendaklah tidak hanya
berdasarkan kepada kesesuaian setiap media dengan tujuan pembelajaran tetapi juga
bagaimana dan dengan cara apa ia dapat memberi maklumat dan kesannya ke atas proses
pembelajaran

You might also like