You are on page 1of 19

METODOLOGI DAKWAH

CIRI, PERLAKSANAAN DAN HALANGAN KEPADA TEKNO – DA’I

DI MALAYSIA

NAMA : WAN MD SHAFIQ ANSARI BIN WAN MOHD NAWI

NO. MATRIK : A130845

PENSYARAH : DR. RAZALEIGH MUHAMAT @ KAWANGIT


1.0 DEFINISI

Dakwah merupakan suatu perkara yang bukan mudah untuk dilaksanakan oleh seseorang
Muslim. Proses untuk menyampaikan dakwah kepada seseorang individu tidak akan berjaya
sekiranya ia tidak dapat melawan segala dugaan dan rintangan yang akan di hadapinya.
Seseorang individu perlu tabah dan sabar dalam menghadapi sebarang permasalahan yang timbul
untuk merealisasikan matlamat dakwahnya. Melalui usaha dakwah yang pelbagai ini, akan dapat
membantu untuk menjayakan sesuatu aktiviti dakwah. Sekiranya setiap aktiviti dakwah yang
dijalankan mendapat sambutan daripada pelbagai pihak, secara tidak langsung aktiviti dakwah
tersebut akan terlaksana dengan jayanya.

Bagi memperjelaskan skop perbincangan ini, maka terlebih dahulu perlu difahami
definasi dua perkara asas, iaitu dakwah dan teknologi. Dakwah menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi
adalah sebagai satu usaha untuk membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mereka
mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini,
mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja,
melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa
dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak ke atas
orang yang dinafikan hak Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran,
serta berjihad pada jalan – Nya.1

Manakala teknologi ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk
tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan sebagainya. Dalam kajian ini,
teknologi bermaksud kaedah atau aktiviti yang digunakan dalam melaksanakan proses dakwah.
Manakala multimedia pula ada beberapa definasi telah diberikan, antaranya ialah 'Penggunaan
dua atau lebih jenis/bentuk media (video bergerak, audio, gambar, grafik, animasi, teks dan
sebagainya) untuk menyampaikan maklumat'.2

1
Ab. Aziz Mohd. Zin. (2003). Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
2
Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oleh itu, apabila membicarakan mengenai berdakwah dalam era teknologi, maka ianya
akan menyentuh samada penggunaan teknologi ini dibenarkan oleh Islam atau tidak serta
bagaimana para pendakwah menghadapinya dan masalah - masalah yang perlu diatasi berkaitan
penggunaan teknologi dalam berdakwah.

2.0 KONSEP TEKNO-DAEI.3

Setiap individu Muslim bertangggungjawab untuk berdakwah tanpa mengira darjat dan
kedudukan mereka. Apabila menjadi umat Islam, mereka bertangggungjawab untuk
menyebarkan dakwah. Tangggungjawab ini bukan hanya terletak di bahu para pendakwah
profesional sahaja, tetapi kepada semua yang beragama Islam. Konsep tekno-daei ini sebenarnya
boleh diaplikasikan kepada semua yang beragama Islam, terutama kepada mereka yang
mempunyai pengetahuan asas atau terperinci mengenai Islam dan menyebarkannya melalui
kemahiran teknologi atau apa-apa sahaja medium teknologi, ataupun bergabung tenaga dan
kepakaran dalam menghasilkan produk teknologi selagi mana dapat menyebarkan atau
berdakwah mengenai Islam kepada masyarakat. Dalam konteks ini ia membuka peluang kepada
golongan alim ulama’ dan juga golongan teknologis dalam menghasilkan produk dakwah
menggunakan teknologi terkini supaya maklumat mengenai Islam dapat disampaikan dengan
lebih cepat, berkesan dan tepat.

3.0 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI4

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan satu perkembangan teknologi yang telah
merubah cara dan hidup manusia menjalankan kehidupan sehari-hari. Hakikatnya ia adalah
melalui teknologi yang dianggap moden ini telah mempercepatkan proses perhubungan sesama
manusia di samping ianya dapat mempertingkatkan kecekapan pemprosesan dan penyimpanan
data serta penghantaran maklumat. Di dalam era yang dimangkinkan teknologi ini, sempadan

3
Mohamad Shahir Haji Abdullah. 2001. Berdakwah dalam Era Multimedia.
4
geografi, jarak fizikal dan perbezaan masa telah diruntuhkan oleh perkembangan pesat teknologi
sehingga terbentuklah satu dunia yang global.

Dalam era sistem langit terbuka ini, penggunaan teknologi maklumat juga merupakan
satu trend kerana penggunaan telekomunikasi moden dan rangkaian – rangkaian seperti internet
membolehkan aliran dan perkongsian maklumat sejagat dapat dilakukan dan disebarkan dengan
lebih cepat dan berkesan. Namun begitu, terdapat individu yang menyalahgunakan internet
seperti mengambil ilmu yang tidak memberi manfaat kepada dirinya. Justeru itu, ilmu yang
diambil daripada internet biarlah ilmu yang dapat membina dan membentuk positif dalam diri
individu dan meninggalkan yang berbentuk negatif seperti kegiatan antisosial dan sebagainya.
Melalui peningkatan pengetahuan dalam bidang teknologi, individu akan dapat meningkatkan
pengetahuannya dalam bidang pendidikan, penyelidikan, penyebaran dakwah dan sebagainya.
Dengan adanya ilmu pengetahuan di bidang ICT ini, individu akan dapat bersaing di era
globalisasi yang bukan hanya sebagai penonton atau pemerhati tetapi juga akan menjadi
penggerak dan pesaing dalam apa jua bidang yang ingin disampaikannya.

3.1 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM DAKWAH5

Pada masa kini, teknologi maklumat telah menjadi satu keperluan yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Ia merupakan alat yang utama dalam era maklumat kerana ia menjadi teras
dalam komunikasi antara sesama manusia dan memberi maklumat kepada masyarakat. Secara
tidak langsung, pengetahuan tentang teknologi maklumat ini adalah sangat penting bagi
membentuk sesebuah masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.

Perkembangan teknologi maklumat sememangnya merupakan suatu fenomena yang


menarik yang seharusnya dipergunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Hampir
keseluruhan aktiviti yang dilakukan pada masa kini adalah hasil daripada perkembangan
teknologi maklumat. Ianya akan menjadi mudah dan cepat apabila dilaksanakan dalam pelbagai
penghasilan inovasi dan teknik-teknik yang terkini. Dalam proses penyebaran dakwah Islamiah,

5
Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh. (2000). Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
teknologi maklumat juga dapat diaplikasikan dalam pelbagai bentuk mengikut citarasa yang
tersendiri oleh para pendakwah.

Antara teknologi yang boleh digunakan dalam penyebaran dakwah Islamiah ialah Mel
elektronik atau e-mel, World Wide Web (WWW), Telesidang desktop (Desktop Conferencing),
News Group dan sebagainya. Kemudahannya adalah untuk berkomunikasi iaitu menghantar dan
menerima makumat dengan pengguna internet yang lain dengan cepat dan murah.

Selain itu, e-mel juga dapat digunakan untuk menghantar fail, dokumen, imej, audio dan
video dalam bentuk digital dengan dilampirkan bersama-sama e-mel. Setiap pengguna perlu
mempunyai akaun e-mel terlebih dahulu sebelum menggunakan e-mel tersebut. Contoh e-mel
yang boleh digunakan adalah Yahoo! Mail, Hotmail, Mailtool, Pine, Mail, Eudora Pro, Microsoft
Exchange dan sebagainya.

Dalam proses penyebaran dakwah Islamiah, seseorang individu boleh menyebarkan


risalah dakwahnya dengan menghantar risalah tersebut kepada masyarakat melalui alamat-alamat
e-mel yang telah didaftarkan. Para pendakwah bukan sahaja boleh menghantar risalah, malahan
boleh juga menghantar imej, audio dan video yang berkaitan dengan dakwahnya kepada seluruh
masyarakat yang berada di seluruh dunia.

Selain daripada itu, World Wide Web atau WWW juga boleh digunakan untuk
penyebaran dakwah Islamiah kepada seluruh masyarakat. WWW adalah suatu istilah yang
digunakan untuk menerangkan semua kandungan maklumat dan multimedia yang boleh di
perolehi daripada internet. Ianya merupakan aplikasi yang paling menarik di Internet dan
seringkali digunakan sepertimana e-mail. Aplikasi ini juga disebut "The killer application" atau
"the world is in your fingertip" kerana ia mudah untuk mendapatkan informasi yang juga bukan
hanya teks tetapi imej dan multimedia yang lain. Informasi yang diletakkan di bawah WWW
disebut "HomePage" dan di setiap homepage mempunyai alamatnya.

Telesidang desktop atau Desktop Conferencing adalah kaedah komunikasi yang


melibatkan kombinasi audio dan visual serta penggunaan komputer untuk menghasilkan suatu
proses komunikasi yang interaktif antara dua atau lebih individu. Ia membenarkan pengguna
berhubung secara bersemuka tanpa melibatkan kos yang tinggi. Contoh penggunaannya adalah
melalui perbincangan maya di antara individu dengan sesorang yang pakar dalam bidang-bidang
tertentu. Perbincangan ini tidak memerlukan halangan jarak walau di mana seseorang individu
tersebut berada.

Telesidang desktop ini juga boleh digunakan dalam penyebaran dakwah Islamiah.
Contohnya para pendakwah boleh menyebarkan dakwahnya melalui perbincangan dengan
individu menggunakan telesidang ini. Melalui telesidang ini, individu juga boleh berinteraksi
atau berkomunikasi secara lisan dengan pendakwah sekiranya terdapat kemusykilan mengenai
sesuatu masalah. Telesidang ini juga tidak mengira faktor geografi walaupun di antara
pendakwah dan individu tersebut berada di negara yang berlainan.

Perbincangan dalam kumpulan atau news group merupakan sumber yang popular masa
kini seiring dengan teknologi multimedia kerana ianya dapat menyediakan berita-berita hangat,
informasi dan perbincangan terus dari satu pengguna kepada pengguna lain melalui sebuah
newsreader yang berkomunikasi dengan pelayan-pelayan tersebut. Semasa dalam perbincangan,
seseorang yang terlibat boleh memainkan peranannya samada secara aktif atau pasif.

Pengguna yang pasif adalah pengguna yang membaca mesej yang diterima daripada
kumpulan perbincangan dan bertindak balas ke atasnya. Manakala pengguna yang pasif pula
adalah pengguna yang menerima mesej tetapi tidak bertindak balas ke atasnya. Perbincangan
dalam kumpulan atau news group juga boleh digunakan dalam penyebaran dakwah Islamiah.
Contohnya adalah para pendakwah boleh menyebarkan risalah dakwahnya melalui perbincangan
dalam kumpulan atau news group ini dengan memberikan pendapat-pendapat mengenai agama
ketika proses perbincangan dijalankan. Para pendakwah juga perlu menjawab segala persoalan
yang diajukan oleh ahli kumpulan ketika dalam perbincangan dijalankan.

4.0 PERLAKSANAAN TEKNO-DAEI DI MALAYSIA.6

6
Mohamad Shahir Haji Abdullah. 2001. Berdakwah dalam Era Multimedia.
Tekno-daei mempunyai masa depan yang amat cerah di Malaysia. Banyak peluang dan ruang
disediakan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk menggalakkan tekno-daei menjadi
lebih aktif dan inovatif. Peluang yang diberi tidak boleh dilepaskan oleh organisasi – organisasi
yang terlibat dalam menggalakkan penggunaan teknologi untuk berdakwah. Seperti yang telah
diketahui, aplikasi teknologi bukan hanya terhad kepada radio dan televisyen sahaja, malahan
juga emel, internet, laman web, telefon bimbit, forum dalam talian, Yahoo Messenger, MSN
Messenger, penggunaan SMS, MMS dan sebagainya.

Antara produk – produk penghasilan tekno-daei dari laman web badan – badan kerajaan
dan juga bukan kerajaan ialah Institut Kefahaman Islam Malaysia (www.ikim.gov.my), Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (www.jakim.gov.my), Jabatan Agama Islam Sarawak
(www.jais.sarawak.gov.my), dan sebagainya.

Pada hari ini, boleh dikatakan semua badan – badan kerajaan dan bukan kerajaan yang
ada kaitan dengan agama Islam mempunyai laman webnya sendiri. Hal ini perlu diberi perhatian
kerana untuk terus menyebarkan ilmu Allah ini kita perlu selari dengan perkembangan masa.

Namun begitu ada beberapa produk hasilan golongan tekno-daei ini dapat kita dilayari di
dunia siber yang antara lain berfungsi sebagai perpustakaan maya, yang mengandungi maklumat
mengenai Islam seperti www.e-pondok.net, www.islam.gov.my dan www.al-islam.com dan
sebagainya. Laman – laman web ini juga berfungsi dalam memberikan nasihat, pandangan ulama
dan juga hukum hakam yang berkaitan tentang amalan harian penganutnya. Ianya juga dikenali
dengan panggilan “Cyber Taklim”. Pengguna juga boleh menerima maklumat mengenai waktu
solat atau waktu berbuka melalui pesanan ringkas (SMS) dan juga MMS ke telefon bimbit
pengguna. Banyak syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia turut menggunakan cara yang
sama dalam menyebarkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pengguna Muslim.
Contohnya SMS Solat, pengguna telefon bimbit boleh menghantar SMS untuk mendapatkan
waktu solat di tempat anda.

Ini semua adalah hasil gabungan dua kelompok golongan iaitu golongan ulama’ dan juga
golongan teknologis. Golongan tekno – dai juga menghasilkan produk-produk ICT seperti CD
dan juga program-program komputer. Sebagai contohnya Saba Islamic Media
(www.saba.com.my) yang ditubuhkan pada tahun 1989 dan dikenali dengan poduk – produk
penulisan mengenai Islam sama ada dalam bentuk audio dan video ataupun komputer media.
Syarikat ini juga terlibat dalam kerja-kerja dakwah dan juga aktiviti sosial di Malaysia dan juga
luar negara. Ini termasuklah dalam kerja-kerja mempromosikan keamananan yang melibatkan
dialog antara agama dan juga ceramah berkenaan perbandingan agama. Mereka juga dikenali
kerana pernah mengagihkan Al-Qur’an secara percuma kepada hotel-hotel di Malaysia. Kini
mereka dalam proses kerjasama bersama Mesra Petronas untuk menempatkan produk-produk
yang dihasilkan. mereka boleh dikatakan sebagai satu pakej tekno-daei yang mengandungi
pelbagai latar belakang penyumbang, sama ada yang berpengetahuan agama, ICT, berlatar
belakangkan pengurusan perniagaan, komunikasi dan sebagai. Syarikat Saba juga boleh
dianggap sebagai contoh yang baik kepada tekno-daei yang bercita-cita untuk melebarkan sayap
sebagai ahli perniagaan. Selain itu ada juga produk-produk teknologi yang mendapat sentuhan
dari pakar-pakar dalam bidang muzik seperti Album Nasyid Kanak-kanak Tilmiz terbitan
Muazzin Productions (www.tilmiz.com.my) yang menggunakan animasi dalam pembikinan
video klip album tersebut. Muazzin Productions juga turut menerbitkan dan mengedar bahan-
bahan edutainment yang lain merangkumi CD, kaset, VCD, DVD, rancangan televisyen, buku
dan majalah dan sebagainya.

Selain daripada Album Tilmiz, banyak terdapat juga album-album nasyid yang berada di
pasaran yang diterbitkan dalam bentuk CD selain daripada bentuk konvensional seperti kaset.
Pengguna juga boleh melayari laman-laman web kumpulan-kumpulan nasyid ini untuk
mendengar dan juga memuat turun lagu-lagu kegemaran mereka. Contohnya
www.hijjaz.com.my, www.rabbani.com.my dan www.websnada.com dan lain – lain lagi. Antara
laman-laman web yang diusahakan oleh individu atau orang perseorangan juga boleh dilayari
antaranya www.nasyid.com, www.saifulislam.com dan lain – lain lagi. Manakala untuk
pengguna yang ingin mendengar radio berunsurkan Islam, Radio IKIM.fm boleh didengari
dalam talian sepanjang 24 jam. Antara laman web yang boleh dilayari untuk mendengar Radio
IKIM.fm ialah http://myikim.net/v1/index.htm. Laman ini berfungsi sebagai medan berkumpul
bagi peminat dan pendengar Radio IKIM.fm untuk bertukar pendapat, berkenalan, berkarya serta
menyumbang info mengenai IKIM dan Islam secara online atau dalam talian. Dengan adanya
maklumat Islam yang berbentuk hiburan ini dan dihasilkan pula dalam pakej berteknologi, ia
diharap dapat memperkembangkan dan memperkukuhkan lagi kepakaran golongan tekno-daei di
Malaysia.
Kita juga boleh melayari produk – produk halal di dalam talian atau laman – laman web.
Apabila kita mencari menggunakan kata kunci halal dan Malaysia, terdapat begitu banyak laman
web yang berkaitan. Antara laman – laman web yang popular dan dapat membantu antaranya
halal.com.my, www.mihas.com.my, www.halagel.com/mly.

Ini adalah sebahagian contoh – contoh hasilan golongan tekno – daei yang bekerja
dibelakang tabir. Mungkin mereka tidak dikenali tetapi golongan ini sekurang – kurangnya
mengambil inisiatif berusaha untuk memartabatkan dan menjunjung agama Islam yang syumul.

Selain daripada galakan daripada kerajaan serta insititusi swasta, orang persendirian atau
individu turut bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah Islamiah kepada masyarakat. Mereka
bergerak bersendirian maka maklumat yang mereka paparkan perlulah kita teliti terlebih dahulu.
Ini kerana sesetengah laman web persendirian ini mempunyai agenda – agenda yang
tersembunyi. Maka perlulah jika kita banding – banding terlebih dahulu maklumat yang kita
dapat dari laman web mereka dengan maklumat yang kita dapati dari laman web yang disahkan
kesahihannnya. Jika tidak ada sebarang percanggahan maka bolehlah melayari laman web
persendirian tersebut. Antara laman-laman web individu yang boleh dijadikan contoh ialah
www.harunyahya.com, www.saifulislam.com, www.drmaza.com dan lain – lain lagi.

Masa depan golongan tekno – daei di Malaysia memang begitu memberangsangkan.


Walaupun pada awal kewujudannya tidak ada nama tertentu kepada golongan ini, tetapi mereka
sentiasa berkembang mengikut arus masa. Dengan bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan
dan galakkan dari institusi dan organisasi bukan kerajaan serta usaha individu-individu, golongan
tekno – daei diharap dapat menghasilkan satu produk atau penghasilan yang membantu untuk
menyokong Islam dan juga mempromosikan Islam itu sendiri. Mereka diharapkan dapat
mengeluarkan produk yang berkualiti, inovatif, kreatif dan berdaya maju kepada masyarakat
khususnya di Malaysia bagi menangani segala maklumat-maklumat salah yang disebarkan oleh
musuh-musuh Islam.

5.0 CABARAN DAKWAH MASA KINI7

Terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa di hadapi oleh para pendakwah pada masa
kini khususnya dalam perlaksanaan dakwah di Malaysia. Antara cabaran – cabaran dakwah masa
7
Abu Bakar Abdul Majid dan rakan-rakan (1999:122).
kini adalah penyebaran dakwah atau ajaran yang salah dan menyeleweng, ajaran agama yang lain
dari Islam serta pendedahan nilai-nilai serta kebudayaan hidup yang negatif dan bertentangan
dengan ajaran Islam.

Penyebaran bahan – bahan ini dijalankan secara bersemuka dan tidak kurang juga yang
menyebarkannya dengan menggunakan media cetak dan media elektronik. Bagi mengatasi
pengaruh ajaran dan pendedahan bahan berunsur negatif ini, kerajaan telah menggunakan
pelbagai langkah untuk menerangkan kepada masyarakat atau umat Islam mengenai ajaran Islam
yang sebenarnya. Ini bertujuan agar individu atau masyarakat tidak terpengaruh dan
terperangkap dalam belenggu ajaran salah serta tidak berakhlak ini Selain itu, kerajaan juga
menguatkan peraturan – peraturan yang membolehkan bahan-bahan negatif tersebut disemak dan
ditapis terlebih dahulu sebelum ianya diedar, dibaca, didengar atau ditonton oleh individu dan
masyarakat. Apabila terdapat isu atau ajaran yang salah telah disebarkan, para pendakwah sangat
berperanan untuk menegakkan kebenaran terhadap isu atau ajaran salah yang telah disebarkan
itu. Para pendakwah perlu berani memberikan pendapat untuk menegakkan kebenaran tersebut.

Sejak era ledakan teknologi maklumat masa kini, masyarakat Islam sering terdedah
dengan penyebaran maklumat dan ajaran yang salah dengan cepat dan mudahnya kerana
penyebarannya hanya berlaku dalam sekelip mata sahaja iaitu melalui internet. Oleh itu, para
pendakwah atau masyarakat Islam itu sendiri perlu untuk menyahut cabaran dengan tidak
membiarkan terus arus perkembangan teknologi yang menyebarkan ajaran salah ini berlaku
dengan lebih berleluasa. Mereka perlu memainkan peranan serta menyahut cabaran untuk
menegakkan kebenaran agama tersebut dengan menjelaskan kandungan yang sebenar mengenai
ajaran salah yang telah disebarkan.

5.1 MASALAH YANG DIHADAPI8

Masyarakat Islam pada masa kini mestilah menerima hakikat bahawa teknologi adalah penting
dalam penyebaran dakwah Islamiah pada masa sekarang. Namun begitu, dalam memastikan

8
Zuarida Mohyin. 2001. Memperkasa peranan tekno – daie.
ianya benar – benar berfungsi dan berkesan, terdapat beberapa masalah yang mesti dan perlu
diatasi. Masalah – masalah tersebut meliputi pelbagai aspek, antaranya berkaitan dengan
peribadi, struktur organisasi dan hubungan kerjasama antara pihak yang terlibat. Antara masalah
tersebut ialah :

5.1.1 Penguasaan Ilmu.

Masalah yang agak ketara pada masa kini ialah kurangnya tenaga pendakwah yang mampu
menggunakan dan menguasai teknologi ini. Ini mengakibatkan mereka lambat menyesuaikan diri
samada untuk menyedia dan menyebar bahan-bahan dakwahnya dan juga lambat untuk memberi
jawapan kepada berbagai masalah yang ditimbulkan menerusi media ini.

Selain itu, kurangnya keupayaan dalam menguasai bahasa Inggeris, juga merupakan
masalah yang menyebabkan penggunaan teknologi kurang diminati dan digemari dalam
kalangan para da'ie dan ulama Islam di negara ini. Disamping itu, kelemahan penguasaan ilmu
Islam di kalangan pakar dan pengguna teknologi ini menyebabkan mereka cuba mengelakkan
diri dari terlibat secara aktif dalam kegiatan dakwah Islamiah. Sikap sedemikian boleh
melambatkan kerja – kerja berdakwah terutama dalam masalah yang memerlukan tindakan yang
cepat dan tepat.

5.1.2 Kurang Kerjasama.

Kejayaan sesuatu usaha, lebih – lebih lagi dalam pengggunaan teknologi moden lebih
bergantung kepada sejauhmana kerjasama boleh diwujud dan ditingkatkan antara beberapa
individu, beberapa institusi, beberapa organisasi, sesebuah masyarakat dan sebagainya.Demikian
juga sekiranya kejayaan berdakwah dalam era teknologi ini mahu dicapai dan dinikmati bersama.
Namun begitu, pada masa sekarang sudah ada beberapa insitutusi dan organisasi Islam
telah mengambil peluang dan menggunakan laman – laman web internet sebagai saluran
dakwahnya. Setiap organisasi hampir kesemuanya sudah mempunyai laman web rasmi mereka
sendiri sebagai contohnya, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri
Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah antara institusi dan organisasi Islam di
Malaysia yang memberi sambutan terhadap penguasaan dalam penggunaan teknologi sebagai
sebahagian daripada operasi dan perjalanan organisasi mereka, namun yang lebih penting dari itu
ialah kerjasama yang lebih berkesan dan terarah dapat dibangunkan.

Pada masa ini, masih tiada suatu kerjasama dan penyelarasan yang berkesan di antara
institusi dan organisasi tersebut dalam memenuhi keperluan masyarakat mengenai ajaran Islam
dan dalam menangani isu-isu yang bertentangan dengan Islam yang disalurkan menerusi internet.

Sepatutnya sudah diwujudkan suatu kerjasama dan penyelarasan yang berkesan yang
sekurang – kurangnya melibatkan pembahagian tugas yang jelas antara berbagai institusi dan
organisasi tersebut. Jika ini dapat dilakukan ianya akan menyemarakkan lagi kerja-kerja dakwah
di negara ini.

5.1.3 Kurang Kefahaman

Pada masa ini masih terdapat lagi tanggapan yang silap dalam kalangan umat Islam di negara ini
mengenai tugas dan tanggungjawab berdakwah yang diletakkan oleh Islam ke atas bahu mereka.
Masih ada yang beranggapan bahawa tugas menjalankan dakwah adalah sekadar fardhu kifayah
semata-mata dan hanya wajib ke atas mereka yang bergelar ustaz dan ulama sahaja, manakala
yang selainnya tidak diwajib. Fahaman ini mengakibatkan mereka kurang aktif lalu mengambil
sikap berdiam diri atau berlepas tangan dari tugas-tugas berdakwah.

Namun, pada hakikat sebenar menjalankan tugas berdakwah adalah fardhu 'ain keatas
setiap orang Islam. Ini bermakna bahawa setiap orang Islam itu wajib menyampaikan ajaran
Islam sekadar ilmu yang diketahuinya. Mengenai hal ini tentulah mustahil dan tidak munasabah
ada di kalangan orang Islam yang langsung tidak mengetahui apa-apa mengenai ajaran
agamanya.

Di samping kewajipan fardhu 'ain itu, Islam mewajibkan pula ke atas umatnya secara
fardhu kifayah di mana sebahagian dari mereka mestilah mendalami ajaran Islam untuk menjadi
pemimpin atau tempat rujukan masyarakat terutama dalam masalah-masalah yang lebih penting
dan rumit. Jika tuntutan ini difahami secara jelas oleh seluruh umat Islam, maka penyebaran
Islam tentunya menjadi lebih pesat dan berjaya.

Bagi masyarakat awam umat Islam, mereka hendaklah melibatkan diri dalam kegiatan
dakwah dengan mengajar apa jua ajaran Islam yang diketahui khususnya di kalangan keluarga
sendiri. Mereka juga boleh membantu pihak-pihak bertanggungjawab dengan menyampaikan
maklumat-maklumat mengenai kerja-kerja penyelewengan terhadap Islam oleh pihak-pihak
tertentu yang mereka kesani dari internet dan sebagainya.

5.1.4 Mewujudkan kandungan.

Persoalan siapa yang mampu menyediakan kandungan bagi aplikasi teknologi sering menjadi
isu. Ia tidak boleh dipikul oleh individu atau pihak tertentu sahaja. Sebaliknya, perlu ada usaha
berjemaah dan terancang bagi menggerakkan tenaga dan kepakaran sedia ada ke arah pewujudan
kandungan yang berciri Islamik. Mungkin lebih sesuai jika ada organisasi atau badan khusus
yang boleh merencana pembangunan kandungan ini menggunakan pelbagai cara. Contohnya
dengan mengumpulkan ahli – ahli agama sebagai content provider dan ahli-ahli teknologi
sebagai technology enabler.

5.1.5 Kesahihan kandungan di dalam internet.

Umum mengetahui sesiapa sahaja termasuk musuh Islam boleh membangun dan meletakkan apa
sahaja kandungan yang dikehendaki menggunakan pelbagai aplikasi internet. Sekiranya
maklumat itu berkenaan Islam, sebagai pengguna biasa kita tidak dapat menentukan kesahihan
maklumat tersebut. Oleh itu, pengguna internet perlu dididik dan diberi panduan asas
memastikan kesahihan maklumat tersebut. Perlu juga ada badan pemantau maklumat – maklumat
ini dari semasa ke semasa supaya tidak ada maklumat yang mengelirukan atau memesongkan
akidah yang boleh mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan masyarakat. 

5.1.6 Kelimpahan pelbagai laman web interaktif.


Pelbagai aplikasi yang dimuatkan di dalam internet amat menarik dan mencetus minat untuk
mencuba. Seperti dalam Facebook, ada banyak permainan atas talian, kuiz dan pautan yang
biasanya menghibur dan menggembirakan untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Namun,
pengguna perlu bijak memilih aplikasi tertentu yang lebih banyak bawa manfaat berbanding
yang melalai dan tidak berfaedah. Elakkan aplikasi yang boleh menjatuhkan maruah diri,
memberi imej tidak baik kepada pengguna atau mengganggu privasi orang lain. Apatah lagi jika
aplikasi itu dianggap boleh menghakis akidah penggunanya seperti kuiz 'bila kamu akan mati',
'rahsia hidung anda', 'rahsia darah anda' dan 'singkap rahsia nombor'.Terdapat juga keperluan
pendakwah mewujudkan aplikasi dakwah yang boleh dicapai menggunakan alat
seperti iPhone yang kini semakin luas penggunaannya.

5.1.7 Globalisasi, cabaran tanpa sempadan.

Tekno-daei tidak lepas dari menghadapi cabaran globalisasi. Cabaran yang bakal dihadapi oleh
golongan pendakwah ini tidak bersempadan. Malahan mereka perlu sedar cabaran ini akan
datang dalam pelbagai bentuk sama ada melalui kemudahan teknologi yang seringkali digunakan
ataupun melalui produk-produk yang dihasilkan. Ini kerana dunia tanpa sempadan kadang –
kadang membuatkan apa yang tidak boleh ditukar dahulunya, kini dengan senang boleh diubah
sewenang-wenangnya. Sebagai contohnya membuat surah baru dalam Al-Qur’an, memberi
gambaran yang kurang tepat mengenai Islam dan juga memaparkan maklumat-maklumat yang
boleh memesongkan akidah umat Islam. Ini dibuktikan dengan penemuan laman-laman web
yang sengaja mencabar kewibawaan agama Islam. Contohnya http://answering-islam.org/,
maklumat yang diberikan perlu ditapis terlebih dahulu sebelum ditelan bulat-bulat kerana boleh
menyesatkan.

5.1.8 Maklumat-maklumat salah dan palsu.

Ada juga antara maklumat yang dipaparkan samaada dilaman - laman web, yang dihantar
melalui e-mel, SMS atau MMS dan sebagainya perlu ditapis terlebih dahulu kerana menyebarkan
maklumat yang salah atau palsu. Inilah yang perlu diambil perhatian oleh golongan tekno-daei.
Hanya mereka sahaja yang dapat memastikan dari pelayan atau sumber mana maklumat tersebut
disebarkan. Bagi tekno – daei yang mahir dalam bidang agama, mereka ini pula perlu prihatin
pada maklumat yang disebarkan melalui medium ICT ini. Sebarang percanggahan yang dijumpai
perlulah diambil perhatian. Maklumat-maklumat mengenai Islam kini seringkali diputarbelitkan
oleh media Barat dan juga masyarakat Barat. Ini merupakan satu cabaran yang perlu ditangani
oleh golongan tekno-daei. Mereka perlu lebih peka kepada dunia semasa bagi menangani
sebarang penyebaran maklumat-maklumat salah dan palsu yang digembar-gemburkan oleh
musuh – musuh Islam.

5.1.9 Halangan bahasa

Ada sesetengah golongan tekno-daei yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris atau bahasa
Arab. Kemahiran menguasai bahasa kedua amatlah penting untuk memantau maklumat –
maklumat salah mengenai agama Islam. Kelemahan menguasai bahasa kedua boleh merencatkan
golongan tekno-daei untuk bersaing dan menghadapi cabaran yang tiada sempadan ini. Ini
kerana kebanyakan laman-laman web yang memberikan maklumat – maklumat yang salah
mengenai Islam biasanya menggunakan Bahasa Inggeris.

Mempelajari bahasa Inggeris bukan semestinya menjadi orang berbangsa Inggeris. Tetapi
mempelajari bahasa asing adalah untuk memudahkan kita menjalankan kerja-kerja dakwah.
Tanggapan bahawa mempelajari bahasa asing akan membuatkan akidah terpesong tidak boleh
diterima akal. Bahasa dalam bentuk umumnya hanyalah satu ilmu yang termasuk dalam kategori
ilmu alat, iaitu sebagai alat untuk berkomunikasi, mendapatkan ilmu dan sebagainya. Setiap
bahasa mempunyai tatabahasa dan ragamnya yang tersendiri(Ismail Ibrahim, 2001), maka tidak
ada salahnya mempelajari bahasa asing untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai Khalifah
Allah di muka bumi ini.

Bukankah Allah menjadikan kita dari pelbagai bangsa, rupa dan juga dari pelbagai
bentuk latar belakang. Alangkah ruginya jika kita masih tidak memanfaatkan apa yang Allah
kurniakan kepada kita sedangkan orang lain telah menggunakan peluang ini sejak sekian lama.
Buktinya banyak buku-buku lama dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris
dan dipergunakan ilmu yang mereka dapat untuk membina tamadun Barat.
Kelemahan menguasai bahasa asing menyebabkan mereka cuba mengelakkan diri dari
terlibat secara aktif dalam kegiatan dakwah Islamiah. Sikap sedemikian boleh melambatkan
kerja-kerja berdakwah terutama dalam masalah yang memerlukan tindakan yang cepat dan tepat.

5.1.10 Menolak perubahan

Berdakwah secara konvensional bukan tidak bagus tetapi agak ketinggalan zaman. Adalah lebih
baik untuk seseorng pendakwah itu peka dengan perubahan zaman dan teknologi pada era
mereka. Malahan Saidina Umar pernah menasihatkan ibu bapa supaya mendidik anak mengikut
zaman mereka. Namun begitu, bukan semua orang terutamanya pendakwah-pendakwah yang
sudah biasa dengan cara konvensuional dapat menerima perubahan ini. Ada antara mereka yang
membuat tangggapan bahawa teknologi lebih banyak memberikan keburukan. Walhal ianya
bergantung kepada individu itu sendiri dalam mempergunakan ruang dan peluang yang ada
untuk menggunakan kelebihan ICT.

Di zaman yang serba serbi pantas ini, untuk menjadi seorang tekno – daei atau golongan
tekno – daei perlulah menerima segala perubahan dan pembaharuan yang berlaku. Kita tidak
boleh menolak perubahan kerana masa akan sentiasa beredar. Tekno – daei perlu menghadapi
ledakan ICT dengan ilmu dan juga kemahiran mempergunakannya untuk memastikan Islam
sentiasa terpelihara dan terbela.

5.1.11 Kurang sensitif terhadap golongan sasar.

Seringkali apabila memperkatakan tentang dakwah, pasti ada golongan sasarnya. Namun begitu
kadang-kadang hal ini terlepas pandang oleh pendakwah. Tekno – daei perlu mengetahui
siapakah golongan sasar mereka.
Jika kanak-kanak, pendekatan yang mereka boleh gunakan supaya anak-anak ini
mendapat maklumat mengenai Islam tanpa rasa bosan dan jemu. Begitu juga jika golongan
sasarnya adalah remaja. Tekno – daei perlu menjadi lebih kreatif dalam menangani dan
memenuhi permintaan golongan belia. Ini kerana mereka sudah didedahkan dengan teknologi
sejak dari kecil. Menjadi cabaran kepada tekno – daei untuk keluar dengan satu hasil yang boleh
menarik golongan sasar ini mendalami ilmu Islam tanpa rasa jemu dan bosan. Ini kerana, remaja
atau belia bukan mudah untuk ditarik mendengar ceramah tanpa digabungkan dengan aplikasi
yang lain seperti audio video, LCD dan sebagainya.

Begitu jugalah sekiranya dengan golongan tua. Kita perlu mencari jalan bagaimana untuk
menghasilkan produk ICT yang dapat memenuhi keperluan mereka. Golongan ini biasanya
mendengar ceramah hanya melalui radio, TV ataupun secara langsung di masjid dan surau. Hal
– hal seperti inilah yang menjadi cabaran kepada golongan tekno – daei. Mereka perlu menjadi
lebih kreatif dan inovatif serta perlu membuat sedikit kajian lapangan bagi memastikan kaedah
pendekatan yang betul kepada setiap golongan sasar. Bukan sekadar memasarkan produk
teknologi tetapi tidak menepati kehendak golongan sasar. Itu akan menjadi satu kerugian kepada
kedua-dua belah pihak.

6.0 KESIMPULAN

Untuk menjadi seorang tekno – daei, golongan ini perlu bersedia menghadapi cabaran era
teknologi. Ini bagi memastikan masa depan mereka cerah dalam mengharungi cabaran dan
menangani segala penyebaran maklumat - maklumat salah mengenai Islam khasnya. Golongan
tekno - daei inilah yang akan memastikan masyarakat di luar sana menerima maklumat yang
betul, tepat dan sahih mengenai Islam. Tanpa bantuan mereka, mungkin kita tidak berjaya
menepis serangan - serangan liar dari musuh-musuh Islam yang sentiasa berusaha menggunakan
apa jua cara dalam memusnahkan akidah dan pegangan masyarakat Muslim. Setiap Muslim
perlu sedar yang mereka juga layak bergelar tekno - daei, maka usaha ini bukanlah usaha satu-
satu golongan sahaja, malahan ianya adalah kerja berkumpulan. Diharapkan dengan penyatuan
tenaga dari golongan ulama dan teknologis dapat memantapkan lagi golongan tekno-daei ini
dalam menangani penyebaran maklumat salah mengenai Islam.

RUJUKAN

Isma Rosila Ismail. 2005. Masa Depan Tekno-Daei Di Malaysia. Kolej Universiti dan Teknologi
Malaysia.
Ab. Aziz Mohd. Zin. 2003. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

Mohamad Shahir Haji Abdullah. 2001. Berdakwah dalam Era Multimedia.


http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=469

Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh. 2000. Memahami Islam Melalui
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur. Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM).

Ahmad Baie Jaafar. 1999. Persembahan Terbaik Untuk Kesan Terbaik. Majalah Solusi Isu No
14.

Zuarida Mohyin. 2001. Memperkasa peranan tekno – daie. Utusan Malaysia.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Intan Norasyikin Mohd Ariffin. 2003. Tekno-Daei: Dakwah Melalui Teknologi. Berita Harian.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Agama/20091122225919/Articl
e/index_html

You might also like