You are on page 1of 7

593

6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia


Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

KREDIBILITI YOUTUBE SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN


AGAMA DALAM PERADABAN ISLAM KONTEMPORARI
Siti Rokiah Ab Rahman & Fadzli Adam
Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE)
Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

sl0931@putra.unisza.edu.my
fadzliadam@unisza.edu.my

Abstrak

Globalisasi dalam perkembangan internet telah membuka ruang kepada masyarakat untuk
berinteraksi dan mendapatkan pelbagai maklumat merentasi sempadan termasuklah
maklumat agama dengan cara yang mudah dan efisyen melalui media atas talian.
Pendekatan dakwah melalui media atas talian sejajar dengan bentuk penerimaan
masyarakat yang memerlukan mekanisme baru dalam penerimaan maklumat agama.
YouTube dilihat sebagai medium yang boleh menarik minat generasi Y kerana sifatnya yang
menggabungkan elemen audio dan visual kaedah yang dilihat lebih inovatif dan kreatif dalam
proses pembelajaran agama. YouTube dikenali sebagai laman perkongsian video untuk
memuat naik, menonton dan berkongsi klip video. Kredibiliti sumber maklumat sangat
penting dalam memastikan maklumat yang disebarkan memenuhi objektif dan diterima
sebagai sumber yang boleh dipercayai. Sumber asas bagi agama Islam ialah al-Quran dan
hadis. Namun, limpahan maklumat yang terdapat dalam laman YouTube telah menimbulkan
isu kredibiliti kandungan maklumat yang diterima oleh pengguna. Kaedah kualitatif iaitu
melalui kajian kepustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan digunakan dalam
kajian ini. Hasil penyelidikan diharapkan dapat dijadikan manfaat dan pengetahuan kepada
masyarakat umum dalam membuat penilaian terhadap sesuatu maklumat dalam media atas
talian.

Kata Kunci: YouTube, pembelajaran agama, kredibiliti

1. PENDAHULUAN
Masyarakat hari ini gemar bergantung kepada keupayaan internet melalui media
sosial untuk mendapatkan pengetahuan, kepercayaan, persoalan hidup dan nilai-nilai
agama melalui forum keagamaan (Piela 2010; Lerner 2010). Pendekatan dakwah
yang digunakan pada hari ini sejajar dengan bentuk penerimaan masyarakat yang
memerlukan mekanisme baru dalam penerimaan maklumat agama. Kepelbagaian
media sosial dalam mempelajari dan menyebarkan maklumat agama memberi
peluang kepada semua umat Islam untuk menyampaikan dakwah. Islam merupakan
agama yang menuntut umatnya menyebarkan risalah dakwah kepada semua
makhluk mengikut kemampuan masing-masing.
Pembelajaran melalui media atas talian digemari oleh pelajar terutamanya
pelajar universiti. Pelajar menunjukkan kebergantungan yang tinggi dalam
penggunaan internet dalam kehidupan seharian mereka. Menurut artikel The Star
yang bertarikh 17 November 2012, pengguna internet tersebut menghabiskan masa
online sebanyak 20 jam seminggu. Selain daripada itu, sebanyak 80% pengguna-
pengguna internet Malaysia akan muat-turun (download) video setiap bulan,
sementara 51% memiliki profail YouTube yang aktif. Perkembangan teknologi terkini
594
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

memperlihatkan penggunaan media sosial yang sangat dekat dengan pengguna dan
audiens alam maya. Penggunaan YouTube pada masa kini dilihat semakin
meningkat dan digemari oleh pelajar. Kajian daripada Godwin-Jones (2007)
menunjukkan sebanyak 65,000 video dimuat naik dan ditonton setiap hari di
YouTube di Wired.
Laman sosial YouTube merupakan sebuah media sosial yang sangat popular
yang digunakan oleh masyarakat umum untuk mendapatkan informasi yang
bermanfaat dalam pelbagai format seperti gambar, video dan animasi (Azer 2012).
YouTube dikenali sebagai laman perkongsian video untuk memuat naik, menonton
dan berkongsi klip video. Kini, laman sosial YouTube bukan sekadar digunakan
untuk berkongsiakan video-video peribadi, komersial dan sebagainya, malah laman
sosial YouTube juga telah digunakan sebagai salah satu medium pembelajaran.

1. PANDANGAN IBNU KHALDUN MENGENAI REVOLUSI MAKLUMAT


Ibnu Khaldun merupakan salah seorang tokoh gemilang dalam Islam dan bukan
sahaja pakar dalam bidang falsafah malah mencakupi bidang-bidang lain. Ibnu
Khaldun dalam karyanya Muqaddimah menekankan bagimana pembangunan
sesuatu kaum, umat atau tamadun dapat digemilangkan dengan menyentuh tentang
pembangunan masyarakat termasuklah pembangunan pendidikan, pemikiran dan
kepimpinan.
Kini, masyarakat Islam berhadapan dengan zaman teknologi maklumat dimana
berlaku revolusi maklumat melalui perkembangan internet dan media sosial.
Masyarakat Islam tidak boleh mengabaikan limpahan maklumat yang berlaku kerana
kejahilan dan kemalasan untuk belajar, menuntut dan mengkaji ilmu ini boleh
disifatkan sebagai bidaah kerana menidakkan budaya Iqra sebagaimana yang
disebut dalam ayat al-Quran. Umat Islam perlu menyedari dan menguasai maklumat
dalam era dunia tanpa sempadan ini. Hal ini kerana pemindahan maklumat dapat
dikurangkan dengan adanya teknologi tersebut. Menurut Ibnu Khaldun, empat
perkara yang membezakan anatara manusia dengan binatang iaitu kekuasaan,
keupayaan untuk berfikir, tenaga buruh dan ketamadunaan (Katsiaficas 1996). Umat
Islam akan dapat menguasai dunia sekiranya masyarakat berjaya menguasai
maklumat. Penggunaan YouTube merupakan salah satu medium pembelajaran
agama pada masa kini. Masyarakat boleh mendapatkan maklumat berkaitan agama
seperti ceramah agama, filem agama, hiburan berunsurkan Islam dan lain-lain
dengan mudah.
Menurut teori kepimpinan Ibnu Khaldun dalam revolusi maklumat yang diambil
daripada Model Kepimpinan Rasulullah SAW yang berkonsepkan sahsiah-
keagamaan (religio-political) yang berkarisma telah terbukti sebagai satu model
kepimpinan yang gemilang (Kostrzebski 2002). Menurutnya, kepimpinan Rasulullah
menganjur pemimpin dan rakyat sama-sama berfikir untuk mencapai kecemerlangan
ummah. Mengikut Ibnu Khaldun, keupayaan untuk berfikir merupakan hasil kuasa
khas yang diletakkan di dalam ruangan minda manusia. Sumber maklumat utama
dalam Islam adalah al-Quran. Menurut Ibnu Khaldun, pemimpin yang dipilih wajib
memegang sumber utama al-Quran. Mereka perlu mendasari kepimpinan mereka
dengan penguasaan maklumat dan menguasai maklumat yang bersumberkan al-
Quran sebagai rujukan utama dalam pemerintahan. Intisari al-Quran inilah yang akan
membawa kepada kecermelangan organisasi.
595
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Kesimpulannya, revolusi maklumat yang berlaku pada hari ini memberi peluang
kepada umat Islam untuk menambahkan pengetahuan agama melalui penggunaan
teknologi dan media sosial. Masyarakat Islam seharusnya memanfaatkan peluang
untuk mempelajari dan menyebarkan agama Islam untuk mencapai kemajuan
ummah. Selain itu, pemimpin juga haruslah memainkan peranan dengan
menggalakkan penggunaan internet melalui kawalan yang rapi.

2. MEDIA DAN PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM


Perkembangan peradaban Islam dari semasa ke semasa telah banyak mewarnai
berbagai aspek kehidupan sosial masyarakat dunia. Negeri-negeri yang berada di
semenanjung Arab, benua Afrika, Eropah seterusnya ke Indonesia dan Malaysia
telah dipengaruhi oleh penyebaran budaya dan peradaban Islam. Perkembangan
bidang pemikiran dan filsafat, bidang ilmu pengetahuan dan teknologi, bidang
pemerintahan dan politik telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam
perkembangan masyarakat hari ini. Pada masa silam kemajuan peradaban manusia
terjadi semasa Islam hampir menguasai pelosok dunia. Peradaban Islam telah
mengalami perubahan yang signifikan, hal ini dapat dilihat dari perkembangan
kebudayaan, pemikiran dan peradaban, ini terbukti semasa zaman Rasulullah,
Khulafa al-Rasyidin, Umayyah dan Abasiyah. Negara Islam berhasil membangun
peradaban dan kekuatan politik yang menandingi dinasti besar lainnya pada masa
itu, iaitu Bizantium dan Persia Baghdad dan Cordova yang merupakan salah satu
bukti betapa tinggi dan majunya peradaban Islam.
Dari segi ilmu pengetahuan, orang barat sendiri mengakui bahawa sebahagian
besar dasar-dasar ilmu pengetahuan dilahirkan oleh para ilmuwan Muslim. Begitu
pula dengan masa kebangkitan Eropah yang tidak lepas dari pengaruh
perkembangan ilmu pengetahuan di dunia Islam, di mana para pelajar-pelajar dari
Eropah telah dikirim ke Baghdad dan Cordova untuk menggali ilmu pengetahuan di
sana dalam bidang-bidang ilmu keislaman, perkembangan sastera dan bahasa Arab
secara meluas terjadi pada zaman Umayyah. Manakala, peranan media baru
sebagai alat komunikasi sangat penting dalam penyebaran dakwah Islam dan
menjadi medium utama dalam mendapatkan maklumat di era globalisasi ini. Kita
wajar mengikut perkembangannya dan kita manfaatkannya demi kepentingan ajaran
dan umat seluruh dunia. Sebagai alat komunikasi, penggunaan alat media baru,
media tradisional dan media warisan hendak berteraskan ajaran Islam dalam usaha
kita menyampaikan mesej, terutama berdakwah kepada orang ramai. Komunikasi
Islam hendaklah memainkan peranan dan berfungsi memberi maklumat yang betul,
pendidikan, hiburan yang positif dan persuasif.

3. KREDIBILITI YOUTUBE SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN AGAMA


Kebelakangan ini, pengguna web menunjukkan kecenderungan yang tinggi
dalam pencarian maklumat seperti kesihatan, politik, undang-undang dan agama
(McKnight & Kacmar 2006). Kredibiliti sumber maklumat sangat penting dalam
memastikan maklumat yang disebarkan memenuhi objektif dan diterima sebagai
sumber yang boleh dipercayai. Sumber asas bagi agama Islam ialah al-Quran dan
hadis. Al-Qardawi (2000) menyatakan bahawa sumber ini merupakan sumber yang
sahih dan menjadi rujukan utama bagi umat Islam dalam mencapai keharmonian
hidup dan menuju ke jalan yang benar. Allah telah berfirman dengan jelas dalam
surah al-Hujurat ayat 6 mengenai kredibiliti maklumat.
596
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik


membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak
diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan
Ayat tersebut menuntut agar umat Islam menyelidik terlebih dahulu sumber
maklumat sesuatu berita yang diterima bagi menentukan kesahihannya demi
menjaga kemaslahatan umat. Ini kerana terdapat pihak tertentu yang cuba
menggunakan nama Islam untuk menyeleweng maklumat. Melalui dunia tanpa
sempadan borderless world segala bentuk maklumat sama ada yang sahih atau
salah boleh sampai kepada orang ramai. Sebagai contoh, dengan hanya
berpandukan internet untuk membuat rujukan berkenaan ayat-ayat al-Quran,
kemungkinan akan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat (Syed
Muhammad Dawilah & Mohd Lutfi 2009). Oleh itu, untuk kes seperti ini, seseorang
perlu merujuk kepada sumber asal iaitu al-Quran dan hadis bagi mengesahkan
maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Selain itu, setiap Muslim perlu bertindak
berdasarkan maklumat yang betul kerana kesilapan menjatuhkan hukuman akan
menganiaya mangsa yang tidak bersalah menyebabkan kita menyesal apa yang
telah dilakukan.
Islam sangat mementingkan maklumat, berdasarkan tradisi penyampaian berita
dalam Islam yang berasaskan kitab-kitab muktabar yang dinukilkan secara mutawatir
(al-Sibae 1993). Maklumat yang tidak sahih boleh menyebabkan kepincangan dalam
beragama. Maklumat yang berkredibel dan sahih sangat penting dalam era teknologi
dimana masyarakat kini lebih gemar mencari maklumat atas talian untuk
mendapatkan maklumat yang pelbagai termasuklah maklumat perubatan dan
kesihatan, maklumat produk dan pemasaran, hiburan, tempat percutian dan
maklumat lain (Fallows 2005). Limpahan maklumat dalam talian telah memberi satu
perkembangan positif dalam dunia dakwah. Menurut kajian daripada Hanudin Amin,
(2007), kredibiliti adalah pusat dari suatu sistem di mana pengguna tidak lagi melihat
sumber itu boleh dipercayai sekiranya maklumat tidak berkualiti.
Memang tidak dinafikan bahawa kredibiliti maklumat penting dalam proses
penyebaran dan pembelajaran maklumat terutamanya berkaitan agama kerana ia
merupakan kunci kejayaan dalam dakwah Islam. Maklumat agama yang berasaskan
sumber al-Quran dan hadis menjamin kesahihan syariat yang dibawa oleh agama
Islam. Namun, penggunaan media yang mempunyai masalah kekurangan dari segi
editorial dan gatekeeper boleh membawa kepada implikasi yang negatif seperti
kekeliruan dan pemahaman yang salah kepada pengguna dalam membuat
kesimpulan tentang sesuatu isu agama. Kajian Faizal & Mazni (2010) yang
menunjukkan bahawa internet tidak mempunyai kredibiliti dalam penyelidikan dengan
merumuskan bahawa laman web tidak ada kredibiliti. Sebanyak 20% website tidak
diketahui sumber maklumat.
Selain itu, kajian Normah Mustaffa, Faridah Ibrahim, Mus Chairil Samani &
Mohd. Helmi Abd. Rahman (2010) mengkaji tentang persepsi khalayak terhadap
kredibiliti sistem penyampaian berita dalam media iaitu akhbar, televisyen dan
internet mendapati bahawa kredibiliti berita dalam akhbar dan televisyen mempunyai
persamaan tetapi tidak kepada kredibiliti berita internet. Terdapat masyarakat yang
menolak penggunaan media sosial kerana mengarah kepada sumber yang tidak
597
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

sahih. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran tradisional merupakan


cara yang efektif dalam proses pembelajaran. Namun, melalui penggunaan YouTube
pelajar dapat membantu pelajar berfikir secara lebih kritis melalui kawalan daripada
guru.
Namun, berbeza pula kajian yang daripada Pew Research Center (1998) dan
Online News Association (2001) mendapati bahawa pengguna internet mempercayai
berita yang disiarkan dalam internet berbanding berita yang sama dalam media
tradisional sama ada cetak atau penyiaran. Pendapat turut sama disokong oleh hasil
kajian Saidathul, Mohd. Khairie & Mohd.Taib (2001) dan Mohd.Khairie, Azizan &
Mohd. Hafidz (2001) bahawa masyarakat Malaysia mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang positif terhadap media massa. Ini menunjukkan generasi Y
lebih gemar menggunakan media atas talian untuk mempelajari dan mendapatkan
maklumat termasuklah maklumat agama melalui media atas talian. Pengguna lebih
memilih untuk memanfaatkan medium atas talian untuk mencari maklumat
berbanding media cetak atau media massa kerana ia menawarkan lebih banyak
kemudahan kepada pengguna.
Selain itu, hasil kajian Azmah & Samsudin (2013) menunjukkan penggunaan
media ditentukan oleh latar belakang pendidikan di mana lebih tinggi pendidikan,
maka lebih tinggi penggunaan media terutamanya media atas talian. Persepsi
responden terhadap media walaupun baik apabila dinilai secara deskriptif,
bagaimanapun tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan
media. Ia bermaksud, penilaian responden terhadap media tidak mempengaruhi
penggunaan media tersebut. Manakala, dalam kajian longitunal mengenai kredibiliti
media oleh Syed Arabi Idid (2002), medapati pendedahan media di kalangan
masyarakat pelbagai umur tidak mempunyai hubungan signifikan dengan kredibiliti
media. Hal ini kerana terdapat beberapa ujian korelasi yang menunjukkan hubungan
negatif terutamanya bagi faktor demografi. Di samping itu, faktor pendidikan,
pendapatan dan umur responden didapati mempengaruhi tahap kredibiliti berita
akhbar.
Manakala, kajian yang dilakukan oleh Mohd Sobhi et.al (2011) berkenaan
dengan kredibiliti maklumat sebagai faktor antecedent dalam mempengaruhi
persepsi pengguna mengenai Islam atas talian. Kajian yang menggunakan kaedah
tinjauan seramai 330 responden mendapati kredibiliti maklumat mempunyai
hubungan yang signifikan antecedent terhadap asumptiom kebergunaan internet.
Hasil kajian juga mendapati responden yang mempunyai pendidikan agama
meletakkan kredibiliti maklumat sebagai faktor yang penting dalam penggunaan dan
penerimaan internet. Dengan bahasa yang mudah, latar belakang agama
mempengaruhi bagaimana pengguna menerima dan menggunakan maklumat
daripada internet.
Peranan media sebagai agen penyebar maklumat haruslah bersifat menyatakan
sesuatu yang benar dan tidak memutarbelitkan keadaan dan kebenaran untuk
kepentingan diri sendiri atau kumpulan (Zulkiple Abd Ghani 2001). Contohnya situasi
yang berlaku di Malaysia dimana kes hudud yang dibahaskan oleh aliran parti politik
yang berbeza hanya untuk kepentingan masing-masing telah menimbulkan
kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam. Pandangan yang
berbeza ini boleh menimbulkan huru-hara dalam masyarakat yang inginkan
kebenaran dalam beragama. Usaha untuk membentuk falsafah media menurut Islam,
ianya hanya perlu mengikut beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh al-
598
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Quran dan al-Sunnah. Antaranya media itu sendiri perlu berpaksikan kepada
paradigma tauhid iaitu media atau kandungan yang dihasilkan tidak lari daripada
ajaran tauhid dan sekaligus mengajak pengguna untuk menghayati mesej yang
disampaikan.

KESIMPULAN
Islam merupakan agama dakwah yang beronsepkan amar makruf nahi mungkar
yang menyuruh kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Setiap mukmin
diwajibkan untuk menyampaikan ajaran agama walaupun satu ayat. Melalui teknologi
digital, maklumat diperolehi dalam masa yang singkat tanpa kos yang tinggi. Walau
bagaimanapun sifat-sifat esensial mengenai maklumat Islam yang ada pada media
sosial khususnya YouTube menyebabkan remaja Islam di Malaysia terpaksa
berhadapan dengan cabaran baru kerana dilihat banyak mengorbankan prinsip dan
tradisi maklumat dalam Islam termasuklah kredibiliti maklumat. Ini kerana sebelum ini
mereka mendapat asas pendidikan agama dengan adab dan bimbingan guru.
Justeru, sebagai seorang muslim yang bijaksana perlulah membuat penilaian
terhadap maklumat yang diterima samada merujuk kepada al-Quran atau merujuk
kepada golongan yang pakar dalam bidang agama.

RUJUKAN
Al-Qardawi, Yusof (1978). Thaqafah al-dayah, Beirut: Dar Al-Ahya Al Turath.
Al-Sibae, M. (1993). Al-Sunnah wa makanatuha fi al-tasyri al-Islami, Birut: al-
Maktabah al-Islami.
Azer, S. A. (2012). Can YouTube Help Students in Learning Surface Anatomy?
Surgical and Radiologic Anatomy, 34(5), 465-468.
Azmah Ab Wahab & Samsudin A. Rahim. (2013). Kredibiliti Media dan Penyertaan
Dalam Persekitaran Pengdemokrasian Maklumat di Malaysia. Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication. Jilid 29 (1) 2013: 141-160.
Fallows, D. (2005). Search engine users: Internet searchers are confident, satisfied
and trusting but they are also unware and nave. Report for the Pew Internet and
American Life Project. http://www.pewinternet.org/ PPF/r/146/report_display.asp
[10 October 2009]
Faizal, K. And Mazni, B. (2010). Dakwah Content and its Method : An Analysis On
Islamic Websites Journal YADIM, Vol.9, No.1.
Katsiaficas, George. (1996). Ibn Khaldun: A Dialectical Philosopher for the New
Millennium, Pan African Conference on Philosophy, Addis Ababa, Ethiopia
December 1996
Kostrzebski, Edward W. (2002). The Shadow of Muhammad: Developing a
Charismatic Leadership Model for the Islamic
World,www.stormingmedia.us/60/6065/A606504.html.
599
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Hanudin Amin (2007). Internet banking adoption among young intellectuals. Journal
of Internet Banking and Commerce, 12(3),p.1-13.
Larsen, E. (2001). CyberFaith: How American Pursue Religion Online, Pew Internet &
American Live Project.
Lerner, R. M., & Kauffman, M.B. (1985). The concept of development in
contexttualism. Development Review, 5(4),p.309-333.
Mohd Shobi Ishak, Musa Abu Hassan, Siti Zobidah Omar & Jusang Bolong. (2011).
Kredibiliti Maklumat Sebagai Faktor Anteseden Yang Mempengaruhi Tanggapan
Pengguna dalam Model Penerimaan Maklumat Berkaitan Islam di Internet. Wan
Amizah Wan Mahmud, Faridah Ibrahim, Samsudin A. Rahim & Normah Mustaffa
(pnyt). Bangi: UKM.
Normah Mustaffa, Faridah Ibrahim, Mus Chairil Samani & Mohd. Helmi Abd. Rahim
.(2010). Persepsi khalayak Terhadap Kredibiliti Media di Malaysia.ukm.Bangi.
Volume 5, Number 2, 153-160.
Online News Association. (2001). ONAs digital journalism credibility study overview .
Pew Research Center for people and the Press. (1998). Internet use takes off :
Event-driven news audiences: Pew Research Center biennial news consumption
survey. Retrieved October 2, 2009 from http://www.people-
press.org/med98rpt.htm
Piela, A. (2010). Muslim Womens Online Discussions of Gender Relation in Islam.
Journal of Muslims Minority Affairs, 30 (3), p.425-435.
Syed Muhammad Dawilah, A.I and Mohd Lutfi, S. (2009). Peranan ICT dalam
Penyebaran Dakwah Dalam Era Globalisasi. Seminar Kebangsaan Dakwah
Islamiah di IPT dan Komuniti, Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Uthm, 2-3 Disember
2009.
Zulkiple Abd Ghani. (2001). Komunikasi Islam Sebagai Komunikasi Alternatif.Jurnal
Islamiyyat.22: 79- 89.

You might also like