You are on page 1of 5

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Impak Globalisasi terhadap Pendidikan Islam Masa Kini


Mohd Aliff Mohd Nawi, Mohd Isa Hamzah, Zanizam Zaidi, Surina Akmal Ab Sattai & Asdiri Khalili Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Globalisasi meningkalkan kesan yang besar kepada dunia. Kertas ini membincangkan kesan yang dibawa oleh globalisasi kepada bidang Pendidikan Islam. Sebanyak tiga aspek utama iaitu; (1) transformasi kurikulum, (2) stail dan kaedah pengajaran serta (3) Pendidikan Islam secara digital dibincangkan dengan lebih mendalam hasil daripada berlakunya gelombang dunia tanpa sempadan. Kesimpulannya, globalisasi memberi impak yang besar kepada dunia terutamanya kepada perkembangan dalam teknologi dan maklumat. Kemajuan ini membuka lebih banyak ruang kepada bidang Pendidikan Islam bagi mengadaptasi pelbagai medium yang bermanfaat untuk mencapai tujuan dan matlamat penerapan Pendidikan Islam dengan lebih berkesan.

PENGENALAN Pendidikan Islam merupakan salah satu subjek teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ini ditentukan secara jelas di dalam dasar sistem pendidikan kebangsaan melalui Akta Pendidikan 1996 yang antara lainnya memperuntukkan tentang pengajaran agama Islam dan moral (Syed Othman & Hasnan 2001). Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan pembinaan sahsiah yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang berasaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, maka subjek Pendidikan Islam merupakan medium yang penting bagi mencapai matlamatnya (Ahmad 1997; Tengku Sarina & Faridah 2008; Zahrah 2005). Selain itu, Falsafah Pendidikan Islam (FPI) juga memberi penekanan terhadap pembentukan sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup yang sejajar dengan ilmu, kemahiran dan penghayatan kepada al-Quran dan al-Sunnah (Kementerian Pendidikan Malaysia 2004). Proses untuk melahirkan insan yang seimbang dari hasil gabungan FPK dan FPI mencangkupi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah penerapan pendidikan yang sempurna dalam diri agar dapat membentuk keperibadian dan pandangan hidup sebagai khalifatullah. Penerapan pembelajaran secara holistik ini akan melahirkan individu yang bertanggungjawab dan amanah terhadap diri sendiri serta menjauhkan diri dari pelbagai anasir yang buruk. Sebagaimana kesempurnaan pendidikan yang diterima Rasulullah s.a.w dalam sabdanya (Ibn Samani, t.th.) yang bermaksud: Tuhanku yang mendidikku, maka Dia memberikan kepadaku sebaik-baik pendidikan. Melihat kepada kenyataan yang diberikan, satu konklusi awal boleh dibuat bahawa Pendidikan Islam merupakan satu subjek

yang telah dirangka dengan tujuan yang amat jelas untuk membentuk sahsiah pelajar yang seimbang dan mempunyai kemahiran pengamalan agama yang mencukupi sebagai seorang muslim. Hamidah (2005) semasa membincangkan berkenaan pengaruh pendidikan Islam dan persekitaran ke atas pembentukan sahsiah menegaskan bahawa dalam menghadapi cabaran dan perubahan zaman moden hari ini, maka adalah sangat perlu pengetahuan agama yang kukuh dibekalkan, sesuai dengan agama Islam itu sendiri yang bersifat sempurna dan universal. Kesan Globalisasi kepada Dunia: Globalisasi merupakan satu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi dan kebudayaan dan lainlain disebarkan ke peringkat antarabangsa terutamanya melalui kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya (Kamus Dewan). Ia terjadi apabila berlakunya perpindahan manusia, barang fizikalatau idea-idea antara negara (Orozco & Hilliard 2004). Maka, globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu transisi untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan atau kedudukan geografi sesebuah negara. Menurut ORourke dan Williamson (2000), kehadiran globalisasi kepada dunia memberi impak yang positif dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat ketika itu masyarakat Scadinavian yang kurang berpengetahuan pada sekitar tahun 1870 hingga 1913 terpaksa menerima perkembangan pendidikan yang dibawa oleh Amerika dan Britain. Kedua-dua negara ini adalah negara yang terkehadapan dalam bidang pendidikan di mana mempunyai kepakaran, pengalaman dan kemahiran yang tinggi. Melalui peralihan pendidikan secara global ini, masyarakat Scadinavian terpaksa

645

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

menerima keadaan pendidikan itu untuk maju ke hadapan. Akhirnya, masyarakat Scadanivian maju melalui kesan dari globalisasi tersebut. Negara Malaysia merupakan sebahagian daripada komuniti kehidupan global. Realitinya, Malaysia juga menerima tempias hasil dari ledakan globalisasi. Selain dari kesan yang positif seperti kebanjiran maklumat dan dunia tanpa sempadan, kesan yang buruk juga menimpa masyarakat di Malaysia seperti akses yang mudah kepada dunia hiburan dan bahan porno menjadikan gejala negatif yang dominan di luar batasan moral masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis (Habib & Megat 2001). Hal ini memberi cabaran yang besar kepada dunia Pendidikan Islam dalam mendidik masyarakat terutama para remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning. Fenomena ini berlaku mencetuskan perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar yang baru mengenali dunia. Perkembangan ini telah mendorong para perancang kurikulum di kebanyakan negara terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut (Habib & Megat 2001). Senario ini juga memberi tanda supaya melakukan perubahan dalam Pendidikan Islam di Malaysia. Cabaran untuk membangunkan keseluruhan aspek kemanusiaan yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang terkandung di dalam FPK akan lebih mencabar di era globalisasi berbanding era sebelumnya. Transformasi Kurikulum Pendidikan Islam: Kurikulum Pendidikan Islam mengalami perubahan beberapa kali dan perubahan yang terakhir iaitu semasa penyemakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan pada tahun 2003. Kemudian diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Bertepatan dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi, Kementerian Pelajaran Malaysia cuba menyesuaikan keperluan kepada perkembangan semasa dengan membawa kurikulum baru untuk sekolah rendah iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM). Transformasi kurikulum KSSR digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan

nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. Ia adalah penting dalam melahirkan warganegara global yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Secara ringkasnya, perkembangan dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sejak tahun 1960 hingga tahun 2011 dapat diperhatikan menerusi jadual berikut:
Tahun 1960 Kurikulum Pendidikan Islam Bermula secara formal (Mata pelajaran agama Islam dimasukkan dalam jadual waktu sekolah) Jawatankuasa mengkaji mata pelajaran Pendidikan Islam (mata pelajaran agama Islam bertukar kepada Pendidikan Islam) Laporan Kabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) KBSR (Semakan) dan Kurikulum j-QAF Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) Sumber: Ahmad Fauzi (2010)

1974

1979 1982 1988 1994 2004 2011

Sememangnya kurikulum pendidikan perlu bersifat dinamik dan tiada kurikulum yang berkekalan. Ia sentiasa disemak dan mengalami perubahan mengikut perkembangan semasa dan keperluan masyarakat. Hal ini bertujuan untuk memberi penerapan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran secara optimum kepada pelajar semasa berada di alam persekolahan supaya tidak hanyut dan tenggelam dalam arus globalisasi. Stail dan Kaedah Pengajaran: Kesan globalisasi dalam pendidikan turut mengubah dan memberi kesan kepada corak pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Hal ini perlu diberikan penekanan kerana di antara aspek yang membantu meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan adalah bagaimana kaedah pengajaran dan pembelajaran diamalkan di sekolah. Pelbagai pendekatan diadaptasikan serta dipraktikan dalam kalangan guru agar tujuan Pendidikan Islam dapat dicapai. Maka, para guru perlu mengubah cara pengajaran mereka bersesuaian dengan perkembangan semasa. Terdapat kajian menunjukkan guru Pendidikan Islam masih lemah dalam menggunakan pelbagai metodologi untuk menarik minat pelajar. Kajian Ab. Halim et al. (2004) menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam sering menggunakan kaedah syarahan dan kuliah. Kaedah ini menjadi pilihan guru Pendidikan Islam kerana ia lebih mudah, tidak

646

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

melibatkan perbelanjaan serta pengalaman silam yang dialami oleh guru Pendidikan Islam sewaktu berada di sekolah dahulu (Ab. Halim et al. 2004: Ab. Halim et al. 2010). Teknik pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan ICT juga terbukti mampu meningkatkan tahap kefahaman pelajar (Azwan Ahmad et al. 2005; Chong et al. 2005; Samuel & Zaintun 2006). Kaedah ini bukan sahaja membantu guru mengajar malahan dapat menarik minat para pelajar untuk memahami sesuatu mata pelajaran tersebut. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan penggunaan ICT dalam subjek Pendidikan Islam masih lemah dan berada pada tahap yang tidak memuaskan (Ab. Halim 2004; Ab. Halim et al 2006; Khadijah & Zaid 2002; Mohd Aderi & Rohani Ahmad 2009; Rohaya 2003). Sebenarnya, seseorang guru bukanlah terhad menggunakan bahan ICT sahaja tetapi juga boleh menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang lain seperti Al-Quran, buku kerja tambahan, lembaran kerja, kertas mahjung, papan gulung, kad imbasan, kad carta, kad manila, nota edaran, akhbar harian, majalah, gambar, bahan maujud (hidup), transparensi OHP, kaset, video, power point dan laman web (Ab. Halim & Nik Rahimi 2010). Kesemua ABP ini amat membantu pelajar memahami pembelajaran di dalam kelas jika digunakan dengan sebaik-baiknya. Selain itu, perkembangan globalisasi turut mengubah sistem pengajaran daripada konvensional kepada sistem pengajaran yang baharu. Penggunaan kaedah pembelajaran jarak jauh (d-learning) dan pembelajaran secara elektronik (e-learning) telah mewujudkan satu dimensi baru dalam dunia pendidikan yang menghasilkan kaedah pembelajaran secara mudah alih atau di sebut sebagai mpembelajaran (m-learning) (Brown 2005; Keegan 2005). Kaedah m-pembelajaran lebih bercorakkan pembelajaran kendiri (self-learning) yang hanya memerlukan peralatan mudah alih seperti telefon bimbit, personel data assistants (PDA), Palm Talk dan lain-lain sebagai alat pembelajaran (Wagner 2008). Tinjauan menunjukkan bahawa bidang Pendidikan Islam mempunyai potensi untuk diaplikasi menggunakan kaedah m-pembelajaran menerusi teknologi mobile (Mohd Aliff et al. 2011; Muhammad Ridhuan & Saedah Siraj 2010). Pendidikan Islam Secara Digital: Kemunculan teknologi komputer, internet dan digital memberi impak yang besar kepada umat Islam. Masyarakat iMuslim yang dibawa oleh Bunt (2009) di dalam buku beliau iaitu iMuslim: Rewiring the house of Islam merupakan satu pendekatan dakwah kontemperorari pada abad ke-21 yang menghubungkan masyarakat Islam berbincang dan berkongsi maklumat berkaitan dengan agama Islam menerusi rangkaian internet. Pendekatan terkini ini dilihat sebagai satu inovasi terhadap penerapan

dalam Pendidikan Islam secara berterusan yang berasaskan kepada konsep penyampaian Islam secara konvensional dengan menggabungkan kemudahan teknologi maklumat yang bersesuaian dengan perkembangan semasa. Melalui pendekatan ini, masyarakat muslim di Malaysia boleh berkomunikasi dengan masyarakat muslim di negara luar tanpa batasan pada lokasi dan masa. Keadaan ini juga mewujudkan satu persekitaran siber Islam (Bunt 2009: Zulkiple 2009;Zulkiple 2010). Penyebaran ajaran Islam sejak dari zaman kebangkitan Nabi SAW menggunakan pelbagai strategi termasuk kaedah lisan, peperangan dan perkahwinan (Abu Al-Fazl & Ezzati 2002; Harun Din 2007). Bermula era teknologi maklumat dan komunikasi, masyarakat muslim menyedari bahawa pentingnya perubahan ini untuk dimanfaatkan dalam menyebarkan ajaran Islam. Kesedaran ini memuncak selepas berlakunya peristiwa 11 September 2001 di mana ramai pengguna internet sama ada muslim atau bukan muslim mencari maklumat tentang agama Islam (Mohamed Chawki 2010; Zulkiple 2010). Lanjutan dari peristiwa yang menggemparkan dunia itu, tercetuslah istilah islamofobia kerana salah sangka terhadap ajaran Islam mengajar keganasan, peperangan dan tiada belas kasihan (Zin Mahmud 2010). Sejak dari peristiwa ini, ramai pengguna internet terutama yang beragama Islam menggunakan laman web dengan meletakkan informasi tentang ajaran Islam, fatwa, ceramah dan kuliah agama, video tentang Islam serta podcasting sama ada di You Tube, laman sosial dan blog (Mohamed Chawki 2010).Hal ini berikutan untuk menjelaskan perkara sebenar tentang ajaran Islam dan penganutnya. Negara Malaysia juga tidak terlepas mengalami perubahan terhadap persekitaran siber Islam. Hasil tinjauan umum terhadap laman web dan bahanbahan Pendidikan Islam di internet kebanyakkan dipelopori oleh pihak persendirian, swasta dan institusi bukan kerajaan yang bersifat pendidikan bukan formal. Antara laman web yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia adalah You Tube, Blogger.com, Wikipedia, Wordpress dan MediaFire (www.alexa.com). Laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma ini kerap dikunjungi oleh pengguna Malaysia kerana ianya mudah digunakan bagi tujuan dakwah seperti memuatnaik bahan audio, video, teks, ceramah dan lain-lain yang mempunyai unsur penerapan pendidikan Islam secara tidak langsung. Selain itu, laman web yang sepenuhnya bercirikan islamik turut menjadi rujukan pengguna internet di Malaysia. Antara laman web yang menjadi pilihan seperti al-ahkam.net (soal jawab agama dan koleksi fatwa), mymaktabaty.com (himpunan video dan audio agamawan tanahair), halaqah.net (forum islamik), www.iluvislam.com (forum, berita dan soal jawab Islam), infad.usim.edu.my (himpunan fatwa global) dan

647

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

lain-lain. Walaupun kebanyakan laman web Islam di internet hampir keseluruhannya dimiliki oleh perseorangan atau kumpulan, pihak kerajaan juga mempunyai inisiatif untuk menghimpunkan persoalan hukum-hakam Islam dengan mewujudkan satu laman web seperti e-Fatwa (www.efatwa.gov.my) yang boleh dirujuk oleh masyarakat muslim. Namun, terdapat beberapa kelemahan seperti aspek mesra pengguna, kecekapan mengakses portal fatwa dan kurang penjelasan dalam menghuraikan sesuatu isu permasalahan (Mohd Nor et al. 2008).Walau bagaimana pun, masalah ini boleh diperbaiki bagi meningkatkan pengurusan fatwa ke arah menyampaikan maklumat dengan lebih afektif. KESIMPULAN Perubahan yang berlaku dalam dunia hari ini mengajar manusia supaya bersikap lebih prihatin terhadap bidang pendidikan. Walaupun globalisasi banyak memberikan kesan yang positif kepada dunia, namun kesan negatif yang hadir bersama tidak dapat dinafikan. Amalan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam Pendidikan Islam tidak harus dipandang enteng oleh masyarakat muslim kerana pendekatan moden ini bertujuan untuk menyampaikan suatu mesej dengan lebih mudah dan pantas sejajar dengan arus globalisasi. Walaupun banyak perubahan yang dilakukan demi mencapai matlamat dalam FPK dan FPI namun, masih banyak lagi aspek lain yang perlu diambil perhatian seperti perubahan kurikulum, kaedah dan stail pengajaran dan juga memanfaatkan teknologi masa kini secara optimum. Hal ini bertepatan dengan ajaran agama Islam yang tidak pernah menghalang penganutnya untuk menggunakan apa jua bahan selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Justeru, keupayaan Pendidikan Islam sebagai satu disiplin ilmu yang unggul perlu dipertahankan kerana sebijak mana sekalipun seseorang itu tidak akan seimbang kehebatannya tanpa memiliki pegangan agama yang mapan. Maka, penerapan unsur nilai Pendidikan Islam dalam diri seseorang muslim perlu dipraktikkan sejak berada dibangku sekolah lagi. Melalui langkah awal ini, ianya dapat melahirkan seorang muslim yang hebat dan disegani oleh masyarakat dunia. RUJUKAN Ab. Halim Tamuri & Nik Rahimi Nik Yusoff. 2010. Isu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Ab. Halim & Nik Rahimi (pnyt.).Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, hlm. 19-37. Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin Zamri Abdul Rahim & Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke atas Pembangunan Diri Murid. Laporan akhir projek penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak & Shahrin Awaluddin. 2010. Kaedah pengajaran Pendidikan Islam: konvensional dan inovasi. Dlm. Ab. Halim & Nik Rahimi (pnyt.). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, hlm. 38-70. Abu Al-Fazl Izzati & Ezzati, A. 2002. The spread of Islam: The Contributing Factors. London: Islamic College for Advanced Studies Press. Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2010. Islamic Education in Malaysia. Singapore: S. Rajaratnam School of International Studies. Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam, falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd. Rahman Hj Abd. Aziz. 2005. Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal penyelidikan Pendidikan, 7:14-27. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.gov.my/bpk/ [14 Oktober 2011] Brown, T. H. 2005. Towards a model for m-learning in Africa. International Journal on E-Learning 4(3), 299-315. Bunt, G., R. 2009. iMuslim Rewiring the House of Islam. Chapel Hill: The University of North Carolina Press. Chong, Chee Keong, Sharaf Horani & Jacob Daniel. 2005. A Study on the Use of ICT in Mathematics Teaching. Malaysian Online Journal of Instructional Technology (MOJIT), 2 (3): 43-51. Habib, M. S. & Megat, A. K. 2001. Globalisasi dan cabaran pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31(1): 91-101. Hamidah Sulaiman. 2005.Pendidikan Islam dan pengaruh persekitaran dan kemajuan: Kesan kepada pembentukan sahsiah [Islamic education and the environmental and development influences: Effect of shaping behaviours]. Masalah Pendidikan, 28: 71-78. Harun Din. 2007. Islam: Jihad sebagai Survival Insan. Batu Caves: PTS Millenia. http://al-ahkam.net/[13 September 2011] http://halaqah.net/[13 September 2011] http://infad.usim.edu.my/[13 September 2011] http://www.alexa.com/ [13 September 2011] http://www.e-fatwa.gov.my/ [13 September 2011] http://www.iluvislam.com/[13 September 2011] http://www.mymaktabaty.com/[13 September 2011] Ibn Samani, t.th. Sanad gharib, Kitab Adab al-Imla wa al-Istimla Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

648

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Keegan, D. 2005. The Incorporation of Mobile Learning Into Mainstream Education and Training. 4th World Conference on Mobile Learning. Cape Town, South Africa. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2004. Huraian Sukatan Pelajaran, Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Mohamed Chawki. 2010. Islam in the Digital Age: Counselling and Fatwas at the Click of a Mouse. Journal of International Commercial Law and Technology. 5(4): 165-180. Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran. Jurnal Pendidikan (UKM), 34 (1): 93-109. Mohd Aliff Mohd Nawi, Surina Akmal Ab Sattai & Mohd Isa Hamzah. 2011. M-Pembelajaran: Paradigma baru dalam Pembelajaran Tamadun Islam. 2nd International Conference of ASEAN Studies in Islamic, World Civilization & Arabic Education. Chana Songkhla, Thailand. 7-11 Jun. Mohd Nor Mamat, Siti Fatahiyah Mahamood, Mohd Nazir Ahmad, Aliza Ismail & Zam Hariro Jamaluddin. 2008. E-Fatwea Information Management: Sustainance and enhancement towards friendly and efficient online database. World Congress of Muslim Librarian & Information Scientists. Putra World Trade Center, 25-27 November. Muhammad Ridhuan Tony Lim Abdullah & Saedah Siraj. 2010. M-Learning Curriculum Design for Secondary School: A Needs Analysis. World Academy of Science, Engineering and Technology. 66:1638-1643. ORourke, K. H., and J. G. Williamson. (1999). Globalization and history: Evolution of a nineteenth-century Atlantic economy. Cambridge, MA: MIT Press. Orozco, M. S & Hilliard, D. B. 2004. Globalization: Culture and education in the new millenium. Berkeley: University of California Press.

Samuel, R. I. & Zaintun A.B. 2006. Do Teachers have Adequate ICT Resources in Promoting English Language Teaching and Learning? Journal of ICT, 5: 29-44. Syed ArdiSyed Yahya Kamal &Zaidatun Tasir. 2008. Pembelajaran masa depan mobile learning (m-learning) di Malaysia. Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008. Universiti Teknologi Malaysia, 25-27 November. Syed Othman AlHabshi dan Hasnan Hakim. 2001. Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan.Kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu. Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur,1 2 September. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Binti Che Husain. 2008. Pendekatan individu dalam pengajaran Pendidikan Islam sebagai wahana melahirkan modal insan bertamadun. Jurnal Usuluddin 27:141-156. Wagner, E,. D. (2005). Enabling Mobile Learning. Educause Review, 40(3), 40-53. Zaharah Hussin. 2005. Mendidik generasi berakhlak mulia: fokus peranan guru pendidikan Islam. Masalah Pendidikan 28:79-94. Zin Mahmud. 2010. Tangani Islamofobia Barat. Dlm. Dakwah Jendela Pemikiran Ummah. Anon (pnyt.). Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Zulkiple Abd Ghani. 2009. Digital Islam: Harapan Peradaban Baru. Wacana Hadhari Siri 7. http://www.ukm.my/hadhari/sites/default/files/pd f/DIGITAL%20 ISLAM.pdf [13 September 2011]. Zulkiple Abd Ghani. 2010. Dakwah dalam Era Siber di Malaysia. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

649

You might also like