You are on page 1of 27

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/347507336

CABARAN DALAM MEMBENTUK REMAJA KE ARAH KECEMERLANGAN


SEIRING PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEMASA MENURUT PERSPEKTIF AL-
QURAN

Article · December 2020

CITATIONS READS

0 3,799

2 authors:

Mohammad Haziq Mohd Isnin Abdul Hafiz Abdullah


Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Malaysia
10 PUBLICATIONS 2 CITATIONS 84 PUBLICATIONS 974 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mohammad Haziq Mohd Isnin on 20 December 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

CABARAN DALAM MEMBENTUK REMAJA


KE ARAH KECEMERLANGAN SEIRING
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEMASA
MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

Oleh:
Mohammad Haziq Mohd Isnin
Dr. Abdul Hafiz Abdullah
Mohamad Hazizul Hafiz Hazizan

Abstrak

Perkembangan dunia teknologi pada zaman ini semakin


pesat. Bahkan terdapat juga beberapa cabaran dalam
membentuk remaja ke arah kecemerlangan di samping
menyuburkan nilai-nilai al-Quran ke dalam jiwanya.
Pengaruh teknologi terhadap diri pula sebenarnya
mempunyai pelbagai risiko dari sudut kesihatan badan dan
pemikiran. Antaranya kegemukan badan serta penyakit akal
yang dapat merosakkannya. Objektif kajian ini adalah
mengenalpasti cabaran dalam membentuk remaja cemerlang
melalui perkembangan teknologi semasa, ciri-ciri remaja
cemerlang yang terdapat di dalam al-Quran dan bukti
perkembangan teknologi mampu melahirkan remaja
cemerlang. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah
berbentuk kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa
perkembangan teknologi semasa mampu melahirkan remaja
cemerlang sekiranya asas al-Quran dijadikan sebagai
panduan dalam kehidupan. Semua pihak haruslah
mempunyai sikap bertanggungjawab dalam usaha
melahirkan generasi cemerlang bermula seawal usia remaja.

37
64
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

Kata kunci: Membentuk remaja, Kecemerlangan,


Teknologi Semasa, Al-Quran

1. PENGENALAN

Islam merupakan suatu agama yang amat indah dan sempurna. Ianya
diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibrail ‘AS
kepada Nabi Muhammad SAW. Islam juga sebagai agama yang
merangkumi pelbagai aspek kehidupan di dunia mahupun akhirat. Al-
Quran merupakan petunjuk kepada sekalian manusia dan panduan
dalam menyelesaikan permasalahan hidup. Seterusnya, al-Quran
berperanan sebagai pedoman bagi memandu manusia kepada jalan
yang lurus. Rasulullah SAW telah meninggalkan al-Quran dan Sunnah
kepada umat Islam sebagai sumber perundangan yang kedua untuk
menghindari manusia daripada tersesat. Sabda Rasulullah SAW:

‫مين تتَيََ َت تَْلِ ْْي ُُ َستتَيكُلَتتَ َ يملَْ ت ُي َ ِ تَ َي‬ ُ ُ ‫تَترْكت‬


َ ُ‫تفيك تتأ َِ ْْيي َْن ت َترْ َُيلَت ْتَيتَم تْت‬
ِ َ
‫ ي‬.1‫نَبُأُِّي‬

Maksudnya:Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu


tidak akan sesat, selama kamu berpegang dengan kedua-
duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
(H.R. Malik)

Oleh itu, hal ini dapat dijelaskan bahawa al-Quran dan Sunnah
adalah sebagai bimbingan kepada umat manusia setelah kewafatan
baginda Nabi Muhammad SAW. Sekiranya manusia berpegang teguh

1
Malik bin Anas (t.t.), Al-Muawatta’, kitab al-Qadar, bab al-Nahyu ‘an al-Qawl bi
al-Qadar, no. hadith 3, j. 2, Qaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah Faysal ‘Isa
al-Babiyy al-Halabiyy, h. 704.

38
65
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

kepada kedua-dua sumber di atas, maka mereka akan menjadi insan


cemerlang hasil didikan Islam melalui nilai-nilai murni. Sifat
kejujuran harus dimiliki oleh umat Islam dalam mengamalkan ajaran
Islam, terutama golongan remaja. Hal ini, benar-benar diperlukan bagi
membina jati diri melalui panduan daripada al-Quran dan Sunnah2.

Istilah ‘teknologi semasa’ lumrahnya dapat difahami dengan


maksud rekaan atau gadget yang digunapakai dalam era dunia baru
ini. Ianya dapat dikategorikan seperti internet, laptop, telefon pintar
dan segala peranti yang berkait rapat dengan teknologi. Teknologi
semasa juga dapat dirumuskan sebagai suatu alat bantuan dalam
melakukan perhubungan di antara satu dengan yang lain secara cepat
dan mudah3. Terdapat satu kajian yang telah dijalankan oleh Kesatuan
Teknologi Antarabangsa khususnya di Malaysia setakat ini, pada
bulan Januari 2020 pengunaan internet adalah sebanyak 26.69 juta
pengguna4.

Golongan remaja merupakan penyumbang terbesar dalam


perangkaan yang dikeluarkan tersebut. Ini menunjukkan bahawa
sebilangan besar remaja mudah dipengaruhi dengan kecanggihan
teknologi yang ada. Sekiranya perkara ini tidak dapat dikawal dengan
baik, maka sudah tentu ianya akan memberikan kesan yang buruk
terhadap perkembangan daya pemikiran seseorang remaja.

Kamarul Azmi Jasmi. (2002). Paradigma al-Imam al-Nawawi dalam Pembangunan


Insan: Satu Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-Solihin. Tesis Sarjana Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.

Ziauddin Sardar. (1981). Sains, Teknologi Dan Pembangunan di Dunia Islam.


Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Kemp Simon. (2020). Digital 2020: Malaysia. Retrieved from
https://datareportal.com/reports/digital 2020 malaysia.

39
66
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

Pembentukan remaja ke arah kecemerlangan melalui sahsiah


pada kebiasaanya datang daripada sebuah keluarga yang
mengamalkan nilai keperibadian Islam. Agama Islam turut
menjelaskan bagaimana kaedah terbaik dalam mendidik remaja ke
arah kecemerlangan dengan berpandukan matlamat yang terkandung
di dalam al-Quran5. Gambaran secara ringkas mengenai erti sesebuah
kecemerlangan dalam al-Quran adalah berbentuk komprehensif serta
kukuh dalam pelbagai aspek. Ini bertepatan dengan firman Allah
SWT:

ْ ‫وا ِفي ٱلس ِّۡل ِم َكآَٰفَّ ٗة َو ََل تَتَّ ِبع‬


ِ ‫ُوا ُخطُ َٰ َو‬
‫ت‬ ْ ُ‫َٰ َيَٰٓأَيُّ َها ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬
ْ ُ‫وا ۡٱد ُخل‬
٢٠٨ ‫ّين‬ٞ ِ‫ُّو ُّمب‬ٞ ‫ش ۡي َٰطَ ِۚ ِن إِنَّ ۥهُ لَ ُكمۡ َعد‬
َّ ‫ٱل‬

Terjemahannya:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam
agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan
janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya
syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Surah al-Baqarah, 2: 208)

Melalui keterangan ayat di atas, para remaja harus merujuk serta


bersandarkan kepada inti pati al-Quran. Mempersiapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan melalui ciri-ciri yang terkandung di dalam
al-Quran6, agar mereka tidak mudah terperdaya dengan sebarang
hasutan syaitan yang pada akhirnya akan menjauhkan diri mereka
daripada terus mendekati Allah SWT. Menurut Khalil (1998) ayat di
atas juga, turut menjelaskan bahawa setiap tingkah laku atau
5
Nurzatil Ismah Azizan et al., (2018). Pembentukan Jati Diri Remaja dalam Aspek
Ruhiyyah Menurut Perspektif Al-Quran: Analisis Terhadap Ikon Remaja dalam Al-
Quran. Jurnal Pengajian Islam, 11(1), 64-74. Retrieved http://journal.kuis.edu.my/e-
jurnal-pengajian-islam/wp content/uploads/2018/10/11.1.206.pdf.
6
Arieff Salleh Rosman et al., (2003). Membentuk Jati Diri Remaja. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn., Bhd

40
67
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

perbuatan setiap muslim haruslah diteliti terlebih dahulu bagi


mengelakkan diri daripada terjerumus kepada lembah kehinaan.

Apabila remaja dikaitkan dengan teknologi semasa, perkara


ini amatlah menggusarkan terutamanya golongan ibu bapa dan guru-
guru. Tugas yang dipikul oleh mereka merupakan suatu cabaran yang
besar dalam pembentukan remaja cemerlang. Ianya perlu meliputi dari
sudut zahir dan batin. Namun, hal ini dapat ditangani dengan sebaik
mugkin, sekiranya al-Quran dijadikan sebagai panduan dalam
kehidupan.

2. PENYATAAN MASALAH

Persoalan utama dalam pembentukkan remaja cemerlang adalah


berdasarkan ‘role model’ iaitu contoh ikutan. Contoh ikutan
merupakan suatu perkara yang dilihat oleh remaja berdasarkan tingkah
laku yang berada di sekeliling mereka terutamanya daripada para ibu
bapa dan guru. Para remaja hari ini terpengaruh oleh tingkah laku
yang kurang sopan daripada negara-negara Asia yang maju seperti
Jepun dan Korea. Mereka juga terpersona dengan pelbagai budaya
yang dicetuskan oleh negara Barat, seperti terpengaruh dengan dunia
fesyen yang melampau serta aktiviti perfileman sehingga mereka
sanggup menggadaikan maruah diri7. Teknologi dunia tanpa
sempadan ini memudahkan lagi golongan remaja untuk mempelajari
sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Malahan ada
di antaranya telah dijadikan sebagai ikutan dan diterapkan ke dalam
kehidupan seharian.

Zin Aizan Ali @ Mat et al., (2017). Isu dan Cabaran Pendidikan Remaja Muslim
di Malaysia. Journal Of Al-Tamaddun, 12(2), 41-49. Retrieved from
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/10283/7324.

41
68
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

Gaya asuhan yang tidak menepati syariat Islam dan


mengabaikan panduan al-Quran dalam kehidupan ini, secara langsung
akan mendatangkan kemudaratan kepada golongan remaja. Kesan
daripada itu, akan lahirlah remaja-remaja yang cenderung kepada
budaya barat sehingga mereka menderhaka kepada ibu bapa8. Budaya
remaja dalam konteks teknologi semasa seharusnya memanfaatkan
sesuatu kelebihan yang ada dengan sebaik mugkin. Antaranya
membaca bahan bacaan yang berfaedah seperti buku yang mempunyai
nilai-nilai moral yang baik dan pelbagai artikel ilmiah mengenai
peranan anak serta tanggungjawab mereka kepada ibu bapa9.

Pengaruh teknologi semasa akan mendatangkan risiko


kesihatan kepada golongan remaja, gaya hidup yang kurang sihat dan
mendatangkan kemudaratan terhadap diri sendiri, iaitu kegemukan
atau masalah-masalah lain. Hal ini disebabkan oleh kekurangan dalam
melakukan aktiviti luar yang lazimnya akan menghakis nutrisi
daripada badan10. Budaya ini juga akan mendatangkan suatu gejala
yang tidak sihat terhadap perkembangan minda serta mengurangkan
daya tumpuan akibat sering mengantuk ketika berada di dalam bilik
darjah.

Remaja tidak menjadikan aktiviti membaca al-Quran sebagai


amalan rutin dalam kehidupan. Ianya berlaku disebabkan pengaruh

Azizi Yahaya et al., (2010). Gaya Asuhan Ibu Bapa Remaja Terhadap Tingkah
Laku. Unpublished. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/10386/1/29.9.
Gaya Asuhan Ibu Bapa Remaja Terhadap Tingkah Laku.pdf.
Mohd Yusoff. (2000). Bimbingan Akhlak Mulia dan Nilai-Nilai Murni (Cetakan
Ketiga ed.). Kuala Lumpur: Jasmin Enterprice.

Shima Dyana Mohd Fazree et al., (2018). Kesan Penggunaan Gajet Kepada
Perkembangan Kognitif dan Sosial Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Wacana
Sarjana, 2(4), 1-6. Retrieved from
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/195.

42
69
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

gadjet dan kesannya akan menyebabkan remaja mula jauh daripada


panduan al-Quran. Tidak mustahil perkara ini juga akan mula berlaku
kepada golongan yang celik al-Quran11. Setiap perkara yang berlaku
haruslah dilihat semula dengan cara memperbaiki diri melalui
beberapa panduan bagi menangani cabaran masa kini. Walaupun
dengan kecanggihan era teknologi kini jauh lebih maju, pengajaran
berpandukan al-Quran selayaknya tidak harus dilupakan. Dari sudut
positif pula kecanggihan teknologi pada masa kini mampu membantu
remaja dalam mempelajari sesuatu bidang ilmu sambil mengambil
pengajaran daripadanya.

Memandangkan perkembangan teknologi pada masa kini


semakin meluas, pihak berkaitan haruslah menggunakan peluang yang
ada dengan sebaik mungkin serta bersiap sedia dalam menghadapi
cabaran bagi membentuk golongan remaja. Walau bagaimanapun,
dengan adanya kecanggihan teknologi, ilmu al-Quran tidak
seharusnya diabaikan. Remaja sangat memerlukan didikan serta
dorongan dalam memandu dirinya ke arah kecemerlangan. Pelbagai
usaha yang sedang giat dilakukan oleh pihak Kerajaan bagi
membentuk remaja dalam menghadapi cabaran semasa. Ilmu yang
mantap haruslah dibina seawal usia remaja seiring dengan
perkembangan teknologi masa kini yang menjadikan al-Quran sebagai
teras kehidupan bagi menjamin bekalan pada masa akan datang.

Ab Halim Tamuri et al., (2016). Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Ilmu


Pengetahuan dan Hubungannya Dengan Sains. Paper presented at the International
Conference on Islamic Education, Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Kota Samarahan, Sarawak. https://www.researchgate.net/publication/312032356.
Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Ilmu Pengetahuan Dan Hubungannya Dengan
Sains.

43
70
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

3. OBJEKTIF, SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengupas mengenai cabaran


dalam membentuk remaja ke arah kecemerlangan seiring
perkembangan teknologi semasa menurut perspektif al-Quran. Kajian
ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:

a. Mengenal pasti ciri-ciri remaja cemerlang melalui al-Quran.

b. Mengenal pasti perkembangan teknologi semasa dapat


melahirkan remaja yang cemerlang.

c. Mengenal pasti cabaran dalam membentuk remaja cemerlang


melalui perkembangan teknologi semasa.

Fokus kajian ini mengenai situasi yang bakal dihadapi oleh


golongan remaja dalam usaha pembentukan jati diri mereka. Ianya
turut merangkumi kecemerlangan, ciri-ciri remaja berjaya menurut al-
Quran dan perkembangan teknologi mampu melahirkan budaya
cemerlang dalam kalangan remaja. Kajian ini tidak membincangkan
alat peranti teknologi semata-mata, juga tidak akan menghuraikan
contoh-contoh alat teknologi semasa dari sudut kelebihan dan
kekurangannya. Batasan perbincangan ini juga turut memberikan
fokus kepada cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak tertentu dalam
membentuk remaja ke arah kecemerlangan di samping perkembangan
teknologi semasa berlandaskan al-Quran.

44
71
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

4. CABARAN DALAM MEMBENTUK REMAJA KE ARAH


KECEMERLANGAN SEIRING PERKEMBANGAN
TEKNOLOGI SEMASA MENURUT PERSPEKTIF
AL-QURAN

Artikel ini akan membincangkan mengenai cabaran dalam membentuk


remaja ke arah kecemerlangan seiring perkembangan teknologi
semasa menurut al-Quran. Pihak yang berwajib harus memikirkan
langkah-langkah sesuai yang perlu dilakukan bagi melahirkan remaja
cemerlang, bukan sahaja dari sudut sahsiah, bahkan keterlibatan
remaja dalam menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada
masyarakat. Pada hal lain pula, perbincangan ini turut melibatkan tiga
aspek utama mengenai penjelasan tersebut. Pertama, aspek
membentuk remaja cemerlang; kedua, ciri-ciri remaja cemerlang yang
terkandung di dalam al-Quran; ketiga, perkembangan teknologi dapat
melahirkan remaja yang cemerlang.

4. 1 Cabaran Membentuk Remaja Cemerlang Melalui


Perkembangan Teknologi Semasa

Pembentukan remaja ke arah kecemerlangan merupakan satu cabaran


besar yang perlu dihadapi oleh semua pihak yang bertanggungjawab
dalam bidang pendidikan. Istilah remaja dapat diklasifikasikan sebagai
generasi yang akan mengorak langkah dalam pembentukan negara
maju. Transisi individu bagi seseorang remaja adalah di antara usia 11
hingga 21 tahun. Angka tersebut adalah sebuah bentuk dalam
peralihan daripada zaman kanak-kanak iaitu sebelum individu tersebut
melangkah ke peringkat dewasa12. Tempoh keremajaan adalah suatu
peringkat perkembangan yang amat penting dalam kehidupan

Shahrin Hashim et al., (2007). Pembentukkan Sahsiah Remaja Melalui Konsep


Kendiri Dalam. Yahaya Azizi, Hashim Shahrin, & Boon Yusof (Eds.), Masalah
Sosial Dalam Kalangan Remaja. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

45
72
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

seseorang individu. Zaman ini juga boleh digambarkan kepada zaman


yang penuh dengan konflik serta masalah dan ianya turut dipengaruhi
oleh perubahan psikologi diri.

Proses pembentukan remaja mempunyai pelbagai cabaran


yang harus dilalui dalam mengecapi kejayaan. Malahan
kecemerlangan seseorang remaja turut dipengaruhi oleh beberapa
faktor tertentu. Antaranya adalah ibu bapa dalam kelompok sesebuah
keluarga, persekitaran, pendidikan dan juga konsep kendiri serta
kecanggihan teknologi pada masa kini yang semakin bertambah maju
(Luqman, 2001). Senario tersebut merupakan satu cabaran buat para
ibu bapa dan guru dalam melipat gandakan usaha untuk melahirkan
generasi remaja cemerlang. Pada peringkat awal remaja harus
diberikan didikan yang berteraskan dengan keindahan al-Quran.
Rasulullah SAW telah bersabda:

‫ي َتتَ َ ي‬،ِ ‫تَيرَرْ ت َترَييَر ُضت َ يملَْت ِي َْ ت‬ ُ


ِ ‫ييَ َينييَبَت‬،َ‫َخبَ ت َترُ يييَبتِتُي َ تَْ َس َيبْت ِتَي َْبتتميمل تَر ْ َ ُي‬
ْ‫ي‬
‫ين ُْلِت تتُ يَُ ي ُِلَت ت ِتمي‬ ُ ُ ُ
َ َْ َْ‫َت تتَ َ َير ِ ت تتُ ِ يملَْ ت ت ي َ ت تَْ يملَْ ت ت ِي ََْْأ ت ت ي َ َ ت ت‬
َ َ‫ين ت تتَينت ت ْت‬
‫ ي‬13...‫صَرمنُُيييَْييُيَِ ِّج َتَنُُيي‬ ُ ‫َْ ي‬
ِّ َِ‫يكَأَبَت َُ يمهِي تِ َه َُِّ منُُيييَْيي ت‬،ُ‫ملفطَْري‬ َ

Maksudnya:
Telah diceritakan kepadaku Abu Salamah bin ‘Abdul Rahman,
bahawa sesungguhnya Abu Hurairah r.‘a berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda: tidaklah setiap anak yang dilahirkan itu
kecuali dia dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka
kedua ibu bapanya yang mencorakkanya menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi...
(H.R Bukhari)

13
Ahmad al-Qastalani (2010), Irsyad al-Sari li Syarh Sahih al-Bukhari, kitab tafsir
(al-Rum), bab ِ‫َل تَ ْب ِدي َل لِ َخ ْلقِ للا‬, no. hadis 4775, j. 8, Beirut: Dar al-Fikr, h. 392.

46
73
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

Hadis di atas menjelaskan mengenai peranan ibu bapa dalam


mendidik jiwa anak-anak teruatamanya pada peringkat awal remaja.
Ibu bapa mencorakkan kehidupan setiap anak dalam mengimbangi
perangai, jati diri dan juga agama. Didikan beragama dengan
menyuburkan budaya al-Quran dalam diri mampu mendorong setiap
remaja dalam menghadapai pelbagai liku-liku kehidupan14 (Jasmi et
al., 2007).

Cabaran dalam perkembangan dunia teknologi di negara ini


merupakan suatu perkara yang harus ditempuhi oleh semua ibu bapa,
guru dan masyarakat. Perkembangan teknologi secara sihat juga
mampu membuka daya pemikiran para remaja dalam membuat
persediaan awal. Tujuannya adalah bagi menyiapkan diri dalam
menghadapi cabaran mendatang dengan cara menambahkan tahap
pengetahuan sedia ada. Fadzilah et al. (2004) menyebut bahawa para
ibu bapa harus memainkan peranannya dalam mengimbangi budaya
dan persekitaran sekeliling agar remaja dapat didedahkan dengan
pelbagai sumber yang berfaedah. Amalan mengekang anasir-anasir
negatif yang sering tular dalam kelompok persekitaran dan teknologi
merupakan suatu cabaran yang harus ditempuhi.

Setiap ibu bapa dan masyarakat pasti mempunyai impian untuk


melihat anak-anak mereka berjaya dari pelbagai aspek dalaman dan
luaran. Tambahan lagi sekiranya ada salah seorang daripada mereka
mempunyai anak yang sedang meniti usia remaja dan mengimpikan
sebuah kejayaan buat dirinya. Kemajuan dalam sesebuah negara
tersebut bergantung kepada perkembangan anak-anak yang bermula
daripada peringkat remaja. Rahsia seorang remaja yang berjaya dalam
kehidupannya adalah dengan membaca serta mengamalkan al-Quran

14

47

74
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

sebagai rutin harian. Al-Quran juga merupakan suatu kunci dalam


memperolehi kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Jiwa remaja
haruslah sentiasa disuburi dengan keindahan serta budaya membaca
al-Quran, kerana ianya penting untuk mempersiapkan diri dalam
menghadapi cabaran dunia semasa 15. Kehidupan remaja pada hari ini
merupakan suatu cabaran yang besar dan harus ditempuhi dengan
jayanya. Bahkan ada terdapat di antara remaja yang tergelincir
daripada landasan kehidupan yang betul kerana melibatkan diri
dengan gejala sosial yang tidak mendatangkan faedah.

Pendidikan yang sewajarnya melalui teras al-Quran harus dititik


beratkan kepada para remaja bagi membantu dalam menyucikan jiwa.
Para remaja perlu dibekalkan denga ilmu lahiriah dan penghayatan al-
Quran, serta perbuatan secara langsung dalam mendekatkan diri
kepada Allah SWT. Perkembangan teknologi masa kini dengan al-
Quran tidak boleh dipisahkan. Ini kerana kewujudan teknologi mampu
memudahkan remaja dalam mengkaji serta menghayati isi kandungan
al-Quran dengan sempurna. Malahan isi kandungan al-Quran mampu
membantu dalam memberikan kefahaman dari segi pembacaan dan
penghayatan seperti al-Quran digital16.

4. 2 Ciri-Ciri Remaja Cemerlang Melalui Al-Quran

Rahsia kecemerlangan sesorang remaja sering kali dikaitkan dengan


beberapa faktor yang sinonim iaitu menjadikan penghayatan al-Quran

Ahmad Marzuki Mohamed et al., (2017). Pembangunan Sosial Remaja. Johor


Bahru: Penerbit Utm Press.
Sohana Abdul Hamid. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial
Masyarakat. Journal Of Social Sciences And Humanities(1), 214-226. Retrieved
from http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/download/15599/4860.

48
75
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

sebagai rutin seharian17. Mohd Zaki (2019) menyebut bahawa al-


Quran merupakan penawar dalam segala bentuk penyakit meliputi
rohani dan jasmani. Selain itu, al-Quran juga mampu mengubati
penyakit hawa nafsu yang sering melanda dalam diri terutamanya bagi
golongan remaja. Jiwa remaja perlu diberikan bimbingan yang
secukupnya agar ianya dapat mengekang budaya negatif dalam diri.
Penyucian jiwa kepada para remaja melalui tarbiyah al-Quran
merupakan suatu amalan terbaik dalam melahirkan insan rabbani. Hal
ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT:

‫ّة لِّ ۡل ُم ۡؤ ِم ِنينَ َو ََل َي ِزي ُد‬ٞ ‫ّ َو َر ۡح َم‬ٞ‫َونُنَ ِّز ُل ِمنَ ۡٱلقُ ۡر َءا ِن َما هُ َو ِشفَآَٰء‬
َٰ
٨٣ ‫ٱلظَّلِ ِمينَ إِ ََّل َخ َس ٗارا‬
Terjemahannya:
Dan kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran
ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-
Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Surah al Isra’, 17: 82)

Isi kandungan yang terdapat pada ayat al-Quran mampu


mengubati segala bentuk penyakit (sebagai penawar). Pelbagai
penyakit yang sering melanda manusia khususnya kemerosotan18. Hal
ini disebabkan kurang didikan agama serta kurang penghayatan dalam

Mohd Aderi Che Noh. (2011). Perlaksanaan Kelas Kemahiran al-Quran di


Malaysia: Satu Analisis. Jurnal 0f Islamic And Arabic Education, 3(1), 47-58.
Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/2206/.
18
Nur Hidayah Ibrahim Star et al., (2018, 15-16 September). Terapi Bunyi Melalui
Bacaan Al-Quran Dan Kesannya Terhadap Fizikal, Mental Dan Emosi Manusia.
Kertas kerja pembentangan dalam Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam
Masyarakat Kontemporari

49
76
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

pembacaan al-Quran. Kesannya akan menyebabkan berlakunya


kepincangan dalam sistem kekeluargaan.

Selain melakukan aktiviti pembacaan al-Quran yang dijadikan


sebagai amalan rutin, usaha mahupun doa dan juga tawakal adalah
asas dalam memperoleh kejayaan. Seterusnya, bagi memiliki kejayaan
ianya perlu kepada usaha yang tinggi di samping menerapkan nilai
keazaman dan mengubah corak kehidupan. Malahan faktor utama
dalam melahirkan seorang remaja cemerlang dalam kehidupan adalah
bergantung kepada iman seseorang remaja tersebut. Iman yang
sempurna mampu mendatangkan nilai yang positif dalam diri. Allah
SWT telah memperincikan ciri-ciri orang mukmin yang berjaya:

٢ َ‫ص ََل ِت ِهمۡ َٰ َخ ِشعُون‬


َ ‫ ٱلَّ ِذينَ ه ُمۡ ِفي‬١ َ‫قَ ۡد أَ ۡفلَ َح ۡٱل ُم ۡؤ ِمنُون‬
Terjemahannya:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu
mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(Surah al-Mukminun, 23: 1-2)

Selain memperolehi kunci dalam sesebuah kejayaan berbekalkan


usaha, doa dan tawakal pelaksanaan solat secara khusyuk haruslah
seiring dan dilaksanakan dengan sempurna sebagai bukti keimanan
bagi seorang muslim khasnya para remaja 19. Solat lima waktu
haruslah dijaga dengan sebaik mungkin tanpa mengabaikannya.
Pengabaian solat fardu menunjukkan bahawa seseorang itu lemah dari
sudut dalaman dan luaran diri. Solat yang khusyuk akan mengangkat
martabat diri seseorang di sisi Allah SWT. Melakukan ibadat dengan
sempurna sambil meletakkan keyakinan diri sepenuh hati kepada

19
Ahmad Fadzli Yusof. (2004). Resipi Kejayaan Untuk Remaja. Batu Caves,
Selangor PTS Millennia Sdn. Bhd

50
77
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

Allah secara langsung akan mendatangkan manfaat yang baik dalam


diri serta dapat meningkatkan ketakwaan di sisi-Nya

Menjauhi daripada melakukan perkara yang sia-sia merupakan


salah satu cara dalam membina remaja cemerlang. Terdapat pelbagai
perkara yang sering dilakukan oleh para remaja sama ada secara sedar
atau tidak sedar sehingga menyebabkan kelalaian. Antara perkara
yang sering dilakukan oleh para remaja ialah melayari permainan
secara dalam talian dengan menggunakan telefon pintar sehingga lupa
mengerjakan solat. Perbuatan yang sia-sia ini akan mengundang
kepada kecenderungan dalam mengingkari perintah Allah SWT
(Hamzah, 1994). Allah SWT menjelaskan melalui firman-Nya:

٣ َ‫َوٱلَّ ِذينَ هُمۡ ع َِن ٱللَّ ۡغ ِو ُم ۡع ِرضُون‬

Terjemahannya: Dan mereka yang menjauhkan diri dari


perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
(Surah al-Mukminun, 23: 3)

Ayat di atas menjelaskan bahawa kunci kejayaan bagi seorang


muslim ialah menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan dan
perkataan yang sia-sia20. Hal ini bersesuaian dalam konteks jiwa
remaja yang sering menghabiskan sisa waktu mereka dengan
melakukan perkara tidak berfaedah.

Remaja yang hatinya dididik dengan pekerti mulia akan


memastikan dirinya sentiasa berusaha dan terus meningkatkan tahap
keimanannya. Walau bagaimanapun, iman seseorang itu tidak dapat
diwarisi tetapi ianya boleh diperolehi dengan cara berusaha

20
Mohd Ismail Mustari. (2005). Menjadi Belia Cemerlang: Belia Adalah Aset
Negara Yang Perlu Digilap Potensi Mereka. Batu Caves Selangor: PTS Professional

51
78
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

mendekatkan diri kepada Allah SWT dan tidak meninggalkan


pembacaan dan penghayatan terhadap al-Quran. Al-Quran mampu
memberikan panduan kepada para remaja dalam mencari petunjuk dan
keredaan Allah SWT.

4. 3 Perkembangan Teknologi Semasa Dapat Melahirkan Remaja


Yang Cemerlang

Penggunaan teknologi secara berhemah mampu melahirkan remaja


yang cemerlang dari pelbagai sudut. Pelaksanaannya telah diamalkan
di seluruh sekolah menengah di Malaysia bertujuan untuk
melestarikan penggunaan teknologi sebagai bantuan dalam
pembelajaran21. Pelbagai bentuk bahan pelajaran dapat diwujudkan
seperti aplikasi al-Quran (penghafazan dan pengukuhan). Hasilnya
akan melahirkan generasi al-Quran yang berketerampilan serta mahir
dalam penggunaan teknologi. Teknologi semasa merupakan kaedah
yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara untuk menarik minat
para remaja bagi mengisi masa lapang mereka dengan perkara-perkara
yang berfaedah.

Terdapat pelbagai ayat al-Quran yang menyeru manusia dalam


mengkaji dan memahami ilmu secara mendalam melalui teknologi.
Perkara ini adalah penting buat manusia agar ianya dapat diselarikan
dalam kehidupan dan dapat melahirkan generasi yang cemerlang
dalam pelbagai bidang khususnya al-Quran22. Mengamalkan isi
al-Quran merupakan satu titik permulaan dalam menuju kejayaan dan
keredaan Allah SWT. Perkembangan teknologi merupakan sebahagian

Siti Zaharah Mohid et al., (2018). Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan Abad
21. Paper presented at the 5th International Research Management & Innovation
Conference Palm Garden Hotel, Putrajaya.
22
Tajul Ariffin Noordin et al., (2007). Membina Pelajar Cemerlang: Evolusi
Pembelajaran Sepanjang Hayat. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

52
79
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

alat bantuan dalam menggerakkan sesuatu ilmu sesuai dengan


peredaran zaman. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

‫ت َو َما ِفي‬ِ ‫س َٰ َم َٰ َو‬ َّ ‫س َّخ َر لَ ُكم َّما ِفي ٱل‬ َ َّ ‫أَلَمۡ تَ َر ۡو ْا أَ َّن‬
َ ‫ٱَّلل‬
ٗۗ
ِ َّ‫اطنَ ٗة َو ِمنَ ٱلن‬
‫اس‬ ِ َ‫ض َوأَ ۡسبَ َغ َعلَ ۡي ُكمۡ نِ َع َم ۥهُ َٰظَ ِه َر ٗة َوب‬ ِ ‫ٱۡل ۡر‬
َ ۡ
٢٠ ‫ير‬ ٖ َ‫ٱَّلل ِب َغ ۡي ِر ِع ۡل ٖم َو ََل ه ُٗدى َو ََل ِك َٰت‬
ٖ ِ‫ب ُّمن‬ ِ َّ ‫َمن ي َٰ َُج ِد ُل فِي‬
Terjemahannya: Tidakkah kamu memperhatikan
bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa
yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir
dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia
orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan
tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang
petunjuk;

dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab Allah yang


menerangi kebenaran.
(Surah Luqman, 31: 20)

Kemajuan teknologi yang ada pada masa kini dapat membantu


manusia bagi memperolehi maklumat serta menimba ilmu dengan
lebih cepat. Para remaja pada hari ini haruslah bijak mengambil
peluang dengan menggunakan teknologi sebaik mungkin agar ianya
tidak menjadi sebagai satu medium bertujuan menabur fitnah serta
mengadu domba. Sekiranya perkara ini terus berlaku maka ianya
amatlah mendukacitakan terutamanya para ibu bapa dan guru yang
saban hari memberikan didikan yang terbaik kepada golongan remaja.

Perkembangan teknologi yang semakin meluas pada hari ini telah


memberikan pelbagai impak positif dan negatif. Semua pihak haruslah
mengambil peranan dalam memastikan para remaja pada hari ini

53
80
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

mengikuti langkah yang tepat dalam membina kecemerlangan diri.


Langkah tersebut haruslah selari sepanjang zaman agar dapat
melahirkan remaja yang cemerlang seiring dengan perkembangan
teknologi yang ada. Penggunaan teknologi secara bijaksana mampu
memberikan peluang terbaik bagi remaja dalam memperoleh pelbagai
sumber ilmu untuk dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan
seharian.

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penglibatan semua golongan dalam memastikan kecemerlangan


remaja dalam pelbagai aspek selaras dengan teknologi semasa
merupakan satu tindakan yang amat baik dengan melihat kepada
remaja pada hari ini memerlukan bimbingan yang sewajarnya.
Terutamanya bimbingan daripada al-Quran yang mampu menjana
kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan dan pembentukan
lahiriah yang dapat membina keyakinan di dalam diri bagi
menghadapi cabaran dalam dunia teknologi semasa. Cabaran para
remaja dalam mengahadapinya amatlah besar dan sukar sekiranya
mental dan rohani tidak dipersiapkan terlebih dahulu dengan ilmu
yang kukuh.

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berada di alam


remaja sudah pasti mahukan kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Pada hari ini sebahagian daripada ibu bapa mula sedar dan ada yang
menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama23. Tujuannya adalah
untuk memberikan pendedahan awal dengan mempersiapkan diri
melalui asas pegangan agama kepada anak-anak. Statistik yang

Mohd Abdul Halim Paijalah. (2013). Faktor Yang Mendorong Ibu Bapa
Menghantar Anak Mereka Ke Sekolah Islam Hidayah (Sih), Johor Bahru. (Tesis
Sarjana Pendidikan). Universiti Teknologi Malaysia.

54
81
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

dikeluarkan oleh Mohamad Khairi et al. (2010) menunjukkan bahawa


bilangan peratusan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah
menengah harian biasa sudah mula menurun. Ini menunjukkan
bahawa pada hari ini ibu bapa mula sedar betapa pentingnya dalam
memberikan didikan agama mulai awal usia remaja, dengan
menekankan pendidikan asas al-Quran.

Seluruh guru yang bergelar pendidik mahu melihat anak didik


mereka berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburinya meliputi
sudut jasmani dan juga rohani. Pendidikan rohani yang mantap
mampu menghasilkan sebuah jati diri cemerlang. Kebiasaannya
sesebuah kecemerlangan tersebut lahir daripada seorang pendidik
yang mempunyai nilai kesungguhan dalam membentuk anak didiknya
untuk menjadi insan yang bertakwa. Insan bertakwa pada peringkat
awalnya adalah daripada seorang remaja yang taat kepada perintah
Allah SWT dan arahan para guru, dengan meletakkan al-Quran dan al-
Sunnah sebagai panduan bagi mendapatkan keredaan Allah, dan ini
merupakan salah satu daripada kunci kebahagiaan dalam kehidupan24.

Keprihatinan masyarakat dalam melahirkan remaja cemerlang


sebenarnya memerlukan kepada pengorbanan yang tinggi dalam apa
jua perkara. Jiwa remaja pada hari ini yang gemar memberontak,
menyebabkan ada dalam kalangan masyarakat yang tidak mengambil
peduli tentang perilaku ini. Adakalanya, masyarakat harus menjadi
seperti kata pepatah Melayu ‘menjaga tepi kain orang’. Hakikatnya
mengambil tahu tentang perilaku seseorang dengan cara betul adalah
dibenarkan bagi menjadikan sesuatu kehidupan tersebut lebih harmoni
dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Nur Zahidah Hj Jaapar & Hj Azahari Raihanah. (2011). Model Keluarga Bahagia
Menurut Islam. Journal of Fiqh, 8, 25-44. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/258567980 Model Keluarga Bahagia
Menurut Islam

55
82
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

Pelbagai inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dalam


memberi peluang terbaik kepada para remaja bertujuan menjadikan
seorang remaja yang berkualiti tinggi dalam mempelajari al-Quran.
Bagi memastikan golongan remaja ini tidak ketinggalan dengan ilmu
al-Quran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan
beberapa mata pelajaran khusus 25. Mata pelajaran Pendidikan Islam
yang telah diperkenalkan di seluruh sekolah mampu memberikan
pendedahan ilmu secara terperinci ketika berada di sekolah. Mata
pelajaran tersebut turut terbahagi kepada beberapa bidang antaranya
adalah al-Quran. Penghayatan al-Quran dalam mata pelajaran ini dapat
membantu serta memberikan peluang kepada seluruh remaja bagi
menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka.

Semua pihak haruslah berusaha dalam membina remaja


cemerlang walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang tinggi. Ianya
perlu kepada sebuah landasan yang betul dalam memberikan didikan
sewajarnya kepada seluruh remaja. Walaupun remaja pada hari ini
agak mudah terpengaruh dengan budaya Barat, tetapi dengan adanya
semangat dan dorongan yang tinggi yang diberikan oleh pihak
tertentu, gejala negatif tersebut berjaya ditangkis 26.

Azmil Hashim. (2014). Kaedah Pengajaran Al-Quran Sekolah Menengah


Kebangsaan di Negeri Perak. International Journal of Islamic Studies and Arabic
Language Education, 1, 35-44. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/272508733. Kaedah Pengajaran Al-Quran
Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Perak.
Mond Noh Asmah Bee et al., (1995). Membina Kesejahteraan Remaja. Bandar
Baru Bangi: Tekno Edar.

56
83
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

6. KESIMPULAN

Membentuk remaja ke arah kecemerlangan merupakan suatu cabaran


besar dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah
SWT. Apatah lagi pada zaman ini juga perkembangan dunia teknologi
yang semakin giat berkembang melalui pelbagai peranti sedia ada.
Maka dalam hal seperti ini, semua pihak haruslah berganding bahu
dalam melahirkan seorang remaja berketerampilan dengan memiliki
pelbagai ilmu yang mampu membimbing dirinya untuk dekat dengan
Allah SWT.

57
84
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

RUJUKAN

Ab Halim Tamuri et al., (2016). Peranan Al-Quran Sebagai Sumber


Ilmu Pengetahuan dan Hubungannya Dengan Sains. Paper
presented at the International Conference on Islamic Education,
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan,
Sarawak. https://www.researchgate.net/publication/312032356.
Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Ilmu Pengetahuan Dan
Hubungannya Dengan Sains.

Abd Hamid Zulkifli et al., (2011). Hubungan Antara Penglibatan


Ibubapa Dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin Di Negeri
Selangor. Jurnal of Islamic and Arabic Education, 3(2), 31-40.
Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/265511095. Hubungan
Antara Penglibatan Ibu bapa dan Pencapaian Akademik Pelajar
Miskin di Negeri Selangor.

Abdul Latip Talib. (2008). Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk


Konstantinopel. Batu Caves: PTS Millennia Sdn Bhd.

Ahmad Fadzli Yusof. (2004). Resipi Kejayaan Untuk Remaja. Batu


Caves, Selangor PTS Millennia Sdn. Bhd.

Ahmad Marzuki Mohamed et al., (2017). Pembangunan Sosial


Remaja. Johor Bahru: Penerbit Utm Press.

al-Qastalani, Ahmad (2010), Irsyad al-Sari li Syarh Sahih al-Bukhari,


12 j, Beirut: Dar al-Fikr.

Arieff Salleh Rosman et al., (2003). Membentuk Jati Diri Remaja.


Bentong: PTS Professional Publishing Sdn., Bhd.

58
85
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

Azizi Yahaya et al., (2010). Gaya Asuhan Ibu Bapa Remaja Terhadap
Tingkah Laku. Unpublished. Retrieved from
http://eprints.utm.my/id/eprint/10386/1/29.9. Gaya Asuhan Ibu
Bapa Remaja Terhadap Tingkah Laku.pdf.

Azmil Hashim. (2014). Kaedah Pengajaran Al-Quran Sekolah


Menengah Kebangsaan di Negeri Perak. International Journal of
Islamic Studies and Arabic Language Education, 1, 35-44.
Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/272508733. Kaedah
Pengajaran Al-Quran Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri
Perak.

Fadzilah Kamsah et al., (2004). Merancang Kejayaan Pahang.


Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn., Bhd.

Hamzah Azimi. (1994). Menangani Permasalahan Remaja dan Belia:


Pembentukan Remaja dan Belia Soleh Wa Musleh. Kertas Kerja
Pembentangan Seminar Remaja, The Plaza Inn, Melaka.

Kamarul Azmi Jasmi. (2002). Paradigma al-Imam al-Nawawi dalam


Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-
Solihin. Tesis Sarjana Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kamarul Azmi Jasmi & et al., (2007). Pendidikan dan Pembangunan


Keluarga Cemerlang. Skudai Johor Bahru: Penerbit UTM Press.

Kemp Simon. (2020). Digital 2020: Malaysia. Retrieved from


https://datareportal.com/reports/digital 2020 malaysia.

59

86
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

Ibn Khalil (1998). Al-Quran dan Sunnah Sebagai Pedoman Hidup.


Johor Baharu: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Luqman Hakim. (2001). Bimbingan Akhlak Mulia. Kuala Lumpur:


Al-Hidayah Publishers.

Malik bin Anas (t.t.), Al-Muawatta’, 2 j, Qaherah: Dar Ihya’ al-Kutub


al-‘Arabiyyah Faysal ‘Isa al-Babiyy al-Halabiyy.

Mohamad Khairi Othman et al., (2010). Peranan Sekolah dan Guru


Dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai
Mumi: Satu Sorotan SEA Journal of General Studies, 11, 117-
130. Retrieved from
http://www.myjurnal.my/filebank/published
article/23385/Artikel 9.Pdf.

Mohd Abdul Halim Paijalah. (2013). Faktor Yang Mendorong Ibu


Bapa Menghantar Anak Mereka Ke Sekolah Islam Hidayah
(Sih), Johor Bahru. (Tesis Sarjana Pendidikan). Universiti
Teknologi Malaysia,

Mohd Aderi Che Noh. (2011). Perlaksanaan Kelas Kemahiran al-


Quran di Malaysia: Satu Analisis. Jurnal 0f Islamic And Arabic
Education, 3(1), 47-58. Retrieved from
http://journalarticle.ukm.my/2206/.

Mohd Ismail Mustari. (2005). Menjadi Belia Cemerlang: Belia Adalah


Aset Negara Yang Perlu Digilap Potensi Mereka. Batu Caves
Selangor: PTS Professional.

Mohd Yusoff. (2000). Bimbingan Akhlak Mulia dan Nilai-Nilai


Murni (Cetakan Ketiga ed.). Kuala Lumpur: Jasmin Enterprice.

60
87
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

Mohd Zaki Ahmad. (2019). Analisis Ayat-Ayat Al-Syifa’ dalam Al-


Quran Sebagai Adwiyah Ilahiyyah. Paper presented at the 5 th
International Seminar on Islamiyyat Studies, Tenera Hotel,
Bangi, Selangor, Malaysia.
http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2019/1
087 irsyad 2019.pdf.

Mond Noh Asmah Bee et al., (1995). Membina Kesejahteraan


Remaja. Bandar Baru Bangi: Tekno Edar

Nur Hidayah Ibrahim Star et al., (2018, 15-16 September). Terapi


Bunyi Melalui Bacaan Al-Quran Dan Kesannya Terhadap
Fizikal, Mental Dan Emosi Manusia. Kertas kerja pembentangan
dalam Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam
Masyarakat Kontemporari.

Nur Zahidah Hj Jaapar & Hj Azahari Raihanah. (2011). Model


Keluarga Bahagia Menurut Islam. Journal of Fiqh, 8, 25-44.
Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/258567980 Model
Keluarga Bahagia Menurut Islam

Nurzatil Ismah Azizan et al., (2018). Pembentukan Jati Diri Remaja


dalam Aspek Ruhiyyah Menurut Perspektif Al-Quran: Analisis
Terhadap Ikon Remaja dalam Al-Quran. Jurnal Pengajian Islam,
11(1), 64-74. Retrieved http://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-
pengajian-islam/wp content/uploads/2018/10/11.1.206.pdf.

Shahrin Hashim et al., (2007). Pembentukkan Sahsiah Remaja


Melalui Konsep Kendiri Dalam. Yahaya Azizi, Hashim Shahrin,

61

88
Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

& Boon Yusof (Eds.), Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja.


& Boon
Johor Yusof
Bahru: (Eds.), Masalah
Universiti Sosial
Teknologi Dalam Kalangan Remaja.
Malaysia.
Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Shima Dyana Mohd Fazree et al., (2018). Kesan Penggunaan Gajet
ShimaKepada
Dyana Mohd Fazree et al.,
Perkembangan (2018).dan
Kognitif Kesan Penggunaan
Sosial Gajet
Kanak-Kanak
Prasekolah.
Kepada Jurnal Wacana
Perkembangan Sarjana,dan
Kognitif 2(4),Sosial
1-6. Retrieved from
Kanak-Kanak
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/195.
Prasekolah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1-6. Retrieved from
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/195.
Siti Zaharah Mohid et al., (2018). Teknologi Multimedia Dalam
Pendidikan
Siti Zaharah Abadet 21.
Mohid al.,Paper presented
(2018). at the
Teknologi 5th International
Multimedia Dalam
Research Management
Pendidikan Abad 21. Paper& Innovation
presentedConference
at the 5th Palm Garden
International
Hotel, Putrajaya.
Research Management & Innovation Conference Palm Garden
Hotel, Putrajaya.

Sohana Abdul Hamid. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap


SohanaPerubahan Sosial Masyarakat.
Abdul Hamid. Journal Media
(2016). Pengaruh Of Social Sciences
Massa And
Terhadap
Humanities(1), 214-226.Journal OfRetrieved
Perubahan Sosial Masyarakat. Social Sciences from
And
http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/download/15599/4860.
Humanities(1), 214-226. Retrieved from
Ariffin Noordin et al., (2007). Membina Pelajar Cemerlang:
Tajul http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/download/15599/4860.
Tajul Evolusi Pembelajaran
Ariffin Noordin Sepanjang
et al., (2007). Hayat.Pelajar
Membina Johor:Cemerlang:
Penerbit
Evolusi Pembelajaran Sepanjang
Universiti Teknologi Malaysia. Hayat. Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Ziauddin Sardar. (1981). Sains, Teknologi Dan Pembangunan di
Ziauddin
DuniaSardar.
Islam.(1981).
KualaSains, Teknologi
Lumpur: Dan Dakwah
Yayasan Pembangunan di
Islamiah
Dunia Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia.
Malaysia.
Zin Aizan Ali @ Mat et al., (2017). Isu dan Cabaran Pendidikan
Zin Aizan
Remaja @ MatdietMalaysia.
AliMuslim al., (2017). Isu dan
Journal Cabaran Pendidikan
Of Al-Tamaddun, 12(2),
Remaja Muslim di Malaysia.
41-49. Journal Of Al-Tamaddun, 12(2),
Retrieved from
41-49. Retrieved
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/10283/7 from
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/10283/7
324.
324.

62
62
89

View publication stats

You might also like