You are on page 1of 19

KURSUS

GGGE1153

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

TOPIK

KESELAMATAN SIBER DAN UNDANG-UNDANG

PENSYARAH

DR MD YUSOFF DAUD

NAMA KUMPULAN

DSA

1. AIN NABILAH BINTI MOHD ARSHAD A182207


2. CHE ENGKU NUR EMYLIA DEELAILA
BINTI CHE ENGKU HANAPI A180563
3. NUR SARAH BALQIS BINTI SUHAIRI A179518
II

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN ................................................................................................................................. II


1.0 PENGENALAN .......................................................................................................................... 1
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN ................................................................................................. 1
3.0 OBJEKTIF .................................................................................................................................. 2
4.0 METODOLOGI .......................................................................................................................... 3
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN ........................................................................ 3
5.1.1 JANTINA ............................................................................................................................ 4
5.1.2 BANGSA ............................................................................................................................ 4
5.1.3 UMUR................................................................................................................................. 5
5.1.4 STATUS KERJAYA .......................................................................................................... 5
5.1.5 Adakah anda memiliki sekurang-kurangnya satu dari Media sosial berikut (Instagram,
Facebook, Whatsapp, Twitter, Snapchat dan etc). .............................................................................. 6
5.2.1 Adakah anda setuju bahawa dunia siber lebih membawa banyak kesan negatif berbanding
kesan positif? ...................................................................................................................................... 6
5.2.2 Adakah anda sedar tentang ancaman keselamatan siber atau jenayah siber? ..................... 7
5.2.3 Jika ya, sila nyatakan SATU jenayah siber yang sering berlaku dlm kalangan pengguna
sosial media......................................................................................................................................... 8
5.2.4 Jika tidak, apakah punca anda tidak mengetahui ancaman siber tersebut? ......................... 9
5.2.5 Berikut yang manakah merupakan faktor UTAMA jenayah siber? (Pilih SATU sahaja) 10
5.2.6 Pernahkah anda atau kenalan anda mengalami atau hampir terkena dgn jenayah-jenayah
siber? 11
5.2.7 Jika ya, dimanakah antara berikut merupakan ancaman yang anda alami? ...................... 11
5.2.8 Adakah anda tahu mengenai hukuman atau tindakan yang akan dikenakan kepada
penjenayah siber? .............................................................................................................................. 12
5.2.9 Adakah anda setuju bahawa jenayah siber di Malaysia semakin berleluasa kerana undang-
undang yang tidak diperketatkan?..................................................................................................... 13
5.3.0 Pada pandangan anda, apakah langkah yang terbaik untuk mencegah jenayah siber
sepenuhnya di Malaysia? .................................................................................................................. 13
6.0 PERBINCANGAN ................................................................................................................... 14
7.0 RUMUSAN............................................................................................................................... 15
8.0 RUJUKAN ................................................................................................................................ 16
LAMPIRAN.......................................................................................................................................... 17
1

1.0 PENGENALAN

Perkembangan teknologi terkini mampu menyebarkan maklumat berkenaan isu semasa

di alam maya lebih pantas berbanding penggunaan media sosial yang lain. Sebagai contoh,

kejadian satu insiden kes kematian pada 27 november 2018 yang tular iaitu kes kematian

Muhammad Adib Mohd Kassim. Maklumat berkenaan isu ini cepat dicapai oleh masyarakat

melalui media sosial berbanding penggunaan media tradisional seperti radio, televisyen dan

surat khabar. Perkembangan teknologi ini telah banyak membawa perubahan kepada

masyarakat di mana penggunaan istilah-istilah baru yang popular telah memberi Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) membuat takrifan kepada beberapa perkataan popular tersebut untuk

dimasukkan ke dalam Kamus Dewan. Salah satu daripada istilah tersebut ialah “wefie” yang

bermaksud swafoto bersama menggunakan kamera dan telefon pintar atau kamera digital.

Walau bagaimanapun, penggunaan media sosial kini banyak digunapakai oleh segelintir

masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Masalah ini memberi kesan negatif secara fizikal

dan mental kepada mangsa.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Jenayah siber ini adalah bentuk jenayah yang menggunakan teknologi seperti peranti

elektronik yang menghubungkan perkhidmatan internet yang membolehkan perlakuan jenayah

dilakukan sama ada ianya melibatkan seseorang individu atau sekumpulan orang serta mampu

menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara yang lain dalam tempoh masa yang

singkat dan tidak terhad batasan (Manap,2004).

Jenayah siber yang berlaku di Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang baru,

berdasarkan insiden keselamatan siber dari 2016 hingga 2018 yang dikeluarkan secara rasmi

oleh MyCERT, CyberSecurity Malaysia pada 2019 semakin meningkat di mana beberapa

kategori seperti kandungan, gangguan siber, penipuan dalam talian, pencerobohan, kod malisus
2

atau hasad, spam dan spam e-mail pada tahun 2006 adalah sebanyak 740,774 jumlah kes

manakala terdapat 1,225,019 jumlah kes pada tahun 2017 dan kemudiannya meningkat kepada

1,564,640 jumlah kes pada tahun 2018. Faktor kurangnya ilmu kefahaman mengenai undang-

undang siber menjadi salah satu penyumbang kepada peningkatan statistik jenayah siber di

Malaysia.

Penggunaan internet ini juga walau bagaimanapun banyak memberi manfaat dalam

membantu meringankan tugasan harian pengguna seperti penggunaan untuk menghubungkan

mereka yang jauh dengan menggunakan aplikasi seperti Skype. Sebagai contoh, penggunaan

aplikasi Google Meet, Zoom dan Microsoft Team yang dijadikan sebagai medium pengajaran

dan pembelajaran yang menghubungkan guru dan pelajar dalam keadaan pandemik Covid-19

yang berlaku di seluruh dunia.

Maka, kajian mengenai keselamatan siber dan undang-undang adalah penting untuk

memberi masyarakat keterbukaan terhadap penggunaan siber yang betul dan mendidik

masyarakat untuk mengenal pasti tanda awal jenayah siber berlaku pada orang sekeliling dan

kepada diri sendiri agar dapat mencegah jenayah siber tersebut dari terus meningkat dari masa

ke semasa.

3.0 OBJEKTIF

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendedahkan keselamatan siber dan undang-

undang yang perlu diambil tahu oleh masyarakat di Malaysia masa kini yang dianggap penting

untuk mengawal perlakuan jenayah siber. Berikut merupakan objektif kajian ini:

1. Mengenalpasti bentuk jenayah siber yang kerap berlaku pada masyarakat masa kini.

2. Mengenalpasti punca berlakunya jenayah siber ini berlaku.

3. Mengkaji langkah terbaik bagi mengatasi jenayah siber.


3

4.0 METODOLOGI

Untuk menjawab persoalan kajian ini, kaedah kuantitatif digunakan untuk mendapatkan

data kajian Keselamatan Siber dan Undang-undang. Data yang diperoleh melalui kaedah

adalah dengan menggunakan Google Form sebagai borang soal selidik yang diberikan kepada

masyarakat. Kajian ini menggunakan dua jenis kaedah penyelidikan untuk mendapatkan

maklumat bagi mendapatkan dapatan kajian yang tepat. Respondan soal selidik adalah terdiri

daripada pengguna media soaial dari kalangan pelajar, yang bekerjaya dan lain-lain. Jumlah

respondan yang direkodkan adalah seramai 74 orang. Seterusnya, dokumen yang digunakan

untuk mendapatkan maklumat mengenai Keselamatan Siber dan Undang-undang ini adalah

daripada laman sesawang, media sosial dan akhbar.

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Pada 8 Disember 2020, kumpulan kami telah mengedarkan satu borang kajian di media

sosial tentang Keselamatan Siber dan Undang-undang yang mengandungi lima soalan

berkenaan latar belakang respondan dan 10 soalan mengenai kajian kami. Borang kajian ini

bukan sahaja diedarkan kepada pelajar-pelajar malah kami memfokuskan juga respondan yang

sudah berkerjaya. Seramai 74 respondan yang telah kami peroleh dari borang kajian tersebut

mengenai topik kami yang akan dibincangkan berikut.


4

5.1.1 JANTINA

20, 27%

54, 73%

Lelaki Perempuan

Rajah 1.1

Rajah di atas menunjukkan bahawa majoriti respondan adalah terdiri daripada wanita

iaitu seramai 54 orang (73%) dan 20 respondan lelaki iaitu 27%.

5.1.2 BANGSA

Lain-lain Lain-lain, 3
Melayu
India India, 3 Cina
India
Cina
Lain-lain

Melayu Melayu, 68

0 20 40 60 80

Rajah 1.2

Rajah 1.2 menunjukkan bahawa seramai 68 respondan yang berbangsa Melayu yakni

mempunyai bilangan yang tertinggi manakala bilangan respondan bagi bangsa India dan Lain-

lain ialah seramai tiga orang sahaja. Tiada respondan berbangsa Cina yang dapat kami rekod

dalam soal kajian ini. Bangsa Lain-lain yang dimaksudkan ialah bangsa selain tiga bangsa yang

disebutkan di Malaysia.
5

5.1.3 UMUR

24, 32%

50, 68%

16-20 21 dan ke atas

Rajah 1.3

Rajah 1.3 menunjukkan jangka umur respondan yang terdiri daripada umur diantara 16

hingga 20 tahun dan 21 tahun dan selanjutnya. Sebanyak 68% respondan yang berada dalam

lingkungan 16 hingga 20 tahun yang mempunyai peratus lebih tinggi berbanding respondan-

respondan yang berumur 21 dan ke atas iaitu sebanyak 32% sahaja.

5.1.4 STATUS KERJAYA

60 56

50

40
Responden

30

20
12
10 6

0
Pelajar Bekerjaya Lain-lain

Rajah 1.4

Rajah 1.4 menunjukkan majoriti respondan adalah terdiri daripada kalangan pelajar

iaitu seramai 56 orang (75.7%) dan 12 respondan yang sudah bekerjaya (16.2%). Status “Lain-
6

lain” bermaksud seseorang itu bukan seorang pelajar dan bukan juga seseorang yang sudah

bekerja seperti suri rumah atau pesara iaitu seramai enam orang (8.1%).

5.1.5 Adakah anda memiliki sekurang-kurangnya satu dari Media sosial berikut

(Instagram, Facebook, Whatsapp, Twitter, Snapchat dan etc).

Tidak
0%

Ya
100%

Ya Tidak

Rajah 1.5

Kesemua 74 respondan (100%) memiliki akaun media sosial sama ada aplikasi

Whatsapp, Instagram, Facebook, Twitter, Snapchat dan akaun media sosial yang lain.

5.2.1 Adakah anda setuju bahawa dunia siber lebih membawa banyak kesan negatif

berbanding kesan positif?

Series 1
Sangat Tidak Setuju 2

Tidak Setuju 31

Setuju 36

Sangat Setuju 5

0 5 10 15 20 25 30 35 40
Responden

Rajah 1.6

Rajah 1.6 menunjukkan seramai 41 respondan mepunyai pandangan positif terhadap

soalan ini dan seramai 33 respondan mempunyai pandangan yang sebaliknya. Peratus yang
7

tertinggi adalah 48.6% iaitu seramai 36 respondan bersetuju bahawa dunia siber lebih

membawa keburukan manakala kedua tertinggi ialah pandangan tidak setuju oleh 31

respondan (41.9%). Namun, hanya segelintir respondan sahaja yang menekankan pandangan

mereka iaitu seramai dua respondan berpendapat bahawa mereka sangat tidak setuju dan lima

respondan yang lain sangat setuju bahawa implikasi dunia siber adalah lebih banyak negatif

berbanding positif. (2.7% dan 6.8% berturut)

5.2.2 Adakah anda sedar tentang ancaman keselamatan siber atau jenayah siber?

3, 4%

71, 96%

Ya Tidak

Rajah 1.7

Seramai tiga orang sahaja tidak menyedari tentang ancaman siber manakala seramai

71 respondan yang lain menyedari tentang ancaman siber tersebut. (4% dan 96%, berturutan)

Ini menunjukkan bahawa lebih dari separuh bilangan pengguna dunia siber menyedari tentang

jenayah siber seperti yang dibuktikan dalam Rajah 1.7.


8

5.2.3 Jika ya, sila nyatakan SATU jenayah siber yang sering berlaku dlm kalangan

pengguna sosial media.

16 14 14
14
12
10 9
8 6
6 5
4
2 1 1 1 1 1 1
0

Jenayah Siber

Rajah 1.8

Rajah 1.8 menunjukkan hanya 54 daripada 71 respondan yang menyatakan bahawa

mereka sedar tentang jenayah siber memberikan contoh jenayah tersebut. Jenayah “Buli siber”

dan “Penipuan” direkodkan sebagai jawapan atau contoh jenayah siber yang paling tinggi

diberikan oleh bilangan respondan yang sama iaitu seramai 14 orang. Seramai sembilan, enam

dan lima responden memberi “Penggodaman”, “Pencurian data” dan “Penyebaran berita palsu”

sebagai contoh jenayah siber. (berturutan) Manakala terdapat enam jawapan yang diberikan

oleh satu responden, satu contoh jenayah iaitu “Child grooming”, “Pornografi”, “Perlanggaran

hak cipta”, “Judi siber”, “Blackmailing” dan “Fitnah”.


9

5.2.4 Jika tidak, apakah punca anda tidak mengetahui ancaman siber tersebut?

Kurang ilmu pengetahuan 11

Kekurangan masa 6

Tidak penting 3

0 2 4 6 8 10 12
Responden

Rajah 1.9

Rajah 1.9 menunjukkan faktor yang membuatkan segelintir respondan tidak

mengetahui apa itu ancaman siber dimana 11 respondan memilih bahawa kurangnya ilmu

pengetahuan mereka terhadap jenayah siber (55%) manakala enam respondan yang lain pula

berpendapat bahawa mereka kekurangan masa untuk mengambil tahu tentang jeayah siber

tersebut (30%) dan seramai tiga responden menjawab bahawa pengetahuan mereka mengenai

jenayah siber ini tidak penting (15%). Seramai 20 responden menjawab soalan di bahagian ini

dimana sepatutnya jawapan ini perlu dijawab oleh tiga responden yang tidak mengetahui

tentang jenayah siber tersebut. Ini bermakna, baki 17 responden yang lain kemungkinannya

hanya menyedari tentang ancaman dunia siber tersebut tetapi tidak mengetahui jenis-jenis

jenayah siber.
10

5.2.5 Berikut yang manakah merupakan faktor UTAMA jenayah siber? (Pilih SATU

sahaja)

Kesukaran mengenal pasti


27, 31% siapakah yang terlibat

38, 43% Kemunculan internet


sebagai alat komunikasi
terkini
Masyarakat yang kurang
pengetahuan

23, 26%

Rajah 2.0

Berdasarkan Rajah 2.0 di atas, seramai 23 daripada 74 respondan menjawab bahawa

“Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini” sebagai Faktor Utama jenayah siber

iaitu sebanyak (26%). Kemudiannya seramai 27 respondan berpendapat bahawa faktor utama

ancaman siber ini berlaku kerana “Kesukaran dalam mengenal pasti siapakah yang terlibat”

dalam jenayah tersebut iaitu sebanyak 31% dan seramai 38 daripada 74 respondan yang

mempunyai peratus yang tertinggi iaitu mempunyai bilangan majority menyatakan bahawa

faktor utama ialah “Masyarakat yang kurang ilmu pengetahuan” tentang perkara ini

membuatkan jenayah siber semakin berleluasa iaitu sebanyak 43%.


11

5.2.6 Pernahkah anda atau kenalan anda mengalami atau hampir terkena dgn

jenayah-jenayah siber?

20, 27%

43, 58%

11, 15%

Ya Tidak Mungkin

Rajah 2.1

Rajah 2.1 di atas menunjukkan bahawa pengguna yang pernah menjadi mangsa kepada

jenayah siber adalah lebih tinggi berbanding pengguna yang tidak pernah mengalaminya.

Seramai 43 respondan pernah menjadi mangsa ancaman siber dan 11 respondan yang lain

adalah sebaliknya. (58% dan 15%, berturut) Namun begitu, hanya 20 respondan tidak pasti

sama ada mereka pernah terkena dengan jenayah siber atau tidak dan ia melebihi peratus

responden yang tidak pernah mengalami dengan peratus sebanyak 27%.

5.2.7 Jika ya, dimanakah antara berikut merupakan ancaman yang anda alami?

35
30
30
25
20
15 12 12
10
5
5 2
0
Buli siber Pencurian Perlanggaran Penipuan Virus Lain-lain
identiti hak cipta (scammer)
ANCAMAN DUNIA SIBER

Rajah 2.2
12

Rajah 2.2 di atas menunjukkan bahawa jenayah Penipuan (scammer) merupakan

jenayah yang tertinggi dialami oleh para respondan dengan peratus sebanyak 49.2% manakala

Buli siber dan Pencurian identiti merupakan jenayah siber kedua tertinggi dengan

mempunyai peratus yang sama iaitu 19.7%. Ancaman siber yang seterusnya yang pernah

dialami oleh respondan ialah ancaman Virus dimana sebanyak 8.2% respondan dan sebanyak

3.3% sahaja respondan yang menjadi mangsa Perlanggaran hak cipta atau Copyright.

5.2.8 Adakah anda tahu mengenai hukuman atau tindakan yang akan dikenakan

kepada penjenayah siber?

Ya Tidak

34, 46%
40, 54%

Rajah 2.3

Rajah 2.3 menunjukkan bahawa peratus responden yang menjawab “Tidak” lebih

rendah daripada peratus yang mengetahui tentang tindakan kepada penjenayah siber. Seramai

34 respondan tidak tahu mengenainya manakala 40 respondan yang lain mengetahui tentang

hukuman yang bakal dijatuhkan keatas penjenayah siber.


13

5.2.9 Adakah anda setuju bahawa jenayah siber di Malaysia semakin berleluasa kerana

undang-undang yang tidak diperketatkan?

Sangat setuju 22

Setuju 47

Tidak Setuju 4

Sangat tidak setuju 1

0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50
Responden

Rajah 2.4

Mengikut Rajah 2.4, lebih daripada separuh responden bersetuju atau sangat setuju

dengan pernyataan mengenai jenayah siber yang kian meningkat kerana Undang-undang yang

tidak tegas. Hanya segelintir responden sahaja berpendapat bahawa mereka tidak dan sangat

tidak bersetuju tentang pernyataan yang telah dinyatakan. Peratus responden yang “Setuju” dan

“Sangat setuju” adalah 63.5% dan 29.7% yang amat berbeza dengan peratus responden yang

“Tidak setuju” dan “Sangat tidak setuju” iaitu 5.4% dan 1.4%.

5.3.0 Pada pandangan anda, apakah langkah yang terbaik untuk mencegah jenayah

siber sepenuhnya di Malaysia?

4, 6% Penguatkuasaan undang-
undang

18, 24% Mendidik masyarakat


tentang jenayah siber dan
32, 43% kesannya
Memperketatkan sistem
keselamatan

Keprihatinan individu itu


sendiri
20, 27%

Rajah 2.5
14

Soalan terakhir yang ditujukan kepada responden adalah dalam bentuk subjektif dimana

para respondan memberi jawapan pendek tentang langkah-langkah untuk mengatasi jenayah

siber di Malaysia. Berdasarkan jawapan-jawapan yang telah diberikan, kami

membahagikannya kepada beberapa kategori seperti yang ditunjuk dalam Rajah 2.5, dimana

empat langkah utama yang perlu dilakukan untuk mencegah ancaman siber ialah melalui

Penguatkuasaan Undang-undang, Mendidik masyarakat tentang jenayah siber dan

kesannya, Memperketatkan sistem keselamatan dan Keprihatinan individu itu sendiri

dalam penggunaan media sosialnya. Seramai 32 respondan berperatus 43% direkodkan yang

berpendapat bahawa penguatkuasaan undang-undang di Malaysia harus dilakukan dengan

menggubal atau mengetatkan undang-undang yang telah sedia ada manakala 20 respondan

yang lain (27%) berpendapat bahawa masyarakat perlu dididik atau diberi tunjuk ajar mengenai

dunia siber agar pengetahuan mereka bertambah dan dapat membantu mereka kelak. Sebanyak

24% respondan iaitu seramai 18 orang memberi jawapan bahawa pihak yang berkaitan atau

terlibat hendaklah memperketatkan sistem keselamatan siber agar penjenayah siber sukar untuk

melakukan kelakuannya dan baki empat respondan (6%) berpendapat bahawa keprihatinan

individu itu juga penting dalam mengatasi jenayah ini dengan tidak sewenang-wenangnya

menyebarkan maklumat peribadi dan cermat dalam penggunaan media sosial.

6.0 PERBINCANGAN

Hasil daripada kajian ini, dapat disimpulkan bahawa aspek ancaman jenayah siber

terhadap keselamatan pengguna adalah jelas dan hanya segelintir sahaja yang tidak menyedari

tentang kewujudan jenayah siber yang mengancam keselamatan mereka di alam maya yang

boleh memberi kesan negatif secara fizikal dan mental. Respondan yang menjawab “tidak”

kepada persoalan tersebut mengatakan bahawa mereka kurang ilmu pengetahuan, kekurangan

masa dan merasakan bahawa jenayah siber yang berlaku tidak penting kerana hal ini tidak

berlaku kepada kenalan rapat mereka. Akan tetapi, kesedaran respondan terhadap hukuman
15

dan tindakan yang akan dikenakan kepada jenayah siber yang telah direkodkan adalah hampir

separuh daripada respondan yang tidak mengetahui akan hukuman dan tindakan yang akan

dikenakan. Selain itu, respondan juga berpendapat bahawa undang-undang siber yang tidak

diperketatkan punca kepada jenayah siber di Malaysia semakin berleluasa. Maka, pelbagai

langkah yang terbaik untuk mencegah jenayah siber sepenuhnya antaranya adalah dengan

memperketatkan dan memperkasakan undang-undang di Malaysia.

7.0 RUMUSAN

Tuntasnya, kesedaran mengenai dunia siber perlulah dipertingkatkan lagi oleh pihak-pihak

terlibat kepada masyarakat kerana tanpa pengetahuan mengenai perkara ini, kes-kes mengenai

jenayah siber ini akan meningkat dan semakin sukar untuk diatasi. Oleh itu, dengan undang-

undang tradisional yang sedia ada, ia perlulah diperkasakan lagi bagi mengawal ancaman

keselamatan siber iaitu melalui peruntukan yang berada di bawah Akta Komunikasi dan

Multimedia 1998 di bawah Seksyen 211 dan 233. Selain itu, Akta Jenayah Komputer 1997

boleh diguna pakai di bawah Seksyen 3(1). Tambahan pula, kewujudan Akta Perdagangan

Elektronik 2006, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Perlindungan Pengguna

1999 (Pindaan 2010) dapat membantu kerajaan untuk membanteras dan melindungi pengguna

internet dari jenayah siber berlaku. Kesedaran jenayah siber pula boleh diperluaskan dengan

menyediakan satu akaun sosial media yang mudah diakses untuk memberi cara-cara untuk

mempelajari etika penggunaan siber dengan betul dan berhemah. Justeru, semua pihak harus

bekerjasama dalam mengatasi jenayah siber ini kerana tanpa kerjasama tersebut, ancaman

dunia siber sukar untuk dicegah dan diatasi.


16

8.0 RUJUKAN

Akta Jenayah Komputer 1997. (2011). Retrieved from


https://ppii.uitm.edu.my/main/images/pekeliling/lain_lain/AKTA_JENAYAH_KOM
PUTER_1997AKTA563.pdf
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (2006). Malaysia: International Law Book Services.
Arashid, N. ‘. (n.d.). Academia. Retrieved from Jenayah Siber Menurut Perspektif Islam: Punca
dan Akibat:
https://www.academia.edu/37594259/Jenayah_Siber_Menurut_Perspektif_Islam_Pun
ca_dan_Akibat
MUHAMMAD ADNAN PITCHAN. (2019). Dasar Keselamatan Siber Malaysia: Tinjauan
Terhadap Kesedaran Netizen dan Undang-Undang. Malaysian Journal of
Communication, 103-118.
ZAKIAH SAIZAN, D. S. (2018). CYBER SECURITY AWARENESS AMONG SOCIAL
MEDIA USERS CASE STUDY IN GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI).
Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik, 111-125.
17

LAMPIRAN

Rajah I

Rajah II

You might also like