You are on page 1of 12

FORUM JENAYAH SIBER

TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
PROF. DATO’ DR. HANAFIAH
HARUNARASHID

PADA 14 JUN 2023 (RABU)


2.30 PETANG

AUDITORIUM KOMPLEKS
PENDIDIKAN PERUBATAN
CANSELOR TUANKU JA’AFAR

1
YBhg. Dato Yeow Wah Chin
Ahli Lembaga Pengarah UKM
Merangkap Chairman of Lions
Education Foundation
dan Isteri
YBhg. Datin Genevieve Chong Hee
Moi
Pengerusi Ronald McDonald House
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap


Pengarah
Hospital Tunku Ampuan Tuanku Aishah
Rohani

2
YBrs. Prof. Madya Dr. Hanita Othman
Wakil Pengarah
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Encik Dennix Yeow Wah Fuong


District Chairperson Lion
bersama PDRM

Ketua-ketua Jabatan

Para Panel Jemputan

Pegawai - Pegawai Kanan Lions Club,


PDRM dan UKM

3
Sidang hadirin dan hadirat yang
dihormati

1. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT

di atas rahmat dan keizinan-Nya dapat

kita bersama-sama hadir pada hari ini

bagi menjayakan Forum Siber Jenayah.

2. Dikesempatan ini saya

mengucapkan terima kasih kepada

Lions Club International dan Polis

DiRaja Malaysia yang bekerjasama

4
dengan Pejabat Pro-Naib Canselor

Kampus Kuala Lumpur serta warga

Kuala Lumpur dan para pelajar yang

turut hadir ke program ini.

3. Program yang dianjurkan,

bertujuan meningkatkan kesedaran dan

pengetahuan mengenai pelbagai

jenayah siber yang sedang berlaku hari

ini. Jenayah siber merupakan aktiviti di

mana peralatan komputer dan

5
rangkaian (internet) digunakan sebagai

medium untuk melakukan jenayah.

4. Ia merupakan jenayah yang

melibatkan segala aktiviti jenayah yang

biasa dilakukan seperti kecurian,

penipuan, peras ugut dan segala aktiviti

yang melibatkan perlanggaran undang-

undang yang sedia ada dengan

menggunakan kemudahan komputer

6
atau menggunakan internet/rangkaian di

ruangan siber.

5. Pada masa kini, kita bukan sahaja

terdedah untuk menjadi mangsa

jenayah siber, tetapi kita juga terdedah

untuk melakukan jenayah siber.

6. Berdasarkan statistik oleh Cyber

Security Malaysia (CSM), negara

mencatatkan 4,741 kes ancaman siber

pada tahun 2022, manakala tahun ini


7
setakat, Februari 2023 sebanyak 456

kes penipuan telah direkodkan. Rakyat

Malaysia mengalami kerugian sebanyak

RM600 juta akibat daripada jenayah

siber pada 2022.

7. Jenayah siber boleh

mendatangkan kesan yang sangat teruk

kepada individu, perniagaan dan

kerajaan, daripada kerugian kewangan

hingga kepada pelanggaran maklumat

8
peribadi serta gangguan perkhidmatan

penting.

8. Walaupun undang-undang dan

peraturan telah digubal namun pihak

yang melakukan jenayah siber masih

terus berleluasa. Diharapkan dengan

pendedahan isu-isu berkaitan jenayah

siber ini akan dapat memberikan

kesedaran kepada kita untuk langkah-

9
langkah yang perlu diambil apabila

berdepan dengan jenayah siber.

9. Diharapkan dengan pendedahan

isu-isu berkaitan jenayah siber ini akan

dapat memberikan kesedaran kepada

kita untuk langkah-langkah yang perlu

diambil apabila berdepan dengan

jenayah siber.

10. Harapan saya, agar seluruh

warga Kampus Kuala Lumpur peka


10
dengan isu ini dan semoga terhindar

daripada Jenayah Siber.

11. Akhir kata, sekali lagi saya ingin

mengucapkan penghargaan terima

kasih dan tahniah kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam menjayakan program

yang amat memberi kesan kepada kita

semua.

11
Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh

12

You might also like