You are on page 1of 11

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

VKMB 1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II

1
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

Isi Kandungan
No. Maklumat Muka Surat
1 Pengenalan 3–4
2 Matlamat Program 4

3 Objektif Program 4–5

4 Anjuran 5

5 Maklumat Program 5

6 Jenis Aktiviti 6

7 Sasaran 6

8 Jadual Aturcara 7–8

9 Lampiran Kewangan 9

10 Rumusan 10

11 Rujukan 11

2
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

1. Pengenalan
Pusat Internet Malaysia (dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti dan
Pusat Internet 1 Malaysia) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata
Berhad. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan
matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan
masyarakat bandar.
Pusat Internet adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program
Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana Pusat Internet yang pertama telah dibina
pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada
masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan
capaian internet jalur lebar, Pusat Internet juga menawarkan peluang-peluang latihan
berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di Pusat Internet
tersebut.
Permulaan Pusat Internet kerana dengan penubuhan dan pertumbuhan industri
komunikasi dan multimedia yang menumpukan di Malaysia pada pertengahan 1990-an,
paradigma baru yang memerlukan pendekatan baru dalam dasar dan peraturan media menjadi
satu keperluan. Selaras dengan ini, Malaysia mengguna pakai model pengawalan konvergensi
berkaitan dengan industri komunikasi dan multimedia pada bulan November 1998. Dua
perundangan telah digubal untuk memberi kesan kepada model kawal selia yang baru iaitu
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menetapkan rangka kerja pelesenan peraturan
baru untuk industri dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) yang
mencipta badan kawal selia baru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) telah mula digubal pada 1 April 1999,
sementara dengannya, Akta Telekomunikasi (1950) dan Akta Penyiaran (1988) dimansuhkan.
Dengan penciptaan itu, Suruhanjaya menetapkan 10 objektif dasar negara untuk:
 Menubuhkan Malaysia sebagai pusat global utama dan hab bagi perkhidmatan
maklumat dan komunikasi dan multimedia
 Menggalakkan masyarakat sivil di mana perkhidmatan berasaskan maklumat akan
memberikan asas peningkatan berterusan untuk kualiti kerja dan kehidupan
 Menumbuhkan dan memupuk sumber maklumat tempatan dan perwakilan budaya
yang memudahkan identiti negara dan kepelbagaian global;
 Mengawal manfaat jangka panjang pengguna akhir;
 Menggalakkan keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan
dari industri;
 Memastikan penyediaan perkhidmatan yang berpatutan di atas infrastruktur
kebangsaan di mana-mana;
 Mewujudkan persekitaran aplikasi yang mantap untuk pengguna akhir;
 Memudahkan peruntukan sumber yang cekap seperti buruh mahir, modal,
pengetahuan dan aset negara;
 Menggalakkan pembangunan keupayaan dan kemahiran dalam industri penumpuan
Malaysia; dan

3
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

 Memastikan keselamatan maklumat dan keandalan dan integriti rangkaian


10 objektif dasar negara adalah asas pengawalseliaan rangka kerja pengawalseliaan
SKMM yang merangkumi peraturan ekonomi, peraturan teknikal, perlindungan pengguna
dan peraturan sosial. Pada 1 November 2001, MCMC juga mengambil alih fungsi
pengawalseliaan Akta Perkhidmatan Pos 1991 dan Akta Tandatangan Digital 1997.
Penubuhan Pusat Internet Malaysia adalah untuk mewujudkan industri komunikasi
dan multimedia yang berdaya saing, cekap dan semakin mandiri, menjana pertumbuhan
utntuk memenuhi keperluan ekonomi dan social Malaysia.
Oleh itu, Program Hari Bersama Komuniti anjuran Pusat Internet Malaysia ini
diadakan untuk menarik lebih ramai pengunjung dan menjana minat pengguna internet untuk
meningkatkan lagi keupayaan penggunaan multimedia.
Selain dari Program Hari Bersama Komuniti, Pusat Internet Juga menyediakan
banyak lagi program seperti Program Klik Dengan Bijak, Program Pembelajaran Penggunaan
Aplikasi Microsoft dan Program Frog VLE.

2. Matlamat Program
Matlamat Program Hari Bersama Komuniti anjuran Pusat Internet Malaysia adalah
untuk mempromosikan Pusat Internet Malaysia kepada orang ramai. Program ini diadakan di
setiap tempat yang terdapat Pusat Internet Malaysia. Terdapat juga pengisian program
temasauklah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pameran car boot sales, pemeriksaan
kesihatan (kospen), pemeriksaan gigi, pertandingan teka rasa dan berbagai lagi. Tujuan
program adalah memberi khidmat masyarakat kepada masyarakat setempat untuk
menggunakan perkidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Malaysia.
Selain itu, Program Hari Bersama Komuniti anjuran Pusat Internet Malaysia ini
mengajarkan kepada kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatifiti mereka dalam
menggunakan aplikasi multimedia seperti adobe photoshop, movie maker dan Microsoft
powerpoint.
Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan pada 10 November 2019.

3. Objektif Program
1) Memberi kefahaman kepada kanak-kanak terhadap penggunaan internet.
2) Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di
persekitaran.
3) Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan amalan sivik dalam diri setiap
individu.
4) Membentuk kepribadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-menolong
antara satu dengan yang lain.

4
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

5) Meningkatkan kemahiran penggunaan aplikasi internet dalam menjalankan


perniagaan.
6) Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan dan individu di kawasan kurang
liputan.
7) Meningkatkan penggunaan ICT di kalangan komuniti ke arah pembangunan
sosioekonomi masyarakat setempat.
8) Merapatkan jurang digital.

4. Anjuran
1) Pusat Internet Malaysia PPR Bidor
2) Celcom Axiata
3) Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC)

5. Maklumat Program
Program ini diadakan pada tarikh yang berikut :-
Tarikh : 10 November 2019
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Pusat Internet Malaysia PPR Sri Bidor
Yuran : Tiada Yuran Dikenakan.

Tarikh : 4 November 2019


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Tempat : Pusat Internet Malaysia PPR Sri Bidor
Yuran : Tiada Yuran Dikenakan.

Tarikh : 7 November 2019


Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Tempat : Pusat Internet Malaysia PPR Sri Bidor
Yuran : Tiada Yuran Dikenakan.

5
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

6. Jenis-jenis aktiviti
Program Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Malaysia ini
mengandungi kesedaran dan penambahan ilmu pengetahuan tentang multimedia dan internet
serta meningkatkan daya kreativiti induvidu. Selain itu, program ini dapat mengisi masa
lapang kanak-kanak dan ibu bapa serta penjaga. Antara aktiviti yang terdapat di dalam
program ini adalah :-
 Pameran Kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Batang Padang.
 Latihan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Bidor.
 Pameran Narkotik oleh Pejabat Polis Daerah Tapah.
 KWSP Mobile Team.
 Pameran Buku.
 Bengkel Keusahawanan My Shop.
 Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak.
 Dashboard.
 Pertandingan e-sport PUBG Mobile.
 Pertandingan Origami.
 Pertandingan Kuiz ICT online KAHOOT.
 Cabutan Bertuah.
 Pertandingan mengarang artikel.

7. Sasaran
Program ini mensasarkan kepada:-
 Pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
 Kumpulan Belia.
 Pemimpin- peminpin masyarakat.
 Ibubapa.
 Jabatan kerajaan dan swasta
 Komuniti setempat.
 Tenaga pengajar di sekolah.

6
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

8. Jadual aturcara program.

MASA AKTIVITI
8.30 PAGI  PENDAFTARAN PENGUNJUNG &KEAHLIAN BARU
i) PAMERAN AGENSI (MASIH MENUNGGU MAKLUM
BALAS)
ii) JABATAN KESIHATAN DAERAH BATANG PADANG
(SARINGAN KESIHATAN) – 12.00PM
iii) BOMBA DAN PENYELAMAT BIDOR ( LATIHAN
KEBAKARAN DAN PAMERAN MEYELAMAT MASA
KEMALANGAN) – 11.30AM
iv) POLIS DAERAH TAPAH (PAMERAN NARKOTIK) –
12.00PM
v) MOBILE TEAM (KEMPEN PENDAFTARAN i-AKAUN,
DAN SIMPANAN SHARIAH) – 12.00PM PERPUSTAKAAN
DESA (KHAS) KG POH (PAMERAN BUKU) – 12.00PM

9.00 PAGI AKTIVITI 1


 TAKLIMAT ADVOKASI (OUTDOOR)
 ONLINE GROOMING
 PENGWASAN IBU BAPA DI INTERNET
 BENGKEL KEUSAHAWANAN MY SHOP (OUTDOOR)
 PERTANDINGAN MEWARNA POSTER (INDOOR) PESERTA
DARJAH SATU.
10.00 PAGI AKTIVITI 2
 BENGKEL PENGENALAN ICT DAN MUAT TURUN
APLIKASI DASHBOARD: MYKOMUNITI (OUTDOOR).
 PERTANDINGAN E-SPORT PUBG MOBILE (OUTDOOR).
 PERTANDINGAN ORIGAMI (INDOOR).
 PERTANDINGAN KUIZ ICT ONLINE KAHOOT (INDOOR).

11.00 PAGI CABUTAN BERTUAH FASA PERTAMA OLEH PENASIHAT PUSAT


INTERNET PPR SRI BIDOR, ENCIK FAZLI ATAU PETUGAS PUSAT
INTERNET PPR SRI BIDOR.
11.30 PAGI AKTIVITI
 TAKLIMAT TIPS KESELAMATAN KEBAKARAN OLEH
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT BIDOR SERTA
LATIHAN KEBAKARAN DAN PAMERAN JENTERA BOMBA
 SARINGAN KESIHATAN DARI KLINIK KESIHATAN BIDOR

7
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

12.00 KEHADIRAN TETAMU JEMPUTAN DAN ROMBONGAN.


TENGAH
HARI
12.30 PENUTUP
TENGAH  UCAPAN ALUAN.
HARI  NYANYIAN LAGU NEGARAKU.
 UCAPAN PERASMIAN/PENUTUP OLEH PENGHULU MUKIM
BIDOR : ZAINAL AZRI BIN SAAD.
 PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN OLEH WAKIL
TM DAN WAKIL MSD.
 CABUTAN BERTUAH FASA KEDUA.

1.30 JAMUAN MAKAN DAN MAJLIS BERSURAI.


PETANG

MASA AKTIVITI
4 NOVEMBER 2019 AKTIVITI
2.00 PETANG - 4.00 PETANG  PERTANDINGAN MENGARANG
ARTIKEL.
 TAJUK : KEPENTINGAN INTERNET
KEPADA MASYARAKAT
(MICROSOFT WORD DAN DI UPLOAD
KE MY KOMUNITI)
7 NOVEMBER 2019 AKTIVITI
2.00 PETANG - 4.00 PETANG  BENGKEL DASHBOARD KOMUNITI MY
SHOP (KEUSAHAWANAN).
 MUAT NAIK PRODUK KE MYSHOP.
 PERTANDINGAN VIEW PRODUK
TERTINGGI.

8
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

9. Lampiran kewangan
Lokasi : Pusat Internet PPR Sri Bidor
Tarikh : 10 November 2019
LAPORAN KEWANGAN
PERBELANJAAN HARI BERSAMA KOMUNITI
N ITEM HARGA UNIT (RM) JUMLAH
O
1 LOGISTIK
i. PERJALANAN PENGURUS 80.00 80.00
2 PROMOSI DAN PEMASARAN
i. FLYERS DAN KERTAS 38.30 38.30
BANNER
3 PERSEIAPAN TEMPAT
i. KHEMAH 365.00
ii. KERUSI 0 365.00
iii. MEJA 0
iv. ROSTRUM
4 MAKANAN DAN MINUMAN
i. PAGI (ROTI DAN AIR) 155.97
ii. TENGAH HARI (NASI HUJAN 400 555.97
PANAS, AYAM MASAK
MERAH, KARI DALCA DAN
SAYUR)
5 PERALATAN TULIS DAN LAIN-LAIN
(SILA NYATAKAN)
i. PERSIAPAN PERTANDINGAN 86.65
ii. POS LAJU 10.90
iii. MINYAK DIESEL DAN 21.30 263.85
PETROL UNTUK LATIHAN 45.00
KEBAKARAN 100.00
iv. SUKARELAWAN
v. PENYANYI JEMPUTAN
6 HADIAH (PERTANDINGAN,
CABUTAN BERTUAH DAN 689.80 689.80
HAMPERS)
TOTAL 1992.92

9
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

10. Rumusan
Program ini mendapat banyak sambutan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
mencapai objektif dengan jayanya. Program Hari bersama Komuniti ini akan diteruskan lagi
untuk mengembangkan lagi inovasi dan daya kreativiti oleh anak-anak muda zaman
sekarang. Hal ini juga kerana program ini mendapat sambutan yang tinggi. Demi untuk
meningkatkan dan mengembangkan perluasan kebaikan penggunaan intenet ini, diharapkan
supaya terdapat lebih banyak program yang seperti Program Hari Bersama Komuniti yang
dianjurkan oleh Pusat Internet Malaysia ini.
Kanak-kanak dan orang dewasa dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang
penggunaan aplikasi multimedia yang terdapat di internet serta dapat meningkatkan daya
kreativiti mereka dalam penggunaan aplikasi Photoshop dan Microsoft Word.
Ibubapa dapat memantau penggunaan internet di rumah serta di luar oleh anak-anak
mereka. Kerana ibubapa juga mendapat kesedaran tentang bahayanya penggunaan internet
secara tidak sihat dan mungkin akan terjadi kepada anak-anak mereka. Oleh itu dengan
aktiviti klik dengan bijak dan aplikasi pemantau ibubapa, ibubapa dapat memantau
penggunaan internet oleh anak-anak mereka.
Guru di sekolah dapat merapatkan lagi hubungan pembelajaran dengan anak murid
mereka dengan pengetahuan yang mendalam tentang aplikasi yang disukai dan sesuai untuk
pembelajaran untuk anak murid mereka.
Dengan aktiviti keselamatan pula, kanak-kanak dan orang dewasa dapat
mengenalpasti bahaya yang mungkin berlaku dan juga cara untuk membendung berlakunya
bahaya itu seperti kebakaran, kecurian, rompakan, penyalahgunaan dadah serta keselamatan
diri.

10
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Malaysia

11. Rujukan
Maklumat ini dipetik daripada :
 https://www.celcom1cbc.com/
 http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/pusat-internet-1malaysia-
pi1m/resource/1816aeef-2807-4f19-80b7-63620f90f67c
 http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/pusat-internet-1malaysia-
pi1m/resource/1816aeef-2807-4f19-80b7-63620f90f67c
 http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/pusat-internet-1malaysia-
pi1m/resource/1816aeef-2807-4f19-80b7-63620f90f67c
 Cik Zuraida Binti Jamhari (Penolong Pengurus Pusat Internet PPR Sri Bidor)

11

You might also like