You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Pada era globalisasi, masyarakat dunia semakin berkembang pesat mengikut


peredaran masa sehingga mencetuskan banyak pengubahsuaian dalam menghayati
kehidupan selepas arus permodenan. Teknologi Maklumat telah berjaya menguasai
seluruh dunia dan menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Ia juga
berjaya berubah bentuk pemikiran, ideologi dan budaya serta berbagai elemen luar
tanpa kawalan.

1.0.1 Definisi Teknologi Maklumat.(IT)

Secara ringkas, teknologi maklumat sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,


pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.
Tidak dinafikan IT telah memberi sumbangan yang besar ke arah perkembangan
tamadun manusia. Rakyat-rakyat kini dapat menikmati penciptaan-penciptaan ini
dengan mudah dan senang.

Malangnya, IT ini telah mengundang berbagai-bagai kesan negatif terhadap


masyarakat. Masyarakat menjadi semakin tidak bermoral. Jenayah pula meningkat.
Keamanan manusia terancam. Dengan ini, beberapa isu moral dikenalpastikan.
Isu-isu moral tersebut seringkali meniti di bibir masyarakat dan kerap terpampang di
media massa. Isu-isu moral yang dberlaku tersebut semakin berleluasa di seluruh
dunia.

2.0 Isu-isu moral tempatan. (Teknologi maklumat)

2.0.1 Jenayah siber.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah siber merupakan jenayah


yang dilakukan dengan menggunakan sistem komputer untuk mencuri maklumat
atau wang. Jenayah komputer ini terdiri daripada unsur penipuan,
pengubahsuaian program dan sebagainya. Sebagai contoh, berdasarkan berita
di utusan online, Curi data: 10 peratus balas e-mel spam terdedah jadi mangsa.
“KUALA LUMPUR 19 FEB- Kira-kira 10 peratus daripada 5000 emel yang

1
dihantar secara spam atau rawak akan dijawab oleh penerima sehingga
mendedahkan identiti mereka dengan mudah seterusnya menyebabkan
maklumat peribadi dicuri.” Melalui kajian pusat itu, Pengerusi Pusat Keselamatan
Siber berkata bahawa punca jenayah siber berlaku adalah kerana rakyat mudah
percaya maklumat atau rawak yang diterima sehingga maklumat peribadi atau
data dicuri. Sebagai contoh, kata laluan Kad ATM, e-mel, laman sosial dan
sebagainya. Kesannya, maklumat peribadi bocor. Segala maklumat mereka yang
telah diakses ini akan digunakan dalam pelbagai urusan tanpa sedar oleh
mangsa. Maruah mangsa akan terjejas. Dengan menangani isu tersebut,
kerajaan perlu menubuhkan satu badan yang dapat mengawal selia pengamal
teknologi maklumat di negara ini. Pengamal-pengamal IT di negara ini mesti
mendaftar dengan badan profesional dan sekiranya mereka mebuat salah laku
seperti membocorkan maklumat peribadi orang lain, akan dikenakan hukuman
yang sewajarnya. Selain itu, didikan dan pendedahan mengenai jenayah siber
harus mula sejak kecil. Rakyat akan mempunyai kesedaran tentang kepentignan
mengelakkan jenayah siber. Pendeklah kata, rakyat masyarakat haruslah
mengamalkan nilai rasional. Rakyat perlu berfikir berdasarkan alasan dan bukti
yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
supaya jenayah siber tidak akan berlaku.

2.1 Isu-isu moral tempatan dan global.(TEKNOLOGI MAKLUMAT)

2.1.1 Pengaruh media sosial.

Peranan media sosial dalam mempengaruhi kehidupan seharian memang


besar. Ia sewajarnya berperanan membantu usaha dalam memajukan negara.
Malangnya, ia pula menjadi isu-isu moral mengenai penyebaran berita palsu dan
budaya kuning dan telah memberi kesan yang negatif terhadap rakyat dan
masyarakat. Ternampak berita “Indonesia, Singapura perangi berita palsu.” di
Utusan Online. Indonesia melancarkan perang terhadap berita palsu dan
kenyataan berbaur kebencian menjelang pilihan raya Presiden 2019 manakala
Singapura memaklumkan kempen berita palsu dan maklumat salah yang
terancang telah menggugat perpaduan masyarakat. Pihak polis menahan
anggota kumpulan-kumpulan berkenaan yang didakwa menggunakan Facebook,

2
Instagram danTwitter untuk menyerang kerajaan dan menyemarakkan fahaman
agama melampau. Puncanya termasuklah penyerang menggunakan emosi dan
rakyat mudah percaya terhadap berita palsu. Ketua Hal Ehwal Awam Polis
Negara, Gatot Eddy berkata, kumpulan tersebut mahu menggugat kerajaan dan
‘wujud konflik sosial.’ Kesannya, keamanan negara terancam kerana rakyat
percaya dan takut akan berita palsu. Kesan daripada kepercayaan ini akan
diterjemahkan dalam bentuk tindakan termasuklah mengadakan rusuhan atau
perhimpunan haram. Dengan ini, amalan menyiasat, menyelidik dan mengkaji
kesahihan sesuatu maklumat patut menjadi budaya dalam kalangan masyarakat.
Didikan agama patut diadakan supaya tidak dipengaruhi oleh penyerang di
media sosial. Tegasnya, rakyat masyarakat berfikir secara rasional dengan
menerima berita yang sahih. Isu tersebut pula dapat ditangani.

Budaya kuning pula disebabkan pengaruh media sosial. Dunia siber telah
membuka pintu kepada pelbagai budaya songsang orang Barat kepada
masyarakat Timur. Rakyat, terutamanya remaja telah dibanjiri bahan lucah dan
sebagainya. Hal ini berpunca daripada sikap ibubapa yang kurang mengawasi
dan mendidik anak-anak untuk menggunakan kemudahan internet dengan
sebaiknya. Dalam Utusan Online yang bertarikh 4 Nov 2016, syarikat perisian
keselamatan siber, Kaspersky Lab mendedahkan bahawa hanya 26% ibubapa
seluruh dunia menggunakan perisian kawalan untuk menyekat aktiviti dalam
talian anak-anak. Sikap remaja yang ingin tahu juga merupakan punca isu
berlaku. Kesannya kes jenayah seperti rogol meningkat. Berita di KL - Purata
kira-kira enam kes rogol dilaporkan berlaku setiap hari di negara ini menunjukkan
situasi itu berada pada tahap membimbangkan. Kebanyakkan kes yang
disiasat,mangsa mengetahui perbuatan mereka yang salah sehingga isu
pembuangan bayi pula belaku. Untuk mengatasi isu tersebut, ibubapa
sepatutnya bersikap prihatin dan meluang masa untuk menemani anak-anak
ketika melayari internet supaya anak-anak tidak terdedah dengan bahaya dalam
talian seperti laman web yang mempunyai bahan lucah. Sikap ibubapa yang tidak
mengawal anak-anak melayari internet patut ditepis. Tegaslah bahawa,
penyebaran berita palsu dan budaya kuning merupakan isu pengaruh media
sosial. Rakyat Malaysia, terutamanya ibubapa dan remaja patut berfikir secara
rasional dan ibubapa patut memberi prihatin kepada anak-anak mereka supaya
isu tersebut dapat dielakkan.

3
2.1.2 Isu bahasa.

Bahasa rojak telah menjadikan isu moral terkini. Terdapat banyak bahasa
barat telah campur kepada bahasa kita. Sebagai contoh, “Malam ini kita pergi
dinner.” Ini membuktikan betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita dan ia
menjadi satu cara percakapan yang baru. Bahasa Barat bukanlah sesuatu yang
bruk. Namun cara percakapan yang kasar turut dicampur ke dalam bahasa
Melayu kita. Puncanya, remaja menganggap bahasa barat itu sesuatu yang
dapat membesarkan maruah diri sendiri. Mereka tidak tahu bahawa itu akan
menjatuhkan maruah diri merka. Langkah-langkah bagi mengatasi isu tersebut
termasuklah menjaga imej negara kita melalui cara percakapan kita. Selain itu,
remaja patut meneruskan tradisional kita dengan mengadakan kempen
memartabatkan bahasa Melayu supaya bahasa Melayu tidak dipengaruhi oleh
bahasa barat sehingga menjadi bahasa rojak. Pendeklah kata, rakyat
masyarakat patut menggunakan cara percakapan yang betul, bahasa kasar dan
bahasa rojak adalah tidak dibenarkan. Isu tersebut pula dapat ditangani.

3.0 Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, teknologi maklumat sepaututnya dapat memberi manfaat


kepada rakyat masyarakat jikalau rakyat menggunakannya dengan baik. Isu moral
tempatan dan global di atas merupakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat kini.
Dalam kenyataan yang diberikan di atas, isu-isu tersebut berlaku disebabkan
perlakuan manusia yang tidak bermoral dan juga kelalaian manusia itu sendiri.
Sekiranya rakyat masyarakat mengaplikasikan nilai moral, isu-isu tidak akan berlaku.
Saya berharap isu-isu moral tersebut dapat membuka mata masyarakat supaya lebih
peka terhadap isu-isu moral yang berlaku pada masa kini dan betapa pentingnya niali
moral ini diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

(1050 ATAH PERKATAAN)

4
Rujukan:

Buku

- Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. Kemahiran Belajar.


(2011)Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Akhbar Internet

- 200 PELAJAR DIKESAN PONTENG SEKOLAH. 15 MAC 2018. UTUSAN


ONLINE. Diperoleh pada 2 MAC 2018. Ambil daripada:
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/200-pelajar-dikesan-ponteng-sekola
h-1.457589.

5
- Curi data: 10 peratus balas e-mel spam terdedah jadi mangsa. 20 FEB 2018.
UTUSAN ONLINE. Diperolehi pada 2 MAC 2018. Ambil daripada:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/curi-data-10-peratus-balas-e-mel-i-s
pam-i-terdedah-jadi-mangsa-1.612568.

-Jenayah Siber meningkat 25 peratus. 7 SEPTEMBER 2015. UTUSAN


ONLINE. Diperolehi pada 2 MAC 2018. Ambil daripada:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/jenayah-siber-meningkat-25-peratus
-1.132705.

- Budaya Kuning dan berbahaya dari Barat. 7 MAC 2017. UTUSAN ONLINE.
Diperolehi pada 9 MAC 2017. Ambil daripada:
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/budaya-kuning-dan-berbahaya-dari-
barat-1.452969.

Rencana

- Prof Dr Ali Salman. Usah biar Meisa sosial kawal kita. BH ONLINE.
Diperolehi pada 9 MAC 2018. Ambil daripada:
https://www.bharian.com.my/node/299028.

You might also like