You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Remaja merupakan golongan yang amat penting dalam perkembangan sesebuah negara. Harapan
yang begitu tinggi ini diletakkan kepada golongan remaja kerana remaja adalah bakal menjadi
pemimpin negara di masa akan datang dan penyumbang utama dalam pembentukan kesejahteraan
negara. Namun ramai golongan remaja yang sering melakukan masalah jenayah pada masa kini.

Kegiatan jenayah dalam kalangan remaja pada masa kini berada pada tahap yang
membimbangkan. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa masalah remaja dalam jenayah
semakin berleluasa apabila terdapatnya peningkatan krisis akhlak dan moral yang menunjukkan
bahawa pesalah juvana meningkat. Hal ini berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Polis
Diraja Malaysia iaitu pada tahun 2013 sebanyak 7816 kes telah dicatatkan berbanding pada tahun
sebelumnya iaitu 2012 hanya 4116 kes (Harian Metro, 2015) .

Kes-kes jenayah yang melibatkan remaja juga semakin serius apabila pada tahun 2016,
negara Malaysia telah digemparkan dengan kes buli yang mengakibatkan seorang pelajar
Tingkatan 2 di MRSM Parit Perak yang telah dibuli oleh lima pelajar senior di asrama (Utusan
Malaysia, Ogos 2016). Pada tahun 2017, negara juga telah digemparkan dengan kes sekolah tahfiz
dibakar oleh 7 orang remaja yang berusia 11 hingga 18 tahun sehingga menyebabkan kematian 21
orang pelajar tahfiz (Berita Awani, September 2017). Menerusi kes ini, remaja yang membakar
tahfiz tersebut turur didapati positif dadah.

Apabila kita meneliti statistik yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah
Malaysia (MCPF), pada tahun 2015 telah berlaku kes jenayah yang melibatkan pelajar sebanyak
692 kes kecurian, membunuh sebanyak 13 kes dan rogol mencatatkan 201 kes (Berita Harian,
Ogos 2016). Hal ini amat membimbangkan kerana dilihat dengan jelas bahawa remaja kini
semakin berani melakukan jenayah-jenayah yang berat yang akan menjejaskan pembangunan di
Malaysia kerana remaja merupakan aset utama negara. Selain itu, jenayah remaja pada masa kini
dlihat 47 peraatsu daripadanya melibatkan kes bunuh dan juga rogol. Kedua-dua jenayah ini
mencatatkan statistik jumlah yang tinggi dilakukan remaja lingkungan umur 12 hingga 17 tahun.

Peningkatan kes jenayah di Malaysia dalam kalangan remaja juga dilihat meningkat
menerusi statistik pelajar di Sekolah Henry Gurney meningkat kepada 2353 pelajar pada tahun
2016. Jenayah yang dilakukan oleh para remaja pada masa kini dilihat dalam tahap yang
membimbangkan kerana jenayah yang dilakukan adalah seperti jenayah seksual, dadah, kes bunuh,
buli dan banyak lagi jenayah berat yang lain. Angka jenayah berat yang dilakukan oleh golongan
remaja yang telah menamatkan persekolahan juga dilihat meningkat daripada 849 kes pada tahun
2012 kepada 2011 kes pada tahun 2013 (Harian Kosmo, 2014). Menerusi tugasan ini, akan
dibincangkan mengenai sebab atau punca berlakunya peningkatan jenayah dalam kalangan remaja
di Malaysia. Selain membincangkan mengenai jalan penyelesaian untuk mengurang dan mengatasi
masalah ini dalam kalangan remaja.

1.1 SEBAB BERLAKU JENAYAH DALAM KALANGAN REMAJA


1.1.1 MASALAH KELUARGA

Salah satu sebab berlakunya masalah peningkatan jenayah dalam kalangan remaja adalah berpunca
daripada masalah keluarga. Menurut Sharma (2012), kebanyakan tahanan juvana yang telah
direkodkan mempunyai masalah dengan ahli keluarga. Persekitaran dalam keluarga telah
mendorong para remaja bermasalah untuk melakukan sesuatu jenayah berat. Hal ini seperti
masalah rumah tangga ibu-bapa yang bercerai, keganasan dan penderaan dalam keluarga dan
faktor masalah kewangan dalam keluarga telah mendorong para remaja melakukan jenayah.
Kebanyakan para remaja yang bermasalah dan melakukan jenayah juga dilihat tidak mendapat
kasih sayang daripada ibu-bapa iaitu tidak dipantau oleh ibu-bapa mereka. Hal ini disokong oleh
Siti Noor Fazariah et al. (2016), tentang hubungan antara ikatan kekeluargaan dengan masalah
tingkah laku dalam kalangan pesalah remaja. Hubungan ikatan kekeluargaan yang baik akan
membawa kepada penurunan dalam masalah jenayah dalam kalangan ibu-bapa.

1.1.2 PENGARUH MEDIA ELETRONIK

Punca berlakunya masalah remaja dalam jenayah pada masa kini dilihat berpunca daripada media
eletronik seperti televisyen, internet, radio dan laman sesawang. Pengaruh bahan media eletronik
ini membawa kepada pendedahan remaja kepada pornogfi, pelacuran, keganasan, dadah ,seks
bebas dan masalah sosial yang lain yang menjadi punca kepada remaja melakukan jenayah berat.
Remaja dilihat ingin mencuba benda-benda baru yang dilihat menerusi laman-laman sesawang
seperti youtube dan akhirnya mereka terdorong untuk membuatkan aksi-aksi ganas dan sebagainya
yang ditonton. Hal ini yang membawa jenayah bunuh, membuli, rogol dan sebagainya. Menurut
Dahlan dan Ida Shafinaz (2010), bahan-bahan dalam media eletronik seperti televisyen, radio,
internet dan sebagainya punca remaja terlibat dalam jenayah. Teknologi yang semakin canggih
menyebabkan para remaja boleh mengakses laman sesawang tanpa had dan memberikan kesan
negatif dalam diri mereka (Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, 2010).

1.2 CARA MENGURANGKAN KADAR JENAYAH DALAM KALANGAN REMAJA


1.2.1 BIMBINGAN KAUNSELING

Bagi membantu mengurangkan masalah remaja dalam masalah jenayah, khasnya guru-guru di
sekolah perlulah memberikan bimbingan kaunseling iaitu dengan memberikan bimbingan
daripada aspek jiwa. Hal ini adalah membantu para remaja dalam penyelesaian masalah mereka
sama ada masalah peribadi atau personaliti. Remaja perlu diberikan kaunseling sama ada daripada
aspek rohani atau jasmani. Bimbingan kaunseling secara langsung perlu diberikan seperti
kaunseling keluarga, komuniti, agama, rawatan akhlak pemulihan dan kesihatan diberikan secara
perjumpaan bersemuka dan pemerhatian.

1.2.2 KEMPEN-KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH DI SEKOLAH

Dalam memastikan kesedaran awal kepada para remaja agar dapat menghindarkan diri dalam
jenayah, sekolah perlu memainkan peranan dalam memberikan kempen-kempen kesedaran
jenayah kepada para remaja. Contohnya seperti mempelawa para agensi kerajaan seperti Agensi
Anti Dadah Kebangsaan dalam memberikan kesedaran mengenai bahaya dadah kepada para
remaja. Hal ini kerana, dadah merupakan faktor dan punca utama kepada jenayah berat. Selain itu,
sekolah boleh membuat ceramah motivasi dengan menjemput pihak polis untuk memberikan
kesedaran kepada para pelajar mengenai jenayah. Bukan itu sahaja, sekolah juga boleh membuat
lawatan ke penjara dan sekolah juvana untuk memberikan kesedaran kepada para remaja mengenai
kesan membuat perbuatan jenayah berat.

1.3 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, menerusi tugasan ini dapat disimpulkan bahawa peningkatan kes jenayah
dalam kalangan remaja semakin meningkat dan perlu dipandang serius oleh semua pihak. Remaja
kini semakin berani melakukan jenayah bunuh, rogol dan sebagainya, Pengaruh media eletronik
dan masalah keluarga menjadi punca utama kepada masalah ini. Remaja di negara ini merupakan
aset dalam pembangunan negara dan mereka perlu dibimbing agar tidak mendekati jenayah.

(790 PATAH PERKATAAN)


2.0 RUJUKAN

Faris Fuad, 19 Ogos 2016, 1,851 kes jenayah babitkan pelajar . Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/node/184698
Hakin Rahman dan Hafiz Marzuki, 16 September 2017. Akibat Mengejek Pusat Tahfiz Dibakar.
Dimuat turun daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/akibat-ejek-mengejek-
pusat-tahfiz-dibakar-155470
(29 September 2017). Pembentukan Sahsiah Anak Tanggungjawab Ibu-Bapa. Dimuat turun
daripada https://www.pressreader.com/malaysia/berita-
harian5831/20170929/282071982097605
Mohd Dahlan A. M., dan Ida Shafinaz, M. K. (2010) Jenayah dan masalah sosial di kalangan
remaja: cabaran dan realiti dunia siber. Dalam: Program Jenayah Cyber dan Isu
Pemerdagangan manusia di Malaysia, 26 Aug 2010, Resital Hall, Universiti Malaysia
Sabah, Kota Kinabalu. 1-8. myMetro. (2015). "Statistik moral remaja kita".
http://www.hmetro.com.my/node/36116.
Sharma, A. (2012). Correlates of juvenile delinquency: The role of family environment and self-
esteem. Advances in Asian Social Science (AASS), 4(1).
Siti Noor Fazarina, S., Razima Hanim, O., Azahar, C. L., dan Norhamidah, J. (2016). The
Relationship Between Parental Attachment Toward Delinquent Behavior among Young
Offenders, Southeast Asia Psychology Journal, Vol. 3, (2015 – 2016), 15-23.

You might also like