You are on page 1of 4

Kesan Interaksi Tamadun Islam dari aspek Seni Bina Malaysia.

Ciri-ciri Seni Bina di Malaysia yang bercirikan pengaruh Tamadun Islam Pengenalan
Seni bina di Malaysia merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi Asia, ilham Melayu Islam, seni bina moden dan pascamoden. Berikutan penjajahan kuasa barat yang hampir 5 dekad, pengaruh seni bina kolonial tidak dapat dipertikaikan. Tambahan pula, kebanyakan pereka bangunan zaman sebelum merdeka ialah terdiri dari artkitekartkitek berbangsa Eropah.

Masjid
Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Di Malaysia, rekabentuk masjid lebih cenderung berbentuk senibina islam Timur Tengah seperti adanya kubah dan menara. Antara contoh masjid yang berciri sedemikian ialah Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak. Keistimewaan masjid ini ialah reka bentuk masjid ini begitu menarik.Pelannya telah dirangka dan merupakan idea Pereka Bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu,Arthur Bension Hubback dan dipertanggungjawabkan kepada W.S.Huxley. Masjid ini berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara dengan ketinggian 126 Kaki serta dikelilingi kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali. Bentuk dinding masjid ini menunjukkan sebuah bangunan berkubah induk besar ditengahnya.Disekililingnya pula,terdapat empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada setiap pertengahan setiap anjung,lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara di ambil sempena aturan gelaran gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak.

Batu Nisan
Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian. Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantuk kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok. Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Catatan pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan ahli salasilah. Kini, terdapat batu nisan yang memaparkan gambar si mati. Di perkuburan Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan sama ada arwah dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara tradisi kaum Melayu, untuk orang lelaki, batu nisannya berbentuk bulat; manakala bagi wanita, batu nisannya berbentuk bersegi-segi atau leper. Walaubagaimanapun, tidak semua batu nisan mengikut aturan ini. Batu nisan di Malaysia mempunyai ciri-ciri pengaruh dari Tamadun Islam sejak dari ratusan tahun dahulu lagi. Jika dilihat kepada batu nisan Raja Beruas di Perak, pengaruh islam jelas dalam kehidupan dalam masyarakat berkenaan. Bukti tulisan arab yang terdapat di batu nisan berkenaan memperkuatkan lagi hujah yang membuktikan bahawa agama islam bertapak dengan kukuh sejak zaman-berzaman di bumi Malaysia. Batu nisan orang Islam di negara ini berbeza dari batu-batu nisan orang Islam yang terdapat di negara-negara lain. Batu Nisan di Malaysia berbentuk bulat (bagi kubur lelaki )seperti kubah di atasnya mengambil rekabentuk pengaruh Tamadun Islam Turki. Bagi kubur perempuan, batu nisan bersegi-segi ataupun leper.

Batu Nisan yang terdapat pada Makam Raja Beruas, Perak.

Batu Nisan generasi terkini yang terdapat di salah satu tanah perkuburan yang terdapat di Malaysia

Binaan moden yang bercirikan senibina Tamadun Islam

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur adalah salah satu contoh senibina generasi moden yang menerapkan unsur-unsur senibina Islam. Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia. Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb. Rub el Hizb adalah merupakan simbol Islam yang mudah ditemui pada sejumlah lambang

dan bendera. Dalam bahasa Arab, Rub bererti seperempat, sementara Hizb bererti sebuah kelompok atau kesatuan.

Menara Berkembar Petronas

You might also like