You are on page 1of 13

LAPORAN DAPATAN INTERVENSI

Ramai orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU)


adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti
terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta. Tidak ramai yang
mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di
bawah masalah pembelajaran.

Oleh kerana sekolah saya tidak ada murid yang mengalami masalah
pembelajaran Matematik. Saya membuat keputusan untuk merangka satu
intervensi kepada kawan saya yang mengajar di sekolah yang mempunyai
masalah pembelajaran dalam Matematik. Kawan saya yang bernama cikgu
Lam Wai Chei yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa
terletak di pinggir Bandar Taiping, Perak.

Sekolah ini menempatkan kira-kira 42 orang murid yang bermasalah


pembelajaran Matematik dalam kelas khas untuk mengatasi masalah
pembelajaran yang emosi heperaktif. Saya telah membuat pemerhatian serta
soal jawab bersama guru merangkap penyelaras Kelas Pembelajaran
Berkeperluan Khas bagi subjek Matematik, iaitu Pn Lam Wai Chei dan
rakan-rakan guru yang mengajar di sana.

Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia


yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk
mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran,
penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain.

1
Menurut Puan Lam, kelas Pendidikan Khas terdiri daripada empat kelas
yang menempatkan murid di bawah kategori masalah pembelajaran iaitu
kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif - lebih
dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga
kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) bagi darjah 1 hingga 6.

Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran


dalam menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga
termasuk dalam kategori keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru
berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di
sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu,
lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang kadang-kala
mengganggu kelas.

Ramai pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah ini


masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta
sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan
sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat
membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar.

Tambahan beliau lagi, mengajar di kelas pemulihan memerlukan


banyak kesabaran dan sedikit peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak
ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru
yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil. Ini adalah titik
permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri
untuk penilaian seterusnya.

Sebelum murid yang layak ditempatkan di kelas ini, mereka perlu


dirujuk oleh pakar dan mendapatkan pengesahan melalui hospital-hospital
2
terpilih. Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya
mengapa perlu dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka
normal dan tidak mengalami penyakit mental. Sebenarnya masalah
pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri.

Kebiasaannya, boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh


doktor dari mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan
Remaja di Klinik Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas
pelajar-pelajar ini akan dilakukan pada sesi pertama. Penilaian termasuklah
ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient) pelajar dan
beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah
pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji
untuk bertemu doktor.

Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong


oleh laporan akademik pelajar dari pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka
mempunyai masalah pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk
pendaftaran OKU dan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang
sesuai. Ini adalah amat perlu untuk memastikan mereka mendapat
pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana belajar yang lebih
selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain adalah
pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.

Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana
tidak dapat dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan
mengalami perasaan rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan
mengalami tekanan emosi. Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang
kurang bersetuju dengan status OKU dan tidak mahu anak-anak mereka
dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas.
3
Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya
sebelum rujukan dibuat, perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa
dijalankan agar mereka tidak salah anggap dan faham mengapa kanak-kanak
ini perlu dirujuk kepada pakar. Penting untuk doktor menerangkan tentang
kelebihan pendaftaran OKU ini, lagipun pihak kerajaan telah memberi banyak
peruntukan untuk OKU. Sementara itu, kanak-kanak ini akan dirujukkan ke
unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh jurupulih cara kerja di
hospital.

Selepas penilaian, jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan


masalah pembelajaran ini akan melakukan terapi yang bersesuaian kepada
pelajar-pelajar ini. Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami
masalah seperti sensori integrasi dan pengamatan yang menyebabkan
mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran di dalam bilik darjah.
Latihan di unit ini perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan
keberkesanan terapi.

Pada masa yang sama, pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit


pertuturan sekiranya mempunyai masalah pertuturan dan unit-unit lain yang
berkaitan sekiranya perlu. Ini adalah satu rawatan yang komprehensif untuk
kanak-kanak dengan masalah pembelajaran. Di sini jelas menunjukkan
bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang mudah tetapi
ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak
untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar
normal yang lain.

Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah
dalam pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut.
Begitu juga guru-guru yang mengenal pasti pelajar-pelajar terutamanya
4
mereka yang gagal dalam LINUS tahun 1(saringan 3) untuk menjalani
penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat
yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.

Berikut adalah beberapa maklumat saya perolehi sepanjang menjalankan


intervensi ini:

Antara manual penyediaan pengajaran yang perlu disediakan oleh guru resos
dan guru kelas untuk program pendidikan khas bermasalah pembelajaran
adalah seperti berikut.

a. Waktu Persekolahan
 Program Itergrasi ini akan dijalankan 5 hari dalam seminggu pada
hari Isnin-Jumaat dari jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi.
 Kanak-Kanak akan digalakkan mengikuti aktiviti kokurikulum seperti
Pasukan beruniform ini adalah program intergrasi dengan
kanak-kanak normal.

b. Ratio /Nisbah Guru dan Murid


 Hitung panjang seorang tenaga pengajar akan dikehendaki
mengajar seramai lima hingga tujuh (5-8) murid. Itupun bergantung
kepada masalah yang dihadapi oleh murid.
 Ratio guru adalah 1.5 setiap kelas.

c. Peruntukkan Jawatan Guru Resos


 Seorang guru resos dikenalpasti dan ditugaskan untuk tujuan
program Pendidikan Inklusif di Sekolah. Jawatan guru tambahan
diberi untuk mengganti guru resos dalam kelas biasa.

5
d. Jenis-Jenis Masalah Pembelajaran
 Pelajar yang terdapat di program ini adalah terdiri daripada
golongan, lemah dalam pelajaran – “Slow Learner”, autistic, Down’s
syndrome, terencat akal ringan, hyperaktif, cerebral Palsy.
 Pada masa yang sama, pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri
seperti makan, berpakaian dan ke tandas sendiri.

e. Aktiviti yang akan dijalankan.


 Selain daripada pembelajaran di bilik darjah program ini akan juga
menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak seperti berikut:
- Jurupulih anggota, Jurupulih cara kerja, Jurupulih pertuturan,
Latihan renang, Kaunseling ibubapa/murid.

f. Kemudahan Asas Untuk Pelajar Khas


 Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.
 Buku Teks mengikut kemampuan tahap.
 Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan
Jawatankuasa akademik.
 Bahan rujukan/peralatan tambahan – atas kebijaksanaan/ inisiatif
pihak sekolah.

g. Aktiviti Luar
 Program ini juga akan membuat program lawatan sambil belajar ke
tempat-tempat yang difikirkan sesuai untuk memberi pendedahan
kepada pelajar. Untuk melaksanakannya, program ini akan
menubuhkan Badan Kebajikan Kelas Khas.

Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41,


Subseksyen (1) (B) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
6
guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran,
masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi mencapai
tujuan dan matlamat pendidikan khas itu. Pendekatan yang diambil dapat
menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk murid bermasalah
dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi attitud atau intelek
turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi
mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum.

Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik


adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman
murid-murid di samping mengekalkan minat belajar. Selain itu bahan bantu
mengajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Proses
pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin
disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan
dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman
dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling
berkesan dalam pembelajaran.

Analisis dapatan kajian yang dilakukan oleh Charlie Anak Ungang


berkenaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas
Membaca di Kelas Pemulihan menunjukkan bahawa nilai min yang tinggi iaitu
3.60 dan peratus sebanyak 60% bersetuju dan 20% amat bersetuju
menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan
pengajaran. Keputusan ini bertepatan dengan pendapat Mohd Daud Hamzah
(1990) yang menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang
dilibatkan semakin banyak pengalaman pembelajaran yang diperolehi bagi
mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Keputusan ini
menunjukkan bahawa guru bukan lagi menggunakan kata, suara, isyarat,
7
papan tulis dan kapur sahaja dalam menyampaikan pengajarannyaterutama
sekali kepada pelajar-pelajar pemulihan dalam menguasai kemahiran asas
bacaan.

Melalui pemerhatian saya, antara contoh penyediaan bahan bantu


mengajar yang sesuai digunakan di semua bilik darjah pendidikan khas
bermasalah pembelajaran ini ialah kelas hendaklah dilengkapi dengan
bahan-bahan asas untuk melicinkan pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini
berubah mengikut kemampuan dan kepentingan individu dan cara
pengendalian bahan tersebut. Tanpa pengetahuan dan cara pemakaian,
bahan tersebut akan menjadi gajah putih dalam kelas dan membazir sahaja.
Bahan-bahan ini dapat dikategorikan sebagai:

a. Bahan Keperluan Asas


 Bahan ini digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar
yang mudah dan rencam bertujuan untuk menarik minat
murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan
 Bahan carta : wall pocket: RPI, data murid, dan lain-lain
 Kelengkapan menulis, bahan dinding dan Bahan tekapan getah

b. Bahan Pusat Sumber


 Bahan buku yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan, bahan
bacaan, atau bahan pengulangandalam bacaan dan sebutan untuk
membina pengamatan yang baik terhadap subjek pengajaran dan
pembelajaran.
 Bahan-bahan maujud yang boleh mendekatkan kefahaman
murid-murid kepada sesuatu topik semasa atau tolik silam

8
 Bahan hasil kerja murid yang boleh dipamer untuk merangsang
proses pembelajaran.
 Bahan rakam-OHP, VCR, VCD, TV dan computer
 Bahan pengemas-sarung plastik, laminator dan lain-lain

c. Bahan-bahan Matematik
 Bahan yang boleh digunakan untuk mengenal bentuk, warna dan
nilai
 Bahan yang meransang kepada mengenal nombor, waktu, berat,
tinggi dan panjang
 Bahan yang boleh melatih murid mengira wang dan nombor
 Bahan pengamalan tambah, tolak, baki, darab, bahagi.

d. Bahan-bahan Mata Pelajaran Bahasa


 Bahan mengenal bentuk dan nama, sudut bercerita, bahan-bahan
potongan akhbar dan bahan-bahan bacaan yang lain, bahan
bacaan bergred, kad dan lain-lain.
 Bahan-bahan pendidikan seni

e. Sudut penghayatan seni


 Bahan-bahan melukis dari pelbagai jenis alatan pembancuh warna
dan apron.
 Bahan kerja tangan dari bahan terbuang, rotan, kertas dan
sebagainya.
 Bahan-bahan lukisan tentang haiwan.

f. Bahan-bahan Pendidikan Muzik


 Radio, VCD, alat gendering, Kaset-kaset, Kastenet, Tamborin

9
g. Bahan-bahan urus diri
 Sinki, basuh muka, cermin muka, bahan-bahan pembersih diri
yang sesuai

h. Bahan-bahan Pendidikan Agama


 Papan rehal, sejadah, tasbih, al-quran, kitab, telekong, songkok,
kaset nasyid dan bacaan ayat-ayat al-quran, buku-buku cerita nabi
dan bahan agama lain-lain.

i. Peralatan Pendidikan Jasmani:


 Bahan-bahan permainan padang, sekital dan gelung rotan, pundi
kacang/ beg pasir, bola berbagai saiz.
 Bahan-bahan rekreasi luar/dalam : trampoline, gelongsor, petak
pasir, tali lompat
 Bahan-bahan permainan dalam : catur, dam, dam ular, monopoli
dan lain-lain

j. Peralatan vokasional
 Peralatan yang boleh meransang kognitif dan memajukan daya
pemikiran
 Peralatan dapur, peralatan jahitan
 Peralatan berkebun
 Peralatan bengkel/pertukangan kayu

k. Bahan-bahan latihan mengikut keupayaan murid


 Peralatan pengawalan pernafasan
 Bahan-bahan terapi pertuturan
 Bahan-bahan latihan untuk murid palsy selebral yang ringan
 Bahan latihan pergerakan yang difikirkan perlu.
10
Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian seperti contoh
yang diberikan tersebut sememangnya mendatangkan faedah kepada guru
dan murid pendidikan pemulihan hanya apabila ia digunakan secara berkesan.
Mok Soon Sang (1995) menyatakan bahawa seseorang guru yang proaktif
ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya
mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan dengan
menitikberatkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama
bagi mencapai hasrat itu.

Justeru itu, menurut Mat Nor Husin (1988), yang menyatakan jika alat
bantu mengajar digunakan dengan cara yang betul dan sesuai didalam
sesuatu situasi pengajaran, objektif ini boleh dicapai iaitu menyediakan satu
asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan boleh menghasilkan pembelajaran
yang kekal.

RUMUSAN

Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan


dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan
mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Guru dan ibu bapa mestilah menjadi penganjur dan pelopor kepada
kanak-kanak yang memerlukan pendidikan inklusif dengan lebih berkesan
lagi. Walaubagaimanapun, segala usaha kearah ini tidak mungkin tercapai
tanpa komitmen dari pihak-pihak lain. Kesedaran untuk mengambil tindakan
seperti ini amatlah penting kerana ia akan memberi kesan dan implikasi yang
berpanjangan ke atas perubahan sosial di masa hadapan. Ini kerana

11
anak-anak istimewa hari ini adalah pemimpin masyarakat, guru, penulis, ahli
politik, doktor dan sebagainya.

Terdapat banyak kategori kanak-kanak berkeperluan khas.


Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan kanak-kanak
berkeperluan khas sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan
komunikasi disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran.
Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah
dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan
kanak-kanak normal yang lain.

Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan seperti yang


dibincangkan memerlukan perhatian dan penjagaan yang
khusus. Mereka memerlukan kasih sayang, perhatian dan kesabaran guru
serta ibu bapa. Ini memerlukan pengorbanan yang tinggi sehingga boleh
menjadikan guru dan ibu bapa atau penjaga hilang semangat, terutamanya
bila perkembangan kanak-kanak terbatas. Mendidik kanak-kanak ini adalah
sangat mencabar dan menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi dari
guru.

Oleh, itu guru-guru di sekolah yang mempunyai pendidikan khas perlu


menolong kanak-kanak seperti ini yang tidak dapat mengikuti pembelajaran
harian seperti kanak-kanak yang biasa. Guru perlu mengenalpasti
ketidakupayaan kanak-kanak tersebut berdasarkan ciri-ciri yang diberi dan
mengambil tindakan atas apa yang harus dilakukan. Dengan ini, harapan
supaya kanak-kanak yang mempunyai ketidakkupayaan seperti yang
dibincangkan berpeluang mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain dan
tidak ketinggalan tercapai.

12
Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas
pembelajaran Matematik ini bukanlah untuk menjadikan mereka bijak
cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi pendidikan yang
diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini boleh mempelajari
Matematik seperti murid biasa. Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu
guru-guru malah sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan galakan
kepada kanak-kanak istimewa ini.

13

You might also like