You are on page 1of 13

Pengenalan

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia menyediakan banyak program untuk kanak-


kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program seumpama
itu dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza.Pendidikan prasekolah adalah merupakan
satu program pendidikan bagi murid yang berumur diantara 4 hingga 6 tahun (Kukurikulum
Prasekolah Kebangsaan, 2003).

Pendidikan awal kanak-kanak juga adalah pendidikan untuk membantu pertumbuhan dan
perkembangan jasmani dan rohani murid di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki tahap
pendidikan yang lebih tinggi. Dalam tempoh pembelajaran pada tahap pra sekolah ini, penekanan
yang diberikan kepada murid adalah tertumpu kepada perkembangan murid secara menyeluruh
dalam aspek jasmani, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Pada masa kini, ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke taman asuhan sejak
dari awal usia lagi, ekoran kesedaran terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Ramai
ibu bapa yang berkeja, meletakkan tanggungjawab menjaga, dan mendidik kepada pengash atau
guru di pusat-pusat asuhan, jagaaan dan didikan seperti taska dan tadika. Oleh itu, pendidikan
awal kanak-kanak wajar diberikan perhatian serius. Kandungan kurikulum yang berkaitan
pendidikan awal kanak-kanak.Kurikulum boleh dimaksudkan sebagai cara membantu pendidik
berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak. Selain itu, kurikulum juga
boleh dimaksudkan sebagai penanda aras tentang pengalaman yang berlaku di sekolah.
Kurikulum merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran. Selain itu
kurikulum juga membawa pengertian senarai topik pembelajaran yang akan dilaksanakan.

Rentetan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia berkaitan dengan


pengajaran dan pembelajaran pada peringkat awal kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran, maka pembangunan modul merupakan usaha yang boleh dijalankan bagi
membantu guru prasekolah dan guru pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini bertujuan
membangunkan sebuah modul bagi meningkatkan tahap efikasi guru yang mengajar kanak-
kanak bermaslah pembelajaran.
Tujuan modul

Bagi memenuhi matlamat kurikulum sesebuah pembelajaran, guru perlu mempunyai


pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan pedagogi berpusatkan murid, pada masa yang
sama dapat memenuhi standard pembelajaran.

Menurut Nor Hashimah dan Yahya (2007), pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah
amat penting dalam merancang dan melaksanakan kurikulum prasekolah. Menurut Goldschmid,
Modul pembelajaran sebagai sejenis satuan kegiatan belajar yang terencana, di desain guna
membantu siswa menyelesaikan tujuan-tujuan tertentu. Modul adalah semacam paket program
untuk keperluan belajar (Wijaya, 1988:128). Modul pembelajaran adalah bahan ajar yang
disusun secara sistematis dan menarik yang mencakup isi materi, metode dan evaluasi yang
dapat digunakan secara mandiri untuk mencapai kompetensi yang diharapkan (Anwar, 2010).

Modul adalah merupakan suatu unit pengajaran yang disusun dalam bentuk tertentu
untuk keperluan belajar. Salah satu tujuan pengajaran modul ialah memeberi peluang kepada
guru-guru untuk belajar mengurus sesuatu masalah yang berkaitan..Sehubungan itu, penyelidikan
ini dilakukan untuk membangunkan modul yang dapat menghasilkan pengetahuan dalam bentuk
pedagogi yang lebih praktikal untuk digunakan guru. Berasaskan teori pembelajaran
konstruktivisme dan interaksionis, modul ini dihasilkan untuk membantu guru mengaplikasikan
kaedah dalam bentuk amalan pengajaran. Kaedah-kaedah ini digunakan sebagai asas untuk
menghasilkan langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi strategi,
kaedah dan teknik untuk digunakan guru di dalam persekitaran bilik.

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul untuk guru prasekolah supaya guru
dapat melakukan pengajaran kemahiran mengara murid yang mempunyai masalah dala
mpembelajaran seperti pendekatan autisme. Bagi memenuhi tujuan ini, objektif yang hendak
dicapai melalui kajian ini adalah seperti mengenal pasti keperluan modul yang sesuai untuk guru
melakukan pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang sesuai serta kemahiran bahasa bagi
kanak prasekolah yang bermasalah. Selain itu, contoh aktiviti serta perancangan dapat
dibangunkna agar pembelajaran bagi kanak-kanak prasekolah tersebut dapat dijalankan . oleh itu
kebolehgunaan modul terhadap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru dapat dinilai.
Definisi bermasalah pembelajaran

Guru berperanan yang penting dalam memperkukuh dan memajukan bidang pendidikan
negara yang sememangnya tidak dapat dinafikan. Peranan guru sebagai agen perubahan boleh
direalisasikan melalui fungsinya sebagai wadah penyampai ilmu dalam mengatasi masalah yang
berkaitan dengan pembelajran murid yang mana murid-murid yang mempunyai masalah
pembelajran perlu diberi perhatian.

Masalah Pembelajaran terjadi apabila seseorang mengalami masalah atau kesukaran


untuk mempelajari sesuatu. Seringkali berlaku akibat kekurangan keupayaan kognitif atau
intelek pada seseorang individu itu. Ini juga dapat berlaku hasil daripada kekurangan upaya
contohnya masalah kurang penglihatan, kurang pendengaran atau masalah fizikal. Namun begitu,
dalam masalah sebegini, sekiranya kekurangan upaya ini dapat di atasi, dengan penggunaan
cermin mata contohnya, atau diberikan alat pendengaran secepat mungkin, serta diberi
ransangan, masalah pembelajaran di kalangan individu ini dapat dikurangkan.

Menurut Yahya (2010), kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang


mempunyai masalah neurological sehingga menjejaskan pemahaman, penggunaan Bahasa,
pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan mengira . Kanak-kanak
bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai halangan psikologikal atau neurological
terhadap gerakbalas Bahasa, sama ada lisan, tulisan, persepsi kognitif atau aktiviti psikomotor.
Manakala menurut Syairah (2009), kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran tidak
berupaya untuk mengikuti kelas seperti biasa. Ini disebabkan kerana mereka mempunyai masalah
peribadi atau luaran yang tidak diketahui.

Namun begitu,sekiranya kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini tidak menghadapi


sebarang masalah fizikal, emosi, penglihatan, pendengaran atau kecacatan mental. Antara ciri-
ciri yang dihadapi oleh murid yang menghadapi masalah pembelajaran seperti pencapaian
akademik yang tidak memuaskan, lemah dalam subjek matematik dan bahasa, tidak
menunjukkan minat dalam kelas, hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sering mengantuk, mudah lupa serta mempunyai
sifat malu dan segan untuk bertanya (Sabilah, 2006)
Masalah pembelajaran juga boleh merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai
yang mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis,
membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada
ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku kanak-kanak. Masalah mengawal tingkah
laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia
sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah
pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori,
kerencatan mental atau gangguan emosi. Murid bermasalah pembelajaran terdiri daripada
mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan,
penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran
disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi
dan tingkah laku.
Kategori bermasalah pembelajaran

Lewat perkembangan: (Global Developmental Delay) bagi kanak-kanak yang di bawah


umur 4 tahun

Lewat perkembangan juga lebih dikenali dengan nama “Global Developmental Delay” (GDD)
merujuk kepada kanak-kanak yang tidak mencapai tahap perkembangan mereka mengikut
peringkat umur secara normal dari aspek perkembangan bahasa dan komunikasi, fizikal, kognitif,
sosio emosi dan persekitaran. Kebiasaannya boleh dikenalpasti di peringkat awal perkembangan
kanak-kanak iaitu ketika kanak-kanak baru lahir.

Kanak-kanak tersebut akan dinilai sebagai GDD apabila terdapatnya lewat perkembangan
dalam kemahiran pergerakan anggota badan motor halus atau kasar (fine and/or gross motor
skills) seperti memegang objek, menulis, merangkak, dan melompat. Selain itu perkembagan
minda, pemikiran, dan kognitif  (cognitive) seperti berfikir untuk selesaikan tugasan atau
melakukan sesuatu agak lamabt. Kanak-kanak tidak berkembang dalam Percakapan dan bahasa
(speech and language) seperti bertutur, berkomunikasi secara verbal dan mengucapkan ayat
untuk difahami.. selain itu ,sosial Emosi (Social Emotional) seperti memberi reaksi, emosi  dan
respon bahasa badan yang betul mengikut situasi dan stimulasi  yang betul juga tidak
mennjukkan kemajuan. Serta tidak dapat menjalankan aktiviti kehidupan harian dengan baik
seperti makan, minum, membersihkan diri. 

Sindrom Down

Sindrom Down adalah penyakit yang disebabkan oleh keturunan. Ianya disebabkan oleh
kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. Tiga
salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini
juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan
boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan seperti tubuh yang pendek,
kepala yang bersaiz kecil,paras wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas, lidah
terjelir, satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang
yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki, pertumbuhan yang lambat.serta kecacatan
mental yang ringan atau sederhana.

Autisme

Autisme merujujk kepada gangguan perkembangan otak seseorang yang memengaruhi


kemampuan penderita dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Di samping itu,
autisme juga menyebabkan gangguan tingkah laku dan membatasi keingingan penderitanya.

Gejala autisme digolongkan dalam dua kategori iaitu pertama dan kedua. Kategori
pertama merujuk pada penghidap autisme dengan gangguan dalam melakukan interaksi sosial
dan berkomunikasi. Gejala ini dapat meliputi masalah kepekaan terhadap lingkungan sosial dan
gangguan penggunaan bahasa verbal maupun nonverbal. Manakala kategori kedua pula
penghidap austime dengan gangguan yang meliputi pola pemikiran, minat, dan perilaku berulang
yang kaku. Contoh gerakan berulang, misalnya mengetuk-ngetuk atau meremas tangan..

Kebiasaanya, penghidap autisme cenderung memiliki masalah dalam belajar dan kondisi
kejiwaan lainnya, seperti gangguan hiperaktif atau disebut juga Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD), gangguan kecemasan, dan depresi.

Masalah Intelek

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu
yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak. Sebagai contohnya,mereka mempunyai
rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dan kebolehan berbentuk kreatif.
Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pengajaran bagi kanak-kanak bermnasalah
pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat
menmahami apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8
tahun atau lebih.

Masalah Pembelajaran Spesifik seperti Disleksia, Diskalkulia berlaku di kalangan murid


yang mempunyai masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik.
Ramai kanak-kanak mempunyai masalah pembelajaran seperti membaca. Istilah yang sering
dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.

Selain membaca, murid bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan


seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Murid yang lemah
dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam
perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.

Masalah kemahiran menulis di kalangan murid bermasalah pembelajaran ialah kesukaran


memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz,
kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan
yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.
Secara umum, murid kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah
berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahira
menulis murid bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan
dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.
Pendekatan untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Anak-anak atau murid yang bermasalah dalam pembelajaran didapati sukar menyusun
maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan
strategi pembelajaran dengan berkesan. Terdapat beberapa pendekatan dalam pengajaran murid
bermasalah pembelajaran.

Secara umumnya, guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang
tersusun. Guru atau pengasuh hendaklah menggunakan banyak bahan contoh dan ilustrasi untuk
menerangkan sesuatu kepada kank-kanak bermasalah pembelajaran. Pengajaran hendaklah
dipecahkan dan dihuraikan kepada langkah-langkah kecil serta disampaikan langkah demi
langkah. Selain itu, guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas segera kepada murid samada
dapat atau tidak menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun
hendaklah menarik dan melibatkan murid untuk mengambil bahagian secara aktif.

Murid bermasalah pembelajaran harus menggunakan strategi pembelajaran yang


berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh
seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui
apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia
berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota,
menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar,
penyelesaian masalah dan sebagainya.

Guru perlu menyediakan latihan dan tugasan yang dianggap bersesuaian dengan tahap
kebolehan kanak-kanak tersebut. Cara ini penting kerana, apabila murid-murid berjaya
menyiapkan latihan ataupun tugasan yang diberikan kepada mereka dengan baik, mereka akan
berasa gembira dan lebih berkeyakinan dan cara ini juga akan membantu mengatasi masalah
tingkah laku mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan akan mendorong murid-murid untuk


mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. Oleh itu, guru perlulah
menyediakan rancangan pengajaran yang melibatkan pembelajaran yang menyeronokkan.
Pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik akan menjadikan suasana pembelajaran di
dalam bilik darjah sesuatu yang
menggembirakan murid-murid dan seterusnya akan menarik minat serta tumpuan mereka untuk
mengikuti proses pembelajaran dengan berkesan.
Cadangan aktiviti

Kajian menunjukkan kanak-kanak ADHD mempunyai masalah kurang penumpuan,


hiperaktif, impulsive di dalam aktiviti yang tidak berstruktur (Verret., C et al., 2010). Oleh itu,
aktiviti berbentuk struktur mungkin boleh membantu meningkatkan kapasiti otot,skil motor  ,
pengurusan tingkahlaku serta keupayaan untuk memproses maklumat.

Aktiviti berstruktur ialah aktiviti yang dirancang dan mempunyai matlamat serta direka
mengikut keupayaan perkembangan kanak-kanak. Aktiviti berstuktur untuk latihan kehidupan
harian,  boleh melibatkan penggunaan jadual waktu,. Bagi aktiviti baru ianya dipecahkan kepada
kompenan yang lebih kecil dan disertakan dengan arahan yang ringkas dan mudah difahami,
dalam bentuk tulisan dan gambar. Kegagalan melakukan aktiviti harian yang berstuktur , boleh
menyebabkan kanak kanak ADHD menjadi lebih agresif dan sukar dikawal.

Aktiviti yang membolehkan kanak-kanak tersebut melibatkan diri dan turut serta secara
aktif (Hands-On). Aktiviti seperti ini boleh meningkatkan penumpuan kanak-kanak, membantu
mereka untuk belajar tentang persekitaran. Antara contoh aktiviti yang boleh dibuat ialah
berkebun. Berkebun adalah aktiviti ringkas yang boleh dilakukan di dalam atau luar bilik darjah.
Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kefungsian tangan melalui pergerkana
mengangkat, mencungkil, mengorek tanah, menanam, menyiram tumbuhan. Selain itu
penyediaan tempat pameran reka bentuk dimana anak-anak ini melihat serta meneroka melalui
sentuhan. Ini lebih interaktif & memberi kesan berbanding dengan apa yang dilihat tanpa boleh
disentuh.

Aktiviti secara individu dapat merangsang focus murid berbanding kumpulan.  Di mana
kanak-kanak mungkin tidak dapat menapis banyak gangguan di sekelingnya. komukiasi secara
individu ini membolehkan guru menyediakan program yang bersesuaian dengan keperluan
kanak-kanak serta mengambil kira keadaan kanak-kanak tersebut.
Kaedah untuk interaksi antara kanak-kanak

Perhubungan Yang Terapeutik antara sesame murid dan guru penting untuk membantu
kanak-kanak tersebut mengenali kesan kehadiran dan perubahan dalam sesuatu aktiviti yang
dimainkan. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk berasa selamat dan percaya permainan yang
dimainkan itu boleh dipraktis. Mencipta suasana bergelak ketawa, mempamerkan sikap
penyayang antara murid normal dan bermasalah boleh melahirkan suasana gembira, dan kanak-
kanak juga akan lebih bersedia menerima arahan dan beinteraksi seterusnya melakukan aktiviti
untuk mencapai matlamat yang telah dirancang.

Guru perlu memberi arahan mudah dan jelas kepada pelajar yang bermasalah serta pelajat
normal. Selain merikan arahan yang mudah dan jelas, guru perlu menyebut nama anak terlebih
dahulu sebelum memberi arahan seperti berdiri atau duduk. Guru-guru juga dinsihatkan agar
kerap menggunakan isyarat (gesture) atau bahasa badan jika perlu.

Dalam menjalankan aktiviti, guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang digemari kanak-
kanak tersebut secara berulang-ulang. Ini kerana kanak-kanak autisme gemar melakukan sesuatu
aktiviti secara berulang-ulang. Oleh itu, penggunaan jadual bergambar amat diperlukan bagi
membantu kanak-kanak autisme melakukan rutin tersebut. Selain itu guru boleh mencipta
permainan/situasi yang paling diminati oleh kanak-kanak tersebut seperti bola, buih sabun,
muzik, air, pasir, lompat dan lain-lain.

Semasa bermain dan mengajar bersama, guru-guru serta murid normal hendaklah sentiasa
berhadapan sesama guru atau pun murid. Guru harus menuggu serta memerhati apabila anak
tersebut cuba hendak berkomunikasi (isyarat badan, bunyi tidak bermakna, ekspresi muka).
Selain itu guru perlu memberi respon kepada komunikasi yang cuba disampaikan oleh anak-anak
bermasalah pembelajaran.

Guru perlu memberi komen seperti kata-kata rangsangan bagi setiap perbuatan yang anak
anda sedang lakukan dengan intonasi suara untuk menarik minat anak tersebut.
Berikan pujian atau ganjaran yang konsisten jika anak anda membuat perkara yang
positifGanjaran negatif (seperti ‘time-out’) jika anak melakukan perkara yang tidak diingini.
Kesimpulan

Kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran akan menjadi dewasa. Cabaran


mereka menghadapi kehidupan akan bertambah dengan bertambahnya umur mereka. Antara
yang perlu diberi penekanan sebagai persediaan adalah untuk bekerja, berumahtangga dan hidup
bermasyarakat. Menjalani hidup sama seperti individu lain adalah hak semua orang, termasuk
mereka yang bermasalah pembelajaran. Adalah tanggungjawab ibubapa dan penjaga serta
keluarga dan masyarakat untuk memastikan mereka diberi hak serta peluang yang sama.

Secara kesimpulannya, murid bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam


pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Murid bermasalah
pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah
laku.

Penaksiran murid bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah


seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu,
penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa
penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada murid bermasalah
pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan

Kompetensi guru merupakan antara faktor penting dalam menjayakan segala matlamat
pendidikan yang telah ditetapkan oleh KPM. Pelaksanaan dasar sedia ada dan dasar baru
memerlukan guru yang berkompetensi. Kompetensi guru dan pihak sekolah memainkan peranan
penting dalam merealisasikan kemenjadian murid dalam kalangan murid pendidikan khas.
Semua pihak harus bekerjasama dalam usaha meningkatkan kualiti kemenjadian murid mengikut
hasrat dan impian negara. Penambahbaikan program-program yang telah sedia ada penting bagi
meningkatkan tahap kemenjadian dalam diri setiap murid yang berkeperluan khas secara
khususnya. Kesabaran yang tinggi diperlukan bagi setiap guru dalam menghadapi ragam murid
pendidikan khas. Kepelbagaian karenah mereka harus ditangani dengan berhemat dan bijaksana
supaya dapat membentuk tingkah laku murid yang positif.
Rujukan

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.


Putrajaya.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2010. Modul pentaksiran perkembangan muri di prasekolah.
Putrajaya: Kementerian Muridan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2010.Dokumen standard prasekolah: Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Muridan Malaysia.
http://www.hadd.ie/article/teaching-and-managing-children-adhd#sthash.qWuPi0HE.dpuf

http://www.sparkpe.org/blog/structured-activity-unstructured-activity#sthash.pLgFdnBx.dpuf

You might also like