You are on page 1of 120

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan yang terbaik menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap

kanak-kanak tanpa mengira etnik, tempat, atau latar belakang sosioekonomi

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012) selaras dengan definisi Pendidikan Khas

yang merujuk pada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik

untuk mengajar pelajar-pelajar istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk

mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana (Mohd Zur i

Ghani dan Aznan Che Ahmad, 2011).


2

Tulisan ialah lambang- lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk

bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbo l

bahasa dalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu

maksud. Menulis pula adalah proses memindahkan lambang- lambang bunyi yang

tersusun dan melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikas i

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini menginginkan dirinya sempurna dari segi

fizikal, mental, emosi dan sosial. Mereka ingin menikmati keindahan alam semulajad i,

ingin meneroka dunia ini dengan bebas tanpa sekatan dan gangguan, ingin membesar

dengan baik dan sempurna serta dapat bergaul mesra dengan keluarga, rakan sebaya

dan masyarakat. Murid istimewa ialah murid yang mempunyai keperluan khas

disebabkan oleh keadaan lahiriah, fikiran dan perasaan mereka yang luar biasa. Murid

ini mempunyai tingkah laku yang tersendiri mengikut jenis keluar biasaan atau

kecacatan yang dialami. Pertumbuhan dan perkembangan golongan pelajar ini tidak

semuanya mengikut normal pertumbuhan perkembangan biasa. Keupayaan

maksimum mereka jauh kurang atau lebih berbanding dengan murid biasa. Jamalia K.

A Mohamed (2005) mengklafikasi murid-murid berkeperluan khas atau murid

istimewa ini kepada rencatan akal, gangguan tingkahlaku, autisma, ganggua n

pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain.

Murid bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah

dikenalpasti dan disahkan oleh pakar-pakar professional klinikal sebagai mengala mi

kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh

dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak seperti kebolehan kognitif

tingkah laku (perkembangan sosial), penguasaan bahasa lisan (pertuturan) dan

membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran Matematik.


3

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran terdiri dari mereka yang mempunya i

masalah neurologikal terutamanya otak hingga menjejaskan pemahaman, penggunaa n

bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan sebagainya.

Malaysia mempunyai bilangan penduduk sebanyak 28 juta orang (Varet et. al. 2011)

(dlm. Seow, 2013). Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa -

Bangsa Bersatu, dianggarkan bahawa bilangan orang kurang upaya yang terdapat di

Malaysia ialah 2.8 juta orang. Namun demikian, bilangan orang kurang upaya yang

bendaftar dengan Jabatan Kebajiakan Masyarakat hanya dianggarkan 280 ribu orang

iaitu hanya 10 peratus sahaja daripada jumlah yang sepatutnya. Golongan ini perlu

diberi perhatian sewajarnya agar mereka tidak terasa diabaikan dan dipinggirka n.

Pergaulan dengan masyarakat juga tidak berlangsung dengan baik kerana keterbatasan

yang mereka alami dan kurangnya perhatian khusus untuk mereka dari pelbagai segi

menyebabka mereka semakin jauh kebelakang. Kemahiran yang ditekankan di dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia ialah kemahiran menulis .

Menurut Nathesan (2010), kemahiran menulis merupakan kemahiran yang agak

kompleks dan mencabar. Kemahiran ini juga digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi matapelajaran lain. Oleh itu, murid perlulah menguasai kemahiran

menulis ini. Kemahiran menulis merupakan asas yang terpenting untuk seorang murid

dalam meneroka ilmu di sekola dan persekitaran.

Menurut Ali Mahmood (2007), kemahiran menulis adalah merujuk kepada

keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui

pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalama n

peribadi yang dialami. Senario ini menyebabkan para guru berusaha menyediaka n

strategi- strate gi yang berkesan bagi menanga ni masalah ini de mi


4

meningka tka n pencapaian murid dalam peperiksaan Bahasa Malaysia, penulisa n

khususnya dan memartabatkan Bahasa Malaysia. Peranan tulisan adalah amat penting

bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan cara penulisa n

yang betul. Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusun ayat-ayat yang betul

dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak-kanak belajar menulis ialah

untuk meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan

tulisan bagi membolehkan mereka mengeja perkataan dengan lebih pantas dan

melahirkan fikiran serta perasaan yang sempurna dalam bentuk tulisan.

Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam akan menyukarkan guru menyemak

tugasan mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula

tulisan yang ditulis sendiri. Masalah ini menyebabkan tercetusnya idea kajian tindakan

yang dilaksanakan oleh pengkaji. Oleh itu, tujuan kajian tindakan ini dibuat adalah

untuk membantu murid berkeperluan khas menulis dengan cantik, kemas dan teratur.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai

kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu

menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran membaca.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berusaha untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada

Tuhan. Perkembangan unsur intelek, ciri kemahiran asas iaitu membaca, menulis,

mengira dan menaakul amat dititikberatkan (Bahagian Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia 2013-2025).

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel

atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan.
5

Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal. Definisi menulis

menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan

memakai pena seperti kalam, kapur, pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga

bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai

huruf, membuat surat atau mengarang.

Masalah menulis merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya

boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Isu ini

merupakan masalah yang umum bagi murid sekolah. Masalah kemahiran tulisan

mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah

pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Kanak-kanak berkeperluan khas sering

terikat dengan masalah Penguasaan Kemahiran Asas iaitu membaca, menulis, mengira

dan menaakul. Menurut Zuhayati Yazid (2010), Kajian Kesihatan dan Morbiditi

Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak-kanak atau 43 peratus kanak-kanak

mengalami masalah hiperaktif. Kanak-kanak tersebut merupakan golongan murid

Attention Deficit Hyperactif Disorder (ADHD) yang mengalami ketidakseimba nga n

sistem neuro di dalam otak yang menjadikan mereka sukar mengawal diri.

Menerusi pengubahsuaian dalam proses dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan adalah diharapkan dapat mengembangka n

kemampuan murid ADHD dalam program bermasalah pembelajaran sehingga

mencapai tahap maksimum. Perkembangan ini bermatlamat supaya mereka dapat

menikmati hidup yang setanding dengan murid normal. Namun begitu

pengubahsuaian tersebut perlu mengambil kira kekuatan dan kekurangan yang dimilik i
6

murid ADHD dan perkara ini ada kaitannya dengan aspek gaya pembelajaran mereka

yang berbeza-beza. Bermasalah pembelajaran merangkumi pelbagai ketidakupayaan

yang menyebabkan murid bermasalah pembelajaran yang juga terdiri daripada murid

ADHD adalah lambat berkembang bagi mencapai perkembangan yang normal.

Walaupun dunia pendidikan barat bertelagah tentang kategori murid ADHD yang

tidak dikategori sebagai murid bermasalah pembelajaran, namun terdapat banyak

pendapat menyatakan bahawa murid ADHD turut mengalami masalah dalam

pembelajaran.

Turkington dan Harris (2003), menyatakan kebanyakan murid ADHD

mengalami masalah dalam pembelajaran. Di samping itu, murid ADHD juga

mempamerkan simptom -simptom ketidakupayaan seperti sukar memberi tumpuan

dalam tempoh tertentu, gagal mematuhi arahan, bertindak tanpa berfikir, bergerak

secara keterlaluan dan sukar duduk di satu-satu tempat dalam tempoh yang panjang.

Merujuk kepada ketidakupayaan tersebut yang menjadi halangan kepada pencapaian

objektif pengajaran dan pembelajaran,

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan

atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika

zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan dan terlalu aktif

berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat

perkembangan yang normal. Murid ini memerlukan kurikulum yang khusus dan

kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Permasalahan ini


7

pastinya dapat diatasi dengan cara mengenalpasti dan memberi penekanan kepada

gaya pembelajaran murid-murid tersebut. Di samping itu, murid ADHD juga dapat

memahami kecenderungan kekuatan dan kelemahan sendiri dalam gaya pembelajaran

yang diamalkan oleh mereka. Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, (2011)

menyatakan kebanyakan murid yang mengalami masalah ADHD lemah dalam

pencapaian akademik. Hal ini ada kaitannya dengan ketidakupayaan yang mereka

alami seperti sukar memberi tumpuan, kurang kawalan diri, kesukaran menjala ni

aktiviti peralihan, mudah terangsang dengan tingkahlaku agresif, pelupa dan

mengalami perasaan mudah kecewa. Di samping itu, murid ADHD juga memiliki sifat

yang positif seperti bersifat kata hati, sifat ingin tahu dan mempunyai bakat tertentu.

Langkah mengintegrasikan gaya pembelajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran murid ADHD dijangkakan dapat membantu mereka menangani masalah

yang dihadapi dan membantu perkembangan tingkah laku pembelajaran seterusnya

meningkatkan prestasi akademik murid. Secara tidak langsung, integrasi atau

kesepaduan gaya pembelajaran menjadi sebagai salah satu langkah psikoterapi yang

berkesan bagi mengurangkan permasalahan murid ADHD. Gaya pembelajaran

terbentuk kerana proses pembelajaran adalah proses yang kompleks. Menurut Mohd

Sharani Ahmad (2004), proses pembelajaran adalah suatu aktiviti yang kompleks

kerana banyak perkara sebenarnya berlaku serentak pada masa yang sama.

Pembelajaran lebih merujuk kepada perubahan tingkah laku (Hergenhahn dan Olson,

2001). Kanak-kanak berkeperluan khas sering dikaitkan dengan permasalahan tingkah

laku. Tahap kefungsian mereka yang rendah mendorong timbulnya permasalaha n

tingkah laku dalam kalangan mereka. Pelbagai masalah ditimbulkan sama ada semasa

berada di dalam kelas, di luar kelas mahupun di rumah. Oleh sebab itu, guru
8

Pendidikan Khas dikehendaki menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai bagi mengurangkan masalah tingkah laku dan membaik i

cara penulisan dalam kalangan murid Pendidikan Khas.

Kajian ini dijalankan di Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah

di Melaka. Masalah tulisan murid yang menimbulkan kerisauan dan kebimbanga n

serta pengurusan tingkah laku yang dijalankan adalah bertujuan mengurang dan

membaiki tingkah laku positif semasa pengajaran menulis dilakukan. Tingkah laku

negatif murid suka berjalan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan

pembelajaran sedang dijalankan, mengganggu murid lain, bercakap di luar topik

semasa guru mengajar dan mengganggu guru semasa pembelajaran berjalan di dalam

bilik darjah. Perubahan ini perlu dilakukan untuk mendidik murid memberika n

tumpuan pada pengajaran menulis yang djalankan. Jika murid tidak menguruska n

tingkah laku mereka dengan baik di dalam bilik darjah, ini akan menjejaskan pelajaran

dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Ini

menjelaskan bahawa matlamat program pendidikan khas adalah untuk menyediaka n

perkembangan yang optimum kepada murid bermasalah pembelajaran agar mereka

dapat menjalani kehidupan sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan,

boleh merancang, mengurus kehidupan harian, dan boleh menyesuaikan diri dengan

masyarakat. Falsafah ini juga menegaskan peluang mengembangkan intelektua l,

afektif dan kemahiran psikomotor, aspek moral, pembentukan personaliti dan

perkembangan estetika serta perkembangan sumber manusia bersesuaian dengan

perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. Ini adalah bertepatan dengan


9

matlamat pendidikan khas yang antaranya bertujuan untuk menyuburkan intelek,

emosi, sosial dan jasmani serta kekuatan-kekuatan pelajar bermasalah pembelajaran.

Gaya pembelajaran menjadi cabaran kepada pendidikan murid bermasalah

pembelajaran khususnya murid ADHD mempamerkan kombinasi ketidakupayaan

dalam dua dimensi iaitu fungsi kognitif dan tingkahlaku melibatkan kurang tumpuan,

impulsif dan tingkahlaku hiperaktif. Justeru pengenalpastian gaya pembelajaran murid

ADHD adalah penting bagi memastikan guru memberi pengajaran yang bertepatan

dengan cara, keperluan dan kemampuan mereka belajar. Dengan kata lain,

perancangan dan perlaksanaan strategi pengajaran akan lebih berkesan apabila

mengambil kira gaya pembelajaran murid sebagai langkah memastikan murid ADHD

dapat belajar dalam lingkungan kemampuan mereka dan mewujudkan suasana

pembelajaran yang berkesan dan mengembirakan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berusaha untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Perkembangan minda melalui unsur intelek, ciri

kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul amat dititikberatka n

(Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2006).

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh

murid bermasalah pembelajaran. Kemahiran menulis juga merupakan kemahiran

kognitif yang kompleks dan mencabar bagi murid yang mengalami masalah menulis.

Kebanyakan murid bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan Khas Masalah

Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis

ataupun tulisan mentalis. Masalah kemahiran tulisan mekanis merupakan satu


10

daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah pembelajaran (Abdulla h

bin Yusof, 2006).

Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang

betul, kemas, cantik dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot

tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan. Kemahiran menulis

secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu

di peringkat pra sekolah dan Tahap Satu sekolah rendah iaitu Tahun Satu hingga Tahun

Tiga. Murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran biasanya menunjukka n

penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah. Mereka didapati

sukar menulis huruf-huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf

yang salah (Yasmin Hussain, 2013).

Kemahiran menulis secara mentalis pula adalah kemahiran menulis untuk

pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita dan sebagainya. Kemahiran ini

melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan- latihan yang berterusan

sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. Kemahiran menulis secara

mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka

menguasai kemahiran menulis secara mekanis (Kamaruddin Hj. Husin, 2010).

Murid masalah pembelajaran kategori hiperaktif sering mengalami masalah

menulis. Hiperaktif ini adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang

mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih

mempunyai tumpuan yang pendek dan lemah. (Jamilah, 2005). Gangguan hiperaktif

dan kurang tumpuan murid ADHD merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang
11

berlaku pada zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri kurang tumpuan, keadaan

hiperaktif yang kerap dan teruk berbanding biasa (Azizi Yahaya, 2006). Menyedari

kepentingan kemahiran menulis walaupun dalam kalangan murid pendidikan khas,

pengkaji rasa bertanggungjawab dan berminat untuk membantu seorang murid ADHD

agar dapat menguasai kemahiran menulis huruf dengan betul, kemas dan teratur.

Pengkaji telah melaksanakan ansur maju semasa menjalankan pengajaran dan

pembelajaran dan menggunakan bahan bantu belajar Kit Ansur Maju untuk mengatas i

masalah menulis murid. Kit Ansur Maju ini dibina sendiri oleh pengkaji untuk

merawat masalah yang dihadapi oleh murid ADHD.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pendidikan merupakan satu bidang yang melibatkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Bidang ini telah menjadi keutamaan dalam peranan seseorang guru

yang merujuk kepada tanggungjawab yang utama iaitu memastikan semua murid

menerima pengajaran yang berkesan seterusnya dapat belajar dengan cemerlang.

Transformasi pendidikan telah membawa banyak perubahan termasuk kesedaran dan

persepsi guru-guru yang semakin menyedari pentingnya mereka mengenal pasti

bagaimana proses pembelajaran dan gaya pembelajaran seseorang murid itu berlaku.

Kesedaran ini wujud daripada aspirasi seseorang guru itu bagi mempertingkatka n

kualiti pengajarannya dan seterusnya meningkatkan kualiti tingkahlaku pembelajaran

seseorang murid dengan lebih baik dan akhirnya dapat mempertingkatkan kualiti

pencapaian murid. Ini bererti antara cabaran utama pendidikan khas khususnya
12

program bermasalah pembelajaran pada masa kini adalah untuk mengenal pasti gaya

pembelajaran murid bermasalah pembelajaran khususnya murid ADHD agar proses

pengajaran dapat disampaikan sepadan dengan gaya pembelajaran murid tersebut.

Bermasalah pembelajaran merangkumi pelbagai ketidakupayaan yang menyebabkan

murid bermasalah pembelajaran yang juga terdiri daripada murid ADHD adalah

lambat berkembang bagi mencapai perkembangan yang normal. Walaupun dunia

pendidikan barat bertelagah tentang kategori murid ADHD yang tidak dikategori

sebagai murid bermasalah pembelajaran, namun terdapat banyak pendapat

menyatakan bahawa murid ADHD turut mengalami masalah dalam pembelajaran.

Pendapat Turkington dan Harris (2003), yang menyatakan kebanyakan murid

ADHD mengalami masalah dalam pembelajaran. Di samping itu, murid ADHD juga

mempamerkan simptom-simptom ketidakupayaan seperti sukar memberi tumpuan

dalam tempoh tertentu, gagal mematuhi arahan, bertindak tanpa berfikir, bergerak

secara keterlaluan dan sukar duduk di satu-satu tempat dalam tempoh yang panjang.

Merujuk kepada ketidakupayaan tersebut yang menjadi halangan kepada pencapaian

objektif pengajaran dan pembelajaran yang kompleks. Menurut Mohd Sharani Ahmad

(2004), proses pembelajaran adalah suatu aktiviti yang kompleks kerana banyak

perkara sebenarnya berlaku serentak pada masa yang sama .

Terdapat tiga kategori murid masalah pembelajaran belajar di dalam bilik

darjah yang dipilih sebagai lokasi kajian. Murid di dalam bilik darjah seramai lima

orang murid yang terdiri dari murid ADHD, lembam dan ketidakupayaan intelektua l..

Seorang murid dikesan menghadapi masalah membentuk huruf dengan cara yang betul
13

dan tidak meletakkan huruf di atas garisan. Walaupun perkataan yang ditulis boleh

dibaca namun tulisannya tidak kemas dan tidak teratur.

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku pengkaji mendapati murid ini

tidak memberi tumpuan dan gelisah. Masri (bukan nama sebenar) suka menarik

perhatian guru untuk memberikan tumpuan padanya. Pengkaji telah meminta bantuan

Pembantu Pengurusan murid mengawal tingkahlaku murid supaya dapat melihat cara

guru menulis dan membentuk huruf di papan putih sebagai panduan semasa

pengajaran di bilik darjah.

Rasional pengkaji memilih Masri kerana murid ini boleh menulis huruf,

mengenal huruf, suku kata KV dan boleh menyalin perkataan di dalam buku dan juga

daripada papan putih walaupun tulisan tidak teratur dan kemas. . Pengkaji ingin

membantu Masri memperkemaskan tulisan dengan cara membentuk huruf arah

pergerakan tangan dengan betul dan meletakkan huruf di atas garisan yang disediakan

dengan menggunakan latihan ansur maju.

Lina Ping Madang (2010), telah menggunakan kaedah latih tubi dalam

membantu peserta memantapkan kemahiran menulis huruf. Beliau telah menerapkan

salah satu prinsip pembelajaran yang diperkenalkan oleh Thorndike (1911) iaitu

hukum latihan. Hukum latihan menegaskan bahawa hubungan rangsangan dan gerak

balas akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak.

Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd.Nor (2005). menjalankan kajian ke

atas seorang peserta kajian yang mengalami masalah dalam menulis iaitu menulis suku
14

kata dan abjad secara terbalik. M e la lui kajian yang dilakukan, beliau telah

menggunakan b e b e r a p a kaedah, pendekatan d a n teknik yang sesuai bagi mengatas i

masalah itu. Teknik yang digunakan ialah teknik latih tubi secara ansur untuk merawat

permasalahan yang berlaku.

Hukum Latihan Thorndike (Mok Soon Sang, 2008), menyatakan bahawa

pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan latih

tubi, aplikasi serta aktiviti pengukuhan yang berterusan diberikan kepada murid.

Menurut Kamaruddin Hj. Husin (2001), teknik latih tubi merupakan aktiviti

pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Menurut beliau lagi, kaedah

pengulangan ialah proses mengingati sesuatu perkara secara berulang kali ataupun

berterusan. Kaedah pengulangan ini dapat menajamkan ingatan dan menambahka n

kefahaman murid apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian yang dijalankan oleh Norizan Esa (2005), menunjukkan bahawa

mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah

ansur maju membolehkan kanak-kanak mampu menulis dengan lebih kemas, teratur

serta kurang melakukan kesilapan dalam penulisannya.

Kebaikan menggunakan pengajaran secara ansur maju antara lainnya ialah

guru dapat mengajar secara berperingkat dan menegaskan butiran mengajar secara

terperinci bagi setiap peringkat. Guru juga dapat mengenal pasti kesalahan yang

dilakukan pada setiap peringkat dan membetulkannya dengan segera dan guru dapat

memberi tunjuk cara bagi setiap langkah serta menjelaskan kaitan antara setiap
15

peringkat dan langkah. Murid pula dapat mengenalpasti setiap langkah aktiviti dengan

jelas, mengetahui kesilapan yang dilakukan dan dapat melihat pertalian antara satu

langkah dengan langkah yang lain.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Pengkaji menengahkan masalah yang dihadapi oleh seorang murid ADHD pendidikan

khas dari kelas Istimewa Tiga. Masalah yang dihadapi oleh murid itu ialah tulisa nnya

seperti cakar ayam, buruk, tidak kemas, bengkang bengkok, tidak menulis mengik ut

garisan dan saiz antara perkataan tidak sama. Murid tersebut menulis tidak di atas baris

garisan yang terdapat di dalam buku tulis yang disediakan. Tulisan mereka juga sukar

untuk dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan yang sering di dapati dalam kalangan

murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak betul, kedudukan tangan dan buku

yang tidak betul, saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan

yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.

Kajian tindakan yang dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid

menulis dengan teratur dan kemas. Cara ansur maju diperkenalkan dengan mengajar

murid mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan

langkah paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga

mereka menguasai kemahiran menulis. Tiga instrumen seperti Rancangan Pendidikan

Individu (RPI), Kit Ansur Maju, Pemerhatian, dan rakaman gambar telah digunakan

untuk mengumpul data kajian. Data kemudian dianalisis menggunakan peratus dan
16

graf peningkatan di dalam senarai semak yang dilakukan terhadap peserta kajian.

Pengkaji berpendapat pengajaran secara ansur maju mempunyai kesan dalam

membaiki tulisan murid. Kebanyakan guru Pendidikan Khas berpandangan

pengajaran melalui ansur maju yang dipilih sesuai dalam membaiki tulisan tulisan

murid ini agar menjadi kemas dan teratur. Pengajaran melalui ansur maju menekankan

cara menguasai sesuatu kemahiran itu secara beransur-ansur.dalam tempoh waktu

yang diinginkan oleh pengkaji. Ini merupakan satu cara murid mempelajari sesuatu

kemahiran itu bermula dari langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang

lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya

Setelah masalah peserta kajian telah dikenalpasti, pengkaji telah memilih untuk

menjalankan tiga tindakan iaitu pemerhatian, penelitian dokumen dan menanda

senarai semak sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pemerhatian secara tidak berstruktur yang dilakukan adalah melalui gambar semasa

peserta kajian melaksanakan aktiviti menulis, penelitian dokumen iaitu laporan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang ditulis oleh guru mata pelajaran Bahasa

Malaysia dan senarai semak masalah tulisan yang ditunjukkan peserta kajian semasa

menulis bersama guru mata pelajaran.

Hasil pemerhatian dan hasil kerja serta penulisan peserta kajian, pengkaji

mendapati peserta kajian telah melakukan beberapa kesilapan iaitu membentuk huruf

bermula dari bawah ke atas, tidak meletakkan huruf di atas garisan dengan betul dan

telah mencampurkan huruf besar dan kecil dalam perkataan. Perkataan yang ditulis

oleh peserta kajian masih boleh dibaca tetapi pengkaji mendapati masalah menulis
17

yang ditunjukkan perlu diatasi kerana peserta kajian telah berusia sebelas tahun, tiada

masalah motor halus dan motor kasar dan boleh mengikuti arahan.

ADHD merujuk kepada kepelbagaian kurang upaya kognitif, psikiatrik,

pendidikan, emosi, dan sosial (Supiah Saad. 2003). Aspek-aspek tersebut adalah

berkaitan dengan sistem neurologi. Secara khususnya menunjukkan bahawa murid

ADHD adalah golongan yang mengalami kecelaruan sistem neurologi. Akibat

daripada kecelaruan tersebut menyebabkan mereka mengalami kurang upaya untuk

memberi tumpuan, mematuhi arahan dan mengawal tingkah laku yang dianggap

keterlaluan yang telah menjadi gangguan kepada aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Oleh yang demikian, tanpa menilai gaya pembelajaran yang digemar i

murid ADHD, guru didapati sering berkecenderungan mengawal dan menghadka n

aktiviti pengajarannya kerana terganggu dengan ciri-ciri murid ADHD. Menurut

Saadiah Ahmad (2012), ciri-ciri ADHD pada seseorang murid merupakan antara

faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah akademik dan tingkah laku di

sekolah. Ciri-ciri murid ADHD yang telah dikenalpasti mengganggu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran ialah tidak dapat memberi tumpuan kepada aktiviti

pengajaran, bergerak atau merayau-rayau tanpa tujuan di dalam kelas, berusaha

mendominasi perhatian guru, mudah bertindak agresif, sukar mematuhi arahan, dan

sukar menyelesaikan tugasan dengan baik. Pengkaji juga telah melihat laporan

penilaian yang ditulis oleh guru Bahasa Malaysia dalam borang RPI juga menunjukka n

masalah yang sama semasa kemahiran menulis dilaksanakan. Peserta telah

membentuk huruf dengan cara yang salah walaupun guru telah menulis satu persatu
18

huruf di papan putih. Laporan penilaian murid telah direkodkan oleh guru berkenaan

di dalam borang Lampiran RPI/PKBP/3 selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji juga telah mendapatkan maklumat tingkah laku peserta kajian

daripada guru matapelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan borang soal selidik

tingkah laku. Item-item soalan diperolehi daripada Buku Garis Panduan Pelaksanaan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 2009, Lampiran RPI/PKB/2. Tujuan soal

selidik diberi untuk mengenalpasti masalah tingkah laku yang mengganggu

pembelajaran peserta kajian yang menyebabkan berlakunya kesalahan semasa

menulis.

Dapatan daripada soal selidik tingkah laku daripada guru matapelajara n,

pengkaji telah mengenalpasti bahawa peserta kajian memiliki ciri-ciri ADHD seperti

kurang tumpuan, gelisah, berkhayal atau termenung. Pengkaji juga mendapati peserta

kajian akan berwajah murung apabila tidak cukup tidur dan mudah menangis. Peserta

kajian akan mengamuk jika ditegur oleh guru atau kawan-kawan. Emosi yang tidak

stabil menyebabkan peserta kajian tidak dapat memberi tumpuan dan tidak turut serta

dalam aktiviti yang dirancang oleh pengkaji. Namun apabila diberi masa bertenang

dan pengkaji menggunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatiannya, pengkaji

mendapati peserta kajian ingin turut serta dalam aktiviti yang

dijalankan pada waktu itu.


19

Gambar 1.1: Lembaran Kerja Peserta Kajian

Gambar 1.1 menunjukkan lembaran kerja peserta kajian. Melalui pemerhatia n

pengkaji dari tulisan di atas, peserta kajian melakukan kesalahan menulis di atas

garisan, dan tulisan yang tidak sekata ketinggiannya. Peserta kajian kelihatan seperti

melihat apa yang ditulis oleh guru di papan putih dan berminat pada pengajaran dan

pembelajaran guru tetapi apabila latihan menulis diberikan peserta kajian tidak

membentuk huruf dengan cara yang betul, menulis di atas garisan secara tinggi dan

rendah, menulis huruf dalam jarak yang tidak kemas dan menulis huruf dengan tidak

konsisten. Pengkaji telah meminta peserta kajian menulis semula huruf berkenaan

berulang kali. Pengkaji telah memilih kaedah latih secara tubi secara ansur maju untuk

mengukuhkan pengamatan dan ingatan peserta kajian.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah

penggunaan bahan bantu belajar yang tidak menarik minat peserta kajian. Apabila

peserta kajian dalam emosi yang tidak baik, penggunaan buku tulis dan pensel tidak

menarik minatnya untuk menulis, akibatnya peserta kajian akan menangis, mengamuk
20

dan menulis sambil lewa. Peserta kajian tidak memberi kerjasama dalam situasi ini

dan hasil tulisannya tidak kemas. Pemilihan bahan bantu belajar yang menarik perlu

diberi perhatian oleh guru semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kepada murid pendidikan khas. Murid ADHD cepat merasa jemu dengan gaya

pembelajaran yang sama pada setiap hari.

Peserta kajian juga sering menjerit di dalam bilik darjah apabila diusik oleh

murid lain. Perkara yang kecil sekalipun seperti memanggil namanya sahaja oleh

murid lain, boleh menyebabkan peserta kajian mengamuk dan menangis. Situasi ini

menyebabkan aktiviti pengajaran guru kerap terganggu dan tumpuan murid itu akan

hilang fokusnya. Inilah di antaranya penyebab cara menulis peserta kajian yang buruk

dan tidak kemas dihasilkan.

Tumpuan peserta kajian yang singkat pada pengajaran guru menjadi penyebab

kepada masalah menulis yang dihadapi. Peserta kajian ADHD yang sukar

memberikan tumpuan pada pengajaran guru. Peserta kajian mudah bosan dengan gaya

pembelajaran yang kurang menarik dan tidak menarik minatnya. Ini menyebabkan

peserta kerap ingin ke bilik air, keluar dari bilik darjah, kerap berjalan dan kerap

mengganggu pembelajaran di dalam bilik darjah.

Penggunaan alat bantu belajar (ABM) dalam pengajaran, membolehkan murid

bukan sahaja boleh melihat pergerakan yang dilakukan tetapi murid juga dapat

membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti penulisan. Keadaan

ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bertenaga dan dapat

menarik minat murid untuk belajar (Mohd.Aris, Siti Fatihah dan Asmah,
21

2004). Melihat kepada pentingnya penggunaan bahan bantu belajar, pengkaji telah

membina sebuah Kit Ansur Maju dan diguna oleh peserta kajian untuk membentuk

huruf kecil dan besar, membaiki ruang antara huruf dan menulis di atas garisan dalam

kemahiran menulis. Kit Ansur Maju ini juga dapat mengurangkan masalah tingkah

laku peserta kajian semasa mengikuti aktiviti menulis.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Murid ADHD merupakan kelompok murid bermasalah pembelajaran yang

memerlukan metodologi pengajaran untuk menggalakkan mereka belajar dengan lebih

baik dan ini bergantung pada keupayaan guru mengenal pasti gaya pembelajaran

mereka. Adalah penting memahami bagaimana tingkah laku, kurang tumpuan dan

impulsif mempengaruhi tingkah laku pembelajaran murid ADHD agar guru dapat

memilih strategi pengajaran yang sesuai untuk menangani permasalahan ini. Murid

diajar dengan pembelajaran yang seronok tanpa memaksa menyebabkan mereka

mudah memperoleh dan memahami maklumat pembelajaran dengan lebih berkesan.

Jika guru memahami bagaimana murid ADHD belajar dengan lebih baik, mereka akan

dapat merekabentuk pengajaran yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Kemahiran

menulis perlu dikuasai oleh murid-murid secara berperingkat-peringkat mengik ut

kesediaan dan keupayaan mereka. Kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan

kemahiran membaca. Tulisan yang tidak kemas dan teratur sukar untuk dibaca.

Masalah untuk menguasai kemahiran menulis di peringkat tulisan mekanis perlu

diberi perhatian walaupun kepada murid masalah pembelajaran.


22

Semua individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, yang

mempengaruhi pemikiran, sikap dan pendekatan seseorang individu terhadap

pembelajaran dan cara memproses maklumat (Reif, 2007). Menurut Shahabuddin

Hashim dan Rohizani Yaakub (2003), gaya pembelajaran adalah penting untuk dikaji

kerana gaya pembelajaran dimiliki oleh murid secara individu adalah tidak sama..

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri yang harus dieksploitas i

sepenuhnya bagi meningkatkan pencapaian semua murid. Kepentingan kajian kepada

murid berpendidikan khas supaya murid menguasai kemahiran menulis huruf dengan

cara yang betul dan boleh menghasilkan tulisan yang kemas dengan menggunakan Kit

Ansur Maju. Disamping itu, pengajaran secara ansur maju juga digunakan kerana

murid ADHD mengalami masalah untuk memberi tumpuan yang lama maka dengan

kaedah itu murid akan diberi masa untuk menyiapkan kerja dan murid tidak merasa

bosan, tetapi sekiranya berjaya menyiapkan kerja yang diberi dengan cepat merupakan

satu kejayaan bagi diri mereka. Pengajaran secara ansur maju dengan menggunaka n

Kit Ansur Maju boleh diguna oleh guru-guru mata pelajaran lain dalam pengajaran

dan pembelajaran kerana bahan dalam Kit Ansur Maju boleh ditukar ganti mengik ut

keperluan murid.

Hasil daripada kajian amat penting pada Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM). Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai penambahbaik kepada pihak

kementerian pendidikan dalam membekalkan bahan bantu mengajar kepada guru dan

bahan bantu belajar yang bersesuaian untuk murid pendidikan khas supaya dapat

dimanfaatkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian pintar antara

(KPM) dan pihak-pihak lain dalam mempertingkatkan profesion keguruan seperti


23

latihan dan kursus berfokus mengikut kategori murid masalah pembelajaran agar guru-

guru lebih berilmu dan mahir dalam pedagogi.

Kajian tindakan ini juga amat penting pada Jabatan Pendidikan Melaka, kerana

hasil dari tindakan ini dapat digunakan pada semua sekolah di negeri Melaka untuk

memperbaki masalah tulisan yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan khas terhadap

murid di sekolah masing- masing. Murid pendidikan khas boleh belajar jika kena

dengan caranya dan pengajaran yang dilakukan oleh guru mereka.

Kajian ini juga amat penting pada Jabatan Pendidikan Daerah di negeri

Melaka. Melalui dapatan kajian ini, boleh digunakan pada semua sekolah di daerah

masing- masing untuk membantu masalah murid pendidikan khas dalam aktiviti

penulisan. Bahan Kit Ansur Maju yang dihasilkan ini juga boleh dijadikan panduan

pada semua guru untuk memperbaiki teknik pengajaran masing-masing dan juga pihak

guru boleh melakukan inovasi yang terbaru dengan mengubahsuaikan bahan-bahan

mengikut kreativiti guru-guru masing-masing.

Kajian ini juga amat penting pada sekolah pengkaji kerana dapat membantu

mengurangkan masalah tulisan yang dihadapi oleh murid pendidikan khas. Pengkaji

rasa terpanggil untuk membantu mengurangkan permasalahan yang dihadapi oleh

murid serta guru yang mengajar Bahasa Malaysia dan mata pelajaran yang lain di

sekolah pengkaji. Kit Ansur Maju dapat membantu murid di aliran perdana dan juga

pendidikan khas dalam memperbaiki cara penulisan masing- masing.


24

Kepentingan kajian ini pada guru dan murid adalah dapat membantu mereka

mengatasi masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat

menggunakan Kit Ansur maju dalam pengajarannya untuk mempelbagaikan teknik

pengajaran menulis dan seterusnya menarik minat murid untuk memberikan perhatian

di dalam bilik arjah. Murid dapat belajar cara yang mudah secara ansur maju

memperbaiki masalah tulisan yang dihadapi oleh mereka.

Bagi ibu bapa pula, kepentingan kajian ini menjadi satu wadah perkongsian

ilmu untuk membantu anak mereka menguruskan tingkah laku dan emosi semasa

menjalani aktiviti harian bersama-sama. Pembelajaran secara ansur maju yang

dijalankan oleh guru di sekolah boleh dipraktikkan di rumah. Ibu bapa perlu bersabar

semasa memberi tunjuk ajar dan gunakan perkataan dan arahan yang mudah difaha mi

supaya anak ini tidak merasakan diri sebagai beban kepada ibu dan bapa mereka.

Banyak maklumat dan dapatan diperolehi hasil daripada kajian penyelidika n.

Maklumat tersebut boleh dijadikan bahan perkongsian ilmu kepada semua pihak yang

terlibat dalam memastikan hak-hak pendidikan murid kurang upaya diberi sama rata

seperti murid di arus perdana. Murid pendidikan khas juga memerlukan satu bentuk

pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka. Dapatan ini pastinya

amat dinanti untuk diaplikasikan terhadap murid pendidikan khas yang sentiasa

dahagakan ilmu pengetahuan yang terkini dan dapat membantu mereka belajar untuk

menguasai kemahiran yang diajarkan oleh guru.


25

1.5 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian dihasilkan melalui pernyataan masalah yang telah dikenalpasti oleh

pengkaji dan turut merangkumi pembentukan persoalan kajian. Kajian ini dijalankan

ke atas seorang murid lelaki berumur 11 tahun yang disahkan oleh pegawai perubatan

mengalami masalah pembelajaran kategori Attention Deficit Hyperactif Disorder

(ADHD), yang belajar di sekolah pengkaji. Peserta kajian mengalami masalah

kemahiran menulis mekanis. Dia sering melakukan kesilapan untuk membentuk huruf

dengan cara yang betul, jarak antara huruf dan tidak meletakkan huruf di atas garisan.

Kesilapan itu menjadikan tulisan peserta tidak teratur dan tidak kemas. Kajian ini juga

bertujuan untuk mengubah proses penulisan secara fizikal dan perubahan tingkah laku

Masri. Pengkaji rasa terpanggil untuk membuat kajian tindakan mengatasi masalah

yang dihadapi oleh peserta. Sepanjang tempoh menjalankan kajian ini, pengkaji hanya

memfokuskan terhadap masalah utama iaitu membentuk huruf dengan cara yang betul,

jarak antara huruf, dan menulis di atas garisan.

1.6 OBJEKTIF UMUM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis mekanis murid

seterusnya dapat menulis perkataan di atas garisan dengan teratur dan kemas.

1.7 OBJEKTIF KHUSUS


26

1. Murid boleh membentuk huruf dengan cara yang betul di atas garisan

menggunakan Kit Ansur Maju.

2. Murid boleh menulis ayat pendek dengan jarak antara ruang huruf dengan baik

menggunakan kaedah ansur maju.

3. Penggunaan Kit Ansur Maju boleh membantu guru dalam meningkatka n

kemahiran menulis mekanis murid ADHD.

1.8 PERSOALAN KAJIAN

1. Kit Ansur Maju dapat membantu murid membentuk huruf dengan cara yang

betul di atas garisan.

2 Kaedah ansur maju dapat membantu murid menulis huruf dengan jarak yang

betul antara huruf.

3. Amalan penggunaan Kit Ansur Maju dapat membantu guru meningkatka n

kemahiran menulis mekanis murid ADHD.

1.9 ANALISIS MASALAH

Pengkaji juga telah membina bahan bantu belajar Kit Ansur Maju untuk membantu

peserta kajian menambahbaik bentuk tulisan dengan menggunakan kaedah latih tubi

dan ansur maju. Hasil daripada penggunaan bahan bantu belajar Kit Ansur Maju

dilihat dapat membantu pengkaji menambahbaik bentuk huruf dan mengatasi masalah

tingkah laku peserta kajian.


27

Setelah membuat pemerhatian terhadap masalah peserta kajian, pengkaji telah

mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan berlakunya tulisan yang buruk, tidak

teratur, tidajk kemas, serta sukar dibaca. Terdapat beberapa perkara yang

menyebabkan berlakunya masalah kemahiran menulis peserta kajian setelah dibuat

kajian oleh pengkaji. Peserta kajian adalah murid ADHD. bertingkahlaku gelisah,

berkhayal dan kurang tumpuan. Peserta kajian kerap melakukan kesalahan semasa

menulis. Masalah tingkahlaku yang sukar di kawal ini telah melambatkan proses

pembelajaran peserta kajian di dalam bilik darjah. Gangguan yang dilakukan semasa

pengajaran guru mengganggu tumpuan peserta kajian dan juga mengganggu murid

lain semasa pembelajaran. Situasi ini membangkitkan emosi kemarahan guru dan

murid lain menyebabkan keadaan bilik darjah menjadi tidak terkawal. Masalah

penulisan yang ketara ini merangkumi masalah ejaan, penggunaan baris yang tidak

betul serta penggunaan ruang pada setiap ayat yang tidak sesuai iaitu jarak antara

setiap ayat amat dekat. Terdapat tiga masalah ketara yang dihadapi oleh peserta iaitu

masalah ejaan dalam setiap aktiviti pada lembaran kerja yang diberikan, didapati satu

daripada dua barisan ayat mempunyai masalah ejaan, dalam penggunaan baris, peserta

kajian tidak tahu bila menggunakan baris yang sepatutnya iaitu menulis di atas garisan

dan akhir sekali masalah ruang dalam penulisan. Ruang pada ayat yang disalin atau

dibina iaitu jarak antara dua perkataan amat dekat dan sukar untuk dibezakan. Ini

menunjukkan tulisan tangan peserta kajian. Hasil pemerhatian daripada lembaran kerja

menunjukkan berapa kelemahan yang diperolehi. Huruf tidak seragam, ruang yang

tidak baik serta mempunyai beberapa kesalahan ejaan dan perkataan yang tidak

lengkap.
28

Pengkaji telah membina bahan bantu belajar Kit Ansur Maju untuk membantu

peserta kajian menambahbaik bentuk tulisan dengan menggunakan ansur maju. Hasil

daripada penggunaan bahan bantu belajar Kit Ansur Maju diharap dapat membantu

pengkaji menambahbaik bentuk huruf dan mengatasi masalah tingkah laku peserta

kajian. Kit Ansur Maju juga diharapkan dapat membentuk sifat yakin pada diri

terhadap peserta dalam pembelajaran bersama rakan sekelasnya nanti.

Gambar 1.2: Lembaran kerja peserta kajian

Gambar 1.2 menunjukkan latihan yang ditulis oleh peserta kajian dalam

pelajaran yang lepas. Hasil pemerhatian berdasarkan tulisan ayat peserta membuktika n

bahawa peserta menghadapi masalah menulis di atas garisan dan jarak antara huruf

amat rapat. Peserta tidak dapat mengagak jarak antara huruf yang perlu ditulis, begitu

juga cara tulisan peserta di atas garisan. Cara penulisan seperti ini menyebabkan

tulisannya tidak kemas dan sukar dibaca oleh guru.


29

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah

penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak menarik minat peserta kajian. Apabila

peserta kajian dalam emosi yang tidak baik, penggunaan buku tulis dan pensel tidak

menarik minatnya untuk menulis. Peserta kajian tidak memberi kerjasama dan hasil

tulisannya tidak kemas. Pemilihan bahan bantu belajar yang tidak menarik minat

peserta kajian perlu diberi perhatian oleh guru semasa merancang aktiviti pengajaran

dan pembelajaran kepada murid pendidikan khas. Murid ADHD cepat merasa jemu

dengan gaya pembelajaran yang sama pada setiap hari.

Peserta kajian juga sering keluar dari bilik darjah untuk ke bilik air. Kekerapan

pergi ke bilik air menyebabkan berlaku gangguan pada peserta kajian dan juga pada

murid lain. Inilah di antaranya penyebab kurang tumpuan pada pengajaran menulis

yang dijalankan oleh guru dan tidak dapat diikuti oleh peserta kajian. Situasi ini

menyebabkan cara menulis peserta kajian yang buruk dan tidak kemas.

Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam pengajaran, membolehka n

murid bukan sahaja boleh melihat kelainan yang dilakukan guru dalam pengajaran

tetapi juga murid dapat membantu membaiki kesalahan yang dilakukan semasa

menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih bertenaga dan dapat menarik minat murid untuk

belajar (Mohd. Aris, Siti Fatihah dan Asmah, 2004). Melihat kepada penting

penggunaan bahan bantu belajar, pengkaji telah membina sebuah Kit Ansur Maju dan

diguna pada peserta kajian untuk membentuk huruf kecil dan besar, jarak antara huruf

dan kesalahan menulis di atas garisan dalam kemahiran menulis. Kit Ansur Maju ini
30

juga dapat mengurangkan masalah tingkah laku peserta kajian semasa mengik uti

aktiviti menulis kerana focus murid dapat dialihkan pada aktiviti yang dijalankan.

1.10 BATASAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan seorang peserta kajian di sebuah sekolah di Daerah Melaka

Tengah. Peserta kajian adalah seorang murid lelaki berumur 11 tahun dan murid

berpendidikan khas kategori ADHD. Fokus kajian berkaitan masalah membentuk

huruf dengan cara yang betul, menulis huruf dengan jarak yang sesuai dan menulis

huruf di atas garisan semasa menulis. Pengajaran secara ansur maju digunakan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran bersama penggunaan bahan bantu belajar iaitu Kit

Ansur Maju yang baru dibina dan penggunaannya hanya semasa kajian dilaksanakan

bagi menyelesaikan masalah menulis murid pendidikan khas. Kajian dalam tempoh

masa yang singkat diharapkan penggunaan Kit Ansur Maju dapat membantu

menambah baik kemahiran menulis mekanis dan membantu perubahan tingkah laku

negatif menjadi positif kepada murid pendidikan khas yang lain pada sesi pengajaran

dan pembelajaran yang selanjutnya.

1.11 KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran aktiviti menulis berkait rapat dengan perlakuan dan daya

tumpuan murid semasa guru mengajar. Murid ADHD amat sukar dikawal kerana

mereka mudah bosan dengan pembelajaran di bilik darjah yang statik. Murid ADHD

merupakan seorang murid yang bermasalah tingkahlaku dan sukar untuk belajar
31

bersama-sama murid lain. Tumpuan yang kurang pada setiap sesi pembelajaran

menyebabkan murid ini mengalami masalah dalam bentuk penulisan. Kebanyakan

tulisan murid ini sukar dibaca dan bentuk huruf yang salah. Oleh yang demikian, kajian

perlu dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Kajian tindakan akan membuatkan guru

lebih bersedia untuk mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji

menggunakan Kit Ansur Maju dalam meningkatkan kemahiran menulis murid

berdasarkan dapatan untuk memperbaiki tulisannya.

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan di Malaysia adalah suatu

usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkn insan yang seimbang dan harmonis dari
32

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdsarkann kepercayaan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahua n,

berkrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara. Jabatan Pendidikan Khas, (KPM, 2003)

Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan pembelajaran di Program

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan bahawa

guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran,

masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi

mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Masalah Pembelajaran digubal untuk

membolehkan murid menguasai asas berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi

keperluan diri, berdikari, memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran,

mendapatkan maklumat, nilai dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan yang

bermakna. Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia dan guru sebagai

pendidik adalah bertanggungjawab dan harus bijak mencanai permainan minda dalam

mendidik murid berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia. Saban tahun

tranformasi sama ada dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah sentiasa dilakukan

demi memastikan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah ini

seiring dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua

murid mendapat pendidikan yang sama. Kita sebagai pendidik sememangnya

menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang


33

upaya bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek

agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna

kepada masyarakat dan negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu

hari nanti. Bahagia n Perkemba nga n Kurikulu m Kementerian Pendidikan

Malaysia (2006- 2010)

Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak

di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka

dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza. Oleh

yang demikian di dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta

berkebolehan dan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran.

Murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang lain dari segi kemampuan

mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan,

mengawal perasaan atau menjalani kegiatan fizikal.

Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak yang perbezaanya agak

ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain.

Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat

mengikut pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhir

terpinggir dan ketinggalan dalam pelajarannya. Kanak-kanak ini menunjukkan ciri- cir i

perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan

kogintif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak

ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah

penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat


34

akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-

kanak berkeperluan khas. Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu dirancang dan

dilaksanakan untuk kanak-kanak ini. Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak

ini dinamakan pendidikan khas. Jamilah K.A Mohamed (2005), Pendidikan Khas

untuk Kanak-Kanak Istimewa.

Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambunga n

program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada

kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Selain daripada

itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk

meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan dengan

keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada

matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian

Pendidikan dan sistem persekolahan. Jabatan Pendidikan Khas, (KPM 2003)

Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid istimewa

dengan murid normal dalam pelbagai aspek pembangunan fizikal dan sebagainya.

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia selalunya tidak menyeronokkan dan

biasanya cepat membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran

yang digunakan oleh guru tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengik uti

serta berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunaka n

bahan bantu mengajar bagi menarik minat murid kerana kebiasaannya guru hanya
35

menggunakan teknik konvensional (cara lama) kepada murid. Guru perlu mengubah

cara pengajaran untuk menarik minat murid mengikuti pelajaran yang diajarkan guru.

Falsafah Pendididikan Khas pula mengatakan, Pendidikan Khas di Malaysia

adalah suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahira n,

berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruska n

hehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat

yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara Kanak-

kanak Pendidikan Khas boleh dididik dengan mempelbagaikan strategi pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah

pembelajaran berupaya diididk dan diajar melalui pembelajaran yang diterapkan oleh

guru dalam pelbagai cara yang mampu menarik minat mereka untuk belajar.

Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah

kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat

manfaat dalam pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di

bawah tanggungjwab Kementerian Pelajaran Malaysia ialah Hiperaktif (Attention

Deficit-Hypeactivity Disorders / ADHD), Sindrom Down, Autisma, Terencat akal

minima, dan Disleksia. Jabatan Pendidikan Khas, (KPM 2003)

Program pengajaran yang dijalankan untuk memenuhi keperluan individ u

ADHD pembelajaran yang dijalankan adalah fleksibel. Peraturan-peratura n

Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, menyatakan guru-guru boleh mengubah suai

kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
36

aktiviti mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat

pendidikan khas. Sejak penubuhan program pendidikan khas masalah pembelajaran

pada 1988, program ini telah berkembang dengan pesat. Sehingga tahun 2005, data

yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas bagi seluruh negara menunjukka n

peningkatan kelas pendidikan masalah pembelajaran

Menurut Siti Hajar Abd Aziz (2009), kemahiran bahasa merangkumi

kemahiran membaca, menulis dan mengira. Secara umumnya terdapat dua jenis

kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan yang kedua adalah

kemahiran menulis secara mentalis.

Kemahiran menulis berfungsi sama penting dengan kemahiran membaca,

justeru itu guru perlu menitikberatkan cara menulis yang betul kepada murid-

muridnya. Selain itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang

saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis.

2.2 ATTENTION DEFICIT-HYPEACTIVITY DISORDERS (ADHD)

Menurut Roslan (2003), penulisan merupakan satu proses yang kompleks. Oleh sebab

itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematik. Ia

perlu ditekankan daripada tahap asas lagi supaya tidak membebankan murid pada masa

hadapan.
37

Sebelum murid mula diajar menulis guru perlu memastikan yang mereka

mempunyai kesediaan menulis. Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan

pengalaman-pengalaman menggunakan jari seperti menggenggam, meramas,

melorek, mencubit, menggentel dan memegang. Semua aktiviti ini diajar secara tidak

langsung semasa melakukan aktiviti di dalam kelas dengan menggunakan pelbagai alat

permainan dan bahan bantu belajar yang disediakan oleh guru (Tuan Jah Tuan Yusof,

2011).

Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran menurut Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai mereka yang mempunyai masalah dengan

kecerdasan otak yang tidak selari dengan usia sebenar. Mereka yang tergolong dalam

masalah pembelajaran ini terdiri daripada mereka yang menghadapi masalah

pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia), kurang upaya intelektua l,

lembam, ADHD, sindrom down dan lewat perkembangan global. Meskipun mereka

mempunyai masalah dengan intelektual, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

sama sekali tidak mengetepikan hak menuntut ilmu bagi golongan bekeperluan khas

ini.

Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid berkeperluan khas merujuk

kepada murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah

pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah

tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autisma ringan,


38

ADHD, terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Antara program yang dirancang di bawah Kementerian Pelajarn Malaysia termasuk

program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan. Program Pendidikan Khas

Integrasi, Program Pendidikan Khas Prasekolah, Program Pendidikan Khas Teknik

dan Vokasional serta Program Pendidikan Inklusif. Abd. Rahim b Talib (2007).

Terdapat pelbagai jenis masalah tulisan yang sering kita lihat. Jenis -

jenis masalah yang sering kita lihat ialah menulis huruf terbalik, kekeliruan antara

huruf besar dan huruf kecil, tidak mengenal huruf dan bunyinya, tidak ada kekemasan

tulisan, menulis huruf dengan tidak mengikut urutan atau bentuk dan sebagainya.

Masalah-masalah ini kian berleluasa di sekolah rendah yang semakin lama semakin

bertambah dalam kalangan murid sekolah rendah Masalah ADHD memberi kesan

kepada pengalaman pendidikan kanak-kanak tersebut kerana ADHD menyebabkan

mereka tidak dapat memahami arahan yang terperinci, mengekalkan tumpuan dalam

tempoh membuat tugasan dan tersalah meletakkan bahan yang diperlukan. Mereka

gagal memberi tumpuan sepenuhnya kepada perincian tugasan, melakukan kesalahan

secara kerap dan tidak gemar kepada tugasan yang melibatkan usaha ketahanan mental

(U.S Department of Education, 2003).

Menurut American Academy of Family Physicians, ADHD yang berlaku di

kalangan kanak-kanak terbahagi kepada tiga kategori iaitu Inatesi (kekurangan

tumpuan perhatian), Implusif (mengikut dorongan hati) dan Hiperaktif (berlaku

terlalu aktif). Sandra (2008), menegskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak

kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan
39

tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah

kurang daya tumpuan dengan hiperaktif.

Adi-Japha et al. (2007), mengatakan kajian ke atas kanak-kanak ADHD

mengalami disleksia yang mempunyai masalah mengeja dan menulis. Kajian ini

mendapati kanak-kanak ADHD mempunyai masalah dalam kesalahan ejaan di

samping penambahan, penggantian dan pelenyapan perkataan atau huruf. Kajian oleh

Auclair, Sieroff dan Kocer (2008), tentang seorang kanak-kanak perempuan berumur

lapan tahun mendapati kanak-kanak berkenaan telah mengabaikan ruang semasa

menulis. Kanak-kanak yang mengalami hiperaktif menunjukkan beberapa masalah

dalam tulisan iaitu pembalikan huruf, transposisi huruf, masalah menyalin semula

huruf [m], [n], [w] dan [a], penggantian huruf dan pelenyapan huruf. Bahagian

Pendidikan Guru (2004 ).

Walaupun kanak-kanak ADHD ini mengalami masalah tingkahlaku dan

tumpuan, mereka masih boleh diajar. Salah satu cara adalah dengan menggunaka n

pendekatan terapi. Kenyataan ini di perolehi melalui Penyelia Pusat Dalam Komuniti

Kuala Terangganu, Puan Sharifah Anum Syed Abdul Hadi yang menyatakan bahawa

sesi terapi yang digunakan bagi kanak-kanak ADHD ini seperti terapi muzik, terapi

main, dan terapi yang bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut. Setiap kali sesi terapi

dilakukan, kanak-kanak ADHD lebih terkawal pergerakan dan akan duduk diam

dengan memberi fokus terhadap pembelajarannya. Guru memainkan peranan yang

penting dalam menguruskan kanak-kanak hiperaktif atau ADHD di sekolah. Guru


40

yang mengajar di kelas pendidikan khas hendaklah sentiasa kreatif dalam tindakan

bagi menarik minat murid ADHD terhadap aktiviti yang dijalankan.

Guru juga perlu mendapatkan semua maklumat mengenai murid melalui ibu

bapa, doktor, pakar psikiatari, hospital dan sebagainya. Segala maklumat

membolehkan guru bertindak untuk membantu murid ADHD menangani situasi yang

dihadapi, merangsangnya terus belajar, mempermudahkan proses pembelajaran dan

menyediakan persekitaran yang kondusif. Guru hendaklah sentiasa memberika n

sokongan motivasi seperti pujian dan ganjaran terhadap kanak-kanak ADHD

sekiranya mereka dapat menyiapkan latihan. Peneguhan positif dapat membantu

kanak-kanak tersebut membina keyakinan diri, mengembangkan kemahiran kognitif

dan sosio emosi. Kanak-kanak ADHD juga suka pada sesi pembelajaran yang

menyeronokkan tanpa mengonggkong keterbatasan pergerakan mereka. Mereka lebih

menghormati guru jika guru tersebut dapat menyelami perasaan dan jiwa mereka

dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah.

Yusof Bin Hj. Malie dan Walter Alvin Jiniti (2010), menyatakan bahawa

teknik dalam perubahan tingkah laku dari segi ganjaran dan motivasi serta latihan

menyebut dan menulis memberi kesan yang baik kepada murid dalam menyalin dan

membina ayat yang lengkap dan sempurna. Penggunaan garisan merupakan satu

daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan berterusan kepada murid agar

koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbangan serta keseragaman

penulisan tersebut. Menulis bukanlah kemahiran yang mudah kepada kanak-kanak.

Jika kaedah mengajar yang betul tidak diamalkan mungkin kanak-kanak akan terus
41

membentuk huruf dengan menggunakan pergerakan yang salah. Menulis juga akan

menjadi aktiviti yang tidak disukai kerana kanak-kanak tidak dapat mengawal alat tulis

dan posisi tangan dan dan badan tidak selesa kepada kanak-kanak. Grave (2001)

menyatakan bahawa murid sekurang-kurangnya mesti menulis setiap hari atau

minimun empat hari dalam seminggu yang mana pada hari-hari menulis sekurang-

kurangnya 30 minit sesi menulis. Guru perlu menilai prestasi murid dengan apa yang

telah ditulis oleh murid dengan menyuruh mereka membaca apa yang telah ditulis.

Dengan ini murid akan lebih memahami dan menilai apa yang ditulis dan apa yang

difahami.

Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005), menyatakan modifik as i

tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah

laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawalan kelas,

pembelajaran yang sihat dan produktif. ADHD atau kurangupayaan hiperaktif dan

kurang tumpuan adalah sejenis keadaan neurologi yang melibatkan masalah tumpuan

dan keaktifan impulsif yang berkembang secara tidak konsisten dengan umur kanak-

kanak. Menumpukan pada pendekatan pendidikan melalui pendekatan tingkahlak u

yang digunakan untuk menstruktur murid serta menggalakkan tingkah laku yang lebih

baik, antara kaedah yang pernah digunakan ialah pendekatan melalui peneguhan

positif, token ekonomi, time-out dan kos tindak balas. Barkley (2001). Dalam kajian

ini pengkaji menumpukan perhatian untuk penambahbaik keupayaan tumpuan kanak-

kanak ADHD melalui kaedah peneguhan. Kajian yang dijalankan oleh Norizan binti

Esa (2005), mendapati bahawa mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-
42

kanak menggunakan kaedah ansur maju membolehkan kanak-kanak mampu menulis

dengan lebih kemas, teratur serta kurang melakukan kesilapan. Oleh itu, pengkaji

memutuskan untuk menggunakan kaedah ansur maju dalam membaiki tulisan murid

pendidikan khas yang dikategori ADHD agar menjadi lebih kemas, senang dibaca,

tersusun dan menulis di atas garisan yang disediakan.

Kemahiran yang ditekankan guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahasa

Malaysia ialah kemahiran menulis. Menurut Nathesan (2010), kemahiran menulis

merupakan kemahiran yang agak kompleks dan mencabar untuk dikuasai oleh murid

ADHD dalam pembelajarannya.

2.3 KEMAHIRAN MENULIS

Menurut Ali Mahmood (2007), kemahiran menulis adalah merujuk kepada

ketidakupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melaluipe

lbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalama n

peribadi yang dialami. Senario ini menyebabkan para guru berusaha menyediaka n

strategi-strategi yang berkesan bagi menangani masalah ini demi meningkatka n

pencapaian pelajar dalam peperiksaan Bahasa Malaysia, penulisan khususnya dan

memartabatkan Bahasa Malaysia, umumnya.

Menurut Chua Soon Bui (2008), Ujian Penapisan K1A2M pada bulan Januari

2008 memperlihatkan sebanyak 65.5% atau 28,700 murid tahun satu di Sabah tidak

dapat menguasai kemahiran membaca, menulis atau mengira. Manakala Timbala n


43

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendedahkan 60% murid tahap satu

di sekolah rendah seluruh negara masih belum menguasai kemahiran asas iaitu

membaca dan menulis sehingga bulan Februari 2010. Kedua-dua dapatan ini jelas

menunjukkan bahawa wujudnya masalah penguasaan kemahiran menulis dalam

kalangan murid sekolah rendah di Malaysia. Kajian seterusnya memperlihatka n

pentingnya murid sekolah rendah menguasai kemahiran menulis.

Menurut Noorazman Mahat (2012), murid perlu mahir menulis kerana hampir

semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk

tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.

Ahmad Khair Mohd Nor (2005), menyatakan bahawa dalam pengajaran kemahiran

menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf,

perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca. Ini

bertepatan dengan Faridah Serajul Haq et.al (2001), yang memetik bahawa proses

pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian bagi

menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid.

Dapatan kajian Che Zanariah, Fadzilah (2011), yang menganalisis sikap guru

terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis mendapati bahawa sikap

positif guru penting dalam usaha meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran

kemahiran menulis. Dapatan ini disokong oleh kajian Jeyagobi Dhamoderem (2008),

iaitu guru-guru mengambil berat tentang kemahiran menulis kerana ia merupakan

salah satu aspek wajib dalam mengajar bahasa. Pada pandangan beliau kebanyakan

masalah menulis ini berleluasa dalam kalangan murid sehinggakan mereka tidak
44

mengenal huruf adalah mereka telah terbiar apabila mereka di dapati mengala mi

masalah dalam menulis. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah menulis

huruf dalam kalangan murid sekolah rendah..Faktor utama masalah ini berlaku ialah

strategi pengajaran dan pembelajaran adalah tidak berkesan dan ini mempenga r uhi

masalah dalam kemahiran menulis murid.

Menurut Lim Chen Yin et.al (2008), mengatakan bahawa cara memegang

pensel juga merupakan salah satu faktor murid menghadapi masalah dalam

kemahiran menulis ini. Teknik pegangan pensel yang salah menyebabkan cara

penulisan huruf tidak dapat dilakukan dengan betul dan tepat semasa menulis. Murid

sukar menulis dengan betul apabila kedudukan pensel yang senget, bengkok dan

condong di atas buku latihan semasa menulis.

Menurut Siti Nazifah binti Mohd Nor (2012,) kaedah nyanyi dan lukis

membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mengenal bentuk huruf-hur uf

kecil. Beliau telah menggunakan kaedah ini untuk membantu murid untuk menulis

dan menyebut huruf kecil dengan betul. Kajian yang dilaksanakan oleh Ruhaida binti

Mansor (2005), dalam kajiannya, beliau menggunakan kaedah pengajaran

berteraskan pra sekolah bagi membantu murid mengenal huruf abjad. Ini semua

merupakan strategi-strategi yang dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji lain untuk

membantu murid dalam masalah menulis. Ini adalan antara kaedah atau amalan guru

yang telah dibaik pulihkan oleh pengkaji dalam menangani masalah dalam kemahiran

menulis.
45

Menurut Levine (2001), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk

tulisan yang dihasilkan. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang

berharga dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, guru di sekolah memainkan yang

penting untuk membaiki tulisan murid. Guru harus mengajar murid cara menulis

dengan kaedah atau teknik yang betul. Justeru, pengkaji berfikir bagaimana cara untuk

membantu murid tahun satu ini agar dapat menulis dengan teratur dan kemas. Kajian

yang dijalankan oleh Norizan binti Esa (2005), menunjukkan bahawa mengajar

kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah ansur maju

membolehkan kanak-kanak mampu menulis dengan lebih kemas, teratur serta kurang

melakukan kesilapan. Oleh itu, pengkaji memutuskan untuk menggunakan kaedah

ansur maju dalam membaiki tulisan murid-murid. Penggunaan pmbelajaran secara

ansur maju diharapkan dapat membantu membaikpulih masalah yang dihadapi murid

di dalam aspek tulisan.

2.3 KESIMPULAN

Pengkaji merasakan perlunya satu tindakan yang boleh membantu peserta kajian

dibuat untuk membaiki cara penulisan yang sukar dibaca oleh guru mata pelajaran.

Melalui kajian-kajian yang lepas di dapati kaedah ansur maju yang dijalankan dapat

membantu peserta yang dikaji memperbaiki cara penulisannya. Tinjauan-tinja ua n

yang lepas dapat menyakinkan pengkaji bahawa semua permasalahan yang timbul

ekoran tidak menguasai satu cara penulisan yang baik menyebabkan pserta tidak yakin

dan rendah diri dapat di atasi selepas perlaksanaan kaedah ansur maju nanti.

Berpandukan huraian dan kajian yang lepas, pengkaji berasa yakin bahawa kajian yang
46

hendak dilakukan ini mempuyai bukti yang kukuh bahawa pengajaran secara ansur

maju dapat meningkatkan peguasaan kemahiran tulisan murid pendidikan khas.

Kajian yang berkaitan juga menjadi satu wadah buat pengkaji sebagai landasan untuk

membuat kajian tindakan memperbaiki cara penulisan murid ADHD seterusnya dapat

membantu guru di sekolah berkenaan mengurangkan masalah tulisan dari berlaku.

BAB 111

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan metodologi kajian yang dirancang dan seterusnya mereka

plan kajian tindakan dalam proses untuk membuat kajian bagi mendapatkan suatu

dapatan yang akan digunakan dalam membuat rumusn atau kesimpula n terhadap

persoalan yang dikaji oleh pengkaji. Maklumat dari kajian yang di jalankan amat
47

membantu dalam membuat keputusan. Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka

kerja untuk menjalankan sesuatu kajian tindakan. Ini merupakan bahagian terpenting

dalam memastikan kajian yang dijalankan menggunakan kaedah, prosedur atau cara

yang betul dalam penulisan kajian nanti.

Bab tiga ini akan membincangkan metodologi kajian yang akan dijalankan

merangkumi aspek dalam kajian tindakan antaranya seperti reka bentuk kajian yang

dilaksanakan, populasi dan sampel kajian, lokasi kajian, insrumen kajian yang dipilh,

proses pengumpulan data dan proses penganalisisan data dalam melaksanakan kajian

ini. Kajian tindakan ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran menulis peserta

kajian melalui Kit Ansur Maju yang diperkenalkan.

3.2 REKA BENTUK

Kajian tindakan ini dilakukan bertujuan untuk melihat masalah dalam kemahiran

tulisan mekanis murid ADHD. Kajian ini hanya melibatkan seorang murid bernama

Masri (bukan nama sebenar) dari kelas bermasalah pembelajaran Program Pendidikan

Khas Integrasi. Kaedah pemerhatian di buat terhadap hasil penulisan murid seperti

lembaran kerja serta beberapa pemerhatian terhadap tingkah laku Masri yang

hiperaktif. Selain itu, ujian menulis turut diberikan kepada Masri bagi melihat dengan

lebih mendalam masalah kemahiran tulisan mekanis pada diri peserta. Pengkaji akan

melihat keberhasilan dan mekanisma tindakan bagi memperbaiki tulisan tangan sama

ada secara fizikal, ansur maju latihan tulisan dan penggunaan jarak antara huruf.
48

Perubahan tingkah laku yang berlaku selepas mengikuti Kit Ansur Maju akan diberi

ganjaran dan pujian.

Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah merancang beberapa aktiviti

bimbingan untuk Masri (bukan nama sebenar). Pengajaran pemulihan tulisan bagi

murid pendidikan khas adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh.

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisa n,

peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisa n

adalah tempoh masa murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat

menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Tempoh masa sepanjang kajian, latihan

otot-otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata dilaksanakan dalam

kalangan murid. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran tulisan yang

dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang

berbentuk bebas.

Latihan- latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti

melakukan latihan- latihan pergerakan tangan terlebih dahulu seperti mengerakkan jari

di atas garisan atau corak yang dilakarkan pada kertas. Tujuannya ialah supaya murid

dapat menguasai gerak tangan yang bebas untuk menulis dengan selesa dan sempurna.

Latihan seperti membentuk bulatan di udara, meja, lantai dan di atas pasir atau rumput

tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh

dilakukan. Latihan ini adalah untuk memberikan gambaran awal pembentukan huruf

kepada peserta.

Di samping itu, peserta kajian juga boleh melakukan latihan pergerakan jari

dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan
49

sebagainya. Setelah mahir dalam aktiviti-aktiviti tersebut, murid boleh melakukan

latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan- latihan yang

melibatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah

seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan

membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke

kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara

bulatan dan garis lurus secara bebas. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran

permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada

kesusahan membentuk huruf. Pengkaji akan memulakan latihan menulis secara ansur

maju secara berulang-ulang.

Pengajaran bahasa iaitu, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid

masih kanak-kanak lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Latihan permulaan

untuk kanak-kanak ini haruslah menggunakan pensel, atau krayon. Berdasarkan kes

Masri, pengkaji akan membantunya menulis dengan betul melalui Kit Ansur Maju.

Oleh kerana Masri adalah murid ADHD, pengkaji perlu memegang tangannya

mengajar memegang pensel semasa hendak menulis. Tindakan dijalankan berdasarkan

analisis yang dibuat oleh pengkaji bahawa murid terbabit boleh berjaya sekiranya ada

kesungguhan untuk belajar. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian.

Maka adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul

menulis bentuk huruf pada permulaan ayat sahaja. Kajian tindakan ini dijalankan ke

atas seorang murid masalah pembelajaran kategori ADHD yang masih belum

menguasai kemahiran menulis mekanis dengan baik.


50

Pengkaji telah memilih Model Stringer (2004), yang mencadangkan prosedur

dan proses kajian tindakan yang perlu dilakukan. Model ini dibincangkan oleh

Othman Lebar (2015). dalam bukunya, Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Melalui

model ini Stringer mencadangkan satu lingkaran yang terdiri daripada lima peringkat

iaitu mereka bentuk, mengambil tindakan, mengumpulkan data, menganalisis data dan

menyampaikan hasil dalam perlaksanaan kajian tindakan yang dilakukan.

Mereka Bentuk

Mengambil Tindakan Mengumpul Data

Menyampai Hasil Menganalisis Data

Rajah 3.1: Model Stringer

Pengkaji telah membina sebuah Kit Ansur Maju bagi membantu peserta kajian

menambah baik kemahiran menulis mekanis dengan menggunakan kaedah ansur maju

latih tubi. Kajian ini berlaku sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran bermula

Januari 2016 sehingga Mei 2016. Kajian ini juga turut melibatkan guru- gur u

pendidikan khas yang mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia dan guru mata

pelajaran yang lain di dalam kelas peserta kajian. Guru tersebut turut mengis i

instrument yang membabitkan tingkah laku semasa pemgajaran di dalm bilik darjah.
51

3.3 LOKASI KAJIAN

Kajian penyelidikan ini telah dilaksanakan di Kelas Istimewa Tiga di Program

Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah A, di Melaka. Pengkaji memilih sekolah

berkenaan kerana pengkaji adalah guru pendidikan khas di sekolah berkenaan. Ruang

pembelajaran yang disediakan sangat konduksif dan bilangan murid bagi satu bilik

darjah tidak ramai. Di samping itu pengkaji mudah mendapatkan kerjasama daripada

guru-guru kelas dan pembantu pengurusan murid, dan warga sekolah. Ini amat

memudahkan dan melicinkan perjalanan kajian pengkaji terhadap peserta yang hendak

dikaji.

3.4 PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan seorang murid lelaki masalah pembelajaran kategori ADHD

yang belajar di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah A,di Melaka. Masri

(bukan nama sebenar) berada di Tahap Satu iaitu Tahun Tiga (Kelas Istimewa Tiga)

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Melaka.

Menurut laporan perubatan, peserta kajian ini memiliki ciri-ciri ADHD iaitu

kurang tumpuan, gelisah, dan suka bercakap sendirian. Sepanjang tempoh

persekolahan didapati prestasi akademik peserta kajian menunjukkan pencapaian

yang sederhana. Peserta kajian boleh mengeja dan membunyikan suku kata terbuka
52

tetapi masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran menulis mekanis. Peserta kajian

suka menonton televisyen dan bermain game melalui perisian komputer.

Masri mempunyai masalah tingkahlaku seperti mengganggu murid-murid lain

ketika belajar dan mengganggu guru yang sedang mengajar. Ketika guru mengajar,

Masri akan bertanya pelbagai soalan yang berkaitan ataupun langsung tidak berkaitan

dengan apa yang sedang diajar oleh guru. Sekiranya guru tidak melayan pertanyaan

Masri, dia akan pergi berdekatan dengan guru dan bertanya sehingga guru memberika n

jawapan yang memuaskan hatinya. Soalan yang sama juga akan diajukan oleh Masri

berkali-kali menyebabkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sentiasa

terganggu. Selain itu, guru-guru yang mengajar Masri juga dapat mengesan bahawa

Masri mempunyai masalah dalam pembelajaran, iaitu lambat memahami apa yang

diajar oleh guru dan cepat lupa perkara yang telah diajar. Masri juga memerluka n

perhatian yang lebih dalam pembelajaran. Masri tidak dapat menumpukan perhatian

dengan baik dalam pembelajaran kerana Masri seorang murid yang hiperaktif.

Tingkahlaku Masri yang terlalu aktif menyebabkan berlakunya gangguan pada

pembelajarannya di dalam bilik darjah dan juga terhadap rakan sekelasnya. Masri juga

kerap keluar bilik darjah untuk ke tandas. Kekerapannya ke tandas menyebabkan guru

mengambil tindakan dendaan terhadapnya dengan melambatkan keluar pada waktu

rehat. Dendaan ini tidak mendatangkan sebarang perubahan pada tingkahlaku Masri.

Kekerapan keluar bilik darjah menyebabkan menjadi factor mengapa murid ini

menghadapi masalah dalam tulisan dan pembelajaran.


53

Jadual 3.1: Maklumat profil peserta kajian.

Bilangan sasaran Seorang murid


Jantina Lelaki
Umur 11 tahun
Masalah Attention Deficit Hyperactif
Disorder(ADHD)
Kelas Istimewa 3
Kelebihan Kenal huruf
Boleh mengeja dan membunyikan suku kata
mudah
Suka bertanya apabila melihat sesuatu benda
yang baru.
Kelemahan Menangis dan mudah marah jika mengantuk
Suka ketawa, bercakap dan bermain
sendirian. Sering ke tandas.
Kurang berkomunikasi dan tidak pandai
berkawan
Prestasi akademik Kenal huruf tetapi belum menguasai
sepenuhnya kemahiran membaca dan menulis
mekanis.
Memahami arahan tetapi perlu ada eye
contact.Tulisan yang sukar dibaca.
Menulis di atas garisan.
Kegemaran Menonton televisyen, bermain game melalui
perisian komputer.
54

Jadual 3.1 menunjukkan maklumat yang didapati pada peserta kajian. Maklumat yang

ditunjukkan menggambarkan kelakuan peserta yang hiperaktif dan sukar dikawal oleh

guru. Kelakuan dan sifat peserta kajian yang tertera menunjukkan masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh peserta. Sungguh pun peserta boleh mengenal huruf

tetapi tulisannya yang buruk, sukar dibaca dan menulis tanpa keseragaman

menyebabkan peserta mengalami masalah tulisan yang serius di dalam bilik darjah.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Terdapat empat jenis instrumen kajian yang digunakan semasa pengumpulan data.

Pengkaji telah menggunakan instrumen kajian melalui Rancangan Pendidikan

Individu(RPI), Kit Ansur Maju (Kit Am), Pemerhatian dan analisa dokumen.

3.5.1 Rancangan Pendidikan Indiividu

Jadual 3.2: Laporan RPI peserta kajian

Objektif Jangka Pendekatan Penilaian/ Tanggungjawab


Pendek
55

Murid dapat menulis 1.Guru minta murid Murid boleh menyalin semua
perkataan mudah dengan menamakan huruf yang perkataan mudah tetapi masih ada
betul. di pamerkan pada kad kesilapan semasa membentuk huruf

huruf. [b], [a], [ j ], [u] dan huruf tidak diletakkan pada

baju, garisan dan nama murid perlu

ini baju baru 2. Guru menulis huruf dipanggil supaya memandang guru.

yang telah disebut PPM perlu berada disamping murid


baju baru ini cantik
dipapan putih satu untuk menegur dan membimbing

persatu. murid

Di laporkan oleh En. Zakaria


3. Guru melihat cara (guru BM)
murid menulis di buku
tulis

Pengkaji menggunakan instrumen penelitian dokumen iaitu borang RPI/PKBP/3

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) seperti Jadual 3.2. Di dalam borang tersebut

pengkaji perlu menulis objektif jangka pendek kemahiran yang dipilih, pendekatan

yang digunakan dan penilaian selepas latihan diberi. Tujuan laporan adalah untuk

menilai pencapaian murid dan tindakan intervensi yang perlu dilaksanakan oleh

pengkaji kepada murid berkenaan. Melalui rancangan penilaian individu yang dibina

oleh guru, objektif jangka panjang dapat dijangka apabila berakhirnya tempoh yang

dirancangkan oleh guru. Guru menetapkan objektif jangka pendek untuk mengajar

peserta kajian, contohnya guru mahu melihat keberhasilan murid pada akhir

pengajaran guru dalam tempoh yang ditetapkan seperti melihat murid dapat menulis

ayat dengan betul. Guru akan memperkenalkan pendekatan pengajaran yang

dirancang melalui latihan yang ditulis oleh murid selepas latihan secara ansur maju

diperkenalkan. Seterusnya guru akan menilai keberhasilan yang dapat dicapai oleh

murid apabila selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mengajar
56

membuat pemerhatian berkenaan tingkahlaku peserta kajian bersama pengkaji semasa

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian ini

menunjukkan bahawa peserta kajian ini berkelakuan terlalu aktif dan sukar dikawal

oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tingkahlak u

negatif yang ditunjukkan oleh peserta kajian menyebabkan hasil tulisan tidak kemas

dan lambat menyiapkan kerja atau latihan menulis pada hari itu. Semasa pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pengkaji mendapati murid ini tidak memberi

tumpuan dan gelisah semasa menulis. Murid ini kerap membuat kesilapan membentuk

huruf dan kerap memadam huruf yang ditulis di dalam buku tulis menyebabkan banyak

aktiviti penulisan yang diberikan tidak dapat disiapkan.

3.5.2 Kit Ansur Maju

Pengkaji juga telah menggunakan bahan bantu belajar Kit Ansur Maju sebagai

instrumen untuk melihat penguasaan kemahiran menulis mekanis peserta kajian

sebelum diberi intervensi yang sesuai bagi menambahbaik bentuk tulisan. Kit ansur

maju ini dibina sendiri oleh pengkaji untuk memperbaiki pencapaian peserta melalui

penulisan yang kemas, teratur, penggunaan ruang yang betul dan menulis dengan betul

di atas garisan. Pelbagai aktiviti yang dijalankan berdasarkan kit yang dibina oleh

pengkaji. Aktiviti yang diperkenalkan amat menarik minat peserta kajian untuk

menyertai setiap aktiviti yang dilakukan oleh pengkaji. Semasa pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah, pengkaji mendapati murid ini tidak memberi

tumpuan dan gelisah semasa menulis. Keadaan ini membuatkan pengkaji telah

menghasilkan sebuah bahan bantu belajar iaitu Kit Ansur Maju (Kit Am)
57

Gambar 3.1: Bahan Bantu Mengajar Kit Ansur Maju

Gambar 3.1 menunjukkan bahagian kulit hadapan Kit Ansur Maju untuk

digunakan terhadap peserta kajian. Pengkaji menamakannya Buku Latihan Menulis

Kit Am, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Terdapat

maklumat peserta di dalam kit untuk diisi seperti nama murid, kategori murid, dan

tarikh kajian ini bemula dan pencapaian yang akan dicapai oleh murid iaitu menguasa i

atau perlu bimbingan pada masa akan datang. Kit ini perlu dilengkapkan oleh

pengkaji pada muka depan Kit yang dibina oleh pengkaji. Kit ini mengand ungi

lembaran kerja secara ansur maju yang perlu dijawab oleh peserta kajian dalam

pelbagai bentuk spesifikasi jenisnya seperti plastik laminate, latihan tulisan bentuk

huruf, latihan pra tulisan, latihan menyambung titik, latihan mekanis, latihan menulis

ayat di atas garisan, teknik menampal huruf dari kertas pasir di atas benang yang

dijadikan garisan (didik libur), teknik menekap huruf dan suku kata, Aktiviti menulis

huruf di dalam plastik yang ditebuk menggunakan pen marker, menulis ayat di atas

garisan kertas mudah dipadam dan unsur didik libur yang diterapkan oleh pengkaji
58

untuk menghiburkan peserta kajian. Bahan yang terdapat di dalam Kit Ansur Maju

ialah plastik lut sinar, kertas surih, kad imbasan bersaiz A4, kad huruf, pen white

board dan pemadam. Kit Ansur Maju ini akan digunakan bagi menggantikan buku

tulis dan bertujuan untuk memberi kelainan dalam aktiviti menulis dan juga sebagai

peneguhan positif untuk mengurangkan masalah emosi peserta yang dikaji.

Rajah 3.2 menunjukkan carta alir langkah tindakan yang dilaksanakan. Langkah-

langkah bagi tindakan yang dirancang telah bermula pada bulan Januari 2016 hingga

Mei 2016. Pengkaji telah menggunakan pengajaran secara ansur maju dengan dibantu

oleh pembantu pengurusan murid bagi mengawal tingkahlaku negatif peserta kajian

semasa aktiviti menulis dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkah tindakan

menggunakan kit ansur maju semasa aktiviti menulis mekanis dijalankan.

Memperkenalkan bahan (plastik lut sinar, pen white board, dan lembaran kerja kepada
murid dan menunjukkan penggunaannya.

Pengkaji menunjukkan cara menulis huruf diplastik lut sinar dengan teknik menekap dan meniru
semula huruf yang dilihat atas lembaran kerja

Semasa langkah ini, pengkaji akan memastikan murid menulis huruf dengan cara yang
betul dengan ansur maju. Jika berlaku kesilapan murid boleh menggunakan pemadam
kemudian menulis semula.

Sekiranya murid boleh menulis dengan cara yang betul dan kemas, guru akan
memindahkan aktiviti menulis di atas kertas surih. Kaedah ansur maju dilaksanakan.
59

Apabila murid dapat menulis huruf dengan betul, murid akan diberi peneguhan positif
seperti pujian, token, cop dan sebagainya. Kemudian murid menyambung aktiviti menulis
perkataan di kad imbasan.

Setelah murid menguasai kemahiran menulis menggunakan Kit Ansur Maju, guru akan
menggunakan buku tulis bergaris satu dan memberi perkataan mudah.

Rajah 3.2: Carta Alir langkah- langkah tindakan yang dilaksanakan

Hasil daripada mengikuti langkah-langkah tindakan menggunakan Kit Ansur

Maju ini, pengkaji mendapati peserta kajian dapat mengurangkan kesilapan semasa

membentuk huruf dan kekemasan tulisan semasa menulis. Namun pengkaji perlu bijak

menguruskan tingkahlaku gelisah dan mudah bosan peserta kajian dengan memberi

peneguhan yang di minati oleh peserta kajian. Peneguhan positif yang diberi kepada

peserta kajian ialah menekap dan melukis gambar di atas plastik lut sinar dengan

menggunakan pen marker.

Aktiviti dalam gambar 3.2 menunjukkan cara menulis mekanis mengik ut

bentuk huruf di atas plastik lut sinar dengan menggunakan pen marker Kaedah latih

tubi dan ansur maju dilaksanakan. Peserta akan diberi latihan secara berulang dengan

dibimbing oleh pengkaji sehingga peserta kajian tersebut dapat menguasai kemahiran

menulis yang diingini. Peserta kajian akan menggunakan pen marker untuk

menyambung titik-titik huruf yang tertera. Peneguhan yang posiitif dan ganjaran

diberikan bagi memberikan galakan kepada peserta. Peserta dibenarkan menulis pada

lembaran kerja sekiranya dapat menulis huruf dengan betul dan mengikut kehendak

pengkaji
60

Gambar 3.2: Aktiviti menyambung titik

Gambar 3.3 menunjukkan latihan ansur maju menyusun huruf yang dibuat dari kertas

pasir di atas garisan yang disediakan guru melalui Kit Ansur Maju. Peserta kajian

merupakan murid ADHD yang agak sukar untuk dikawal semasa pembelajaran.

Pengkaji menggunakan kertas pasir yang dibentuk dengan huruf. Peserta akan

menyusun huruf membentuk ayat dengan bimbingan guru.. Kertas pasir yang

digunakan ini akan merangsang motor halus peserta kajian untuk menghayati bentuk -

bentuk huruf yang digunakan semasa aktiviti menampal. Pengurusan tingkah laku

peserta dapat dibantu secara tidak langsung apabila peserta fokus pada latihan

menampal yang dijalankan ini. Peserta akan menyusun huruf di atas kertas lembaran

yang disediakan dan dibingkaikan. Aktiviti ini menyeronokkan dan mengembiraka n

peserta kajian kerana dia dapat belajar melalui teknik baru yang diperkenalkan iaitu

susun huruf membentuk ayat di atas garisan yang disediakan dan melihat hasil kerja

latihannya dibingkaikan. Garisan yang dibuat adalah untuk mengajar, melatih serta

membantu peserta menampal di atas garisan dan diaplikasikan nanti apabila menulis

di dalam buku latihan atau lembaran kerja, pada aktiviti yang seterusnya.
61

Gambar 3.3: Teknik tampalan huruf dengan kertas pasir.

Gambar 3.4 adalah aktiviti menulis perkataan dan ayat yang mudah di atas plastik lut

sinar dengan menggunakan pen white board. Pengajaran secara ansur maju

dilaksanakan untuk membaiki tulisan peserta kajian. Murid dibenarkan menulis dan

memadamkan sekiranya tulisan yang ditulis salah. Peserta dapat memadamkan dengan

senang dan mudah perkataan atau ayat yang salah apabila ditulis atau dieja.. Perasaan

yakin pada diri sendiri dapat dipupuk melalui aktiviti ini. Peserta dapat menulis

dengan lebih yakin dan gembira apabila kemahiran yang diajar dapat diikuti dalam

pengajaran guru dalam bilik darjah. Perserta kajian mencuba dengan bersunggu h-

sungguh kemahiran yang diajarkan ini. Guru akan membimbing jika peserta

menghadapi kesukaran semasa menulis atau mengeja serta mengingat perkataan yang

hendak ditulis itu. Peserta rasa dirinya diberi perhatian semasa melakukan aktiviti ini.

Keadaan ini menimbulkan keseronokan kepada peserta untuk belajar menulis bersama

rakan-rakan sekelas apabila sentiasa dibantu oleh guru apabila wujudnya situasi yang

sukar.
62

Gambar 3.4: Menekap ayat menggunakan plastik lutsinar

Gambar 3.5 dibawah adalah aktiviti menulis mekanis di atas kertas surih sebelum

perserta menulis pada lembaran kerja. Peserta akan lebih menunjukkan keyakinan

pada diri sendiri apabila menulis di atas kertas surih. Ini merupakan satu

pengubahsuaian dalam teknik menulis bagi peserta kajian.. Peserta kajian akan

menyalin huruf yang ditekap di atas kertas surih. Peserta akan mengikut sahaja bentuk

huruf yang disediakan oleh guru. Peserta menunjukkan reaksi yang positif dengan

menunjukkan perasaan seronok dan gembira. Ini kerana peserta kajian dapat melihat

huruf yang hendak ditulis dengan jelas dari plastik surih tersebut apabila hendak

menulis huruf yang disediakan oleh guru..


63

Gambar 3.5: Kemahiran menulis mekanis di atas kertas surih

Gambar 3.6 di bawah menunjukkan template yang digunakan dalam kit ansur maju

untuk memperbaiki cara penulisan murid. Peserta kajian diberikan plastik yang

ditebuk dan dilekatkan di atas kertas yang digaris-garis. Garisan itu diperbuat daripada

benang untuk melahirkan benda maujud di dalam penulisan peserta. Aktiviti ini

dijalankan ke atas peserta kajian untuk memimpin dan juga sebagai panduan kepada

peserta kajian untuk menulis perkataan di atas garisan yang disediakan. Masalah

peserta kajian ialah menulis di atas garisan di dalam buku latihan atau di dalam

lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Pengkaji akan cuba mengubah cara menulis

peserta kajian melalui teknik yang diperkenalkan Peserta kajian dapat belajar

bagaimana untuk menulis dengan cara yang betul sepeti yang diperkenalkan melalui

Kit Ansur Maju (Kit Am)


64

Gambar 3.6: Kemahiran menulis di atas plastik yang ditebuk

Gambar 3.7 menunjukkan aktiviti menulis perkataan mudah di atas kertas putih yang

bergaris menggunakan pen marker selepas peserta boleh menulis huruf dengan cara

yang betul. Peringkat ini guru perlu memberi arahan dengan jelas dan menulis satu

persatu huruf di papan putih supaya peserta boleh meniru cara tulisan dengan betul di

atas garisan. Perkataan akan ditulis di atas garisan untuk melatih peserta kajian

menulis di atas garisan seperti yang dikehendaki di dalam kajian pengkaji. Peserta

kajian amat seronok, teruja dan menunjukkan minat semasa menjalankan aktiviti.

Secara tak langsung pengurusan tingkah laku peserta kajian yang merupakan ADHD

dapat diatasi secara tak langsung. Pengkaji juga ada melaksanakan peneguhan positif

seperti memberi peluang kepada murid melukis gambar di atas plastik lut sinar dengan

cara menekap. Murid juga diberi pujian apabila menyiapkan aktiviti tersebut dalam

masa yang ditetapkan.


65

Gambar 3.7: Plastik white board bergaris

Harapan pengkaji dengan melaksanakan kaedah latih tubi dan ansur maju

bersama penggunaan bahan bantu belajar Kit Ansur Maju akan dapat menambahba ik

cara menulis mekanis murid masalah pembelajaran kategori ADHD di sekolah yang

di pilih.

3.5.3 Pemerhatian

Pemerhatian dilaksanakan untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam

bilik darjah dan mengesahkan masalah yang berlaku pada peserta kajian. Pemerhatia n

merupakan teknik berkesan dalam mengumpulkan data. Pemerhatian dibuat secara

bersruktur dengan meggunakan senarai semak supaya lebih mudah dianalis is.

Pengkaji melakukan pemerhatian dengan melihat tulisan peserta dalam buku latihan,

cara peserta memegang pensel, postur duduk semasa menulis, ruang antara huruf

semasa menulis, masalah ejaan, dan perkataan tidak lengkap,


66

Pemerhatian akan dilaksanakan setiap kali mata pelajaran Bahasa Malaysia bermula

dari bulan Januari hingga bulan April. Pemerhatian ini akan melihat setiap masalah

yang dihadapi oleh peserta kajian. Pengkaji dan guru mata pelajaran akan

melaksanakan senarai semak yang disediakan bagi mencari setiap kesalahan dan

kesilapan yang dihadapi oleh peserta kajian dalam pembelajaran di dalam bilik darjah.

Jadual 3.3: Menunjukkan senarai masalah peserta kajian yang akan dilihat

BIL METHOD/MASALAH Sebelum Minggu Minggu Minggu


Tindakan 1-4 5-8 10

1 Isi ruang antara huruf

2 Keseragaman huruf

3 Teknik pegangan pensel

4 Masalah ejaan

5 Perkataan tidak lengkap

6 Postur badan

Jadual 3.3 menunjukkan masalah dan kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian

murid ADHD yang mengalami masalah tulisan. Pengkaji akan mengedarkan senarai

semak kepada guru yang mengajar mata pelajaran sebelum pembelajaran bermula.

Pengkaji juga akan turut serta menandakan senarai semak yang disediakan. Pengkaji
67

akan melihat hasil semakan untuk mengubah cara menulis peserta kajian dengan

menjalankan pengajaran berasaskan ansur maju berdasarkan kit ansur maju yang

dibina.

Pengkaji memperkenalkan sebelas aktiviti untuk mengatasi masalah menulis peserta

kajian iaitu:

I Bentuk huruf yang sukar melalui aktiviti menekap

ii. Menulis di atas huruf yang dicetak secara menyambung titik di atas garisan

iii. Latihan melukis secara didik libur

iv. Cara duduk dengan postur yang betul

v. Menampal huruf dari kertas pasir ke atas frame yang dibina bergarisan

vi. Latihan kordinasi mata dan motor halus

vii. Menyurih di atas kertas plastik lutsinar

viii. Melukis bentuk huruf di atas plastik

ix. Melukis menggunakan pen marker di atas plastik

x. Sistem tiga garisan latihan menulis di atas garisan

xi. Teknik memegang pensel yang betul

3.6 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

Jadual 3.4: Pelaksanaan Penyeliidikan Tindakan

BIL AKTIVITI TARIKH


PERLAKSANAAN

Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data 10 Januari 2016


1 tinjauan awal
2 Menentukan objektif/persoalan kajian 15 Januari 2016
68

3 Merancang tindakan 20 Januari 2016

4 Melaksanakan tindakan 2 Februari 2016

5 Menganalisis tindakan 12 Februari 2016

6 Membuat refleksi 22 Februari 2016

7 Menulis laporan kajian 3 Mac 2016

8 Pembentangan dapatan kajian 5 April 2016

Jadual 3.4 menunjukkan perancangan yang dilakukan oleh pengkaji semasa

menjalankan kajian tindakan bagi melicinkan proses kajian yang akan dilakukan.

3.7 PROSES MENGUMPUL DATA

Data-data yang diperolehi adalah daripada analisis dokumen RPI, lembaran kerja serta

aktiviti dan pemerhatian. Pengkaji tidak mengabaikan bahan-bahan yang di dapati

daripada hasil kerja peserta kajian, dan rakaman gambar yang akan dianalisis oleh

pengkaji mengikut borang pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji.

3.8 PROSES PENGANALISISAN DATA

Melalui kajian ini, pengkaji memilih pendekatan menganalisis data secara kualitatif.

Pendekatan ini memberikan keyakinan yang jelas terhadap kesahan, keputusan dan

fakta yang dipilih terhadap kajian yang dilaksanakan. Menurut Muhammed Kassim

(2011), penyelidikan kualitatif mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri tersebut

dapat membezakannya daripada penyelidikan kuantitatif. Antara ciri yang berkaitan

adalah penyelidik merupakan alat kajian utama untuk mengumpulkan data dalam

situasi yang sebenar. Penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif untuk menerangka n


69

sesuatu fenomena yang sedang berlaku dengan meneroka permasalahan dalam

fenomena dikaji. Data kajian boleh dijelaskan dalam bentuk naratif dan gambar.

Dapatan kajian boleh mengandungi senarai semak, nota kerja lapangan, gambar,

dokumen peribadi, memo dan rekod rasmi.

3.8.1. Analisis Dokumen

Jadual 3.5: Borang Laporan Penilaian RPI

Objektif Jangka
Pendekatan Penilaian/ Tanggungjawab
Pendek

Murid dapat menulis 1.Guru minta murid Murid boleh menyalin semua
perkataan mudah dengan menamakan huruf yang di perkataan mudah tetapi masih ada
betul. pamerkan pada kad huruf. kesilapan semasa membentuk
[b], [a], [ j ], [u] huruf dan huruf tidak diletakkan

baju, pada garisan dan nama murid

ini baju baru 2. Guru menulis huruf yang perlu dipanggil supaya

telah disebut dipapan putih memandang guru. PPM perlu


baju baru ini cantik
satu persatu. berada disamping murid untuk
menegur dan membimbing murid

3. Guru melihat cara murid


Di laporkan oleh En. Zakaria
menulis di buku tulis (guru BM)
70

.Jadual 3.5 menunjukkan analisis laporan penilaian RPI tentang pencapaian kemahiran

menulis murid yang dilaporkan oleh guru Bahasa Melayu. Guru telah memberi latihan

menulis di papan putih dengan menunjuk cara satu persatu huruf ditulis. Selepas

peserta melihat contoh yang ditunjukkan, Peserta menulis di dalam lembaran kerja

yang diberi tetapi di dapati beberapa kesalahan dilakukan iaitu huruf tidak diletakkan

di atas garisan, menulis dengan buruk dan jarak antara huruf tidak sama. Kesalahan

semasa menulis huruf membuatkan tulisan tidak kemas dan teratur. Pengkaji telah

membuat analisis hasil kerja murid bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi peserta

kajian. Hasil kerja yang dianalisis di dapati daripada hasil tulisan peserta di dalam

lembaran kerja yang diberi oleh guru Bahasa Malaysia setelah kemahiran menulis

dilaksanakan. Selain itu, pengkaji turut menganalisis laporan penilaian Rancangan

Pendidikan Individu (RPI) oleh guru berkenaan selepas aktiviti dijalankan. RPI

merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza

dan keperluan pengajaran yang sesuai untuk membantu murid berkeperluan khas

mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh guru. RPI dibuat untuk meningka tka n

penguasaan dari segi akademik dan kemahiran yang ingin dicapainya memerluka n

langkah-langkah yang panjang dan dilaksanakan dengan pelbagai pendekatan dan

kaedah sehingga prestasi peserta menunjukkan peningkatan.

3.8.2 Analisis Lembaran Kerja dan Rakaman Gambar


71

Gambar 3.8: Hasil tulisan murid

Gambar 3.8 menunjukkan tulisan peserta kajian yang tidak mempunyai keseragaman

dan huruf tidak konsisten mengikut saiz jarak yang terlalu rapat. Pemerhatian dan

rakaman gambar yang dibuat oleh pengkaji membuktikan ruang antara perkataan

terlalu rapat huruf yan tidak sekata.. Peserta kajian kemudian telah diberi tunjuk ajar

cara penulisan huruf yang betul. Latihan yang diberikan melalui kit ansur maju latih

tubi dapat membantu peserta membaiki corak penulisan di dalam buku latihan.

Penggunaan jarak menggunakan jari sebagai jarak antara dua dapat membantu peserta

menulis dengan tersusun dan kemas. Garisan lurus yang dilatih melalui ansur maju

menjadi bantuan kepada peserta kajian menulis di atas garisan untuk keseragaman

dalam jarak dan juga kekemasan penulisan peserta. Peserta kajian juga menghadap i

masalah menulis huruf. Peserta meletakkan huruf di atas garisan yang salah. Kelakuan

yang gelisah dan kurang tumpuan semasa menulis membuatkan peserta kajian kerap

melakukan kesalahan membentuk huruf dan kerap memadamnya. Tingkah laku

negatif itu memberi masalah kepada peserta kajian untuk menulis dengan kemas dan

teratur.
72

3.8.3 Analisis dokumen dan Pemerhatian

Jadual 3.6: Analisis pemerhatian terhadap peserta kajian

BIL METHOD/MASALAH Sebelum Minggu Minggu Minggu


Tindakan 1-4 5-8 10
1 Isi ruang antara huruf

2 Keseragaman huruf

3 Teknik pegangan pensel

4 Masalah ejaan

5 Perkataan tidak lengkap

6 Postur badan

Jadual 3.6 di atas menerangkan cara pemerhatian dan senarai semak yang digunakan

oleh pengkaji untuk melihat kesilapan yang dilakukan oleh peserta dalam tulisa nnya

Pengkaji dan guru yang megajar akan menilai melalui senarai untuk mencari jalan

mengatasi masalah yang berlaku kepada peserta kajian. Pemerhatian melalui tulisan

yang dibuat oleh peserta kajian semasa melakukan aktiviti tulisan. Pengkaji berasa

amat perlu membantu peserta ADHD yang menangani masalah penulisannya yang

buruk dan sukar dibaca itu. Peserta juga menghadapi masalah menulis di atas garisan

yang menyebabkan tulisannya sukar dibaca. Peserta juga berasa rendah diri apabila

bergaul bersama rakan-rakan sewaktu latihan penulisan dan aktiviti dijalankan dalam

blik darjah. Langkah-langkah seperti di bawah telah dipraktikkan oleh pengkaji

terhadap peserta untuk menangani situasi yang berlaku:

Langkah 1
73

Gambar 3.9 di bawah menunjukkan cara memegang pensel yang diajarkan kepada

peserta kajian. Pada mulanya, pengkaji telah menjadi role model kepada murid.

Pengkaji menunjukkan kepada peserta cara memegang pensel yang betul sewaktu

hendak menulis. Pengkaji kemudian melatih peserta memegang pensel mengikut cara

yang telah ditunjuk semasa hendak menulis. Pengkaji memegang tangan peserta dan

menyuruh memegang pensel denngan teknik yang betul.

Gambar 3.9: Cara yang betul memegang pensel

Langkah 2:

Gambar 3.10 menunjukkan pengkaji mengajar cara memegang buku semasa hendak

menulis. Semasa langkah ini dijalankan, pengkaji melatih peserta menulis dengan

kedudukan tangan dan buku latihan dengan teknik yang betul dan selesa. Pengkaji

menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian,

pengkaji meminta peserta mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka

dikehendaki mempraktik sehingga menguasai kemahiran iaitu menulis cantik dan

kemas serta menulis di atas garisan di kedudukan buku latihan dengan betul.
74

Gambar 3.10: Teknik memegang buku semasa menulis

Langkah 3

Gambar 3.11 di bawah menunjukkan huruf yang terputus dicetak oleh pengkaji. Guru

telah mengenal pasti huruf-huruf yang selalu mengelirukan murid semasa menulis

seperti huruf [j], [k], [u], [i] dan sebagainya. Pengkaji menyediakan lembaran kerja

bagi membuat aktiiviti tulisan. Dengan bantuan komputer pengkaji mencetak huruf

berkenaan dengan saiz yang kecil. Peserta kajian diminta menggunakan jari telunjuk

dan pensel untuk menulis di atas huruf berkenaan mengikut arah jam. Cara ini dapat

mengukuhkan kemahiran motor halus peserta. Ia dibuat secara ansur maju berdasarkan

Kit Ansur Maju yang di perkenalkan. Peserta digalakkan membuat latihan ini di rumah

dengan bantuan ibu bapa serta ahli keluarga.


75

Gambar 3.11: Latihan menekap huruf di atas plastik

Langkah 4

Gambar 3.12 di bawah menunjukkan aktiviti didik libur iaitu latihan melukis dan

mewarna. Pengkaji menfotostatkan gambar-gambar yang menarik. Peserta digalakkan

melukis mengikut bentuk gambar tersebut menggunakan pen marker sebagai aktiviti

didik libur untuk mengurangkan tahap aktif dan tingkahlaku peserta kajian.. Peserta

melukis di atas plastik untuk memberikan keyakinan semasa menyiapkan tugasan

sambil berhibur. Bandingkan gambar-gambar tersebut dari segi warna dan coraknya.

Cara ini menambahkan imaginasi murid dan memberikan banyak latihan pada saraf

tangan iaitu motor halus dan koordinasi mata iaitu tumpuan pada objek yang dilukis

semasa aktiviti berlangsung.


76

Gambar 3.12: Aktiviti didik libur

Langkah 5

Gambar 3.13 di bawah menunjukkan cara duduk yang betul semasa murid hendak

melakukan aktivti menulis. Cara duduk adalah sangat penting semasa aktiviti

penulisan Pengkai menunjukkan cara duduk yang betul semasa menulis. Guru harus

menitiberatkan kedudukan badan semasa mereka menulis. Jangan sandar tepi, tunduk

dan meniarap atas meja. Tambahan pula, pastikan cara pegangan pensil peserta itu

betul. Perkara-perkara di atas adalah sangat kecil tetapi lama-kelamaan ia boleh

menimbulkan masalah kepada murid semasa aktiviti pembelajaran. Kalau tidak

dibetulkan pada permulaan, ia akan dibawa selama-lamanya.


77

Gambar 3.13: Menunjukkan cara duduk yang betul

Langkah 6

Gambar 3.14 menunjukkan peserta menampal huruf dari kertas pasir sebagai aktiviti

motor halus dan gabungjalin kemahiran seni dalam pengajaran bahasa. Pengkaji

menghasilkan bentuk tulisan dengan menggunakan kertas pasir melalui Kit Ansur

Maju. Pengkaji memperkenalkan aktiviti menyususn dan menampal huruf

menggunakan kertas pasir yang dibentuk menjadi huruf. Peserta diminta memegang

dan menyusun ayat dengan bantuan guru. Bentuk tulisan perlu yang bersesuaian

dengan peserta iaitu tidak terlalu kecil dan terlalu besar supaya tidak mengelir uka n

peserta. Pengkaji meminta peserta memegang bentuf huruf yang dibuat dan merasa

bentuk huruf tersebut yang dibuat menggunakan kertas pasir. Peserta memegang

kertas pasir dan disuruh memejamkan mata untuk membayangkan bentuk huruf yang

dipegang. Terapi motor halus dan menggambar dapat diterapkan. Kemudian peserta

kajian akan menampalkan huruf-huruf yang dicantumkan tadi ke atas frame untuk
78

membentuk ayat- ayat pendek. Peserta diminta membaca ayat yang ditampal. Peserta

akan mengeja dan membaca ayat secara ansur maju dan berulang- ulang.

Gambar 3.14: Aktiviti menampal huruf dari kertas pasir

Langkah 7

Gambar 3.15 menunjukkan peserta menulis di atas permukaan kesat menggunaka n

jari sebagai pengukuhan ansur maju. Bahan terdiri daripada span pencuci penggan

mankuk. Penggunaan berus periuk sebagai alat bantu mengajar merupakan satu cara

mengajar peserta merasa bentuk huruf yang di pilih. Ini adalah satu aktiviti tradisiona l

menggunakan bahan maujud yang amat berkesan. Peserta diminta menggunakan jari

telunjuk semasa menulis bentuk. Jari ditekan dengan kuat semasa menulis supaya

murid dapat mendalami bentuknya. Pergerakan ini merupakan satu latihan koordinasi

tangan, jari dan mata dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini menambahkan tumpuan
79

murid pada aktiviti yang berlangsung dan dapat mengurangkan masalah tingkah laku

yang terdapat pada peserta.

Gambar 3.15: Aktiviti menulis di atas permukaan kesat

Langkah 8

Gambar 3.16 di bawah menunjukkan Sistem tiga garisan. Pengkaji menerangka n

fungsi sistem tiga garisan. Menerangkan cara penulisan di atas garisan supaya tulisan

menjadi tersusun dan teratur serta kemas.. Pengajaran secara ansur maju dan latihan

berulang kali dijalankan terhadap peserta kajian. Peserta disuruh menulis namanya

secara berulang kali sehingga cara menulis diperbetulkan.

Gambar 3.16: Menulis di atas sistem tiga garisan

Langkah 9
80

Gambar 3.17 menunjukkan ativiti menulis perkataan dari bawah ke atas. Cara ini

menambahkan tumpuan murid pada hasil kerja mereka. Aktiviti ini juga

memperlahankan pergerakan tangan dan menambahkan pemerhatian.

Gambar 3.17: Latihan menulis dari atas ke bawah

Langkah 10

Gambar 3.18 di bawah menunjukkan hasil tulisan peserta kajian dalam lembaran kerja

yang diberikan gurunya. Menulis perkataan mengikut jarak yang sesuai perlu

diajarkan tehadap peserta. Peserta sebelum intervensi menulis terlalu rapat antara

perkataan. Kedudukan huruf yang tidak sekata iaitu tinggi dan rendah hasil daripad a

tulisan peserta kajian.


81

Gambar 3.18: Tulisan peserta kajian sebelum intervensi

3.9 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya , pengkaji dapat menyimpulkan bahawa, penggunaa n

pengajaran secara ansur maju dapat meningkatkan penguasaan pesera kajian dalam

aspek tulisan di dalam aktiviti yang disertai. Peningkatan yang ditunjukkan oleh

peserta kajian melalui aktiviti-aktiviti yang diberikan dan juga melalui pemerhatia n

oleh guru dan pengkaji sendiri. Segala data yang didapati akan diterjemhkan di dalam

dapatan yang akan dilaporkan dalam bab yang seterusnya.


82

BAB 1V

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Merujuk kepada peringkat perancangan, pengkaji telah mengenal pasti peserta kajian

iaitu seorang murid ADHD dan masalah yang dihadapi belum menguasai sepenuhnya

kemahiran menulis dengan kemas dan teratur. Pengkaji juga melihat cara peserta

kajian menulis huruf iaitu jarak anatara huruf terlalu rapat, tidak meletakkan huruf di

atas garisan dengan sempurna dan kerap memadam huruf yang telah ditulis. Pengkaji

juga melihat peserta kajian sentiasa gelisah dan tidak memberi tumpuan. Tingkahlak u

negatif itu menyebabkan gangguan kepada peserta kajian semasa menulis. Perkara

inilah menyebabkan peserta kajian tidak dapat menyiapkan aktiviti yang diberikan

oleh guru.

4.2 PROFIL MURID


83

Peserta kajian merupakan seorang murid yang ADHD iaitu suka bercakap sendirian,

sangat aktif dan tidak dapat memberikan tumpuan dalam pembelajaran di dalam bilik

darjah. Peserta kajian berumur sebelas tahun. Seorang murid lelaki, anak yang ke

empat di dalam keluarga. Adik beradiknya seramai lima orang dan tidak menghadap i

masalah pembelajaran seperti peserta kajian. Bapanya seorang pekerja di petronas,

manakala ibunya seorang suri rumah. Masalah yang dihadapi oleh peserta kajian

seperti lemah dan gagal memberi tumpuan dalam pelajaran. Murid ADHD ini

biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa

tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun seketika di dalam bilik darjah

atau di luar. Selalunya murid gagal memberikan tumpuan yang baik dalam proses

pembelajaran. Peserta kajian juga mudah hilang tumpuan semasa belajar. Murid ini

hanya memberi tumpuan terhadap pembelajaran dan aktiviti pada waktu yang seketika

sahaja dan beberapa minit kemudiannya akan mengalihkan tumpuan kepada sesuatu

yang lain yang dapat menghiburkan hatinya. Tumpuan perhatian peserta kajian dengan

melihat dan mendengar berulang kali semasa pengajaran guru tidak berkekalan dan

bertahan lama. Biasanya murid ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek,

membezakannya, menghuraikan tentang apa yang dilihat dan didengar. Murid ini

tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari saiz, jarak dan

keadaan ruang. Tingkahlaku yang aktif dan melampau kerap dipamerkan di dalam

bilik darjah. Murid ADHD ini kadangkala akan bertindak dengan agresif yang boleh

menyebabkan pergaduhan dan kecederaan kecil dengan rakan –rakannya di dalam

bilik darjah. Peserta kajian akan memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang.

Seterusnya apabila murid ADHD ini mendapat sesuatu bahan atau barang peserta akan

cuba menggunakan pelbagai cara bagi memanipulasikan bahan tersebut. Peserta kajian
84

akan bertindak dengan menghentak, memukul, membaling, melontar dan sebagainya

terhadap bahan atau barang tersebut. Lebih-lebih lagi jika terdapat orang di sekitar

murid ADHD ini, dia mugkin akan menjadi sasarannya untuk bertindak secara agresif.

Peserta kajian menghadapi masalah yang amat ketara dalam aspek tulisan.

Tulisan yang kerap ditulis adalah menulis di atas garisan di dalam buku tulis atau

dalam lembaran kerja. Melalui pemerhatian dan perbandingan ciri-ciri yang terdapat

pada peserta iaitu menulis dengan bentuk huruf dan tulisan yang tidak konsisten

menunjukkan masalah yang perlu dibaik pulih dan dibantu oleh pengkaji. Penggunaa n

huruf besar dan huruf kecil masih bercampur, begitu juga penggunaan huruf besar pada

ayat. Saiz dan bentuk huruf tidak seragam ditulis oleh peserta kajian. Perkataan yang

ditulis tidak lengkap dan huruf hilang, contohnya (paku) ditulis sebagai (pku). Peserta

juga menulis perkataan dan ayat secara menurun dan menaik Tiada penjarakkan antara

huruf dan antara perkataan semasa menulis di dalam buku latihan. Perkataan-

perkataan yang ditulis bersambung dan rapat di antara satu sama lain, menyebabkan

tulisan amat sukar dibaca. Posisi badan yang tidak betul semasa menulis iaitu postur

badan sangat bongkok semasa menulis dan kedudukan kepala sangat tertunduk dan

rapat dengan buku menyebabkan huruf yang ditulis sukar dibaca. Peserta ini

mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat rendah terutamanya apabila diminta

menulis di khalayak ramai Peserta mengelak apabila diminta menulis di papan putih

dan sangat lambat dalam menyiapkan kerja penulisan. Peserta mengambil masa yang

lama untuk menyiapkan kerja penulisan yang diberi, meskipun dengan menggunaka n

kaedah menyalin semula ayat atau perkataan. Peserta ini juga mudah penat apabila

menulis. Peserta kelihatan sering berhenti menulis dan bercerita dengan rakan sekelas
85

yang lain sebelum meneruskan semula kerja penulisan yang diberi. Berdasarkan

lembaran kerja yang telah diberikan kepada peserta, pengkaji melihat dengan lebih

dekat masalah yang dihadapi peserta dari segi penulisan.

4.3 KIT ANSUR MAJU DAPAT MEMBANTU MURID MEMBENTUK

HURUF DI ATAS GARISAN

Selepas mengesan kelemahan utama peserta kajian, pengkaji telah menyediakan satu

pelan tindakan yang sesuai untuk membantu peserta kajian mengatasi masalah

membentuk huruf dengan betul. Tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah

melalui analisis dokumen, rakaman gambar yang dirakam semasa aktiviti serta hasil

kerja, pemerhatian dan analisis, Pengkaji merancang beberapa tindakan bagi

membantu peserta ini untuk memperbaiki tulisan mereka. Pengkaji merangka

beberapa tindakan untuk peserta kajian berdasarkan pembacaan pengkaji mengena i

cara memperbaiki tulisan melalui kajian-kajian terdahulu. Matlamat utama pengkaji

ialah, di akhir kajian, peserta ini dapat memperbaiki tulisan mereka. Melalui kajian ini,

pengkaji memberi fokus kepada peserta yang bernama Masri (bukan nama sebenar)

yang mengalami ADHD.

Menulis di atas garisan merupakan permasalahan yang ketara dialami oleh peserta

kajian. Peserta kajian dilihat menulis di atas garisan pada buku dan juga dalam

lembaran aktiviti yang diberikan.

Pengkaji juga telah membina bahan bantu belajar Kit Ansur Maju untuk

membantu peserta kajian menambahbaik bentuk tulisan dengan menggunakan ansur

maju. Hasil daripada penggunaan bahan bantu belajar Kit Ansur Maju dilihat dapat
86

membantu pengkaji menambahbaik bentuk huruf dan mengatasi masalah tingkah laku

peserta kajian. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji telah menjalankan interve ns i.

Pengkaji telah memilih untuk menggabungkan dua intervensi menjadi satu teknik

intervensi iaitu dengan mengaplikasikan intervensi bahan bantu belajar secara ansur

maju.

Gambar 4.1 adalah Kit Ansur Maju iaitu buku yang mengandungi plastik lut sinar dan

kertas surih untuk membentuk tulisan mekanis manakala kaedah yang dilaksanakan

adalah kaedah latih tubi dan ansur maju. Semasa aktiviti dilaksanakan pengkaji turut

bersama peserta kajian untuk menerangkan cara menulis dan disamping itu mengawa l

tingkahlaku yang mengganggu peserta kajian. Pengkaji memberi Kit Ansur Maju

kepada peserta kajian dan memberi masa untuk melihat bahan yang digunakan.

Kemudian pengkaji memberitahu cara menggunakan Kit Ansur Maju tersebut

Penerangan yang jelas perlu untuk peserta memahami cara menjawab dan

melaksanakan dengan bantuan guru

Gambar 4.1: Kandungan Kit Ansur Maju

Gambar 4.2 di bawah menunjukkan peserta kajian mengikut bentuk huruf di atas

permukaan plastik lut sinar dengan menggunakan pen marker. Peserta kajian menulis

selepas menerima arahan. Pengkaji melihat cara menulis dan menegur jika peserta
87

kajian membentuk huruf dengan cara yang salah. Peserta akan menulis mengikut ayat

pada kertas lembaran di bawah plastik lutsinar. Peserta hanya mengikut huruf

menggunakan pen marker yang dibekalkan oleh pengkaji. Jika berlaku kesalahan

melanggar garisan, peserta akan memadamkan kesalahan itu dengan segera kerana pen

yang digunakn boleh dipadamkan meggunakan tangan, tisu atau kain sahaja. Keadaan

ini menarik minat peserta untuk meneruskan latihan yang disediakan oleh pengkaji.

Gambar 4.2: Peserta kajian mengikut bentuk huruf di atas permukaan plastik
lut sinar dengan menggunakan pen marker

Gambar 4.3 di bawah menunjukkan hasil tulisan peserta kajian selepas diinterve ns i.

Hasil dari pemerhatian dan gambar ini membuktikan peserta dapat mengusa i

kemahiran ansur maju yang diajar. Peserta dapat menulis di atas garisan dengan teknik
88

yang betul. Bentuk huruf sudah dapat ditulis di atas garisan yang disediakan di dalam

lembaran kerja.

Gambar 4.3: Tulisan peserta selepas intervensi

4.4 KAEDAH ANSUR MAJU DAPAT MEMBANTU PESERTA MENULIS

HURUF DENGAN JARAK YANG BETUL ANTARA HURUF

Masalah penulisan yang ketara ini merangkumi masalah ejaan, dan juga penggunaa n

ruang pada setiap ayat yang tidak sesuai iaitu jarak antara setiap ayat amat dekat.

Ruang pada ayat yang disalin atau ditulis secara umumnya menunjukkan masalah

ruang yang amat serius iaitu jarak antara dua perkataan amat dekat dan sukar untuk

dibezakan.

Gambar 4.4 di bawah menunjukkan hasil tulisan peserta kajian. Kemahiran menulis

amat penting diberi perhatian sekiranya murid-murid mula menguasai kemahiran pra
89

tulisan. Pembentukan huruf perlu diberi perhatian dari seawalnya supaya tidak menjadi

kebiasaan membentuk huruf dengan cara yang salah. Guru perlu memperbetulka n

dengan segera jika melihat kesilapan dilakukan. Disamping itu penggunaan bahan

bantu belajar juga boleh menarik tumpuan dan sesuai dengan kemampuan murid

ADHD semasa mengikuti aktiviti yang dirancang oleh guru. Pengkaji melaksanakan

intervensi melalui Kit Ansur Maju untuk memperbaiki cara menulis peserta kajian

yang mengalami masalah menulis jarak huruf secara rapat dan tidak mempunyai ruang

sesuai antara huruf. Peserta diberikan kertas white board yang boleh di padam

kesalahan dan pen marker yang boleh dibersihkan apabila tersilap sewaktu menulis.

Peserta dapat menulis dengan baik di atas kertas plastik white board itu dengan jarak

huruf yang sesuai. Peserta juga tidak lagi menulis huruf dengan rapat dan sukar dibaca.

Peserta yakin dan seronok dengan hasil tulisan yang diakukan itu. Ini menambahka n

keseronokan dan keyakinan diri peserta apabila aktiviti menulis ini berlangsung.

Peneguhan diberikan dengan kata-kata pujian kepada peserta tersebut. Peserta kajian

yang diberikan intervensi secara ansur maju dapat memperbaiki lagi cara penulisa nnya

di dalam buku dan lembaran kerja yang guru sediakan. Hasil tulisan peserta kajian

dapat dibuktikan melalui gambar yang disertakan sebagai bukti keberhasila n

penggunaan kit ansur maju.


90

Gambar 4.4: Hasil tulisan peserta kajian

Gambar 4.5 di bawah menunjukkan hasil tulisan selepas latihan menulis peserta kajian

selepas intervensi dijalankan. Peserta dapat menulis dengan menggunakan jarak

antara huruf dalam buku latihan dengan baik sekali. Peserta kajian dapat menump uka n

perhatian pada aktiviti yang diberikan melalui kit ansur maju. Perubahan dapat dilihat

pada minggu ke sepuluh apabila peserta dapat menulis dengan kemas, tersusun dan

baik. Peserta kajian menunjukkan peningkatan cara menulis apabila diajar secara

ansur maju oleh pengkaji selama sepuluh minggu.

Gambar 4.5: Hasil tulisan selepas intervensi


91

4.5 AMALAN PENGGUNAAN KIT ANSUR MAJU DAPAT MEMBANTU

GURU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS MURID ADHD

Hasil pemerhatian daripada data yang dikumpul ini menunjukkan peningkatan hasil

daripada penggunaan kit ansur maju yang diperolehi. Huruf tidak seragam, ruang yang

tidak seragam serta mempunyai beberapa kesalahan ejaan dan perkataan yang tidak

lengkap yang ditulis oleh peserta kajian. Melalui pemerhatian yang diperolehi oleh

pengkaji penggunaan kit ansur maju dapat meningkatkan aspek tulisan pesrta kajian.

Hasil daripada dapatan hasil kerja yang ditulis oleh peserta sepanjang kajian dilakukan

menunjukkan peserta dapat mempraktikan ilmu yang diajarkan walaupun peserta

seorang murid ADHD. Peserta dapat menulis secara seragam di atas garisan

yangdisediakan dalam buku latihan seperti contoh yang disertakan. Peserta kajian juga

dapat menulis secara konsisten apabila menulis huruf secara seragam dengan jarak

yang betul dan dapat dibaca oleh guru yang mengajar. Peserta kajian juga dapat

memegang pensel dengan teknik yang betul semasa menulis. Ini menyebabkan hasil

tulisan peserta kajian amat baik dan susunan huruf yang baik antara huruf. Masalah

ejaan juga dapat diatasi hasil daripada penggunaan kit ansur maju. Pengkaji

mengadakan latihan secara ansur maju dengan menyuruh peserta membuat latih tubi

secara ansur maju menulis secara menyambung titik dan menyurih huruf yang

disediakan di dalam kit ansur maju. Kedudukan postur badan pserta jug adapt

diubahsuai oleh pengkaji. Perubahan kedudukan badan semasa menulis menyebabkan

peserta kajian dapat menulis dengan teratur dan baik.


92

Data Hasil Kajian Tindakan

Nama Pelajar : Masri ( bukan nama sebenar)

Tempoh Kajian : 1- 10 Mingggu

Gred Skor Permakahan : 0-3 (Lemah), 4-6 (Sederhana), 7-10 (Baik)

Pemarkahan ( Skor)

Jadual 4.1 di bawah menunjukkan keputusan senarai semak masalah tulisan peserta

Method / Sebelum Minggu 1- Minggu 5- Minggu % Purata


Masa Tindakan 4 8 ke 10 Peningkatan

Isi Ruang 1 4 5 6.5 41.70%

Keseragaman
Huruf 2 5 6 7 40.00%

Teknik
Pegangan 3 6 7 9 43.30%
Pensil

Masalah
Ejaan 3 5 8.5 9.5 46.70%

Perkataan
Tidak 2 4 7 8 43.30%
Lengkap

Postur 2 7 9 10 66.70%
Badan

Dapatan daripada senarai semak menunjukkan peningkatan dalam penulisan murid

iaitu bagi masalah menulis di dalam ruang yang disediakan Hasil tulisan peserta

menunjukkan peningkatan kepada 41 % pada minggu ke sepuluh secara minnya,

manakala bagi keseragaman peserta menulis huruf pula menunjukkan peningkata n

secara min iaitu 40.00 %, bagi teknik memegang pensel pula, peserta meningkat
93

kepada purata sebanyak 43.30 % pada minggu kesepuluh. Dari segi ejaan huruf yang

ditulis di dalam ayat, menunjukkan peningkatan kepada 46.70 % peningkatan selepas

kajian tindakan secara ansur maju dijalankan. Masalah peserta menulis patah

perkataan yang tidak lengkap pula meningkat kepada 43.30 % secara min selepas

minggu kesepuluh. Begitu juga dengan kedudukan postur tubuh badan peserta semasa

menulis latihan, ia menunjukkan peningkatan kepada 66.0 % selepas minggu

kesepuluh. Proses kajian tindakan yang berlaku terhadap peserta kajian menunjukka n

kejayaan yang amat ketara dan dapat dilihat melalui min markah dan peratus ya ng

ditunjukkan.

Graf 4.1: Peningkatan aspek tulisan peserta kajian.

Berdasarkan graf yang dihasilkan ini membuktikan bahawa pengajaran scara ansur

maju dapat memperbaiki tulisan peserta kajian. Sebelum tindakan dibuat oleh pengkaji

cara penulisan peserta bagi menulis dalam ruang yang disediakan amat teruk sekali.
94

Peserta tidak pandai menggunakan antara ruang dua perkataan dan huruf.. Huruf

ditulis sangat rapat dan tidak sekata. Selepas intervensi kita dapat lihat graf

peningkatan penggunaan ruang oleh peserta kajian. Semua permasalahan yang

diselidik pada awal sebelum intervensi menunjukkan peningkatan pada minggu

kesepuluh. Pengkaji berasa seronok dengan kejayaan hasil daripada kajian tindakan

yang dilakukan terhadap peserta yang bermasalah ADHD. Pengkaji akan terus

mempraktikkn kajian tindakan ini supaya ianya dapat diaplikasikan kepada semua

murid sama ada murid pendidikan khas ataupun murid di arus pedana

4.6 KESIMPULAN

Diakhir proses kajian, pengkaji telah membuat refleksi tentang semua aspek

pelaksanaan yang telah dilakukan sama ada memberi kesan atau tidak kepada peserta

kajian. Pengkaji telah membuat penilaian terhadap hasil kerja menulis mekanis peserta

kajian sebelum intervensi dan selepas intervensi. Diharapkan dengan melaksanakan

kaedah latih tubi dan penggunaan Kit Ansur Maju boleh membantu menambahba ik

mutu tulisan peserta kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan peserta kajian menguasa i

ansur maju yang diperkenalkan oleh pengkaji. Peserta dapat mengikuti pembelajaran

yang diajarkan oleh pengkaji. Murid ADHD memerlukan satu gaya pembelajaran

yang menarik minat mereka untuk belajar. Gaya pengajaran guru yang kreatif dan

berinovasi dapat menarik fokus mereka untuk memberikan tumpuan dalam bilik

darjah.
95

BAB V

PERBINCANGAN CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini pengkaji membincangkan dapatan daripada kajian tindakan yang dijalankan

ke atas seorang peserta berhubung masalah tulisan yang dihadapi. Dapatan kajian ini

akan dirumuskan sebagai menjawab permasalahan kajian yang telah diutarakan dalam

bab satu. Selain daripada itu dapatan kajian ini juga diharapkan akan dapat

memastikan sama ada objektif kajian telah tercapai atau sebaliknya. Bab ini juga,

pengkaji akan membincangkan implikasi dapatan kajian. Di samping itu juga pengkaji

akan membincangkan cadangan kajian yang berkait rapat dengan kepentingan kajian.

Seterusnya memberikan cadangan kajian lanjutan yang boleh diikuti oleh pengkaji-

pengkaji selanjutnya akan melaksanakan kajian.


96

5.2 RINGKASAN KAJIAN

Terdapat perubahan yang dilihat melalui penggunaan kaedah kit ansur maju ini ke atas

peserta dengan mengurangkan masalah tulisan dalam penulisan perkataan dalam

Bahasa Melayu. Hal ini telah dibuktikan dengan peningkatan hasil tulisan yang dibuat

oleh peserta melalui aktiviti dan lembaran kerja. Ianya juga bertepatan dengan kajian

yang dijalankan oleh Norizan Binti Esa (2005), yang menunjukkan bahawa mengajar

kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah ansur maju

membolehkan kanak-kanak mampu menulis dengan lebih kemas, teratur serta kurang

melakukan kesilapan. Kadar kekerapan kesalahan penulisan huruf di atas garisan yang

dilakukan oleh peserta kajian ialah tiada kesalahan bagi latihan menyalin semula suku

kata dan ayat. Hal ini dibuktikan melalui hasil dapatan analisis pra lembaran kerja dan

analisis aktiviti selepas intervensi. Menurut Stevens et al. (2007, dalam Heritage M,

2008), beliau menyatakan pembelajaran ansur maju ialah gambaran tentang

bagaimana murid menjadi lebih mahir dalam satu tempoh masa melalui latihan yang

berdisiplin dan prestasi pencapaian dapat ditingkatkan. Hal ini menunjukkan bahawa

latihan ansur maju dan latih tubi yang dilaksanakan dalam satu tempoh masa yang

tertentu dan melibatkan satu siri intervensi tertentu telah dapat meningkatkan prestasi

penulisan subjek kajian.


97

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN

Dapatan kajian ini menunjukkan peserta kajian dapat memperbaiki tulisan yang tidak

kemas, sukar dbaca, menulis di atas garisan, penggunaan jarak antara huruf yang rapat

denan lebih baik. Dari segi kekuatan, kaedah penggunaan kit ansur maju yang

digunakan menjadikan murid tesebut lebih teliti dan peka terhadap tulisan di dalam

buku latihan sewaktu membuat latihan menulis. Peserta kajian tidak lagi menulis di

atas garisan di dalam buku latihan atau dalam lembaran kerja. Hasil maklum balas

daripada peserta kajian, dia berasa seronok kerana dapat melihat tulisannya yang

kemas dan menggunakan kit ansur maju yang perbagai bentuk dan warna dapat

menarik minat peserta kajian. Selain itu, subjek kajian juga menyatakan bahawa

kaedah ansur maju yang digunakan sangat membantu peserta untuk menulis dengan

lebih cepat dan yakin pada diri sendiri. Hal ini kerana kaedah tersebut bermula dari

tahap yang paling mudah dan beransur-ansur menjadi tahap yang sukar. Kekuatan

penyelidikan ini juga ialah ianya mudah dijalankan kerana ianya boleh dijalankan pada

waktu mengajar, waktu pemulihan, waktu aktiviti penggayaan dan dapat digunakan di

rumah serta pada masa lapang. Justeru itu, pengkaji dapat membantu peserta dalam

membaiki tulisan yang kerap menulis di atas garisan sama ada di dalam buku atau

lembaran kerja.
98

5.3.1 Kit Ansur Maju dapat membantu peserta membentuk huruf di atas

garisan dengan cara yang betul.

Penggunaan kit ansur maju dalam pengajaran terhadap peserta kajian dapat membantu

peserta membentuk huruf dengan cara yang betul di atas garisan. Pengkaji

menjalankan latihan scara ansur maju menggunakan bahan-bahan yang terdapat di

dalam kit ansur maju. Peserta kajian akan membuat latihan secara ansur maju iaitu

dari yang mudah ke tahap yang lebih tinggi sehinggalah dapat menghasilkan satu

bentuk tulisan yang dimahukan oleh pengkaji. Bentuk tulisan yang betul, baik, teratur

dan kemas serta ditulis di atas garisan adalah satu pencapaian yang sangat berjaya

setelah diintervensi oleh pengkaji. Peserta akan diperhatikan dan dibimbing semasa

membuat latihan secara ansur maju yang diberikan.

5.3.2 Kaedah Ansur Maju dapat membantu peserta menulis huruf dengan

jarak yang sesuai antara huruf

Kaedah ansur maju yang diaplikasikan oleh pengkaji dapat membantu peserta menulis

huruf mengikut jarak yang sesuai antara dua huruf. Peserta kajian akan diberikan

latihan di dalam kertas lutsinar yang ditulis perkataan pendek. Peserta dikehendaki

menekap kertas itu dan menulis di atasnya perkataan yang disediakan. Peserta akan

diberikan latihan yang sama tetapi berbeza perkataan secara ansur maju. Selepas

latihan yang diberikan itu perserta akan diberikan latihan yang lebih rumit iaitu

menyalin perkataan di atas kertas putih. Hasil daripada penggunaan kit ansur maju ini

menunjukkan perserta dapat menulis menggunakan ruang jarak antara dua huruf
99

dengan baik dan betul. Ini membuktikan kajian tindakan yang dilakukan keatas

peserta berjaya mencapai sasarannya.

5.3.3 Amalan Penggunaan Kit Ansur Maju dapat membantu guru

meningkatkan kemahiran menulis mekanis murid ADHD

Penggunaan kit ansur maju dalam pengajaran dapat menghasilkan pencapaian yang

amat membanggakan ke atas peserta kajian. Pengkaji mengaplikasikan kaedah secara

ansur maju dalam pengajaran terhadap peserta kajian dalam jangka masa yang

ditetapkan oleh pengkaji. Peserta kajian yang menghadapi pelbagai masalah dalam

aspek tulisan seperti menulis di atas garisan, menulis jarak antara dua huruf , tulisan

yang sukar dibaca serta cara pegangan pensel yang salah berjaya diatasi oleh pengkaji

melalui penggunaan kit ansur maju. Peserta dapat membuktikan keberhasila n

penggunaan kit ansur maju apabila berjaya menghasilkan penulisan yang amat baik,

cantik, tersusun dan kemas seperti yang ditunjukkan dalam bab yang terdahulu.

Penggunaan kit ansur maju berjaya membantu peserta ADHD yang mengala mi

masalah tulisan untuk memperbaiki tulisannya dan seterusnya berasa yakin dan

gembira dengan hasil yang diperolehi semasa menulis dalam mata pelajaran Bahasa

Malysia. Kandungan kit ansur maju juga dapat membantu peserta berhibur sambil

belajar melalui unsur didik libur yang diperkenalkan. Aktiviti didik libur dapat

membantu peserta mengurangkan rasa tertekan apabila selesai menyiapkan sesuatu

latihan. Ini memberikan perasaan seronok terhadap peserta untuk belajar bersama guru

dan pastinya dapat mengurangkan masalah tingkahlaku peserta di dalam bilik darjah.

5.4 IMPLIKASI KAJIAN


100

Melalui kajian ini, guru pendidikan khas dapat membaiki kaedah pendekatan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya murid

bermasalah pembelajaran. Kajian ini dapat memberi faedah kepada guru pendidikan

khas untuk merancang aktiviti-aktiviti pengajaran yang dapat membantu

meningkatkan cara tulisan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang

dihadapi di sekolah masing- masing. Selain itu, kajian ini juga dapat dijadikan asas

kepada guru pendidikan khas untuk membentuk satu kaedah pengajaran yang baru

bagi menangani masalah tulisan murid ADHD. Kajian ini boleh membantu murid

ADHD dalam menangani masalah tulisan dan tingkahlaku mereka di dalam blik

darjah. Kajian ini penting untuk menambahkan pengetahuan dalam kaedah baru cara

meningkatkan kemahiran menulis murid ADHD di sekolah. Guru-guru dan ibu bapa

juga boleh melakukan pendekatan-pendekatan yang berguna untuk meningkatkan lagi

potensi murid yang bermasalah pembelajaran khususnya ADHD mengatasi masalah

tulisan yang dihadapi.

Penggunaan kaedah ansur maju menunjukkan impak positif dalam menambah amalan

pengajaran dan pembelajaran pengkaji dan membantu peserta kajian dalam kemahiran

menulis huruf dengan betul. Dengan lebih banyak perhatian dan bimbingan, timbul

minat murid untuk belajar Bahasa Malaysia dengan lebih seronok. Melalui penguasaan

kemahiran menulis hurufdan perkataan, prestasi murid dalam Bahasa Malaysia

khususnya dan mata pelajaran lain amnya dapat ditingkatkan .Bagi diri pengkaji pula,

pengkaji telah menjadi lebih teliti dalam penyemakan kerja murid selepas menjala nka n

penyelidikan tindakan ini. Pengkaji perlu memerhati dengan teliti setiap lembaran

kerja atau latihan yang dibuat oleh murid untuk mengesan kesalahan yang mereka

buat. Ini merupakan kerja seorang guru iaitu mereka perlu memahami dan meneliti
101

penulisan murid. Di samping itu, pengkaji juga telah memahami kepentingan menjalin

hubungan rapat dengan guru, ibu bapa dan murid-murid. Penyelidikan tindakan ini

memberi peluang kepada pengkaji berkongsi pendapat dengan guru- guru yang lain.

Melalui perkongsian ilmu tersebut, pengkaji dapat menambah pengalaman dan

kemahiran mengajar pada masa depan. Pengkaji menyedari, penggunaan ABM juga

dapat membantu dalam menarik perhatian murid semasa proses pengajaran. ABM

yang menarik serta menyeronokkan akan memikat hati dan merangsang deria murid

untuk mendengar apa yang disampaikan. Hal ini sesuai dengan pandangan Muhaiban

Kassim(2003) yang menyatakan perkara yang perlu diberi perhatian ketika

menyerapkan pembelajaran ialah jenis bahan yang akan digunakan, memahami latar

belakang murid, memahami persekitaran murid, dan yang terakhir ialah menyus un

rancangan pengajaran. Pengenalan kit ansur maju ini dapat membantu murid pengkaji

memahami dan menguasai kemahiran menulis. Dengan ini, pengkaji dan guru boleh

meneruskan pengajaran berpandukan sukatan pelajaran dengan lancar. Kaedah ansur

maju yang digunakkan terhadap perserta merupakan satu kaedah pengajaran yang

berkesan dalam membantu murid menguasai suatu konsep. Oleh itu, murid belajar

secara memahami dan bukan sekadar melihat dan mendengar sahaja penerangan

daripada guru. Sebagai seorang pengkaji, saya telah cuba mengamalkan etika

penyelidikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Sebelum menjala nka n

penyelidikan ini, pengkaji telah meminta kebenaran daripada murid dan pihak sekolah

yang telah terlibat dalam penyelidikan ini. Pengkaji juga sedar akan kepentingan tabiat

membaca selepas menjalani penyelidikan Pengkaji akan berusaha untuk menjadi

contoh kepada penyelidik lain dan berharap hasil penyelidikan ini memberi

sumbangan dalam perkembangan ilmu dan kemahiran pedagogi Bahasa Malaysia


102

sekolah rendah khsusnya pendidikan masalah pembelajaran. Selain itu, pengkaji juga

telah mempelajari pelbagai kaedah untuk mengumpul, menganalisis dan menyemak

data.

Tindakan pemulihan berikut boleh dilakukan dalam kalangan murid ADHD yang

menghadapi isu kemahiran menulis dan penulisan.

1. Isu Ruang: Menggunakan pensel sebagai alat menjarakkan setiap ayat yang

ditulis. Guru akan menerapkan cara menjarakkan antara dua perkataan supaya tulisan

murid Nampak kemas dan tersusun. Penggunaan ruang yang baik dapat menghasilka n

penulisan yang kemas, teratur, dan muah dibaca.

2. Keseragaman huruf: Menggunakan buku petak atau bergaris. Buku petak dan

bergaris boleh dijadikan satu wadah membantu murid menulis dengan cara yang betul.

Murid akan diajar menulis di atas buku yang bergaris supaya keseragaman huruf dapat

disusun dengan kemas. Penggunaan buku petak dapat mengajar murid menggunaka n

ruang dan seterusnya dapat membaiki antara ruang perkataan yang ditulis.

3. Pembentukan huruf: Mengikuti kaedah tatacara yang betul dalam menulis huruf

besar dan kecil. Guru akan mengajar dan memastikan tulisan huruf murid di dalam

buku latihan mengikut kehendak mereka. Guru akan menekankan penggunaan huruf

sama ada huruf besar atau huruf kecil.

4. Teknik pegangan pensel: Memegang pensel mengikut kaedah yang betul dan

selesa bagi murid. Guru akan mengajar murid cara memegang pensel dengan yang

betul. Guru akan menunjukkan contoh teknik pegangan semasa murid hendak menulis

dalam buku latihan atau dalam lembaran kerja.


103

5. Masalah ejaan: Membaca sambil menulis. Masalah ejaan yang kerap menjadi

kesalahan yang dilakukan oleh murid ADHD akan dikurangkan melalui hafalan dan

latihan ansur maju. Murid akan membaca sambil menulis perkataan yang ditulis guru.

Guru akan membantu dengan membaca secara berulang kali bagi memudahkan murid

mengingat perkataan yang hendak ditulis.

6. Postur badan: Kedudukan posisi badan semasa menulis juga mempenga r uhi

huruf-huruf yang ditulis oleh murid. Kedudukan postur yang betul dapat menjadikan

tulisan murid lebih kemas dan cantik. Guru perlu mengajar kedudukan yang betul

semasa murid hendak memulakan sesuatu aktiviti kerana postur badan yang salah

menyebabkan corak tulisan murid menjadi buruk dan huruf yang ditulis tidak sekata.

5.5 SUMBANGAN KAJIAN

Kajian ini akan memberikan manfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM), sebagai penambahbaik kepada pihak kementerian pendidikan dalam

membekalkan bahan bantu mengajar kepada guru dan bahan bantu belajar yang

bersesuaian untuk murid pendidikan khas supaya dapat dimanfaatkan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung keadaan ini dapat membantu

pihak guru menyediakan satu kaedah pembelajaran yang berasaskan alat bantu

mengajar dapat digunakan terhadap murid ADHD.

Kajian tindakan ini juga dapat memberi sumbangan penting pada Jabatan

Pendidikan Melaka, kerana hasil dari tindakan ini dapat digunakan pada semua
104

sekolah di negeri Melaka untuk memperbaki masalah tulisan yang dihadapi oleh guru-

guru pendidikan khas terhadap murid di sekolah masing- masing.

Kajian juga memberikan sumbangan penting pada Jabatan Pendidikan Daerah

di negeri Melaka. Melalui dapatan kajian ini, bahan kit ansur maju boleh digunakan

kepada semua murid yang lemah dalam aktiviti tulisan. Bahan kit ansur maju yang

dihasilkan ini juga boleh dijadikan panduan pada semua guru untuk memperbaik i

teknik pengajaran masing- masing terhadap murid aliran perdana aau murid pendidikan

khas di sekolah masing- masing.

Sumbangan kajian ini juga amat penting pada sekolah kerana dapat membantu

mengurangkan masalah tulisan yang dihadapi oleh murid pendidikan khas dan juga

murid pemulihan. Pengkaji rasa bertanggungjawab untuk membantu mengurangka n

permasalahan yang dihadapi oleh murid serta guru yang mengajar Bahasa Malaysia

dan mata pelajaran yang lain di sekolah pengkaji. Kit Ansur Maju dapat membantu

murid di aliran perdana dan juga pendidikan khas dalam memperbaiki cara penulisa n

masing- masing.

Sumbangan kajian ini pada guru dan murid adalah dapat membantu mereka

mengatasi masalah yang dihadapi dalam tulisan. Guru dapat menggunakan Kit Ansur

maju dalam pengajarannya dan mempelbagaikan teknik pengajaran menulis dan

seterusnya menarik minat murid untuk memberikan perhatian dan tumpuan di dalam

bilik darjah. Murid dapat belajar cara yang mudah secara ansur maju memperbaik i

masalah tulisan yang dihadapi oleh mereka.


105

Bagi ibu bapa pula, sumbangan kajian ini adalah untuk membantu anak mereka

menguruskan tingkah laku dan emosi semasa menjalani aktiviti harian bersama-sama.

Pembelajaran secara ansur maju yang dijalankan oleh guru di sekolah boleh

dipraktikkan di rumah. Ibu bapa perlu bersabar semasa memberi tunjuk ajar dan

membantu mereka yang bermasah dalam tulisan.

5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kaedah latih tubi dan ansur maju yang diguna untuk kajian ini adalah satu kaedah yang

praktikal untuk dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran oleh pengkaji yang

ingin melakukan kajian tindakan terhadap masalah menulis mekanis. Penggunaa n

bahan bantu belajar seperti Kit Ansur Maju adalah salah satu cara menyelesa ika n

masalah menulis mekanis yang berkesan dan bahan-bahan di dalamnya mudah di

perolehi di dalam bilik darjah.

Penggunaan Kit Ansur Maju bersama kaedah latih tubi juga boleh digunakan

dalam semua matapelajaran khususnya kemahiran menulis kerana sebelum menulis di

dalam buku tulis, murid akan diberi latihan menulis di atas plastik lut sinar dengan

menggunakan pen marker. Sekiranya hasil tulisan tidak kemas mudah untuk dipadam

dan murid tidak rasa tertekan untuk memperbaiki bentuk tulisan mereka.

Seterusnya cadangan untuk kajian yang akan datang, pengkaji boleh

melibatkan ibu bapa membantu dengan cara berada disamping murid semasa

menggunakan Kit Ansur Maju di rumah. Di samping itu, perkongsian ilmu bersama
106

ibu bapa supaya mereka mengetahui cara menguruskan tingkahlak u serta emosi dan

dapat melihat keupayaan anak mereka. Kerjasama guru dan ibu bapa akan membantu

menambahbaik kemahiran menulis murid pendidikan khas.

5.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengkaji dapati melalui kajian yang telah dilaksanakan dan dapatan

daripada pengkaji-pengkaji yang lalu kaedah latih tubi dan ansur maju yang

dilaksanakan oleh pengkaji dalam penyelidikan amat sesuai kerana dapat membantu

peserta kajian menambahbaik cara membentuk huruf dan kekemasan tulisan. Di

samping penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dan menarik boleh membantu

mengurangkan masalah di kalangan murid-murid pendidikan khas. Ini bersesuaian

dengan pendapat Sasson (1990) yang mengatakan kemahiran menulis memerluka n

pendekatan pengajaran yang sistematik kerana pendekatan pengajaran yang sistematik

bukan sahaja memudahkan pengajaran tetapi juga memudahkan pembelajaran. Kanak-

kanak yang diajar menulis dengan cara yang betul akan merasa selesa dan seronok

untuk menulis. Kajian tindakan ini telah dijalankan kerana kemahiran menulis

didapati kurang dititikberatkan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran

terutamanya murid ADHD. Kemahiran tulisan mekanis tidak diberi penekanan secara

formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh murid-murid semakin tidak

cantik dan sukar dibaca. Walaupun banyak kajian telah dijalankan tentang murid

sekolah, namun kajian yang lebih meluas perlu di lakukan tentang murid berkeperluan

khas seperti kanak-kanak autistik, hiperaktif, sindrom down, lembam dan sebagainya.

Dengan adanya kajian ini, maka pengkaji berupaya melihat senario sebenar dalam
107

masalah tulisan mekanis dan cuba mencari satu kaedah yang sesuai untuk digunakan

oleh murid pendidikan khas agar mereka mendapat satu hasil yang sempurna dalam

kemahiran tulisan mekanis. Tindakan pada peringkat awal dapat membantu murid

terutamanya dalam teknik latihan menulis.

Teknik penulisan yang betul terhadap huruf-huruf, koordinasi tangan dan mata

yang sesuai serta ingatan jangka pendek murid boleh membantu murid secara tidak

langsung. Menulis juga merupakan medium utama kepada murid pendidikan khas

terutamanya kepada murid yang menghadapi masalah komunikasi lisan. Pengajaran

dan pembelajaran akan lebih mudah dengan keupayaan murid menulis dengan baik

bagi menyampaikan mesej dan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Maka, Penyelidik akan mengekalka n

penggunaan untuk pengajaran pada masa hadapan kerana kaedah ini adalah cara

paling mudah dan berkesan untuk mengajar kemahiran menulis. Pendedahan awal

adalah perlu supaya mereka tidak menghadapi masalah bila berada di sekolah

menengah dalam pendidikan khas. Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang

pengkaji dapati semasa menjalankan kajian ini. Kelebihan dan kekurangan ini akan

membantu pengkaji dari segi penambahbaikan dan pencarian kaedah yang lebih baik

untuk kajian lapangan pada masa hadapan. Kelebihan daripada kajian ini adalah

masalah-masalah yang dihadapi oleh peserta kajian dapat dilihat dengan lebih jelas

dan masalah ini mungkin diabaikan oleh sesetengah guru. Kajian ini juga dapat

membantu peserta menangani masalah dalam kelas dan membantunya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Persoalan mengapa penulisan dan tulisan amat penting

diperbetulkan mungkin sesuai ditujukan kepada siapakah yang membimbingnya. Guru


108

yang prihatin tentang muridnya pasti akan cuba membantu muridnya agar sentiasa

memperbaiki cara penulisan masing- masing. Proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi tanggunjawab guru untuk membantu muridnya. Di samping kaedah dan

penggunaan bahan bantu belajar yang dilaksanakan oleh pengkaji bersama peserta

kajian, kerjasama daripada guru-guru pendidikan khas, pembantu pengurusan murid

dan ibu bapa juga telah membantu memperlihatkan perubahan bentuk penulisa n

peserta kajian. .

RUJUKAN

WEB

http://www.blogger.com/www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/apakah
ADHD.htm
109

http://cikgusuepkhas.blogsport.com/2012/01/bagaimana- mengurus-tingkahlaku
murid.html
http://pendidik- istimewa.blogsport.com/2012/02/pengurusan-tingkahlaku- murid-
murid.html
http://specialseekers.blogsport.com/2012/04/terapi-cara-kerja-hungry-guy-
tennis.html

Buletin

Jabatan Pendidikan Khas (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas


Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah, Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas. Kuala


Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2007. Berita Pendidikan Khas, Kuala Lumpur

Kementer ia n Pendid ika n Malays ia (2006). Buk u Panduan Pelak sanaan


Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M).

Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2012)


Dokumen Standard Kurikulum Pra Sekolah Pendidikan Khas
Kebangsaan ( Masalah Pembelajaran, Putra Jaya Kementerian
Pendidikan Malaysia)

Buku

Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad (2000). Keberkesanan Penggunaan
Bahan Pengajaran Multimedia Interaktif (BPMI) dalam Pengajaran
Jurnal BTP. 17-34. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Abd. Rahim b Talib (2007), Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah


Pembelajaran Institut Perguruan Ilmu Khas, HBSL 1103:

Abdulla h Yusof (2006), Pengenalan Kepada Pendidik an Khas, Open


Unive r s ity Malays ia . Kuala Lumpur

Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu 1(1): 1-12.
110

Ali Mahmood (2007), OKU Perlu Terus diberi Peluang, Utusan Malaysia(atas talian)
diperolehi pada Julai 24, 2007, daripada http://utusan.com.my

Azizi Yahaya (2006), Punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkahlaku, PTS Profesiona l,
Kuala Lumpur

Dayang Norliza Awang Yem. (2010). Kesan Kaedah Ansur Maju dalam
Mengurangkan Kekerapan Kesalahan Menulis Huruf Kecil „k‟ dan
„p” Murid Tahun Lima. Buku Koleksi Artikel PT, Seminar PT Tahun
2010 IPGKBL (BM Pendidikan Rendah),110-125.

Hasrul Faizal & Nor Azahan.(2003). Pengurusan Pendidikan Khas, Shah Alam:
Kiambang Publication. Selangor.

Jamilah K.A Mohamed (2005), Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa,


Percetakan Zafar Sdn.Bhd.Batu Caves.

Kamarudin Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

K.A Razhiya h (2006). Mengapa Kanak -Kanak Suk ar Belajar? P ts .


Profesio na l Publis hing Sdn.Bhd Selangor .

Lina Ping Madang (2010), Penggunaan Kertas Kotak Bergaris Dalam Membantu
Murid Tahun Dua Menulis Huruf „J‟ Besar dan Kecil Dengan Betul
Semasa Menjawab Soalan Pemahaman Bahasa Melayu. Buku Koleksi
Artikel PT, Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL
(BM Pendidikan Rendah),157-171.

Mohd. Aris, Hajah Siti Fatihah, Hajah Asmah binti Abd.Rahman (2004). Tahap
Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih KPLI (M)
Maktab Perguruan Raja Melewar, Sewaktu Praktikum. Tesis Sarjana
Muda Pendidikan. Negeri Sembilan: Maktab Perguruan Raja
Melewar Seremban

Mohd Sharani Ahmad (2004), Psikologi Kanak- kanak, PTS Publication, Pahang.

Mohd Zuri dan Aznan Che Ahmad (2011), Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-
kanak Berkeperluan Khas, Universiti Sains Malaysia, P.Pinang

Muhammad Azizi Rahim (2010). Kesan Bimbingan Individu Dalam


Mengurangkan Kesilapan Menulis Huruf Besar Di Tengah Perkataan
Bahasa Melayu Murid Tahun Lima. Buku Koleksi Artikel Penyelid ika n
Tindakan, Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL (BM
Pendidikan Rendah), 224- 237

Muhammad Kassim (2011). Penyelidikan Kualitatif, Kementerian Pendidikan


111

Malaysia Kuala Lumpur.

Nathesan (2010), Pendekatan dan Pendidikan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Noor Badariah bte Abu Bakar, Nur Atiqah bte Ahmad Zaki (2011). Kaedah Ansur
Maju. Dimuat turun daripada www.scribd.com/doc/Kaedah-Ans ur-
Maju)

Norizan Binti Esa (2005), Jurnal Kemahiran Menulis secara Kaedah Ansur Maju,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman Lebar, (2015), Kajian Tindakan Dalam Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjung Malik, Perak

Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd.Nor.(2005). Simptom Disleksia Kanak-Kanak


Prasekolah. Jurnal Pendidikan. 30 (2005) 3 -9, menerusi laman :
http://myais.fsktm.um.edu.my/7852/1/Jpendidikan.doc

Rosinah Edinin (PhD) (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan,


Freemind Horizon Sdn.Bhd.

Saadiah Ahmad. (2012). 101 Senarai Penting Bagi Penyelaras Keperluan


Pendidikan Khas.Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Kuala Lumpur.

Supiah Saad. (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings.
PHD Thesis. University of Warwick.Unprinted.

Turkington, C dan Harris, J.R (2003), Understanding Learning Difficulties: The


source Book For Causes, Disorders, and Treatments, New York:
Checkmark

Yasmin Hussain (2013), Terapi Dalam Pendidikan, Jabatan Pendidikan Khas,


IPG Durian Daun. Melaka

Zuhayati Yazid (2010), Rawatan Segera atasi Hiperaktif, utusan Melayu, (atas talian)
diperolehi pada 12 Ogos, 2010, daripada http://utusan.com.my

LAMPIRAN
112

Pengkaji bersama peserta kajian


113

Peserta seringkali tidur di dalam bilik darjah

Bentuk tulisan murid semasa


menyalin perkataan di papan
putih sebelum intervensi dan
selepas intervensi

Tulisan peserta kajian sebelum dan selepas intervensi


114

Aktiviti menulis di atas kad white board selepas intervensi

Lembaran kerja murid di rumah bersama ibu selepas intervensi


115

Aktiviti peneguhan. Murid mengikut lakaran gambar untuk memupuk

kemahiran motor halus semasa menulis.


116

Peserta kajian sedang mencantum titik Hasil kerja peserta kajian

di atas garisan
117

Tulisan peserta kajian di dalam buku latihan sebelum intevensi


118

Menulis di atas garisan dalam buku latihan

Tulisan peserta kajian di dalam buku latihan sebelum intevensi

Tulisan peserta kajian sebelum intevensi Tulisan peserta kajian selepas intevensi
119

Latih tubi menyambung titik di atas garisan

Aktiviti menulis di atas plastik lutsinar


120

INSTRUMEN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

ARAHAN

TANDAKAN PADA PETAK YANG SESUAI BERDASARKAN


TINGKAHLAKU SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU
BERSAMA MURID

RESPON
BIL PERLAKUAN YA TIDAK

1 Merosakkan harta benda 


2 Mencederakan diri sendiri 
3 Mencederakan orang lain 
4 Berkelahi secara lisan 
5. Berkelahi secara fizikal 
6 Berbahasa kasar dan kesat 
7 Meludah 
8 Cepat marah dan meradang 
9 Menjerit, menangis atau ketawa tanpa sebab 
10 Tidak boleh duduk diam 
11 Ingkar atau tidak menurut perintah 
12 Membuat bising 
13 Perhatian mudah terganggu 
14 Memencilkan diri 
15 Lembab pergerakan 
16 Mengajuk percakapan 
17 Bercakap bersendirian 
18 Gelisah 
19 Berkhayal atau termenung 
20 Membuat sesuatu tanpa tujuan 

8 12
JUMLAH KECIL
20 20

Tanda tangan guru :……………………………….

(ZAKARIA BIN CHE PA)

You might also like