You are on page 1of 48

1.

KEMAHIRAN BERTUTUR
Pengenalan Kemahiran bertutur tidak sama dengan penghasilan ujaran dalam sesi

pembelajaran dan pengajaran. Bertutur ialah kegiatan melafazkan dan melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna bagi membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana berbahasa. Sebaliknya, penghasilan ujaran pula merupakan bidang kajian fonetik dan fonologi, iaitu kajian yang menghuraikan cara alat artikulasi manusia seperti lidah, bibir, lelangit dan lain-lain berfungsi dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa (Siti Hajar, 2008). Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan

menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental iaitu memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik berkeupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental iaitu mendengar dan membaca secara berkesan. Di sekolah pula, konsep kemahiran bertutur merujuk kepada kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan pelajar. Ia merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa dan berlaku pada peringkat penglahiran. Kemahiran ini tidak boleh dicipta oleh pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Model yang lemah akan menghasilkan ajukan yang lemah dan begitu juga sebaliknya. Justeru, model yang baik diperlukan supaya pelajar dapat menghasilkan tindak balas yang baik. Antara aktiviti kemahiran bertutur yang boleh diadakan di dalam bilik darjah adalah bercerita. Bercerita merupakan aktiviti yang berkesan dan effektif dalam kemahiran bercerita kerana aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan

kemahiran para pelajar malah turut member peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri. Ini turut di sokong dalam buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Siri Risalah Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSM): Aktiviti Bakat Bercerita Sastera (1990 : 3) menyatakan bahawa aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Faktor yang Mempengaruhi Pertuturan Setiap kemahiran berbahasa dipengaruhi oleh beberapa faktor yang mendorong sama ada ke arah positif ataupun negatif. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan terbahagi kepada tiga iaitu faktor fisiologi, faktor fizikal dan faktor persekitaran.

Faktor yang Mempengaruhi Pertuturan

Faktor Fisiologi

Faktor Fizikal

Faktor Persekitaran

- kecerdasan - jantina - penyakit

- alat pendengaran - alat pertuturan

- taraf sosioekonomi - keluarga -dwibahasa

Carta 1: Faktor yang mempengaruhi pertuturan

Faktor Fisilogi Faktor fisiologi yang pertama ialah tahap kecerdasan pelajar tersebut. Kecerdasan berkaitan dengan otak yang sihat yang mampu berfungsi dengan baik untuk menghasilkan bahasa. Siti Hajar (2008) menyatakan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembap bercakap didapati lebih lewat kecerdasannya berbanding kanak-kanak yang cepat bercakap. Kita boleh lihat dalam satu kelas Tahun Satu, ada pelajar yang cerdas mampu bertutur dengan baik di dalam kelas dan melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti pertuturan yang meransang kecerdasan mereka. Sebaliknya, pelajar tidak cerdas akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik. Oleh itu, pihak sekolah haruslah memberi tanggungjawab kepada guru-guru pemulihan bagi membantu pelajar-pelajar seperti ini menguasai bahasa sama seperti kanak-kanak seumur mereka. Guru kelaslah yang berperanan mengesan pelajar-pelajar seperi mereka dikelas agar mereka berpeluang untuk dibimbing dengan betul. Namun begitu, terdapat kekangan yang perlu dihadapi oleh murid semasa proses kemahiran bertutur. Hal ini bukan sahaja melibatkan pelajar yang kurang cerdas sahaja malahan turut memberi kesan kepada pelajar yang tahap kecerdasannya tinggi. Sebenarnya murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh muridmurid. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan di luar bilik darjah. Menurut Dr.Hamid Arshat dalam Laman Informasi Prasekolah (2010),

kecerdasan pemikiran dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor baka yang penting. Jika
3

seseorang itu berketurunan dari orang-orang yang berilmu dan berakhlak murni, insyaallah mudahlah ciri- ciri ini membenih dalam jiwanya. Tetapi setiap individu boleh mengubah dirinya jika dia mempunyai azam yang kuat untuk mencapai matlamat yang diingininya. Dia mampu mengatasi faktor-faktor yang menyekat kemajuannya. Oleh itu, ibu bapa juga berperanan penting dalam memastikan perkembangan kecerdasan kanak-kanak tersebut agar berkembang dengan baik. Namun, keadaan keluarga yang serba kekurangan juga bukan menjadi kayu ukur kepada jalan hidup kanak-kanak tersebut. Hal ini turut mamberi kesan kepada keinginan kanak-kanak tersebut untuk lebih menonjol dalam bilik darjah seperti aktiviti kemahiran bertutur ini. Tidak hairanlah jika mereka mampu menjadi penutur atau pemidato satu hari kelak kerana semangat mereka yang jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain, natijah daripada kecerdasan pemikiran kanak-kanak yang tersebut yang berkembang baik sedari kecil lagi. Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Faktor jantina turut mempengaruhi pertuturan. Siti Hajar (2008) menyatakan kajian telah menunjukkan bahawa kanakkanak perempuan dapat bertutur lebih awal daripada kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan menggunakan bahasa dan menguasai perbendaharaan kata dengan lebih sempurna dalam lingkungan umur yang sama dengan kanak-kanak lelaki. Menurut kajian pakar, kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan yang lebih cepat daripada kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan terutamanya pertumbuhan urat saraf pertuturan berkembang lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. Namun demikian, pada tahap pertama persekolahan, guru seharusnya tidak menampakkan kesan perbezaan yang ketara dalam penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan mereka. Seharusnya, guru haruslah melaksanakan penguasaan kemahiran bertutur di dalam bilik darjah secara menyeluruh tanpa memfokuskan kepada jantina pelajar tersebut. Antara perlaksanaannya ialah aktiviti lisan yang dilaksanakan secara menyeluruh dalam atmosfera bilik darjah yang kondusif dan tiada unsur berat sebelah. Sebagai contoh, guru menyuruh setiap pelajar sama ada pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan membaca petikan yang sama di dalam bilik darjah
4

dan sesi penilaian juga adalah menyeluruh bagi semua pelajar. Ini bermakna, guru menyampaikan isi pelajaran yang sama kepada semua pelajar dalam masa yang sama, serta latihan yang sama. Oleh itu, pelajar-pelajar yang lambat menguasai bahasa berpeluang untuk mengasah kemahiran bertutur mereka. Faktor seterusnya ialah penyakit. Terdapat beberapa penyakit biologikal yang memberi impak kepada keupayaan bertutur seseorang. Sebagai contoh, kecacatan pada alat artikulasi menyebabkan seseorang itu tidak boleh bertutur. Contohnya ialah kecacatan pada pita suara. Pita suara terletak dalam ruang tengkorok dan amat penting dalam menghasilkan bunyi bahasa. Menurut Siti Hajar (2008), pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan bersuara ataupun tidak bersuara. Oleh itu, seseorang yang mengalami kecacatan seperti kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara, manakala orang yang tidak mempunyai pita suara pula akan menjadi bisu. Selain itu, serangan penyakit pada tengkorok dan paru-paru turut memberi kesan kepada pertuturan kerana alat-alat ini yang berperanan dalam pengeluaran bunyi

bahasa. Kecacatan pada otak pula memberikan kesan kepada kegagalan alat pertuturan berfungsi secara baik atau proses fonologi terganggu sehingga

menyebabkan kesukaran dalam penginterprestasian mesej dan seterusnya penghasilan ujaran yang bercelaru. Kecacatan otak yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan menyebabkan kanak-kanak menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul. Oleh itu, system kognitif juga berperanan penting dalam kemahiran bertutur kerana ianya berfungsi untuk menerima mesej yand disampaikan lalu menginterprestasikannya menjadi arahan kepada tindakan anggota badan. Ini turut disokong dalam Utusan Online (21 Januari 2011) menyatakan bahawa 1001 cabaran yang perlu dihadapi guru pendidikan khas dalam mendidik pelajar yang datang dari pelbagai masalah penyakit antaranya hiperaktif. Mereka perlu bijak semasa sesi pengajaran kerana pelajar boleh bertindak agresif kesan daripada kegagalan otak mereka untuk menginterprestasikan arahan daripada guru.

Faktor Fizikal Faktor fizikal yang pertama ialah alat pendengaran. Masalah pada alat pendengaran merujuk kepada ketidakupayaan alat pendengaran iaitu telinga untuk mendengar sebarang bunyi atau dalam istilah lain di sebut sebagai pekak. Penyakit ini berlaku kerana kerosakan pada gegendang telinga yang berperanan penting dalam menerima dan menyerap sebarang bunyi luaran. Profesor dan Pakar Bedah Neuro Otologi (otak dan telinga) di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Lokman Saim berkata: Terdapat dua kumpulan pesakit yang mengalami kehilangan

pendengaran. Satu ialah lahir dengan kecacatan itu. Kedua, lahir normal tetapi masalah pendengaran hanya timbul kemudian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan dalam setiap 1,000 kelahiran di dunia, satu hingga tiga peratus bayi yang dilahirkan ada masalah kerosakan pendengaran (Kosmo!, Online, 10 Mac 2011).

Gambar 1: Kerosakan koklea berbentuk siput (warna biru) adalah antara penyebab seseorang menjadi pekak (tahap serius).

Dapat disimpulkan bahawa ada dua kes masalah kehilangan pendengaran iaitu masalah pendengaran dari kecil dan masalah pendengaran yang timbul kemudian. Kanak-kanak yang pekak dari kecil lagi menyebabkan mereka juga tidak boleh bertutur kerana mereka tidak pernah mendengar bunyi bahasa. Hal ini menunjukkan kanakkanak yang mengidap masalah pendengaran dari kecil lebih sukar untuk bertutur daripada kanak-kanak yang mengidap masalah pendengaran yang timbul kemudian kerana kanak-kanak yang mengidap masalah pendengaran yang timbul kemudian sudah boleh bertutur namun tidak terlalu baik kerana kosa kata mereka semakin berkurangan. Justeru, kanak-kanak yang mengidap kedua-dua kes masalah

pendengaran ini haruslah ditempatkan di kelas khas bagi membolehkan mereka mempelajari dan menguasai bahasa menggunakan bahasa isyarat daripada guru yang dikhaskan. Faktor fizikal yang seterusnya ialah alat pertuturan. Masalah alat pertuturan merujuk kepada ketidakupayaan alat artikulasi seseorang berfungsi dengan baik bagi menuturkan ujaran. Kerosakan pada alat artikulasi tersebut menyebabkan seseorang itu bisu dan gagap. Lazimnya, mereka yang mengalami masalah pendengaran juga turut mengalami masalah pertuturan. Sebagai contoh keadaan bibir yang sumbing dan rekahan pada lelangit. Seseorang yang sumbing dan mengalami rekahan pada lelangit, tidak dapat mnuturkan ujaran dengan baik. Sumbing (cleft palate) adalah masalah kongenital apabila bibir atau lelangit merekah dan ia boleh terjadi pada bibir saja, lelangit saja atau kedua-duanya. Otot lelangit bagi kanak-kanak sumbing lelangit , tidak berfungsi dengan sempurna. Jadi mereka mempunyai hypernasal speech dan pertuturan tidak fasih. Pakar Rekonstruktif dan Perunding Plastik di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Abdul Jalil Jidon, berkata sumbing bibir dan lelangit lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat Melayu serta Cina (Portal Komuniti Muslimah,10 Mac 2011).

Menurut Dr. Todd Otteson, pengkaji dari Hospital kanak-kanak, Pittsburgh, kanak-kanak yang mengalami masalah rekahan pada peti suara mempunyai kemungkinan untuk mengalami masalah sengau (Utusan Online, 27 Januari 2011). Hal ini semestinya menggangu peruturan mereka dan melambatkan proses kemahiran berbahasa seperti kanak-kanak normal. Bagi mereka yang gagap atau sumbing, mereka masih boleh bertutur dan menyampaikan sesuatu dengan orang lain dengan cara mereka sendiri. Bagaimanapun, kemajuan dalam bidang perubatan kini membolehkan masalah sumbing dirawat melalui pembedahan dan dengan pengurusan serta penjagaan yang baik, kanak-kanak itu boleh senyum dengan yakin.

Faktor Persekitaran Faktor persekitaran yang pertama ialah taraf sosioekonomi. Tahap sosioekonomi secara tidak langsung dapat mempengaruhi keupayaan bertutur. Hal ini kerana ibu bapa yang mempunyai tahap sosioekonomi yang tinggi dapat menyediakan segala kemudahan pembelajaran bahasa kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, mereka mampu menyediakan kemudahan internet, televisyen, buku-buku dan perisisan pembelajaran bahasa untuk mempertingkat keupayaan bertutur anak-anak mereka. Dengan ini, anak-anak mereka dapat menguasai kemahiran bertutur pada peringkat umur yang lebih awal. Hal ini berbeza daripada kanak-kanak yang mempunyai sosioekonomi menyebabkan rendah yang tidak terdedah dengan kemudahan berlaku sedemikian, mengikut

penguasaan

kemahiran

bertutur

mereka

perkembangan yang biasa sahaja. Seterusnya ialah faktor keluarga. Keluarga turut berperanan dalam penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan kanak-kanak. Ibu bapa yang kerap bertutur dan berbual dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi dapat mempertingkat keupayaan berututur kanak-kanak. Pada masa yang sama, mereka dapat menambah

perbendaharaan kata, di samping mempelajari struktur bahasa dan tatabahasa yang betul. Kanak-kanak daripada latar belakang keluarga dan persekitaran yang tidak

mendorong ke arah interaksi dan komunikasi antara satu sama lain menyebabkan aktiviti bertutur mereka terhad. Keluarga yang bermasalah seperti berlaku penceraian, tidak mendorong kepada aktiviti bertutur. Hal ini adalah disebabkan tekanan yang dihadapi oleh ibu ataupun bapa pelajar itu sendiri yang mungkin terlupa akan kepentingan pembesaran anak-anak mereka. Persekitaran sebegini secara tidak langsung akan menyukarkan kanak-kanak tersebut untuk mengasah dan meningkatkan keupayaan bertutur mereka. Malahan kanak-kanak itu akan menghadapi masalah tekanan emosi dan perasaan. Kanak-kanak pada peringkat umur tersebut semestinya belum pandai mengatasi dan mengendalikan stress. Justeru, kesan yang ketara berlaku pada tumbesaran dan keupayaan kanakkanak tersebut dalam beberapa perkara. Laman Informasi Prasekolah (2010) ada menyatakan bahawa terdapat kanakkanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan. Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya.

2.0

KAJIAN NOVEL HUJAN PAGI

Novel
Kajian karya sastera di Malaysia lazimnya mengaplikasikan pendekatan structural. Pendekatan ini penting dan bertujuan untuk melihat karya kesusasteraan mencapai mutu yang tinggi. Dari segi aplikasi, pendekatan ini menganalisis aspek teknik dan mekanisme struktur karya. Sebelum seseorang pengkritik itu

mengaplikasikan pendekatan ini, dia mestilah terlebih dahulu benar-benar memahami unsur-unsur atau elemen-elemen sastera itu sendiri. Pengetahuan tentang tema, plot, watak, latar, gaya bahasa dan sudut pandangan menjadi dasar kepada kritikan struktural. Novel ialah kisah rekaan panjang yang ditulis dalam bentuk prosa berdasarkan pengalaman hidup manusia yang pelbagai ragam itu menjadi sumber penulisan novel yang diperindah dengan daya imaginasi seseorang pengarang daam menggambarkan sesuatu kejadian atau kehidupan. Novel, sebagai bentuk cereka, ialah pengisahan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku atau yang dikhayalkan. Peristiwa dan watak disusun dengan kreatif dan saling berhubungan antara satu sama lain. Novel biasanya lebih panjang daripada cerpen dan memerlukan latar yang lebih luas, watak yang lebih banyak, dan masa yang lebih panjang. Menurut Ishak Ramly (2003), sebagai bahan pengajaran sastera, novel tergolong dalam genre fiksyen atau cereka berbentuk prosa. Novel berasal daripada bahasa Latin iaitu novellus dan novies yang bermaksud baru, atau novella yang bermaksud suatu benda kecil yang baru. Ia dikatakan baru kerana jika dibandingkan dengan puisi dan drama, novel muncul lebih lewat. Menurut beliau juga, novel di kalangan penulis Inggeris dan Amerika bermaksud menggunakan suatu konsentrasi kehidupan pada saat yang tegang serta pemusatan kehidupan yang tegas. Novel juga merupakan karya fiksyen yang mengungkapkan aspek-aspek kehidupan dan kemanusiaan yang lebih

10

mendalam serta terperinci dan penyajiannya pula disampaikan dengan begitu halus dan teliti. Menurut Ishak Ramly (2003) juga, The American College Dictionary menyatakan novel adalah suatu cerita prosa yang mempunyai panjang yang tertentu, melukiskan berkenaan tokoh, gerak serta adegan kehidupan nyata yang dipersembahkan dalam suatu alur atau suatu keadaan yang kacau atau kusut. Shahnon Ahmad juga ada menyatakan novel ialah suatu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka (Ishak Ramly, 2003).

Tema dan Persoalan


Menurut Siti Hajar (2009), tema menjadi pokok persoalan atau sandaran makna dalam sesebuah karya dan ianya merupakan isu penting pembicaraan. Tema merupakan pemikiran, falsafah dan premis yang bersangkutan dengan persoalanpersoalan yang diceritakan dalam teks. Dalam karya, terdapat satu tema utama dan beberapa tema sampingan yang juga disebut sebagai persoalan. Tema lazimnya tersembunyi dalam cerita dan menjadi tanggungjawab pengkritik untuk mencari tema cerita. Ishak Ramly (2003) menyatakan bahawa tema seringkali disamakan dengan topic; walaupun disamakan tetapi mempunyai pengertian yang berbeza. Kata topik berasal daripada bahasa Yunani topoi yang bermaksud tempat. Topik dalam sesuatu penulisan bermaksud pokok perbicaraan, berbanding makna tema adalah tulisan atau karya fiksyen. Oleh itu tema ialah suatu gagasan pusat dan yang menjadi tema bagi sesuatu novel ialah topik atau pokok perbincangan atau pokok persoalan yang akan dicapai oleh pengarang. Oleh yang demikian, tema mencakupi persoalan dan tujuan atau amnat pengarang kepada pembaca. Menurut Ishak Ramly (2003), Robert Stanton mengemukakan pandangan dengan menyoal diri sendiri: mengapa penulis menulis cerita itu? Apa yang
11

menampakkan karangan itu berharga? untuk menemui tema dalam sesebuah novel. Jawapan terhadap pertanyaan ini hanya dapat dijawab dengan membaca dan melihat bagaimana tema tersebar dalam satu cerita. Dalam novel Hujan Pagi, temanya ialah kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan dunia persuratkhabaran masa kini. Tema ini dapat kita lihat dengan jelas apabila Lokman yang merupakan seorang wartawan yang berfikiran kritis dan pemikir yang berfikiran luas, ternyata tewas dalam mengendalikan kekusutan jiwanya sehingga mengidap penyakit jiwa, natijah daripada kejutan perubahan yang berlaku dalam akhbar Sinar Pagi. Dia terlalu terlalu terbawa-bawa dengan perjuangannya membentuk bangsa dan keinginannya untuk menjadi ketua pengarang di akhbar tersebut hanya diperlekehkan oleh wartawan-wartawan baru. Tema ini hanya dapat dirumuskan setelah membaca novel ini hingga habis. Terdapat banyak persoalan yang boleh kita kaji dalam novel Hujan Pagi ini. Persoalan yang pertama ialah semangat nasionalisme yang mengalir dalam diri wartawan. Dalam novel ini, Lokman, seorang wartawan di akhbar Sinar Pagi, tetap tegas dengan pendiriannya untuk meneruskan perjuangannya membentuk identiti bangsa melalui penulisannya di akhbar walaupun sahabatnya, Musir Ali tidak menyetujuinya kerana berpendapat mereka seharusnya mengikuti perkembangan dunia persuratkhabaran masa kini yang tidak mementingkan kesahihan dan kebenaran. Namun Lokman tetap berkeras kerana obsesinya terhadap memperjuangkan hak bangsa melalui penulisan di surat khabar. Kau tidak harus berlara-lara sedalam itu Lokman. Dia pernah menasihatkan teman veterannya, yang ternyata terlalu terseksa batinnya. Dua tiga bulan dulu sudah diingatkannya itu, tapi Lokman jenis manusia lain. Ini bukan zaman kita lagi. Selalu ingat itu. Ini zaman baru, kata Musir Ali, mencari-cari pengertian dalam mata Lokman. Ini kenyataan dan reality baru, tuntutan baru dan ya, ya segala-gala.

12

Kau senang begitu. Aku cemburu itu. Kau tidak lihat kita sudah tidak berfungsi sebelum tiba waktunya lagi? Lokman bertanya, tangannya menggeletar. Berfungsi bagaimana lagi, Lok? Kita diberi tugas; kita jalankan tugas, kan? Musir Ali bertanya pula. Zaman kita zaman wartawan tidak memegang apa-apa tidak berlatih apa-apa zaman terjun langsung dari kawah pengalaman ke dasar pekerjaan, tambahnya. Kau mengerti itu? Aku tidak dapat menerima lojik ini. Aku merasa bersalah berdosa.. Aku percaya aku yakin kita bukan sekadar bekerja. Aku (halaman 154 dan 155)

Persoalan yang kedua ialah pengorbanan seorang bapa demi anak-anaknya. Musir Ali yang menjadi wartawan di akhbar Sinar Pagi tidak dapat meneruskan perjuangannya zaman menuntut kemerdekaan dulu kerana tuntutan dunia

persuratkhabaran yang kini telah berubah. Hal ini adalah kerana dia tidak mahu pekerjaannya tergugat, justeru terpaksa menjadi penurut sahaja demi anak -anaknya. Dia malahan telah dicemuh dan disindir kerana penulisan dan tugasnya di akhbar tersebut tidak lagi mementingkan peranannya sebagai pengobar semangat dan penyedar hati nurani serta penanam benih nasionalisme. Malah rakannya, Lokman sendiri kurang senang dengan keputusannya itu. Kau harus tahu, Lok. Jawapanku selalunya berakar pada nasib dan masa depan anakku yang lapan orang itu? Bersuara mewakili diri peribadi lain dengan bersuara mewakili lapan orang anak. Kau mengerti maksudku? Lama selepas itu, Lokman tidak bertanya lagi. Dan lama selepas itu, Musir Ali percaya wajah anak-anaknya jelas. Dan lama selepas itu, Musir Ali tidak tersedar sama ada jawapannya itu sesuatu yang waras atau ia satu pelarian yang tidak mungkin

13

dihargai oleh mereka yang berpedirian atau berprinsip seperti Lokman. (halaman 156)

Persolan yang ketiga ialah kegigihan dan kesungguhan seorang doktor menyembuhkan pesakitnya. Dr. Ahmad Dio, doktor yang merawat Lokman merupakan seorang doktor yang sentiasa komited dalam tugasnya. Dia tidak pernah mengeluh ataupun merungut apabila mengendalikan kes Lokman yang boleh dikira rumit memandangkan dunia halusinasi Lokman yang berkait dengan dunia nyata, melibatkan orang-orang disekelilingnya. Dr. Ahmad Dio terpaksa mengkaji setiap perkara yang diceritakan dan diracau oleh Lokman di wadnya untuk menyelesaikan teka -teki halusinasi Lokman. Kesungguhannya itu boleh kita lihat semasa Lajis memerhati wajah Dr. Ahmad Dio yang kelihatan penat, di pejabat Dr. Ahmad Dio. Walaupun dia turut dirundung masalah, namun ia tidak menjadi batu penghalang kepadanya untuk menjalankan tanggungjawabnya ke atas pesakit-pesakit di wadnya. Lajis meneliti Dr. Ahmad Dio, dan bagi kali pertama dikesan bahawa doktor atau sebenarnya jauh lebih muda dari usianya. Manusia awal empat puluhan tidak seharusnya kelihatan setua itu, fikirnya. Memang wajah Dr. Ahmad Dio kelihatan sedikit letih. Tentulah kerja menghadapi manusia dari pelbagai halusinasi itu turut meresahkan doktor, betapa pun bidang itu kegemarannya. Dan manusia seperti Dr. Ahmad Dio juga terpaksa mengembara dalam pelbagai dunia halusinasi yang aneh. Setiap pengembaraan tidak mustahil

menghukumnya juga. Dr. Ahmad Dio membuka cermin matanya, menampakkan matanya yang lebih letih lagi. Tapi dia cuba-cuba juga tersenyum, selepas melihat Lajis menelitinya. (halaman 197)

Persoalan seterusnya ialah kegagalan dalam perhubungan. Terdapat banyak peristiwa dan situasi dalam novel ini yang menunjukkan kegagalan watak-watak dalam

14

perhubungan. Antaranya ialah Norisah yang ditinggalkan oleh teman lelakinya, Tengku Rizi semata-mata mahu berhubungan gadis Perancis, Leonida. Dan Norisah pula sejak teman lelakinya mengahwini gadis Perancis dan meninggalkannya begitu saja, dia juga tidak tergerak untuk menghidupkan benih cinta baru. (halaman 12)

Kegagalan dalam perhubungan watak novel ini juga boleh dilihat dalam rumahtangga Sharifah Narsia apabila Sharifah Narsia menjadi mangsa pukul oleh Hasmuddin, lelaki yang menjadi suaminya, tanpa mengetahui Hasmuddin sudah mempunyai dua orang isteri. Sebelum berkahwin dengan Hasmuddin, Sharifah Narsia ialah bekas isteri Syed Narin yang menggunakan fitnah untuk memilik Sharifah Narsia, namun bercerai setelah Syed Narin dipenjarakan kerana terlibat dengan rasuah dalam perniagaan. Dr. Ahmad Dio yang memeluknya lebih erat lagi terpegun lama. Sambil mengurut kepala anak itu, matanya saja melihat Sharifah Mirna dan sekeliling rumah, tapi dalam kepalanya sebenarnya wajah Syed Narin, sepupunya, timbul tenggelam. Hatinya memang tertoreh apakala Syed Narin yang memenangi Sharifah Narsia dengan segala fitnah dan limpahan kemewahannya. Dia bertanding dengan janji yang terlalu sederhana. Dan dia terlalu lambat menunjukkan

kesungguhannya. Syed Narin menggunakan segala tipu helah ke akar umbi, dan dunia tempat segala yang palsu, dimenangi dengan kepalsuan janji dan tindakannya juga, fikir Dr. Ahmad Dio. Dan kini walaupun dirinya kalah tapi ternyata Syed Narin jatuh dan lebih terhina lagi. (halaman 393)

15

Watak dan Perwatakan


Dalam penulisan novel yang baik, watak dan perwatakan harus jelas dan dan sejajar dengan cerita yang ingin disampaikan. Watak-watak inilah yang akan menghidupkan cerita melalui perwatakan yang berbeza-beza. Perwatakan wataklah yang menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Menurut Ishak Ramly (2003), pembaca dibawa bersama-sama berkenalan dan bergaul dengan berbagai-bagai jenis watak mengikut permasalahan dan latar watak tersebut diwujudkan dalam cerita. Unsur perwatakan ini menyinggung dua hal yang utama iaitu perwatakan sebagai yang menggambarkan peribadi watak yang mengambil bahagian dalam ceritanya. Ada banyak watak yang boleh kita temui dalam novel ini. Watak utamanya ialah Lajis. Walaupun penumpuan tema adalah ke arah dunia kewartawanan, iaitu dunia abangnya Lokman, namun saya berpendapat bahawa permasalahan dan kejadiankejadian yang berlaku dalam cerita ini lebih menjurus ke arah Lajis. Lajis ialah seorang arkeologis yang sayangkan penyu. Pada awal novel ini, Lajis memperingati Norisah agar tidak memakan telur penyu kerana tidak mahu sumber kepada spesis itu berkurang dan akhirnya membawa kepada kepupusan. Aku senang kau tahun itu. Ya, telur penyu tak perlu dimakan sekarang. Tidak apa kita tidak memakannya selama lima tahun ini. Biarkan telurnya menetas dulu. Biar apa pun jangan dibunuh pada sumbernya, kata Lajis. (halaman 13)

Lajis juga seorang yang sangat setia. Walaupun telah lapan tahun arwah tunangnya meninggal, namun dia masih tidak dapat melupakannya. Dia juga tidak dapat menggantikan tempat Asniah dengan wanita lain sedangkan ramai wanita yang berada disekelilingnya. Rasa bersalah tetap ada dalam hatinya tatkala dia mula mengingati wanita lain walaupun perkara tersebut tidak salah.

16

Sejak itu, untuk beberapa waktu segala-galanya seperti tertutup kepadanya. Hampir tidak pernah ada wanita lagi. Memang Lajis terlalu menghukum dirinya selama lebih lapan tahun. Wanita yang tiada kini muncul. (halaman 207)

Lajis juga seorang yang rabun. Dalam bab dua, Gazis ada menegur Lajis yang terlalu muda untuk rabun. Aku? dia ketawa sedikit, aku kalah mata, kalau tidak dengan cermin mata. Saya juga, kata Lajis. Tapi kau masih muda Muda? 31 tahundan sudah kalah mata, kata Lajis ketawa. (halaman 23)

Selain itu, watak Lajis menunjukkan perwatakan seorang yang berpengetahuan. Lajis seorang anak desa yang telah berjaya menyambung pelajaran ke luar negara iaitu di Birmingham. Jadi, orang-orang disekelilingnya beranggapan bahawa dia seorang yang berpengetahuan. Lokman sendiri mengakui bahawa sebagai seorang yang pernah menuntut di luar negara, semestinya Lajis memiliki ilmu yang lebih untuk menjawab pertanyaan Norisah. Lokman memandang Norisah, kemudian memandang adiknya. Keningnya berkerut, dan dia tersenyum sambil menggeleng-geleng beberapa kali. Apakah Norisah benar-benar tidak tahu atau dia hanya menduga. Apa erti segala ilimu pengetahuan yang ditangguknyadi Birmingham itu? Lokman menarik nafas, menyengetkan kepalanya seolah-olah menanti kata-kata yang jitu. (halaman 54)

17

Watak Lokman juga menjadi watak utama dalam cerita ini memandangkan persoalan-persoalan novel ini kebanyakannya berkisar mengenai Lokman. Lokman merupakan seorang wartawan di Sinar Pagi. Dia seorang yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi. Dia juga sangat menggemari sejarah dan sering menceritakan pengetahuan sejarahnya kepada Lajis. Gazis sendiri mengakui tentang semangat Lokman itu semasa berbual dengan Lajis. Aku tak fikir begitu. Lagi pula lantang kerana kebenaran apa salahnya? Lokman sebenarnya insan yang paling bertimbang-timbang. Setiap langkahnya dikira, disukat atau dibayangkan kesannya, kata Gazis. Yang penting sekali semangatnya. Landas nuraninya. Tanpa ini manusia itu apa? Sentiasa dia nasionalisme ke jasmaniah dia nasionalis tulin. (halaman 68)

Lokman juga seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan dan sifat kemandirian. Perwatakannya ini memang terserlah semasa dia membesarkan Lajis. Dia sanggup bekerja bagi menyara Lajis dan memastikan Lajis mendapat pendidikan yang sempurna. Dia ada menasihati adiknya agar belajar menjadi manusia di samping mencari ilmu. Bagaimana dan mengapa Lokman yang menasihati adiknya supaya belajar menjadi manusia, jangan sekadar mengumpul ilmu

pengetahuan. (halaman 136)

Selain itu, watak Lokman turut memaparkan perwatakan seorang yang perahsia. Lokman telah lama menyimpan rahsia mengenai latar belakang Lajis. Sehingga umur Lajis 31 tahun pun, Lajis tidak pernah diberitahu mengenai latar belakang dirinya oleh Lokman. Hal ini bukan sahaja membebankan perasaan Lajis yang tertanya-tanya tentang latar belakangnnya malah turut membebankan perasaannya sendiri apabila dia terpaksa menelan jadam sepanjang dia menyimpan rahsia itu.
18

Apa rahsianya, mengapa mesti begitu? Malah semakin dirinya dewasa, dilihatnya Lokman tidak pernah ke pusara sesiapa pun pada ketika waktunya ada. Hanya sesekali secara tidak sengaja Lajis terlihat Lokman berada di hadapan kubur tersebut, dan ternyata dia sedang merintih atau menangis. Segala yang dilakukannya secara tergesagesa, seolah-olah ingin merahsiakan langsung asal usulnya itu. (halaman 273)

Selain watak Lokman dan Lajis, Norisah juga diceritakan oleh penulis dengan terperinci daripada awal hingga akhir cerita. Norisah ialah seorang gadis yang menjadi rakan sepejabat Lajis. Dia sering mengikut Lajis ke mana sahaja ketika perlu. Norisah seorang yang berani bersuara menyatakan pendapatnya di hadapan khalayak ramai. Ada peristiwa dalam novel ini yang menunjukkan secara jelas perwatakan Norisah itu semasa pembentangan kertas kerja mengenai Akhbar Sebagai Cermin Hati Nurani Masyarakat yang dihadirinya bersama Lajis. Dia berani menanyakan soalan yang cukup pedas kepada panel pembentang. Pendebatan berlanjut, hujah-menghujah, bangkang-

membangkang, jelas-menjelas, sindir-menyindir, sehingga Norisah bangun kembali bertanya: Bolehkah saudara pembentang kertas kerja memberikan jawapan yang ringkas saja. Apakah peranan akhbar saudara itu pengghairah, pelapor, pendakwah atau pengekor? (halaman 97)

Dari segi fizikal, Norisah juga seorang yang tinggi, langsing dan manis wajahnya. Niram turut mengakui hal itu semasa memerhati sebelah Lajis semasa pembentangan kertas kerja. Mukanya memang manis, tetapi tidak lembut. Kelembutan itu wanita, kata hati Niram lagi.
19

Norisah dari jauh yang duduk di

Khayalan Niram terganggu serta-merta apabila disedarinya Norisah bangun. Dia lebih langsing dan lebih tinggi rupanya. (halaman 96) Namun begitu Norisah turut memilik perwatakan pencemburu kerana dalam novel ini turut diceritakan adegan-adegan dan peristiwa-peristiwa yang memaparkan keadaan Norisah yang cemburu apabila Lajis dilihat bermesraan dengan wanita lain. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh penulis, namun pembaca sendiri dapat mentafsir tindakannya itu adalah kerana cemburu ketika melihat Lajis berborak rancak dengan Niram. Ya, aku sudah lama sampai. Aku ingin melihat bagaimana manusia arkeologi hidup. Sengaja aku tidak mahu mengganggu. Aku dapati manusia arkeologi rancak dan mesra nampaknya. Dan sengaja aku biarkan kata Norisah, ketawa, menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. (halaman 74)

Plot
Ishak Ramly (2003) menyatakan bahawa plot dalam sesebuah novel adalah struktur rangkaian kejadian dalam cerita yang disusun sebagai sebuah kesinambungan fungsional dalam urutan bahagian pada keseluruhan fiksyen. Dengan demikian, plot adalah unsur yang membangunkan sesebuah cerita sehingga menjadikan seolah-olah binaan konkrit cerita. Plot berfungsi mengatur bagaimana suatu peristiwa itu mempunyai pertalian hubungan dengan peristiwa yang lain, bagaimana pula watak tersebut digambarkan dan peranannya dalam peristiwa. Semua terikat dengan kesatuan waktu. Plot terbuka atau permulaan bermaksud situasi mula yang terbentang luas sebagai suatu kedudukan keadaan permulaan yang akan dilanjutkan dengan kedudukan keadaan berikutnya (Ishak Ramly, 2003). Permulaan bagi novel ini ialah halusinasi Lokman di pejabat Hujan Pagi. Dari sini menunjukkan kehidupan watakwatak bersekitar tentang dunia kewartawanan dan persuratkhabaran. Seterusnya ialah
20

peristiwa kepulangan Lajis ke kampungnya setelah dia meninggalkan kampung itu selama sepuluh tahun. Dia kembali kerana abangnya. Lokman mengidap penyakit jiwa, akibat daripada kebergantungannya dengan dunia halusinasi yang diciptanya sendiri. Lajis juga telah membawa abangnya untuk mendapat rawatan yang lebih baik di bandar. Dari situ, dia bertemu Dr. Ahmad Dio, doktor yang bertanggungjawab untuk merawat Lokman. Buku Teknik Mengajar Sastera (Ishak Ramly, 2003) menyatakan bahawa alur tangan ataupun perkembangan bermaksud kedudukan keadaan mulai bergerak kearah kedudukan keaadan yang semakin memuncak. Perkembangan novel ini dapat kita lihat apabila Lokman mulai memberi respon kepada dunia nyata membolehkan Dr. Ahmad Dio mentafsir dan mengkaji sebab-sebab yang menyebabkan Lokman lebih memilih dunia halusinasinya. Lajis pula telah menemui Mehmod Bey, rakan sepejabat Lokman, dalam usahanya mencari punca abangnya mengidap penyakit jiwa itu. Dari situ juga, dia mendapat klu dan tanda yang mengarah kepada penyingkapan rahsia tentang latar belakangnya. Selain itu, Lajis yang selama ini setia dengan arwah tunangnya, sudah mula membayangi dan mengingati wanita-wanita lain seperti Norisah, rakan sejawatnya, Niram, anak gadis Basri dan Narisah, anak Mehmod Bey. Klimaks ataupun puncak cerita novel merupakan suatu keadaan di mana pembaca boleh merasai penumpuan yang lebih ke arah bahagian ini. Klimaks ataupun kemuncak novel ini ialah apabila Lajis mengetahui rahsia latar belakangnya disimpan oleh Lokman dan Basri juga mengetahuinya. Dari situ juga dia mengetahui mengenai tiga serangkai yang berkait rapat tentang dirinya iaitu Lokman, Rahman dan Basri. Pada tahap ini juga, Norisah telah membuat keputusan untuk berputus asa terhadap Lajis malah mengunjungi kubur arwah tunang Lajis, Asniah untuk meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan Asniah iaitu menggantikannya untuk berada di samping Lajis sekiranya berlaku apa-apa terhadapnya. Lajis turut merasa kesal kerana dia mensia-siakan Norisah selama ini dan akhirnya Norisah memilih Mandir daripada dirinya. Peleraian ataupun penutup boleh dikatakan penyelesasian terhadap novel tersebut. Dalam novel ini, tidak banyak penyelesaian serta peleraian yang berlaku
21

memandangkan Lajis belum mengetahui sejarah latar belakangnya dan Norisah serta Dr. Ahmad Dio masih berada dalam dilema masalah perhubungan mereka dengan pasangan mereka. Namun,peleraian novel ini boleh kita lihat pada pengakhiran novel di mana Lokman akhirnya sembuh dari penyakitnya dan dia pulang ke kampung. Dia juga bertekad untuk memberitahu Lajis perkara sebenar mengenai latar belakangnya yang selama ini sengaja dirahsiakan. Niram yang selama ini terlalu sibuk dengan kegiatan demonstrasinya sehingga mengabaikan bapanya, Basri, kini telah kembali juga ke kampung. Norisah pula akhirnya bakal mengahwini Mandir walaupun dirinya masih tertanya-tanya dan ragu-ragu akan keputusan yang diambilnya.

Teknik Penceritaan
Seorang pengarang akan menggunakan teknik-teknik penulisan yang tertentu untuk menyampaikan ceritanya kepada khalayak pembaca. Teknik yang terdapat dapat novel ini adalah teknik dialog, teknik pemerian, tenik kolaj dan teknik imbas kembali. Teknik pemerian dapat kita perhatikan ketika Mandir memerhatikan bapanya semasa sedang duduk di beranda rumah. Pada bahagian ini, penulis menceritakan secara terperinci keadaan fizikal Gafruddin yang gemuk dan berisi itu. Bahagian tengkuk khususnya di bawah dagu Gafruddin gebu segebugebunya. Pada waktu begitu pun dia terpaksa mengesat peluh didagunya itu beberapa kali. Lengannya lebih tiga kali ganda besarnya daripada lengan Mandir. Dan kerana mukanya yang penuh, mata Gafruddin kelihatan semakin kecil, pipinya menjadi dua busut agak berkilat. (halaman 406) Selain itu, teknik dialog juga digunakan dari awal hingga akhir cerita novel ini. Kebanyakan watak dalam novel ini berkomunikasi dengan menggunakan dialog. Salah satu bahagian dalam novel ini yang menggunakan teknik dialog ialah perbualan antara

22

isteri Gazis, Minah dan Norisah di rumah Gazis. Norisah terkejut daripada lamunannya dalam bahagian ini. Petang nanti, mak cik sediakan onde-onde istimewa buat Risah, ya? kata-kata Minah itu serta-merta memadamkan wajah layu Emmanuel dan wajah kasar Marlo Brando. Apa, mak cik? Onde-onde onde-onde kampong, besar, bulat, segar dan manis, kata Minah. Norisah merasa bersalah kerana terbayangkan sesuatu yang lucah pada ketika itu. Shirley Gan dan Wendy sungguh berpengaruh. Sayasaya suka onde-onde, mak cik, kata Norisah, masih belum sempat menghalau gambaran yang erotik. (halaman 270)

Tenik imbas kembali juga digunakan oleh penulis dalam novel ini. Imbas kembali adalah teknik dimana watak mengingat kembali perkara yang telah berlaku sebelum itu. Watak Lajis telah mengimbas kembali kejadian yang berlaku di rumah Niram semasa berbuka puasa di situ. Melihat bantal yang tergelongsor, dia teringat peristiwa berbuka puasa di rumah Niram dua minggu lalu. Dia tidak tahu mengapa bantal yang tergelongsor itu yang mesti memikatnya. Kerana terlalu ramai orang, dia sendiri debenarkan duduk di atas katil katil teman Niram, kerana Niram tinggal di asrama dan merasa berdosa. (halaman 177) Teknik penceritaan yang seterusnya ialah teknik kolaj. Teknik ini ditonjolkan oleh penulis dalam bab tujuh belas di mana Lokman membaca buku Kitab batin Melayu. Muka tujuh puluh tujuh dalam buku Kitab Batin Melayu diceritakan dengan menggunakan teknik kolaj kerana seluruh isi pada muka surat itu ditulis secara terperinci. (halaman 303)
23

Gaya Bahasa
Gaya bahasa ialah susunan kata-kata yang tersendiri yang diungkapkan oleh seseorang pengarang dalam menyampaikan idea dan maksud yang terkandung dalam fikirannya. Ishak Ramly (2003) menyatakan bahawa unsur-unsur bahasa dan kebahasaan dalam sesbuah prosa adalah sumber yang cukup luas untuk diamati penggunaannya. Biasanya unsur bahasa yang terkandung dalam prosa meliputi bahasa daerah, bahasa pasar, laras bahasa, ideolek personal dan unsur-unsur bahasa lain yang digunakan oleh penulis dalam karyanya secara personal. Antara unsur gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini adalah peribahasa. Unsur gaya bahasa ini adalah sama ada perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa, dan lain-lain. Penggunaanya turut menerbitkan keindahan gaya bahasa novel. Antara peribahasa yang ada digunakan dalam novel adalah simpulan bahasa iaitu orang kanan, jiwa besar dan rendah diri. Ruseli tergamam, tapi cuba bangun berhati-hati malah cuba tenang. Dia tidak mahu menunjukkan hatinya kacau oleh usikan Arfiah orang kanan itu. (halaman 322)

Saya merasa malu, Encik Lokman. Berjiwa besar, Ruseli. Apa salahnya? Berjiwa sebesar mungkin. Dansaya kata ini bukan khayalan. Atau kalau ini khayalan sekalipun, kita perlu sedar semua bermula dengan khayalan sedemikian. (halaman 330) Dia memang rendah diripenyegan (halaman 332) Gaya bahasa persenofikasi juga digunakan oleh penulis dalam novel ini. Dalam hal ini, pengarang meletakkan sifat manusia kepada sesuatu perkara, benda, suasanadan sebagainya bagi mewujudkan keindahan dalam gaya bahasanya.

24

Contohnya dapat ditemukan dalam banyak petikan dalam novel ini, antaranya termasuklah: Di belakang mereka bunga-bunga semarak api sedang gugur perlahan dan sayu. (halaman 278)

Beberapa buah kapal sudah pun kelihatan bergerak sepi, termasuk sebuah motobot kecil yang ternyata laju. (halaman 312)

Mubarak muncul semula dengan dua orang anak kecilnya, sama-sama menghalau empat ekor kambing yang masih alpa di celah-celah lalang yang berhampiran bangku panjang. (halaman 324)

Gaya bahasa repitisi turut dimasukkan dalam penceritaan novel ini. Repitisi adalah perulangan pada kata, frasa atau ayat dalam sesuatu prosa. Penggunaan unsur ini bertujuan hendak menegaskan sesuatu perkara dalam sesuatu keadaan di samping untuk menerbitkan unsur keindahan dalam gaya bahasa. Contohnya: Masa lalu, masa lalu, masa lalu itu saja yang penting. Ingat ini hanya pandangan seorang warhib yang tidak semestinya benar. Ya, apa, ya? Barang purba, barang purba, barang purba itu yang penting daripada manusia zaman kini seperti saya, kata Narisah antara mengusik dan suungguh-sungguh. (halaman 294)

Gaya bahasa seterusnya ialah hiperbola. Unsur hiperbola ialah suatu unsur gaya bahasa yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan ataupun melampau. Penggunaan unsur ini oleh pengarang adalah untuk mewujudkan keindahan dalam gaya bahasanya misalnya:
25

. Dan sejak itu, saya tidak pernah lagi menyesal. Sayasaya sendiri yang bersuara. Nyaring. Sejauh iniwalaupun dalam beberapa tekananwalaupun dalam keadaan yang gelegak, panas, bahang, sebanyak sedikit, saya rasa saya sudah berhasil mempertahankan suara manusia Melayu itu. (halaman 332) Saya percaya awak tidak atau belum mengerti kerana kami terkunyah dalam mulut jentera pencetak peristiwa itu (halaman 339)

Kerana itu, saya kira kita mempunyai harapan. Maksudnya, mulai sekarang bolehlah pak cik semua berehat. Ternyata apa yang berlaku mulanya begitu mengejutkannya begitu menikam hati nuraninya. Dia tidak sanggup menerima kenyataan baru itu. Pak cik sendiri tentu lebih faham apa maksud saya. (halaman 381)

Nilai dan Pengajaran


Menurut Talib Samat dan rakan-rakan (2003), pengarang selalunya tidak akan meminggirkan aspek nilai dan pengajaran dalam sesuatu karyanya. Hal ini demikian kerana selain berperanan sebagai suatu bentuk hiburan, karya cereka juga berperanan mendidik peribadi pembaca. Oleh itu, seboleh mungkin seseorang pengarang akan menampilkan pelbagai bentuk perlakuan yang berkaitan dengan nilai positif dan negative untuk dijadikan pegangan dan panduan oleh pembaca. Nilai yang boleh kita dapat dalam novel ini ialah nilai bertanggungjawab. Nilai ini boleh kita lihat pada watak Lajis yang bertanggungjawab dengan membawa abangnya untuk dirawat di bandar agar mendapat rawatan yang lebih baik. Walaupun Lajis masih dalam dilemma akan latar belakang dirinya yang sengaja dirahsiakan oleh abangnya, namun dia tidak pernah membalas dendam malahan dia tidak mengabaikan tanggungjawab menjaga abangnya Lokman. Selain itu, Arfiah turut menunjukkan nilai
26

bertanggungjawab dalam novel ini. Telah diketahui semua orang di kampung bahawa Lokman mengidap penyakit yang sukar untuk dikawal kerana kadang-kadang Lokman akan bertindak agresif. Namun, sebagai seorang wanita, hal ini tidak melemahkannya malah dia tetap berusaha menyembuhkan Lokman sementara menunggu Lajis dari bandar. Walaupun dia hanya anak angkat kepada Lokman, namun dia tidak lari daripada tanggungjawab untuk menaga dan merawat Lokman sepanjang ketiadaan Lajis. Nilai yang seterusnya ialah nilai kesetiaan. Nilai ini jelas dipaparkan oleh watak Lajis terhadap arwah tunangnya. Kerana kesetiaannya terhadap tunangnya dan janjinya kepada tunangnya Asniah, dia tidak mencari pendamping hidup yang baru untuk menggantikan tempat Asniah. Terkadang Lajis memiliki naluri untuk memilik wanita lain, namun acap kali ingatannnya terhadapa Asniah yang menjadi tembok penghalang. Rasa bersalah sering menghantuinya kerana dia telah berjanji kepada Asniah bahawa dia tidak mengahwini wanita lain selain dirinya. Lajis tahu, Asniah ada berpesan kepada Norisah sekiranya berlaku apa-apa ke atas Asniah, Asniah mahu Norisah yang menggantikannnya. Namun Lajis tetap sukar melakukan perkara itu kerana kesetiaan dan kasihnya terhadap arwah tunangnya itu terlalu tinggi. Nilai yang terdapat dalam novel ini juga ialah nilai keberaniaan. Banyak watak dalam novel ini yang menunjukkan nilai keberanian dan antaranya ialah Niram. Niram seorang penuntut di maktab dan sering terlibat membuat demonstrasi bagi menegakkan perkara yang dirasakannya benar. Sungguhpun dirinya seorang perempuan namun dia tidak pernah gentar melakukan perbuatan itu. Baginya perbuatan itu betul kerana menegakkan keadilan yang seiring pendiriannya. Sehinggakan Niram ditangkap polis seperti yang diberitahu Jamilah kepada Lajis di dalam kereta, sewaktu Lajis dan Narisah terserempak dengan Jamilah dan suaminya. Nilai yang terakhir ialah nilai pengorbanan. Nilai ini jelas ditunjukkan oleh Mehmod Bey terhadap anak-anaknya. Mehmod Bey adalah pejuang kemerdekaan pada zaman pemerintahan Jepun dulu namun dia tidak dapat menyalurkan lagi semangatnya melalui surat khabar kerana tuntutan dunia persuratkhabaran telah berubah zaman ini. Dia terpaksa korbankan minat dan kecintaannya terhadap
27

perjuangan nasionalisme demi anak-anaknya yang lapan. Narisah juga ada mempertahankan bapanya itu di hadapan Lajis kerana baginya pengkhianatan bapanya terhadap peranan surat khabar sebagai cermin hati nurani bangsa, adalah waras kerana bapanya melakukan itu untuk menjaga periuk nasi keluaraga mereka tambahan pula mereka mempunyai keluaraga yang besar. Pengajaran yang boleh kita peroleh daripada novel ini adalah kita seharusnya bertanggungjawab ke atas ahli keluarga kita walau apa pun yang berlaku. Sebagai ahli keluarga, kita sepatutnya menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi jika ahli keluaraga kita sakit. Kita tidak patut membiarkan mereka menanggung derita sendirian. Seharusnya sebagai seorang yang sihat, wajarlah untuk kita meringankan beban mereka. Dalam novel ini, walaupun Arfiah hanya anak angkat Lokman, namun dia tidak pernah mengabaikan Lokman. Dia sanggup bersusah payah membantu Lokman yang sukar dikawal tindakannya. Sungguhpun dia seorang wanita, dia tetap tabah dan sabar menghadapi Lokman yang kadang-kadang bertindak agresif. Pengajaran seterusnya ialah kita seharusnya menghargai apa yang ada di depan kita. Adalah menjadi kebiasaan manusia hari ini tidak menghargai apa yang mereka miliki dan akhirnya menyesal setelah kehilangannya. Dalam novel ini, watak Lajis berkawan rapat dengan Norisah. Mereka berkawan lama sejak Asniah masih hidup lagi. Setelah Asniah meninggal, Lajis tidak berniat untuk memilik gadis lain kerana janjinya kepada Asniah. Namun begitu, dia mengetahui bahawa Asniah ada berpesan kepada Norisah agar menggantikan tempatnya di sisi Lajis sekiranya berlaku apa-apa ke atas dirinya. Tetapi, Lajis tidak bertindak apa-apa malah membiarkan Norisah dalam dilema. Akhirnya, Norisah mengambil keputusan untuk menerima Mandir sebagai teman hidupnya. Lajis yang nyata lambat bertindak, hanya mampu menyesal dan makan hati melihat Norisah pergi memilih Mandir. Pengajaran lain yang boleh kita dapat daripada novel ini adalah kita seharusnya bijak mengatasi tekanan perasaan dan masalah. Hal ini kerana kegagalan mengatasi stress akan membawa keburukan yang akan merugikan diri sendir dan menyusahkan orang yang kita sayang. Sebagai contoh watak Lokman yang terlalu terbawa-bawa dengan keinginannya untuk meneruskan perjuangan di Sinar Pagi sehingga dia sendiri
28

hanyut dibawa dunia halusinasinya sendiri. Hal ini telah merugikan dirinya sendiri yang memilik bakat besar dan dia ialah seorang pemikir yang baik. Bukan itu sahaja, adiknya Lajis turut terganggu emosinya kerana memikirkan masalah abangnya itu. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam menghadapi masalah dan bukannya terlalu memikirkan masalah tersebut.

Latar
Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam karya cereka. Dalam karya novel, latar masa dan tempat adalah lebih luas daripada cerpen. Hal ini sesuai dengan kehidupan yang lebih mendalam, terperinci dan jelas yang mahu digambarkan dalam sesebuah novel. Menurut Siti Hajar (2009), latar merujuk kepada tiga perkara iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Latar tempat menggambarkan di mana kejadian atau cerita itu berlaku. Latar masa menunjukkan tarikh, waktu atau tempoh kejadian atau cerita itu berlangsung. Latar masyarakat pula menggambarkan persekitaran dan sosiobudaya masyarakat yang berhubung dengan cerita. Ishak Ramly (2003) menyatakan bahawa unsur-unsur prosa yang menghidupkan realiti sesebuah novel ialah latar. Latar selalunya berkaitan dengan lingkungan geografi, sejarah, sosial dan politik serta tempat peristiwa itu berlaku atau dinyatakan secara tidak langsung kepada pembaca. Latar juga sering dikaitkan dengan keadaan masyarakat dan budaya semasa cerita itu bergolak atau berlaku. Walaupun begitu latar tidak mengalami banyak perubahan seperti yang berlaku pada perubahan plot. Kadang kala perubahan latar berlaku begitu kontras antara satu sama lain. Terdapat banyak tempat yang menjadi latar tempat kepada kejadian-kejadian yang berlaku dalam novel ini. Latar tempat yang pertama ialah perkampungan Lokman dan Lajis. Selain mereka, Basri, Gazis, Minah, Niram, Arfiah dan Romzi juga berasal dari kampung tersebut. Namun tidak diberitahu nama ataupun kedudukan kampung tersebut. Di kampung inilah berlakunya pertemuan pertama Lajis dan Niram selepas
29

Lajis meninggalkan kampung selama sepuluh tahun iaitu semasa mereka sama-sama menaiki perahu tambang Idrus. Dia turun berhati-hati ke dalam perahu itu selepas seorang perempuan bersama anaknya duduk resah. Dia duduk di hadapan wanita itu, mendongak melihat Idrus. Saya suka dayung, katanya, merasa -rasa ekor seluarnya yang sedikit basah. Tapi, sekarang orang lebih memilih tali kipas, kata Idrus. Hari ini untunglah Munif tidak keluar, kata orang tua itu. Jika tidak ini memang rezekinya. Saya suka dayung, Lajis mengulangi, cuba tersenyum. Matanya tertangkap wajah anak gadis yang sedang duduk sopan di sisi ibunya. Hampir dikenalnya anak gadis itu, setidak-tidaknya dia pernah selalu melihatnya ketika gadis itu masih kanak-kanak. (halaman 19)

Di kampung ini juga Lajis dan Gazis berbual mengenai arwah Asniah dan Norisah. Mereka berdiri di bawah pohon semarak api di muara sungai berbual mengenai memori Lajis dan Asniah. Di sini juga Gazis telah salah faham mengenai kedatangan Norisah ke kampung mengikut Lajis. Dia beranggapan bahawa kedatangan Norisah adalah untuk memesrakan diri di tempat bakal suaminya tetap ternyata kedatangan Norisah adalah untuk menziarahi makam Asniah kerana merasa bersalah atas tindakannya yang tidak dapat memenuhi permintaan arwah Asniah. Mereka berdiri di muara sungai itu di bawah lindungan sebuah pokok semarak api yang sedang galak berbunga. Di bawah simbahan bunga-bunga itu segala-galanya nampak indah. Lajis berdiri di sisi sebuah bangku kayu melihatkan bunga-bunga itu jatuh satu-satu di sana sini. (halaman 270)

30

Norisah datang untuk mengadu sesuatu kepada Asniah. Errbegitu katanya. Dia hanya ingin menziarahi kubur Asniah. Tidaktidak ada kena-mengenanya dengan saya. Norisah tidak akan kahwin saya! Lajis berkata hamper dalam satu nafas juga, dan selepas itu merasa sungguh mengah. Gazis terhenti, tergamam, memegang kedua bahu Lajis, sementara Lajis mengangguk-angguk. Bukan sayabukan saya. Norisah bukan memilih saya. Norisah akan berkahwin Mandir! Norisah datang Cuma ingin menemui Asniahentahlah, saya tak tahu bagaimana harus jelaskan ini, kata Lajis gamma, tunduk dan semacam pilu. (halaman 278)

Latar tempat yang seterusnya ialah rumah Norisah, Wendy dan Shirley Gan. Di beranda rumah itu, Norisah berdiri sambil berbual-bual kosong dengan rakan serumahnya,sambil merenung bintang dan melihat bukit yang terletak berhadapan dengan flat mereka. Sesudah Wendy dan Shirley Gan masuk, Norisah berdiri di beranda itu merenungi bintik-bintik api di kejauhan. Wendy menjeritkan supaya dia jangan berkhayal. Norisah hanya tersenyum. Dari flat lima tingkat itu, dan dalam binti-bintik api saja, Norisah masih tetap dapat menerka di mana letaknya jejeran bukit hijau itu. Bukit itu idaman dan cita-citanya antaranya begitu. (halaman 132) Di rumah ini juga Syed Hamid, anak Sharifah Narsia, yang menggelarkan dirinya Alley Oop dan Lone Ranger, menyelamatkan diri daripada Hasmuddin yang datang menyerang dia dan ibunya. Alley Oop datang ke rumah mereka kerana dia merasakan dirinya selamat setelah melihat ibunya dipukul teruk oleh Hasmuddin. Dia tersentak terdengarkan pintunya diketuk dengan iringan lolongan Alley Oop. Ketiga-tiga mereka tercium bahaya. Wendy
31

teragak-agak, tapi Shirley Gan memberanikan hati membuka pintu. Shirley Gan terkejut dan terjerit bila meluru saja masuk Alley Oop menangis dan ketakutan. Mata anak yang berambut segar itu mencaricari saja siapa saja yang boleh dan sedia belas kasihan kepadanya. Dia tergamam di dalam bilik itu, dan Norisah sempat memegang dan kemudian memeluknya. Anak yang selama ini terkena; sanggup berdiri sendiri itu kini memeluk Norisah seerat-eratnya seolah-olah di situlah keselamatan. Dalam esakan dan ketarannya, anak itu memberitahu, Lone Ranger benci Pakcik Hasmu. (halaman 362)

Latar tempat seterusnya ialah pejabat Dr. Ahmad Dio. Di sinilah Lajis diperkenalkan kepada Sharifah Mirna oleh Dr. Ahmad Dio. Di pejabat itu juga Dr. Ahmad Dio tertidur selepas merasa terbeban dengan permintaan Sharifah Mirna yang memintanya membantu menyelesaikan masalah rumah tangga Sharifah Narsia, bekas kekasihnya. Selalunya dia menemui, berbual dan bertanya sesuatu tentang perkembangan keadaan abangnya itu hanya di sisi katil pesakit. Sekali dua dia berbual di sisi bilik hospital ataupun duduk di bawah pohon rending di antara beberapa orang pesakit dan pelawat lain. Dia sentiasa merasa santai, walaupun ketika keadaan abangnya begitu genting. Kini lain. Bilik itu tiba-tiba meregangnya. Suatu petang sebenarnya Dr. Ahmad Dio pernah mengajaknya ke bilik itu. Dia tahu ada yang penting. Tapi apabila sampai di situ, seorang wanita muda telah sedia ada. Teman saya, Sharifah Mirna, Dr. Ahmad Dio memperkenalkan. (halaman 195)

Pengawal keselamatan agak terkejut bila melihat bilik Dr. Ahmad Dio masih terang. Seingatnya doktor itu telah pulang, dan bila pula dia datang semula? Mesti ada sesuatu yang darurat fikirnya. Pengawal itu
32

mendekati bilik tersebut. Apakala dia membuka pintu, dilihatnya doktor itu sedang tertidur di atas mejanya. (halaman 395)

Seterusnya ialah latar masa. Novel ini tidak menjelaskan secara jelas mengenai tahun berlakunya kajadian-kajadiannya. Namun daripada imbas kembali watak-watak, dapat kita simpulkan bahawa cerita ini berlaku selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Ruszim hampir sependapat dengan saya. Tahu n lima puluhan Ruszim paling menonjol. Lokman, katanya, peelu kendur sedikit untuk memelihara ketenangan jiwanya. Ruszim yang percaya wartawan tidak pernah selesai tugasnya belajar untuk berkendur secaranya sendiri. Dia jenis yang faham dekad lain memerlukan tokoh lain. Kita tidak mahu Lokman berakhir siasia, kata RuszimBegitu..ya, begitu kata Ruszim. Dan maaf kalau kata kata saya ini menyentuh awak. (halaman 340)

Dalam petikan novel ini, jelas menunjukkan bahawa mereka berada pada zaman selepas penjajahan kerana Mehmod Bey menyatakan bahawa Ruszim pernah menjadi wartawan yang menonjol pada zaman lima puluhan. Saya dengar di zaman Jepunzaman revolusi Indonesia dia tolong mencarikan derma Memang, memang. Ramai cendiakawan dan nasionalis yang begitu. Bukan sekadar mencari derma. Lokman juga menyeludupkan ubat dan senjata untuk Indonesia, kata Mehmod Bey. Ini bukan rahsia lagi. Awakawak tanya Musir Ali. Dia akan memberitahu Rahman juga begitu. Rahman, Lokman..err..Basri kalau saya tidak silap, menjadi semacam panduan tenaga dan cita-cita ke arah dunia Melayu Raya. (halaman 342)

33

Dalam petikan ini pula, Mehmod Bey menceritakan bahawa Lokman pernah berjuang semasa penjajahan Jepun bersama-sama dengan Basri dan Rahman. Bermakna mereka tidak lagi berada pada zaman penjajahan dan kini mereka berada pada zaman kemerdekaan. Latar masa seterusnya ialah bulan ramadhan. Watak Lajis telah bangun untuk bersahur untuk hari pertama puasa. Dia hanya bersahur dengan tiga biji telur dan kopi sejuk. Esok adalah hari pertama dia akan berpuasa, dan perutnya sudah mula membantah. Dia jarang kalah sepanjang bulan puasa yang sudah-sudah, dan dia tidak akan mengalah juga kali ini, azamnya. Tiga biji telur hodoh dengan kopi sejuk bukanlah satu paduan yang baik pada pagi-pagi begitu, fikirnya. (halaman 171)

Latar masa yang umum seperti pagi, malam, petang dan dinihari juga boleh kita baca dalam novel ini. Sebagai contoh waktu dinihari di rumah Lajis. Dia terbangun lalu melihat jam menunjukkan 4.30 pagi. Lajis menggosok-gosok matanya, meraba-raba jam yang sedang bordering nyaring di atas meja di sisinya. Jam 4.30 pagi. Jarang-jarang dia terdesak resah sejauh itu. (halaman 171)

Selain itu, latar masa juga menunjukkan waktu malam. Salah satu kejadian yang berlaku pada waktu malam ialah sewaktu Musir Ali dan Lajis berpisah selepas mereka berbual mengenai Lokman dan kisah silam dunia kewartawanan Musir Ali, Lokman dan rakan-rakannya. Sebelum mereka berpisah malam itu, Musir Ali sempat mengulangi soal Lokman yang menyedari betapa dunia akhbar

34

sekarang telah tidak melaksanakan peranannya yanga asas dan jitu. (halaman 166)

Dalam dunia halusinasi Lokman juga ada menunjukkan beberapa latar waktu yang jelas iaitu zaman penaklukan penjajah di Tanah Melayu. Di pejabat Hujan Pagi ada poster mengenai Hitler: Hitler mengancam! Hal ini jelas menunjukkan bahawa pada waktu tersebut, Tanah Melayu belum lagi merdeka kerana masih lagi zaman Perang Dunia Kedua kerana rencana mengenai diktator Jerman, Hitler masih ditulis. Pada waktu itu juga ada pegawai yang datang memberi amaran tentang penggantungan poster tersebut, menunjukkan lagi bahawa mereka masih lagi di bawah jajahan penjajah. Gazis sendiri memang tidak payah bertanya apa-apa lagi, kerana hamper seminggu ini Lokman memang kelihatan sedikit resah, khususnya setelah dua orang pegawai entah dari pejabat mana datang kasar memerintahkan sesuatu. Gazis yakin masih ada sebab yang lebih sulit. Lokman sedang menyimpan sesuatu. Rahsia itu berat. Soal pembatalan poster Hitler itu hanyalah bayangan keresahan atau kesangsian Lokman akan sesuatu gangguan hati nurani. (halaman 2)

Latar yang terakhir ialah latar masyarakat. Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini antaranya ialah masyarakat yang mempercayai perkara tahyul. Dalam bab lima, Gazis dan Lajis ada berbincang mengenai rawatan Lokman. Gazis memberitahu bahawa Arfiah dan Romzi mahu Lokman di ubat cara kampung namun Lajis mahu Lokman dirawat di bandar. Selain itu, dalam racau Lokman juga ada menyebut mantera hantu laut dan Arfiah pula memberi pendapat Lokman lebih baik dirawat oleh dukun Derani. Namun Gazis membantah cadangan Arfiah itu dan lebih baik Lokman dirawat dengan kaedah moden.

35

Memang Arfiah pun lebih suka Lokman diubat terus di sini. Sehari dua dalam beberapa jam ada tanda-tanda sembuhnya. Arfiah senang. Tapi, selepas itu berulang lagi. Aku kira penyakit luar biasa. Romzi juga nampaknya lebih gemar Lokman di sini, sebab ayahnya sendiri pun pandai serba sedikit, tapi (halaman 60)

Sesuatu yang aku sudah tahukau sudah tahu., kata Gazis terhenti, mengangkat beberapa majalah dari tempat duduk sebelum duduk. Dia memandang Lajis lama sebelum bersedia memberitahu: Lokman pinta bantuan daripada Datuk Si Rimbun Alam. Datuk Si Rimbun O, mantera hantu laut itu? Ya, ya, kata Gazis separuh ketawa, separuh menggeleng geleng. Itulah yang dijerit-jeritkan Lokman di waktu-waktu tertentu. Kata Abang Romzi kalaulah ada dukuk Derani seperti dulu, kata Arfiah, meletakkan skaf dan berjalan masuk ke dapur, penyakitnya itu boleh Biarlah dilupakan yang bomoh-bomoh itu dulu. Dia dah di hospital yang khas, kata Gazis. Biar penyakitnya diperiksa secara moden. Tapi kata Abang Romzi bolehkah nanti doktor lawan hantu laut? kata Arfiah, mencapai cerek air, dan mencari-cari mana mancis. (halaman 110)

Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat persuratkhabaran. Latar ini boleh kita lihat dalam dunia reality mahupun dunia halusinasi Lokman. Di pejabat akhbar Hujan Pagi iaitu dalam dunia khayalan Lokman, Lokman ada mengendalikan

36

mesyuarat kecil untuk memberi semangat dan kata-kata peransang kepada anak-anak buahnya setelah beberapa hal berlaku kepada akhbar itu sejak kebelakangan ini. Dalam dunia realiti pula, latar masyarakat persuratkhabaran dapat kita lihat di pejabat Musir Ali iaitu di pejabat akhabar Sinar Pagi. Di sini, Lajis telah menemui Musir Ali memandangkan Musir Ali ialah rakan sejawat abangnya. Di situ juga kita dapat lihat suasana dunia kewartawanan yang bukan sahaja berkaitain dengan surat khabar malah mengenai sukan dan ada pemberita juga. Di sini juga penulis menunjukkan perbezaan antara wartawan muda dan wartawan veteran di mana Musir Ali mengeluh akan penderitaan yang semakin dirasakannya. Akhbar kita ini bukan saja terpaksa bersaing untuk hidup dari segi perniagaannya. Itu memang sudah lama kita lakukan. Akhbar kita terpaksa juga bertahan daripada dihancurkan, kata Lokman.

Terdengar keresahan serentak. Lokman cepat-cepat mengangkat kedua-dua belah tangannya. Dia berhenti lebih lama sedikit. Sebenarnya sudah lebih lapan bulan akhbar mingguan kita ini diawasi Terdengar keresahan serentak lagi. (halaman 28)

Pejabat itu mula sunyi, kecuali sesekali terdengar bunyi ketukan sesuatu di bahagian kilang. Beberapa buah bilik sudah pun kosong. Bilik Ruszim dan Mehmod Bey dan selang tiga bilik, Musir Ali masih ada. Meja pemberita dan meja sukan, walau bagaimanapun, masih sesekali riuh, kerana debat atau jenaka beberapa orang waratawan, muda kecuali Amrun. (halaman 153)

Dari meja pemberita dan meja sukan terdengar wartawanwartawan muda bersorak, dan kemudian ketawa memanjang. Pejabat yang mulanya sunyi itu bernyawa semula. Musir Ali tidak tahu puncanya, tapi selalunya wartawan suka mencarut. Dan ketika itu, dia
37

tidak sedia tahu. Wartawan muda tentulah banyak yang boleh diketawakan, fikirnya. Mereka itu sedang dalam dekad gemilangnya. Wartawan veteran sepertinya saja yang perlu banyak bertimbangtimbang, dan menderita. (halaman 154)

Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang bermasalah dalam institusi keluaraga. Novel ini selain menunjukkan unsur nasionalisme, ia juga memaparkan unsur kekeluargaan. Namun kebanyakan institusi keluarga yang di ketengahkan dalam novel ini menghadapi keretakan dan banyak masalah. Sebagai contoh, Arfiah yang bergaduh dengan suaminya, Romzi. Arfiah sanggup datang ke rumah Lajis di Bandar kerana Romzi mulai menggatal. Arfiah juga berkata dia sanngup berpatah arang dengan Romzi. Namun, Lajis menasihati Arfiah supaya segera pulang ke kampung dan berbincang agar tidak meruntuhkan rumahtangga mereka. Kepalanya tiba-tiba menjadi lebih bengal selepas itu. Arfiah yang datang sekali lagi perlu diiringi kembali ke kampong supaya rujuk kepada Romzi. Anak ini tidak sedar apakah kesan daripada tindakannya itu, fikirnya. Tapi sejak akhir-akhir ini Romzi pula ternyata menjadi lelaki yang gatal semula. (halaman 234)

Keretakan dan permasalahan dalam institusi keluarga juga dapat kita lihat dalam keluarga Basri. Basri yang memiliki dua orang anak iaitu Haslam dan Niram, tidak dipedulikan oleh kedua-dua anaknya itu. Haslam telah menjadi pelaut dan sudah bertahun-tahun tidak kembali ke kampung. Niram pula terlalu leka dan sibuk dengan aktiviti demonstrasinya sehingga dia mengabaikan bapanya itu. Basri ada mengeluh dan mengadu kepada Lajis mengenai kesedihannya kerana tidak mendapat perhatian daripada anak-anaknya. Sekarang ini semua itu nampaknya seperti berbekasberkesan. Yang tak terfikirkan tiba-tiba menjadi saja. Niram mewarisi darah
38

perjuangan ku. Barangkali. Akuaku hampir tidak percaya semua ini. Aku tak tahu apakah ini baikaku berbelah bagi. Aku tak tahu apakah ini tak baik. Sepatutnya tidak. Yang jelasyang jelas aku merasa sunyi dan gementartakut kerana kedua-dua anakku tidak ada di sisiku. Memang pun sekarang mereka tidak selalu di sisiku. Aku khuatir masa depan mereka, sepatutnya aku tidak harus begitu. Ah, buat apa aku (halaman 249)

Latar masyarakat yang boleh kita dapati dalam novel ini juga adalah masyarakat yang mementingkan adat dan darjat. Dalam novel ini, Niram merasa dia diperhatikan oleh Lajis ketika makan kerana fikirnya Lajis tidak senang melihat anak gadis sepertinya gelojoh semasa makan. Selain itu, latar masyarakat ini juga boleh kita lihat apabila watak Mandir dan ayahnya bertengkar mengenai maruah dan darjat keluarga setelah mengetahui Norisah yang akan dikahwini mandir itu sudah mempunyai kekasih. O, ya, soal masyarakat tadikan belum habis? Hmmmmmhmmmmm. Masyarakat tentu tidak senang melihat seorang anak gadis yang baru dua kali mengenali seorang lelaki tiba-tiba saja makan segelojoh ini. Saya sudah mengenali awak lama, dan awak juga begitu. Kita sekampung. (halaman 104) Bapa sangsikan maruah Risah Aku Cuma baru tahu Risah ada kekasih. Aku perlu tahu dari mula. Kau semua sengaja merahsiakan. Aku berhak tahu lebih dahulu daripada itu, kata Gafruddin memandang tepat anaknya . Penting. Kaukau tahu soal besar kecil bintang; kau tak tahu soal besar kecil manusia.
39

Kau tahu asal kita, kan? Baik-baik, bermaruahkau tahu kan? Gafruddin menghidupkan semula. Mandir mengangguk lesu. Dia sedar dia tidak akan dapat lepas begitu saja. Dua kali sudah ayahnya itu cuba menjodohkannya kepada akar serumpun, tapi Mandir tidak selesa atau terpikat dengan Kunifah atau dengan Farinah. (halaman 408)

3.0 Rumusan
Setelah membuat kajian,maka dapatlah disimpulkan bahawa terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pertuturan iaitu faktor fisilogi, fizikal dan persekitaran. Faktor fisiologi adalah jantina, penyakit dan kecerdasan. Manakala faktor fizikal adalah alat pendengaran dan alat pertuturan. Faktor persekitaran pula adalah keluarga dan sosioekonomi. Selepas itu, saya telah mengkaji novel sastera iaitu novel Hujan Pagi karya A. Samad Said. Novel ini mengisahkan kecelaruan jiwa yang dihadapi seorang wartawan zaman perang. Dalam kajian novel ini, banyak perkara yang telah saya kaji antaranya ialah tema dan persoalan, nilai dan pengajaran, gaya bahasa, latar dan banyak lagi.

40

4.0 Refleksi
Setelah sebulan saya membuat kerja kursus ini, akhirnya saya telah berjaya menyiapkannya. Walaupun banyak halangan dan rintangan yang saya hadapi semasa menyiapkannya, namun saya gembira kerana berkat bantuan daripada keluarga, pensyarah Pengajian Melayu dan rakan-rakan, masalah tersebut dapat saya hadapi dengan tenang. Sepanjang tempoh membuat kajian, banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya peroleh antaranya ialah pengalaman menganalisis novel sasterawan negara yang dipilih. Ternyata saya selama ini tidak pernah mengambil kisah dengan novelnovel yang berunsur sastera sebagai bahan bacaan saya. Apabila saya menganalisis novel tersebut, saya berpeluang merasai penglaman dan keseronokannya sendiri. Selain itu saya dapat menambah pengetahuan mengenai kemahiran bertutur terutamanya faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur. Daripada kajian saya ini, saya dapat mengetahui bahawa faktor fisiologi, faktor fizikal dan faktor persekitaran yang mempengaruhi kebolehan bertutur seseorang. Saya juga dapat mebina sifat mahmudah dalam diri saya apabila saya menyiapkan tugasan ini kerana tugasan ini memang menguji diri saya baik dari segi mental mahupun fizikal. Contohnya, saya belajar mengatur susun atur kerja yang saya perlu lakukan agar tugasan ini dapat disiapkan. Selain itu, tugasan ini mengajar saya erti pengorbanan kerana saya berlu bersengkang mata mencari maklumat tambahan daru internet dan menaip tugasan ini hingga larut malam. Adalah satu perkara yang lumrah apabila kita mendapat sesuatu yang baru daripada setiap apa yang kita perhati ataupun kaji. Saya berharap agar saya dapat mengaplikasikan dapatan kajian dan pengalaman saya, dalam dunia saya yang akan menjadi seorang pendidik dan mengambil iktibar daripadanya agar memberi manfaat kepada orang lain.

41

5.0 Bibliografi
Buku Dewan Sastera, 2003: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990: Siri Risalah Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSM): Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Khoo Kay Kim dan Mohd. Fadzil Othman, 1980: Sastera dan Sasterawan: Kuala Lumpur: Percetakan United Selangor Sdn. Bhd. Prof. Madya Dr. Ishak Ramly, 2003. Teknik mengajar Sastera: Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Talib Samat dan Rakan-rakan, 2003. Aspresiasi Komsas dalam Bahasa Melayu: Selangor: Pearson Malysia Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan guru Bahasa Melayu II: Selangor: Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun, 2005. Kemahiran Belajar untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidkan (PPISMP): Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Internet Buletin P&P Versi Elektronik, Berita Kursus, Dilayari pada 10 Mac 2011 di URL http://www.ctl.utm.my/buletin/edisi2/beritakursus.html Diari Hana, Fakto-faktor yang mempengaruhi masala komunikasi, Dilayari pada 10 Mac 2011 di URL http://diarihana.blogspot.com/2009/03/faktor-faktor-yang-mempengaruhimasalah.html Jurnal Pendidikan, Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Dilayari pada 8 Mac 2011 di URL http://jurnalpendidikan.com/category/bahasa/fonetik-fonologi.

42

Laman Informasi Prasekolah, Masalah Pembelajaran di kalangan kanak-kanak, Dilayari pada 10 Mac 2011 di URL http://cikguani.blogspot.com/2010/07/masalah-pembelajarandi-kalangan-kanak.html dan http://cikguani.blogspot.com/2010/07/menilai-kanak-kanakprasekolah.html Portal Komuniti Muslimah, Kesihatan Anak: Tiga sebab yang boleh berlakunya sumbing bibir, Dilayari pada 10 Mac 2011 di URL http://www.hanan.com.my/viewtopic.php?topic=1560&forum=13 Utusan Online, Sumbing tidak semesti sengau, Dilayari pada 10 Mac 2011 di URL

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0127&pub=utusan_malaysia&s ss=Keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive Yeo Li Shan, Kosmo! Kerosakan deria boleh dielak, Dilayari pada 10 Mac di URL http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Re ncana_Utama&pg=ru_02.htm

43

6.0 Lampiran Sinopsis novel Hujan Pagi


Novel Hujan Pagi mengandungi dua puluh dua bab dan cetakan pertamanya ialah pada 1987 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini mengesahkan liku-liku kehidupan golongan wartawan yang diketuai oleh Lokman. Mereka terpaksa menghadapi berbagai halangan dan rintangan dalam menghadapi penjajah. Lokman bercita-cita untuk memajukan masyarakat dengan menggunakan akhbar Hujan Pagi. Kemunculan akhbar Hujan Pagi hanyalah halusinasi di bawah sedar Lokman. Lokman hidup dalam dua dunia yang kacau, iaitu dunia nyata dan dunia halusinasi. Lokman tidak dapat membezakan dua dunia yang dihadapinya. Dalam dunia yang nyata, Lokman adalah seorang pengelola ruangan bacaan di akhbar Sinar Pagi. Akhbar Sinar Pagi mewakili zaman kini iaitu dunia nyatanya. Dunia kewartawanan yang diceritakan terbahagi kepada dua era, iaitu era 20-an hingga 30-an serta era 70-an. Era 20-an hingga 30-an diterajui oleh oleh Lokman, Rahman, Basri, Musir Ali dan Mehmod Bey. Mereka berjuang dalam zaman pemerintahan Jepun di Malaya. Lokman, Ruzsim, Rahman dan Basri berganding bahu berjuang menentang pemerintahan Jepun di Malaya. Perjuangan mereka menentang kolonis bertujuan memartabatkan semula maruah ketuanan Melayu.

Era 70-an diwakili oleh Musir Ali, Narisah, Ruszim dan wartawan-wartawan di akhbar Sinar Pagi. Mereka membawa bentuk baru dalam dunia persuratkhabaran. Bentuk baru Sinar Pagi menyebabkan Lokman tertekan dan terasa diketepikan. Lokman tidak dapat menerima hakikat tersebut. Perubahan yang hendak dibawa menghancurkan cita-citanya untuk membentuk bangsanya. Tekanan ini menyebabkan Lokman terlontar ke dalam halusinasi yang sukar untuk dipulihkan. Akhbar Sinar Pagi menjadi akhbar Hujan Pagi dalam dunia halusinasi Lokman. Lokman merasakan kehadirannya dalam akhbar Hujan Pagi lebih bermakna. Keinginan Lokman untuk menjadi ketua pengarang dan disegani di alam realiti menjadikan dirinya berubah keperibadian apabila perkara sebaliknya berlaku. Lokman tidak dilayan sewajarnya.
44

Kehadirannya diperlekehkan di akhbar Sinar Pagi. Kegawatan ini menyebabkan Lokman terus berhalusinasi. Ditambah pula dengan penekanan dalam dunia halusinasinya yang diberikan oleh pihak pemerintah ke atas akhbar Hujan Pagi. Lajis adik Lokman, mengalami konflik jiwa akibat memikirkan keadaan abangnya. Dia merasa bersalah kerana meninggalkan abangnya selama sepuluh tahun kerana berada di luar negara. Lajis cuba mengesani dan mengubati penyakit Lokman. Lajis semakin tertekan apabila kematian tunangnya, Asniah akibat kemalangan jalan raya. Namun dia turut tertekan dengan teka-teki yang ditinggalkan oleh abangnya Lokman mengenai latar belakang dirinya yang sengaja dirahsiakan oleh semua orang. Hujan pagi juga turut mengemukakan kisah hidup golongan wartawan. Antaranya ialah Musir Ali yang mempunyai lapan orang anak, dan dia terpaksa tunduk pada keadaan. Dia rela dilabel dengan pelbagai gelaran kerana sanggup menduakan perjuangan dunia akhbar. Dia mempertahankan pendiriannya demi melihat keluarganya tidak kelaparan. Setiap bab dalam novel ini boleh berdiri dengan sendiri dan membicarakan persoalan yang berbeza. Pembaca mesti bijak menjalinkan bab-bab yang dikemukakan dalam novel ini untuk menjadi cerita itu berkaitan. A. Samad Said seolah-olah tidak mementingkan cerita dalam novel ini. Cerita banyak ditumpukan melalui watak-watak Lokman, Lajis dan Norisah. Boleh dikatakan tiada penyelesaian masalah dalam novel ini. Lokman gagal mengatasi masalahnya, Lajis masih buntu akan hubungan dengan abangnya, sedangkan Norisah terus berkemelut dengan masalah cinta.

Membaca Hujan Pagi memerlukan banyak kesabaran dan daya tahan. Jika tidak, kita akan terus berhenti, tanpa menghabiskan untuk menikmati novel ini. Urutan ceritanya lambat, melompat-lompat dan tidak teratur. Hujan Pagi bukan sekadar untuk dibaca. Hujan Pagi mesti ditelaah dengan teliti. Tanpa mentelaah, pembaca akan keliru di mana dia berada. Puluhan watak dikemukakan dalam novel ini. Novel ini berkisar tentang alam nyata dan sekejap-sekejap pula berpindah ke alam tidak nyata iaitu dunia halusinasi Lokman. Hujan Pagi adalah novel yang penuh dengan ilmu, saranan dan falsafah. Unsur-unsur sejarah, politik, psikologi, legenda dan fasafah diperkatakan
45

dengan meluas dalam novel ini. Sekiranya dikaji dan diteliti, pembaca dapat mengaitkan hubungan antara watak-watak walaupun terlalu banyak watak yang di perkenalkan dalam novel ini. Keinginan untuk mengetahui rahsia latar belakang Lajis yang sengaja di sembunyikan oleh semua pihak menjadi salah satu pendorong kepada pembaca untuk terus membaca novel ini.

Novel Hujan Pagi

46

Biodata Pengarang
Novel Hujan Pagi ialah novel hasil karya Sasterawan Negara iaitu A. Samad Said. Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain
menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956). Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya. Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera geperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel seperti Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer's Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan.

47

Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tidak jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd. Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau. Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999). Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka (Dewan Sastera, 2003).

A. Samad Said
48

You might also like