You are on page 1of 3

Tajuk: Bincangkan sejauh manakah faktor-faktor berikut mempengaruhi pertuturan murid

masalah pendengaran (sokongan pihak keluarga)

Pengerusi: Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi
majlis, ahli panel yang hadir bersama dengan kita pada hari ini iaitu saudara Encik Hoshi
Ooi merupakan siswa guru dari IPG Kampus Ilmu Khas yang mempunyai masalah
pendengaran serta saudara Encik James Wong yang merupakan seorang guru
pendidikan khas masalah pendengaran serta hadirin dan hadirat sekalian.
Saya……………., selaku pengerusi forum pada kali ini akan bersama-sama ahli-ahli panel
kita untuk membicarakan tajuk pada kali ini. Sebagai pembuka kata, ingin saya
perkenalkan tajuk forum yang didalami dan diselami oleh barisan panel iaitu faktor
sokongan pihak keluarga dalam mempengaruhi pertuturan murid masalah pendengaran.
Pendengaran adalah sesuatu deria yang menjadi satu saluran yang penting bagi manusia
untuk menerima ilmu pengetahuan. Masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu pekak dan mengalami kesukaran dalam mendengar. Ini secara langsung
akan memberi kesan ke atas, perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca.
Murid-murid bermasalah pendengaran boleh dikenal pasti masalah penguasaan bahasa
dan komunikasi berdasarkan kepada keterukan kecacatan yang dialaminya.
Ketidakupayaan mendengar memberi kesan terhadap pertuturan murid masalah
pendengaran. Untuk mengetahui kesan masalah pendengaran terhadap pertuturan yang
lebih lanjut, saya mempersilakan saudara Encik James Wong untuk menerangkannya.

Panel Pertama: Terima kasih, saudari pengerusi dan selamat sejahtera kepada hadirin
sekalian. Antaranya perkembangan kanak-kanak masalah pendengaran lebih lambat
berbanding dengan kanak-kanak biasa terutamanya dalam segi bahasa dan pertuturan.
Masalah bahasa kanak-kanak masalah pendengaran telah menyebabkan pencapaian
akademik mereka menurun. Kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain boleh
menyebabkan pengasingan sosial dalam kalangan kanak-kanak masalah pendengaran.
Dari segi tatabahasa, kanak-kanak masalah pendengaran susah memahami perkataan
yang kompleks. Jurang antara kanak-kanak masalah pendengaran dan kanak-kanak
biasa dalam tatabahasa sangat besar jika mereka tidak menerima intervensi awal. Mereka
lebih senang belajar perkataan konkrit berbanding dengan perkataan abstrak. Mereka
juga menghadapi masalah apabila mengenali perkataan yang mempunyai pelbagai
maksud. Bagi struktur ayat, kanak-kanak masalah pendengaran hanya boleh membina
ayat yang pendek dan mudah. Mereka sering menghadapi kesukaran untuk memahami
dan menulis ayat kompleks. Penyalahgunaan kata-kata sering berlaku dalam kalangan
kanak-kanak masalah pendengaran. Mereka sering tidak dapat mendengar suara bunyi
seperti "s", "sh", "f", "t" dan "k". Oleh itu, mereka tidak boleh memahami ucapan orang lain
secara menyeluruh. Disebabkan masalah mendengar, mereka tidak dapat mengawal
suara mereka supaya sesuai dengan keadaan. Kanak-kanak masalah pendengaran juga
mungkin mengeluarkan suara tanpa sedar diri. Dari segi sosial, sosialisasi kanak-kanak
masalah pendengaran terhad. Semasa mereka bergaul dengan orang lain, mesej yang
disampaikan mungkin berkesan atau sebaliknya.

Pengerusi: Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Daripada pendapat Encik
James, sosialisasi kanak-kanak masalah pendengaran terhad. Semasa mereka bergaul
dengan orang lain, mesej yang disampaikan mungkin berkesan atau sebaliknya.
Sekarang bolehkah mempersilakan Encik Hoshi menerangkan bagaimana faktor
sokongan keluarga yang mempengaruhi pertuturan murid masalah pendengaran?

Panel kedua: Soalan ini yang amat menarik untuk saya. Saya akan menerangkan satu
persatu. Faktor sokongan keluarga amat penting bagi meningkatkan perkembangan
pertuturan murid masalah pendengaran. Ibu bapa boleh memberikan didikan awal kepada
kanak-kanak bermasalah pendengaran tentang vokal seperti a,e,i,o,u. Ibu bapa juga turut
boleh mengajar kanak-kanak tentang bagaimana membaca bibir apabila mereka berada
di rumah. Ibu bapa perlu berkolobrasi dengan pihak sekolah terutamanya guru supaya
mengenal pasti pertuturan kanak-kanak bermasalah pendengaran di sekolah. Guru
memberikan bimbingan kepada murid-murid bermasalah pendengaran dalam bidang
pertuturan. Contohnya, guru mengadakan program intervensi untuk mereka supaya
mereka dapat menguasai pertuturan asas dengan lebih kukuh. Jika murid lemah dalam
bidang pertuturan, mereka pasti akan diberikan latihan khas untuk bertutur hingga mahir
dalam bidang pertuturan. Ibu bapa dan guru hendaklah saling berkongsi maklumat atau
informasi perkembangan anak mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Dengan
itu, ibu bapa dapat menyelaraskan tugasan dan aktiviti dalam rumah dengan program
intervensi yang dijalankan terhadap anak mereka dalam sekolah. Maka ini akan
meningkatkan keberkesanan program intervensi yang dijalankan. Oleh itu, ibu bapa
haruslah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengatasi masalah pertuturan
mereka.

Pengerusi: Terima kasih kepada panel pertama dan panel kedua kita kerana sudi
menyuarakan pendapat mereka. Kanak-kanak bermasalah pendengaran belajar
pertuturan lebih lambat berbanding dengan kanak-kanak biasa. Bidang pertuuran sangat
penting dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Sekian sahaja untuk hari
ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan.

You might also like